rbt-pertanian

Upload: kamilahyusof

Post on 12-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pertanian

TRANSCRIPT

MAKLUMAT PAKAR.

Nama: Pn.Rosidah binti MuhariAlamat: Lot 3274, Kg.Jerengkang Darat 71900 Labu, Negeri Sembilan.Pekerjaan: Tukang Kebun Sk.Dato Shahbandar Abu Bakar, Labu Hilir.Umur: 48 TahunPengalaman Kerja: 2 Tahun

Pembiakan Tanaman Keratan daun

Pendahuluan.Membiakkan pokok menggunakan keratan daun adalah cara yang mudah.Kumpulan pokok yang dibiakkan melalui kaedah ini lebih senang dan mudah dilakukan.Kumpulan pokok ini biasanya mempunyai banyak tisu lembut,kerana banyak makanan yang tersimpan di dalamnya. Keratan daun boleh dilakukan untuk pokok jenis :a) Herbab) Pokok jenis berlendir.

Terdapat enam jenis keratan daun yang boleh dilakukan:i. Helai daunii. Tangkai dauniii. Kepingan dauniv. Mengerat uratv. Ruas daunvi. Tunas daun

Alatan dan BahanSekateur

Sudip tangan

Serampang tangan

Penggalak akarPisau cantuman

LANGKAH-LANGKAH PEMBIAKAN MELALUI KERATAN DAUN.Bahan tanaman yang dipilih mestilah segar, matang, sihat dan tidak berpenyakit

Peatgro adalah media pengakaran dan percambahan yang lebih efektif

Ambil satu kepingan daun pokok seperti lidah jin daun lidah buaya.

1

2Helaian daun ini dikerat sepanjang 10 cm lebar berbentuk segi tiga dan mempunyai beberapa urat utama

Celupkan ke dalam penggalak akar

3

4Bahagian daun akan disemai pada medium pengakaran (2:1:1) Iaitu 2= tanah loam, 1= bahan organik., 1= pasir sungai

65Anak dan akar keluar dari pangkal kepingan daun dan daun asal akan musnah.Kepingan daun ini ditanam secara menegak.

PENJAGAAN

Penjagaan rapi adalah mustahak semasa proses pengakaran berlaku.1. Jangan mengubah-ubah keratin daun ini kerana akar baru sangat lembut dan senang patah.2. Jaga keberihan kawasan untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit.3. Peratusan kelembapan dikurangkan sedikit demi sedikit setelah akar mula tumbuh.Manakala keamatan cahaya dipertingkatkan.4. Keratin-keratan daun ini sedia diubah apabila ia mengeluarkan akar sekunder.5. Siram terlebih dahulu sebelum mengalihkannya dengan cara mencungkil.6. Tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran tanah yang bersesuaian.7. Air perlu disiram secukupnya dan diberi teduhan selama 7-14 hari.

MAKLUMAT PAKAR.

Nama: Pn.Rosidah binti MuhariAlamat: Lot 3274, Kg.Jerengkang Darat 71900 Labu, Negeri Sembilan.Pekerjaan: Tukang Kebun Sk.Dato Shahbandar Abu Bakar, Labu Hilir.Umur: 48 TahunPengalaman Kerja: 2 Tahun

PEMBIAKAN TANAMANBEBAWANG

PENDAHULUAN.Kaedah menanam menggunakan bebawang adalah salah satu kaedah pembiakan tanaman yang boleh di tanam terus tanpa perlu di semai.Bahan tanaman dipilih daripada pokok yang sudah tua atau matang.Tanaman yang dibiakkan dengan kaedah ini mempunyai peratus hidup yang tinggi.Terdapat pokok sayuran dan pokok bunga hiasan dibiakkan melalui kaedah ini.

Alatan dan Bahan

1. SERAMPANG TANGAN Digunakan untuk menggembur tanah

2. SUDIP TANGAN Digunakan untuk menyodok dan mengaul medium/ tanah

3. PENYIRAM

Digunakan untuk menyiram tanaman.

LANGKAH-LANGKAH PEMBIAKAN MELALUI KERATAN DAUN.Proses penanaman bawang memerlukan dua komponen penting iaitui air dan bawang .Air digunakan untuk menyuburkan bawang sehingga akar yang baharu tumbuh sebelum ia dipindahkan ke dalam pasir.Bawang yang digunakan untuk pembiakan bawang.Pasir yang digunakan untuk menanam bawang kerana ia mempunyai struktur rongga pengudaraan yang baik.Pembiakan bebawang ini biasanya hanya dilakukan pada tumbuhan yang boleh dibiakkan melalui kaedah bebawang sahaja.

Sebiji bawang disediakan dan sedikit air di dalam bekas yang dibuat lubang kecil untuk memudahkan pengaliran air.

Biarkan selama beberapa hari.

.

Selepas 2 hari,tukarkan kepada air yang baru.Berhati-hati agar bawang tidak rosak.

Lihat keadaan bawang selama beberapa hari dan apabila akar mula tumbuh, pindahkan ke dalam pasu

Tanam bawang yang sudah tumbuh akar ke dalam tanah untuk memudahkan pengaliran air yang mempunyai rongga pengudaraan yan besar. .

Pastikan bebawang diletakkan dibawah redupan cahaya matahari.

Siram sekali sehari

Apabila akar bebawang telah kelihatan ia perlu dipindahkan ke pasu atau tanah

Bebawang di tanam ke dalam tanah

Perlu diletakkan ditempat redup dan disiram sekali sehari

REFLEKSI.Nama: Norkamilah binti Mohamed YusofUnit: Sains 1Ambilan: PPG Ambilan Jun 2011

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana telah dapat menyiapkan juga tugasan RBT 3120 bagi tajuk Teknologi Rumahtangga dan Pertanian.Saya telah menerima tugasan ini dari pensyarah penasihat saya iaitu Cik Fauziah binti Jamil pada interaksi yang ke dua.Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat pelbagai cabaran yang perlu saya tempuhi baik dalam bidang jahitan atau pertanian.Bagi tugasan pertanian, ia benar-benar mengajar saya sifat kesabaran .Kekangan masa dengan tugas hakiki tidak mematahkan semangat saya untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang pembiakan tanaman ini.Semua maklumat yang saya perolehi samada dari internet, tukang kebun sekolah, guru Kemahiran Hidup dan individu-individu tertentu, saya kumpul sebaik mungkin dan menganalisisnya dengan lebih jelas.Saya buang segala rasa segan untuk bertemu dengan mereka yang arif dalam bidang pembiakan tanaman ini.Semangat yang jitu ini,mendorong saya untuk mencari lebih banyak maklumat yang berkaitan tugasan yang diberi supaya ia dapat dikupas dengan lebih jelas dan tepat serta berguna kepada saya dimasa akan datang. Melalui tugasan yang diberikan,ia memberi pengalaman baru amat berguna dalam pembelajaran saya terutama dalam bidang pertanian.Di dalam bidang ini,saya telah menimba ilmu dalam pembiakan tanaman secara keratan daun dan tanaman umbisi bebawang.Secara tidak langsung,saya telah mempelajari sesuatu yang baru dalam penanaman tumbuhan yang sebelum ini saya hanya lihat tanpa ingin mengetahui dengan lebih lanjut.Namun kini, saya sangat teruja untuk menanam bawang sendiri.Selain menhasilkan bawang, tanaman ini juga menghasilkan daun bawang yang boleh digunakan dalam masakan saya.Tugasan yang diberikan ini secara individu ini,telah melatih saya untuk bersikap rajin, tekun dan bersungguh-sungguh serta bertanggungjawab dengan amanah tugas yang diberikan kepada saya.Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini.Saya berharap usaha saya ini dapat memberi manfaat kepada saya dan anak-anak didik yang akan datang.Sekian terima kasih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS RAJA MELEWARSEREMBAN,NEGERI SEMBILAN

NAMA PELAJAR: NORKAMILAH BINTI MOHAMED YUSOF(761027065602) KELAS: SAINS (1), SEMESTER 6NAMA DAN: TEKNOLOGI RUMAHTANGGA DAN PERTANIANKOD KURSUS: RBT 3120NAMA PENSYARAH: CIK FAUZIAH BINTI JAMILTARIKH SERAHAN: 5 APRIL 2014

REFLEKSI