Download - Rahsia pelabur bijak unit amanah
Rahsia Pelabur Bijak:
Pelaburan Unit Amanah
Berpandukan panduan-panduan yang terdapat dalam risalah ini,
anda akan dapat mengenal pasti faktor-faktor yang
perlu dipertimbangkan apabila melabur dalam unit amanah.
Disediakan Oleh:
Mohammad Khairul Shaleh, BEng ,MSc, FIMM
Founder Celik Labur
*Sumber – SIDC , www.min.com.my
Apa itu Unit Amanah?
• Unit amanah adalah satu skim
pelaburan yang mengumpul wang
daripada ramai pelabur yang
mempunyai objektif kewangan yang
sama.
1
Apa itu Unit Amanah?
• Dana ini diuruskan oleh sekumpulan
pengurus profesional yang melaburkan
wang terkumpul itu dalam portfolio sekuriti
seperti saham, bon dan instrumen pasaran
wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan
untuk mencapai objektif dana.
2
Apa itu Unit Amanah?
• Pendapatan dana itu pula diperoleh
daripada pelaburan sama ada dalam
bentuk pengagihan pendapatan dan/atau
keuntungan modal.
• Pendapatan ini kemudian diagihkan
sebagai wang ringgit atau unit kepada
semua pemegang unit; mengikut
pegangan unit masing-masing.
3
Konsep Pelaburan Unit Amanah
Tabung Unit
Amanah
Pemegang Unit
Membaca dan memahami
Isi kandungan Prospektus
Syarikat Pengurusan
Mengurus operasi
Tabung unit amanah
Pemegang Amanah
Menjaga aset
Tabung unit amanah
Pengurus Dana
Profesional
Memillih danmengurus
portpolio pelaburan
Pertubuhan Modal dan
Pengagihan Pendapatan
Baca Prospektus
• Prospektus adalah satu dokumen yang sangat penting
kerana ia menyatakan objektif pelaburan, strategi/polisi
pelaburan serta risiko dan ganjaran suatu dana unit
amanah.
• Walaupun ia mungkin sukar kerana mengandungi
sebahagian terma yang tidak difahami, anda mesti
membacanya juga untuk menentukan sama ada
matlamat dan sasaran anda adalah selari dengan
dana itu.
• Sementara itu, anda boleh merujuk kepada penyata
kewangan untuk menilai jika dana tersebut masih
mengikut perancangan dan bagaimana prestasi
semasanya.
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam memilih unit amanah
• Objektif pelaburan - perhatikan sama ada objektif pelaburan dana itu sesuai dengan objektif pelaburan anda.
• Polisi pelaburan - jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan perlulah sama dengan pegangan dan prinsip anda.
• Saiz dana itu dan aliran pertumbuhan.
• Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum yang diperlukan.
• Tahap risiko pelaburan - ingat bahawa unit amanah tidak terlepas daripada risiko sepenuhnya.
1
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam memilih unit amanah
• Jenis dan jumlah yuran - dapat memberikan gambaran mengenai
apa dan berapa jumlah yuran yang perlu dibayar di kemudian hari.
• Prestasi dana seperti jumlah pulangan setahun, nilai aset bersih
(NAV) iaitu nilai bagi setiap unit, nisbah belanja, pengagihan
pendapatan kepada pelabur dan pertumbuhan aset. Ini untuk
membolehkan anda mengukur prestasi dana selama ini.
• Portfolio pelaburan terkini - supaya anda dapat mengetahui
peratusan pegangan bagi setiap jenis aset.
• Maklumat berkaitan Lembaga Pengarah, kumpulan pengurusan
utama (terutamanya pengurus dana), juruaudit dan pemegang
amanah
2
Kesimpulan
• Sungguhpun terdapat undang-undang dan
garis panduan untuk membantu melindungi pelabur, menjadi tanggungjawab anda sendiri
untuk menilai kesesuaian, prestasi dan
keupayaan sesuatu dana pelaburan itu.
• Terpulanglah kepada anda sebagai pelabur
untuk membuat keputusan sama ada hendak
melabur atau tidak berdasarkan keadaan dan toleransi anda terhadap risiko.
Mengenai Perunding
• Perunding adalah Pengasas kepada Program Celik Labur yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan dan pemahaman tentang pelaburan.
• Juga merupakan Perunding Unit Amanah Berlesen sejak 2010.
• Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi di saluran dibawah
• Email – [email protected]
• SMS – 011 21778739
• PERHATIAN ; Segala Perkongsian adalah PERCUMA dan tanpa sebarang ikatan