rangkaian sekolah amanah tahun 2011 yayasan amir

3
Rangkaian Sekolah Amanah Tahun 2011 Yayasan AMIR Sekolah Amanah adalah sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan terpilih yang diurus secara usahasama oleh sektor swasta dan pentadbir-pentadbir sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran. Berikut adalah senarai 10 Sekolah Amanah yang menyertai projek perintis di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR ini iaitu masing-masing lima buah daripada Johor dan Sarawak: Sekolah di Johor 1. Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2 2. SK Kampung Layau 3. Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (Tamil) Kangkar, Pulai 4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu 5. SMK Gelang Patah Sekolah di Sarawak 1. Sekolah Menengah Sains Kuching 2. SMK Bandar Kuching 2 3. SK Tabuan 4. SK Empila, Samarahan 5. SK Combine Sektor swasta yang terlibat buat masa ini adalah Khazanah Nasional Berhad yang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi melaksanakan program Sekolah Amanah. Ini selaras dengan komitmen Khazanah Nasional menyokong usaha kerajaan mentransformasi sistem pendidikan. Dilaporkan terdapat beberapa syarikat korporat serta swasta lain menyatakan minat menyertai program Yayasan Amanah ini. Berbeza dengan Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah SMART dan Sekolah Wawasan kerana Sekolah Amanah menggunakan model pengurusan serta operasi yang berbeza iaitu berteraskan perkongsian awam-swasta.

Upload: mizta-karan

Post on 22-Oct-2015

79 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

v

TRANSCRIPT

Page 1: Rangkaian Sekolah Amanah Tahun 2011 Yayasan AMIR

Rangkaian Sekolah Amanah Tahun 2011 Yayasan AMIR

Sekolah Amanah adalah sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan

terpilih yang diurus secara usahasama oleh sektor swasta dan pentadbir-

pentadbir sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran.

Berikut adalah senarai 10 Sekolah Amanah yang menyertai projek

perintis di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan

AMIR ini iaitu masing-masing lima buah daripada Johor dan Sarawak:

Sekolah di Johor

1. Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2

2. SK Kampung Layau

3. Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (Tamil) Kangkar, Pulai

4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu

5. SMK Gelang Patah

Sekolah di Sarawak

1. Sekolah Menengah Sains Kuching

2. SMK Bandar Kuching 2

3. SK Tabuan

4. SK Empila, Samarahan

5. SK Combine

Sektor swasta yang terlibat buat masa ini adalah Khazanah Nasional

Berhad yang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi melaksanakan

program Sekolah Amanah. Ini selaras dengan komitmen Khazanah

Nasional menyokong usaha kerajaan mentransformasi sistem pendidikan.

Dilaporkan terdapat beberapa syarikat korporat serta swasta lain

menyatakan minat menyertai program Yayasan Amanah ini.

Berbeza dengan Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah

SMART dan Sekolah Wawasan kerana Sekolah Amanah menggunakan

model pengurusan serta operasi yang berbeza iaitu berteraskan

perkongsian awam-swasta.

Sekolah Amanah bukanlah sekolah elit kerana natijah akhir program ini

untuk memastikan setiap sekolah dapat meningkatkan prestasi masing-

masing dengan bantuan khususnya kewangan daripada Khazanah.

Page 2: Rangkaian Sekolah Amanah Tahun 2011 Yayasan AMIR

Baca di: http://eputra.com/senarai-sekolah-amanah-2011/#ixzz2piFiHird Under Creative Commons License: Attribution

Sekolah wawasan

Kompleks Sekolah WawasanIa adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasanyang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buahsekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama (KPM,2000). Kompleks Sekolah Wawasan yang dikaji dalam tugasan ini adalah khusus kepadaKompleks Sekolah Wawasan yang terletak di USJ 15, Subang Jaya. Kompleks SekolahWawasan ini mengandungi tiga buah sekolah berlainan aliran, iaitu SK. Dato’ Onn Jaafar,SJK(C) Tun Tan Cheng Lock, dan SJK(T) Tun Sambanthan. Di Malaysia, terdapat enambuah Kompleks Sekolah Wawasan iaitu masing-masing satu di Kedah, Pulau Pinang,Perak (2 buah kompleks), Selangor dan Negeri Sembilan. Namun uniknya KompleksSekolah Wawasan di Selangor ini menempatkan tiga buah sekolah berlainan aliranberbanding kompleks lain yang menempatkan hanya dua buah sekolah berlainan aliran.

Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak

Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah

Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang- SJK(T) Tasek Permai Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor- SJK(T) Tun Sambanthan

Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak- SJK (T) Mukim Pundut

Kompleks Sekolah Wawasan Seremban 2, Negeri Sembilan.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/180-jenis-jenis/1199-sekolah-wawasan.html