qawaid fiqhiyyah

Upload: nur-ain

Post on 07-Mar-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kemudaratan Hendaklah di Singkirkan

TRANSCRIPT

Qawaid fidhiyyah: kemudaratan hendaklah disingkirkan

Qawaid fiQhiyyah:

kemudaratan hendaklah disingkirkan

1PENGERTIANQawaid ialah bahasa Arab kata jama dari Qaidah yang memberi erti asas rumah dan sebagainya sepertimana firman Allah swt:-

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya Ismail meninggikan binaan asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.

(Al-baqarah: 127)

2KEDUDUKAN QAWAID FIQHIYYAH DALAM PERUNDANGAN ISLAMSesungguhpun Qawaid ini sifatnya aghlabiyyah tidaklah bererti ia akan mengurangkan nilai ilmiyyahnya, menurunkan kedudukannya yang tinggi dalam fiqh dan kesannya yang besar dalam pemahaman fiqh

Jika Qawaid ini tidak wujud maka hukum-hukum fiqh akan merupakan hukum furu yang berpisah-pisah dan kadang-kadang pada akhirnya boleh menimbulkan pertentangan antara satu sama lain tanpa dasar-dasar yang dipegang dalam pemikiran, yang menerangkan alasan-alasan konkrit, yang menentukan arah perundangan dan menyediakan cara-cara mengukur dan membandingkannyaKEMUDARATAN HENDAKLAH DISINGKIRKANMerupakan kaedah keempat dalam Qawaid FidhiyyahAsas kepada kaedah ini ialah hadith Rasulullah s.a.w:- Maksudnya : Tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan

Maksud hadith tersebut ialah tidak harus seseorang melakukan kemudaratan terhadap saudaranya sama ada memulakan atau membalasKaedah ini membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna menyingkirkan kemudaratan yang telah berlaku

PERBEZAAN ANTARA MASYAQQAH(KESULITAN) DENGAN DARURAT (KEMUDARATAN)

Masyaqqah adalah suatu kesulitan yang menghendaki keperluan (hajat) tentang sesuatu apabila tidak di penuhi tidak akan membahayakan manusia.

Darurat ialah kesulitan yang jika tidak diselesaikan akan mengancam agama, jiwa, akal, keturunan atau nasab dan harta serta kehormatan manusia.PRINSIP DAN APLIKASI KAEDAH BERKAITAN KEADAAN MUDARAT

1.1Darurat menghapuskan yang dilarang

Maksud kaedah ini ialah bahawa setiap sesuatu yang dilarang pada Syara boleh bertukar menjadi harus ketika daruratMaka kaedah darurat mengharuskan yang haram itu dinamakan Rukhsah dalam ilmu Usul al-FiqhRukhsah itu mengharuskan yang diharam kerana darurat tetapi kekal pengharamannya apabila hilang darurat tersebutContoh:Harus melafaz dengan kalimah kufur ketika dipaksa di samping hati tetap berimanHarus memandang aurat kerana darurat (keperluan) seperti melakukan perubatan

61.2Sesuatu yang diharuskan kerana darurat dihadkan menurut kadar darurat sahaja

Islam mengharuskan yang dilarang ketika darurat kerana hendak menolak kemudaratan dari manusia, tetapi tidak patut bagi seorang muslim mengambil peluang untuk terus-menerus merasa selesa dan senang dengan yang haram atas alasan daruratMaka kaedah ini bermaksud setiap sesuatu yang diharuskan kerana darurat sama ada dibuat atau tidak, adalah harus sekadar yang boleh menolak kemudaratan dan tidak melebihi dari kadar ituTidak berdosa melakukan yang haram ketika darurat dengan syarat tidak menginginkan dan melampaui batas

Contoh:Keharusan seorang doktor memandang aurat wanita dibataskan sekadar hajat dan tempat-tempat yang perlu sahajaOrang gila tidak boleh dikahwinkan melebihi satu isteri kerana hajatnya sudah tercapai dengan satu sahaja

1.3Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan juga

Kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih rendah, tetapi tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan sama dengannya atau lebih memudaratkanContoh:Jika seseorang dipaksa untuk membunuh orang, dia tidak halal membunuhnya kerana pembunuhan itu menimbulkan kemudaratan yang sama atau lebih besar darinya. Tetapi kalau seseorang dipaksa minum arak kalau tidak dia akan dibunuh, maka halal baginya meminum arak itu kerana ancaman membunuh itu lebih berat daripada meminum arak.1.4Apabila dua mafsadah bertentangan, maka perhatikan mana yang lebih mudaratnya dengan memilih yang lebih ringan mudaratnya

Ertinya cara melepaskan dari pertembungan dua kemudaratan yang pasti berlaku salah satu darinya, sedangkan salah satu darinya itu besar dibandingkan dengan satu lagi, maka hendaklah memilih yang kecil dan lebih ringan dari mengambilkira aspek yang besar kerana bahayanya lebih dahsyatContoh:Fasakh akad kerana barang jualan yang aib (rosak); fasakh perkahwinan kerana kepapaanHarus membedah perut wanita yang mati bagi mengeluarkan janin apabila ada harapan janin itu masih hidup.1.5Hajat menepati seperti darurat, sama ada umum ataupun khusus hajat itu

Hajat sekiranya tidak dipenuhi akan menimbulkan kesukaran dan kesulitan, sedangkan darurat kalau tidak dipenuhi boleh membawa kepada kebinasaanMaksud kaedah ini ialah kemudahan-kemudahan Syara yang dikecualikan tidaklah terbatas dalam keadaan darurat yang amat mendesak sahaja, bahkan hajat-hajat yang martabatnya kurang dari darurat pun membolehkan kemudahan-kemudahan yang dikecualikan jugaContoh:Harus diterjemahkan nas-nas al-Quran kepada bahasa bukan Arab memandangkan betapa perlunya manusia mengetahui hukum Islam dan risalahnya yang universal untuk manusia sejagat, kerana tidak kesemua orang bukan Arab dapat menguasai bahasa al-Quran dengan baik

1.6Menolak kerosakan lebih utama dari mengambil kebaikan

Maksud kaedah ini ialah apanila bertembung mafsadah (keburukan) dengan maslahah (kebaikan), maka pada kebiasaanya hendaklah didahulukan menolak mafsadah kerana penekanan Syara kepada perkara-perkara larangan melebihi perkara-perkara yang diperintahJusteru itulah maka dimaafkan meninggalkan sebahagian yang wajib dengan sedikit masyaqqah, sedangkan tidak dibenarkan sama sekali membuat perkara yang dilarang apatah lagi dosa-dosa besar.Contoh:Berlebih-lebihan berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung adalah disunatkan ketika berwudhu, tetapi makruh bagi orang yang berpuasa kerana maslahah atau kepentingan menjaga kesahihan puasa perlu diutamakan ke atas mafsadah meninggalkan sunat berlebihan pada wudhuSekian, Terima Kasih

12