racun perosak membahayakan kesihatan anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/kesan racun...

58
Kit Tindakan Komuniti Terhadap Racun Perosak (Community Pesticide Action Kits - CPAK) Bertindak di peringkat tempatan! A A A A A W W W W W AS! AS! AS! AS! AS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Upload: dinhdieu

Post on 12-Mar-2019

265 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

Kit Tindakan Komuniti Terhadap Racun Perosak(Community Pesticide Action Kits - CPAK)

Bertindak di peringkat tempatan!

AAAAAWWWWWAS!AS!AS!AS!AS!

Racun Perosak MembahayakanKesihatan Anda!

Page 2: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

Penghargaan:

Penerbitan modul ini telah dijayakan dengan sokongan dan bantuan dari:

• ASEAN Canada• CUSO, Canada• Evangelische Zentralstelle Fur Entwicklungshilfe e.V (EZE), Germany• Humanistisch Instituut Voor Ontwinkkelingssamenwerking (HIVOS)• Netherlands Organization for International Development Cooperation (NOVIB), Netherlands

Maklumat untuk modul ini telah dipetik dari pelbagai sumber. Ucapan terima kasih ditujukankhas kepada Marion Moses, Pesticide Education Center, yang mana buku beliau bertajuk,“Harvest of Sorrow-Farm Workers and Pesticides” Bahagian I dan II merupakan bahanrujukan yang sangat berguna dalam menyiapkan modul ini.

Penulis utama: Romeo F. Quijano dan Sarojeni V. Rengam

Editor: Ronald Macfarlane

Pasukan Editorial: Irene Fernandez, Jeyamary M. Anthony, Lyn Redoble, Berdy Steven,Agus Sugiartoto, Lolit Suplido dan Warsono

Susunatur dan rekabentuk terbitan: Yanes Govindaraj

Illustrasi: Allan Woong

Terima kasih ditujukan khas kepada: Jennifer Mourin dan juga kepada Gregg Strong yangtelah banyak membantu dalam menyiapkan draf awal sebahagian daripada modul-modulCPAK dan memberikan panduan sepanjang tahun-tahun pertama penyiapan modul-modultersebut.

Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendalibahan kimia di IRRI, antara tahun 1967 hingga 1988. Dalam tahun 1987, beliau disahkanmenghidap penyakit Parkinson dan telah dibuang kerja setahun selepas itu. Dia menerimatakdir tersebut dan meninggal pada minggu pertama bulan September 1999.

Diterbitkan bersama di dalam Bahasa Malaysia oleh: Pesticide Action Network Asia andthe Pacific (PAN AP), Penang dan Sustainable Development Network (SUSDEN)

Terjemahan oleh: Jumat Majid

Pulau Pinang

June 2002

Page 3: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

KATA PENGANTAR

Kit Tindakan Komuniti Terhadap Racun Perosak (Community Pesticide Action Kits -CPAK) diterbitkan bertujuan untuk membantu komuniti di kawasan pedalaman Asia dalammemikirkan masalah-masalah yang timbul akibat penggunaan racun perosak. Selain itu iajuga menggalakkan mereka untuk bekerjasama dalam usaha menangani sebahagiandaripada masalah tersebut. CPAK diterbitkan oleh beberapa buah badan bukan kerajaandan sosial yang beribu pejabat di beberapa buah negara ASEAN:-

Pesticide Action Network Asia dan Pacific (PAN AP), beribu pejabat di MalaysiaGita Pertiwi, IndonesiaPesticide Action Network Philippines, FilipinaTenaganita, Malaysia

Terdapat sembilan modul yang masing-masing akan menyentuh pelbagai aspek:

o Awas! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Andao Memecahkan Kebisuan: Penggunaan Racun Perosak Di Ladang-ladango Mengaut Keuntungan Dari Racun: Industri Racun Perosako Racun Perosak Memusnahkan Dunia Kitao Wanita Dan Racun Perosako Tinggalkan Racun Perosak: Pengenalan Kepada Pertanian Mapano Meneruskan Pemantauan: Undang-Undang Berkaitan Racun Perosako Bagaimana Untuk Mengatakan TIDAK! Kepada Racun Perosak: Pengorganisasian

Komunitio Memantau Racun Perosak: Panduan Aktiviti Pemantauan Oleh Komuniti

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa modul lagi dijangka akan diterbitkan pada masahadapan. Modul-modul ini sebenarnya tidak mencukupi kerana ia tidak berdiri dengansendirinya. Terdapat banyak bahan tambahan dalam pelbagai bahasa tempatan diperlukan.Anda mungkin ingin melengkapkan modul ini dengan

Kartun PatungDrama Skrip radioPermainan Projektor sisipGambar PelekatPoster Pita video

Perhatikan persekitaran anda untuk bahan yang sesuai digunakan. Banyak daripadabahan-bahan di atas boleh disediakan oleh komuniti sendiri. Anda juga bolehmenghubungi Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PAN AP) untuk mendapatkanpanduan.

PAN AP akan berasa sangat gembira jika menerima sebarang maklum balas berkenaandengan terbitan ini dan bagaimana anda telah menggunakannya. Marilah berusahabersama-sama untuk menjauhkan dunia kita dari bahan toksik racun perosak.

Page 4: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

KANDUNGAN

Muka surat

Kesan Racun PerosakTerhadap Kesihatan 1

Sesetengah Racun Perosakdan Simtom-simptom Keracunannya 26

Perhatikan Tubuh Anda! 29

Kekalkan Pemantauan 37

Page 5: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

1CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Kesan Racun Perosak Terhadap Kesihatan

Pada awal pagi 9 Disember 1996, para pekerja di Malita, Davao del Sur, Filipina telah mencubasejenis racun perosak baru di ladang koko mereka. Menurut mereka serangga perosak dikawasan tersebut telah lali terhadap jenis racun perosak yang lain. Oleh sebab itu merekaberpendapat bahawa telah tiba masanya bagi mereka untuk mencuba racun makhluk perosakyang lebih kuat.

22 orang pekerja mula menyembur racun perosak pada pukul 7.00 pagi tanpa mengetahuibahawa mereka sedang menggunakan sejenis racun perosak yang sangat merbahaya. Sejamkemudian, seorang daripada mereka telah jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Tiga jamselepas itu, pekerja yang lain mula merasa loya, muntah-muntah, pening dan penglihatanmereka mula kabur. Beberapa orang lagi turut jatuh pengsan. Kesemua pekerja tersebuttelah dibawa ke hospital.

Pekerja-pekerja dalam kumpulan kedua mula bekerja pada pukul 10.00 pagi pada hari yangsama. Tanpa mengetahui apa yang telah berlaku kepada pekerja-pekerja dalam kumpulanyang terdahulu. Hanya dalam jangka masa beberapa jam sahaja, mereka juga mengalamisimtom-simtom yang sama. Kumpulan penyelamat telah pergi ke kawasan tersebut untukmembantu mereka, tetapi mereka juga turut mengalami keracunan.

Keseluruhannya pada hari tersebut sahaja, seramai 50 orang telah dimasukkan ke hospitalkerana keracunan racun perosak. 35 orang daripada mereka berada pada tahap yang kritikal.

Page 6: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

2 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Kesan Racun Perosak Kepada Masyarakat

Kesihatan Anda. Kesihatan keluarga Anda. Kesihatan Komuniti Anda.

Kepada para petani dan isi rumah di seluruh dunia yang menggunakan (atau tinggalberdekatan dengan mereka yang menggunakan) racun perosak, perkara pertama yang perlumereka ambil tahu ialah bagaimana racun perosak ini akan memberi kesan kepada kesihatanmereka.

Bukan para petani atau penyembur racun sahaja yang perlu mengambil berat tentangpenggunaan racun, tetapi juga keluarga dan jiran yang tinggal berdekatan dengan tempatpenggunaan racun tersebut. Ibu-ibu mengandung juga perlu mengambil berat tentangpenggunaan racun perosak kerana ia mungkin memberi kesan kepada anak-anak merekayang bakal dilahirkan, begitu juga dengan binatang ternakan, ikan dan burung-burung.Komuniti secara keseluruhannya juga perlu mengambil berat tentang sumber makanan danminuman mereka yang mungkin tercemar!

Syarikat pengeluar racun perosak sering berbicara berkenaan “penggunaan racun perosaksecara “selamat” atau mengiklankan racun perosak yang “mesra alam”.

Kedua-dua kenyataan di atas adalah tidak benar. Racun perosakadalah racun - ia selama-lamanya tidak akan selamat untuk digunakan!

Racun perosak membunuh organisma hidup dan akan mencemarkantanah serta sumber air - oleh sebab itu ia selamanya tidak akan “mesraalam”.

Page 7: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

3CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Ini adalah kerana, kebanyakan simtom keracunan racunperosak adalah sama dengan masalah kesihatan yang lain- contohnya ruam dan pening - selalunya orang tidak sedarbahawa mereka telah pun keracunan.

Oleh kerana kebanyakan masalah ini tidak menunjukkankesan secara serta merta, contohnya seperti gangguansaraf atau kanser, orang ramai tidak menyedari bahawapenyakit-penyakit ini mungkin disebabkan oleh racunperosak.

Jika anda merasa kurang sihat selepas terdedah kepadaracun perosak, kemungkinan besar anda telah keracunan.Jika anda terus terdedah, anda mungkin akan mengalamipenyakit yang lebih serius.

Jangan biarkan sesiapapun - pengurus ladang, suami ataupegawai/kakitangan kesihatan - memberitahu anda bahawatidak ada apa-apa yang berlaku terhadap diri anda danmenyatakan bahawa ia hanyalah kesan bahang matahari,makanan yang anda makan ataupun perkara-perkara biasayang lain.

Belajarlah mengenal dan menerima tanda-tanda yangditunjukkan oleh tubuh anda!

Page 8: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

4 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Petani dan Pekerja Lebih Kerap Terdedah Kepada RacunPerosak

Bilkis, seorang petani yang sedang mengandung tiga bulan, sering kali memetik kapas ketikasuaminya sedang menyembur racun perosak. Bilkis selalunya berkaki ayam dan tidakmemakai sebarang perlindungan semasa bekerja di ladang. Selepas bekerja, Bilkis memberimakan kepada binatang ternakannya sebelum menukar pakaiannya. Pada hari seterusnyaBilkis akan bekerja di ladang kapas itu lagi. Apabila merasa pening dia akan berhenti selamalima belas minit dan meneruskan kerja. Bilkis menyatakan, “Apabila kami memasuki ladanguntuk memulakan kerja memetik, bau racun perosak sangat menyesakkan nafas. Malah,seluruh kampung juga diselubungi bau busuk racun perosak tersebut.”

Carlos pula ialah seorang pekerja ladang di sebuah pusat penyelidikan antarabangsa semenjaktahun 1977 hinggalah tahun 1990. Dia telah terdedah dengan pelbagai jenis racun perosakdalam jangka masa tersebut. Dia telah disahkan menghidapi penyakit leukimia akibat daripadakerja-kerja yang telah beliau lakukan. Dia meninggal dunia pada 23 Januari 1997 ketikaberumur 38 tahun. Dia meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Dalam setahun, dianggarkan terdapat seramai 25 juta orangpekerja yang mengalami keracunan racun perosak.

Page 9: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

5CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Kanak-kanak Juga Turut Mengalami Keracunan

“Kami Tidak Tahu Apa Yang Patut Kami Lakukan”, kata seorang wanita desa mengeluhkesedihan.

Pada 22 Oktober 1999, 60 orang murid telah mengambil sarapan di sebuah kampung di Peru.Setengah jam kemudian, sebahagian daripada kumpulan murid tersebut mula mengadukekejangan perut dan pengsan di kawasan sekolah. Mereka menjerit, muntah dan menekanperut menahan kesakitan. Ada di antara mereka yang mati di kawasan sekolah manakala yanglain menggeliat kesakitan di sekitar padang dan bangunan sekolah. Mereka kemudiannyadikejarkan ke hospital. Seramai dua puluh empat orang murid sekolah telah meninggal dalamperistiwa itu dan ada di antara mereka yang hanya berumur empat tahun. Para doktor berusahakeras untuk menyelamatkan seramai 21 orang murid yang masih hidup yang telah pengsanselepas mengambil sarapan bijirin dan susu di sekolah.

Polis dan doktor tempatan menemui sisa racun serangga di dalam perut murid-murid yang telahmeninggal dunia. Tidak lama kemudian didapati salah satu daripada bekas susu yang didermakanuntuk sarapan murid-murid sekolah tersebut bercampur dengan parathion. Parathion ialah sejenisracun serangga dan ia juga digunakan untuk membunuh tikus serta anjing. Bekas susu tersebutdiletakkan di hadapan salah sebuah rumah seorang petani. Murid-murid yang berjalan menujuke sekolah menyangka bahawa bekas susu tersebut adalah untuk sarapan mereka lalumembawanya ke sekolah untuk dijadikan sarapan.

“Saya Membantu Mak Saya”, kata Premanathan, 10 tahun.

Premanathan tinggal bersama kedua-dua orang tuanya dan lima orangadik beradik yang lain. Keluarganya merupakan sebuah keluarga tani yangbekerja menanam sayur untuk diniagakan di pasar. Dia membantu kerja-kerja di ladang selepas waktu sekolah dan sering kali diberikan wang untukmembeli racun perosak dari kedai berdekatan untuk kegunaan di ladang.Dia menggalas bekas racun perosak itu di atas bahunya dalam perjalananbalik ke rumah. Bekas-bekas racun perosak yang telah digunakan dibiarkanberselerak di kawasan ladang dan adik-adiknya yang berumur enam dantujuh tahun seringkali bermain dengan bekas-bekas tersebut. Pernahberlaku, sebaik sahaja selesai bermain-main dengan bekas-bekas tersebutadiknya telah jatuh pengsan dan dikejarkan ke hospital. Walaubagaimanapun, adiknya bernasib baik kerana dibenarkan keluar dari hos-pital selepas sehari ditahan.

Page 10: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

6 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Bagaimana Racun Perosak Menyebabkan Keracunan?

Ini boleh berlaku melalui tumpahan ke atas pakaian atau pun secara langsung ke atas kulit,menyentuh tanaman yang baru sahaja disembur, resapan semburan racun perosak ke dalamkulit atau ketika merendam pakaian, membancuh racun perosak tanpa memakai sebarangsarung tangan, atau semasa membasuh pakaian yang tercemar dengan racun perosak.

Bagi kebanyakan petani yang bekerja di ladang, cara utama mereka terdedah kepada racunperosak adalah melalui kulit.

Ini adalah cara yang paling biasa berlaku bagi petani yang menyembur racun perosak, ataubagi sesiapa yang berada berdekatan dengan kawasan yang baru sahaja disembur. Adalahamat penting untuk sentiasa diingati bahawa sesetengah racun perosak tidak mempunyaibau.

Ini berlaku apabila seseorang meminum racun perosak secara tidak sengaja ataupunsebaliknya, memakan atau meminum air yang dicemari dengan racun perosak, mengambilmakanan tanpa membasuh tangan dengan teliti dari racun perosak yang baru sahaja merekagunakan.

Bagaimana racun perosak memasuki tubuh

Melalui liang kulit

Melalui saluran pernafasan

Melalui pemakanan

Lain- lain10%

Melalui Kulit90%

Page 11: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

7CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Kesan Akut Racun Perosak Terhadap Kesihatan

Semua racun perosak berpotensi untuk membahayakan kesihatan. Terdapat dua jeniskeracunan – serta-merta dan jangka panjang.

Kesan toksik akut berlaku apabila kesan keracunan dapat dirasai dengan serta merta.Nama lain bagi kesan toksik akut adalah keracunan akut.

Kesan toksik kronik berlaku apabila kesan keracunan dari racun perosak tidak berlakudengan serta merta. Kesan jangka masa panjang ini mungkin hanya berlaku sebulan ataumungkin juga bertahun-tahun selepas pendedahan terhadap racun perosak.

Sebahagian Daripada Kesan Akut termasuklah:

Sakit Kepala Pening Kepala Loya

Sakit Dada Muntah Ruam

Sakit Otot Peluh Keluar Berlebihan Kekejangan Otot

Cirit-biritSukar Bernafas

Mati

Pandangan Kabur

Page 12: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

8 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah yang dimaksudkan dengan “kesan akut setempat” racunperosak

Kesan akut setempat merujuk kepada perubahan atau tindak balas yang berlaku padabahagian badan tertentu apabila secara langsung telah bersentuhan atau terkena racunperosak.

Kesan akut setempat boleh digambarkan dengan rasa menyakitkan seperti kering, kemerahandan gatal pada mata, hidung, tekak dan kulit; mata berair serta batuk.

Ataupun, ia boleh juga digambarkan melalui masalah kulit seperti kemerahan, gatal, rasabahang/panas, ruam, melepuh dan keputihan. Simtom yang biasa dilihat akibat dari keracunanracun perosak adalah apabila kuku tangan dan kaki bertukar warna kepada hitam atau biru.Dalam keadaan yang lebih teruk kuku mungkin akan tertanggal.

Apakah yang dimaksudkan dengan “kesan akut sistemik” racunperosak

Kesan akut sistemik racun perosak berlaku apabila racun perosak telah memasuki tubuhdan memberikan kesan kepada keseluruhan sistem badan.

Darah membawa racun perosak memasuki semua bahagian tubuh anda dan ini akanmemberikan kesan terhadap mata, jantung, paru-paru, perut, usus, hati, buah pinggang,otot, otak dan urat saraf.

Simtom-simtom bagi keracunan akut sistemik racun perosak dan sepantas mana racuntersebut akan meracuni anda bergantung kepada jenis bahan, panjang tempoh pendedahan,dan tahap toksik racun tersebut.

Page 13: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

9CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah racun perosak memberikan kesan akut ke atas kulit?

YA!

Jenis racun perosak apakah yang diketahui menyebabkan masalahkulit dikalangan pekerja ladang?

Racun kulat merupakan sejenis racun perosak yang paling banyak menyebabkan masalahkulit berbanding dengan jenis-jenis racun perosak yang lain. Walau bagaimanapun, racunrumpai, racun serangga dan penyemburan juga dilaporkan turut menjadi penyebab kepadamasalah kulit.

Racun perosak adalah bahan toksik yang boleh diserap ke dalam badan melalui liang kulit.Kulit, dalam proses itu akan turut dirosakkan oleh bahan tersebut.

Kadang-kadang, tindakbalas kulit ditunjukkan dalam bentuk alahan terhadap racun perosakatau komponen-komponen tertentu yang terdapat di dalam campuran tersebut. Kulit akanmemberikan tindakbalas yang kuat walaupun ia didedahkan kepada bahan tersebut dalamjumlah yang sedikit.

Pendedahan kepada cahaya matahari boleh memburukkan lagi keadaan sesetengah masalahkulit.

Racun Kulat Racun Rumpai Racun Serangga Pewasap 2,4-D

Alachlor Allidochlor Amitrole Atrazine Barban Diquat

Glyphosate MCPA Nitralin

Paraquat Phenmedipham

Propachlor Pyrazon

Arsenic Cryolite

Dienochlor Dinitrophenol

Malathion Naled

Parathion Pyrethrins

Dazomet Dichloropropene Ethylene oxide Metam sodium Methyl bromide

Walaupun ada banyak lagi racun perosak yang tidak termasuk di dalam senarai ini, tidak bermakna ia selamat pada kulit anda. Badan kita memberikan tindakbalas yang berlainan kepadabahan-bahan ini. Sesetengah individu mungkin memberikantindakbalasyang lebih kuat berbanding dengan individu yang lain.

Benomyl Captafol Captan

Chlorothalonil Copper sulfate

Dicloran (DCNA) Dinobuton Dinocap

Ditalimfos Dithianon Dyrene Folpet HCB

Maneb Mancozeb Organotins

PCNB PCB

Sulfur Thiophanate

Thiram Triphenyltin

Zineb

Page 14: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

10 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Bagaimana untuk memastikan ruam disebabkan oleh racunperosak?

Kadang-kala agak sukar untuk menentukan racun perosak yang mana menyebabkan masalahkulit kerana pekerja di ladang sering kali terdedah kepada lebih daripada satu jenis racunperosak.

Adakalanya juga masalah kulit bukan disebabkan oleh racun perosak: tindakbalas kulit pekerjaladang terhadap jenis tanaman, gigitan serangga, alahan kepada bahan lain, atau jangkitanpenyakit kulit.

Ujian khas, seperti ujian tampalan, selalunya dapat memberitahu apa yang menyebabkanruam tersebut. Walau bagaimanapun, ujian jenis ini amat sukar diperolehi oleh petani danpekerja ladang. Secara umumnya, jika ruam kulit kelihatan selepas terdedah kepada racunperosak, dan jika ia pulih selepas pendedahan dihentikan, kemungkinan besar racun perosakmenyebabkan ruam tersebut.

Ruam

Page 15: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

11CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah racun perosak memberikan kesan kronik kepada ...

Banyak racun perosak yang digunakan di dalam sektor pertanian adalah sangat merbahayakepada otak dan sistem saraf.

Bahan kimia yang merbahaya kepada sistem saraf dikenali sebagai neurotoksin

simtom penyakit otak organik disebabkan oleh racun perosak adalah seperti masalah hilangingatan yang teruk, kesukaran untuk menumpukan perhatian, perubahan personaliti, lumpuh,kekejangan, tidak sedar diri dan koma.

Oleh kerana tubuh menggunakan hati untuk menguraikan bahan toksik agar menjadi bahanyang kurang merbahaya, hati sendiri akan dirosakkan oleh racun perosak. Ini bolehmenyebabkan penyakit hepatitis toksik.

Muntah, perut memulas dan cirit birit adalah simtom yang biasa bagi keracunan racun perosak.Pendedahan kronik juga boleh membawa kepada masalah dalam perut yang serius. Ramaiorang yang telah menggunakan racun perosak selama bertahun-tahun selalunya mengalamimasalah mengambil makanan walaupun ia merupakan makanan yang biasa sahaja.

Bagi individu yang pernah meminum atau menelan racun perosak - sama ada secara sengajaatau tidak - kerosakan pada bahagian perut adalah sangat dahsyat. Racun perosak akanmenghakis dinding perut.

... sistem saraf?

...hati?

...perut?

Page 16: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

12 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Tindakbalas alahan adalah gangguan ke atas sistem pelalian badan. Ia merupakan tindakbalasbadan terhadap bahan asing di dalam badan. Racun perosak mempunyai keupayaan yangberbeza-beza dalam menghasilkan tindakbalas alahan, dan individu yang berlainanmemberikan tahap tindakbalas yang berlainan juga.

Sesetengah racun perosak telah disahkan boleh menganggu sistem pelalian badan dengancara yang lebih merbahaya. Ia boleh melemahkan keupayaan badan dari menentang jangkitanpenyakit. Ini bermaksud badan akan lebih mudah diserang penyakit. Ataupun, jika jangkitanpenyakit telah pun berlaku, penyakit tersebut akan menjadi lebih parah dan sukar untukdisembuhkan.

Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa racun perosak memberikan kesan ke ataspengeluaran hormon. Hormon adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh organ seperti otak,tiroid, paratiroid, buah pinggang, kelenjar adrenal, zakar dan ovari, untuk mengawal fungsibadan yang utama. Sesetengah racun perosak menyebabkan hormon pembiakanmengeluarkan sperma pada jumlah yang kurang pada kaum lelaki atau perkembangan teluryang tidak sempurna pada kaum wanita. Sementara itu, sesetengah racun perosak bolehmenyebabkan pembesaran kelenjar tiroid yang boleh membawa kepada kanser kelenjartiroid.

Sesetengah kelenjar, organ dan lapisan tisu yang penting akan menerima atau menghantar isyarathormon di dalam tubuh manusia.

Ilustrasi dari “Our Stolen Future: Are we threatening our fertility, intelligence and survival? - A scientificdetective story”, oleh Theo Colborn, Dianne Dumanoski dan John Peterson Myers; Dutton, 1996.

...sistem imun?

...keseimbangan hormon badan?

Page 17: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

13CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah racun perosak boleh menyebabkan keguguran bayi?

Kebanyakan racun perosak yang biasa digunakan dalam sektor pertanian diketahui ataudisyaki menyebabkan keguguran terhadap haiwan percubaan di dalam makmal dan besarkemungkinan ia akan menyebabkan perkara yang sama pada manusia.

Racun perosak yang menyebabkan keguguran dipanggil sebagai embriotoksin.

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa golongan ibu yang terdedah kepada racunperosak pada bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.

Malah ibu bapa yang terdedah kepada racun perosak sebelum kandungan terbentuk jugaturut menerima risiko untuk mengalami keguguran bayi yang baru dikandung.

Adakah racun perosak boleh menyebabkan kematian bayi semasadilahirkan?

Kebanyakan racun perosak yang digunakan di dalam sektor pertanian diketahui atau disyakimenyebabkan kematian bayi semasa dilahirkan.

Racun perosak yang menyebabkan kematian bayi semasa dilahirkan dikenali sebagaifetotoksin.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu yang terdedah kepada racun perosak semasamengandung boleh dikaitkan dengan kejadian kematian bayi semasa dilahirkan.

Malah ibu bapa yang terdedah kepada racun perosak sebelum kandungan terbentuk jugaturut menerima risiko untuk mengalami kematian bayi semasa dilahirkan.

Page 18: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

14 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah racun perosak boleh menyebabkan kemandulan padalelaki?

Ya!

Terdapat sesetengah racun perosak yang memang diketahui menyebabkan kemandulandan ketidaksuburan pada kaum lelaki. Terdapat laporan mengatakan ada di kalangan kaumlelaki yang tidak mampu memperolehi cahaya mata lagi setelah terdedah kepada racunperosak.

Sebahagian daripada racun perosak yang digunakan dalam sektor pertanian diketahuimenyebabkan ketidaksuburan dan kemandulan pada haiwan. Racun perosak bolehmerosakkan sel-sel sperma dengan membunuh atau mencacatkannya.

Racun perosak yang merosakkan sel-sel sperma dikenali sebagai spermatotksin atau toksinorgan pembiakan.

Bolehkah para suami yang menggunakan racun perosak memberisemasa bekerja kesan kepada isteri mereka yang mengandungdan tidak terdedah kepada racun perosak?

Kajian ke atas bahan kimia-bahan kimia ini menunjukkan terdapat kemungkinan bahawabayi yang belum dilahirkan akan menerima kesan walaupun ibu mereka tidak bekerja denganracun perosak. Kesan tersebut diperolehi daripada perhubungan dengan suami yangmengunakan racun perosak di dalam kerja mereka seharian.

Page 19: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

15CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah bayi terdedah kepada bahaya racun perosak melalui susuibu?

Ya, hanya jika siibu juga telah terdedah. Walau bagaimanapun, susu ibu adalah sangat pentinguntuk mengekalkan kesihatan dan sebagai bekalan khasiat yang diperlukan oleh bayi. Terdapatbanyak bahan pelindung di dalam susu ibu yang mana bayi tidak boleh memperolehinya darisusu tiruan.

Apabila racun perosak memasuki tubuh siibu, dan memasuki organ-organ tubuhnya seperti hatiatau buah pinggang ia hanya dikeluarkan melalui pembuangan air kecil, air besar atau peluh.Racun perosak juga akan memasuki bahagian-bahagian tubuh yang berlemak dimana ia akanterkumpul. Salah satunya adalah buah dada wanita. Susu ibu sering kali digunakan sebagaibahan untuk mengukur kadar pencemaran kerana ia mudah untuk diperolehi. Ia adalah lebihmudah berbanding dengan cara biopsi yang menyakitkan untuk mengukur tisu lemak di bahagianyang lain. Perlu diingat bahawa organ-organ yang lain dan juga semua bahagian-bahagian yangberlemak di dalam tubuh manusia boleh tercemar dengan racun perosak. Daripada berhentimemberikan susu ibu kepada bayi adalah lebih baik kita menghentikan penggunaan racunperosak.

Adakah racun perosak menyebabkan kecacatan pada bayi?

Ya!

Banyak racun perosak yang mampu menembusi kulit manusia juga mampu menembusi dindinguri dan memberikan kesan kepada bayi di dalam kandungan. Terdapat kajian yang menunjukkankaitan di antara pendedahan racun perosak terhadap golongan ibu dan kecacatan pada bayi. Inisecara khususnya berlaku jika pendedahan terjadi di dalam tempoh tiga bulan pertama kandungankerana pada masa tersebut organ-organ bayi sedang terbentuk.

Kerana anda terdedah kepada racun perosak yang boleh menyebabkan kecacatan bayi tidakbermakna bayi anda akan mengalami kecacatan. Hakikatnya, ia bermaksud bahawa peluanguntuk bayi anda mendapat kecacatan adalah lebih tinggi.

Tidak dapat dipastikan sama ada pendedahan ibu bapa kepada racun perosak sebelum kandunganterbentuk akan menyebabkan kecacatan pada bayi.

Susu Ibu sangat bagus untuk bayi

Page 20: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

16 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah racun perosak yang diketahui sebagai penyebab kepadakecacatan bayi?

Bahan kimia yang menyebabkan kecacatan pada bayi dikenali sebagai teratogen.

Banyak bahan kimia yang digunakan di dalam proses pembuatan racun perosak diketahuiatau disyaki sebagai penyebab kepada kecacatan anak-anak haiwan percubaan di makmal.Memandangkan haiwan percubaan di makmal adalah dari jenis mamalia, haiwan yangmempunyai struktur badan yang hampir sama dengan manusia dan mudah terkena penyakitdan keracunan, terdapat kemungkinan yang mencukupi untuk bahan-bahan ini turut memberikesan sama kepada manusia.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (U.S. EPA) telah menyenaraikan racunperosak berikut sebagai telah diketahui atau disyaki menyebabkan kecacatan pada bayi(lihat petak di bawah).

Racun Rumpai Racun Kulat Racun SeranggaAcrolienBentazoneCyanazineBromoxynil2,4-DDinocapDinosebDiquatNitrofenPicloram2,4,5-T

BenomylCaptafolFolpetHCBMancozebManebTributyltin oxideTributyltin fluorideTriphenyltin acetate

AvermectinChlordimeformEndosulfanEthionPhosmetMethyl parathionMirexTrichlorfon

Page 21: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

17CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah racun perosak menyebabkan kanser?

Ya!

Terdapat kajian yang menunjukkan kaitan di antara pendedahan kepada racun perosak dankanser pada manusia. Ini tidak bermaksud bahawa jika anda terdedah kepada racun perosak,anda pasti akan mendapat penyakit kanser. Sebenarnya ia bermaksud peluang untuk andamendapat kanser adalah lebih tinggi berbanding jika anda tidak terdedah kepada racunperosak.

Dengan kata lain, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser.

Bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dikenali sebagai karsinogen.

Apakah racun perosak yang diketahui atau disyaki sebagaipenyebab kanser?

Menurut U.S. EPA racun perosak yang disenaraikan di dalam kotak di bawah adalah diketahuiatau disyaki sebagai penyebab kepada kanser.

Ini hanyalah permulaan: Agensi Perlindungan Alam Sekitar California mempunyai senaraitiga kali ganda lebih panjang daripada senarai di bawah.

Racun Serangga Racun Kulat Racun Rumpai PewasapanArsenic Captafol Acetochlor DBCPCadmium Captan Acifluorfen EDBChlordane Chlorothalonil Alachlor DichloropropaneChlordimeform Folpet Amitrole DichloropropeneDDT HCB OxadiazonDichlorvos ManebDieldrin MancozebHeptachlor

Page 22: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

18 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah jenis racun perosak yang paling toksik atau beracun?

Racun perosak yang paling toksik atau beracun adalah dari jenis yang sama dengan gassaraf - organofosfat atau metil karbamat.

Racun perosak jenis ini sangat merbahaya kerana ia menyerang kolinesterase, bahan yangdiperlukan oleh sistem saraf kita untuk berfungsi dengan sempurna. Racun perosak jenisgas saraf mengurangkan tahap kolinesterase dan simtom-simtom keracunan akan muncul.

Racun perosak jenis gas saraf adalah penyebab utama kepada kematian berkaitan denganracun perosak di seluruh dunia.

Sebahagian daripada racun perosak jenis gas saraf yang sangat toksik disenaraikan di dalamjadual di bawah.

Organofosfat KolinesteraseAzinophosmethyl AldicarbDemeton methyl CarbofuranDischlorvos/DDVP FomentanateDisulfoton MethomylEthion OxamylEthyl parathion/Parathion PropoxurFenamiphosFensulfothionMetamidophosMethidathionMethyl parathionMevinphosPhorateSulfoteppTerbufos

Page 23: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

19CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Berapa lama selepas pendedahan kepada racun perosak jenisgas saraf simtom keracunan akan muncul?

Keracunan akut boleh berlaku sebaik sahaja selepas terdedah, selalunya dalam masabeberapa jam sahaja. Masa yang diambil untuk simtom-simtom tersebut muncul bergantungkepada faktor-faktor berikut:

tahap toksik racun perosak tersebut

tahap kepekatan racun perosak tersebut dan campurannya

bagaimana anda terdedah padanya - adakah ia tertumpah secara langsung keatas kulit anda atau adakah ia telah tertelan atau terminum

berapa lama anda telah bekerja dengan racun perosak

apakah pakaian perlindungan yang anda pakai

apakan jenis racun perosak lain yang anda gunakan

keadaan cuaca pada masa tersebut - adakah ia panas atau lembab

Page 24: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

20 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Simtom-simtom keracunan racun perosak jenis gas saraf yangpada kadar yang rendah

Seseorang yang mengalami keracunan mungkin akan menunjukkan sebahagian atau semuasimtom yang diberikan. Walau bagaimanapun ini bergantung kepada jenis racun perosakdan masa yang diambil oleh racun tersebut untuk meracuni mereka.

Adalah luarbiasa jika seseorang yang keracunan menunjukkan satu simtom sahaja. Malahwalaupun telah diracuni pada kadar yang rendah seseorang mungkin tidak menyedari mana-mana simtom terutamanya jika simtom tersebut muncul secara perlahan-lahan.

Jika anda menunjukkan mana-mana daripada simtom ini semasa bekerja dengan racunperosak, anda seharusnya meninggalkan kawasan tersebut serta merta. Anda tidaksepatutnya menunggu lebih lama agar simtom-simtom keracunan yang lain munculataupun keadaan anda akan menjadi semakin teruk.

Terlalu banyak cecair keluardari mata, hidung dan mulut

Sakit perut Pandangan kabur Sakit dada Cirit-birit

Pening kepala Peluh keluar berlebihan Sakit kepala Sakit dankekejangan otot

Rasa loya danmuntah-muntah

Page 25: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

21CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Simtom-simtom keracunan racun perosak pada kadar yangsederhana

Simtom-simtom keracunan pada tahap yang sederhana oleh racun perosak jenis gas sarafadalah sama dengan yang disenaraikan bagi keracunan pada tahap yang rendah. Simtom-simtom tambahan adalah seperti berikut:

Jika keracunan berlaku secara perlahan-lahan dalam jangka masa beberapa hari, mungkinsimtom-simtom ini juga akan ditunjukkan:

Jika pendedahan kepada racun perosak berterusan, keracunan pada tahap yang terukmungkin berlaku.

Seorang pekerja yang mengalami keracunan pada tahap sederhana mungkin akanmenunjukkan sebahagian atau semua simtom-simtom yang disenaraikan di atas, bergantungkepada jenis racun perosak dan jangka masa pendedahan.

Rasa gundahSukar untuk tidur Mimpi ngeri

Kekeliruan Kesukaran untuk berjalan Kesukaran menumpukanperhatian

Rasa lemah badan Sentakan otot Anak mata menjadikecil (miosis)

Page 26: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

22 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Simtom-simtom keracunan racun perosak pada kadar yang teruk

Simtom-simtom keracunan oleh racun perosak jenis gas saraf adalah sama seperti yangtelah diberikan sebelum ini dengan tambahan seperti berikut:

Pengsan

Kurang kawalan ke atas pundi kencing dan cirit-birit

Koma

Anak mata menjadi sangat kecil (miosis)

Bibir dan kuku berwarna biru (sianosis)

Kesukaran bernafas

Sawan

Mati

Jika keracunan pada tahap yang teruk tidak dikenalpasti dan dirawat segera dan denganbetul, mangsa mungkin akan mati.

Untuk tindakan! Periksa label racun perosak yang anda gunakan.Adakah diantaranya jenis gas saraf?Berapa kerap anda terdedah kepada racun perosak tersebut?Dengan cara apa racun perosak ini memasuki tubuh anda?Adakah anda menunjukkan mana-mana simtom seperti yangdiberikan di atas semasa menggunakan racun perosak?

Page 27: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

23CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah dia ujian kolinesterase?

Klonisterase adalah enzim yang terdapat di dalam darah yang membolehkan saraf berfungsidengan sempurna. Apabila seseorang mengalami keracunan oleh racun perosak jenisorganofosfat atau karbamat, tahap kolinesterase di dalam darah akan berkurangan.

Terdapat dua jenis kolinesterase di dalam darah anda, iaitu kolinesterase yang terdapat didalam sel darah merah dan kolinesterase yang terdapat di dalam plasma. Demikian jugaterdapat dua jenis ujian untuk tahap kolinesterase.

Oleh kerana ujian tersebut menguji perkara-perkara yang berbeza, adalah lebih baik jikakedua-dua ujian dijalankan. Tetapi jika hanya satu jenis ujian sahaja dapat dijalankan dalamsatu masa, ujian yang terbaik untuk dijalankan adalah ujian tahap kolinesterase di dalam seldarah merah, kerana ia dapat memberitahu doktor jenis rawatan yang sesuai diberikan kepadamangsa.

Adakah doktor tahu dari tahap kolinesterase bahawa saya telahmengalami keracunan?

Jika anda mengalami keracunan yang teruk, ya, kerana kolinesterase anda sudah pastipada tahap yang sangat rendah.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang adalah sukar untuk menentukan dari satu ujian bahawaseseorang telah mengalami keracunan pada tahap yang rendah atau sederhana. Ini adalahkerana tahap kolinesterase setiap individu adalah berbeza. Oleh kerana itu, anda memerlukansatu lagi ujian - dilakukan apabila anda tidak terdedah kepada racun perosak - sebagaiperbandingan.

Seseorang doktor mungkin menyatakan bahawa tahap kolinesterase anda adalah normal,tetapi jangan mudah rasa selamat selagi anda belum melakukan ujian perbandingan.

Seseorang yang telah terdedah dalam jangka masa yang panjang seharusnya menjalankanpemeriksaan dengan lebih kerap.

Untuk tindakan! Adakah kerja anda melibatkan penggunaan racun perosakjenis gas saraf?Jika ya, adakah syarikat anda mempunyai programpemantauan tahap kolinesterase yang kerap?Adakah terdapat kakitangan terlatih yang mampu mentafsirkankeputusan ujian tersebut?Jika perkhidmatan ini tidak disediakan, apakah langkah yanganda boleh lakukan untuk melobi bagi perkhidmatan kesihatanyang lebih baik?

Page 28: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

24 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Jika saya telah mengalami keracunan, berapa lama tempoh yangdiperlukan untuk tahap kolinesterase saya kembali paras normal?

Ia bergantung kepada jenis dan tahap keracunan yang dialami. Kadang-kadang ia hanyaperlu mengambil masa dalam beberapa hari sahaja dan kadang-kadang ia mengambil masalebih dari sebulan sebelum paras kolinesterase kembali ke tahap yang normal.

Sehingga tahap kolinesterase anda kembali ke paras yang selamat, adalah lebih elok jikaanda tidak kembali bekerja!. Jika paras kolinesterase anda kekal pada tahap yang rendah,adalah terlalu merbahaya untuk terdedah kepada racun perosak lagi.

Pengsan - boleh membawa maut jika tidakdirawat

Untuk tindakan! Jika anda dapati tahap kolinesterase anda rendah, apakahyang akan anda lakukan?Bolehkan anda mencari kerja lain?

100% (dari garis asas)

75% (dari garis asas)

50% (dari garis asas)

25% (dari garis asas)

0% (tidak ada aktiviti)

Normal bagi anda - garis asas

Keracunan tahap rendah - selalunya tidakmenunjukkan sebarang simtom

Keracunan pada tahap sederhana -mungkin menunjukkan simtom

Keracunan pada tahap teruk - selalunya sakitkepala, pening, loya dan muntah-muntah,berpeluh dan simtom lain

Page 29: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

25CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Adakah terdapat ubat yang boleh mengubat keracunan oleh racunperosak jenis gas saraf?

Ubat untuk keracunan oleh racun perosak dari kelompok organofosfat dan karbamate dikenalisebagai atropine. Atropine adalah penawar, iaitu ubat yang memberikan tindakbalas ke ataskesan keracunan tersebut.

Ubat lain yang disyorkan sebagai penawar kepada keracunan oleh racun perosak darikelompok organofosfat adalah pralidoxime (2-PAM). Walau bagaimanapun ia hanya berkesanjika diberikan serta merta sebaik sahaja selepas keracunan.

Terdapat kaedah-kaedah yang telah ditetapkan tentang bagaimana memberikan ubat-ubat ini- bila, berapa banyak, berapa kerap dan untuk berapa lama. Penawar juga merupakan bahantoksik dan ia juga boleh menyebabkan keracunan jika tidak digunakan dengan betul.

Adakah terdapat penawar bagi racun perosak yang tidak termasukdi dalam kelompok seperti yang dinyatakan di atas?

Tidak ada!

Tidak terdapat sebarang ubat yang boleh menjadi penawar kepada keracunan yangdisebabkan oleh racun perosak dari kelompok selain daripada yang dinyatakan di atas.

Page 30: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

26 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Beberapa Jenis Racun Perosak DanSimtom-simtom Keracunannya

Apakah simtom keracunan paraquat?

Paraquat adalah bahan perengsa yang sangat kuat yang boleh menyebabkan kecederaanyang teruk kepada mata, kulit, hidung dan tekak.

Ia boleh menyebabkan barah pada kulit dan tekak serta pendarahan hidung yang teruk.

Paraquat merosakkan kuku, yang mana boleh menyebabkan ia tertanggal terus dari jari.

Ia boleh menyebabkan kegagalan hati dan buah pinggang dari berfungsi dengan betul.

Ia juga boleh menyebabkan luka pada paru-paru dan membawa kepada maut akibatkelemasan.

Adakah terdapat penawar bagi keracunan paraquat?

Tidak ada!

Hanya sejumlah kecil pekatan paraquat diperlukan untuk menyebabkan kematian,terutamanya apabila ia ditelan.

Terdapat para pekerja yang maut kerana paraquat meresap melalui kulit mereka.

Paraquat telah menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia.

Untuk tindakan! Adakah anda terdedah kepada paraquat?Berapa kerapkah anda terdedah?Cara apakah ia memasuki tubuh anda?Adakah anda pernah mengalami mana-mana simtom di atassemasa menggunakan racun perosak ini?

Page 31: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

27CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah simtom keracunan metil bromida?

Sakit kepala Lemah sendi dan otot

Pening Kesukaran berjalan

Loya Pengsan

Muntah

Metil bromida adalah gas yang tidak mempunyai warna dan pada kepekatan yang rendah iajuga tidak mempunyai bau. Oleh sebab itu, gas pemedih mata, chloropicrin, kadang-kadangditambah pada campuran metil bromida agar ia dapat dikesan dengan lebih mudah.

Metil bromida boleh membunuh!

Metil bromida merupakan bahan perengsa yang sangat kuat pada paru-paru danmenyebabkan kesukaran bernafas, pneumonia, serta pengumpulan air di dalam paru-paru.

Jika metil bromida terkena pada kulit ia boleh menyebabkan rasa gatal dan menggelupasataupun mungkin kesan terbakar yang teruk.

Sesetengah mangsa yang terselamat daripada keracunan metil bromida mungkin akanmengalami kerosakan kekal sistem saraf yang akan membawa kepada perubahan personaliti,kehilangan daya ingatan, kebimbangan melampau, kesukaran menumpukan perhatian danmasalah mental yang lain.

Untuk tindakan! Adakah anda terdedah kepada metil bromida?Berapa kerapkah anda terdedah?Cara apakah ia memasuki tubuh anda?Adakah anda pernah mengalami mana-mana simtom di atassemasa menggunakan racun perosak ini?

Page 32: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

28 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah simtom keracunan organoklorin?

Simtom-simtom keracunan AKUT termasuklah:Loya Mudah berang/keliru

Muntah Kekejangan otot

Sakit kepala Lemah otot

Pening Sawan

Simtom-simtom keracunan KRONIK termasuklah semua yangdisenaraikan di atas dan juga yang berikut:

Pucat Masalah jantung

Masalah kulit Masalah hati

Kemandulan Tidak sedarkan diri

Contoh-contoh racun perosak dari jenis organoklorin:Aldrin Endosulfan

Chlordane Endrin

DDT Heptachlor

Dieldrin Lindane

Untuk tindakan! Adakah anda terdedah kepada racun perosak dari jenisorganoklorin?Berapa kerapkah anda terdedah?Cara apakah ia memasuki tubuh anda?Adakah anda pernah mengalami mana-mana simtom di atassemasa menggunakan racun perosak jenis ini?

Page 33: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

29CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Perhatikan tubuh anda!

Apa yang perlu dilakukan jika berlaku kes keracunan?

Kebanyakan simtom keracunan racun perosak adalah “tidak khusus”. Ini bermaksud penyakitatau keadaan yang lain juga akan menunjukkan simtom-simtom yang sama. Satu contohsimtom tidak spesifik adalah sakit kepala, yang boleh juga disebabkan oleh perkara-perkaralain.

Jika anda mengalami keracunan pada tahap rendah atau sederhana, mungkin agak sukaruntuk menentukan sama ada simtom-simtom yang ditunjukkan adalah dari demam selesema,perut tidak selesa atau sebarang masalah kesihatan yang lain.

Tetapi jika anda tidak mengalami sebarang masalah semasa pergi bekerja dan tiba-tibamerasa tidak sihat sebaik sahaja bekerja dengan racun perosak, oleh itu adalah lebih baikjika anda mengesyaki racun perosak sebagai penyebabnya.

Jika pekerja-pekerja lain yang juga menggunakan racun perosak turut menunjukkan simtomyang sama, kemungkinan besar masalah tersebut disebabkan oleh keracunan racun perosak.

Jika anda tidak pasti apa yang menyebabkan simtom tersebut, adalah lebih baik jika andaiandibuat bahawa ia disebabkan oleh racun perosak. Tentunya anda tidak mahu mengambilrisiko mengalami keracunan yang teruk!

Page 34: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

30 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apa yang perlu dilakukan jika saya rasa saya telah diracuni olehracun perosak?

Perkara pertama dan yang paling penting adalah, serta-merta berhenti menggunakan racunperosak. Tinggalkan kawasan tempat bekerja!

Jika anda rasa anda diracuni melalui resapan ke dalam kulit, tukar pakaian anda dan basuhbahan kimia tersebut dengan sabun dan air.

Beritahu orang lain - ahli keluarga, rakan sekerja atau penyelia - tentang simtom yang andatunjukkan dan minta pertolongan mereka untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Jika anda mengalami keracunan akut oleh racun perosak, anda memerlukan rawatanperubatan kecemasan.

Walaupun anda tidak pasti bahawa apa yang anda alami adalah disebabkan oleh racunperosak, bertindak bijak dan selamat, tinggalkan tempat kerja dengan segera!

Jika anda boleh mendapatkan bantuan pegawai perubatan, tanya soalan-soalan berikut:

• Adakah keadaan saya sekarang disebabkan oleh penggunaan racun perosak?• Apakah ujian yang boleh dijalankan sama ada keadaan saya sekarang disebabkan oleh

racun perosak atau tidak?• Perlukan saya berhenti bekerja dengan racun perosak? Berapa lama?• Adakah terdapat sebarang ubat yang perlu saya ambil?• Adakah pendedahan kepada racun perosak akan memberi kesan kepada kandungan

saya?

Jangan lupa untuk membawa bekas atau botol tersebut bersama anda!

Jangan lupa untuk membawa botol atau label racun perosak tersebut bersama andaagar pegawai perubatan tahu apakah yang mungkin menyebabkan simtom-simtomyang anda tunjukkan.

Page 35: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

31CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Bagaimana pegawai perubatan mengetahui simtom yangditunjukkan adalah disebabkan keracunan racun perosak?

Kakitangan kesihatan perlu mengetahui perkara-perkara berikut:

Nama racun perosak yang anda gunakan

Kuantiti yang telah digunakan

Keadaan persekitaran semasa pendedahan kepada racun perosak berlaku. Nyatakankaedah pendedahan berlaku (sama ada melalui kulit, paru-paru, perut atau gabungansemua ini) dan sebab-sebab keracunan berlaku (sama ada sengaja, kemalangan,penyalahgunaan atau pendedahan yang berlebihan)

Masa pendedahan kepada racun perosak berlaku dan berapa lama selepaspendedahan simtom mula ditunjukkan

Apakan simtom-simtom yang anda tunjukkan. Adalah lebih elok jika anda bolehmenggambarkan simtom-simtom tersebut menurut urutan dari simtom pertama hinggayang terakhir

Sama ada rakan kerja yang lain juga turut mengalami perkara yang sama

Jika anda menggunakan racun perosak jenis gas saraf (karbamat atau organofosfat),doktor juga perlu tahu tahap kolinesterase anda.

Oleh kerana ramai kakitangan kesihatan tidak terlatih dalam mengenalpasti simtom dantanda-tanda keracunan racun perosak, kadang-kadang mereka memberikan diagnosis yangberbeza atau sama sekali tidak menghiraukan aduan anda.

Jangan teragak-agak untuk mendapatkan pendapat dari kakitangan kesihatan yang lain.

Page 36: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

32 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Ini adalah masalah yang sentiasa berlaku, dan ia merupakan perkara yang agak sukar untukdiberikan jawapan. Kadang-kadang, kerja dan pendapatan anda adalah lebih penting daripadaberbalah pendapat dengan penyelia anda. Kadang-kadang, penyelia juga tidak menyedarikesan toksik akibat daripada penggunaan racun perosak dan lebih menitikberatkanpendapatan yang boleh diperolehi dari kerja yang anda lakukan berbanding dengan kesihatanpekerja.

Anda perlu ingat bahawa hanya ada yang mengetahui keadaan tubuh anda.

Racun perosak adalah racun dan pendedahan yang berpanjangan boleh membunuh!

Apa yang patut dilakukan jika penyelia tidak mempercayaibahawa saya mengalami masalah akibat racun serangga?

Untuk tindakan! Dapatkan maklumat tentang undang-undang berkenaandengan kesihatan dan keselamatan pekerja terutamanya yangberkaitan dengan pendedahan racun perosak kepada pekerjasektor pertanian.Dapatkan maklumat berkenaan pampasan bagi penyakit yangdisebabkan oleh pekerjaan.

Page 37: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

33CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apa yang patut saya lakukan jika racun perosak terpercik kedalam mata saya?

Terdapat ramai pekerja ladang atau petani yang buta akibat percikan racun perosak kedalam mata mereka. Simtom yang biasa bagi keracunan racun perosak di dalam mata adalahrasa bahang, mata berair dan penglihatan menjadi kabur. Anak mata yang sangat kecilmenunjukkan tahap keracunan yang teruk.

Jika anda secara tidak sengaja terpercik racun perosak ke dalam mata, lakukan sepertiberikut:

Buka kelopak mata dengan jari dan bilas mata anda serta merta dengan air mengalirsekurang-kurangnya selama 30 minit. Jika hanya sebelah mata sahaja yang terpercikpastikan mata yang sebelah lagi tidak turut tercemar

Jangan gunakan cecair pencuci mata! Ia bukanlah penawar kepada racun dan keranaia hanya boleh digunakan dalam kuantiti yang sedikit dan ia tidak boleh membasuhracun tersebut dari mata anda

Berjumpa dengan kakitangan kesihatan secepat mungkin Bawa bekas racun perosak apabila anda mendapatkan khidmat nasihat kakitangan

kesihatan tersebut

Apa yang patut saya lakukan jika racun perosak tertumpah ke atas kulit saya?

Basuh racun perosak tersebut dengan sabun dan air serta mertaTanggalkan pakaian dan barang kemas yang telah tercemarMandi dengan serta mertaJika anda rasa terdapat simtom keracunan berjumpa dengan kakitangan kesihatan

serta mertaBawa bekas racun perosak apabila anda mendapatkan khidmat nasihat kakitangan

kesihatan tersebut

Page 38: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

34 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apa yang patut saya lakukan jika seseorang telah menelan racun perosak?

Kadang-kala ada orang yang menelan racun perosak dengan tujuan untuk membunuh diri.Walaupun ia merupakan cara yang teruk untuk mati, mereka menggunakan racun perosakkerana ia adalah racun dan mudah diperolehi.

Kadang-kadang racun perosak boleh juga tertelan secara tidak sengaja, terutamanya jika iadisimpan bukan di dalam bekas asal seperti botol minuman ringan. Kadang-kadang, kanak-kanak yang tidak diperhatikan dan dengan perasaan ingin tahu akan cuba merasa kandunganbotol racun perosak jika mereka memperolehinya.

Jika anda melihat atau mengesyaki bahawa keracunan berlaku melalui cara menelan racunperosak tersebut, anda boleh lakukan perkara-perkara berikut untuk membantu:

Baringkan mangsa dengan kedudukan kepalanya lebih rendah daripada badan.Pastikan mangsa hanya berbaring senget pada sebelah badan sahaja untukmelancarkan pernafasan jika beliau termuntah sebelum pengsanBersihkan mulut mangsa dengan kain atau tisu bersih. Tanggalkan gigi palsu dankeluarkan semua bendalir. Pastikan tangan anda tidak turut tercemar dalam prosestersebut. Jika ada, gunakan sarung tangan getah.Tanggalkan semua pakaian yang telah tercemar dan mandikan mangsa dengan airdan sabun. Ini perlu dilakukan terutamanya jika anda tahu bahawa racun perosakyang ditelah adalah sangat toksik dan jika bantuan kesihatan sukar diperolehi. Untukmengelakkan mangsa daripada menggigit jari anda, gunakan tangan yang sebelahlagi untuk menekan pipi mangsa terutamanya di antara gigi. Jangan cuba memaksamangsa yang pengsan, sawan atau mempunyai penyakit jantung untuk memuntahkanracun yang telah ditelannya. Memaksa wanita yang sarat mengandung untuk muntahjuga boleh membahayakan kandungannyaJika anda berada berdekatan dengan kemudahan kesihatan, adalah lebih baik jikaanda tidak memberikan sebarang cecair kepada mangsa dan biarkan kakitangankesihatan memberikan suntikan cecair kepada mangsa. Tetapi, jika anda fikir bantuanperubatan akan mengambil masa yang lama untuk tiba, dan jika mangsa memberikankerjasama serta dalam keadaan sedar, berikan mangsa air minum yang banyak –beberapa liter dalam beberapa jam. Ini akan memaksa mangsa lebih kerap membuangair dan dengan itu menggalakkan pembuangan racun dari tubuhnya. Jangan berikansebarang makanan. Jangan berikan susu atau alkohol. Jangan paksa mangsa yangpengsan atau sawan untuk minum

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera

Bawa bekas atau label racun perosak tersebut dengan anda

Page 39: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

35CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Jika seseorang menunjukkan simtom-simtom keracunan racun perosak, apakahyang boleh saya lakukan?

Rawatan keracunan racun perosak lebih elok dilakukan oleh kakitangan perubatan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan sementara menunggubantuan perubatan tiba:

Alihkan mangsa dari kawasan keracunan berlaku. Berhati-hati agar anda juga tidakterkena racun perosak. Pakai sarung tangan getah jika ada

Jika terdapat tumpahan, tanggalkan pakaian yang tercemar dan bilas kulit dengansabun dan air

Jika kulit mangsa terasa panas, sejukkan dengan menggunakan span dan air. Jikabadan mangsa terlalu sejuk balut tubuhnya dengan selimutJika mangsa mengalami sawan, anda boleh meletakkan kain di antara giginya untukmengelakkan lidahnya daripada tergigit. Berhati-hati semasa mengawal pergerakanmangsa yang sawan. Kawalan adalah untuk mengelakkan mangsa daripadamencederakan dirinya dan bukan untuk mencederakannya. Mengilas tangan mangsayang mengalami sawan dengan keadaan mengigil yang keterlaluan bolehmenyebabkan keretakan tulangJika mangsa tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (cardio-pulmonary resuscitation – CPR) jika anda tahu mengenainya. Sebelum memberikanbantuan pernafasan dari mulut ke mulut, pastikan tidak ada kesan racun perosakpada mulut mangsa dengan mengesat terlebih dahulu dengan kain bersih. Andajuga boleh meletakan sapu tangan di atas mulut mangsa sebelum memberikanbantuanTanya berkenaan dengan pendedahan tersebut. Pastikan bahan kimia yangdigunakan. Pastikan anda membawa botol racun perosak tersebut bersama agaranda boleh menunjukkannya kepada kakitangan kesihatan kelak

Tenangkan diri anda dan juga mangsa – mereka boleh menjadi sangat agresif

Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin

Page 40: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

36 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Untuk tindakan! Lawat klinik di mana anda bekerja, pejabat kakitangankesihatan terdekat, atau klinik di kawasan anda.

Adakah terdapat kakitangan yang terlatih untukmengendalikan kes-kes keracunan racun perosak?

Adakah terdapat ubat dan peralatan untuk digunakan semasarawatan kecemasan?

Jika telah terdapat kes keracunan racun perosak sebelum itu,apakah perkhidmatan perubatan yang mangsa telah perolehi?

Jika anda tidak puas hati dengan kualiti perkhidmatankesihatan tersebut, apakah yang anda boleh lakukan untukmemperbaiki keadaan tersebut?

Belajar bagaimana untuk melindungi diri anda daripadapendedahan terhadap racun perosak.

Belajar tentang alternatif bagi racun perosak.

Ubat yang terbaik untuk keracunan racun perosak adalahmelalui pencegahan

Page 41: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

37CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

KEKALKAN PEMANTAUAN

Apakah yang dimaksudkan dengan Pemantauan Racun Perosak Oleh Komuniti?

Pemantauan secara mudahnya bermaksud pemerhatian yang kerap, pengamatan danmerekodkan masalah yang kita alami. Ia juga bermaksud mengambil tahu apa yang orang,syarikat dan kerajaan lakukan pada peringkat setempat.

Apakah yang boleh dilakukan oleh Pemantauan Komuniti?

Jika orang ramai memahami kesan buruk racun perosak, mungkin mereka akan cubamengelakkan atau mengurangkan penggunaannya.

Jika anda, bersama dengan komuniti mengumpul maklumat berkenaan dengan kemusnahanpada kehidupan dan alam sekitar akibat daripada penggunaan racun perosak, adalah tidakmustahil untuk memujuk seluruh komuniti anda untuk tidak menggunakan racun perosaksama sekali dan mencari alternatif baginya.

Dengan maklumat ini, adalah juga tidak mustahil untuk menggalakkan kerajaan untuk:••••• menukar polisi yang menggalakkan penggunaan racun perosak, dan;••••• mengawal industri berkaitan racun perosak dengan lebih berkesan.

Page 42: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

38 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Bagaimana saya boleh memastikan bahawa racun perosak telah memberi kesankepada kehidupan komuniti saya?

Pemantauan komuniti adalah salah satu cara untuk mengumpulkan maklumat bagaimanaracun perosak memberikan kesan kepada kehidupan komuniti anda. Terdapat banyak carauntuk melakukan pemantauan. Pemantauan boleh dilakukan secara spesifik dan sistematikterhadap maklumat-maklumat yang terperinci. Pemantauan juga boleh juga dilakukan hanyasekali dengan pengumpulan maklumat secara umum untuk mendapatkan gambaranmenyeluruh tentang keadaan semasa.

Sesetengah kelompok tertentu telah mula menggunakan kertas soal-jawab, lihat Lampiran1 dan 2 untuk mengumpulkan maklumat berkenaan dengan penggunaan racun perosak,kaedah penyemburan dan masalah kesihatan yang dihadapi oleh komuniti.

Selain itu, sebuah kumpulan bersama pekerja-pekerja yang terlibat dalam penggunaan racunperosak telah menyediakan sebuah rekod kesihatan harian (lihat Lampiran 3). Pekerja-pekerjatersebut yang kebanyakannya merupakan penyembur racun perosak memantau keadaankesihatan mereka dengan merekodkan sebarang simtom keracunan racun perosak setiaphari. Rekod-rekod ini kemudiannya digabungkan dan memberikan maklumat yang sangatbernilai.

Di Filipina, pemantauan perubatan bagi pekerja-pekerja yang terlibat dengan racun perosaktelah dimulakan. Di Malaysia, sebuah kumpulan tempatan sedang menjalankan percubaantahap kolinesterase, sejenis enzim di dalam darah pekerja-pekerja ladang.

Apakah yang boleh dipantau oleh komuniti?

••••• Bila pengguna racun perosak merasa tidak sihat dan apakah simtom-simtom yangditunjukkan

••••• Bagaimanakah komuniti boleh terdedah••••• Apakah yang membimbangkan anda dan komuniti tentang penggunaan racun perosak••••• Adakah terdapat sebarang kes keracunan atau kematian akibat racun perosak••••• Apakah jenis racun perosak yang digunakan••••• Adakah terdapat penggunaan sebarang racun perosak yang telah diharamkan atau

tidak didaftarkan••••• Adakah racun perosak tersebut dipakej dan dilabelkan dengan sempurna••••• Siapa yang menggunakan racun perosak di dalam komuniti dan siapa yang membuat

keputusan tentang jenis racun perosak yang perlu dibeli dan digunakan••••• Bagaimanakah racun perosak dijual, diangkut, dicampur dan disembur••••• Bagaimanakan bekas kosong dibuang••••• Bagaimana industri racun perosak mempromosi dan menjual produk mereka••••• Adakah terdapat alternatif yang berjaya bagi racun perosak

Page 43: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

39CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Kajian Kes: Kesan Kesihatan Racun Perosak Ke Atas Penyembur Wanita

Wanita di dalam sektor perladangan di Malaysia menyembur racun perosak hampir setiap hari.Khuatir berkenaan kesan kesihatan akibat penggunaan racun perosak terhadap pekerja wanita,Tenaganita mengambil keputusan untuk menjalankan sebuah projek pemantauan kesihatan dikalangan pekerja ladang wanita di Malaysia. Kerjasama dengan Pesticide Action Network Asiaand the Pacific dan juga Pusat Racun Negara yang berpejabat di Universiti Sains Malaysia telahdiadakan. Kajian tersebut melibatkan 100 orang pekerja. Pekerja lapangan Tenaganita telanmelawat beberapa buah ladang dan selepas beberapa lawatan pekerja-pekerja yang terlibat denganpenyemburan racun perosak telah dikenalpasti. Mereka kemudiannya berbincang dengan pekerja-pekerja itu berkenaan dengan projek tersebut. Para pekerja yang mengambil bahagian telahditemubual berkenaan dengan pendedahan mereka terhadap racun perosak dan jika terdapatsebarang simtom keracunan (lihat Lampiran 2). Kaji selidik ini diperkuatkan lagi denganpengumpulan contoh untuk tahap kolinesterase di dalam darah. Pusat Racun Negara telahmengumpulkan semua borang kaji selidik dan menganalisis contoh darah yang diperolehi. Parapekerja yang menunjukkan tahap kolinesterase yang sangat rendah telah diberikan ujian lanjutan.

Kaji selidik tersebut telah dijalankan di dua kawasan di Semenanjung Malaysia. Dianggarkan 100orang penyembur racun perosak wanita telah mengambil bahagian di dalam kaji selidik ini. Dalambeberapa kes, terdapat pekerja wanita yang menyembur semasa mengandung. Keputusan awalmenunjukkan bahawa wanita-wanita tersebut telah mengalami penurunan tahap kolinesterase.Tahap tersebut kembali normal bagi pekerja yang berhenti melakukan semburan. Keputusan ujiantersebut dikongsikan bersama dengan pekerja-pekerja yang mengambil bahagian.

Para pekerja tersebut kini mengambil bahagian di dalam usaha pemantauan kesihatan bagi jangkamasa panjang di mana mereka akan merekodkan setiap hari apakah racun perosak yang merekagunakan dan jika terdapat sebarang simtom keracunan (lihat Lampiran 3). Ini akan membantumemberikan data yang lebih berguna berkenaan dengan hubungan di antara semburan racunperosak dan kesan ke atas kesihatan. Tenaganita kini secara berterusan mengadakan bengkellatihan bagi membincangkan kesan-kesan racun perosak terhadap kesihatan mereka, hak-hakmereka sebagai pekerja dan juga masalah-masalah mereka sebagai pekerja wanita. Tenaganitatelah berkongsi dengan pekerja-pekerja tersebut keputusan ujian dan bersama-sama menyediakandraf cadangan yang seterusnya akan dimasukkan di dalam laporan lengkap.

Untuk mendapatkan sokongan penuh dari pihak pengurusan ladang untuk kaji selidik ini adalahmustahil. Dalam sesetengah kes, terdapat pekerja yang kehilangan pekerjaan mereka keranapenglibatan mereka di dalam kaji selidik ini. Potensi untuk kehilangan kerja juga merupakan salahsatu halangan mengapa ramai pekerja yang tidak mahu contoh darah mereka diambil.

Satu daripada pencapaian penting bagi projek ini adalah peningkatan perasaan menghargai dirisendiri di kalangan pekerja-pekerja itu. Ramai di antara mereka, ini adalah kali pertama merekadiberikan tumpuan secara serius terhadap keadaan kesihatan dan kehidupan mereka. Ini seterusnyamemberikan mereka keberanian untuk mempertingkatkan taraf hidup dan suasana di tempat kerjamereka.

Keputusan pemantauan akan memberikan maklumat kepada para pekerja dan merupakan asaskukuh kepada keperluan untuk pemantauan kesihatan pekerja ladang yang lebih kerap. Keputusanpemantauan itu juga akan membantu dalam pembentukkan perundangan yang lebih ketatberkenaan racun perosak di samping menggalakkan kerajaan bertindak untuk menangani kesankesihatan penggunaan racun perosak di ladang-ladang.

Page 44: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

40 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Bagaimana kami boleh mula melakukan pemantauan?

Berhimpun bersama anggota komuniti.

Putuskan apakah perkara yang sangat penting bagi komuniti secara keseluruhannya.

Putuskan apakan maklumat yang mana komuniti anda rasa perlu dan boleh dikumpulkan.Selalunya ini akan memerlukan tarikh, nama dan racun perosak atau kejadian (sebagaicontoh, seseorang telah mengalami keracunan racun perosak).

Anda mungkin ingin bermula dengan menggunakan borang soal-jawab untuk memantaukesan racun perosak terhadap kesihatan, sila lihat Lampiran 1. Borang kaji selidik inidisediakan oleh PAN-Filipina. Lampiran 2 adalah borang kaji selidik yang disediakan olehTenaganita di Malaysia untuk mengumpulkan maklumat berkenaan dengan penggunaanracun perosak oleh pekerja-pekerja ladang dan kesannya terhadap kesihatan mereka.

Borang kaji selidik ini akan membantu dalam memberikan garis panduan kepada anda.Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin menggunakan bahagian-bahagian yang berkaitandari borang kaji selidik ini untuk menyediakan borang kaji selidik anda sendiri. Ini bergantungkepada pendedahan komuniti anda dalam isu-isu berkaitan dengan racun perosak.

Rekod kesihatan harian bagi pekerja-pekerja yang terlibat dengan penggunaan racun perosak(lihat Lampiran 2) juga sangat berguna. Ingat – sebarang maklumat yang berguna, sebagaicontoh, rasa loya – mestilah direkodkan pada hari ia berlaku.

Pemerhatian adalah sangat penting. Maklumat umum berkenaan tahap kesihatan komunitisemasa penggunaan racun perosak juga perlu direkodkan. Sebarang kes yang luar biasaseperti kes-kes ruam kulit atau pengsan, dan mungkin juga mana-mana individu yangmenghidapi kanser atau wanita mengandung mengalami keguguran dalam jangka masatertentu perlulah direkodkan dengan nama dan tarikh semasa ia berlaku.

Page 45: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

41CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah langkah seterusnya?

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah – analisa maklumat yang telah dikumpulkanbersama kelompok anda. Perhatikan jika terdapat maklumat yang berguna di dalam usahamelobi kerajaan di peringkat tempatan dan juga kebangsaan.

Kemudian, hantar maklumat tersebut kepada badan-badan yang tersenarai di kulit belakangbuku ini. Badan-badan ini mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dari komunitidi seluruh negara di samping menjalinkan hubungan dua hala dengan badan-badan yangserupa dari negara-negara di seluruh Asia.

Jika anda mengambil keputusan untuk berkongsi data-data ini dengan mana-mana badantersebut, ia bukanlah penamat kepada usaha yang telah dilakukan. Badan-badan ini akanmemastikan kelompok anda akan sentiasa diberitahu tentang kajian-kajian yang bergunadan juga sebarang perancangan serta aktiviti.

Kelompok anda akan menjadi sebahagian daripada kumpulan di peringkat antarabangsa!

Untuk tindakan! Ajak komuniti anda melibatkan diri dalam usaha pemantauanracun perosak!

SERTAILAH KEMPEN DI PERINGKAT ASIA!

Page 46: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

42 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Bersama kita boleh membawa perubahan?

Komuniti anda tidak bersendirian.

Terdapat banyak kelompok petani, pekerja ladang, lelaki dan wanita, di seluruh negara andadan juga di rantau Asia dan Pasifik sedang bekerjasama untuk mengumpulkan maklumatberkenaan dengan racun perosak dan juga kaedah-kaedah penjagaan ladang.

Kesemua data ini sedang dikumpulkan dan disusunkan bagi setiap negara, begitu juga bagisetiap rantau. Jika kita mempunyai ratusan laporan, dari negara-negara yang berbeza, dengannama dan tarikh, berkenaan dengan kesan buruk terhadap kesihatan oleh racun perosak,para ahli politik pun terpaksa mendengar permintaan kita.

Page 47: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

43CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah matlamat kami?

Kami berharap agar kejadian keracunan racun perosak tidak akan berlaku lagi. Kami berharapagar pemantauan oleh komuniti akan menyumbang kearah pembinaan organisasi sosialdan kelompok petani yang lebih kukuh. Kami akan bekerjasama untuk memberikan tekananagar sistem perundangan yang lebih ketat dikenakan ke atas pengeluar, penjual danpenggunaan racun perosak.

Kami ingin mendapatkan maklumat yang mencukupi berkenaan kesan racun perosak yangmerbahaya yang tidak mungkin dapat dinafikan, dan kerajaan terpaksa menyekat ataumemperketatkan undang-undang penggunaan semua racun ini.

Kami ingin agar industri racun perosak lebih bertanggungjawab dengan menghentikanpengeluaran dan penjualan racun perosak yang meracuni para petani, orang ramai danalam sekitar. Kami akan bekerjasama dalam memastikan industri racun perosak akanmendapat balasan atas semua perbuatan mereka.

Ajak kelompok anda melibatkan diri dalam pemantauan racun perosak!

SERTAI KEMPEN DI PERINGKAT ASIA!

Page 48: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

44 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Dimana anda boleh mendapat bantuan di Indonesia

Gita PertiwiGriyan Lama No. 20 Rt. 01/RwlSolo 57171, Indonesiatel: (6271) 710465faks: (6271) 718956e-mel: [email protected]

Mitra Tani AssociationJalan Nitikan Baru Nombor 95Yogyakarta – 55162tel/faks: (0274) 381101

Yayasan Pembangunan Pedesaan(Yayasan Pembangunan Luar Bandar)Tursari IV/25, Solo – 57197Jawa Tengah, Indonesiatel: (0271) 711674

Hari Pangan Sedunia(Hari Makanan Sedunia)Tegalgendu KG II Rt 50/Rw XIYogyakartatel/faks: (0274) 380776

Dimana anda boleh mendapat bantuan di Malaysia

TenaganitaTingkat 11, Wisma YakinJalan Masjid India50100 Kuala Lumpurtel: (603) 2691-3681/291-3691faks: (603) 2691-3681e-mel: [email protected]

Organisasi Perkhidmatan Awam13, Taman BerjuntaiJalan Bukit Badong45600 Batang Berjuntai, Selangortel: (603) 8719125

LSK – Bina Bakat(Institut Kajian Sosial dan PembangunanKemahiran)Jalan Ki Mangunsarkoro No. 79Solo – 57136, Jawa Tengah, Indonesiatel: (0271) 718594faks: (0271) 719770 (Wartel Manahan)

Pusat Pendidikan Linkungan Hidup(Pusat Latihan Pendidikan Alam Sekitar)Seloliman Trawas, MojokertoPropinsi Jawa TimurPeti Surat 03 Trawas Mojokerto – 61375tel: (0343) 880884faks: (0321) 618752

Pusat Racun NegaraPusat Racun Negara KebangsaanUniversiti Sains Malaysia11800 Pulau PinangTel/faks: (604) 6568417

Page 49: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

45CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Dimana anda boleh mendapat bantuan di Filipina

PAN PhilipinesRm. 301 Department of PharmacologyU.P. College of Medicine547 Pedro Gil St., Ermita, Manilatel: (632) 5264248/5218251faks: (632) 5218251e-mel: [email protected]

OFFERS Training CentreKisante, Makilala, NorthCotabatoTel: (064-23) 81453 (melalui Rose Catedrilla)

AMIHANNo. 61-B Evangelista Street, Project 4Quezon City, PhilippinesTel: (632) 4372173Faks: (632) 9139244

Health Alliance for Democracy NegrosRiverside Hospital, Bacolod CityTel: (034) 4337331 (melalui Dr. EtherlTangarorang, Silay City)Tel: (034) 57185

Dimana anda boleh mendapat bantuan di rantau Asia Pasifik

Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PAN AP)Peti Surat 1170, 10850 Pulau Pinang, Malaysiatel: (604) 6570271/6560381faks: (604) 6577445e-mel: [email protected] web: www.panap.net

SIBAT#10 Alley 13, Project 6, Quezon Citytel: (632) 9293220tel/faks: (632) 9291140e-mel: [email protected]

Visayas Primary Health Care ProgramRm. 203 Crestly Bildg., Osmena Blvd.,Cebu CityTel: (132) 2544663

ANI FoundationSuerte Subdivision, Kidapawan CityTel: (064-23) 81665

Page 50: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

46 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Lampiran 1: Pemantauan Komuniti Ke Atas Kesan Racun Perosak TerhadapKesihatan

1. Nama individu yang kesihatannya terjejas akibat racun perosak________________________2. Alamat ______________________________________________________________________3. Umur __________ Lelaki ____________ Perempuan _________ Mengandung __________4. Adakah ladang yang dikerjakan oleh individu tersebut miliknya? Ya Tidak5. Tarikh kesihatan individu tersebut mula terjejas _______________________________________6. Apakah kesan buruk racun perosak tersebut? (Nyatakan dengan jelas apa yang berlaku, tanda dan

simtom yang dialami) ___________________________________________________________7. Apakah nama racun perosak tersebut ______________________________________________8. Adakah individu tersebut turut menggunakan racun perosak itu __________________________9. Adakah pengguna tersebut memakai sarung tangan, topeng pakaian keselamatan yang lain?

Ya Tidak10. Bagaimana individu tersebut terdedah kepada racun perosak itu?

a) Semasa menyembur d) Memakan makanan tercemarb) Semasa mencampurkan racun perosak e) Semasa mengharung airc) Semasa menaburkan racun perosak

11. Apa yang berlaku kepada individu tersebut?a) Meninggal dunia d) Dibawa ke hospitalb) Tidak lagi mampu bergerak e) Lain-lainc) Tidak ada perkara serius berlaku

12. Berapa lamakah selepas pendedahan kesan mula kelihatan?a) Serta-merta c) Selepas satu harib) Selepas beberapa jam d) Lebih dari satu hari selepas itu

13. Berapa lamakah kesan racun perosak tersebut berlaku?a) Beberapa minit c) Satu harib) Beberap jam d) Lebih dari sehari

14. Berapa kerapkah individu tersebut terdedah kepada racun perosak?a) Hampir setiap hari c) Setiap bulan e) Jarangb) Setiap minggu d) kurang dari sekali sebulan

15. Pernahkah beliau pernah mengalami perkara yang sama sebelum itu? Ya Tidak16. Adakah individu tersebut pernah menghidap sebarang penyakit sebelum kejadian itu?

Ya Tidak17. Jika ya, apakah penyakit tersebut _________________________________________________18. Adakah individu tersebut mengambil ubat sebelum kejadian itu?

Ya Tidak19. Jika ya, apakah jenis ubat yang beliau ambil? ________________________________________20. Adakah individu tersebut seorang perokok?

a) Tidak b) 1-10 batang/sehari c) lebih dari 10 batang/sehari21. Adakah individu tersebut meminum arak?

a) Tidak b) hampir setiap hari c) beberapa kali dalam seminggud) Beberapa kali dalam sebulan

22. Pernahkan individu tersebut mendapat kesan buruk daripada arak sebelum kejadian itu?Ya Tidak

23. Adakah terdapat perkara/faktor lain yang mungkin boleh menyebabkan simtom/tanda yang samaseperti yang disebabkan oleh racun perosak?

Ya Tidak24. Jika ya, apakah perkara/faktor tersebut? ____________________________________________

Nama individu yang membuat laporan: ________________________________________________Alamat: __________________________________________________________________________Organisasi: _______________________________________________________________________Tarikh laporan: ____________________________________________________________________

Page 51: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

47CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Lampiran 2: WANITA MENENTANG KITARAN RACUN

Soal jawab berkenaan penyemburan racun perosak di ladang-ladang

Nama:

Lokasi:

Maklumat Peribadi:

Jantina:____________ Umur: __________ Bangsa: ____________

Status perkahwinan: _______________ Pekerjaan pasangan: _____________

Jumlah anak: ________________ Jenis pekerjaan: _______________

Lama berkhidmat: ________________ Gaji: _______________

Adakah anda: Pekerja tetap Pekerja kontrak Pekerja asing

Jumlah jam bekerja: Sehari Seminggu Sebulan

Adakah anda mengandung atau menyusukan bayi: _________________________

Penggunaan racun perosak

Adakah anda seorang penyembur racun perosak Ya Tidak

Tarikh kali terakhir anda terdedah kepada racun perosak: __________________

1. Racun perosak jenis apakah anda gunakan di ladang:

Racun rumpai Racun serangga Racun kulat

Lain-lain

2. Apakah racun perosak yang anda gunakan:

Nama biasa: ___________________________ Jenama: ______________

Ia digunakan untuk apa: ____________________________________________

Berapa kerapkah anda menyembur racun ini

Adakah anda menyembur sepanjang tahun: Ya Tidak

Adakah masa rehat diberikan: Ya Tidak

Berapa lamakah masa rehat tersebut: ___________________________________

Page 52: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

48 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Apakah tugasan yang diberikan kepada anda: _____________________________________

Berapa lama selepas menyembur anda diberikan tugasan lain: ________________________

Kekerapan dalam sebulan: ____________________________________________________

Berapa jam diperlukan untuk sekali semburan: ____________________________________

3. Peralatan:

Kaedah semburan (peralatan yang digunakan): ___________________________________

Bagaimanakah ia disimpan: _________________________________________________

Adakah latihan penggunaan pernah diberikan: __________________________________

4. Pakaian Keselamatan:

Adakah pakaian/peralatan keselamatan disediakan Ya Tidak

Jika ya, apakah pakaian/peralatan tersebut?

Meliputi seluruh badan Sarung tangan Pelindung mata dan muka

Apron dan baju pelindung Kasut Peralatan pernafasan

Adakah pakaian pelindung dibasuh selepas ia digunakan Ya Tidak

5. Mencampurkan Racun Perosak:

Adakah anda mencampurkan racun perosak sebelum menyembur Ya Tidak

Jika tidak, siapa yang melakukan pencampuran __________________________________

Apakah bahan yang dicampurkan dengan racun perosak tersebut _____________________

Berapakan kuantiti campuran tersebut __________________________________________

Adakah anda mencampurkannya dengan racun perosak lain Ya Tidak

Jika ya, apakah racun perosak tersebut _________________________________________

Berapakan kuantiti campuran tersebut ___________________________________________

Page 53: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

49CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

6. Kesan Racun Perosak

Selepas menyembur adakah anda mengalami:-

Rasa loya Terketar-ketar/menggigil

Pening kepala Sakit pada bahagian bawah perut

Sakit kepala Sakit pada bahagian faraj

Muntah-muntah Rasa bahang semasa membuang air kecil

Sukar benafas Letih

Dada rasa ketat/padat Sakit belakang

Rasa gatal/tompok merah atau Sendi lutut bengkakputih pada kulit(bahagian mana pada tubuh?)

Hidung berdarah Kuku kehilangan warna, membengkakserta tertanggal

Penglihatan menjadi kabur

Adakah anda terdedah kepada racun perosak

Melalui pernafasan Ya Tidak

Resapan oleh kulit Ya Tidak

Tidak sengaja memakannya Ya Tidak

7. Perubatan

1. Kepada siapa anda pergi jika anda mempunyai tanda keracunan racun perosak?_____________

2. Apakah rawatan yang diberikan:

Ubat: Jenis: Sapu pil untuk dimakan

Jenis cecair

3. Adakah anda mendapat pemeriksaan perubatan yang kerap?___________________________

4. Dimanakah anda pergi untuk pemeriksaan perubatan?_________________________________

5. Siapa yang menjalankan pemeriksaan perubatan?____________________________________

6. Adakah terdapat polisi di ladang anda untuk menghantar penyembur racun perosak lebih kerapuntuk pemeriksaan kesihatan? ___________________________________________________

Page 54: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

50 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Page 55: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

51CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Page 56: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

52 CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

Pemantauan Oleh Komuniti - Ringkasan

Apakah Pemantauan Racun Perosak Oleh Komuniti?

Pemantauan racun perosak oleh komuniti bermaksud: orangbiasa juga turut terlibat di dalam usaha mengumpulkanmaklumat tentang bagaimana racun perosak digunakan danmasalah-masalah yang ia timbulkan

Untuk melakukan perkara ini, mereka perlulah bekerjasamauntuk memerhatikan dan merekodkan data berkenaan racunperosak dan bahayanya kepada orang ramai dan alam sekitar –di samping mengumpul data berkenaan dengan alternatifkepada racun perosak.

Apakah Yang Boleh Dilakukan Oleh Pemantauan RacunPerosak Komuniti?

Jika orang ramai memahami bahaya racun perosak kepadakesihatan, tanah dan komuniti mereka, mungkin mereka akanberusaha menyekat atau mengurangkan penggunaan racunperosak.

Jika komuniti membantu dalam mengumpulkan maklumatberkenaan dengan kerosakan yang disebabkan olehpenggunaan racun perosak, adalah tidak mustahil untukmemujuk kerajaan agar mengubah polisi yang menggalakkanpenggunaan racun perosak dan mengawal industri racunperosak dengan lebih berkesan.

Apakah Yang Boleh Dipantau Oleh Komuniti?

Bila pengguna racun perosak merasa tidak sihat dan simtom-simtomnya.Bagaimana industri racun perosak mempromosi dan menjualproduk mereka.Apakah yang telah dilakukan oleh racun perosak terhadap tanahdan alam sekitar.Alternatif yang berjaya bagi racun perosakApakah perkara yang menimbulkan kebimbangan di dalamkomuniti berkenaan dengan penggunaan racun perosak.

Page 57: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

53CPAK: AWAS! Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!

C-PAK (Community-Pesticides Action Kit) adalah sebuah “kit”: satu siri penerbitkanmodul berkenaan bahaya dan alternatif kepada racun perosak. “Kit” ini jugamenggalakkan komuniti agar melibatkan diri di dalam pemantauan kesan negatifpenggunaan racun perosak dan dalam usaha meningkatkan kesedaran orangramai di samping mengambil tindakan menentang penggunaan racun perosak.

Tentanglah kitaran racun!!

C-PAK diterbitkan oleh sekumpulan badan bukan kerajaan ASEAN:

Pesticide Action Network Asia and thePacific, Peti Surat 1170, 10850

Pulau Pinang, MalaysiaPegarah urusan: Sarojeni V. Rengamtel: (604) 657 0271/656 0381faks: (604) 657 7445e-mel: [email protected]

Gita PertiwiGriyan Lama No. 20 Rt. 01/RwlSolo 57171, Indonesiatel: (6271) 710 465faks: (6271) 718 956e-mel: [email protected]

TenaganitaTingkat 11, Wisma YakinJalan Masjid India50100 Kuala Lumpurtel: (603) 2691 3681/2691 3691faks: (603) 2691 3681e-mel: [email protected]

PAN PhilipinesRm. 301 Department of PharmacologyU.P. College of Medicine547 Pedro Gil St., Ermita, Manilatel: (632) 526 4248/521 8251faks: (632) 521 8251e-mel: [email protected]

ANI FoundationSuerte Subdivision, Kidapawan CityTel: (064-23) 81665

Page 58: Racun Perosak Membahayakan Kesihatan Anda!pertanianperak.gov.my/images/pdf/Kesan Racun Perosak...Modul ini didedikasi kepada Bernardo Calibo - beliau telah berkhidmat sebagai pengendali

Tentang kitaran racun perosak di dalam komuniti anda!

Ambil tindakan untuk memperbaiki komuniti anda!