ransangan soalan - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · web viewtidak kira semasa...

18
RANSANGAN SOALAN Ada soalan yang dikemukakan secara ayat terus. Ada juga menggunakan ransangan(stimulus). Ransangan ialah sesuatu imej yang berupa gambarajah,jadual dan lain- lain lagi yang berfungsi sebagai petunjuk penting untuk mendapatkan jawapan.Antara bentuk ransangan adalah seperti berikut:- Gambarajah Jadual Geraf Data 1

Upload: duongthuan

Post on 03-May-2018

227 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

RANSANGAN SOALAN

Ada soalan yang dikemukakan secara ayat terus. Ada juga menggunakan ransangan(stimulus). Ransangan ialah sesuatu imej yang berupa gambarajah,jadual dan lain-lain lagi yang berfungsi sebagai petunjuk penting untuk mendapatkan jawapan.Antara bentuk ransangan adalah seperti berikut:-

GambarajahJadualGerafDataCartaPetaGambar.PernyataanDll.

1

Page 2: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

Perhatikan ransangan dalam contoh soalan di atas.

Sebagaimana yang dinyatakan ransangan yang terdapat dalam sesuatu soalan berfungsi sebagai panduan atau tunjukarah kepada jawapan sebenar. Jika calon berkebolehan memanipulasikan sesuatu ransangan sudah tentu memudahkan lagi ia memperoleh jawapan.Misalnya untuk mencari jawapan pulangan setiap ringgit yang dilabur bagi sawi bunga. Jika calon tidak ingat formula, calon boleh melihat data yang sama bagi terung dan cuba membuat beberpa operasi matematik data tersebut. Dari sini ia dibuat untuk sawi bunga.

Bidang Usaha

Tempoh(Hari)

Pendapatan Kasar (RM)

Jumlah Kos (RM)

Keuntungan (RM)

Pulangan setiap RM

dlabur

Sawi bunga 30 11400.00 5428.00 5971.50 (i)................

Cendawan 120 (ii).............. 607.20 92.800 1.15

Terung 210 16744.00 6668.00 (iii)................ 2.51

2

Page 3: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

JADUAL 4

Jadual 4 menunjukkan beberapa maklumat yang belum lengkap bagi tiga bidang usaha.

(a) Lengkapkan Jadual 4 dengan mengisi maklumat yang diperlukan.

Strategi Belajar Yang Disyorkan Untuk Skor (Cemerlang.)

1.Tumpuan Semasa Pengajaran guru.

Tidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, pengajaran guru amat mustahak diberi perhatian secara serius. Guru cuba menerangkan isi pelajaran dengan sejelas-jelasnya. Kalau pelajar tidak beri perhatian penjelasan guru tidak akan sampai kepada pelajar. Jika penjelasan ini berkait dengan isi pengajaran seterusnya, masalah pelajar menjadi lebih teruk lagi. Oleh itu ada lah sangat perlu pelajar perhati, dengarkan dan lakukan eksperimen dan lain-lain aktiviti semasa pengajaran. Kerapkali pelajar bercakap dengan pelajar lain, melihat tempat lain dan tidak mahu ambil perhatian yang serius. Angkara ini menimbulkan masalah kepada pelajar sendiri.

2. Bertanya Kepada Guru

Hasrat guru adalah untuk menyampaikan ilmu (isi pelajaran), kebanyakan guru sangat mengalualukan pertanyaan dari muridnya mengenai apa-apa perkara yang tidak difahami. Guru sedaya upaya akan cuba memberikan penjelasan yang sebaik mungkin. Oleh itu sebagai seorang pelajar anda patut tiada perasaan malu

3

Page 4: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

atau rendah diri untuk bertanya kepada guru anda jika ada perkara yang anda tidak kuasasi.

3. Ulangkaji.

Amat penting anda mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari. Sebaiknya apa yang dipelajari hari itu hendaklah buat ulangkaji pada waktu petangnya atau malamnya supaya mudah difaham dan diingat.

Disyorkan juga pelajar membuat rujukan sendiri pada isi pelajaran yang akan di ajar pada hari berikutnya, ini baik kerana ada persediaan minda dan pengajaran guru lebih mudah difahami.

4.Membuat Rujukan

Buku teks utama perlu di gunakan dengan sepenuhnya. Disamping itu jika mampu disyorkan membeli buku-buku rujukan/ulangkaji yang terdapat di pasaran.

4

Page 5: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

5. Membiasakan diri dengan soalan SPM atau yang setaraf.

Calon hendaklah ada usaha sendiri mendapatkan soalan-soalan SPM yang lepas-lepas. Cuba jawab soalan ini seberapa banyak yang mungkin. Jika ada kesempatan tanya guru anda bagimana menjawab dengan betul dan mendapatkan markah maksima. Apa salahnya samada sencara sendiri atau kumpulan membina soalan sendiri dan cuba jawab soalan yang anda bina itu. Soalan ini dinamakan soalan belajar.. Disyorkan setiap calon cuba sudah menjawab soalan SPM bagi 5 tahun yang lepas. Ingat semasa menjawab cuba jawab dalam peruntukan masa 1.5 jam sahaja bagi setiap kertas soalan. Penilaian kendiri dapat dibuat dengan

5

Page 6: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

kaedah ini seterus pembaikan/pembetulan kendiri juga boleh dilakukan. Biasakan diri anda dengan soalan SPM supaya ia benar-benar dapat dihayati malah bukan sesuatu yang asing bagi anda.

6. Membuat Nota Ringkas.

Nota ringkas adalah satu-satunya alat yang memungkinkan anda memperolehi kecemerlangan. Dicadangkan nota-nota ini anda buat sendiri menggunakan format/bentuk peta minda, nota pancaran, banding beza, carta aliran dan lain-lain grafik yang mudah difahami.Nota-nota bentuk ini hendaklah dibuat dalam bentuk buku poket yang mudah di bawa kemana-mana.

7. Mengamalkan Teknik Hafalan.

6

Page 7: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

Ada fakta/perkara yang mana perlu dihafal disamping difahami. Oleh itu latihlah diri menghafal sesuatu perkara. Ini tidak bermaksud semua perkara perlu dihafal. Untuk memudahkan proses penghafalan buatkan ayat/kata kunci atau huruf-huruf yang disusun mengikut sesuatu bunyi yang mudah diingat/hafal. Ini dinamakan neumonik.Bentuk/format yang mesti dihafal sebagai contoh ialah format belanjawan. Begitu juga jenis baja dan peratus baja juga perlu dihafal.

8. Keperluan Am.

Ini bermaksud perkara-perkara asas yang sepatutnya diketahui oleh pelajar tingkatan 5. Misalnya penggunaan Rajah Segitiga Tekstur Tanah, sistem penghadanan ruminan dan bukan ruminan, sistem pembiakan ruminan dan bukan ruminan, tut, format belanjawan ladang, penyemburan racun kimia dan lain-lain.

7

Page 8: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

9 Membiasakan Menulis dengan Cepat ,Jelas dan teratur.

Satu dari sebab calon kurang mendapat markah ialah ayat yang dibina tidak diketahui maksudnya oleh pemeriksa. Latihkan diri kita supaya membuat ayat yang tidak berbelit-belit dan salah penggunaan perbendahjaraan kata. Gunakan ayat selapis/langsung dan pendek tetapi lengkap.

Ingat, pelajar juga mesti biasakan diri menulis dengan cepat dan dalam masa yang sama tulisan boleh di baca. Sebagai panduan tulisan haruslah sederhana besar dan pastikan ia boleh dibaca.

STRATEGI MENJAWAB SOALAN.

Kertas 1- 3528/1- Item Berbentuk Objektif/ Jawapan Pendek.(1 ½ Jam)

8

Page 9: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

1.Kaji Unit-unit atau tajuk yang panas (yang selalu disoal dalam peperiksaan SPM tahun-tahun lepas) untuk diberikan tumpuan yang lebih.

2.Dari analisis lima tahun yang lepas didapati topik-topik panas adalah seperti berikut:-

i. Pengaruh Faktor Tanah Terhadap Tarnaman

ii. Pengaruh Faktor Iklim Terhadap Ternakan.

iii. Pengaruh Faktor Biosis Terhadap Tanaman

iv. Pengaruh Faktor Genetik Terhadap Ternakan.

v. Pengaruh Faktor Nutrisi Terhadap Ternakan.

vi. Bioteknologi Dalam Pertanian.

3.Fahamkan KATA TUGAS bagi setiap item. Jawapan yang dikemukakan MESTILAH memenuhi kehendak kata tugas tersebut.

4.Sebagai panduan kepada calon, biasanya diakhir setiap item ada dinyatakan markah

9

Page 10: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

bagi item tersebut.Bilangan markah biasanya menentukan bilangan fakta/jawapan yang diperlukan.

5.Cubalah menjawab item-item yang mudah dahulu, kemudian jawab item-item yang dirasakan lebih sukar. Kaedah ini dapat mengelakkan calon tertinggal dari menjawab item yang sepatutnya boleh dijawab.

6.Bagi item yang mana kata tugasnya memerlukan anda menjawab secara penghitungan, anda seharusnya menunjukkan jalan penghitungan yang jelas dalam ruangan yang disediakan. Jawapan juga seharusnya dinyakan unit.

7.Tulisan mestilah sederhana saiz (tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil), jelas dan mudah dibaca (kebolehbacaan yang baik), ayat dan ejaan yang betul.

8.Bagi item-item yang kata tugasnya melakar dan melabel, pastikan lakaran yang dibuat sederhana saiz di ruangan yang betul dan jelas. Disyorkan, lakaran dibuat dengan pensil, dan tiada lorekan dan dilakar dengan satu garisan sahaja.

10

Page 11: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

9.Jangan lupa untuk melabel dengan istilah dan ejaan yang tepat dan ditempat yang betul.

10. Bagi item melengkapkan jadual, pastikan jawapan ditulis dalam petak yang disediakan. Jawapan harus ringkas dan padat (nyatakan fakta/jawapan penting sahaja).

11. Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pelajar adalah seperti berikut:-

a)Fakta / jawapan yang dikemukakan salah (lain disoal lain dijawab).

b)Fakta/ jawapan diulang-ulang (walaupun dalam bentuk ayat yang lain, tetapi maksud/fakta adalah sama).

c)Jalan pengiraan/penghitungan tidak ditunjukkan.

d)Lakaran tidak langsung menggambarkan bentuk/rupa yang dikehendakki dan ada yang salah melabel.

e)Bagi soalan yang memerlukan pelajar menyatakan istilah, pelajar

11

Page 12: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

memberikan banyak istilah menyebabkan jawapan yang betul menjadi salah.

f) Tulisan sukar/tidak boleh dibaca kerana saiz terlalu kecil, pensil yang tidak jelas atau tidak cukup hitam dan ejaan atau ayat yang salah.

ANALISIS KEKERAPAN SOALAN SPM SAINS PERTANIANKERTAS 1 1996 HINGGA 2001.

12

Page 13: RANSANGAN SOALAN - spt01.tripod.comspt01.tripod.com/carabelajar.doc · Web viewTidak kira semasa ditingkatan 4 mahu pun tingkatan 5, ... STRATEGI MENJAWAB SOALAN. Kertas 1- 3528/1-

TAJUK/UNITBILANGAN SOALAN MENGIKUT TAHUN

‘96 ‘97 ‘98 ‘99 ‘00 ‘01 ‘02

Pertanian Di Malaysia 1 2 0 1 31 1

Pengaruh Faktor Iklim Terhadap Tanaman. 1 3 2.5* 5 53 2

Pengaruh Faktor Tanah Terhadap Tanaman. 5.5* 4 2.5* 5 24 2

Pengaruh Faktor Biosis Terhadap Tanaman. 2 5 4 2 21 2

Pengaruh Faktor Genetik Terhadap Tanaman. 3 1 1 1 12.5 2

Pengaruh Pengawalatur Tumbuhan Terhadap Tanaman. 1 0 1 1 10.5 1

Faktor Iklim Yang Mempengaruhi Ternakan 0 0 0 0 11 1

Faktor Nutrisi Yang Mempengaruhi Ternakan 4 1 3 1 32 2

Faktor Kesihatan Yang Mempengaruhi Ternakan 0 0 1 1 01 1

Faktor Genetik Yang Mempengaruhi Ternakan 1 2 1 2 03 1

Perancangan Untuk Memulakan Ladang 1 0 2 1 01 1

Perlaksanaan Rancangan Operasi Ladang 0 0 0 0 10 1

Pengurusan Operasi Ladang 1 0 0 1 00 0

Analisis Dan Penilaian Ladang 0 1 1 0 1

0 2

Bioteknologi Dalam Pertanian 1 2 1.5* 2 11 2

Mekanisasi Dalam Pertanian 3.5* 2 1.5* 1 21 2

Komputer Dalam Pertanian 1 1 1 1 11 1

Trend Pertanian Di Malaysia 1 0 1 0 01 1

Masalah Dan Isu Pertanian Di Malaysia 0 0 1 0 11 0

soalan bergabung dengan topik lain

13