r06dis15 - nilai kesabaran dalam kehidupan

11
Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 15 Disember 2006 / 24 Zulkaedah 1427 Nilai Kesabaran Dalam Kehidupan Saudaraku yang dirahmati Allah, Marilah sama-sama tingkatkan taqwa kita kepada Allah s.w.t. dengan melaksanakan segala suruhan dan perintah Allah swt dan dalam masa yang sama menjauhkan diri dari segala larangan dan tegahanNya. Semoga dengan 1

Upload: diah-dewi-anggraeni

Post on 30-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nilai kesabaran

TRANSCRIPT

Page 1: R06Dis15 - Nilai Kesabaran Dalam Kehidupan

Majlis Ugama Islam SingapuraKhutbah Jumaat

15 Disember 2006 / 24 Zulkaedah 1427Nilai Kesabaran Dalam Kehidupan

Saudaraku yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama tingkatkan taqwa kita kepada Allah

s.w.t. dengan melaksanakan segala suruhan dan perintah

Allah swt dan dalam masa yang sama menjauhkan diri dari

segala larangan dan tegahanNya. Semoga dengan

demikian, kita akan mendapat keredhaan dan hidayahNya,

Ameen

1

Page 2: R06Dis15 - Nilai Kesabaran Dalam Kehidupan

Pada hari ini, kita akan lihat satu ciri penting dalam diri

seorang yang bertaqwa. Sifat ini akan membantu kita

mengharungi cabaran masakini dengan jiwa yang kuat. Sifat

ini adalah sifat sabar.

Saudaraku,

Dalam realiti kehidupan, tidak kira di mana kita berada; kita

akan diuji dengan berbagai ujian dan cubaan Allah. Allah

s.w.t. akan menguji setiap manusia di kalangan hamba-

hambaNya; samaada mereka itu dikalangan para nabi

mahupun manusia biasa seperti kita.

Dalam hal ini, Allah Ta’ala telah berfirman dalam surah al-

Baqarah, ayat 155 yang berbunyi:

Maksudnya: “Dan sungguh akan Kami (yakni Allah swt)

berikan cobaan kepada kamu, dengan sedikit rasa

ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta hasil

tanaman. Dan sebarkanlah berita gembira kepada orang-

orang yang sabar.”

2

Page 3: R06Dis15 - Nilai Kesabaran Dalam Kehidupan

Saudaraku,

Dalam ayat yang telah dibacakan tadi, sangat jelas kepada

kita bahawa Allah s.w.t. Tuhan yang Maha Berkuasa,

sememangnya akan terus menguji kita. Allah akan

senantiasa menguji nilai keimanan kita. Allah juga akan

melihat nilai kesabaran yang ada dalam diri kita.

Apabila kita memperkatakan tentang sabar, adakah pernah

kita bertanya pada diri kita; apakah erti kesabaran yang

sebenar dalam Islam? Adakah sabar bererti mendiamkan

diri sahaja?

Saudaraku

Sabar menurut Imam Al-Ghazali dalam kitab beliau yang

masyhur Ihya’ Ulumiddin ialah ibarat suatu darjat yang

ditimbulkan oleh pengaruh iman untuk menentang pengaruh

hawa nafsu.

Orang yang bersifat teguh untuk melawan hawa nafsu dan

tetap melawan segala kehendak syahwat dikira sebagai

seorang yang tabah dan sabar.

3

Page 4: R06Dis15 - Nilai Kesabaran Dalam Kehidupan

Maka dari itu dalam Islam, sabar terbahagi kepada 3

bahagian:

Pertama: Sabar dalam menanggung kesusahan dan cubaan

Mari kita imbas kembali sejarah para nabi dan rasul yang

telah diutuskan Allah. Sejak awal zaman Nabi Adam a.s.

sehingga zaman baginda Nabi besar Muhammad s.a.w,

mereka-mereka ini merupakan hamba-hamba Allah swt

yang sangat teguh dan luarbiasa kesabarannya dalam

menempuh kesulitan hidup.

Sebagai contoh, Baginda Nabi besar Muhammad s.a.w

sewaktu hidupnya, sering dalam keadaan lapar sehingga

pernah berlaku suatu masa Rasulullah s.a.w. mengikat

beberapa ketul batu di atas perut demi menahan lapar.

Kedua: Sabar dalam mentaati perintah Allah s.w.t

Dalam kehidupan kita seharian, khusus dalam ibadat, kita

diajar supaya bersabar mentaati segala perintah Allah.

4

Page 5: R06Dis15 - Nilai Kesabaran Dalam Kehidupan

Saiyidina Umar bin Abdul Aziz r.a. pernah berkata

maksudnya : “Amalan yang paling utama adalah sesutu

yang dipaksakan ke atas dirinya ( untuk melatih kesabaran )”

Ketaatan kepada Allah dan RasulNya perlu berjalan seiring

dengan kesabaran. Ini kerana tanpa kesabaran sukar untuk

kita melaksanakan segala apa yang telah diperintahkan

secara berterusan dengan penuh rasa keikhlasan. Sebagai

contoh mendirikan solat jika dilakukan tanpa adanya sifat

sabar, ianya tidak dapat dilakukan secara istiqamah dan

berterusan.

Berhubung dengan sifat sabar dalam melaksanakan

ketaatan kepada Allah ta’la, Allah s.w.t. telah berfirman:

Ertinya: “Dan (dengan demikian) bersabarlah menerima

hukum Tuhanmu, kerana Sesungguhnya Engkau tetap

terselamat Dalam pemeliharaan serta pengawasan kami;

dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa Engkau

bangun.” (Surah At-Thur : 48)

5

Page 6: R06Dis15 - Nilai Kesabaran Dalam Kehidupan

Ketiga: Sabar dalam menjauhkan diri dari maksiat dan

larangan Allah swt.

Dalam konteks menjauhkan diri daripada perkara yang

berbentuk maksiat, sabar dapat dilihat ketika kita merasakan

betapa berat dan susahnya menahan dan mengawal

gelodak hawa nafsu dari perbuatan-perbuatan yang

mendatangkan kemurkaan Allah swt.

Contohnya, betapa berat dan sukarnya menahan keinginan

dan hawa nafsu dari melihat wanita cantik yang berpakaian

mendedahkan aurat, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang

menggoda

Kesabaran juga perlu untuk menahan diri dari menyakiti

orang lain. Apatah lagi menyakiti Isteri kita, anak-anak kita,

kedua ibu bapa kita.

Kesabaran juga perlu untuk menahan lidah daripada

mengumpat, mengeji, mencaci, mencerca, memperkatakan

tentang keaiban orang, dan kesabaran kita mengendalikan

hati nurani kita agar tidak merasa dengki dan iri hati

terhadap orang lain.

6

Page 7: R06Dis15 - Nilai Kesabaran Dalam Kehidupan

Banyak perkara yang perlu kita bersabar dari melakukannya.

Tanpa kesabaran kita akan meletakkan diri kita ke tahap

yang lebih hina disebabkan terlalu sangat mematuhi

kehendak hawa nafsu.

Dalam hal ini, Allah s.w.t berfirman di dalam surah Yusuf,

ayat 53 yang berbunyi:

Ertinya “Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku;

Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh

melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi

rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan

nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi

Maha Mengasihani."

Saudaraku,

Sebagai seorang Muslim, kita harus yakin bahawa sifat

sabar ini sangat penting bagi diri manusia, dan manusia itu

sendiri tidak boleh menjauhkan dirinya dari sifat mulia ini.

7

Page 8: R06Dis15 - Nilai Kesabaran Dalam Kehidupan

Terutama bagi diri kita dalam menghadapi kehidupan yang

penuh dengan cabaran. Cabaran untuk mengamalkan Islam

dalam arus kehidupan yang pesat. Cabaran untuk

memahami Islam yang sebenar. Cabaran untuk

memaparkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat.

Cabaran-cabaran ini perlu dihadapi dengan penuh

kesabaran dan bijaksana. Jika kita mampu menghadapi

cabaran ini dengan penuh kesabaran dan bijaksana, Insya

Allah masyarakat kita akan menjadi masyarakat yang kuat

prinsipnnya serta mampu memberikan sumbangan yang

positif bagi ugama, bangsa dan negara.

8

Page 9: R06Dis15 - Nilai Kesabaran Dalam Kehidupan

9