r i n g k a s a n p e r s i d a n g a n p a r l i m e n · filipina dan beliau sendiri telah...

20

Upload: others

Post on 15-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi
Page 2: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi
Page 3: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

ANTARABANGSA & KESELAMATAN

• KERAJAAN BAKAL REALISASI PENUBUHAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA KE PALESTIN

• TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH TIADA ASAS KUKUH

• SOSMA AKAN DITAMBAHBAIK OLEH KERAJAAN

• PERJELAS ISU PEMBAYARAN WANG SERAHAN KEPADA KESULTANAN SULU

• KERJASAMA KETENTERAAN TRILATERAL MALAYSIA, INDONESIA DAN FILIPINA DIPERKUKUH

PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA

• INSENTIF KERAJAAN ATASI MASALAH PENGANGGURAN

• PSMB KOMITED BANTU PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH PENJANA

• BEKU PENGAMBILAN PEKERJA ASING, KSM ALL OUT TANGANI PENGANGGURAN

• GAGASAN PPPM TERAP PERPADUAN, LAHIRKAN MURID BERKETERAMPILAN DI PERINGKAT GLOBAL

• KPM SEDANG PERHALUSI DAPATAN KAJIAN DASAR PENDIDIKAN NEGARA

EKONOMI & KEWANGAN

• PELABURAN DI MALAYSIA DIHARAP AKAN TERUS MENINGKAT

• KERAJAAN PN KOMITED MENERUSKAN WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

• INSENTIF CUKAI UNTUK PELABURAN DOMESTIK DAN PELABURAN ASING

• KERAJAAN SERIUS TANGANI KENAIKAN HARGA BARANG

• STRATEGI MEMPERLUASKAN EKSPORT MINYAK SAWIT NEGARA

Page 4: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

E D I S I K E D U A | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

KESEJAHTERAAN SOSIAL

• KPWKM SALUR BANTUAN KEPADA GOLONGAN SASAR

• PEKERJA WANITA TIDAK PERLU BIMBANG TERHADAP GANGGUAN SEKSUAL

• KKM SERIUS TANGANI MASALAH MENTAL

• KKM TERUS MEMERANGI DENGGI

• KEBAJIKAN KANAK-KANAK DI DEPOT TAHANAN TERJAMIN PERUNDANGAN & HAK ASASI

• 4 MP DISINGKIR BERSATU CABAR PELANTIKAN SPEAKER DEWAN RAKYAT

• MP BUKIT GELUGOR PERLU BUKTIKAN DAKWAAN AMALAN MAINKAN AUDIO DALAM DEWAN DIBENARKAN

• KERAJAAN AKAN LIHAT SEMULA PENJUALAN ARAK DI KEDAI RUNCIT

• KERAJAAN SETUJU TERUSKAN PENGGUBALAN RUU AKTA GANGGUAN SEKSUAL

• SUKAR DAPAT WARGANEGARA KERANA TIDAK DAFTAR PERKAHWINAN

Page 5: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

ANTARABANGSA & KESELAMATAN

KERAJAAN BAKAL REALISASI PENUBUHAN KEDUTAAN

BESAR MALAYSIA KE PALESTIN Wisma Putra dalam rangka

menubuhkan Kedutaan Besar

Malaysia ke Palestin. Satu unit

khusus hal ehwal Palestin yang

ditempatkan di Amman serta

perlantikan Konsul-konsul

Kehormati di Tebing Barat dan

Gaza akan dilaksanakan bagi

memenuhi keperluan asas

penubuhan kedutaan Malaysia ke

Palestin tersebut. Namun, kedua-

dua langkah ini masih tidak dapat diteruskan oleh kerana penularan pandemik Covid-

19 yang memuncak sejak Februari yang lalu.

Kerajaan telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan Kedutaan Besar Malaysia ke

Palestin ketika Sidang Kemuncak Negara-negara Berkecuali ke-18 di Baku,

Azerbajian pada 26 Oktober 2019 serta telah dibentangkan di Parlimen pada 31

Oktober 2019. Tindakan ini menggambarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi

Kerajaan Malaysia terhadap Palestin (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 22, 16

Julai 2020).

TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH TIADA ASAS KUKUH Wisma Putra menegaskan tidak akan melayan sebarang isu tuntutan Filipina ke atas

Sabah. Dakwaan tersebut didalangi kelompok yang mendakwa berketurunan

Kesultanan Sulu dan jelas ia tidak ada asas yang kukuh untuk dibangkitkan. Malaysia

telah membina hubungan yang erat dengan TYT Rodrigo Duterte, Presiden Republik

Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan

2018.

Presiden Republik Filipina turut menjelaskan bahawa tiada tindakan akan diambil bagi

mengambil Sabah daripada Malaysia. Malah, Sabah juga telah diiktiraf sebagai

sebahagian daripada Malaysia dan perkara tersebut turut diakui oleh PBB sendiri

(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 34, 24 Julai 2020).

(Sumber: Google Image)

Page 6: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

E D I S I K E D U A | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SOSMA AKAN DITAMBAHBAIK OLEH KERAJAAN Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) [Security Offences (Special

Measures) Act, SOSMA] 2012 tidak akan dimansuhkan oleh Kerajaan. Malah,

Kerajaan akan cuba melakukan penambahbaikan terhadap peruntukan sedia ada

bagi memastikan akta tersebut benar-benar mencapai objektifnya yang sebenar serta

mengelakkannya daripada menjadi modal untuk memerangkap musuh politik.

SOSMA secara asasnya sangat penting bagi memelihara keselamatan rakyat dan

negara daripada ancaman keganasan dan sindiket jenayah terancang yang sentiasa

mengintai peluang untuk melakukan aktiviti jenayah di negara ini. Oleh itu, sesetengah

pihak tidak perlu terburu-buru untuk memansuhkan SOSMA, namun dalam masa yang

ia perlu ditambahbaik bagi memastikan keselamatan dalam negara terjamin

(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 14, 20 Julai 2020).

PERJELAS ISU PEMBAYARAN WANG SERAHAN KEPADA

KESULTANAN SULU Dakwaan sesetengah pihak

mengenai pembayaran

Kerajaan Malaysia kepada

Kerajaan Filipina perlu

diperbetul. Kerajaan Malaysia

tidak membuat pembayaran

wang serahan kepada Kerajaan

Filipina, tetapi sebaliknya wang

serahan (cession money) itu

diserahkan melalui peguam

yang mewakili sembilan orang

waris Kesultanan Sulu.

Bayaran tersebut adalah berdasarkan perjanjian di antara Sultan Sulu, Sultan Jamal

Al Alam dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent daripada Syarikat Borneo Utara

British pada 22 Januari 1878 dengan jumlah RM5,300 setahun. Walau

bagaimanapun, Malaysia telah menghentikan pembayaran wang serahan berkenaan

sejak tahun 2013 (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 30, 22 Julai 2020).

(Sumber: Google Image)

Page 7: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

KERJASAMA KETENTERAAN TRILATERAL MALAYSIA,

INDONESIA DAN FILIPINA DIPERKUKUH Hubungan kerjasama

pertahanan di antara

Malaysia, Indonesia dan

Filipina diperkukuh bagi

menghadapi sebarang

ancaman keselamatan dan

keganasan di perairan ketiga-

tiga negara. Kerjasama

tersebut dibentuk melalui

platform Trilateral Cooperative

Arrangement (TCA) yang turut

merangkumi pelaksanaan

Trilateral Maritime Patrol

(TMP) dan Trilateral Air Patrol (TAP) iaitu pengawasan di bahagian maritim dan ruang

udara.

Pembentukan kerjasama pertahanan trilateral ini berkait dengan aspek perkongsian

maklumat pintar termasuk juga bahagian perisikan bagi mempertingkatkan

kesiapsiagaan menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan. Tambahan lagi,

tactical interoperability turut diperkenalkan dalam kerjasama tersebut selain

memperlihatkan aset-aset ketenteraan di bahagian perairan bersama di antara ketiga-

tiga negara (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 35, 16 Julai 2020).

(Sumber: Google Image)

Page 8: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA

INSENTIF KERAJAAN ATASI MASALAH PENGANGGURAN Jabatan Satatistik Malaysia menjangkakan julat maksimum kadar pengangguran

negara dalam lingkungan 3.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun ini. Berbanding

April yang lalu, indikator ekonomi bagi Mei 2020 menunjukkan keadaan ekonomi

beransur pulih. Tambahan pula, bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Bersyarat (PKPB) sehingga kini, lebih banyak perniagaan dibenarkan operasi dan

pelbagai pakej ransangan yang dilaksanakan kerajaan telah menyumbang kepada

penurunan bilangan penganggur. Antaranya pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS

TAMBAHAN yang telah berjaya menyelamatkan lebih 2.4 juta pekerjaan,

mengurangkan beban aliran tunai hampir 11 juta rakyat serta memberi sokongan

kepada lebih 300 ribu syarikat. Di samping itu, kerajaan turut mengumumkan

PENJANA yang dipertanggungjawabkan di bawah Jawatankuasa Khas Pekerjaan

Nasional (JKPN) bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan inisitif PENJANA

berkaitan sumber manusia. JKPN dipengerusikan bersama oleh Menteri Sumber

Manusia dan Menteri Kewangan bagi membolehkan penyelarasan peruntukan yang

diperlukan untuk membantu rakyat berjalan lebih pantas dan berkesan serta lebih

menyeluruh (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 2, 20 Julai 2020).

PSMB KOMITED BANTU PENYEDIA LATIHAN DI BAWAH

PENJANA Sebagai sebuah agensi yang

dipertanggungjawabkan membantu

syarikat-syarikat yang terkesan dengan

penularan COVID-19, Pembangunan

Sumber Manusia Berhad (PSMB)

komited membantu syarikat-syarikat

yang berkelayakan untuk memohon

lesen sebagai Penyedia Latihan di

bawah PENJANA yang dikendalikan

oleh PSMB. Antara bentuk kemudahan yang diberikan oleh PSMB adalah dari segi

struktur pembayaran yuran iaitu sebanyak RM1,000 untuk tempoh setahun bagi

pemohon yang telah memohon sebelum 31 Disember 2020. Struktur pembayaran ini

amat membantu syarikat berbanding sebelum ini, yuran sebanyak RM3,000 untuk

tempoh tiga tahun perlu dijelaskan sekaligus.

Di samping itu, PSMB turut melanjutkan tempoh sah lesen Penyedia Latihan sedia

ada sehingga 1 Mei 2021. Terkini, jumlah lesen yang dikeluarkan adalah sebanyak

2,066 termasuklah pendaftaran penyedia latihan baru sejak Mac 2020 yang tidak

melebihi 30 peratus daripada jumlah keseluruhan (Jawapan Lisan Dewan Rakyat,

Soalan 37, 20 Julai 2020).

(Sumber: Graduan.com, 2020)

Page 9: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

BEKU PENGAMBILAN PEKERJA ASING, KSM ALL OUT

TANGANI PENGANGGURAN Susulan penularan COVID-19, kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja

asing baharu, manakala pekerja asing sedia ada yang tidak mampu digajikan majikan

asal diserahkan kepada majikan baharu (redeployment) dalam sektor yang sama.

Proses ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung

Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Bagi mengimbangi jangkaan peningkatan kadar pengangguran negara, kerajaan

mengambil pendekatan ‘all out’ termasuklah mensyaratkan majikan mengiklankan

kekosongan jawatan tidak kurang dari 30 hari di portal JobsMalaysia untuk dipohon

oleh warga tempatan. Selepas tempoh tersebut, barulah permohonan tersebut boleh

dibuka kepada pekerja asing sekiranya tiada pekerja tempatan yang mengisi

kekosongan jawatan yang diiklankan. Inisiatif ini bermula 1 Julai 2020 (Jawapan Lisan

Dewan Rakyat, Soalan 39, 20 Julai 2020).

GAGASAN PPPM TERAP PERPADUAN, LAHIRKAN MURID

BERKETERAMPILAN DI PERINGKAT GLOBAL Selari misi dan visi kementerian

untuk menyediakan Dasar

Pendidikan Kebangsaan abad ke-21

yang lebih komprehensif seiring

perubahan dasar utama negara atau

keperluan pendidikan semasa, KPM

sentiasa berpandukan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Dasar

Pendidikan Kebangsaan sebagai

teras utama. Pada masa ini, Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2025 merupakan dasar

pendidikan yang sedang dilaksanakan bermatlamat untuk melahirkan generasi muda

yang berketerampilan dalam semua aspek selaras dengan keperluan tenaga kerja

industri 4.0 dan industri digital negara.

Seterusnya, pelaksanaan PPPM 2013-2025 turut menekankan aspek perpaduan di

peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah melalui prinsip Rukun Negara,

literasi sivik dan amali sivik yang dimuatkan dalam silibus Pendidikan Sivik. Selain itu,

elemen pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan

Technical and Vocational Education and Training (TVET) turut diterapkan dalam

Kurikulum Kebangsaan bagi menyiapkan murid untuk bersaing di peringkat global

(Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 25, 21 Julai 2020).

(Sumber: Google Image)

Page 10: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

E D I S I K E D U A | 8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

KPM SEDANG PERHALUSI DAPATAN KAJIAN DASAR

PENDIDIKAN NEGARA Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) kini sedang memperhalusi

dapatan daripada Kajian Dasar

Pendidikan Negara yang telah

diserahkan kepada KPM pada 2

Mei 2019. Bagi mendapatkan

suatu analisis yang komprehensif

dan menyeluruh, KPM telah

mengadakan siri perbincangan

dan libat urus dengan pihak

berkepentingan termasuk guru, murid,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

(NGO) dalam tempoh September hingga November 2019.

Antara aspek penting dikaji termasuklah kebolehlaksanaan syor JKPDN dengan

mengambil kira aspek implikasi terhadap dasar, perundangan, perjawatan,

infrastruktur dan kewangan. Hal ini penting bagi memastikan kebolehlaksanaannya

selaras dengan dasar sedia ada dan inisiatif di bawah Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 10, 21

Julai 2020)

(Sumber: Pendidik2u.my, 2020)

Page 11: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 9

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

EKONOMI & KEWANGAN

PELABURAN DI MALAYSIA DIHARAP AKAN TERUS

MENINGKAT Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 3.4 peratus di dalam pelaburan yang

melibatkan sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan pada tahun 2019 yang

berjumlah RM 211.4 Billion dengan rekod pelaburan domestik sebanyak 61 peratus

manakala pelaburan asing sebanyak 39 peratus. Berdasarkan rekod mengikut negeri,

Selangor mencatatkan pelaburan tertinggi dengan nilai RM 48.1 Billion, diikuti dengan

Pulau Pinang (RM 33.7 Billion), Johor (RM 24.5 Billion), Kuala Lumpur (RM 21.6

Billion), Kedah (RM 14.7 Billion) dan Sabah (RM 12.4 Billion).

Selain itu, Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menarik pelaburan

asing secara agresif ke negara ini terutamanya selepas pandemik COVID-19.

Antaranya ialah kecepatan dalam meluluskan lesen pengilang, insentif cukai dan

penubuhan Project Acceleration & Coordination Unit (PACU). Hasilnya, Malaysia

berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa melalui Laporan Ease of Doing Business

2020 oleh Bank Dunia di mana kedudukan negara meningkat ke tangga-12

berbanding tangga-15 pada 2019 sebagai negara berdaya saing antara 190 buah

negara. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 19, 16 Julai 2020)

KERAJAAN PN KOMITED MENERUSKAN WAWASAN

KEMAKMURAN BERSAMA 2030 Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan meneruskan

Wawasan Kemamkmuran Bersama 2030 (WKB 2030)

yang dilancarkan oleh Kerajaan yang terdahulu. WKB

2030 mempunyai tiga objektif utama iaitu i)

Pembangunan untuk Semua, ii) Jurang Kekayaan dan

Pendapatan, iii) Negara Bersatu, Makmur dan

Bermaruah. Terdapat 10 sasaran utama dalam

mencapai objektif WKB 2030. Antaranya ialah; i)

Kadar Pertumbuhan KDNK berkembang sebanyak 4.7

peratus setahun, ii) Nisbah pendapatan penengah

kumpulan etnik Bumiputera, Cina dan India

disasarkan pada nisbah 0.9:1:1, iii) Purata pendapatan bagi mencapai taraf hidup

wajar disasarkan tidak kurang RM 5,800 sebulan untuk golongan B40. Kerajaan juga

menyasarkan Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) sebagai

strategi dan fasa pertama ke arah perlaksanaan WKB 2030. Antara langkah yang

akan diambil adalah; i) Penstrukturan semula ekonomi, ii) Menggalakkan inisiatif

penyelidikan dan pembangunan (R&D), iii) Menangani jurang ekonomi antara

kumpulan pendapatan, etnik dan wilayah. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan

18, 16 Julai 2020)

(Sumber: Google Image)

Page 12: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 10

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

INSENTIF CUKAI UNTUK PELABURAN DOMESTIK DAN

PELABURAN ASING Menjawab soalan yang diutarakan oleh Ahli

Parlimen Cheras, Menteri Perdagangan

Antarabangsa dan Industri telah menyenaraikan

beberapa insentif cukai yang diberikan kepada

pelabur tempatan dan asing bagi menggalakkan

kembali ekonomi negara pasca COVID-19.

Antara insentif cukai yang diberikan kepada

pelabur asing adalah; i) Pengecualian cukai 10

tahun untuk pelaburan baharu dalam sektor pembuatan dengan pelaburan modal

sebanyak RM 300 – RM 500 Juta, ii) Pengecualian cukai 15 tahun untuk pelaburan

baharu dalam sector pembuatan dengan pelaburan modal melebihi RM 500 Juta.

Bagi pelabur tempatan, antara insentif yang diberikan adalah penambahbaikan Dana

Pelaburan Strategik Tempatan (DISF) bagi tempoh 1 Jun sehingga 31 Disember 2020

seperti; i) Pengurangan ekuiti efektif dari sekurang-kurangnya 60 kepada 51 peratus

dimiliki oleh rakyat Malaysia, ii) Nisbah pembayaran semula geran latihan ditingkatkan

kepada 70 peratus ditanggung oleh Kerajaan manakala 30 peratus ditanggung oleh

syarikat. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 41, 16 Julai 2020)

KERAJAAN SERIUS TANGANI KENAIKAN HARGA BARANG Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

mengambil perhatian serius dalam mengawal dan memastikan harga barang di

pasaran sentiasa stabil. Antara langkah yang diambil oleh Kementerian adalah; i)

Pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif, ii) Menguatkuasakan Akta

Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, iii) Penguatkuasaan Perintah

Kawalan Harga 1993 dan iv) Mengadakan program libat urus, khidmat nasihat dan

kerjasama bersama dengan para peniaga.

Selain itu, pihak Kementerian juga menyediakan pelbagai wasilah dalam menangani

pertanyaan dan aduan dari pengguna secara lebih cepat dan efektif seperti aplikasi

whatsapp KPDNHEP di talian 019-2794317, portal E-Aduan, aplikasi Ez Adu, talian

hotline KPDNHEP 1-800-886-800 dan hadir sendiri ke cawangan pejabat KPDNHEP

berdekatan. (Jawapan Lisan Dewan Rakyat, Soalan 15, 20 Julai 2020)

(Sumber: Forbes, 2020)

Page 13: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 11

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

STRATEGI MEMPERLUASKAN EKSPORT MINYAK SAWIT

NEGARA Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara, India

merupakan pengeksport terbesar minyak sawit Malaysia pada 2019 dengan kuantiti

sebanyak 4.46 juta tan bersamaan dengan RM 9.78 Billion. Namun begitu, Kerajaan

berhasrat meluaskan lagi eksport minyak sawit ke negara-negara lain.

Antara inisiatif yang diambil adalah; i)

Memperkukuhkan pasaran eksport utama

sedia ada terutamanya dengan negara

India, China, Kesatuan Eropah (EU),

Pakistan dan Amerika Syarikat di samping

menembusi pasaran baru seperti di benua

Afrika dan Asia Tengah, ii) Meningkatkan

aktiviti penyelidikan dan pembangunan

(R&D) dalam menghasilkan produk baru

dan menambahbaik produk sedia ada, iii)

Meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan perjanjian

perdagangan bebas (FTA) dua hala & pelbagai hala, iv) Pengecualian duti eksport

minyak sawit mentah (CPO), minyak isirong sawit mentah (CPKO) dan minyak isirong

sawit proses (RBDPKO) sehingga 31 Disember 2020. (Jawapan Lisan Dewan

Rakyat, Soalan 7, 22 Julai 2020)

(Sumber: Berita Harian, 2020)

Page 14: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

E D I S I K E D U A | 12

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

KESEJAHTERAAN SOSIAL

KPWKM SALUR BANTUAN KEPADA GOLONGAN SASAR Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)

menyalurkan pelbagai bantuan bagi

membantu 846,374 Ketua Isi Rumah

sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan

adalah Agihan Bantuan Sosial Bakul

Makanan yang berjumlah RM22.2 juta

untuk 222,000 bakul makanan. Selain itu,

sehingga 20 Julai 2020, sebanyak 222,549 Agihan Bantuan Bakul Makanan di bawah

Tabung NADMA COVID-19 telah diagihkan. Bantuan Kebajikan Bulanan JKM juga

diawalkan selain menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan kauseling dan psikologi

seperti Talian Khas Kaunseling COVID-19 dan Talian Kasih 15999 dan Talian Kasih

Whatsapp 019-26 15999. Selain daripada itu, di bawah inisiatif PENJANA, Program

Subsidi TASKA dan Program Bantuan Tunai diberikan untuk Kumpulan Rentan khas

ibu tunggal, OKU dan sukarelawan Program Khidmat Bantu di Rumah (Penyata

Rasmi Dewan Rakyat, Soalan 43, 21 Julai 2020).

PEKERJA WANITA TIDAK PERLU BIMBANG TERHADAP

GANGGUAN SEKSUAL Kerajaan hari ini serius dalam menangani isu gangguan seksual dengan terus-

menerus berusaha merealisasikan Rang Undang-undang Gangguan Seksual yang

kini diperingkat akhir. draf awal RUU mengenainya telah dikemukakan ke Jabatan

Peguam Negara pada 23 Januari 2020 dan sepatutnya dibentangkan di parlimen

sekitar Mac 2020. Namun disebabkan peralihan kuasa berlaku, oleh itu,

pembentangan kepada jemaah menteri perlu dijalankan sekali lagi disebabkan perlu

mendapat persetujuan daripada jemaah menteri yang baru dilantik.

Sebagai langkah awal, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang

membangunkan Modul Intervensi Gangguan Seksual di Tempat Kerja untuk

kegunaan Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi dalam mengendalikan kes

gangguan seksual di tempat kerja. Manakala bagi kes dalam sektor swasta,

Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung

Malaysia (JTKSM) telah menguatkuasakan Akta Kerja 1955 [Akta 265] dengan

mensyaratkan majikan menjalankan siasatan terhadap aduan gangguan seksual di

tempat kerja yang dilaporkan oleh pekerja tanpa mengira upah pekerja berkenaan

(Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Soalan 12, 21 Julai 2020).

(Sumber: Harian Metro, 2020)

Page 15: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 13

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

KKM SERIUS TANGANI MASALAH MENTAL Masalah mental sepanjang Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan

bukan hanya dihadapi oleh pekerja di

sektor awam, petugas kesihatan atau

frontliners tetapi tekanan turut dirasai oleh

golongan lain kalangan masyarakat. Oleh

itu Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) telah mewujudkan beberapa

inisiatif dalam menangani gejala tekanan

yang melampau antaranya dengan kerjasama MERCY Malaysia telah memulakan

perkhidmatan talian bantuan sokongan psikososial yang berpusat di CPRC. Selain itu,

saringan mental turut dijalankan ke atas kakitangan kesihatan termasuk doktor dan

frontliner.

Di peringkat lapangan pula, hospital dan klinik kesihatan, Perkhidmatan Kesihatan

Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS (Mental Health Psychosocial Support

Service) turut disediakan untuk kumpulan sasar iaitu; Person Under Surveillance atau

PUS; Individu yang dijangkiti COVID-19; Petugas kesihatan / frontliners; Petugas

Kesihatan yang melaksanakan ‘contact tracing’; Petugas Kesihatan yang terlibat

semasa COVID-19 di CPRC; Petugas daripada agensi lain yang mengendalikan

COVID-19 (Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Soalan 9, 16 Julai 2020).

KKM TERUS MEMERANGI DENGGI Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertungkus-lumus memerangi

COVID-19 namun Kementerian ini juga dalam masa yang sama berusaha dalam

memerangi denggi. Hasilnya pernurunan kes berjaya dikurangkan. Bermula Januari

sehingga 16 Julai 2020, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan adalah

sebanyak 59,860 kes dan 96 kematian akibat komplikasi demam denggi, berbanding

70,800 kes dan 104 kematian akibat komplikasi demam denggi bagi tempoh sama

tahun 2019 iaitu penurunan kes sebanyak 15.5% (10,940 kes) serta pengurangan

kematian sebanyak 7.7% (8 kematian).

Antara langkah yang telah diambil adalah dengan mewujudkan satu Jawatankuasa

Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi. Selain itu, KKM juga telah melaksanakan

inovasi dalam langkah kawalan nyamuk Aedes iaitu teknik semburan Outdoor

Residual Spray (ORS) terutama di bangunan strata dan telah menggunakan nyamuk

Aedes berWolbachia bagi mengawal transmisi penyakit bawaan nyamuk Aedes selain

Memperkasakan pasukan Communication for Behavioural Impact (COMBI) yang

merupakan agen kesihatan yang membantu KKM melaksanakan aktiviti pencegahan

dan kebersihan persekitaran di peringkat komuniti (Penyata Rasmi Dewan Rakyat,

Soalan 15, 22 Julai 2020).

(Sumber: Google Image)

Page 16: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 14

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

KEBAJIKAN KANAK-KANAK DI DEPOT TAHANAN TERJAMIN Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa

menitikberatkan hal ehwal kebajikan kanak-

kanak di Depot Tahanan Imigresen dengan

menyediakan penjagaan khas terhadap

mereka semasa dalam tahanan seperti

bekalan susu sebagai makanan tambahan.

Setiap tahanan kanak-kanak yang

ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen

juga diasingkan mengikut jantina dan umur

selain menyediakan fasiliti dan ruang yang

sesuai untuk kanak-kanak.

Dari aspek kesihatan tahanan, pihak JIM bekerjasama dengan Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menempatkan 14 orang Penolong Pegawai

Perubatan di Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara bagi memberikan rawatan

awal kepada tahanan kanak-kanak. Selain itu, KDN juga dalam proses untuk

menyediakan satu alternatif bagi memastikan kesejahteraan tahanan kanak-kanak

dengan melaksanakan projek rintis Alternative to Detention (ATD) secara berperingkat

(Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Soalan 54, 20 Julai 2020).

(Sumber: Mstar, 2015)

Page 17: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 15

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PERUNDANGAN & HAK ASASI

4 MP DISINGKIR BERSATU CABAR PELANTIKAN SPEAKER

DEWAN RAKYAT Tun Dr Mahathir Mohamad (ahli Parlimen

Langkawi), bersama empat ahli parlimen yang

disingkirkan dari Bersatu iaitu ahli Parlimen

Jerlun, Mukhriz Mahathir; ahli Parlimen

Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; ahli

Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah

dan ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md

Salleh telah mengemukakan permohonan di

mahkamah bagi mencabar pelantikan Azhar

Azizan dan Azalina di Dewan Rakyat.

Timbalan Speaker I, Mohd Rashid Hasnon dan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam

Mydin Bacha Mydin turut dinamakan sebagai defendan.

Pelantikan mereka dicabar sebagai tidak sahih dan melanggar Perlembagaan

Persekutuan atau Peraturan Tetap Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Dewan

Rakyat masih tidak menerima notis saman tersebut. (Astro Awani, 23 Julai 2020).

www.astroawani.com/berita-malaysia/dewan-rakyat-tidak-terima-notis-saman-cabar-

pelantikan-speaker-timbalan-252489

MP BUKIT GELUGOR PERLU BUKTIKAN DAKWAAN AMALAN

MAINKAN AUDIO DALAM DEWAN DIBENARKAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa

dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mengatakan amalan

membenarkan Ahli Parlimen memainkan bahan audio di dalam Dewan Rakyat pernah

berlaku dalam tahun 2007 adalah tidak berasas dan merupakan satu perbuatan

mengelirukan Dewan, yang merupakan kesalahan di bawah Peraturan 36 (12)

Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Rekod menunjukkan dakwaan tersebut tidak pernah berlaku. Oleh itu, Ramkarpal

perlu membuktikan dakwaan tersebut sebelum sidang Parlimen berakhir atau beliau

bakal dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (Bernama, 23 Julai 2020)

www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-amalan-benarkan-ahli-parlimen-mainkan-

audio-dalam-dewan-tidak-benar-takiyuddin-252408

(Sumber: Astro Awani, 2020)

Page 18: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

E D I S I K E D U A | 16

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

KERAJAAN AKAN LIHAT SEMULA PENJUALAN ARAK DI

KEDAI RUNCIT Dalam menjawab soalan mengenai tindakan kerajaan

untuk melihat semula penjualan arak di kedai-kedai

runcit, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail

Abd Muttalib memaklumkan bahawa KPKT telah

mengeluarkan surat arahan kepada semua pihak

berkuasa tempatan (PBT) bagi mengenal pasti

premis khas penjualan arak.

Selain itu, kerajaan juga berhasrat untuk terus meningkatkan penguatkuasaan ke atas

aktiviti itu. Cadangan untuk mewujudkan pasukan khas bagi memastikan undang-

undang dipatuhi seperti dalam isu dadah akan dipertimbangkan melihat kepada

kesan tabiat mabuk sama ada kepada pemandu dan pelbagai insiden melibatkan

orang awam. (Astro Awani, 23 Julai 2020).

www.astroawani.com/berita-malaysia/kpkt-arah-semua-pbt-kenal-pasti-premis-jual-arak-

tingkatkan-penguatkuasaan-252446

KERAJAAN SETUJU TERUSKAN PENGGUBALAN RUU AKTA

GANGGUAN SEKSUAL Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd

Harun berkata, kelulusan dasar melalui Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 5

Februari sudah diperoleh bagi RUU ini digubal. Namun begitu, kementerian

berpandangan kemungkinan terdapat keperluan untuk pindaan susulan dilakukan ke

atas akta lain bagi memastikan maksud dan objektif yang selari dengan peruntukan di

bawah RUU Gangguan Seksual ini apabila ia diluluskan kelak.

Kerajaan juga bakal menggubal peruntukan undang-undang untuk menguntukkan

kesalahan 'harassment' dan 'stalking' sebagai suatu kesalahan jenayah di Malaysia.

Hal ini memerlukan kepada pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah

bagi tujuan melindungi mangsa hendap, (Harian Metro, 22 Julai 2020).

www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/602639/ruu-gangguan-seksual-dibentang-akhir-

tahun

(Sumber: Google Image)

Page 19: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi

R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N | 17

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SUKAR DAPAT WARGANEGARA KERANA TIDAK DAFTAR

PERKAHWINAN

Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu)

telah bertanya di Dewan Rakyat mengenai

keperluan untuk menetapkan prosedur

operasi standard (SOP) dalam proses

permohonan kewarganegaraan yang dilihat

rumit. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk

Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata kerajaan

telah memperkenalkan SOP baharu mulai

Januari 2020 bagi mempercepatkan proses

dan meluluskan permohonan

kewarganegaraan.

Namun begitu, kerajaan tidak boleh memberi

kewarganegaraan sewenang-wenangnya

kepada setiap kanak-kanak tanpa dokumen

perkahwinan ibu bapa mereka. Oleh itu,

pasangan yang bakal berkahwin perlu mendaftarkan perkahwinan secara sah bagi

mengelakkan kesukaran kepada anak-anak untuk mendapatkan sijil kelahiran. (Astro

Awani, 23 Julai 2020)

www.astroawani.com/berita-malaysia/daftar-perkahwinan-elak-isu-masalah-status-

kewarganegaraan-anak-252450

(Sumber: Google Image)

Page 20: R I N G K A S A N P E R S I D A N G A N P A R L I M E N · Filipina dan beliau sendiri telah melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 2016 dan 2018. ... Kurikulum Kebangsaan bagi