ramalan kedatangan pope roman peter ii - bahtera wawasan

Upload: azan90

Post on 30-May-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Ramalan Kedatangan Pope Roman Peter II - Bahtera Wawasan

    1/9

    Ramalan kedatangan Pope Roman Peter II

    Assalamualaikum buat semua...

    Salam bertemu kembali bagi yang sudi melayari blog ini. InsyaAllah, blog akan di-

    update-kan dari semasa ke semasa selagi ada ruang dan kesempatan untuk meneruskanusaha membuka minda dalam mencari erti kebenaran yang sebenar sepertimana yang

    telah di bawa dan ditinggalkan buat menyelusuri kehidupan yang kekal abadi.

    Ingat-mengingati sesama kita adalah satu perkara yang tidak akan padam dan sebegitulah

    pesanan Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa sesungguhnya "Agama itu nasehat-menasehati". Sepertimana yang telah kita ketahui bahawasanya Muhammad Bin

    Abdullah sebagai seorang Nabi telah wafat tetapi Baginda Rasulullah s.a.w. tidak pernahwafat dan bukanlah mustahil untuk kita bertemu dengan Rasulullah dan juga untuk

    bertemu dengan Rasul memerlukan pengorbanan yang tidak boleh diambil mudah agarkita juga tergolong di bawah pimpinan Baginda dan seterusnya mendapat syafaat

    Baginda di akhirat kelak.

    Jikalau kita peka dengan keadaan dunia hari ini baik dari segi rahmat Allah mahupun dariapa juga bala yang di datangkan oleh Allah s.w.t., kita pasti akan tersadar bahawasanya

    dunia sudah semakin hampir ke penghujungnya. Berbagai konspirasi dunia hari ini dalamhendak memesongkan akan agama yang murni sepertimana yang telah dibawakan oleh

    Baginda Rasulullah s.a.w. Iblis dan Para pencacainya tidak pernah berputus asa hendakmenyeret kita bersama mereka untuk memenuhi Neraka jahannam agar bersama mereka

    di sana.

    Semakin banyak pendedahan dan konspirasi mengenai Pope Benedict XVI!

    Kita lihat pula di sebelah barat di mana berbagai pendedahan demi pendedahan mengenaiperancangan Pope yang cuba untuk menjadikan satu kerajaan dunia dan satu agama dunia

    dan yang terbaru kita lihat adalah mengenai kemerosotan penyelesaian masaalahmengenai apa yang berlaku di gereja. Seolah-olah Pope kini diambang kerosakkan

  • 8/9/2019 Ramalan Kedatangan Pope Roman Peter II - Bahtera Wawasan

    2/9

    keperibadiannya. Beliau gagal dalam menyelesaikan permasaalahan pencabulan digereja.Apakah ini sengaja diadakan atau sememangnya Pope sudah tidak tahu

    menyelesaikan permasaalahan yang menimpa sejak akhir-akhir ini.

    Pun begitu kita lihat carta penganut agama Islam di Eropah semakin meningkat. Manusia

    sudah mula mencari akan kebenaran yang sebenar-benarnya dan apakah ini manandakankebangkitan Islam atau sengaja dibiarkan agar Islam ini sendiri yang akan bertelagah

    sesama Islam suatu masa nanti?

    Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ," Sudah hampir

    sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya

    namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya

    tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama

    mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.Dari mereka

    berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali ". Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

    Manakala di dalam sebuah hadis lain pula yang diriwayatkan daripada Thauban r.a.,

    bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

    "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas

    kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi

    piring dan mengajak orang lain makan bersama."

    Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan

    musuh sangat kuat?"

    Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna,

    tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

  • 8/9/2019 Ramalan Kedatangan Pope Roman Peter II - Bahtera Wawasan

    3/9

    Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?"

    Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

    Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

    Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

    Apakah kita hari ini merasa berbangga dengan Quantity umat Islam yang begitu ramai?Bukanlah untuk memperlekehkan umat Islam itu sendiri tetapi sesuatu harus dilakukan

    demi memartabatkan Umat Islam yang sejati sebagaimana yang dikehendaki olehRasulullah s.a.w. Qualiti Penganut agama Islam telah jatuh dengan teruknya hari ini.

    Hadis Baginda Rasulullah diabaikan,perpecahan sesama Islam juga tidak kuranghebatnya, saling menuduh sesama Islam, kafir mengkafirkan sesama Islam dan berbagai-

    bagai lagi pendapat yang menggunakan akal keselesaan manusia itu sendiri demikepentingan yang menguntungkan peribadi.

    Apakah pihak THH hanya akan berpeluk tubuh dengan naiknya carta umat Islam hari ini?

    BUkanlah merasa kecewa disebabkan ramainya penganut Agama Islam tetapi penyatuansesama Islam itu sendiri masih lagi jauh. Bahkan negara Islam sendiri saling tidak

    sependapat dalam membincangkan hal-hal yang berkaitan agama Islam itu sendiri.

    Pernah juga terbaca di satu blog di mana hadis-hadis qudsi dipertikaikan sebagai contohhadis yang bermaksud : "barangsiapa yang kenal akan dirinya maka kenallah ia akan

    Tuhannya". Ilmu-ilmu berkaitan mengenal Tuhan kerapkali dipertikaikan. SedangkanRasulullah juga melalui proses mengenal Tuhan. Tidaklah Rasulullah dilahirkan di dalam

    keadaan terus beragama Islam. Baginda melalui perjalanan yang perit dalam hendakmengenal Tuhan dan apa yang Rasulullah lalui ini akan juga kita lalui sekiranya kita

    benar-benar ingin mengenali akan Tuhan yang menjadikan. Begitu juga Pemimpin akhirzaman yang kita nanti-nantikan. Kedatangan Imam Mahadi bukanlah begitu mudah untuk

    kita mengenalinya.

    Tidaklah mustahil sekiranya pada suatu masa nanti seandainya ada dari kalangan umatyang mengaku dirinya Islam tetapi menentang sendiri akan kebangkitan yang dinanti-

    nantikan. Jadi di mana perletakkannya sebagai seorang Islam tetapi pada hakikatnyamenentang Islam yang sebenarnya.

    Pun begitu kedatangan Imam Mahadi akan disusuli pula dengan kehadiran Nabi Isa a.s.

    bagi melengkapkan hadis Rasulullah s.a.w. yang sememangnya telah ditentukan olehAllah s.w.t. untuk membunuh Dajjal alaihi laknat.

  • 8/9/2019 Ramalan Kedatangan Pope Roman Peter II - Bahtera Wawasan

    4/9

    Ramalan St malachy

    St Malachy, (w. 1148) Bishop Ireland telah meramalkan dan menghasilkan senarai yangtepat paus masa depan yang bermula dengan Paus Celestinus II pada tahun 1143.

    Senarainya terdiri daripada karakteristik dari setiap paus. Dari senarai ini daripada 112paus yang ada, hanya tinggal 2 lagi selepas Pope John Paul II yang meninggal pada tarikh

    2 April 2005. Ramalannya mengenai paus sebahagian besarnya cukup tepat mengenaikarakteristik yang mengenal pasti setiap baris yang didedahkan. St Malachy tidak

    memberikan ramalan atau maklumat mengenai apa yang berlaku selepas paus terkini.Menurut beberapa peramal lain bahawasanya telah tiba kepada akhir zaman.

    Menurut penulis biografinya, St Malachy mengunjungi Rom pada tahun 1139 ketika ia

    masuk ke dalam tempat ramalan dan membayangkan sesuatu. Malachy menuliskan visiyang luar biasa ini di mana ia mendakwa telah meramalkan semua paus dari kematian

    Innosensius II hingga penghancuran gereja dan kembalinya Nabi Isa. Dia menamakan112 paus daripada waktu itu hingga akhir.

    St Malachy menulis beberapa kata menghuraikan dalam Bahasa Latin satu demi satu

    tentang Paus. Dia kemudian memberikan naskah kepada Paus Innosensius II dandisimpan di Arkib Vatican di mana mereka telah terlupa selama beberapa abad. Pada

    tahun 1590 ianya ditemui semula dan diterbitkan. Berikut adalah ramalan daripada limaPaus terakhir.

    Paus No 108: Paul VI (1968-78). The prophecy for the 108th pope, "flos Florum",

    yang bermaksud "Bunga Bunga." Paul VI mengandungi tiga lambang Fleurs-de-lis

    (Isis blossoms)

    Paus No 109: John Paul I (1978). The prophecy for 109th pope adalah "De

  • 8/9/2019 Ramalan Kedatangan Pope Roman Peter II - Bahtera Wawasan

    5/9

    Medietate Lunae," yang bererti "HalfMoon." John Paul I lahir di keuskupan

    Belluno (beatiful moon) dan dibaptis Albino Luciani (white light). Beliau menjadi

    paus ketika pertengahan bulan (26 Ogos 1978). Dia meninggal bulan berikutnya

    selepas gerhana bulan

    Paus No 110: John Paul II (1978-2005). The prophecy for the 110th pope adalah

    "De labore Solis," yang bermaksud "daripada tenaga matahari." John Paul II lahir

    saat gerhana matahari pada 8 April 1920. Ketika matahari terbit dari Timur,

    sehingga ia datang ke Vatican daripada timur. Di mana pun di bumi matahari

    bersinar, beliau telah melawati.

    Jika benar ramalan StMalachy, hanya akan ada dua paus sebelum akhir dunia ini,

    seperti yang kita ketahui dan Kedatangan Kembali Nabi Isa a.s. Jadi apa yang St

    Malachy anggarkan sudah tentu berlaku dalam kerangka waktu yang tepat. Pope

    John Paul II pernah menyedari ramalan ini dan pernah menyebut tentang perkaraini supaya diambil perhatian.

    Tambah ke ramalan StMalachy ini menunjukkan bahawa John Paul II akan

    memiliki dua waris terpilih pada waktu yang sama. Satu akan menjadi Anti-Paus

    dan menggunakan nama Peter. Dan akhirnya akan turun kebenaran daripada

    sejarah Kristian dan membawa kembali beberapa tafsiran lama yang sangat

    menjengkelkan bagi banyak orang. Orang mungkin mengatakan bahawa ia akan

    membalikkan keadaan terbalik

    Menurut StMalachy, hanya tinggal dua paus sahaja lagi.

    Ramalan mengenai 111th pope dia berkata, "Gloria Olivae," yang bermaksud

    "kemuliaan Zaitun."Mungkinkah ia mengenai akan Order of Saint Benedict, juga

    dikenali sebagai Olivetans?

  • 8/9/2019 Ramalan Kedatangan Pope Roman Peter II - Bahtera Wawasan

    6/9

    Ranting zaitun mewakili kedamaian. Adakah dia akan memainkan peranan dalam

    membawa agama-agama bersama-sama dan memajukan toleransi selama

    memegang jawatannya? Dalam masa 24 jam selepas pilihan raya, Islam dan para

    pemimpin agama Yahudi menyarankan peranan seperti itu untuknya. Mudah-

    mudahan, dia dapat memimpin dunia keagamaan untuk mengenali dan

    menumpukan perhatian pada kesamaan kepercayaan mereka Tuhan yang sama

    daripada perbezaan-perbezaan mereka

    Mungkin melalui pelaksanaan toleransi kita boleh melihat ke masa depan di

    mana orang berhenti mengesahkan pembunuhan satu sama lain atas nama Tuhan

    yang satu. Kita lihat apa yang dibawa pada masa kini dalam 'New World Order',

    'One World Relegion' dan juga 'New Age'.

    Pohon zaitun juga sering menjadi simbol bagi Bani Israel di dalam Alkitab. Adakah

    ini bermakna bahawa Paus ini seorang yahudi yang dilihat sebagaimana pembelaan

    terhadap negara Israel yang tidak sah ini dibela hari ini? Dan juga setiap hari

    kegilaan mereka hendak meruntuhkanMasjidil Al-Aqsa semakin menjadi-jadi

    seperti mereka ini seolah-olah menyediakan tempat buat kedatangan yang dinanti-

    nantikan mereka.

    The prophecy of the 112th and last pope yang paling menarik. StMalachy

    meramalkan, "Dalam penganiayaan terkini daripada Gereja Rom Katholik di sana

    yang akan memerintah iaitu " Petrus Romanus "(Peter the Roman), yang akan

    memberi makan kepada pengikut-pengikutnya yang terdiri dari domba-dombanya

    di tengah banyak kesengsaraan; selepas kota dari tujuh bukit ini akan dihancurkan

    dan amat mengerikan dan menghakimi orang yang tidak mahu mengikutinya"

    Sarjana percaya kota tujuh bukit sebagaimana di maksud dalam Alkitab adalah

  • 8/9/2019 Ramalan Kedatangan Pope Roman Peter II - Bahtera Wawasan

    7/9

    Vatican dan Gereja Katolik Rom.

    Tetapi kelihatannya Kota Baitulmuqaddis sebagaimana yang ada pada zaman Nabi Isajuga dikira sebagai 'Cities of Seven Hills'. Fakta ini juga diakui di kalangan Yahudi.

    Dalam Pirke de-Rabbi Eliezer bahawa "Baitulmuqaddis terletak di atas tujuh bukit"(dirakam di Kitab Legends, disunting oleh Bialik dan Ravnitzky, p.371, ayat 111).

    Mari kita perhatikan kembali satu hadis daripada Al-Nawwas bin Saman, katanya:

    Rasulullah saw menyebut perihal Dajal dan menyatakan: ...Sebenarnya Dajal itu

    seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ...

    sebenarnya dia akan keluar di satu tempat antara negeri Syam (Syria) dan Iraq.

    Dia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang dia sampai kepadanya (dengan

    menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah

    makmur dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya susah meleset.

    Dia akan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar

    dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah bumi dan tumbuh-tumbuhan

    yang menghijau subur.

    Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong

    dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian diseru lalu kedua-dua potongan

    badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum

    seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya.

    Demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya

    yang dirasai oleh orang itu sebagai neraka, sebaliknya orang yang enggan

    menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai

    syurga; dan sebagainya).

    Nabi bersabda lagi: Wahai sekalian hamba Allah, selepas kamu mengetahui

    demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!

    Kami bertanya: Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?

    Baginda menjawab: Empat puluh hari, hari yang pertama, panjangnya seperti

    setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti

    seminggu, manakala hari yang lain seperti hari kamu yang biasa.

  • 8/9/2019 Ramalan Kedatangan Pope Roman Peter II - Bahtera Wawasan

    8/9

    Kami bertanya lagi: Ya Rasulullah! jika demikian, hari yang panjangnya seperti

    setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan pada-Nya sembahyang untuk

    sehari?

    Baginda menjawab: Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang

    itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan.

    Rasulullah menerangkan lagi: Ketika Dajal itu bermaharajalela, Allah akan

    menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran dengan menara

    putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun mengejar Dajal

    hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama Lud lalu membunuhnya.

    Selepas itu, datanglah suatu ka-um yang Allah sudah selamatkan mereka daripadabencana Dajal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan kesan kedukaan

    dan kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal sudah

    pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan darjat kedudukan mereka

    dalam syurga.

    Nabi bersabda: Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang

    menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya:

    Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj wa Makjuj) yang

    tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka.

    Oleh itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu berlindung di bukit Tursina.

    Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan mereka pun meluru turun

    daripada tiap-tiap tempat yang tinggi.

    Nabi Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala lembu

    menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar kepada

    seseorang kamu sekarang.

    Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh

    mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang batang leher Yakjuj wa Makjuj,

    mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa.

    Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu lalu mereka dapati tidak ada

    barang sejengkal pun di bumi, melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk

    disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj.

  • 8/9/2019 Ramalan Kedatangan Pope Roman Peter II - Bahtera Wawasan

    9/9

    Maka Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah menghantar

    sekumpulan burung yang batang lehernya seperti unta, maka kumpulan burung itu

    pun mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah."

    Pada masa kini dialah The Anti-Christ dengan memesongkan segalanya tentang Nabi Isaa.s. dan termasuk juga apa yang telah dibawakan oleh Nabi Isa a.s. Pada suatu masa nanti

    pula apabila dia telah memunculkan dirinya dan tidak mustahil pula gelaran The Anti-Christ ini akan ditujukan pula kepada Nabi Isa a.s.

    Nabi Isa a.s. kelak bukanlah diturunkan semata-mata untuk membunuh Dajjal tetapi

    beliau juga yang akan mengIslamkan kembali saki-baki kecil pengikutnya yang masehsetia berpegang dengan ajarannya. Itulah di antara sebabnya baginda Rasulullah s.a.w.

    melarang sama sekali umatnya menyerang tempat ibadat.

    wallahualam.