rangka soalan 3

Upload: nur-syahira-mohd-narudin

Post on 10-Jan-2016

78 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jsxb

TRANSCRIPT

cara2 meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaaperkataan patriotisme berakarkan daripada perkataan patriot.patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadao tanah air.memang mudah untuk setiap lidah melafazkan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara,namun sejauh manakah kebenarannya?sedangkan cinta kepada Tuhan yang Maha Agung pun boleh dikhianati,cinta kepada Rasul boleh diambil enteng dan cinta kepada sesama manusia boleh dipersenda,apatah lagi cinta kepada negara.hal ini bertambah sukar buat remaja bagi mendalami semangat patrotisme.Pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik yang boleh diambil kira akan dibincangkan.

setiap pelajar yang berwawasan perlu sedar peranan mereka sebagai sandaran negara setelah sebahagian kecil daripada rakan2 sebaya mereka telah hanyut dirempuh gelombang pemodenan.remaja berwawasan ini perlu gigih dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka sendiri dengan cara menjadikan buku2 sejarah sebagai bahan bacaan tambahan mereka selain daripada buku2 pelajaran.Mereka juga pelu lebih giat dalam menghayati puisi,sajak dan syair yang berkaitan dengan patriotisme bagi menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka.

Ibu bapa sebagai tunjang utama keluarga perlu mengambil peranan dalam menigkatkan semangat patirotisme dalam kalangan remaja.Ibu bapa perlu membiasakan anak2 dengan cerita2 rakyat yang berunsurkan sejarah .Hal ini adalah lebih baik daripada menceritakan mereka tentang kisah2 dongeng daripada negara barat.Tambahan pula,perkara ini dapat mengajar anak2 untuk lebih mengenali warisan dan budaya kita.

Selain itu,pihak sekolah juga dapat meningkatkan semangat patritisme remaja melalui matapelajaran Sejarah.Guru2 dapat mengggunakan kaedah ini dengan cara mendidik para remaja agar menghayati matapelajaran sejarah dan bukan sekadar dengan berniat untuk lulus peperiksaan sahaja.Penceritaan mengenai pahit getir para pejuang kemerdekaan negara dapat mengajar mereka erti bersyukur atas nikmat kemerdekaan.

Kebiasannya,pihak sekolah akan mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat2 yang menarik.Pihak sekolah dapat mengambil peluang ini untuk membawa pelajar ke tempat2 bersejarah>perkara ini merupakan salah satu daripada kaedah pembelajaran bagi meningkatkan semangat patriotisme remaja.

Media massa terutama televisyen merupakan teknologi yang paling dekat denagn kehidupan manusia.Pengaruh media massa terhadap kehidupan manusia sangat besar sehinggakan boleh dikatakan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen.Sehubungan itu,media massa wajar dijadikan alternatif paling berkesan bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja memandangkan merekalah golongan yang paling banyak menonton televisyen.media massa perlu menyiarkan drama2 ,filem,lagu,dan apa sahaja yang boleh membangkitkan semangat kebangsaan.Perkara ini perlu diteruskan sepanjang tahun dan bukannya pada bulan kemerdekaan sahaja bagi memastikan semangat patriotisme tumbuh subur sepanjang masa.

Di samping itu,pihak kerajaan perlu memperkasakan sebarang program yang dapat meningkatkan semangat patriotisme seperti Program Khidmat Negara.Program ini dapat menyedarkan remaja tentang peranan mereka sebagai aset negara dan persediaan yang perlu dilakukan bagi memikul tanggungjawab masalah ini.

Tuntasnya,remaja hari ini tidak ramai yang mempunyai semangat patriotisme.Pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik pelru diambil bagi memastikan kita mempunyai pelapis pentadbir yang berwawasan.

Apa yang saya belajar mengenai perpaduan dan mengaitkan dengan sejarah ......

Menurut Abdul Rahman Abdul Rashid (1989), sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan kelemahan yang menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya dan negaranya . Sistem pendidikan , melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Malah Pendidikan Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran yang penting untuk memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam diri setiap pelajar , guru , ibubapa dan masyarakat setempat yang lain .Mungkin orang yang lebih tua daripada kita tidak sempat mempelajari Pendidikan Sejarah di sekolah akan tetapi semangat patriotisme serta peristiwa-peristiwa yang memberi sejarah kepada negara kita telah dapat menyedarkan mereka apa maksud perpaduan yang sebenar . Persoalannya ialah sejauh mana Pendidikan Sejarah berjaya memupuk perpaduan dan menyatupadukan masyarakat serta membina Negara Bangsa?

Pendidikan Sejarah yang diajar di sekolah ataupun di tempat awam yang lain dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman . Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan Sejarah Negara . Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan , kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu . Dalam pilihanraya tahun 1969 , Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya, masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi . Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa . Setelah peristiwa itu berlaku baru wujudnya Dasar Ekonomi Baharu serta Rukun Negara sebagai satu ikrar yang harus dipatuhi untuk menyelesaikan masalah perpaduan ini . Apa yang boleh saya jelaskan di sini adalah kesedaran tentang pentingnya perpaduan dan pembinaan Negara Bangsa bermula selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969 . Tegasnya , Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan persefahaman antara kaum akan kesedaran yang diambil dari peristiwa rusuhan kaum sehingga berjaya menyatupadukan masyarakat dan membina Negara Bangsa.

Berdasarkan Hj . Dr Syed Ibrahim(2012) berkaitan sejarah kemerdekaan negara kita , penjuang kemerdekaan dahulu begitu memainkan aspek yang besar dalam memperjuangkan kemerdekaan di negara kita . Kita perlu tengok kebelakang dan memperbaiki serta menambah nilai untuk masa depan yang lebih gemilang . Kejatuhan sesuatu bangsa juga disebabkan kurangnya mengkaji sejarah terdahulu . Kita ambil sedikit contoh mengenai mereka yang telah memperjuangkan kemerdekaan seperti Mat Salleh . Mat Salleh ini merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah . Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897 . Dalam masa pertempuran itu , Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900 . Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan . Pada pendapat saya , Mat Salleh merupakan seorang pejuang yang berani dan sanggup mengorbankan nyawanya demi untuk membebaskan negerinya daripada dijajah British . Tegasnya , apabila kita mempelajari pendidikan sejarah , kita dapat bersyukur mempunyai pejuang kemerdekaan yang sanggup bergadai nyawa demi memerdekakan negeri-negeri mereka daripada penjajah . Selain itu , semangat patriotisme dan perpaduan antara masyarakat semakin utuh kerana menghargai jasa pengorbanan penjuang-penjuang kemerdekaan seperti Mat Salleh , Tok Janggut . Rentap dan sebagainya . Oleh itu , apabila kita mempelajari Pendidikan Sejarah , kita akan belajar mengenai penjuang-penjuang kemerdekaan sekaligus dapat memupuk perpaduan dan pembinaan masyarakat yang bersatu padu dan membina Negara Bangsa yang wujud sehingga ke hari ini .

Menurut Dr Ishak Saat (2009) , Pendidikan Sejarah yang terdapat di Malaysia, memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini . Cuma masalah dari segi sekolah vernakular yang belum terhapus , akan tetapi perpaduan dan pembinaan Negara Bangsa telah berjaya di Malaysia buktinya sehingga kini Malaysia masih aman . Pembinaan Negara Bangsa telah berjaya sehingga kini kerana telah lahirnya pelbagai bangsa di Malaysia seperti Melayu , Cina, India dan lain-lain . Dari sudut perpaduan mungkin ianya belum berjaya lagi kerana sekolah-sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan . Mungkin secara logiknya, perpaduan mungkin telah tercapai kepada sesetengah masyarakat, akan tetapi sekolah vernakular ini sepatutnya dihapuskan agar kanak-kanak mahupun remaja sudah mengerti erti perpaduan dengan lebih dekat semenjak kecil lagi melalui pengenalan mereka bersama masyarakat daripada pelbagai bangsa.. Tetapi kita masih bersyukur kerana bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu , iaitu bahasa yang menyatukan kita semua . Apa yang saya maksudkan ialah jikalau Malaysia menjadikan semua bahasa sebagai bahasa pengantar maka sampai bila-bila kita tidak akan dapat berkomunikasi dengan masyarakat selain daripada kaum kita sendiri . Oleh itu , apabila Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kepada Pendidikan Sejarah dan juga di Malaysia , ianya dapat memupuk perpaduan dan menyatupadukan masyarakat sekaligus membina Negara Bangsa .

Menurut Maruwiah Ahmat (2010) , Mata Pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi, semangat cintakan tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar. Ia juga mempunyai kaitan dengan prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu melalui mata pelajaran Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami keluhuran perlembagaan . Melalui pendidikan Sejarah juga seseorang itu akan memahami keluhuran perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara . Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 . Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warga negara yang mendukungnya . Sejajar dengan itu, masyarakat harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang . Oleh sebab Perlembagaan Negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak . Perlembagaan Negara juga adalah sumber rujukan kepada semua perkara berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat Malaysia . Mereka yang tidak memahami sejarah sahaja akan mempertikaikannya . Maka apabila pendidikan sejarah berjaya disampaikan kepada setiap penjuru individu hingga sampai kepada lubuk hati mereka , ia berjaya mewujudkan perpaduan dan masyarakat yang bersatu padu sekaligus membina sebuah Negara Bangsa .

Pendidikan Sejarah juga mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang pernah kita alami sebelumnya . Kita mengambil contoh bagaimana Pulau Pinang dirampas oleh British daripada Negeri Kedah dengan secara tidak disedari . Kedudukan Pulau Pinang di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah . Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Francis Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali Pulau Pinang pada 1790. Malangnya , pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada SHTI dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian , dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah . Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat di bawah pentadbiran British di India . Kesimpulan daripada peristiwa tersebut telah menunjukkan bahawa kita perlu menyelidik dahulu siapa sebenarnya orang yang sedang membuat perjanjian dengan negeri kita dan impak selepas membuat perjanjian supaya negeri atau negara kita sendiri tidak dianiaya seperti itu lagi . Tegasnya , iktibar dari peristiwa yang lepas penting dalam Pendidikan Sejarah supaya seluruh masyarakat tidak mengulangi perkara hitam yang sama . Oleh itu , perpaduan dan pembinaan masyarakat yang bersatu padu dapat dipupuk serta dapat membina Negara Bangsa apabila seluruh komuniti masyarakat berhati-hati dalam berhubungan dengan orang dalam dan orang luar yang cuba menjajah kita mahupun menjajah pemikiran dan Negara kita sendiri .

Kesimpulannya , Pendidikan Sejarah mampu memupuk perpaduan dan menyatupadukan masyarakat yang bersatu padu dan membina Negara Bangsa kerana Pendidikan Sejarah sendiri mempunyai peristiwa-peristiwa sebelum dan selepas kemerdekaan serta mengandungi pelbagai iktibar dan pengalaman yang pahit sebelum Negara Malaysia menjadi aman sehingga kini . Saya berani menyatakan bahawa negara kita sendiri sudah terlihat tanda-tanda diskriminasi kaum selepas Pilihanraya Umum ke-13 . Akan tetapi ianya berlaku kepada mereka yang terlalu obses terhadap pemimpin-pemimpin yang mereka sokong sahaja . Perkara ini hanya berlaku semasa beberapa bulan sebelum PRU ke-13 berlansung dan beberapa minggu selepas PRU ini terlaksana . Setelah itu , keadaan menjadi seperti biasa semula , dan saya dapat lihat sendiri masyarakat sudah boleh bersatu semula amnya di kawasan perumahan saya sendiri. Saya juga berpendapat bahawa dengan bersatunya pelbagai kaum dan masyarakat di Malaysia , perpaduan dan pembinaan masyarakat yang bersatu padu dan membina sebuah Negara Bangsa dapat dipupuk hasil dengan mempelajari dan menghayati Pendidikan Sejarah dengan mata hati . Umumnya , pembinaan perpaduan di Malaysia bermula selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang menyaksikan pertumpahan darah di antara kaum . Ini telah membuka mata pelbagai pihak tentang kepentingan untuk menjaga sensitiviti yang terdapat dalam masyarakat majmuk . Menyentuh satu peribahasa yang sinonim dengan esei yang berkaitan perpaduan dan pembinaan Negara Bangsa iaitu bersatu kita teguh , bercerai kita roboh . Ianya bermaksud kita harus bersatu padu dengan pelbagai kaum agar muafakat dapat dicapai dan pergaduhan dan salah faham dapat dielakkan .

SEJAUH MANAKAH SUKATAN PELAJARAN DAN BUKU TEKS SEJARAH SMR MENGANDUNGI ELEMEN PERPADUAN KAUM DAN SEMANGAT PATRIOTIK

1.0 PengenalanMasyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Kemajmukan kaum ini menyebabkan perpaduan merupakan asas yang amat penting dalam mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam kalangan rakyat. Unsur perpaduan antara kaum akan terjalin lebih kuat jika disulami dengan semangat patriotik terhadap negara. Kertas kerja ini turut mengupas isu-isu perpaduan kaum, unsur patriotisme yang terdapat di dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan 1,2 dan 3. Malah ia turut memberi beberapa cadangan dan langkah agar pendidikan Sejarah ini mampu menerapkan nilai-nilai yang berkaitan dengan hubungan kaum dari aspek kandungan, penerapan nilai serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang dihasratkan di dalam mukadimah Akta Pendidikan 1996.Menurut Kamus Dewan (2011), perpaduan berasal daripada kata akar 'padu' , yang bermaksud bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan. Bagi kita rakyat Malaysia, yang pelbagai bangsa dan fahaman ini, perpaduan bermaksud kita semua mestilah bersatu, bermuafakat, bekerjasama, dan berunding untuk menjadi satu bangsa yang kuat.Patriotisme pula adalah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air . Perasaan ini perlu wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sehubungan itu , semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Justeru, berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, murid dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara , para pelajar dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara. (PPK , 2000)

2.0 Mukadimah Akta Pendidikan 1996 Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Menurut mukadimah Akta Pendidikan 1996, ia bertujuan untuk mewujudkan undang-undang bagi mengawal selia bidang pendidikan di negara kita. Di dalam mukadimah Akta Pendidikan 1996 ini mengakui bahawa ilmu adalah penentu utama arah tuju negara dan penyelamat bangsa. Tegaskan di dalam bahagian ini bahawa tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat Ia juga bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Junaidah & Norashimah , 2005).Bidang pendidikan negara mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatumasyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.Bahagian mukadimah Akta Pelajaran 1996 menjelaskan misi akta ini adalah untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia. Selain itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan KebangsaanDasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikankebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Daripada mukadimah Akta Pendidikan jelas menunjukkan elemen perpaduan dan patriotisme sangat diberi penekanan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Perbincangan di dalam kajian ini seterusnya akan memfokus kepada sejauh manakah elemen perpaduan dan patriotisme di terapkan di dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan 1,2 dan 3 yang dikategorikan sebagai tahap sekolah menengah rendah (SMR).

3.0 Matlamat Dan Kepentingan Matapelajaran SejarahSatu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan agen perubahan memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda atau pelajar. Pendidikan, sering kali dianggap sebagai teras utama ke arah perpaduan nasional dan pemupukan kesetiaan dalam kalangan rakyatnya. Setelah peristiwa 13 Mei 1969, kurikulum yang dirangka bertujuan menanamkan kesedaran individu, ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka di samping menolak sentimen perkauman, warisan dan perbezaan yang sempit antara mereka. Tumpuan kemudiannya adalah kepada melahirkan negara bangsa yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah. Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan matapelajaran Sejarah sebagai alat yang boleh mewujudkan nilai perpaduan dalam diri individu tidak kira bangsa atau agama. Penekanan pendidikan Sejarah tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi dan kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara. Malamat yang terdapat dalam pendidikan Sejarah ini bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu menjadikan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Rakyat yang dimaksudkan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah menonjolkan ciri seperti sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan kaum serta amalan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong, berbelas kasihan, bertimbang rasa, hormat menghormati dan bertoleransi (Ee Ah Meng,1996). Menurut Ahamad bin Rahim (2011), Pendidikan Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang dianggap relevan dalam menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum dan semangat patriotisme dalam masyarakat multietnik di negara ini. Perpaduan dan patriotisme sepatutnya menjadi inti pati utama dalam sistem pendidikan kita. Persoalannya sejauh mana elemen perpaduan dan patriotisme telah diterapkan ke dalam sukatan pelajaran dalam mata pelajaran peringkatan sekolah. Kajian ini akan cuba mengupas sejauh mana elemen-elemen perpaduan dan patriotisme diterapkan didalam mata pelajaran Sejarah| tingkatan 1 hingga tinggatan 3. Penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran tidak menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik. Penggunaan buku teks yang berlebihan menjadikan pengajaran bersifat stereotaip, kurang daya kreatif dan imaginatif. Guru yang terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks akan menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap pengajarannya kerana sifat buku teks yang statik dan tidak bersifat interaktif. Terdapat guru yang amat bergantung kepada buku teks. Nota-nota dipetik terus daripada buku teks. Pelajar diminta menggariskan bahagian yang penting dalam buku teks. Fenomena ini menimbulkan kebosanan kepada pelajar mengikuti mata pelajaran ini. Kajian Noraizan Hamzah (2008) menunjukkan pelajar akan berasa bosan semasa membaca buku teks kerana isi kandungannya terlalu banyak fakta yang perlu dihafal. Masyarakat lebih suka melihat kejayaan dalam sesuatu peperiksaan sebagai kayu ukur dalam menentukan keberhasilan dan kecemerlangan masa hadapan seseorang pelajar. Lantaran itu, sudah menjadi rutin guru mengajar untuk memastikan pelajarnya cemerlang dalam peperiksaan yang didudukinya tanpa menghiraukan matlamat dan objektif kurikulum itu sendiri. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah dilihat lebih bersifat reproduction iaitu mengeluarkan segala fakta yang dipelajari dalam peperiksaan. Kandungan kurikulum yang terlalu bersifat peperiksaan ini menyebabkan matlamat pendidikan Sejarah untuk perpaduan kaum tidak dapat dicapai sepenuhnya.

4.0 Eleman Perpaduan dan patriotisme Di dalam Kandungan Sukatan Pelajaran dan Buku Teks Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah Rendah (SMR)Isi kandungan buku teks Sejarah SMR didapati kurang menerapkan elemen perpaduan Untuk melihat dengan lebih jelas kita boleh merujuk bahagian Panduan Penggunaan Buku Teks buku teks Sejarah Tingkatan 2 muka surat ix hingga xi (Masariah, 2006) tidak menyatakan elemen perpaduan yang hendak yang diterapkan terapkan dalam buku tersebut. Pendapat ini juga selari dengan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR (PPK, 2002) dimana didalam bahagian pendahuluan buku Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR muka surat 1 dan 2 tidak ada dinyatakan bahawa mata pelajaran Sejarah SMR ini untuk mencapai perpaduan negara seperti yang terkandung di dalam mukadimah Akta pendidikan 1996. Tetapi elemen-elemen ideologi negara seperti penerapan unsur patriotisme, pendidikan bertaraf antarabangsa, penyuburan daya tahan dan pendidikan sepanjang hayat ada dinyatakan dengan jelas dalam bahagian pendahuluan tersebut.

Kebanyakkan isi kandungan buku teks Sejarah SMR adalah lebih memberi penekanan kepada sumbangan kaum Melayu sahaja kepada sejarah negaraJika dikaji dari segi kandungan kandungan buku teks Sejarah SMR, hampir 80 peratus isi kandungan buku teks Sejarah SMR. Contohnya, dalam bab satu mata pelajaran Sejarah tingkatan 3 dengan tajuk Pendudukan Jepun Di Negara Kita. Di dalam tajuk ini menceritakan tentang tokoh-tokoh melayu bersatu padu dan mempunyai semangat patriotisme seperti Leftenan Adnan, Ibrahim Haji Yaakob, Anggota Force 136 Melayu dan Pasukan Wataniah Pahang berjuang menentang Jepun untuk mempertahankan tanah air (rujuk buku sejarah tingkatan 3, muka surat 26). Manakala Orang Cina digambarkan kurang bersatu padu dan patriotisme kerana bersikap anti-jepun kerana kesan daripada Perang China-Jepun dan India pula digambarkan semangat patriotisme kerana berjuang untuk memerdekakan negara India (rujuk buku sejarah tingkatan 3, muka surat 32). Banyak lagi bab-bab dalam buku teks Sejarah SMR seperti bab 3 tingkatan 2 (Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British), bab tujuh tingkatan 2 ( Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan kedaulatan Bangsa), bab dua tingkatan 3 (Malayan Union dan persekutuan Tanah Melayu) dan bab lima tingkatan 3 (Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957) menerangkan tentang sumbangan-sumbangan kaum Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara sehingga membelakangkan sumbangan kaum lain dalam memperjuangkan kemerdekaan.Isi kandungan buku teks dan sukatan pelajaran sejarah SMR kurang menyentuh tentang elemen perpaduan tetapi lebih penekanan kepada elemen patriotismeBuku teks Sejarah SMR adalah ditulis berdasarkan Huraian Sukatan Mata pelajaran Sejarah SMR. Bagi menjelaskan tentang perkara ini, boleh diteliti petikan tujuan pendidikan sejarah seperti yang nyatakan pada bahagian pendahuluan Huraian Pelajaran Sejarah Tingkatan 3 (PPK, 2002) adalah seperti berikut :Tujuan pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Di peringkat Sekolah Menengah Rendah, pembelajaran tentang sejarah negara yang meliputi jangka masa selama lima ratus tahun disusun secara kronologi. Ia bertujuan untuk memberi pemahaman menyeluruh dan suatu gambaran lengkap tentang sejarah negara kepada murid. (Sumber : Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR ( PPK, 2002 m/s 2)

Objektif isi kandungan mata pelajaran Sejarah SMR adalah tidak selari dengan matlamat Akta Pendidikan 1996 kerana kurang menfokuskan kepada pemupukan perpaduan kepada rakyat negara ini, tetapi elemen patriotisme dinyatakan dengan jelas sebagai sebahagian objektif di dalam kurikulum Sejarah SMR. Contoh elemen patriotisme dinyatakan dengan jelas dalam objektif ke lapan iaitu mempunyai dan mempertingkatkan semangat patriotik dan bersedia melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara berdasarkan Huraian Sukatan Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 3 (PPK, 2002, m/s 4), tetapi tidak terdapat elemen perpaduan yang dinyatakan dalam objektif-objektif kurikulum Sejarah SMR tersebut. Menurut Huraian Sukatan Mata Pelajaran Sejarah tingkatan 3 (PPK, 2002), antara nilai-nilai patriotisme yang diterapkan di dalam buku teks tersebut ialah :Berbangga sebagai rakyat Malaysia.Bersemangat setia negara.Bersemangat kekitaan.Berdisiplin.Berusaha dan produktif.Malahan, di dalam huraian sukatan juga dimasukkan kulum unsur dan tingkah laku patriotisme. Antara kulum yang terdapat dalam Huraian Sukatan Sejarah SMR ialah kulum tema / tajuk hasil, pembelajaran, konsep/istilah cadangan aktiviti dan pembelajaran unsur dan tingkah laku patriotisme. Kulum yang berkaitan dengan perpaduan tidak dimasukkan secara khusus. Sebagai contoh boleh rujuk Huraian Sukatan Sejarah Tingkatan 3 (PPK, 2002, m/s 27).

Tema-tema di dalam sukatan kandungan dalam buku teks kurang mengambarkan pemupukan elemen perpaduan dan patriotisme antara kaum di Malaysia.Tema-tema di dalam sukatan kandungan dalam buku teks SMR dipecahkan kepada enam tema yang dijadikan pokok perbincangan. Tema-tema tersebut seperti berikut:TemaTopik / KandunganTingkatanTema 1Tamadun Awal Dan Keagungan Kesultanan Melayu Melaka1Tema 2Kesultanan Melayu Melaka Menjadi Asas Kerajaan Masa Kini.1Tema 3Kemakmuran dan kekayaan Negara Kita Menarik Kuasa Luar untuk Menjajah2Tema 4Tindak Balas Masyarakat Tempatan Terhadap Penjajah British2Tema 5Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air3Tema 6Pembentukan Persekutuan Malaysia3

(Sumber : Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR ( PPK, 2002 m/s 3)

Hasil kajian ke atas ke enam tema tersebut didapati elemen perpaduan antara kaum juga kurang diberi penekanan tetapi lebih terarah kepada perpaduan kaum melayu sahaja. Ahmad, et.all (2011), menjelaskan beberapa sebab yang membawa faktor isi kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah boleh menjejaskan elemen pemupukan perpaduan dan patriotisme dalam kurikulum adalah kerana ianya dikatakan bersifat terlalu Melayu centrik. Peranan semua kaum dalam menuntut kemerdekaan dan memakmurkan negara perlu diberi penekanan. Sejarah yang diajar seolah-olah sejarah orang Melayu dan bukan sejarah Malaysia. Sumbangan dan pengorbanan kaum lain juga perlu dilihat dan dimasukkan dalam kurikulum Sejarah agar mata pelajaran lebih menarik, bersifat universal dan mempunyai nilai tambah. Setiap kaum mempunyai tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk kemerdekaan dan kemajuan negara. Pendapat tersebut juga selari dengan kajian yang dibuat oleh Mohd Rozi (2009) yang turut bersetuju dengan pendapat di atas.

5.0 Cadangan Penambahbaikan Isi Kandungan mata pelajaran Sejarah SMRPeranan kurikulum Sejarah SMR dalam mengeratkan perpaduan kaum dan semangat patriotisme dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini masih tetap relevan. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan masalah, namun masih terdapat ruang yang luas untuk memperbaiknya lagi. Berdasarkan masalah- masalah yang telah dibincangkan di atas, berikut dikemukakan beberapa saranan untuk mengatasinya. Antaranya ialah :

I. Isi kandungan dan sukatan mata pelajaran Sejarah wajar diubah sesuai dengan keperluan masa kiniMenurut Ornstein & Hunkins (2004) telah menjelaskan terdapat empat falsafah utama iaitu idealisma, realisma, pragmatisma dan existentialisma. i. Pengenalan mata pelajaran Sejarah daripada sudut pandangan falsafah idealisma ialah melahirkan rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi serta berbangga sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat. Sebagai contoh, kurikulum Sejarah tingkatan1 (bab 1) yang tentang maksud sejarah, kepentingan sejarah, sumber sejarah, tujuan mempelajari sejarah negara memberi pendedahan kepada murid supaya mengenali sejarah negara. Manakala kurikulum Sejarah Kemerdekaan Negara dapat memberi semangat kepada anak muda menghargai pejuang pejuang kemerdekaan dan menghargai nilai kemerdekaan yang perlu dipelihara. Nilai moral dan spiritual yang terkandung dalam mata pelajaran Sejarah lebih bermakna sekiranya nilai-nilai tersebut dihurai secara terperinci dan dikaitkan dengan situasi semasa di akhir bab. ii. Falsafah realisma subjek sejarah diambilkira apabila peristiwa-peristiwa sejarah negara yang terkandung di dalam kurikulum sekolah telah disusun mengikut urutan peristiwa supaya dapat difahami oleh murid. Dengan itu murid lebih memahami aturan alam seperti kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami zaman kemerosotan apabila perpaduan tidak dijaga dan dihargai. Murid dapat menaakul dan menilai secara rasional kesan-akibat peristiwa sejarah sekiranya manusia melakukan tindakan yang bertentangan dengan aturan alam. iii. Falsafah pragmatisma menuntut perubahan beberapa bahagian mata pelajaran Sejarah. Situasi ini berlaku kerana secara realiti manusia sentiasa berubah dan menyesuaikan diri dengan perubahan selaras dengan perkembangan semasa negara. Abad ke-21 yang terdedah kepada arus globalisasi menuntut kerajaan sesebuah negara melakukan perubahan terutama daripada aspek peningkatan pengetahuan rakyatnya supaya dapat menghadapi cabaran dunia. Justeru perubahan kandungan mata pelajaran sejarah sekolah harus dilakukan dengan mempelbagaikan aspek-aspek sejarah seperti perkembangan teknologi negara, sejarah sukan negara dan tokoh-tokoh yang mengharumkan nama negara hingga ke peringkat dunia. Isi kandungan yang tiada bukti empirikal dan diragui kesahihannya hendaklah diberi nafas baru sebagai legenda negara. Dengan ini rakyat yang ingin dilahirkan akan lebih rasional dan berpijak di bumi nyata. iv. Seterusnya, falsafah existentialisma juga terkandung di dalam pendidikan sejarah Malaysia apabila matlamat kurikulum yang digariskan memfokuskan kepada masyarakat perlu diberi kesedaran hak dan tanggungjawab individu sebagai rakyat Malaysia. Rakyat diberi kebebasan memilih kepimpinan negara menerusi pilihanraya. Malah kurikulum sejarah juga memberi fokus kepada rakyat yang mempunyai kebebasan bersuara, berpersatuan namun memahami tanggungjawab menjaga keamanan negara.

II. Isi kandungan buku teks dan sukatan pelajaran Sejarah SMR perlu bersifat futuristik dan berdaya saingKeseimbangan dari aspek teori dan amali perlu diberi perhatian. Penekanan kepada fakta dan tahun perlulah diminimumkan. Ilustrasi yang menarik dalam kandungan kurikulum akan dapat menarik perhatian pelajar mengikutinya. Kurikulum Sejarah pada abad ini perlulah seimbang, progresif dan dinamik. Dalam konteks ini kurikulum yang dihasilkan perlu berpusatkan pelajar, realistik serta praktikal dan boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan seharian. Isi kandungan kurikulum Sejarah juga perlu dilihat kembali agar sumbangan semua kaum di negara ini dapat dilihat dan dihargai. Sumbangan kaum Melayu, Cina dan India terhadap proses kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan perlu dimasukkan dalam kurikulum. Hal ini akan dapat mengelakkan tafsiran sejarah yang dipelajari lebih menjurus kepada sejarah orang Melayu atau Melayu centric. Seharusnya kurikulum Sejarah itu dapat merangsang pelajar-pelajar agar dapat menghayati sejarah yang dipelajari itu adalah milik mereka bersama. Perkara ini penting agar setiap kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum yang lain. Kurikulum sedemikian akan dapat menarik minat pelajar daripada semua kaum dalam menilai sumbangan kaum mereka terhadap sejarah pembangunan negara. Secara tidak langsung akan meningkatkan perpaduan dalam kalangan mereka.

III. Tema-tema yang di dalam sukatan pelajaran Sejarah SMR juga perlu menjurus kepada tema yang dapat meningkatkan tahap integrasi kaum di negara iniTema yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan setiap kaum itu dari aspek politik, ekonomi dan sosial perlulah diberi fokus dalam menyusun kurikulum. Contohnya, dalam menuntut kemerdekaan Negara, peranan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan perlulah dikupas dan diperhalus daripada perspektif perpaduan, patriotisme dan integrasi kaum di negara ini. Perkara ini dapat dijadikan model integrasi terbaik generasi terdahulu dalam membentuk konsep integrasi kaum sebenar. Pelajar akan dapat menghayati dan mendalami peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini dan seterusnya akan memberi kesedaran kepada mereka tentang proses integrasi yang telah wujud sejak prakemerdekaan. Mohd Rozi (2009) yang turut bersetuju dengan pendapat di atas dan mencadangkan supaya kandungan pelajaran Sejarah perlu diubah kerana sumbangan kaum, masyarakat dan tokoh yang terlibat dalam perkembangan sejarah negara harus dicakupi secara menyeluruh dan bukannya dipilih (selected). Peranan ikon pascamerdeka seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan perlulah dilihat dari sudut perbincangan 1 Malaysia yang seterusnya boleh meningkatkan perpaduandan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerana isi kandungan buku sejarah SMR sekarangan didapati kurang memberi impak kepada pelajar dalam merealisaikan matlamat perpaduan kaum dan menyemai semangat patriotik di kalangan pelajar.

6.0 KesimpulanDari kajian tentang isi kandungan buku teks Sejarah SMR, didapati elemen perpaduan adalah sangat kurang diberi penekanan tetapi elemen patriotisme sangat diberi penekanan. Ini menyebabkan hasrat Akta Pendidikan 1993 untuk mewujudkan kurikulum pelajaran yang boleh memupuk perpaduan negara tidak tercapai. Bagi mengatasi keadaan ini, perubahan di dalam isi kandungan buku teks Sejarah SMR dirasakan amat perlu bagi merealisasikan matlamat menjadikan kurikulum pelajaran seperti mata pelajaran Sejarah sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan dan patriotisme di antara kaum serta di Malayisia.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Fauzi Mohd Basri, Mohd Foad Sakdah & Azami Man.( 2007). Sejarah Tingkata 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Ghani Abdullah,PhD.(2009). Kepimpinan & Penambahbaikan Sekolah. Batu Caves : PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ). (2003). Petaling Jaya : International Law Book Services

Al Ramaiah.(2009). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd. Huraian Sukatan Pelajaran KBSM. (2002). Sejarah Tingkatan 3: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan Sekolah : Teori untuk Praktis. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd:

Junaidah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan : Teori, Polisi dan Pelaksanaan. Serdang : Universiti Putra Malaysia

Latip Muhammad. (2007). Pelaksanaan Kepimpinan Pengajaran di Kalangan Pengetua Sekolah. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu

Maisariah Mispari.Johara Abdul Wahab & Ridzuan Hasan.( 2006). Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Syamsul Izwan MD Fauzi, (2009), Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Mok Soon Sang. 2010. Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan III. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri & Muslimin Fadzil. (2012). Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

MATA PELAJARAN SEJARAH DAN PERANAN

Dalam pendidikan sekolah rendah memang tidak ada mata pelajaran sejarah atau subjek yang menyentuh mengenainya. Sukatan pelajaran sejarah bermula pada tahap menengah rendah iaitu pada Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Lima dengan penumpuan adalah kepada Sejarah Malaysia.

Penumpuan pengajaran sejarah tidak harus kepada sejarah negara saja. Ia tidak bererti kita mengetepikan kepentingan sejarah negara. Mata pelajaran sejarah harus diperluaskan kepada sejarah dunia. Pada peringkat awal, pelajar boleh diajar menghargai tamadun yang dibina sejak awal kehidupan manusia.Pelajar harus memahami kepelbagaian yang wujud di dunia dan menghormati kepelbagaian itu dan sejarah dapat mengajar kita memahami kekayaan budaya yang wujud di dunia. Dengan wujudnya fenomena globalisasi dan semakin sempitnya dunia, maka, keperluan untuk mempelajari dan memahami sejarah dunia ini amat penting dalam membina insan yang menyeluruh.

Saya cadangkan diambil satu pendekatan bersepadu dengan merombak atau menggantikan mata pelajaran sivik dan kajian tempatan dalam kurikulum sekolah rendah sekarang dan digantikan dengan pengajian sosial. Pengajian sosial adalah satu subjek yang mengkaji masyarakat, termasuk sejarah, sivik, geografi dan ekonomi.Pendekatan bersepadu ini mengintegrasikan pengetahuan sejarah dengan geografi, ekonomi dan sebagainya bertujuan menyediakan pelajar memahami komuniti dan masyarakat mereka, negara dan dunia yang mereka tinggal supaya mampu menjadi warga negara dan warga dunia yang bertanggungjawab di mana mereka dapat sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan negara dan dunia kerana kita kini tinggal dalam satu global village. Harus diingatkan bahawa komponen sejarah menjadi komponen utama di sini.Pengajian sosial ini sudah lama diajar di Barat dan di kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah dan tadika bertujuan melahirkan warga negara prihatin dalam segala segi, peka akan kepentingan masyarakat, politik dan mempamerkan sifat/sikap menghormati kepentingan awam.

Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan mata pelajaran ini pada 2010 sesuai dengan Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah dan akan dimasukkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2013. Apakah silibus sesuai dan usia pengenalan?

Sejarah sebenarnya mampu mengukuhkan proses pembelajaran asas pelajar. Sejarah membina kemahiran berfikir, menganalisis, mengkritik, menghujah, menyelidik, berkomunikasi dan sebagainya yang sememangnya tidak wujud dalam kurikulum pendidikan kita sehingga kita melahirkan pelajar robot yang hanya pandai menghafal fakta tetapi tidak boleh berkomunikasi dan berfikir dengan baik. Lebih teruk tiada keyakinan langsung untuk berhujah atau mempertahankan pegangan atau prinsip yang mereka perjuangkan.Pada saya, usia terbaik diajar sejarah adalah pada usia lapan tahun tetapi pembelajaran perlu menarik dan menimbulkan minat mereka. Jika peringkat menengah baru hendak bermula, bermakna kita sudah terlewat. Pada saya, dalam usia remaja, sudah ada nilai yang terbentuk dan sebati dengan jiwa mereka, jadi sukar menanamkan minat terhadap sejarah.

Bagaimana mata pelajaran sejarah ini boleh membantu generasi muda memahami perjuangan dan pembangunan negara?Sejarah menyediakan pelbagai pengajaran yang dapat dijadikan teladan dan panduan hidup. Ini membina ciri kemanusiaan yang lebih cemerlang, menanam perasaan simpati dan empati supaya perjuangan tokoh awal dihargai dan dikenang dan kekal dalam kesedaran pelajar supaya dapat merujuk kepada nilai perjuangan insan yang murni menjadi ikutan dan teladan. Tokoh sejarah boleh dijadikan role model yang boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk berjaya.Untuk mewujudkan pembuat polisi yang baik kita perlu melihat kepada pembentukan polisi yang awal, kebaikan dan kegagalannya, ini diperoleh daripada sejarah, belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya.Contoh terbaru, formula Malaysia atau orang kata formula Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam menangani kegawatan ekonomi nampaknya diterima Amerika Syarikat, pada waktu ini. Ia bermakna mereka belajar daripada sejarah yang dibentuk Malaysia.Adakah kita sudah terlewat dan perlukah mata pelajaran ini diwajibkan?Masih tidak terlambat. Di mana-mana di dunia mata pelajaran sejarah adalah subjek yang penting. Tidak kira sama ada kita sudah lebih 200 atau 300 tahun merdeka.Perlu diwajibkan, kalau tidak ramai yang tidak akan mengambil mata pelajaran sejarah kerana menganggap ia tidak penting. Ada yang dipengaruhi oleh ibu bapa yang buta sejarah dan tidak nampak kepentingan sejarah kerana semata-mata mengejar mata pelajaran yang boleh menjanjikan pulangan yang besar pada masa depan. Mata pelajaran sejarah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada sistem pendidikan serta mampu melahirkan pelajar yang holistik.

Apakah ketiadaan pengajaran sejarah selama ini memberikan kesan kepada generasi muda sekarang yang 'buta' sejarah?Ya, saya bersetuju, sifat buta sejarah ini wujud kerana pertama, pengenalan pelajar kepada sejarah pada masa kini bermula pada usia agak lewat menyebabkan ramai pelajar tidak memahami apatah lagi menghargai sumbangan sejarah dalam hidup mereka.Sudah tentu, dengan ini mereka tidak memahami atau menghargai sumbangan atau persefahaman yang diwujudkan oleh pemimpin terdahulu. Bagaimana wujudnya Malaysia sebagaimana adanya hari ini adalah hasil usaha pemimpin awal negara? Mereka tidak tahu untuk memahami perkembangan masa kini atau untuk melihat ke depan mereka harus belajar daripada sejarah.Kedua, pendekatan sejarah oleh guru juga salah satu faktor yang menyumbang kepada ketiadaan minat pelajar mendalami atau menghargai sejarah.

Apakah cadangan Dr supaya keadaan ini dapat diperbetulkan?Pertama, adalah satu cadangan yang baik mata pelajaran sejarah diperkenalkan kepada peringkat rendah tetapi sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini, ia mengambil pendekatan bersepadu melalui subjek pengajian sosial.Kedua, harus ada perubahan dalam pedagogi. Kaedah pengajaran yang lapuk dan tidak menarik menyebabkan pelajar bosan. Perspektif atau anggapan bahawa sejarah itu hanyalah satu subjek yang memerlukan seseorang itu menghafal fakta patut diubah. Pendekatan interaktif harus ditekankan.Pelajar contohnya, ingin mengetahui dan mengalami dan menyelami peristiwa sejarah itu sendiri dan ia melahirkan emosi dan 'sense of attachment' kepada warisan dan legasi sejarah. Dengan itu, pendekatan pengajaran sejarah haruslah menarik, dengan melawat tempat bersejarah, penggunaan visual seperti gambar lama, kartun, simbol dan sebagainya amat penting dalam memupuk minat terhadap sejarah. Jika diperkenalkan pada tahap yang rendah, mata pelajaran sejarah ini harus menarik persembahannya.Ketiga, pembinaan kurikulum yang menarik, efektif dan berkesan serta bersifat 'interdisciplinary' kepada pelajar sekolah rendah. Kurikulum yang terkini selari dengan tuntutan dan perkembangan semasa ini harus bersifat inklusif dan bukan eksklusif supaya sumbangan setiap individu, komuniti dan masyarakat pada peringkat negara dan dunia akan dihargai. Pembinaan kurikulum sejarah untuk sekolah rendah harus ada kerjasama pelbagai pihak seperti kementerian, pendidik di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta pihak swasta.Keempat, penggunaan teknologi baru seperti ICT. Ini menjadi amalan sejarawan Barat dan bagaimana mereka mengintegrasi sejarah dengan alatan media seperti komputer, internet, pemain cakera padat (CD-ROM), video, kamera digital dan papan kenyataan interaktif serta blog.http://sejarahamerika.blogspot.com/2011/06/soal-jawab-di-berita-minggu.html

Ilmu sejarah membina Negara

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan subjek Sejarah wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjelang 2013. Muhyiddin kemudian menekankan betapa pentingnya metodologi subjek ini melalui satu transformasi besar supaya pengajaran dan pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik sekali gus berjaya mendorong pelajar menghayati ilmu yang begitu penting dalam kehidupan manusia ini.

Langkah memperkenalkan lulus wajib subjek Sejarah ini bertujuan, pertamanya, memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia. Kedua, menonjolkan kepentingan dan kerelevanan ilmu sejarah dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia. Akhir sekali memperkasakan legasi sejarah Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat selari dengan perjuangan 1Malaysia.

Tindakan ini harus dipandang serius kerana, berbeza dengan masyarakat Barat contohnya, masyarakat Malaysia yang rata-rata buta sejarah sering meremehkan kepentingan ilmu sejarah dan jarang memberi penghormatan kepada para sejarawan yang secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara melalui usaha penyelidikan dan penulisan sejarah negara dan bangsa.

Usaha ini memerlukan pengorbanan masa serta kebijakan membuat intepretasi tanpa sebarang sifat prejudis, propaganda, dan stereotaip. Sejarah yang bernas ditulis berlandaskan fakta dan bukti serta intepretasi yang matang yang mengambil kira bukan sahaja konteks tempatan tetapi juga dunia.

Selain konteks satu lagi kriteria penting ilmu sejarah adalah periodisasi. Sejarah harus bermula dari awal ketamadunan manusia dan sekiranya boleh berakhir sehingga masa kini.

Langkah wajib lulus sejarah ini amat bertepatan pada waktunya terutama apabila perpaduan masyarakat Malaysia tercabar hasil perpecahan politik dan tuntutan atau tindakan melampau sesetengah pihak yang mula mempersoalkan keluhuran perlembagaan Malaysia.

Malah ada yang mula membuat interpretasi tersendiri tanpa merujuk sejarah perlembagaan itu sendiri.

Perlembagaan Malaysia merupakan satu-satunya 'kerangka asas' (fundamental framework) dan prinsip yang diperjuangkan oleh perlembagaan ini patut dijadikan panduan dan inspirasi. Maka bagi generasi muda memahami dan menghargai sejarah negara, mereka patut menghayati dan meluhurkan perlembagaan.

Jadi, pengajaran dan pembelajaran sejarah Malaysia sepatutnya mengandungi penghayatan perlembagaan sebagai satu asas dan landasan.

Pengajaran dan pembelajaran sejarah merupakan satu aspek pembinaan kenegaraan yang kritikal dan penting. Subjek Sejarah adalah satu-satunya saluran untuk menyampaikan warisan negara dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini. Justeru, dari perspektif ini, ilmu sejarah yang disampaikan harus mengandungi 'naratif kepelbagaian' (plural narratives) yang mencerminkan corak latar belakang etnik, bahasa, dan budaya.

Langkah ini akan membawa kepada pemuliharaan keunikan politik, ekonomi dan sosio-budaya Malaysia terutama apabila ada pihak tertentu yang cuba menulis kembali dan memadam aspek-aspek penting dalam sejarah Malaysia bagi kepentingan peribadi atau politik masing-masing.

Memang bukan mudah untuk memastikan keseimbangan yang wajar dan memberikan ruang 'secukupnya' kepada semua pihak bagi mencerminkan kepelbagaian ini.

Walau bagaimanapun, sejarah sesebuah negara sudah tentu akan lebih mencerminkan masyarakat perdana walaupun penekanan kepada masyarakat minoriti harus juga diberi perhatian.

Lihat sahaja sejarah Amerika Syarikat umpamanya, sejarahnya lebih menjurus kepada masyarakat kulit putih yang datang dari negara Eropah terutamanya yang kemudiannya membentuk majoriti penduduk negara tersebut.

Tetapi perbincangan yang menjurus kepada sejarah golongan pribumi dan minoriti seperti masyarakat Amerika berketurunan Afrika, masyarakat hispanic atau Asia ada dibincangkan tetapi tidak sehingga mengatasi sejarah masyarakat perdana.

Tujuan ataupun objektif pengajaran dan pembelajaran Sejarah bukan hanya untuk mendalamkan pengetahuan generasi muda mengenai latar belakang dan profail negara malah untuk memupuk semangat patriotisme dan menyemarakan lagi sikap bertolak-ansur, toleransi, saling hormat-menghormati diantara kaum dan agama serta bahasa dan budaya.

Dengan kata lain, ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi perpaduan rakyat dan menanam suatu identiti nasional atau kebangsaan yang meliputi aspek kewarganegaraan dan sekali gus keturunan di mana kedua-dua aspek ini tidak sama sekali bercanggah.

Pembinaan dan pembangunan negara bergantung kepada usaha bersepadu rakyat pelbagai yang mempunyai warisan sejarah dan masa depan bersama (shared past and shared future). Maka, pengajaran dan pembelajaran Sejarah bukan semata-mata mengetahui atau menghafal sedikit sebanyak detik-detik dan peristiwa lampau.

Imbasan (reflections) sebegini tidak memanfaatkan pelajar dan masyarakat amnya. Yang paling penting adalah usaha untuk meningkatkan kefahaman pelajar sekaligus memupuk nilai-nilai bersama (common values) dan identiti bersama (shared identity) yang menjadi panduan, iktibar dan pegangan bagi memacu halatuju negara.

Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, maka pendedahan awal di peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting. Usaha sebegini dapat melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang paling penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan perspektif. Pada masa yang sama menghayati dan memahami kerelevenan sejarah dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan.

Sekiranya penambahan subjek Sejarah dalam kurikulum sekolah rendah dianggap membebankan, maka kita boleh melihat contoh dan amalan negara Barat dalam menghayati ilmu sejarah.

Ilmu sejarah digabung dengan pelbagai bidang ilmu lain seperti sivik, kewarganegaraan, geografi, ekonomi dan lain-lain dalam satu bidang yang dikenali sebagai pengajian sosial atau mungkin lebih sesuai dinamakan pengajian kemanusiaan. Ini selari dengan tuntutan Timbalan Perdana Menteri yang menganjurkan transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Gabungan pelbagai disiplin ilmu ini atau pendekatan multidisciplinary ini merupakan satu metodologi pendidikan yang semakin dititikberatkan oleh institusi pendidikan kebelakangan ini.

Pendekatan multidisciplinary dengan ilmu sejarah sebagai komponen utama ini dapat membina kematangan pelajar dalam menganalisis peristiwa masa lalu, masa kini dan membuat keputusan di masa akan datang. Ilmu Sejarah mampu membina kemahiran berfikir, menganalisis, mengkritik, menghujah, menyelidik, dan yang paling penting berkomunikasi di kalangan pelajar sekali gus melahirkan pelajar yang holistik.

Ilmu Sejarah membicarakan interaksi antara manusia terutamanya, maka, subjek pengajian kemanusiaan ini mengkaji masyarakat terutamanya dapat menimbulkan minat pelajar untuk memahami dan menghayati kepentingan interaksi antara manusia ini.

Maka subjek Sejarah menjadi lebih menarik apabila dapat diperluaskan kepada sejarah dunia bagi menghargai tamadun yang dibina sejak awal kehidupan manusia dan seterusnya memahami kepelbagaian yang wujud di dunia dan menghormati kepelbagaian serta kekayaan budaya yang wujud di dunia. Fenomena globalisasi yang menjadikan dunia ini semakin sempit menyebabkan sejarah dunia menjadi satu elemen penting dalam membina insan yang menyeluruh.

Ciri-ciri sivik seperti toleransi, empati, sifat inclusive, menghormati komuniti, mengutamakan kepentingan awam dan sebagainya amat penting dalam melahirkan warga negara dan warga dunia yang perihatin lagi bertanggunjawab.

Ini selari dengan trend pendidikan di dunia baik di peringkat rendah mahupun peringkat pengajian tinggi yang mula mengutamakan liberal studies kerana mampu melahirkan individu atau pelajar yang versatile, yang luar biasa kemahiran berfikir dan kepakarannya dalam berhujah serta kreativitinya dalam menghasilkan penulisan dan penerbitan.

Di institusi pendidikan ternama kombinasi liberal studies dengan disiplin sejarah mula mendapat sambutan dan graduan yang menerima pendidikan yang holistik ini rata-rata lebih mudah mendapat pekerjaan dan disukai majikan.

Nilai kemanusiaan yang dipupuk melalui ilmu sejarah ini tidak dapat dinilai harganya. Maka sekiranya disiplin lain disanjung kerana nilai ekonominya oleh masyarakat Malaysia yang semakin materialistik, maka subjek Sejarah harus dimartabatkan kerana ciri-ciri kemanusiaan yang ditanam dan dipupuk di dalam jiwa pelajar.

Aspek kemanusiaan ini memerlukan masa yang panjang untuk dipupuk, dibina dan diperteguhkan.

Maka adalah sesuai sekiranya pengajian kemanusiaan ini di perkenalkan di peringkat rendah. Apabila kefahaman ini sudah wujud di kalangan pelajar maka, mudah bagi mereka membentuk jati diri berpandukan nilai-nilai bersama dan universal.

Nilai ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian sebagai warganegara yang bertanggungjawab dalam "1Malaysia" yang sedang menuju ke arah negara maju tahun 2020 dan juga warga dunia yang kompetitif di mana jua berada berlandaskan keunggulan jati diri yang dibina melalui ilmu sejarah.