soalan 3 perkasakan pendidikan

20
1 MEMPERKASA PENDIDIKAN NEGARA Komitmen Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia sangat tinggi. Hasilnya, sistem pendidikan mengalami perkembangan pesat sejak 50 tahun yang lepas. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai kejayaan telah berjaya diukir. Kadar literasi warga dewasa mencapai 92%. Malaysia menang Anugerah Commonwealth bagi Amalan Terbaik Pendidikan. Kadar enrolmen pendidikan menghampiri enrolmen peringkat universal bagi sekolah rendah (92%), sekolah menengah rendah (85%) dan sekolah menengah atas (78%). Pencapaian yang boleh dibanggakan

Upload: mursyidee

Post on 04-Aug-2015

51 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan 3 perkasakan pendidikan

1

MEMPERKASA PENDIDIKAN NEGARA

Komitmen Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia sangat tinggi. Hasilnya, sistem pendidikan mengalami perkembangan pesat sejak 50 tahun yang lepas. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai kejayaan telah berjaya diukir.

Kadar literasi warga dewasa mencapai 92%.

Malaysia menang Anugerah

Commonwealth bagi Amalan Terbaik

Pendidikan.

Kadar enrolmen pendidikan menghampiri

enrolmen peringkat universal bagi sekolah rendah (92%), sekolah

menengah rendah (85%) dan sekolah menengah

atas (78%).

Pencapaian yang boleh dibanggakan

Page 2: Soalan 3 perkasakan pendidikan

2

Dua fokus utama NKRA Pendidikan

Membangunkanbudaya pencapaian untuk

memacu transformasi dalam sistem pendidikan.

Memastikan semua kanak-kanak mendapat permulaan

pendidikan berkualiti.

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) – PELUASAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERKEMAMPUAN

Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Program ini merupakan usaha kerajaan membawa perubahan dalam sistem penyampaiannya. Sehubungan itu, NKRA Pendidikan telah menjadi salah satu teras dalam GTP yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 28 Januari 2010.

Page 3: Soalan 3 perkasakan pendidikan

3

Sebab NKRA Pendidikan diperkenalkan

Meningkatkan standard pendidikan Malaysia ke peringkat

antarabangsa.

Memastikan semua pelajar mendapat akses yang sama

kepada pendidikan berkualiti tanpa di pengaruhi oleh pendapatan keluarga.

Page 4: Soalan 3 perkasakan pendidikan

4

7 PERKARA NKRA PENDIDIKAN

1. Prasekolah

3. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

4. Tawaran Baharu Kepada Pengetua/

Guru Besar.

5. Program Pembangunan

Prestasi Sekolah (SIP)

6. Piagam Guru

7. Pemantapan Bahasa Inggeris

Sub NKRA Pendidikan

2. Literacy and Numeracy Screening

(LINUS)

Page 5: Soalan 3 perkasakan pendidikan

5

• 77% enrolmen.• 4,589 prasekolah baharu beroperasi pada

2010 dan 2011.• 38,301 murid dari keluarga berpendapatan

rendah menerima bantuan yuran pada tahun 2010 dan 2011.

PENJELASAN SUB NKRA

1. Prasekolah

Kerajaan berhasrat memberi pendidikan awal yang berkualiti kepada semua kanak-kanak. Tindakan ini diambil kerana asas yang kukuh dapat memastikan peningkatan minat dan kesinambungan kepada pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.

Kejayaan NKRA Pendidikandi bawah GTP 1.0

Page 6: Soalan 3 perkasakan pendidikan

6

2. LINUS

Program ini ingin memastikan setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah. Bagi memastikan sasaran ini tercapai, Kementerian Pelajaran mewujudkan jawatan Fasilitator LINUS (Fasilinus) di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memantau dan menyelaras pelaksanaan LINUS serta membantu guru-guru LINUS dalam pengajaran.

• Dianggarkan 1.35 juta murid tahun 1– 3 sekolah rendah menduduki saringan LINUS.

• Murid tahun 2 pada tahun 2011 mencapai kadar 97.5% literasi & 98.6% numerasi.

Kejayaan NKRA Pendidikandi bawah GTP 1.0

Page 7: Soalan 3 perkasakan pendidikan

7

• Sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

• Memberi lebih autonomi dan akauntabiliti kepada SBT bagi meningkatkan kecemerlangan.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

SBT dilaksanakan untuk memastikan sekolah yang cemerlang diberi pengiktirafan yang sewajarnya dan boleh dijadikan ‘benchmark’ kepada sekolah lain. Usaha ini bertepatan dengan hasrat NKRA Pendidikan yang mahu menyediakan pendidikan yang berkualiti dan mampu dinikmati oleh semua pelajar sekolah.

Kejayaan NKRA Pendidikan di bawah GTP 1.0

Page 8: Soalan 3 perkasakan pendidikan

8

4. Tawaran Baharu Kepada Pengetua/Guru Besar

Tawaran baharu ini diperkenalkan sebagai perangsang kepada Pengetua dan Guru Besar dalam bentuk ganjaran kewangan dan bukan kewangan untuk mereka meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah masing-masing. Hal ini dititikberatkan kerana ujian menunjukkan pemimpin sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid.

Kejayaan NKRA Pendidikan di bawah GTP 1.0

• 203 Guru Besar dan Pengetua telah menerima Bayaran Insentif Tawaran Baharu (BITB) pada 2010 dan 2011.

Page 9: Soalan 3 perkasakan pendidikan

9

5. Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)

Program ini bermatlamat mengurang bilangan sekolah dalam Band 6 dan 7 melalui program-program khusus yang dirancang untuk sekolah-sekolah berprestasi rendah. Antara program yang disenaraikan ialah penempatan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC) dan Rakan Pembimbing Pembangunan Sekolah (SIPartner).

Kejayaan NKRA Pendidikan di bawah GTP 1.0

• Semua sekolah kerajaan telah dirank dan dibandkan kepada 7 Band mulai 2010.

• 40% penurunan bilangan sekolah dalam Band 6 dan 7.

• Membangunkan sistem data yang bersepadu peringkat kebangsaan melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Page 10: Soalan 3 perkasakan pendidikan

10

• Membolehkan kenaikan pangkat yang lebih cepat untuk golongan guru yang berprestasi tinggi.

• Penempatan semula ke tugasan lain bagi guru-guru yang berprestasi rendah.

6. Piagam Guru

Piagam Guru diperkenalkan dalam GTP 2.0 bagi meningkatkan peluang kerjaya yang lebih baik serta pengurusan prestasi yang cekap melalui satu instrumen penilaian yang berteraskan kompetensi yang jelas.

Page 11: Soalan 3 perkasakan pendidikan

11

7. Pemantapan Bahasa Inggeris

Kementerian Pelajaran berusaha untuk meningkatkan kemahiran guru Bahasa Inggeris secara intensif dan pembelajaran imersif untuk semua guru yang kurang mahir.

Inisiatif yang terdapat dalam GTP 2.0 ini juga berkehendakkan guru-guru Bahasa Inggeris menduduki

Cambridge Placement Test.

Page 12: Soalan 3 perkasakan pendidikan

12

Selama ini saya risau pendapatan keluarga saya yang sederhana menyebabkan anak-anak saya mendapat

kualiti pendidikan yang rendah. Nampaknya kerisauan itu boleh di buang jauh-jauh

sekarang…

Saya dan abang boleh mendapat

ilmu yang berstandard

antarabangsa…emmmm bestnya

ke sekolah.

Nampaknya kerajaan telah berusaha keras memastikan

kualiti pendidikan anak-anak saya terjamin. Terima

kasih kerajaan kerana memperkenalkan NKRA

Pendidikan.

Page 13: Soalan 3 perkasakan pendidikan

13

Transformasi Pendidikan Negara

Usaha kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara tidak terbatas kepada pengenalan NKRA Pendidikan semata-mata. Pelbagai langkah lain diambil seperti memperkenalkan PERMATA dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

MEMPERKASA PERMATA NEGARA

INFO PERMATA

• Memastikan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan dilaksanakan secara berkesan dan mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi.

• Terdapat empat program PERMATA iaitu PERMATA Seni, PEMATA Pintar, PERMATA Insan dan PERMATA Perkasa Remaja.

• Modul PERMATA mula dilaksanakan pada 2009 di 311 buah Taska PERMATA Kemas, 35 buah Taska PERMATA Perpaduan, 32 buah Taska PERMATA Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), 186 buah Taska Tempat Kerja dan Taska Komuniti.

Page 14: Soalan 3 perkasakan pendidikan

14

INFO PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025

Pelan yang bersifat komprehensif dan demokratik kerana dirangka setelah mengambil pandangan daripada pakar pendidikan di dalam dan di luar negara. Terdapat 11 anjakan iaitu:- 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada

pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa;2. Memastikan setiap murid profisien dalam

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati

nilai; 4. Transformasi keguruan sebagai profesion

pilihan; 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi

ditempatkan di setiap sekolah; 6. Mengupayakan Jabatan Pendidikan Negeri

(JPN), PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan;

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia;

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan;

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas;

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit; dan

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Page 15: Soalan 3 perkasakan pendidikan

15

• Bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

• Diskaun 50% kadar tambang komuter KTMB.• Rebat RM200 pembelian telefon mudah alih pintar.• Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 untuk pelajar

tingkatan enam dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).• Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang

upaya kekal dan kematian – pengguna bas sekolah berpermit.

• Projek perintis Taska Kanak-Kanak OKU.• 50% pengurangan kadar bayaran pasport – bawah

12 tahun.• 20% diskaun penyelesaian sekali gus pinjaman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

• 10% diskaun bagi bayaran pinjaman PTPTN secara konsisten.

Bantuan kerajaan kepada pelajar melalui Bajet 2013

Page 16: Soalan 3 perkasakan pendidikan

16

INFO MPN

• Majlis ini menggabungkan kepakaran 1,426 orang profesor dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

• Berperanan membantu kerajaan dengan menyumbangkan input dalam penggubalan dasar-dasar negara, terutama bagi menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE).

• Menambah jumlah Profesor Diraja dan mewujudkan kategori Profesor Kanan yang diletakkan di bawah Gred Turus dalam perkhidmatan awam, tanpa perlu memegang sebarang jawatan di universiti awam.

MEMPERKASA PENGAJIAN TINGGI

Selain usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan di peringkat sekolah, kerajaan Malaysia juga sangat komited kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Antara usaha yang telah dijalankan ialah menubuhkan Majlis Profesor Negara (MPN), Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (Hicoe), Program MyBrain15 dan Program Duta Universiti (UAP).

Majlis Profesor Negara (MPN)

Page 17: Soalan 3 perkasakan pendidikan

17

Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICOE)

INFO HICOE

• Mengiktiraf sumbangan dan prestasi mereka dalam bidang akademik dan penyelidikan. Ia merupakan jentera bagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memangkinkan pembangunan inovasi secara menyeluruh.

• Penubuhannya juga adalah selaras dengan sasaran dalam Teras Ketiga Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), untuk mewujudkan 20 buah Pusat Kecemerlangan bertaraf antarabangsa menjelang 2020.

• Bukti kerajaan melaksanakan pendekatan pendemokrasian program pembangunan ekonomi dan pengukuhan struktur sosial melalui penglibatan banyak pihak.

Page 18: Soalan 3 perkasakan pendidikan

18

PROGRAM MyBrain15

• Program MyBrain15 yang merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan menjadi salah satu projek agenda kritikal bagi melahirkan individu berkepakaran antarabangsa.

• Di bawah program ini, kerajaan menyasarkan

untuk melahirkan seramai 60,000 pemegang PhD dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.

• Program-program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, PhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).

Page 19: Soalan 3 perkasakan pendidikan

19

PROGRAM DUTA UNIVERSITI (UAP)

• Program Duta Universiti yang dirangka di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 5 ialah inisiatif merentasi kementerian yang membabitkan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi melaksanakan aktiviti bermanfaat kepada masyarakat.

• Mahasiswa yang dipilih sebagai Duta Universiti diyakini mampu berperanan sebagai ejen perubahan dan perantara bagi menggerakkan program berbentuk kemasyarakatan yang telah dikenal pasti.

• UAP melibatkan seramai 63 orang pelajar daripada enam buah IPTA (USM, UIAM, UTM, USIM, UiTM dan UPSI).

• 4 inisiatif iaitu Innovation & Technology; Nurturing Interest in Math & Science; Lifelong Learning; dan Micro Entrepreneuers.

Page 20: Soalan 3 perkasakan pendidikan

20

Banyak betul Kerajaan Malaysia membantu pelajar. Yang terkini ialah

Biasiswa 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Sebanyak 500 pembiayaan

diberi kepada pelajar yang mendapat 8A+ dalam SPM. Bantuan sebegini

pastinya banyak membantu meringankan beban perbelanjaan

pendidikan untuk anak-anak.