rahsia trading

Upload: shah-aia-takaful-planner

Post on 03-Jun-2018

291 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    1/22

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    2/22

    Kandungan

    Kandungan Halaman

    Bab 1: Pengenalan 5

    Bagaimana Saya Bermula .. 5

    1.1 Apa Yang Saya Lakukan Sekarang . 7

    Lu ada cable dalam ke, bro? ... 10

    Bab 2: Apakah Itu Trading 11

    Jenis-jenis Trading . 12

    2.1 Trading B2B vs Trading B2C . 14

    Kenapa trading B2B? 14

    Bab 3: Mengenali Channel 19

    3.1 Sasaran Produk Channel Produk 20

    3.2 Apa Yang Perlu Anda Fokus Dalam Hal Berkaitan Channel .. 20

    3.3 Senarai Channel Yang Boleh Ditembusi 21

    3.4 Bagaimana Mengenalpasti Channel Yang Sesuai... 21

    3.5 Produk Apa Yang Boleh Trading 23

    Bab 4: Terma Bayaran 24

    4.1 Consignment ..24

    4.2 Terma Kredit (Credit Term) . 27

    Bill-to-bill .... 29

    4.3 Tunai (Cash) ... 30

    Bab 5: Bagaimana Menembusi Channel Anda 32

    5. 1 Kedai, Farmasi, Restoran ... 32

    5. 2 Agensi Kerajaan .. 36

    5. 3 Pasaraya . 51

    5. 4 Tips Jika Ada Produk Sendiri . 54

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    3/22

    5. 5 Cabaran Utama Dalam Trading . 56

    5. 6 Cabaran Kepada Usahawan Trading Muda . 58

    5. 7 Apa Perlu Dibuat Apabila Produk Ditolak .. 59

    Bab 6: Menetapkan Margin . 60

    6. 1 Margin Agensi Kerajaan . .. 61

    Bab 7: Bagaimana Meningkatkan Jualan Selepas Kerja Pembekalan 62

    Bab 8: Mengutip Bayaran 67

    8.1 Kisah Cikgu P .. 69

    Bab 9: Merchandising & Consultation (Next Level of Trading) 72

    9.1 Merchandising 729.2 Consultation 74

    Menyediakan Surat Perjanjian . 82

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    4/22

    Fail Sulit Trading

    Copyright 2013 by Shahrir Bahar

    Hakcipta terpelihara. Sesiapa pun tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

    artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga carasama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain untuk tujuan komersil

    sebelum mendapat izin daripada pihak penulis.

    Penyelenggara: Shahrir Bahar Editor: Ahmad Muzammil

    Pembaca Pruf: Ahmad Muzammil & Shahrir Bahar Susun Atur: Ahmad MuzammilKulit muka:

    Pengantar: Shahrir Bahar

    Laman Sesawang:

    Email: [email protected]

    Facebook: Fail Sulit Trading

    DISCLAIMER of WARRANTY/LIMIT OF LIABILITY: Naskah ini dihasilkan untuk memberi

    pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Jika anda memerlukan

    khidmat bantuan professional, dapatkan khidmat bantuan daripada yang pakar. Tidak

    ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam naskah ini

    adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya

    tidak bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secaraperibadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini,

    sama ada secara langsung atau tidak langsung. Strategi yang disebut di dalam naskah ini

    mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan

    tertentu kepada semua pihak. Pembaca juga perlu diingatkan bahawa sebarang alamat

    laman sesawang yang diberikan di dalam ebook ini mungkin akan berubah

    kandungannya atau tidak boleh dicapai semasa buku ini diterbitkan dan dibaca.

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    5/22

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    6/22

    Bab 1: Pengenalan

    Perniagaan trading adalah sebuah perniagaan yang luas bidangnya. Besar. Potensinya tidak

    terbatas. Anda tidak perlu tahu seluruh pelusuk perniagaan trading untuk memulakanperniagaan trading. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu belajar langsung tentang

    trading. Cukup untuk anda tahu tentang bidang trading yang anda mahu lakukan. Dan apabila

    anda membaca buku ini, saya menganggap anda mahu belajar tentang perniagaan trading

    dengan :

    Badan-badan kerajaan

    Badan-badan bukan kerajaan seperti farmasi, kedai-kedai dan restoran.

    Okey. Jika anda memang seorang usahawan yang tahu apa itu perniagaan trading, bagaimana

    ianya menghasilkan pendapatan yangsoliddan pernah bersembang dengan rakan-rakan andatentang prospek perniagaan trading di restoran mamak pada malam Sabtu sebelum

    menunggu perlawanan bolasepak EPL bermula; tahniah! Saya harap perkongsian ilmu saya

    menerusi buku ini dapat mendorong anda memulakan perniagaan trading yang anda idam-

    idamkan.

    Tetapi, jika anda adalah seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, baru

    sahaja selesai memulangkan jubah konvokesyen atau baru sahaja menghantar notis berhenti

    kerja yang menawarkan gaji ciput dan penyakit mental, tidak tahu apakah trading itu dan

    mahu tahu apakah yang dimaksudkan dengan trading, ada eloknya jika anda tidak abaikan

    bab 2 nanti.

    1.1 Bagaimana Saya Bemula

    Saya didedahkan dengan konsep trading oleh ibu saya. Sejujurnya, pada ketika itu saya tidak

    tahu pun apa yang saya buat itu dipanggil trading. Ibu saya memanggilnya anak aku tolong

    aku berniaga. Saya pula memanggilnya alah..saja-saja tolong mak.

    Semasa saya di bangku sekolah rendah, ibu saya seorang peniaga kuih-muih. Ibu saya tidakmembuka gerai apatah lagi kedai makan. Ibu saya cuma membuat kuih dan saya cuma

    menolongnya menghantar kuih-muih tersebut.

    Seawal pukul 4 pagi, ibu saya sudah bangun untuk membuat kuih-muihnya. Kuih-muihnya

    akan dihantar ke tiga lokasi. Tugas saya ialah menghantar kuih di sebuah restoran mamak

    berdekatan dengan rumah kami. Sebelum saya bertolak ke restoran mamak tersebut, ibu saya

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    7/22

    akan memberikan secebis kertas dari buku 555 yang berisi senarai kuih yang dihantar dan

    jumlahnya. Saya hanya perlu menghantar kuih-muih tersebut dan cebisan kertas tersebut

    kepada pemilik restoran mamak tersebut. Pada waktu malam, saya akan datang ke restoran

    mamak itu untuk mengutip hasil jualan. Harga sebiji kuih ialah 30 sen dan 5 sen bagi setiap unit

    kuih yang dijual akan diberikan kepada pemilik restoran mamak. Ah, memori

    Semasa saya menuntut di sebuah universiti awam tempatan, saya ada mengusahakan

    perniagaan kerepek dengan beberapa rakan. Kami mengambil kerepek dari pemborong dan

    kami akan membungkus semula dalam pek saiz yang lebih kecil. Kemudian, kami mengedar

    kerepek tersebut ke beberapa koperasi dan melantik agen-agen jualan disamping menjualnya

    sendiri. Pada ketika itu, saya memanggilnya saja-saja cari duit lebih'.

    Sesudah tamat pengajian di universiti, ketika rakan-rakan lain sibuk menghadiri temuduga di

    sana-sini saya pula sibuk keluar masuk pejabat agensi kerajaan untuk:

    1. Mencari projek pembekalan

    2. Mendapatkan harga barangan dari pembekal.

    3. Menghantar sebut harga (quotation) kepada agensi kerajaan tersebut

    4. Melompat-lompat kegembiraan setelah agensi kerajaan terbabit memilih syarikat saya.

    5. Mengambil barang-barang dari pembekal dan menghantar ke agensi kerajaan terbabit.

    Ketika itu, saya memanggilnya bisnes kerajaan. Saya perlu mengaku, saya memang

    terpengaruh dengan drama-drama Melayu slot Samarinda TV3 kerana ramai orang Melayu

    menjadi kaya-raya apabila membuat projek dengan kerajaan di dalam drama-drama

    berkenaan. Mereka memandu kereta-kereta model terbaru Mercedes dan rumah merekamempunyai kolam renang. Siapa yang tak mahu kolam renang di rumah mereka?

    Pada ketika itu, saya tidak tahu pun kerja menghantar kuih ke restoran, kerja membungkus

    kerepek dan membekalnya ke koperasi dan kerja bisnes kerajaan saya itu dipanggil trading.

    Tanpa saya tahu, saya sudah pun mempunyai hampir 15 tahun pengalaman dalam trading!

    Dengan pengalaman sebegini seseorang patut menemu ramah saya di TV, bukan?

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    8/22

    1.2 Apa Yang Saya Lakukan Sekarang

    Pada ketika ini, apa yang saya lakukan adalah trading bagi produk madu keluaran syarikat saya

    dan beberapa produk keluaran syarikat lain seperti tepung goreng, coklat, coklat kurma dan

    kek coklat.

    Untuk produk madu saya, saya mempunyai beberapa rakan niaga eksklusif seperti:

    1. Koperasi Darussyifa

    2. FELDA Trading Sdn Bhd

    3. D Bazaar KLIA

    Untuk rekod, produk madu saya juga pernah dijadikan sebagai salah satu item untuk dijadikan

    hamper Hari Raya Aidilfitri (2013) untuk Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet.

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    9/22

    Selain itu, produk madu ini juga mendapat liputan percuma di:

    1. MajalahCelebration (yang diedarkan di lapangan terbang KLIA).

    2. Menjadi salah satu item untuk iklan komersial D Bazaar KLIA (pernah tersiar di TV3).

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    10/22

    3. Menjadi salah satu produk dan usahawan yang ditemu ramah untuk iklan D Bazaar

    KLIA yang tersiar selama 5 bulan di KLIA TV.

    Untuk produk tepung goreng pula, saya berjaya menutup

    ualan dengan Chatime, sebuah francais yang baru sahaja

    menyambut pembukaan cawangan francais mereka yang ke -

    100. Untuk yang ini, agak menarik untuk saya katakan bahawa

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    11/22

    semua ini saya lakukan tanpa modal besar. Hanya kos minyak motosikal. Ya, motosikal. Saya

    tidak membeli pun tepung tersebut. Saya hanya menjana pendapatan sebagai seorang agen

    penjual.

    Apa yang anda perlu tahu, kerja-kerja mendapatkan projek pembekalan madu ke tiga rakan

    niaga eksklusif saya dan kerja mendapatkan projek pembekalan tepung goreng ini semuanya

    saya lakukan dengan menaiki motosikal. Daripada masa mula-mula mahu approachD Bazaar

    KLIA dahulu, sehinggalah sekarang.Kemudian, semasa perjumpaan kedua saya dengan D

    Bazaar KLIA di pejabat mereka, saya hanya menaiki teksi sahaja. Kebetulan pula semasa teksi

    saya sampai, pemilik D Bazaar KLIA ternampak saya dan menyapa saya dengan mesra.

    Segannya saya bukan kepalang! Tetapi seteksi-teksi saya pun, produk madu saya antara

    produk top sale di D Bazaar KLIA.

    Sekarang, apa pula alasan anda untuk tidak berniaga trading?

    1.3 Lu ada cable dalam ke, bro?

    Antara soalan kegemaran orang ramai yang bertanya tentang bagaimana saya menembusi

    pasaran yang eksklusif (dan high-end) dalam perniagaan trading ini adalah:

    Bagaimana saya approach kedai-kedai sampai mereka mahu menjual barang saya?

    Adakah kedai-kedai yang mahu menjual produk-produk saya yang baru setahun jagung

    memasuki pasaran?

    Apa yang perlu dibawa semasa approach kedai-kedai sasaran?

    Apakah bentuk term yang selalu mereka gunakan? Consignment? Bill-to-bill?

    Apakah saya mempunyai orang dalam KLIA?

    Untuk soalan terakhir, saya jawab TIDAK dengan huruf besar kesemuanya. Manakala, soalan-

    soalan yang lain akan terjawab pada bab-bab seterusnya. Jika anda ada bertanyakan soalan

    serupa seperti di atas, anda hanya perlu terus membaca. Jika anda tiada soalan atau tidak tahu

    hendak tanya apa pun, anda perlu terus membaca. Semua ilmu dan pengalaman saya dalam

    trading ada terkandung di dalam buku ini!

    ***

    Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian e-book ini anda boleh terus klik link berikut :

    [ www.bit.ly/Rahsia_Trading ]

    http://www.bit.ly/Rahsia_Tradinghttp://www.bit.ly/Rahsia_Trading
  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    12/22

    [ www.bit.ly/RahsiaTrading ]

    [ www.bit.ly/RahsiaTrading ]

    **Teruskan pembacaan anda untuk bab yang seterusnya.

    Rumusan Bab 1

    Membekalkan kuih ke restoran, memborong kerepek sebelum menjual dan

    membekalkan produk dan servis kepada agensi kerajaan adalah contoh-contoh

    perniagaan trading.

    Trading boleh dimulakan dengan modal yang kecil. Tiada kereta mewah, jam tangan

    mewah, briefcase mahal dan suit yang mahal diperlukan untuk berjaya dalam trading.

    Trading boleh dilakukan tanpa unsur-unsur kronisme, rasuah, lobi-melobi dan hasad

    dengki seperti yang biasa anda dimomokkan.

    http://www.bit.ly/Rahsia_Tradinghttp://www.bit.ly/Rahsia_Tradinghttp://www.bit.ly/Rahsia_Tradinghttp://www.bit.ly/Rahsia_Trading
  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    13/22

    Bab 2: Apakah Itu Trading?

    Secara asasnya, trading adalah aktiviti membekalkan produk (sama ada produk anda

    sendiri atau orang lain) kepada rangkaian (channel) pasaran. Secara kasarnya, anda hanya

    menjadi perantara antara pembekal (supplier) dengan channel pasaran. Manakala, channel

    pasaran pula adalah saluran pemasaran produk anda.

    Untuk aktiviti trading, ianya lebih berkisar tentang apakah produk yang anda mahu pasarkan?

    Madu? Alat tulis? Perkakas pejabat? Peralatan makmal sains?.

    Manakala untuk channel pasaran, ianya lebih berkisar tentang kepada siapa anda mahu

    pasarkan produk anda? Pusat perubatan Islam? Pejabat kerajaan? Sekolah? Atau mungkinanda lebih gemar memasarkannya kepada individu daripada sesebuah organisasi.

    Sekarang, mungkin ada yang bertanya. Apa bezanya aktiviti trading ini dengan apa yang

    jurujual (salesman/saleswoman) buat? Adakah ini bermakna aktiviti menjual buku di kedai-

    kedai makan juga dinamakan trading? Adakah mereka juga traders? Jawapannya tidak.

    Traders tahu apa yang boleh dijual dan mereka tahu channel pasaran produk mereka. Tetapi

    itu tidak bermakna mereka boleh meyakinkan channelmereka untuk membeli produk mereka.

    Kerja meyakinkan channeluntuk membeli produk anda adalah kerja jurujual.

    Dalam kes saya melakukan trading tepung goreng dengan Chatime, saya tahu dimana tepung

    goreng ini boleh dijual (iaitu restoran yang menunya menggunakan tepung goreng) dan saya

    berjaya meyakinkan Chatime untuk membeli tepung goreng tersebut. Ini bermakna saya

    menjalankan kerja traderdan salesman.

    Sekiranya anda tidak gemar kerja-kerja meyakinkan pembeli untuk membeli produk anda,

    anda hanya perlu mengupah jurujual untuk menjual bagi pihak anda. Siapa yang cakap trading

    itu susah?

    Bagi kes trading dengan agensi kerajaan pula, saya tahu channelsaya (iaitu orang-orang agensi

    kerajaan) pastinya memerlukan macam-macam produk untuk melincirkan urusan pentadbiran

    mereka. Mereka perlukan alat tulis, makanan untuk mesyuarat mereka, baju untuk program

    mereka dan lain-lain. Tugas membeli peralatan mereka ini akan diserahkan kepada traders

    melalui tawaran perolehan atau rundingan terus. Jadi, tugas saya sebagai trader adalah

    mendapatkan tawaran kerja membeli tersebut dan membekalkannya kepada mereka. Bakat

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    14/22

    jurujual tidak diperlukan dalam trading seperti ini kerana channel anda memang mahu

    membeli. Anda hanya perlu memberikan apa yang mereka mahu dan semua pihak menang.

    2.1 Jenis-jenis Trading

    2.1.1 Business to Consumer (B2C)

    Trading B2C ialah trading yang di mana anda sebagaitrader; membeli atau memborong

    produk dari pembekal/pemborong/kilang (business) dan menjualnya terus kepada

    pengguna (consumer). Sebab itulah kita memanggilnya trading business to consumer;

    B2C.

    Masih ingat lagi bisnes kerepek yang saya buat di universiti? Saya membeli kerepek

    secara pukal dari pemborong sebelum membungkusnya dalam pek yang lebih kecil danmenjualnya kepada pelajar-pelajar dan staf universiti. Ini merupakan salah satu contoh

    trading B2C.

    2.1.2 Business to Business (B2B)

    Trading B2B pula ialah trading yang di mana anda sebagai trader; membeli atau

    memborong produk dari pembekal/pemborong/kilang (business) dan menjualnya

    kepada kedai/kerajaan/perniagaan lain (business). Sebab itulah kita memanggilnya

    trading business to business; B2B.

    Masih ingat lagi bisnes madu saya dengan Koperasi Darussyifa, FELDA Trading dan D

    Bazaar KLIA? Saya tidak menjual produk madu saya terus kepada pelanggan,

    sebaliknya saya hanya menjual produk madu saya kepada perniagaan milik orang lain

    dan mereka pula yang akan menjualnya kepada pengguna.

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    15/22

    2.2 Trading B2B vs Trading B2C

    Ada satu perkara yang patut saya jelaskan sebelum saya membuka topik ini. Membandingkan

    trading B2B dan B2C adalah seperti membandingkan epal dan oren. Kedua-duanya

    mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

    Apa yang membuatkan saya ada autoriti untuk membincangkan topik ini adalah kerana saya

    mempunyai pengalaman mengendalikan kedua-dua jenis trading ini. Bagi trading B2C, saya

    pernah memborong kerepek dan menjualnya kepada warga universiti tempatan awam dan

    saya juga pernah memborong kopiah dan pakaian Islamik lain seperti jubah dan menjualnya

    kepada orang ramai di bazaar ekspo Hari Raya 2013. Kedua-dua perniagaan tersebut memangkencang dan saya tidak akan berhenti melakukannya.

    Manakala bagi trading B2B pula, saya sudah melakukannya dengan agensi kerajaan, restoran

    francais, farmasi, koperasi dan outlet shop di KLIA.

    Namun dalam buku ini, saya ingin tekankan lebih sedikit terhadap trading B2B. Saya tidak

    mengatakan epal lebih bagus daripada oren, tetapi lebih kepada penjelasan mengapa orang

    ramai berkata an apple a day keeps the doctor away.

    2.3 Kenapa trading B2B?

    Baiklah. Untuk membantu saya menerangkan mengapa saya ingin menekankan trading B2B

    kepada anda, saya akan perkenalkan anda dengan rakan zaman sekolah saya, Encik Ahmad.

    Pada mulanya, En. Ahmad bekerja sebagai eksekutif bank di sebuah bank Singapura yang

    beribu pejabat di Kuala Lumpur. Gaji bulanannya adalah sebanyak RM3k-3.5k.

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    16/22

    Manusia yang waras tidak akan melepaskan pekerjaan En. Ahmad sewenang-wenangnya.

    Tetapi En. Ahmad bukanlah seorang yang waras. Pada pertengahan tahun 2013, selepas

    setahun bekerja En. Ahmad meletak jawatan dan balik ke kampungnya di Sabak Bernam.

    Apabila diminta menjelaskan sebab beliau meletak jawatan, En. Ahmad menjawab: Aku tak

    nak tipu diri sendiri. Aku nak jadi coach bola sepak. Oh ya, En. Ahmad adalahepitomekepada

    makan bola, minum bola dan tidur bola.

    Untuk menyara kehidupannya dan keluarganya, En. Ahmad memulakan perniagaan menjual

    sandwich. Beliau tidak mendaftar syarikat pun. Dan beliau juga tidak membuka gerai. Apa

    yang beliau lakukan adalah membekalkan sandwich buatannya ke kantin-kantin sekolah.

    En. Ahmad mensasarkan hasil jualan sebanyak RM4k sebulan dari perniagaan sandwichnya.

    Dan bagi setiap RM1 sandwich yang terjual, En. Ahmad mengambil RM0.70 dan memberikan

    RM0.30 kepada pemilik kantin sekolah. Untuk memperoleh hasil jualan RM4k sebulan, En.

    Ahmad perlu menjual minimum 286 keping sandwich sehari. Anda perlu ingat, dalam sebulan

    sekolah hanya dibuka 20 hari sahaja.

    Modal Mingguan Harga Hasil Jualan Mingguan

    Roti Gardenia RM2.40 22 buku roti/hari 5

    hari = RM264

    RM0.70 300 5 = RM1050

    Salad RM5 5 hari = RM25

    Mayonis RM15

    Sardin RM20 5 hari = RM100

    Serbuk lada hitam RM5Mentega RM10

    Limau Nipis RM5

    Minyak kereta RM10 5 hari = RM50

    Jumlah kos migguan RM474

    Jumlah pendapatan

    mingguan bersih

    RM1050 RM474 = RM576

    Jumlah pendapatan bulanan

    bersih

    RM576 4 minggu = RM 2304

    Jadi, pada setiap pagi En. Ahmad akan menghantar 60 keping sandwich ke 5 buah kantin

    sekolah sekitar daerah Sabak Bernam. Apalah sangat 60 keping sandwich untuk sebuah kantin

    yang menyediakan makanan untuk 1000 pelajar? Dan apalah sangat nilai RM1 bagi budak-

    budak sekolah zaman sekarang? Maka, pada setiap hari sandwich En. Ahmad sentiasa habis

    dijual kepada pelajar kelima-lima sekolah.

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    17/22

    Pada setiap bulan, beliau memperoleh hasil jualan RM4k seperti yang diidamkan beliau. Beliau

    juga dapat menikmati pendapatannya di kawasan luar bandar yang kos sara hidupnya rendah.

    Beliau juga hanya perlu bekerja 20 hari sebulan. Dalam sehari bekerja, beliau hanya bekerja

    selama 2-3 jam! Dan masa yang terluang itu, En. Ahmad gunakan untuk melatih pasukan bola

    sepak bawah 18 tahun sekolah secara percuma. Sekarang, siapa yang waras katanya.

    Sekarang, berbalik kepada persoalan utama. Mengapa trading B2B?

    Anda boleh bermula dari rumah

    Apabila En. Ahmad memulakan perniagaan, perkara paling bijak yang beliau lakukan

    adalah mengurangkan kos operasinya. Dan dimana lagi En. Ahmad boleh

    mengurangkan kos operasinya kalau bukan di rumahnya sendiri? Di rumahnya lah En.

    Ahmad menyediakan ramuan sandwichnya. Di rumahnya lah En. Ahmad membungkus

    sandwichnya satu persatu. Pendek kata, dirumahnya lah En. Ahmad menyimpan stok

    barangan, memajukan produk dan melakukan pembungkusan. Bandingkan jika En.

    Ahmad membuka gerai yang memerlukan permit Majlis Daerah, sewa tapak, kos

    membina gerai dan sebagainya.

    Overheadyang rendah. Kurangfixed cost.

    En. Ahmad tidak menyewa ruang pejabat, tapak jualan mahupun ruang untuk

    menyediakan sandwichnya. Semuanya dilakukan di ruang dapur rumahnya.

    Malah, saya juga melakukan semua operasi membekal madu ke lapangan terbang dari

    menyimpan stok dan melabel produk saya di rumah. Tiada pejabat bermakna tiada

    sewa, bil elektrik dan bil air. Penjimatan ini boleh saya laburkan kepada bahagian

    pemasaran.

    Pasaran yang besar

    Satu-satunya sebab En. Ahmad menjual hanya 60 keping sandwich di kantin sekolah

    yang menyediakan makanan untuk 1000 orang adalah kerana pemilik kantin itu sendiri

    yang menetapkan had jumlah sandwich yang boleh dijualnya. Jika boleh, En. Ahmad

    mahu sahaja menjual beratus-ratus unit sandwich di sebuah sekolah setiap hari.

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    18/22

    Selain itu, menurut En. Ahmad di daerah Sabak Bernam sahaja sudah ada hampir 50

    buah sekolah menengah dan rendah. Dan beliau hanya menghantar ke 5 buah sekolah

    sahaja. Ini bermakna, beliau hanya menerjah 10% pasarannya! Itu belum lagi dikira

    dengan kantin hospital dan kompleks kerajaan. Bayangkan apa yang berlaku jika beliau

    membuka syarikat, menggaji pekerja dan mula menerjah segenap sudut pasarannya.The sky is the limit.

    Tidak perlu membuka kedai

    Kenyataan yang En. Ahmad tidak perlu membuka gerai (yang sewanya cuma RM10

    sehari di Sabak Bernam) menunjukkan bahawa trading B2B adalah trading yang paling

    sesuai untuk usahawan yang baru bermula.

    Perlu diingat, kos membuka kedai adalah tinggi. Dengan kos sewa inilah, anda perlu

    membuka kedai seawal mungkin dan menutup kedai selewat mungkin. Sehari anda

    menutup kedai bermakna anda menanggung kos overheadyang tinggi.

    Volume-based business

    Walaupun margin keuntungan En. Ahmad berkurangan apabila beliau terpaksa

    menolak Rm0.30 kepada pemilik kantin dan menjualnya pada harga RM1 (kerana kuasa

    beli golongan pelajar yang rendah), tetapi beliau masih mampu mencatat keuntungan

    kerana 300 biji sandwichnya sentiasa habis setiap hari kerana perniagaannya adalah

    volume-based business.

    Jika En. Ahmad menjual rantai emas, mungkin En. Ahmad tidak boleh expectuntuk

    menjual 300 unit rantai sehari kerana sudahlah rantai emas tidak boleh dimakan malah

    pasarannya terhad pula kepada wanita sahaja (lelaki Islam haram memakai perhiasan

    emas). Jadi En. Ahmad harus menaikkan margin keuntungan bagi setiap unit rantai

    yang terjual bagi memastikan perniagaannya membawa keuntungan kerana

    perniagaanya adalah margin-based business.

    Pelanggan tidak perlu banyak

    Pada masa kini, En. Ahmad hanya perlu menjaga hubungannya dengan lima pemilik

    kantin sekolah untuk terus membekal 300 unit produknya setiap hari di premis mereka.

    Bandingkan jika En. Ahmad menjualnya terus kepada pengguna (trading B2C), En.

    Ahmad perlu membina hubungan dengan ratusan kalau tidak ribuan pelanggan yang

    bermacam-macam ragamnya.

    Mendapat faedah apabila perniagaan pelanggan berkembang

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    19/22

    Apabila ada pemilik kantin mendapat tender lain untuk membuka kantin/dewan makan

    asrama/kafe di kolej, En. Ahmad juga dapat mengembangkan perniagaannya bersama.

    Kerana hubungannya dengan pelanggan (pemilik kantin), beliau dapat membekalkan

    sandwichnya ke lokasi baru.

    Penambahan produk pada channel yang sedia ada

    Katakan En. Ahmad mahu menambah pendapatannya. Beliau menghasilkan produk

    baru iaitu dadih pelbagai perisa. Budak-budak sukakan dadih. Mengapa tidak? Dadih

    sedap. Sakaki Makio juga sukakannya. Apa yang En. Ahmad hanya perlu buat hanyalah

    meminta kebenaran kepada 5 pemilik kantin ini untuk menghantar dadihnya di kantin

    mereka.

    Modal rendah & sumber maksimum

    Setiap perniagaan memerlukan (i) premis, (ii) masa, (iii) pekerja dan (iv) wang untuk

    berjaya. Tetapi bagaimana anda sebagai usahawan baru boleh memiliki semua sumber-

    sumber ini dengan modal yang kecil dan terhad?

    Jawapannya adalah dengan trading B2B.

    i. Premis

    En. Ahmad memerlukan premis untuk memasarkan sandwichnya. Daripada

    mengeluarkan modal untuk membuat gerai sandwich, En. Ahmad hanyamengeluarkan RM10 sehari sebagai duit minyak kereta beliau menghantar 300

    sandwich ke 5 buah kantin sekolah. Beliau menggunakan premis 5 pemilik

    kantin untuk memasarkan produknya.

    ii. Masa

    Saya ada beritahu anda En. Ahmad hanya bekerja 2-3 jam sehari? Itu adalah

    tempoh masa yang beliau perlukan untuk menyiapkan 300 unit sandwich. Dan

    beliau memulakannya pada pukul 3 pagi. Selepas menghantar sandwich

    tersebut pada pukul 7 pagi, beliau menggunakan masa tersebut untuk

    melakukan apa yang paling diminatinya; melatih pasukan bola sepak sekolah

    secara percuma.

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    20/22

    iii. Pekerja

    En. Ahmad tidak mempunyai pekerja kerana (i) beliau tiada modal untuk

    mengupah pekerja dan (ii) beliau tidak perlu mengupah pekerja. Semua kerja-

    kerja menjual di 5 lokasi berlainan dilakukan oleh pekerja-pekerja kantin

    masing-masing. En. Ahmad hanya perlu memaklumkan kepada pekerja-pekerjakantin itu tentang inti apa yang digunakan dalam sandwichnya ( in casebila ada

    pelanggan yang bertanya) dan berapa harga seunit sandwich tersebut.

    iv. Wang

    Memiliki premis, pekerja dan tender kantin (yang membolehkan anda

    beroperasi di kantin pada masa yang ditetapkan) memerlukan wang. Wang

    yang banyak. Wang yang banyak bererti risiko yang tinggi. Dan perniagaan

    risiko tinggi bukanlah sesuatu yang usahawan baru perlu lakukan.

    En. Ahmad hanya bermodalkan RM200 untuk menjana pendapatan RM4k sebulan. Di kawasan

    luar bandar pula. Apa yang beliau lakukan adalah bukti sebenar mengapa berniaga merupakan

    9/10 punca rezeki. Apa yang beliau lakukan adalah sebab utama mengapa saya menekankan

    trading B2B kepada usahawan baru yang berjinak-jinak dalam bidang trading.

    Rumusan Bab 2

    Trading = Aktiviti membekalkan produk (sendiri atau orang lain) kepada rangkaian

    (channel) pasaran.

    Traders (orang yang melakukan trading) adalah perantara antara pembekal (supplier)

    dengan channel pasaran.

    Channel = Saluran pemasaran produk anda.

    Trading B2C = Trading dimana anda (trader) membeli atau memborong produk dari

    pembekal/ pemborong/ kilang (B) dan menjualnya terus kepada pengguna (C).

    Trading B2B = Trading dimana anda (trader) membeli atau memborong produk dari

    pembekal/ pemborong/ kilang (B) dan menjualnya kepada kedai-kedai/ kerajaan/perniagaan lain (B).

    Trading B2B lebih sesuai untuk usahawan yang baru kerana:

    boleh bermula dari rumah

    kos overhead yang rendah

    pasaran yang besar

    tidak perlu membuka kedai

  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    21/22

    pelanggan tidak perlu banyak

    modal rendah & sumber maksimum

    Trading B2B membolehkan anda menikmati premis, masa, pekerja dan wang dengan

    modal yang minimum.

    ***

    Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian e-book ini anda boleh terus klik link berikut :

    [ www.bit.ly/RahsiaTrading ]

    http://www.bit.ly/Rahsia_Tradinghttp://www.bit.ly/Rahsia_Trading
  • 8/11/2019 Rahsia Trading

    22/22