rancangan malaysia keenam

11
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM Tempoh pelaksanaan 1991-1995 Pengenalan 1. Merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000 bagi menambah baik rancangan yang sedia ada. 2. Jumlah perbelanjaan pembanguna yang diperuntukan ialah RM 64 ribu juta – Ekonomi(56.8%), Sosial (24.5%), Pertahanan dan

Upload: ayame

Post on 22-Feb-2016

151 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Rancangan Malaysia Keenam. Dasar Sogoshosha Malaysia. Dasar Sogoshosha Malaysia. Dasar Sogoshosha Malaysia. Dasar Sains dan Teknologi Negara. Rancangan Malaysia Ketujuh. Dasar Wawasan Negara. Dasar Wawasan Negara. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan  Malaysia  Keenam

RANCANGAN MALAYSIA KEENAMTempoh pelaksanaan

1991-1995

Pengenalan 1. Merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000 bagi menambah baik rancangan yang sedia ada.

2. Jumlah perbelanjaan pembanguna yang diperuntukan ialah RM 64 ribu juta – Ekonomi(56.8%), Sosial (24.5%), Pertahanan dan keselamatan (15.3%), serta Pentadbiran (3.4%).

Page 2: Rancangan  Malaysia  Keenam

Objektif Strategi Pelaksanaan1. Mengekalkan strategi asas DEB,

iaitu mewujudkan perpaduan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.

2. Mencapai pembangunan seimbang agar negara dapat bersaing dalam pelbagai sektor.

3. Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian.

4. Memberi tumpuan pada penjagaan alam sekitar.

5. Membangunkan masyarakat yang memiliki nilai-nilai murni.

6. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih cemerlang.

1. Meningkatkan keupayaan tenaga manusia melalui latihan.

2. Memajukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam industri tempatan.

3. Mendapatkan maklumat tentang pasaran antarabangsa untuk meningkatkan pasaran barangan tempatan untuk meningkatkan tabungan dalam negeri.

4. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras perancangan pembangunan sosioekonomi negara.

5. Meningkatkan pembangunan sosioekonomi melalui Pemodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Skim Amanah Saham Nasional (ASN), Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

6. Mempelbagaikan asas perindustrian berorientasikan eksport.

7. Mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di Malaysia.

8. Mengekalkan dasar liberal bagi mewujudkan suasana pelaburan yang menggalakkan.

Page 3: Rancangan  Malaysia  Keenam

DASAR SOGOSHOSHA MALAYSIA

Pengenalan1. Dasar Sogoshosha merupakan konsep yang diperkenalkan di Jepun.2. “Sogoshosha” ialah gelaran yang diberi kepada syarikat perdagangan am

yang terkenal yang mempunyai pusingan perniagaan sebanyak AS$20 billion setahun.

3. Dasar ini mempunyai 3 ciri penting: (a) Mengendalikan barangan ekonomi dalam jumlah yang banyak. (b) Mempunyai banyak perdagangan antarabangsa. (c) Memainkan peranan penting dalam bidang perdagangan luar.4. Pengalaman dan kemajuan syarikat Jepun ini memberi inspirasi kepada

Malaysia untuk memajukan eksport barangan negara.5. Malaysia perlu mencari strategi baharu untuk meningkatkan perdagangan

luar. Dasar Sogoshosha dapat membantu negara dalam melaksanakan pemasaran komoditi eksport.

6. Dasar Sogoshosha akan memberi maklumat tentang pasaran eksport dan kontrak kerja di luar negara melalui hubungan antarabangsa.

Page 4: Rancangan  Malaysia  Keenam

DASAR SOGOSHOSHA MALAYSIA

Objektif Strategi Pelaksaan

1. Menggalakan eksport barang kepada pengguna tradisional dan pengguna baharu.

2. Menggalakkan pelaburan usaha sama untuk meluaskan peluang pasaran antarabangsa.

3. Mengalakkan pemindahan teknologi dan pengetahuan melalui usaha sama antara pelabur tempatan dengan pelabur asing.

4. Memajukan eksport dan meningkatkan pendapatan negara.

1. Memberikan galakan kredit untuk membantu syarikat melaksanakan kegiatan eksport.

2. Memberi pengecualian cukai kepada pengusaha eksport di bawah Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1977 dan Akta Eksais 1976 untuk mengglakkan eksport.

3. Penubuhan Pejabat Perusahaan Perdagangan Malaysia untuk memberi khidmat sokongan kepada syarikat yang terlibat.

Page 5: Rancangan  Malaysia  Keenam

DASAR SOGOSHOSHA MALAYSIA

Hasil Kajian Hasil kajian menunjukkan pencapaian Sogoshosha di Malaysia adalah

jauh lebih rendah daripada apa yang diharapkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, iaitu pusingan perniagaan bernilai RM1000 juta setahun bagi setiap Sogoshosha. Ini disebabkan faktor-faktor yang menghalang pelaksanaan konsep Sogoshosha tersebut seperti berikut:

1. Sogoshosha Malaysia terpaksa bersaing hebat dengan syarikat-syarikat dagangan antarabangsa yang lebih stabil.

2. Kejayaan Sogoshosha biasanya dicapai melalui operasi berorientasikan keuntungan yang kecil (narrow margin) tetapi penjualan yang banyak. Ini amatlah sukar dicapai terutama oleh syarikat-syarikat Sogoshosha yang baru ditubuh.

3. Malaysia tidak mempunyai banyak keluaran kilang untuk dieksport. Oleh itu, Sogoshosha terpaksa menumpukan kepada komoditi sahaja. Ini tidak selaras dengan penubuhan Sogoshosha untuk mempertingkatan eksport negara.

4. Rangka perniagaan di dalam ekonomi Malaysia terdiri daripada unit yang kecil dan berasingan. Peniaga-peniaga Malaysia memerlukan untuk menyesuaikan diri dengan konsep Sogoshosha.

Page 6: Rancangan  Malaysia  Keenam

DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARAObjektif Strategi Pelaksanaan

1. Menggalakkan penggunaan Sains dan Tekonologi (S & T) dalam membangunkan ekonomi, membaiki kehidupan dan menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

2. Menitikberatkan peranan bidang S & T dalam membantu aktiviti ekonomi dan infrastruktur serta bidang lain demi pembangunan negara.

3. Menentukan kemahiran dan pengetahuan S & T untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan bidang perindustrian dan peningkatan tahap serta kepakaran pengurusan.

1. Menjalankan rancangan pembangunan S & T untuk membangunkan sektor perindustrian agar setanding dengan sektor perindustrian negara maju.

2. Menjalankan rancangan S & T berasaskan matlamat :

(a)Pembangunan keupayaan sumber S & T negara dalam usaha membentuk keupayaan teknologi tempatan.

(b) Pembangunan keupayaan dan pengusaha tempatan dalam menggunakan teknologi asing yang dipinjam dengan berkesan.

3. Mengintegrasikan dasar ini dengan Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Pertanian Negara.

4. Meningkatkan perkhidmatan S & T demi kejayaan rancangan pembangunan negara.

5. Membangunkan kemahiran S & T agar tidak bergantung kepada negara maju.

6. Penubuhan Pusat Pengumpulan Maklumat S & T bagi menyelaras dasar ini.

7. Memberi tumpuan pada aktiviti R & D.

Page 7: Rancangan  Malaysia  Keenam

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH

Tempoh pelaksanaan 1996-2000

Pengenalan 1. Lanjutan daripada RMK-6. 2. Dilancarkan semasa ekonomi

negara berkembang pesat dengan kadar pertumbuhan purata sebanyak 8.9% setahun sejak 1988.

3. Perkembangan pesat ekonomi Malaysia ini terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada bulan Julai 1997.

4. Menekankan penyediaan prasarana yang perlu bagi menyediakan negara menghadapi cabaran pada abad ke-21.

5. Mengubah pemikiran rakyat ke arah cara hidup ketimuran.

Page 8: Rancangan  Malaysia  Keenam

Objektif Strategi Pelaksanaan1. Memesatkan pemindahan

teknologi dan berasaskan produktiviti dan kecekapan buruh dan modal.

2. Meningkatkan pengeluaran barang berintensifkan modal dan tekonologi.

3. Mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang mapan.

4. Menggalakkan perindustrian global untuk meningkatkan eksport negara.

5. Mengurangkan import negara.6. Meningkatkan daya saing

ekonomi dengan memperkukuh infrastruktur.

7. Membangunkan perkhidmatan moden.

8. Memperkukuh pengetahuan Sains dan Tekonologi serta tekonologi maklumat untuk membolehkan negara melangkah ke era multimedia.

1. Menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7/1/1998 dan melancarkan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara pada 23/7/1998.

2. Meningkatkan keupayaan dalam bidang Sains dan Teknologi.

3. Mengukuhkan sistem penyampaian.4. Melaksanakan program sekolah atau sesi.5. Meningkatkan kemasukan pelajar ke

universiti pada peringkat ijazah.6. Mengukuhkna aktiviti R & D bagi

menghasilkan keluaran baharu dan mempertingkatkan kualiti keluaran bahan yang sedia ada.

7. Membaiki kemudahan pendidikan di luar bandar.

8. Memupuk nilai positif dalam kalangan rakyat.

9. Meningkatkan semangat dalam kalangan guru.

10.Meningkatkan penguasaan rakyat dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

11.Menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara.

12.Menggalakkan industri kecil dan sederhana.

13.Memperkukuhkan sektor kewangan.

Page 9: Rancangan  Malaysia  Keenam

DASAR WAWASAN NEGARATempoh Pelaksanaan

2001-2010

Pengenalan 1. Merupakan Fasa Keempat di bawah Rangka Rancangan Janka Panjang Ketiga (RRJP3)-teras utama ialah meningkatkan daya tahan (resilience) dan daya saing ekonomi Malaysia bagi menangani kesan-kesan teruk kemelesetan ekonomi serantau pada penghujung tahun 1990-an.

2. Menggabungkan teras kritikal Dasar Ekonomi Baru dan Dsar Pembangunan Nasional dengan pencapaian perpaduan nasional sebagai objektif utama.

3. Merupakan gabungan usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.

4. Mengambil kira cabaran-cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju untuk Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

Page 10: Rancangan  Malaysia  Keenam

DASAR WAWASAN NEGARATeras kritikal

1. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai-nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.

2. Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah.

3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.

4. Mempertingkatkan daya saing negara untuk menghadapi cabaran-cabaran globalisasi dan liberalisasi.

5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge economy) sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat.

6. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir, produktif dan berpengetahuan.

7. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan.

Page 11: Rancangan  Malaysia  Keenam

Objektif Strategi

1. Membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan bandar dan pedalaman tanpa mengira kaum, kumpulan suku kaum minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak dan Orang Asli serta menyusun semula masyarakat.

2. Meningkatkan kualiti hidup dan mengukuhkan ekonomi negara terutama golongan masyarakat yang berpendapatan kurang daripada 30%.

3. Memperkukuh pengurusan ekonomi makro di samping mengoptimumkan melalui pembasmian kemiskinan,

4. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.(K-Ekonomi)

5. Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan.

6. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan lebih dinamik.

7. Mencapai penyertaan bumiputera secara berkesan dalam sektor utama ekonomi.

1. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.

2. Penyusunan semula masyarakat.

3. Pembangunan yang seimbang.