rahsia pelabur bijak unit amanah

10
Rahsia Pelabur Bijak: Pelaburan Unit Amanah Berpandukan panduan-panduan yang terdapat dalam risalah ini, anda akan dapat mengenal pasti faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila melabur dalam unit amanah. Disediakan Oleh: Mohammad Khairul Shaleh, BEng ,MSc, FIMM Founder Celik Labur *Sumber SIDC , www.min.com.my

Upload: md-khairul-shaleh-md-asari

Post on 05-Jul-2015

325 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rahsia pelabur bijak   unit amanah

Rahsia Pelabur Bijak:

Pelaburan Unit Amanah

Berpandukan panduan-panduan yang terdapat dalam risalah ini,

anda akan dapat mengenal pasti faktor-faktor yang

perlu dipertimbangkan apabila melabur dalam unit amanah.

Disediakan Oleh:

Mohammad Khairul Shaleh, BEng ,MSc, FIMM

Founder Celik Labur

*Sumber – SIDC , www.min.com.my

Page 2: Rahsia pelabur bijak   unit amanah

Apa itu Unit Amanah?

• Unit amanah adalah satu skim

pelaburan yang mengumpul wang

daripada ramai pelabur yang

mempunyai objektif kewangan yang

sama.

1

Page 3: Rahsia pelabur bijak   unit amanah

Apa itu Unit Amanah?

• Dana ini diuruskan oleh sekumpulan

pengurus profesional yang melaburkan

wang terkumpul itu dalam portfolio sekuriti

seperti saham, bon dan instrumen pasaran

wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan

untuk mencapai objektif dana.

2

Page 4: Rahsia pelabur bijak   unit amanah

Apa itu Unit Amanah?

• Pendapatan dana itu pula diperoleh

daripada pelaburan sama ada dalam

bentuk pengagihan pendapatan dan/atau

keuntungan modal.

• Pendapatan ini kemudian diagihkan

sebagai wang ringgit atau unit kepada

semua pemegang unit; mengikut

pegangan unit masing-masing.

3

Page 5: Rahsia pelabur bijak   unit amanah

Konsep Pelaburan Unit Amanah

Tabung Unit

Amanah

Pemegang Unit

Membaca dan memahami

Isi kandungan Prospektus

Syarikat Pengurusan

Mengurus operasi

Tabung unit amanah

Pemegang Amanah

Menjaga aset

Tabung unit amanah

Pengurus Dana

Profesional

Memillih danmengurus

portpolio pelaburan

Pertubuhan Modal dan

Pengagihan Pendapatan

Page 6: Rahsia pelabur bijak   unit amanah

Baca Prospektus

• Prospektus adalah satu dokumen yang sangat penting

kerana ia menyatakan objektif pelaburan, strategi/polisi

pelaburan serta risiko dan ganjaran suatu dana unit

amanah.

• Walaupun ia mungkin sukar kerana mengandungi

sebahagian terma yang tidak difahami, anda mesti

membacanya juga untuk menentukan sama ada

matlamat dan sasaran anda adalah selari dengan

dana itu.

• Sementara itu, anda boleh merujuk kepada penyata

kewangan untuk menilai jika dana tersebut masih

mengikut perancangan dan bagaimana prestasi

semasanya.

Page 7: Rahsia pelabur bijak   unit amanah

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam memilih unit amanah

• Objektif pelaburan - perhatikan sama ada objektif pelaburan dana itu sesuai dengan objektif pelaburan anda.

• Polisi pelaburan - jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan perlulah sama dengan pegangan dan prinsip anda.

• Saiz dana itu dan aliran pertumbuhan.

• Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum yang diperlukan.

• Tahap risiko pelaburan - ingat bahawa unit amanah tidak terlepas daripada risiko sepenuhnya.

1

Page 8: Rahsia pelabur bijak   unit amanah

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam memilih unit amanah

• Jenis dan jumlah yuran - dapat memberikan gambaran mengenai

apa dan berapa jumlah yuran yang perlu dibayar di kemudian hari.

• Prestasi dana seperti jumlah pulangan setahun, nilai aset bersih

(NAV) iaitu nilai bagi setiap unit, nisbah belanja, pengagihan

pendapatan kepada pelabur dan pertumbuhan aset. Ini untuk

membolehkan anda mengukur prestasi dana selama ini.

• Portfolio pelaburan terkini - supaya anda dapat mengetahui

peratusan pegangan bagi setiap jenis aset.

• Maklumat berkaitan Lembaga Pengarah, kumpulan pengurusan

utama (terutamanya pengurus dana), juruaudit dan pemegang

amanah

2

Page 9: Rahsia pelabur bijak   unit amanah

Kesimpulan

• Sungguhpun terdapat undang-undang dan

garis panduan untuk membantu melindungi pelabur, menjadi tanggungjawab anda sendiri

untuk menilai kesesuaian, prestasi dan

keupayaan sesuatu dana pelaburan itu.

• Terpulanglah kepada anda sebagai pelabur

untuk membuat keputusan sama ada hendak

melabur atau tidak berdasarkan keadaan dan toleransi anda terhadap risiko.

Page 10: Rahsia pelabur bijak   unit amanah

Mengenai Perunding

• Perunding adalah Pengasas kepada Program Celik Labur yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan dan pemahaman tentang pelaburan.

• Juga merupakan Perunding Unit Amanah Berlesen sejak 2010.

• Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi di saluran dibawah

• Email – [email protected]

• SMS – 011 21778739

• PERHATIAN ; Segala Perkongsian adalah PERCUMA dan tanpa sebarang ikatan