reaching out #4 · dan keselamatan internet pihak forum kandungan komunikasi dan multimedia...

7
KANDUNGAN MEDIA MEMBENTUK PERIBADI KANAK-KANAK CMCF MENGGALAKKAN PENGAMALAN KAWALAN KENDIRI reaching out Buletin | www.cmcf.my | www.stickswithyou.com | [email protected] | Talian Bebas: 1-800-88-CMCF (2623) n The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia | n CMCF_Malaysia | n CMCF_Malaysia #4

Upload: others

Post on 12-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: reaching out #4 · DAN KESELAMATAN INTERNET Pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah mengadakan Bengkel Kawal selia Kendiri dan Keselamatan Internet bertempat

KANDUNGAN MEDIA MEMBENTUKPERIBADI KANAK-KANAK

CMCF MENGGALAKKAN PENGAMALAN KAWALAN KENDIRI

reaching outBuletin | www.cmcf.my | www.stickswithyou.com | [email protected] | Talian Bebas: 1-800-88-CMCF (2623)

n The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia | n CMCF_Malaysia | n CMCF_Malaysia

#4

Page 2: reaching out #4 · DAN KESELAMATAN INTERNET Pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah mengadakan Bengkel Kawal selia Kendiri dan Keselamatan Internet bertempat

[2]

A M B I L T I N D A K A N

Laman Web

www.cmcf.myTalian Bebas

1-800-88-CMCF (2623)[email protected]

CMCF adalah sebuah badan pemantau di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat berpeluang untuk memberikan sepatah dua kata dalam edisi yang keempat buletin ‘Reaching Out CMCF’ versi digital ini.

Media elektronik kini telah berkembang pesat berbanding 10 tahun dahulu. Justeru, cabaran yang dihadapi untuk mengawal selia kandungan juga meningkat.

Kandungan media kanak-kanak merupakan salah satu

perkara yang perlu dititikberatkan di mana ianya haruslah bersesuaian dengan had umur kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan media dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak daripada segi pembelajaran, sosial dan pemikiran. Jika ia tidak diselia dengan betul, berkemungkinan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada kanak-kanak.

Kawalan kendiri haruslah bermula di rumah. Justeru, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam mengawal selia penggunaan media elektronik oleh anak-anak mereka.

Kami di CMCF sentiasa prihatin terhadap kandungan yang disebarkan melalui medium elektronik berangkai agar ianya bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur masyarakat. Oleh itu, pihak CMCF turut memberi cadangan dan strategi mengenai kandungan terutama untuk kanak-kanak supaya ianya sesuai dan memberi impak yang positif.

Akhir kata, harapan saya terutamanya kepada ibu bapa haruslah menggunakan medium media elektronik ini sebagai satu cara untuk tujuan pembelajaran kepada anak-anak mereka. Ini bertujuan bagi mencorakkan kehidupan anak-anak mereka supaya lebih interaktif dan menarik. Gunakan kebijaksaan dan amalkan kawalan kendiri dalam kehidupan seharian.

Terima kasih.

Ahmad Izham OmarPengerusiCMCF

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tahun 2016 telah pun melabuhkan tirainya dan kini telah memasuki tahun 2017 yang bakal menyajikan pelbagai cabaran yang baru buat CMCF. Kami di CMCF sentiasa mempromosikan kawalan kendiri kepada masyarakat untuk mengharungi era yang serba moden kini. Isu Reaching Out pada kali ini menekankan tentang kandungan media kanak-kanak. Kandungan media kanak-kanak mudah diakses melalui medium elektronik berangkai. Perlu disedari bahawa

kandungan tersebut boleh mendatangkan kesan yang positif dan juga negatif terhadap kanak-kanak. Pengunaan Internet misalnya telah banyak mempengaruhi perkembangan minda kanak-kanak. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mengawal selia kandungan media yang diakses dan ditonton bagi melindungi mereka.

Kandungan yang informatif dan bersesuaian dengan kanak-kanak adalah perlu untuk tujuan pembelajaran dan perkembangan pemikiran mereka. Kandungan di dalam medium elektronik berangkai sedikit sebanyak akan memberi pengaruh kepada perilaku dan perkembangan minda kanak-kanak.

Menyedari hakikat ini, CMCF juga turut terlibat dalam mengawal selia kandungan seperti yang telah diterapkan di dalam di Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kandungan media kanak-kanak adalah tidak terkecuali. Sebagai badan yang mempromosikan kawalan kendiri, kami sentiasa melebarkan sayap kami bagi tujuan nasihat dan rujukan.

Justeru, sebagai masyarakat yang sentiasa bertanggungjawab dan prihatin, kita hendaklah sama-sama mempraktikkan kawalan kendiri dalam kehidupan seharian. Semoga ianya memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak dan masyarakat.

Terima kasih.

Mohd Mustaffa Fazil Mohd AbdanPengarah EksekutifCMCF

SALAM MESRA DARIPADA PENGERUSI

MESEJ DARIPADA PENGARAH EKSEKUTIF

SOROTAN

ONE SMART STAR SDN. BHD.:AHLI BAHARU CMCF

Pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) mengucapkan selamat datang kepada One Smart Star Sdn. Bhd. kerana telah menjadi Ahli CMCF.

Sebarang aduan kini boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Hanya mendail *2623 di telefon pintar

dengan menggunakan aplikasiStar Phone. Aplikasi tersebut boleh

didapati secara percuma diGoogle Play dan App Store.

BENGKEL KAWAL SELIA KENDIRIDAN KESELAMATAN

INTERNET

Pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah mengadakan Bengkel Kawal selia Kendiri dan Keselamatan Internet bertempat di The Light Hotel, Penang, Pulau Pinang pada 14 Februari 2017. Seramai 131 orang peserta telah menyertainya pada hari tersebut.

Page 3: reaching out #4 · DAN KESELAMATAN INTERNET Pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah mengadakan Bengkel Kawal selia Kendiri dan Keselamatan Internet bertempat

[3]

CMCFOKUS

PERANAN MEDIAMENCORAK PERIBADI KANAK-KANAK

impak yang positif. Jika ianya tidak baik, maka ianya akan memberi impak yang sebaliknya.

Oleh itu, kandungan media berpotensi memberi pengaruh yang besar sama ada di dalam bentuk yang positif atau negatif terhadap perkembangan minda kanak-kanak.

Menyedari potensi kesan negatif terutamanya kepada perkembangan peribadi kanak-kanak, terdapat banyak saranan daripada pakar kanak-kanak yang telah dilakukan oleh Canada's Centre For Digital and Media Literacy, sebuah laman web yang diasaskan untuk mempraktikkan kemahiran berfikir kanak-kanak secara kritikal dalam penglibatan diri dengan media (boleh didapati di http://mediasmarts.ca/parents) yang dapat dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam menguruskan media di rumah.

MEMPERKASAKAN PERANAN IBU BAPAMenyedari hakikat bahawa perkembangan zaman kanak-kanak merupakan satu fasa asas yang penting dalam kehidupan setiap individu, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) turut mencadangkan kepada pihak ibu bapa supaya memainkan peranan yang proaktif dalam menangani pelbagai isu kekeluargaan, khususnya mengenai pengurusan media keluarga. Antara saranan untuk menguruskan media di rumah adalah seperti yang berikut:

• Mulakan pembentukan tabiat penggunaan media yang sihat dalam kalangan anak-anak ketika mereka masih kecil atau sebelum mereka mula bersekolah;

• Ibu bapa harus memperlihatkan tabiat media yang baik supaya menjadi contoh kepada anak-anak mereka;

• Memastikan penggunaan medium elektronik berangkai

Golongan kanak-kanak hari ini membesar dan melalui pengalaman yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak generasi yang terdahulu. Contohnya, kanak-kanak masa kini lebih cenderung menggunakan media elektronik berangkai seperti telefon pintar, televisyen dan komputer berbanding kanak-kanak dahulu yang hanya melakukan aktiviti di luar rumah.

Sehubungan itu, banyak kajian telah membuktikan kebanyakan kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, didapati banyak meluangkan masa dengan menggunakan medium elektronik berangkai seperti menonton televisyen (selama 3-5 jam setiap hari), berbanding melakukan aktiviti lain ketika masa lapang (Robert, Foehr, Rideout, 2005; Rideout & Hamel, 2006; Rideout, Vandewater & Watella, 2003).

Oleh sebab demikian, adalah munasabah dikatakan bahawa medium elektronik berangkai juga menjadi faktor kepada perkembangan minda kanak-kanak. Perkara ini disebabkan kandungan media kanak-kanak mampu memberi kesan yang lebih lama terhadap pemikiran dan kehidupan mereka.

Hal ini disebabkan kandungan media merupakan antara elemen yang paling mudah mempengaruhi minda kanak-kanak. Malah, ia juga merupakan pelengkap dalam perkembangan awal kanak-kanak selain keluarga, sekolah, rakan sebaya dan komuniti.

Secara khususnya, kanak-kanak mempelajari nilai, sistem kepercayaan, persepsi berdasarkan apa yang telah mereka lihat dan alami. Jika ianya baik, maka ianya akan memberikan

adalah seimbang dengan aktiviti lain seperti bersukan dan beriadah;

• Mengawasi dan memantau rancangan yang ditonton oleh anak-anak serta mencari kesempatan untuk menonton bersama mereka;

• Menghadkan jumlah pendedahan kandungan tidak baik dan mengawasi tingkah laku anak-anak selepas menonton; dan

• Mengambil berat tentang lokasi yang paling sesuai untuk meletakkan televisyen dan komputer di rumah supaya mudah dipantau.

Secara umumnya, panduan ini adalah cadangan dan strategi kepada ibu bapa bagi memperkasakan peranan mereka dalam menguruskan penggunaan medium elektronik berangkai dengan lebih bijak dan terurus. Elakkan daripada membiarkan anak-anak menggunakannya di luar bimbingan dan pemantauan.

RUJUKAN1) Lemish, D. 2007. Social structure and personality through

time and space. Dlm. Moen, P., Elder, G., Luscher, J., Quick, H., (eds.) Examining Lives in Contexts: Perspective on the Ecological of Human Development (141-168). Washington DC: American Psychological Association.

2) Rideout, V.J. & E.Hamel. 2006. The Media Family: Electron-ic Media in the Lives of Infants, Toddlers, Preschoolers and Their Parents. Menlo Park, CA: Kaiser Family Foundation.

3) Rideout, V.J., Vandewater & Watella. 2003. Zero to Six: Media Use in the Lives of Infants, Toddlers and Preschool-ers. Menlo Park, CA: Kaiser Family Foundation.

4) Roberts, D.F., U.G. Foehr & V.J. Rideout. 2005. Generation M: Media in the Lives of 8-18-year-olds. Menlo Park, CA: Kaiser Family Foundation.

I M B A S K O D Q R D I S I N I

Laman Webwww.cmcf.my

Pusat Laman Turunwww.cmcf.my/download-centre

Laman Webwww.Stickswithyou.my

Page 4: reaching out #4 · DAN KESELAMATAN INTERNET Pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah mengadakan Bengkel Kawal selia Kendiri dan Keselamatan Internet bertempat

[4]

RENCAH KEHIDUPAN

Ini membawa maksud bahawa kandungan media kanak-kanak mampu memberikan pelbagai implikasi yang berbeza sama ada kesan positif mahu pun negatif.

Berikut merupakan beberapa impak yang terhasil daripada kandungan media terhadap kanak-kanak:

Impak Positif:• Menjadi suatu alat tambahan dalam proses

pembelajaran, bersosial dan perkembangan pemikiran;

• Dapat menerapkan nilai-nilai yang positif terhadap perilaku dan permikiran kanak-kanak;

• Menarik rasa ingin tahu kanak-kanak dan menggalakkan mereka untuk meneroka dan belajar walaupun dari rumah; dan

• Membantu dalam membaiki kemahiran kanak-kanak dengan meningkatkan koordinasi mata, pendengaran dan juga perbuatan mereka.

Impak Negatif:• Mampu meningkatkan tindakbalas agresif hasil

daripada kandungan yang tidak bersesuaian;• Berpotensi untuk mengganggu waktu tidur:

kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 12 jam waktu tidur setiap hari untuk membesar secara sihat; dan

• Membawa kepada ketagihan untuk menonton kandungan media kegemaran mereka.

Dalam hal ini, ibu bapa adalah digalakkan untuk memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan membentuk corak pemikiran anak-anak mereka supaya dapat membezakan alam realiti berbanding dunia di dalam media.

Pada zaman ini, memiliki medium elektronik berangkai seperti televisyen, komputer mahupun telefon pintar merupakan keperluan dalam kehidupan masyarakat kini. Kanak-kanak juga tidak terkecuali dengan pendedahan kepada medium elektronik berangkai untuk kegunaan mereka seharian.

Hal ini membuatkan segala kandungan media dapat diakses dengan mudah. Antara elemen yang sering kali menarik perhatian kanak-kanak sewaktu menonton kandungan seperti di Internet dan televisyen adalah kandungan yang mengandungi warna-warna yang menarik dan kandungan yang menghiburkan. Kebiasaannya kanak-kanak akan mudah mempercayai dan tertarik kepada kandungan yang telah dilihat oleh mereka.

Sewaktu proses pembesaran kanak-kanak, mereka masih lagi tidak berupaya untuk membezakan dunia di dalam media dengan alam realiti. Dunia di dalam media adalah berbeza dan ianya seringkali digambarkan jauh lebih baik daripada realiti. Pandangan dunia mereka bermula dari sini. Kandungan media secara tidak langsung mampu mewujudkan kesedaran palsu di dalam diri mereka.

Oleh itu, kandungan yang tidak bersesuaian hendaklah disekat kerana ia mampu memberi impak yang negatif terhadap kanak-kanak. Tindakan ini perlu untuk mengelakkan kanak-kanak daripada terpengaruh dengan kandungan negatif tersebut. Kandungan yang disebarkan seharusnya memberi nilai yang positif supaya ianya dapat memberi kesan yang baik kepada pemikiran dan kelakuan mereka.

Ibu bapa juga seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk memberi penerangan kepada anak-anak mereka mengenai mesej yang ingin disampaikan di dalam sesuatu kandungan media. Hal ini mampu mengelakkan anak-anak mereka daripada mendapat pengaruh negatif daripada kandungan media yang diterima.

Lanjutan daripada itu, panduan sewajarnya boleh didapati dengan merujuk kepada Bahagian 2 (Garis Panduan Mengenai Kandungan), Perenggan 8 (Kandungan Untuk Kanak-Kanak) Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia khusus untuk kanak-kanak. Ia boleh didapati di pautan http://www.cmcf.my/download-code.

RUJUKAN1) Kajian Perlindungan Kandungan Media Bagi

Kanak-Kanak sumber dari: http://www.my-newshub.cc/terkini /buat-kajian-perlindun-gan-kandungan-media-bagi-kanak-kanak/

2) Dunia Digital: Kebaikan dan Keburukan Terhadap Perkembangan Kanak-kanak sumber dari: http://mypositiveparenting.org/ms/2014/-d u n i a - d i g i t a l - k e b a i -kan-dan-keburukan-terhadap-perkembangan-kanak-kanak/

IMPAK KANDUNGAN MEDIA

TERHADAP PEMIKIRAN KANAK-K

ANAKIMPAK KANDUNGAN MEDIA

TERHADAP PEMIKIRAN KANAK-K

ANAK

Page 5: reaching out #4 · DAN KESELAMATAN INTERNET Pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah mengadakan Bengkel Kawal selia Kendiri dan Keselamatan Internet bertempat

[5]

KAJIAN KES

LAPORAN KESPROGRAM TELEVISYEN

SIRI ANIMASI MR. BEAN

Latar Belakang AduanPihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah menerima aduan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 12 April 2016 mengenai kandungan yang tidak sesuai di dalam siri animasi ‘Mr. Bean - the animated series’ yang bersiaran pada 11 April di siaran Astro Disney XD di antara pukul 7.00 malam sehingga 8.00 malam.

FaktaMr. Bean merupakan sitcom yang dihasilkan oleh Rowan Atkinson dan Richard Curtis. Rowan Atkinson merupakan pemegang watak utama. Mr. Bean, seperti yang digambarkan oleh Rowan Atkinson sebagai, ‘kanak-kanak di dalam tubuh lelaki dewasa’. Cubaannya untuk menyelesaikan masalah harian seringkali mendatangkan gangguan dalam menyelesaikan masalah. Mr. Bean jarang sekali bercakap, dan apabila dia bercakap, dia cuma mengomel beberapa perkataan yang disuarakan dengan nada yang rendah dan kebanyakan lawak fizikal yang ada di dalam siri itu terhasil daripada interaksinya dengan orang lain; dan kaedah yang pelik dalam menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi.

Di dalam aduan ini, episod Mr. Bean ini adalah di dalam bentuk kartun. Kandungan yang dikatakan tidak sesuai/lucah adalah adegan di wad hospital, di mana Mr. Bean memakai gaun hospital dan cuba melarikan diri daripada jururawat yang mengejarnya. Di dalam babak ini, gaun itu tidak menutup secara sempurna di bahagian belakang dan menayangkan bahagian belakangnya yang kurus dan bahagian bawah (kandungan tidak sesuai). Ianya bertujuan sebagai lawak dan tindakan keanak-anakan.

Seiringan dengan karekter Mr. Bean, yang cuai dan keanak-anakan, kandungan tersebut bertujuan untuk lawak seperti yang dinyatakan

pada perenggan yang terdahulu, ’Mr. Bean jarang sekali bercakap dan apabila dia bercakap, ia cuma mengomel beberapa perkataan yang disuarakan dengan nada yang rendah dan kebanyakan lawak fizikal yang ada di dalam siri itu terhasil daripada interaksinya dengan orang lain dan kaedah yang pelik dalam menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi’.

Tambahan lagi, program televisyen yang diadukan merupakan siri animasi/kartun. Wikipedia (https://en.wikipedia.org/wiki/Cartoon) memberi maksud kartun sebagai seni visual berbentuk dua dimensi. Walaupun definisinya selalu berubah, penggunaan moden telah merujuknya sebagai lukisan yang kebiasaannya tidak realistik atau separa realistik bertujuan untuk satira, karikatur, lawak, atau gaya artistik di dalam lukisan.

Disebabkan kandungan tersebut tidak berniat serius tetapi untuk melawak, babak tersebut hendaklah diambil di dalam konteks babak dan karekter. Oleh disebabkan karekter aneh Mr. Bean, penonton sepatutnya boleh melihat kandungan yang digambarkan sebagai seorang ‘kanak-kanak di dalam tubuh lelaki dewasa’ dan tidak mengambilnya sebagai kandungan yang tidak sesuai/lucah.

Keputusan Biro AduanBiro Aduan CMCF telah meneliti aduan yang diajukan dan berpendapat bahawa kandungan itu tidak lucah dan sesuai dengan mengambil kira ianya merupakan siri kartun. Oleh sebab yang demikian, aduan tersebut ditolak.

Page 6: reaching out #4 · DAN KESELAMATAN INTERNET Pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah mengadakan Bengkel Kawal selia Kendiri dan Keselamatan Internet bertempat

[6]

ACARA-ACARA

DISEMBER 20162-4 Dis Sarawak ICT Expo (Miri) Stadium Miri, Sarawak Bumi Kenyalang4 Dis Ceramah dan Pameran Sempena Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) Padang KRT, Bandar Seremban Selatan Fasa 2, Negeri Sembilan Darul Khusus5 Dis Sesi Taklimat Mengenai Kod Kandungan dan ‘Garis Panduan Industri Pengiklanan Pelangsing Tubuh Badan dan Perkhidmatan’ Kepada Astro Astro Theatrette, All Asia Broadcast Centre, Bukit Jalil, Kuala Lumpur7 Dis Bengkel Kawal Selia Kendiri dan Keselamatan Internet Hatten Hotel, Melaka Bandaraya Bersejarah8 Dis Ceramah dan Pameran sempena Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (Face) – “Keluarga dan Teknologi Komunikasi” Balai Raya Felda Kemahang 2, Tanah Merah, Kelantan Darul Naim16-17 Dis Hari Terbuka PI1M Pekan Nanas, Pontian PI1M Pekan Nanas, Pontian, Johor Darul Takzim29 Dis Wawancara bersama BERNAMA Today Show BERNAMA HQ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

JANUARI 20173 Jan Ceramah Kemahiran Pengurusan Diri – Kawalan Kendiri dan Keselamatan Internet SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka Bandaraya Bersejarah12 Jan Undangan Sebagai Moderator Bagi Program “Kandungan Media Kanak-Kanak” MCMC HQ Lama, Cyberjaya20 Jan Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia Desa Pandan & Program Jom Bantu Rakyat PI1M Desa Pandan, Kuala Lumpur31 Jan Wawancara bersama Star2 – Nurturing Local Creativity Through Positive Content Sri Pentas Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

FEBRUARY 20173 Feb Program Jom Bantu Rakyat bersama YAB Perdana Menteri Sekolah Kebangsaan Ijok, Selangor Darul Ehsan8 Feb Rumah Terbuka Media Prima Berhad sempena Tahun Baru Cina Sime Darby Convention Centre, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan10 Feb Lawatan Tapak One Smart Star Malaysia Kuchai Business Park, Off Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur

13-17 Feb Convergence – CTPR Fundamentals Programme (Foundation) MCMC Former Head Office, Cyberjaya14 Feb Seminar Kawalan Kendiri & Keselamatan Internet Ruang Legar Kompleks KDN, Jalan Duta, Kuala Lumpur14 Feb Bengkel Kawal Selia Kendiri & Keselamatan Internet The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang Pulau Mutiara18-19 Feb Seminar Lindungi Diri dan Keluarga “Kepentingan Kawalan Kendiri” The Creator Hotel, Kulai, Johor Darul Takzim20 Feb Wawancara bersama New Straits Times mengenai “Nurturing Local Creativity Through Positive Content” Pejabat Eksekutif CMCF21 Feb Ceramah Kawalan Kendiri dan Keselamatan Internet Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor Darul Takzim24-26 Feb Pameran Minda di Taman Tasik Sultan Abu Bakar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur27 Feb - Converged Telecommunications 1 Mac Policy and Regulation (CTPR) Programme - Advance Levels MCMC HQ Lama, Cyberjaya

ACARA-ACARA LEPAS DISEMBER 2016 – FEBRUARI 2017

* Untuk lihat senarai penuh acara, sila layari www.cmcf.my/news-events-archive

Untuk menjemput pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) bagi tujuan sebarang program dan/atau taklimat, anda boleh menulis kepada Pengarah Eksekutif CMCF melalui cara-cara berikut:

1 Menulis surat kepada Pejabat Eksekutif CMCF (seperti yang tertera di muka surat 7),2 Faks kepada 03-7954 1260,3 E-mel kepada [email protected]; atau4 Menghubungi Pejabat Eksekutif CMCF di talian bebas tol 1-800-88-CMCF (2623)

Page 7: reaching out #4 · DAN KESELAMATAN INTERNET Pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah mengadakan Bengkel Kawal selia Kendiri dan Keselamatan Internet bertempat

[7]

MEDIA LIPUTAN

Bagaimanakah Cara Membuat Aduan?Semua aduan haruslah dalam bentuk bertulis. Sekiranya anda terdengar atau terlihat kandungan yang tidak sesuai, anda boleh membuat aduan kepada Biro Aduan dengan:1 Menulis terus kepada: Pengerusi Biro Aduan CMCF Unit 1206, Blok B, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, No. 9, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.2 Faks kepada 03-7954 12603 E-mel kepada [email protected]; atau4 Isikan Borang Aduan di atas talian di www.cmcf.my

Sila berikan maklumat berikut yang dapat membantu pihak CMCF menjalankan siasatan:• Jenis program kandungan, sama ada iklan dan sebagainya• Maklumat mengenai bila dan di mana kandungan itu disiarkan• Apa yang anda fikirkan salah mengenai kandungan tersebut

Biro Aduan mahu menyelesaikan aduan secepat mungkin, maka, lebih banyak maklumat yang dihantar, lebih cepatlah Biro dapat bertindak.

FORUM KANDUNGAN KOMUNIKASIDAN MULTIMEDIA MALAYSIA