ras hubungan etnik

Upload: asrul-dania

Post on 18-Oct-2015

203 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ras

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    1/26

    1

    ISI KANDUNGAN M/S

    AMALGAMASI 2

    EKNOSENTRIK 3

    ASIMILASI 5

    AKULTURASI 7

    9

    INTEGRASI 10

    RAS 11

    ETNIK 14

    PREJUDIS 16

    STEREOTAIP 17

    DISKRIMINASI 19

    MASYARAKAT PLURAL 20

    KONFLIK KELAS 22

    KONFLIK ETNIK 22

    KONFLIK AGAMA 23

    RUJUKAN 24

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    2/26

    2

    AMALGAMASI

    Amalgamasi merupakan suatu proses penyebatian penuh kumpulan-kumpulan etnik.

    Ia juga merupakan proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk

    jenis budaya dan ras yang baru. Amalgamasi adalah peringkat tertinggi dalam interaksi antara

    kumpulan-kumpulan etnik. Ahli-ahli kumpulan etnik minoriti dianggap setaraf dengan ahli

    kumpulan etnik dominan. Setiap kumpulan menyumbang kepada pembentukan budaya

    baharu. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya

    perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Proses amalgamasi sering kali dianggap sebagai

    proses melting pot.Melalui proses amalgamasi berlakulah penyebatian budaya antara etnik.

    Dalam pensejarahan manusia, penaklukan suku kaum Saxon di England pada abad

    keenam telah menyebabkan terbentuknya suku kaum Anglo-Saxon. Pembentukan ini adalah

    akibat proses asimilasi. Pada abad ke-11, berlaku lagi amalgamasi dengan penyebatian

    budaya terhadap suku kaum Norman. Proses amalgamasi juga kerap berlaku di kepulauan

    Hawaii yang mempunyai penduduk kulit putih, Cina, Jepun, Filipina dan Korea. Amalan

    perkahwinan campur juga kerap berlaku (Horton & Hunt, 1964)1. Amalgamasi sering

    dikaitkan dengan ungkapan berikut:

    ....terbentuknya satu bangsa yang baru, budaya yang baru dan benua yang baru (Eitzen &

    Zinn, 1988).2

    Formula yang sering dikaitkan dengan proses melting potialah;

    A + B + C = D (Eshleman & Cashion, 1985)3

    D boleh dianggap sebgai entiti yang terhasil dalam bentuk budaya yang baharu. Dalam

    pengertian lain, tidak ada budaya yang dominan dalam kalangan kumpulan-kumpulan etnik.

    1Horton, P. B. & Hunt, C. L., Sociology, McGraw- Hill Book Company, New York, 1964, hal.64.

    2

    Eitzen, D. S. & Zinn, M. B.,In Conflict and Order, (fourt edition, Allyn and Bacon, Boston, 1988, hal. 82.3Eshlemen, J. R. & Cashion B. G., Sociology, an Introduction, Little, Brown and Company, Boston, 1985, hal.

    37.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    3/26

    3

    Budaya yang dihasilkan bersifat unik dan mungkin diamalkan di tempat-tempat berlakunya

    proses amalgamasi sahaja.

    Ungkapan melting pot biasanya merujuk kepada keadaan di Amerika Syarikat.

    Namun pada realitinya, terdapat sejumlah besar rakyat negara itu terhindar daripada proses

    penyebatian budaya. Jika dikaitkan dengan isu semasa di negara kita, konsep amalgamasi ini

    boleh dikaitkan dengan masyarakat imigran di Malaysia. Masyarakat majmuk yang ada di

    Malaysia pada hari ini bukanlah suatu bentuk masyarakat yang sememangnya tekah wujud

    secara asalnya di sini. Sebaliknya, masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyrakat yang

    telah dicampuri pelbagai asal-usul, budaya dan sejrahnya yang berbeza-beza.

    Seperti yang sedia kita maklum, penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu

    dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli di

    beberapa bahagian di Tanah Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula penduduk asalnya terdiri

    daripada kaum Kadazan, Dusun, Murut, Iban, Bajau, Melanau dan pelbagai kaum minoriti

    yang lain. Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari ini pula seperti kaum Cina, India,

    Serani, Siam, Bugis Jawa dan sebagainya. Mereka merupakan golongan imigran yang datang

    dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk

    memenuhi keperluan mereka. Kepelbagaian kaum yang menetap di Tanah Melayu sejak

    zaman dahulu lagi telah menyebabkan proses amalgamasi berlaku di mana perkahwinan

    campur diamalkan. Antara contoh jelas yang boleh kita dapati ialah golongan Baba dan

    Nyonya di Melaka, golongan Patani di Kelantan dan India Muslim atau Mamak di Pulau

    Pinang.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    4/26

    4

    ETNOSENTRISME

    Etnosentrik ialah suatu tindakan menilai budaya masyarakat lain mengikut ukuran

    budaya sendiri (Macionis, 1993)4. Pada dasarnya, etnik itu sendiri bersifat etnosentrik dimana

    ia menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya

    etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah

    atau tidak bermoral. Dengan pemikiran yang sebegini, mereka menganggap budaya mereka

    sebagai unggul. Apabila berhadapan dengan bentuk-bentuk budaya asing yang tidak

    difahami, terdapat kecenderungan untuk menganggapnya sebagai pelik dan tidak patut

    diakukan. Antara contoh pemikiran etnosentrik adalah seperti berikut:

    a) Budaya kita lebih maju dari segi material berbanding budaya asingb) Kesenian kita paling halus dan indah berbanding kebudayaan orang lainc) Alangkah peliknya mereka yang makan menggunakan tangan

    Etnosentrik terjadi jika masyarakat masing-masing budaya menolak bercampur

    dengan kebudayaan yang lain. Porter dan Samovar mendefinasikan etnosentrik sebagai

    Sumber utama pertelingkahan budaya dalam sikap adalah etnosentrik iaitu kecenderungan

    memandang orang lain secara tidak sedar dengan menggunakan kelompok kita sendiri dan

    kebiasaan kita sendiri sebagai kriteria untuk penilaian. Terdapat satu suku Eskimo yang

    menyebut diri mereka suku Inuit yang bermaksud penduduk sejati (Herbert, 1973). Sumner

    menyebut pandangan ini sebagai etnosentrik di mana secara telusnya didefinisikan sebagai

    pandangan bahawa kelompok sendiri adalah pusat segalanya dan semua kelompok lain

    dibandingkan dan dinilai sesuai dengan standard kelompoknya (Sumner, 1906).

    Antara penerangan yang dapat menerangkan pemikiran etnosentrik ialah sesuatau

    masyarakat itu tidak pernah meninggalkan budaya dalam kehidupan mereka. Dalam keadaan

    sebegini, mereka cenderung untuk menganggap budaya mereka sebagai satu-satunya cara

    hidup yang diterima (Doob, 1985)5. Pemikiran etnosentrik dalam masyarakat telah diransang

    oleh sentimen patriotisme nasionalistik yang telah wujud dalam masyarakat. Sejak kecil,

    4Macionis, J. J. Sociology, (fourth edition), Prentice Hall, New Jersey, 1993, hal. 35.

    5Doob, C. B. Sociology: an Introduction, Holt, Rinehart and Winston, New York, 1985, hal. 43.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    5/26

    5

    kanak-kanak telah dididik dan didedahkan dengan wira-wira yang digambarkan dengan

    penuh kehebatan yang telah mengalahkan musuh-musuh daripada kumpulan etnik lain. Mitos

    dan lagenda suatu elemen penting dalam setiap budaya sesuatu masyarakat. Kedua-dua

    elemen ini akan memberikan dorongan dan peneguhan kepada usaha dan pengorbanan

    kepada ahli-ahli masyarakat (Horton & Hunt, 1964)6. Dalam kalangan negara-negara yang

    pernah berperang, buku-buku sejarah mereka diolah dengan mesej bahawa negara-negara lain

    yang mencetuskan peperangan. Kesannya wujud sentimen bahwa budaya kita adalah betul,

    progresif, tinggi dan wajar dicontohi oleh masyarakat lain. Pemikiran etnosentrik bukan

    sahaja wujud pada individu malahan mempengaruhi dasar sesebuah negara. Semasa

    pemerinatahan Nazi, rejim itu telah mengamalkan dasr ketertinggian bangsa dan budaya

    Aryan. Dasar ini telah menyebabkan kematian jutaan bangsa bukan Aryan (Federico, 1979)7.

    Konsep etnosentrik sangat berkait rapat dengan situasi di negara kita. Seperti yang

    kita ketahui, Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana ia mempunyai pelbagai etnik

    yang hidup dengan budaya yang berlainan tetapu berada di bawah satu sistem perlembagaan

    undang-undang yang sama. Di sini dapat kita lihat kepelbagaian itu unik tetapi kepelbagaian

    ini juga cenderung membawa kepada sifat etnosentrik dan menjurus kepasa persaingan

    sesama etnik dalam perebutan kuasa, pengaruh dan perhatian daripada masyarakat setempat.

    Antara contoh isu yang boleh dikaitkan dengan etnosentrik ialah isu kalimah Allah.

    Selain keburukan, terdapat kesan baik dalam pemikiran etnosentrik bagi kumpulan

    sendiri. Etnosentrik sebenarnya mengukuhkan kesetiaan kepada kumpulan dan menggalakkan

    perpaduan. Pemikiran ini juga menggalakkan persamaan serta meneguhkan nasionalisme dan

    patriotisme. Mereka yang bersifat etnosentrik sebenarnya mempunyai keyakinan terhadap

    budaya sendiri. Mereka menghalang kemasukan pihak-pihak luar dan hal ini menyebabkan

    berlaku halangan kepada perubahan budaya. Apabila mereka merasakan bahawa budaya

    mereka lebih unggul, sebenarnya mereka mempertahankan status quo budaya.

    6

    Horton, P. B. & Hunt, C. L., Sociology, McGraw- Hill Book Company, New York, 1964, hal.53.7Federico, Ronald C., Sociology, (second edition), Addison-Wesley Publising Company, Massachusetts, 1979,

    hal. 36.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    6/26

    6

    ASIMILASI

    Dalam pengertian yang mudah asimilasi bermaksud meningkatnya kesamaan. J.

    Milton Yinger mentakrifkan asimilasi sebagai ...mengurangkan perbezaan yang mungkin

    berlaku apabila dua atau lebih masyarakat atau kumpulan budaya yang lebih kecil bertemu.

    Harold Abramson pula mendefinisikan proses ini sebagai proses yang membawa kepada

    peningkatan kesamaan dalam masyarakat. Asimilasi juga dianggap sebagai satu proses

    kumpulan-kumpulan etnik mula mengamalkan elemen-elemen budaya majoriti. Hal ini

    kerana budaya majoriti menjadi pengaruh yang tidak dapat dihindarkan oleh kumpulan etnik

    minoriti. Semasa proses asimilasi berlaku kumpula-kumpulan etnik minoriti kehilangan

    elemen-elemen budaya seperti bahasa asal mereka (Eitzen & Zinn, 1988)8.

    Matlamat akhir proses ini penghapusan perbezaan etnik dan ras. Secara yang ideal

    apabila berlaku asimilasi sepenuhnya, tidak wujud kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza

    dalam masyarakat. Sebaliknya yang wujud ialah sebuah masyarakat yang homogeneus.

    Dalam masyarakat sebegini etnisiti bukanlah asas perbezaan serta tidak memainkan peranan

    penting dalam pembahagian kekayaan, kuasa dan prestij dalam masyarakat. Jelasnya apabila

    semua kumpulan dalam masyarakat telah berasimilasi dengan sempurna, tidak wujud lagi

    masyarakat pelbagai etnik.

    Di Malaysia, dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia masih menghadapai banyak

    masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi

    berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan dengan lancar kerana setiap

    kaum melihat bahawa budaya dan tamadub bangsa mereka masing-masing lebih dominan

    daripada yang lain. Asimilasi boleh dikelaskan kepada beberapa bentuk.

    Bentuk-Bentuk Asimilasi

    8Eitzen, D. S. & Zinn, M. B.,In Conflict and Order, (fourt edition, Allyn and Bacon, Boston, 1988, hal. 61.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    7/26

    7

    Terdapat empat bentuk asimilasi iaitu asimilasi budaya, struktural, biologi dan psikologi.

    1 Asimilasi budayaMelibatkan satu kumpulan etnik mengamalkan elemen-elemen budaya kumpulam

    etnik yang lain seperti bahasa, agama dan amalan pemakanan. Pada kebiasaannya,

    kumpulan etnik minoriti akan mengamalkan elemen-elemen budaya etnik majoriti.

    Hal ini adalah kerana amalan itu akan memberikan manfaat kepada kumpulan

    minoriti dan menyebabkan etnik minoriti lebih diterima oleh etnik mijoriti. Apabila

    kurang permusuhan antara etnik, asimilasi mudah berlaku.

    2 Asimilasi strukturalAsimilasi jenis ini merujuk interaksi sosial yang lebih kerap dalam kalangan

    kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza-beza. Melalui asimilasi jenis ini ahli-ahli

    etnik minoriti akan berserakan kepada pelbagai institusi masyrakat serta

    meningkatkan hubungan sosial dengan ahli-ahli kumpulan dominan.

    3 Asimilasi biologiAda yang menyamakan asimilasi ini dengan proses amalgamasi. Pada tahap ini,

    contoh yang terbaik ialah amalan perkahwinan campur. Asimilaisi jenis ini bukansahaja melibatkan asimilasi budaya dan asimilasi struktural tetapi juga asimilasi

    fizikal. Mexico dan Brazil adalah dua bandar negara yang memperlihatkan asimilasi

    biologi kerana kadar perkahwinan campur yang tinggi.

    4 Asimilasi psikologiAsimilasi jenis ini lebih melibatkan ahli-ahli kumpulan etnik sebagai individu.

    Melalui asimilasi psikologi, ahli-ahli kumpulan etnik akan melalui proses perubahan

    identiti. Ini menyebabkan individu-individu merasakan diri mereka lebih kepada

    masyarakat yang lebih besar berbanding dengan kumpulan etnik mereka. Mereka

    telah berasimilasi secara psikologi. Hal ini jelas dalam kalangan generasi baru imigran

    ke sesebuah negara. Generasi baru (seperti generasi ketiga) merasakan mereka adalah

    ahli masyarakat negara tersebut dan ikatan terhadap kumpulan etnik asal mereka

    makin longgar. Generasi baru ini merasakan bahawa mereka telah terasimilasi ke

    dalam arus perdana masyarakat. Mereka turut berasa bahawa masyarakat adalah

    sebagai asas dan tumpuan kesetiaan. Proses asimilasi psikologi bukan sahaja

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    8/26

    8

    merupakan proses identifikasi kendiri, tetapi juga melibatkan pengiktirafan daripada

    pihak lain. Sekiranya pihak lain terus menganggap mereka sebagai ahli kumpulan

    etnik asal, berlakulah halangan terhadap asimilasi psikologi (Marger, 1991).

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    9/26

    9

    AKULTURASI

    Manusia adalah makhluk yang sentiasa belajar daripada persekitarannya. Proses

    pembelajaran ini diistilahkan sebagai proses sosialisasi. Proses sosialisasi adalah proses yang

    berturusan selagi manusia itu masih hidup. Jelasnya manusia akan mempelajari

    persekitarannya. Semasa berlakunya hubungan antara budaya yang berbeza, akulturasi juga

    akan berlaku, iaitu permindahan dan perminjaman elemen-elemen budaya daripada satu

    kebudayaan kepada kebudayaan yang lain. Masyarakat yang melakukan perminadahan

    budaya akan turut melakukan penyesuian dengan pesekitaran mereka.

    Akulturasi akan mengakibatkan perubahan-perubahan struktur budaya kepada budaya

    asal, budaya peminjam atau mungkin juga berlaku kepada kedua-dua budaya. Dengan itu,

    manusia dalam sesuatu kumpulan budaya akan melakukan pemilihan terhadap perkara-

    perkara seperti teknologi, bahasa, organisasi sosial, agama dan seni daripada budaya-budaya

    lain untuk diserapkan di dalam budaya sendiri.

    Mereka juga akan bertindak sebagai tabir dalam menentukan elemen-elemen yang

    dipinjam semasa berlakunya hubungan budaya. Manusia akan menentukan elemen-elemen

    budaya yang perlu dikekalkan dan elemen-elemen yang perlu dipinjam akibat hubungan

    budaya. Suatu contoh yang jelas adalah apabila masyarakat bukan melayu mempelajari dan

    mengunakan bahasa Melayu yang telah dijadikan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di

    negara ini. Akibat hubungan budaya, masyarakat melayu juga mengambil beberapa elemen

    budaya daripada masyarakat bukan Melayu seperti jenis-jenis makanan.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    10/26

    10

    Dalam keadaan yang lain masyarakat yang di dominasi akan secara sukarela untuk

    menerima bentuk-bentuk budaya yang baru. Penduduk Kepulauan Manu di lautan Pasifik

    telah terdedah kepada beribu-ribu tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di situ semasa

    Perang Dunia Ke-2. Setelah memerhatikan ketinggian teknologi dan material tentera,

    penduduk Manu telah mengambil keputusan untuk merubah budaya mereka

    (Frederico,1979).9

    9Federico, Ronald C., Sociology, (second edition), Addison-Wesley Publising Company, Massachusetts, 1979,

    hal. 60.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    11/26

    11

    INTEGRASI

    Dalam konteks hubungan etnik, perpaduan boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha atau

    proses menyatukan seluruh masyarakat dalam sesebuah negara untuk membentuk satu identiti

    atau nilai bersama. Pengertian asas integrasi adalah menyatu dan menggabungkan komponen-

    komponen untuk mewujudkan suatu keseluruhan yang berpadu. Dalam sesebuah masyarakat,

    terdapat pelbagai bentuk hubungan kumpulan-kumpulan etnik berhubung dan berinteraksi.

    Sebelum perbincangan dibuat tentang bentuk-bentuk interaksi itu, konsep integrasi perlu

    ditakrifkan terlebih dahulu. Dalam konteks sesebuah masyarakat integrasi membawa

    pengertian menyatukan ahli-ahli yang berbeza ras dan kumpulan etnik dalam sesebuah

    organisasi sosial yang setaraf dan tiada sistem pemisahan.

    Tindakan integrasi adalah bertujuan menghapuskan pemisahan ras demi mencapai

    matlamatnya, iaitu mewujudkan suatu keadaan yang etnisiti menjadi tidak penting. Setiap

    orang boleh melibatkan diri dalam arus perdana sosial, ekonomi dan politik (Eshleman &

    Cashion, 1985)10. Integrasi juga bermaksud usaha menyatukan ahli-ahli masyarakat yang

    berlainan latar belakang sosial dan akhirnya mereka berkongsi pengalam sosial yang sama

    serta membentuk norma, sikap dan kepercayaan yang sama (Thompson & Hickley, 1994)11.

    Integrasi budaya pula berlaku apabila pelbagai bahagian dalam sistem budaya berkait anatara

    saru dengan lain (Macionis, 1993), jelasnya melalui integrasi ahli-ahli dalam masyarakat

    akan mengurangkan perbezaan yang wujud sesama mereka dan menyediakan landasan

    kepada kehidupan yang lebih berharmonis.

    Proses integrasi dapat dilihat apabila berlaku proses migrasi penduduk sesebuah

    negara ke negara yang lain. Apabila tiba di negara baru, imigran tersebut akan menganggap

    kediaman sebagai sementara sahaja. Mereka akan membentuk koloni-koloni etnik yang

    tersendiri kerana menyedari bahawa mereka adalah permastautin sementara demi

    kepentingan ekonomi. Namun sejumlah mereka terus bermastautin di negara baru mereka.

    10Eshlemen, J. R. & Cashion B. G., Sociology, an Introduction, Little, Brown and Company, Boston, 1985, hal

    54. .11Thompson, W. E. & Hickley, J. V., Society in Focus: An Introduction to Sociology, Harper Collins Collage

    Publishers, New York, 1994, hal. 34.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    12/26

    12

    Proses berintegrasi dengan kumpulan majoriti bermula apabila mereka keluar daripada

    koloni-koloni etnik (Horton & Hunt, 1964)12. Hal ini lebih jelas berlaku dalam generasi

    kedua mereka yang mula melibatkan diri dalam arus perdana masyarakat.

    12Horton, P. B. & Hunt, C. L., Sociology, McGraw- Hill Book Company, New York, 1964, hal.51.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    13/26

    13

    RAS

    Ras merupakan ukuran perbezaan sesuatu kelompok dengan kelompok yang lain

    berdasarkan kepada perbezaan fizikal. Ia juga mengamalkan konsep taksonomi yang terhad

    penggunaannya sebagai alat mengelaskan manusia. Tambahan pula ia menonjolkan konsep

    kelompok manusia yang mewujudkan fizikal yang maju daripada kelompok lain. Ia juga

    merujuk kepada suatu kumpulan manusia yang dicirikan oleh penumpuan dan taburan gen

    yang tertentu. Ras wujud disebabkan perbezaan geografi. Antara contoh ras ialah perbezaan

    warna kulit, rambut, mata, hidung dan lain-lain.

    Pada dasarnya, ras ialah suatu konsep biologi. Terdapat banyak kekeliruam berkaitan

    konsep ini. Ahli-ahli sosiologi dan antropologi saling tidak bersetuju dalam memberi takrifan

    ras. Adakalanya, ras merujuk kepada umat manusia. Dalam keadaan yang lain pula, ras

    digunakan untuk merujuk nasionaliti ia itu kerakyatan dan pengumpulan manusia

    berasaskan warna kulit seperti kulit putih. Namun demikian, terdapat kecenderungan para

    sainstis sosial untuk mentakrifkan ras sebagai sekumpulan manusia yang dibezakan seripada

    kumpulan-kupulan lain oleh kombinasi sifat-sifat fizikal (Horton & Hunt, 1964)13.

    Pentakrifan tersebut tidaklah tepat dan saintifik kerana manusia merupakan makhluk

    yang boleh melakukan pensenyawaan. Dalam sejarah manusia, perkahwinan campur berlaku

    dari masa ke semasa serta berlaku dalam semua masyarakat. Manusia secara genetiknya

    bersifat terbuka yang membawa maksud tanpa mengira sifat-sifat fizikal, manusia boleh

    melakukan pensenyawaan (Marger, ). Terdapat dua implikasi seperti berikut:

    (a)Perbezaan fizikal manusia yang amat banyak(b)Tidak wujud ras yang tulen

    Pegangan awal ahli-ahli sosiologi ialah ras terbahagi kepada tiga kategori yang besar

    iaitu, Caucasoid, Mongoloid dan Negroid. Namun demikian, klasifikasi tersebut tidak

    13Horton, P. B. & Hunt, C. L., Sociology, McGraw- Hill Book Company, New York, 1964, hal.36.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    14/26

    14

    berupaya menerangkan kelainan-kelainan ciri fizikal ras. Ciri-ciri satu kumpulan ras boleh

    dilihat dalam kumpulan yang lain. Pertindanan ciri-ciri fizikal manusia telah berlaku kerana

    perkahwinan campur.

    Jelasnya, konsep ras yang merujuk manusia dalam kumpulan ciri-ciri fizikal yang

    sama ialah persepsi manusia yang tidak disokong oleh dapatan saintifik. Adalah lebih tepat

    untuk menganggap ras sebagai ciptaan minda manusia tanpa disokong kebenarannya.

    Tinjauan secara mendalam idea ras adalah untuk mengkategorikan manusia yang bersifat

    palsu. Idea ras dapat dikaitkan dengan perkembangan sejarah yang berlaku pada penghujung

    abad ke-15 dan awal abad ke-16. Dalam jangka masa tersebut, berlaku pertembungan antara

    masyarakat Eropah dan bukan Eropah dengan lebih pesat. Akibat pertembungan ini,

    masyarakat eropah mendapati penduduk Asia, Amerika dan Eropah mempunyai raut wajah

    dan cara bertindak yang begitu berbeza daripada mereka. Masyarakat Eropah akhirnya

    membuat rumusan behawa perbezaan luaran ini merupakan petanda wujudnya perbezaan-

    perbezaan lain yang lebih penting. Antaranya adalah tanggapan bawaha masyarakat bukan

    kulit putih lebih rendah tarafnya berbanding dengan masyarakat kulit putih Eropah (Cornell,

    1998)14. Perbandingan seperti ini digunakan untuk menghalalkan kolonialisme Eropah ke atas

    tanah-tanah jajahan mereka.

    Oleh sebab ras merupakan persepsi manusia, tidak terdapat cara mengklasifikasikan

    manusia yang seragam dalam kalangan semua masyarakat. Individu yang dikategorikan

    sebagai kulit hitam di Amerika Syarikat mungkin akan dianggap sebagai kulit putih di

    Brazil. Jelasnya, cara orang di Brazil mentakrifkan ras tidak sama seperti yang dilakukan di

    Amerika Syarikat. Mereka tidak perlu menggunakan cir-ciri fizikal yang sama sebagai

    standard dan ukuran untuk mengkategorikan manusia (Marger, 1991). Satu contoh kesilapan

    dalam memberi konsep terhadap ras ialah kepercayaan bahawa perbezaan fizikal manusia

    akan berkait dengan perbezaan-perbezaan sosial dan tingkah laku manusia. Manusia berkulit

    putih akan mempunyai perlakuan yang berbeza daripada manusia berkulit hitam (Marger,

    2003). Menerusi pemikiran sebegini, perlakuan manusia akan banyak dipengaruhi oleh warna

    kulitnya.

    14Cornell, S. & Hartman, D.,Ethnicity and Race, Making Identities in a Changing World, Pine Forge Press,

    California, 1998, hal. 37.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    15/26

    15

    Asas-asas ras yang tidak saintifik ini telah mempengaruhi sistem perundangan. Di

    Amerika Syarikat, iaitu bermula di Tennesee pada tahun 1910, telah wujud dasar setitik darah

    ataupun a drop policy yang mana dasar ini menyatakan sesiapa yang memiliki darah kulit

    hitam daripada nenek moyang mereka walaupun melalui warisan yang kecil ia tetap dianggap

    sebagai ras kulit hitam (Law, 1962)15.

    15Law, I.Racism and Ethnicity, Global Debates, Dilemmas, Direction, Pearson Education Limited, Harlow,

    2010, hal. 38.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    16/26

    16

    ETNIK

    Perbincangan mengenai konsep etnik dan ras, sering berlaku kekeliruan dan salah

    faham dalam kalangan pelajar. Kedua-dua konsep ini sering dianggap sebagai mempunyai

    perngertian yang sama oleh orang ramai. Namun, jika dirujuk secara ilmiah , kedua-dua

    konsep tersebut dapat dibezakan asasinya.

    Istilah etnik dapat disusurgalurkan daripada perkataan Greek, iaitu etnos. Etnos

    bermaksud bangsa. Namun demikian, etnos bukanlah merujuk sekumpulan manusia yang

    mempunyai kesatuan politik tetapi kumpulan manusia yang mempunyai asal usul yang sama

    atau yang mempunyai pertalian darah.

    Pada peringkat awal, etnos merujuk kepada orang-orang lain yang tidak berkongsi

    kepercayaan yang sama dengan kita. Perkataan etnik mula digunakan dalam bahasaInggeris

    sekitar abad ke-15. Ketika itu, etnik bermaksud meraka yang bukan penganut agama

    Kristian atau Yahudi (Cornell & Hartmann, 1998)16. Jelasnya pada tahap ini etnik merujuk

    kepada fahaman dan kepercayaan kumpulan. Pengertian etnik terus berubah mengikut

    peredaran zaman. Kriteria agama tidak lagi digunakan untuk mengelaskan manusia kepada

    kumpulan-kumpulan etnik. Max Weber dalam bukunya Economy and Society awal abad ke-

    20 telah menjelaskan konsep etnik. Intisari kepada idea Weber adalah seperti yang berikut:

    a) Kumpulan manusia yang mempunyai asal usul yang sama.b) Ahli-ahli kumpulan etnik percaya mereka mempunyai asal usul dan pertalian darah.c) Ahli-ahli kumpulan etnik mempunyai perkaitan darahd) Antara asas persamaan asal asul yang sama ialah persamaan ciri-ciri fizikl tubuh,

    budaya dan pengalaman sejarah yang sama (Cornell & Hartmann, 1998)

    Ahli-ahli sosiologi kini mengaitkan etnik dengan budaya yang dikongsi oleh ahli-

    ahlinya. Perkongsian ini membawa pergertian bahawa etnik merupakan suatu kumpulan

    16Cornell, S. & Hartman, D.,Ethnicity and Race, Making Identities in a Changing World, Pine Forge Press,

    California, 1998, hal. 33.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    17/26

    17

    manusia yang mengamalkan budaya yang sama termasuklah bahasa, agama, adat resam,

    undang-undang serta sebarang bentuk perlakuan dan kepercayaan (Cornell & Hartmann,

    1998). Asas yang membezakan kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain ialah

    budaya mereka. Oleh sebab pengaruh budaya yang sama, kumpulan etnik juga mempunyai

    perasaan kekitaan dan kesedaran tentang ikatan yang dapat sesama ahli yang bermaksud

    timbul perasaan kita dan mereka (kumpulan etnik yang lain) dalam kalangan ahli-

    ahlinya. Seorang ahli sosiologi, Bob Blauner menjelaskan bahawa apabila orang ramai yakin

    bahawa mereka berkongsi asal usul dan pengalaman yang sama, mereka dapat rasakan

    keterikatan anatara satu dengan yang lain (Marger, 2003).

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    18/26

    18

    PREJUDIS

    Ungkapan prejudis berasal dari perkataan Latin, iaitu praejudicium. Praejudicium

    membawa maksud dahuluan, iaitu sesuatu keputusan diambil berdasarkan keputusan dan

    pengalaman silam. Kini prejudis bermaksud tanggapan buruk terhadap orang lain tanpa asas

    yang secukupnya (Eitzen & Zinn, 1988)17. Selain itu, prejudis juga bererti membuat

    tanggapan awal atau pengertian terlebih dahulu sebelum maklumat yang berkaitan dapat

    dikumpulkan atau dikaji. Justeru prejudis dibentuk berdasarkan bukti yang tidak cukup atau

    bersifat tidak nyata.

    G. W. Allenport (1968) menjelaskan bahawa prejudis ialah tanggapan awal terhadap

    sesuatu perkara yang akan berterusan sekiranya tanggapan itu tetap tidak berubah walaupun

    mendapat pendedahan tentang pengetahuan baharu. Prejudis juga boleh diertikan sebagai

    sikap yang negatif terhadap kumpulan-kumpulan luar. Manusia tidak dilahirkan dengan sikap

    prejudis. Seseorang itu mempelajari sikap prejudis sejak kecil menerusi proses sosialisasi.

    Memalui proses pembelajaran kanak-kanak memperoleh dan menyemai nilai-nilai prejudis

    yang terdapat dalam masyarakatnya.

    Di Amerika Syarikat, jenayah yang melibatkan kebencian etnik berlaku secara

    berleluasa. Kebanyakan daripada kejadian adalah kes-kes yang melibatkan kumpulan majoriti

    menyerang ahli kumpulan minoriti. Satu kejadian yang mendapat liputan meluas ialah pada

    Jun 1998, James Byrd seorang berkulit hitam telah dipukul sehingga tidak sedarkan diri oleh

    tiga orang kulit putih. Beliau kemudiannya diseret sehingga mengakibatkan kematian.

    Kejadian-kejadian seperti ini menunjukkan peringatan tragis bahawa sikap prejudis yang

    didasarkan kepada perkauman, etnik dan agama berlanjutan wujud dan sering dimanifestasi

    dalam bentuk yang berbahaya dan tragis.

    17Eitzen, D. S. & Zinn, M. B.,In Conflict and Order, (fourt edition, Allyn and Bacon, Boston, 1988, hal. 41.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    19/26

    19

    STEREOTAIP

    Dalam pengertian yang paling mudah, stereotaip ialah satu bentuk kepercayaan

    individu bahawa ahli-ahli kumpulan lain mempunyai sifat-sifat tertentu. Sifat-sifat ini

    mungkin positif atau pun negatif. Jelasnya, individu ini telah mempunyai idea-idea tetap

    mengenai ahli-ahli kumpulan lain (Eitzen & Zinn, 1988)18. Contoh-contah pemikiran

    stereotaip:

    a) Kumpulan etnik A sangat licik dan melakukan penipuan dalam urus niaga.b) Kumpulan etnik B sangat agresif dan suka bergaduh dengan kumpulan lain.c) Etnik C sangat taat kepada agamad) Etnik D sangat efisien dalam perkerjaan mereka

    Pemikiran stereotaip dapat dikaitkan dengan kebiasaan untuk melakukan proses

    pengkategorian apabila berhadapan dengan ahli-ahli kumpulan. Manusia akan meramalkan

    cara ahli-ahli kumpulan lain bertingkah laku (Encyclopedian of Human Behavier, 1994).

    Proses meramalkan ini akan menerbitkan pemikiran stereotaip.

    Pemikiran stereotaip akan mewujudkan perasaan kita dan mereka. Dengan itu

    wujudlah perbezaan kumpulan majoriti dan minoriti. Biasanya, kumpulan majoriti akan

    mengunakan pemikiran stereotaip terhadap kumpulan lain untuk mengekalkan kuasa

    seseorang yang mempunyai pemikiran stereotaip akan terus berpegang kepada kepercayaanya

    serta tidak mempedulikan realiti (Frederico, 1979). Pemikiran stereotaip akan mendorong

    seseorang itu bersikap prejudis, jika dirinya tidak mengubah panangan terhadap kumpulan

    lain apabila wujud bukti-bukti yang menolak pendiriaannya itu (Thompson & Hickery,

    1994).

    Pemikiran stereotaip juga akan memberikan alasan kepada amalan diskriminasi.

    Sebagai contohnya pemikiran stereotaip akan menganggap kumpulan etnik tertentu sebagai

    18Eitzen, D. S. & Zinn, M. B.,In Conflict and Order, (fourt edition, Allyn and Bacon, Boston, 1988, hal. 39.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    20/26

    20

    malas dan tidak pandai. Andaian sebegini akan menyebabkan mereka didiskriminasikan

    dalam peluang perkerjaan (Eshleman & Cashion, 1985). Amalan diskriminasi akan

    menyemai dan menyuburkan prejudis kerana diskriminasi akan mewujudkan pemisahan

    antara kelompok-kelompok manusia.

    Di Malaysia, isu prejudis kaum sering dianggap isu sensitif. Oleh sebab itu, tidak

    banyak kajian yang dilakukan untuk menilai sejauh mana pelbagai kaum di Malaysia

    menaruh sifat prejudis terhadap satu sama lain. Namun yang jelas, jika ditinjau daripada

    kelakuan dan percakapan harian, masalah ini tidak boleh dipandang ringan. Antara sikap

    prejudis yang dapat dilihat dalam masyarakat kita ialah masyarakat Melayu digelar pemalas,

    manakala masyarakat Cina dikaitkan dengan perjudian dan masyarakat India digelar kaki

    botol.

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    21/26

    21

    DISKRIMINASI

    Pelakuan memberikan layanan yang tidak sama kepada individu-individu kerana

    keahliannya kepada kumpulan-kumpulan yang tertentu. Tujuan layanan yang tidak sama

    adalah untuk menghalang kumpulan-kumpulan minoriti memiliki kuasa dan untuk

    menjadikan mereka itu berbeza daripada kumpulan majoriti (Frederico, 1979). Thompson

    & Hickey (1994) telah menyenaraikan tiga bentuk diskriminasi yang berlaku dalammasyarakat iaitu:

    a) Diskriminasi personalb) Diskriminasi perundanganc) Diskriminasi institusi

    Diskriminasi personal bermaksud perlakuan yang dilakukan oleh indivivu termasuk

    memberikan layanan yang tidak sama. Antara contoh layanan dengan memboikot pihak lain,

    menuturkan cacian, melakukan ugutan, keganasan dan membunuh. Diskriminasi

    perundangan ialah dilakukan menerusi penggubalan undang-undang. Terdapat ahli

    masyarakat yang didiskriminasikan dari institusi awam, pekerjaan dan ganjaran-ganjaran

    sosial akibat undang-undang dalam sesebuah negara. Diskriminasi institusi adalah tindakan

    institusi-institusi negara dalam aspek ekonomi, politik dan sosial (Thompson & Hickey,

    1994). Sebagai contoh sebuah bank yang meluluskan pinjaman kepada A dan menolak

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    22/26

    22

    permohonan B walaupun kedua-dua mereka mempunyai kelayakan yang sama B adalah

    contoh mangsa diskriminasi institusi.

    Dari perspektif konflik pula, diskriminasi merupakan suatu bentuk pertentangan

    kumpulan-kumpulan ras dan etnik untuk memperoleh sumber-sumber yang terbatas dalam

    masyarakat. Semakin hebat persaingan, semakin tinggi diskriminasi. Sebagai contoh, apabila

    runtuhnya empayar Kesatuan Soviet, berlaku persaingan kuasa yang sengit di Eropah Timur.

    Diskriminasi mula wujud di kawasan tersebut sehingga berlaku kempen pembersihan etnik

    untuk menghapuskan musuh-musuh etnik dan agama (Thompson & Hickey, 1994).

    MASYARAKAT PLURAL

    Pluraliti dapat ditakrifkan sebagai suatu kehidupan yang penuh dengan kepelbagaian

    dan kelainan. Golongan ynag berpegang kepada pendirian pluralisme, kelainan dan

    kepelbagaian ini adalah sesuatu yang perlu dihargai. Istilah kepelbagaian budaya kini telah

    digunakan untuk menerangkan mengenai perbezaan-perbezaan pelbagai lapisan dalam

    masyarakat. Pada masa yang sama dapat dikatakan bahawa fahaman pluraliti ini juga

    menolak kewujudan sewaktu budaya teras yang mesti diikuti oleh kumpulan-kumpulan

    etnik yang berlainan (Ritzer, 2007). Budaya teras dalam konteks ini bermaksud kumpulan

    majoriti yang memaksa kumpulan-kumpulan etnik yang bersifat minoriti untuk menerima

    aspek budaya mereka.

    Persoalan yang sering ditanya oleh mereka yang menyokong konsep pluraliti ialah:

    a) Tidakkah kita semua boleh menikmati peluang-peluang yang sama sebagai anggotadalam sesebuah masyarakat dengan tidak menghapuskan identiti sebagai ahli kepada

    sesuatu kumpulan etnik?

    b) Tidakkah kita boleh wujud bersama secara sama rata dalam sesebuah masyarakat,walaupun kita tidak berkongsi nilai dan budaya yang sama? (Teevan, 1993)

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    23/26

    23

    Dalam masyarakat pluraliti wujud kumpulan-kumpulan yang kepentingannya

    bertentangan antara satu dengan yang lain (Kammeyer, 1990). Hal ini kerana, setiap

    kumpulan mempunyai budaya dan pandangan hidup yang berbeza-beza. Namun, hal ini tidak

    semestinya menjadi suatu bentuk kelemahan masyarakat tersebut. Untuk mengelakkan

    berlakunya konflik dan penindasan, sesebuah masyarakat itu tidak memerlukan suatu

    kumpulan yang mendominasi kuasa sehingga mengakibatkan kumpulan-kumpulan etnik lain

    terpaksa tunduk dan akur kepada kumpulan dominan. Keadaan ini bermaksud, tiada pihak

    yang cukup kuat untuk mendominasi pihak lain dalam masyarakat terutamanya dari segi

    politik. Keadaan sebegini boleh dianggap sebagai kuasa yang tersebar dalam masyarakat.

    Kuasa perlu disebarkan dalam masyarakat agar ia tidak tertumpu kepada sesuatu pihak

    sahaja. Apabila tiada pihak yang cukup kuat untuk mendominasi pihak lain, wujud sikap

    toleransi sesama kumpulan etnik ahli-ahli sosiologi dan hubungan etnik bersetuju bahawa

    tidak semestinya hubungan sosial antara kumpulan-kumpulan yang berlain sejarah dan tradisi

    akan mendatangkan masalah. Sebaliknya, hubungan-hubungan yang harmonis dan kerjasama

    boleh wujud antara kumpulan-kumpulan etnik yang berlainan (Inciardi, 1990).

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    24/26

    24

    KONFLIK KELAS

    Apabila berlaku pengagihan sunber yang tidak seimbang dalam sesebuah masyarakat,

    konflik mudah berlaku. Sebagai contoh, apabila etnik tertentu mnguasai kekayaan atau kuasa

    dalam sesebuah negara, rasa tidak puas hati kumpulan etnik mudah berlaku. Etnik tersebut

    mungkin dituduh sebagai melakukan penindasan terhadap kumpulan etnik yang lain.

    Tambahan pula, terdapat faktor-faktor lain yang menyemarakkan konflik antara kaum. Di

    Tanah Melayu, etnik Cina menguasai ekonomi, manakala etnik Melayu menguasai politik

    negara. Keadaan ini mewujudkan dikotomi dalam masyarakat.

    KONFLIK ETNIK

    Apabila kumpulan-kumpulan etnik menyedari bahawa terdapat perbezaan-perbezaan

    fizikal yang jelas sesama mereka, wujud potensi untuk berlakunya konflik. Hal ini adalah

    kerana faktor ras seperti warna kulit dapat membantu mewujudkan perasaan kekitaan. Contoh

    yang jelas adalah semasa Perang Dunia Ke-2, iaitu wujud rasisme dan kebencian terhadap

    mereka yang berketurunan Jepun di Amerika Syarikat. Namun, kebencian yang sama tidak

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    25/26

    25

    berlaku terhadap mereka keturunan Jerman di negara itu sedangkan Jerman dan Jepun

    merupakan musuh Amerika Syarikat.

    KONFLIK AGAMA

    Terdapat konflik etnik yang disebabkan oleh faktor agama. Sebagai contoh, konflik di

    Sri Lanka, iaitu antara etnik Tamil dengan Sinhala kerana kedua-dua kumpulan etnik itu turut

    menganut agama yang berbeza. Etnik Tamil beragama Hindu, manakala etnik Sinhala

    menganut agama Buddha. Perkara yang sama dapat dilihat daripada konflik yang berlaku di

    Ireland Utara dan Timur Tengah. Di kedua-dua tempat ini, konflik menjadi lebih tegang

    kerana faktor agama.

    Peristiwa 13 Mei merupakan peristiwa yang melibatkan pergaduhan antara kumpulan

    etnik di Malaysia selepas pilihan raya pada bulan Mei 1969. Konflik antara kaum Cina yang

    tertumpu di Kuala Lumpur. Sentimen antara kumpulan etnik yang kuat akhirnya membawa

    kepada konflik secara terbuka. Analisis terhadap peristiwa itu wajar dilihat dalam konteks

    yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada sekitar tarikh 13 Mei itu sahaja. Tun

    Mahathir dalam bukunya, Delima Melayu (1970) menjelaskan bahawa:

    Apa yang wujud ialah kurangnya perselisihan antara kaum. Ada rasa toleransi. Adaterdapat penyesuaian. Ada sedikit sebanyak perasaan tolak ansur. Akan tetapi tidak wujud

  • 5/28/2018 Ras hubungan etnik

    26/26

    26

    harmoni yang sebenar. Sebaliknya ada nada-nada sumbang walaupun tidak begitu ketara.

    Ada kalanya nada-nada sumbang melansing nyaring lalu mencetuskan pergaduhan kaum

    yang terpencil atau merata-rata.

    Keharmonian antara kaum di Malaya tidaklah tulen, bahkan juga tidak berakar umbi secara

    mendalam

    RUJUKAN

    Cornell, S. & Hartmann, D. (1998),Ethnicity and Race, Making Identities in a Changing

    World, California: Pine Forge Press.

    Eitzen, D. S. & Zinn, M. B. (1988),In Conflict and Order, (fourth edition),Boston: Allyn &Bacon.

    Thompson, W. E. & Hickey, J.V. (1994), Society in Focus: An Introduction to Sociology,

    New York: Harper Collins College Publishers.

    Mohd Ashraf Ibrahim..... [et al]. (2013),Hubungan Etnik (Siri Pendidikan Guru),Shah

    Alam: Oxford Fajar Sdn, Bhd.