mohamad ariff bin ali lwn. siti nor aslinah lim li ming ari… · al-zarqa’, ahmad bin muhammad...

20
1 Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming [Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Permohonan No: 10400-036-0222-2013 (Y.A Tuan Mohamed Fouzi Bin Mokhtar, S.M.S, HMTS)] [17 Sya’ban 1437H bersamaan 24 Mei 2016] Undang-Undang Tatacara Mal - Permohonan Penguatkuasaan Penghakiman Kebenaran Perintah Pengkomitan - Notis Tunjuk Sebab Seksyen 151 (1) (b) (aa) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Undang-Undang Tatacara Mal Tatacara Permohonan Penguatkuasaan Penghakiman Seksyen 151 (1) (b) (aa) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Fakta Kes [1] Pemohon (P) dan Responden (R) telah bernikah pada 30 Julai 2009 di Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Selangor dan telah bercerai pada 12 Februari 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Pemohon dan Responden telah dikurniakan dua (2) orang cahaya mata di sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Anak yang pertama bernama Mohamad XXX bin Abdullah adalah anak yang tidak sah taraf kerana telah dilahirkan pada 7 Oktober 2009 manakala anak kedua bernama Siti XXX bt Mohamad Ariff adalah anak yang sah taraf kepada Pemohon dan Responden yang telah dilahirkan pada 11 Januari 2011. Mahkamah ini telah mengeluarkan suatu Penghakiman berhubung hak jagaan anak pasangan ini berdasarkan persetujuan bersama melalui Saman No.: 10400-028-0548-2012 pada 22 Julai 2012. Pada 25 April 2013, Pemohon telah memfailkan permohonan ini untuk mendapatkan suatu kebenaran daripada

Upload: buithuan

Post on 06-Feb-2018

330 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

1

Mohamad Ariff Bin Ali

lwn.

Siti Nor Aslinah Lim Li Ming

[Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,

Permohonan No: 10400-036-0222-2013 (Y.A Tuan Mohamed Fouzi Bin Mokhtar,

S.M.S, HMTS)]

[17 Sya’ban 1437H bersamaan 24 Mei 2016]

Undang-Undang Tatacara Mal - Permohonan Penguatkuasaan Penghakiman –

Kebenaran Perintah Pengkomitan - Notis Tunjuk Sebab – Seksyen 151 (1) (b) (aa)

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Undang-Undang Tatacara Mal – Tatacara Permohonan Penguatkuasaan

Penghakiman –Seksyen 151 (1) (b) (aa) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Negeri Selangor) 2003.

Fakta Kes

[1] Pemohon (P) dan Responden (R) telah bernikah pada 30 Julai 2009 di Pejabat

Agama Islam Hulu Langat, Selangor dan telah bercerai pada 12 Februari 2014 di

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Pemohon dan Responden telah

dikurniakan dua (2) orang cahaya mata di sepanjang tempoh perkahwinan

mereka. Anak yang pertama bernama Mohamad XXX bin Abdullah adalah anak

yang tidak sah taraf kerana telah dilahirkan pada 7 Oktober 2009 manakala anak

kedua bernama Siti XXX bt Mohamad Ariff adalah anak yang sah taraf kepada

Pemohon dan Responden yang telah dilahirkan pada 11 Januari 2011.

Mahkamah ini telah mengeluarkan suatu Penghakiman berhubung hak jagaan

anak pasangan ini berdasarkan persetujuan bersama melalui Saman No.:

10400-028-0548-2012 pada 22 Julai 2012. Pada 25 April 2013, Pemohon telah

memfailkan permohonan ini untuk mendapatkan suatu kebenaran daripada

Page 2: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

2

Mahkamah untuk mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab terhadap Responden dan

seterusnya menguatkuasakan perintah tersebut melalui suatu prosiding

pengkomitan berdasarkan peruntukan subperenggan 151 (1) (b) (aa) Enakmen

Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

[2] Pemohon mendakwa Responden dengan sengaja engkar melaksanakan dan

mematuhi Perintah Persetujuan tersebut berdasarkan kepada alasan-alasan

yang dinyatakan oleh Pemohon di dalam Afidavitnya. Pemohon mendakwa

dengan tindakan itu, Responden telah melanggar terma di Perenggan 1 (1.1)

dan 2 (2.1) perintah tersebut sebagaimana berikut:-

1. Mahkamah memerintahkan hak hadhanah anak yang bernama

seperti berikut:

1.1 MOHAMAD XXX BIN ABDULLAH

(No. Sijil Kelahiran/My Kid: XXXX)

(selepas ini disebut sebagai “anak lelaki tersebut”)

hendaklah diserahkan kepada Defendan (bapa)

manakala anak yang bernama iaitu:

1.2 .................................

2. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan Defendan hendaklah

diberikan hak untuk lawatan dan bersama anak lelaki tersebut

dan anak perempuan tersebut sebagaimana berikut:

2.1 Plaintif diberikan hak untuk melawat dan bersama anak

lelaki tersebut manakala Defendan diberikan hak untuk

melawat dan bersama anak perempuan tersebut

sebanyak dua (2) kali dalam sebulan bermula jam 9.00

pagi hingga jam 6.00 petang tanpa mengganggu

kebajikan anak tersebut. Plaintif dan Defendan

bersetuju untuk menjadikan Bangunan Mahkamah

Page 3: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

3

Syariah Sultan Idris Shah sebagai tempat pertemuan

bagi melaksanakan hak lawatan masing-masing

dan/atau di mana-mana tempat yang dipersetujui oleh

kedua-dua belah pihak.

2.2 ............................................................................................

2.3 ............................................................................................

2.4 ...........................................................................................

3. ........................................................................................................

4. ........................................................................................................

5. ........................................................................................................

[3] Pada 8 Oktober 2013, Mahkamah telah memberi kebenaran kepada Pemohon

untuk memulakan prosiding pengkomitan dan mengarahkan suatu Notis Tunjuk

Sebab dikeluarkan kepada Responden. Notis tersebut telah berjaya

diserahsampaikan secara kediri Peguam Syarie Responden yang telah

mengesahkan penerimaan Notis tersebut semasa sesi sebutan pada 4

Disember 2013. Seterusnya, Mahkamah telah memberi peluang kepada

Responden untuk membela diri. Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh

untuk memberikan keputusan berhubung permohonan ini.

Diputuskan

KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pemohon bersama Peguam

Syarienya, En. Mohammad Amir Nazli Bin Hj Hussin dan kehadiran Responden

bersama Peguam Syarienya, Dato’ Mohd Zaidi Bin Mohd Zain. SETELAH MENELITI

semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti

berikut:

1. Permohonan Pengkomitan Pemohon ditolak.

Page 4: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

4

Peguam Syarie

1. Peguam Pemohon : En. Muhammad Firdaus Alhadi bin Abdullah daripada

Zaidi Zain & Associates.

2. Peguam Responden : En Mohammad Amir Nazli bin Hussin daripada

Tetuan Amir Hussin & Associates.

Kitab Yang Dirujuk

1. Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-

Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’ (edit.). Cet. Keempat. Dimashq: Dar al-

Qalam.

2. Al-Binani, ‘Abd al-Rahman Jadallah. T. th. Hashiyat al-Binani ‘ala Sharh al-Mahalli.

Juz. 1. Beirut: Dar al-Fikr.

3. Wahbah al-Zuhayli. 1999. al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-Fikr.

Undang-Undang Yang Dirujuk

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 – s. 61.

2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 135, 2.

151 dan s.245,

3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s. 17 dan s.

83.

Kes Yang Dirujuk

1. Haji Azman Bin Abdul Talib lawan Suhaila Binti Ibrahim [2004] CLJ (Sya) 392.

2. Norazura Binti Mohd Radzi lwn. Nazri Bin Kamal, Kes Rayuan (Negeri Sembilan)

No. 05000-099-003-2009.

3. Zetty Binti Zabir lwn. Mohammed Rafi Bin Mohamed Yaacob, Kes Rayuan Mal

(Selangor) No.: 10000-036-011-2009.

4. Wee Choo Keong lwn. MBF Holding Bhd & Anorther [1995] 3 MLJ 549.

5. Haji Azman Bin Abdul Talib lawan Suhaila Binti Ibrahim [2004] CLJ (Sya) 392.

6. Helen Yeap Poh Sin lwn. Universal Trustee (Malaysia) Bhd [2001] 7 CLJ 414 .

Page 5: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

5

7. Shah Christirani Binti Azhar lwn. Othman Bin Talib, Kes Mal (Rayuan): 10000-036-

0006-2014.

Penghakiman Y.A Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, S.M.S, HMTS;

Sama ada Mahkamah Ini Mempunyai Bidang kuasa.

[1] Mahkamah tidak berhasrat untuk mengulas dengan panjang lebar mengenai isu ini

kerana tiada sebarang bantahan mengenainya. Mahkamah berpuashati bahawa

Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan Pemohon

ini berdasarkan subsperenggan 61 (3) (b) (xiii) Enakmen Pentadbiran Agama

Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan Mahkamah hendaklah

berbidangkuasa dalam bidangkuasa Malnya, mendengar dan memutuskan semua

tindakan dan prosiding yang berhubungan dengan perkara-perkara lain yang

berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang

bertulis. Secara khususnya bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar

permohonan Pengkomitan ini telah dijelaskan di dalam Seksyen 151 Enakmen

Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Tatacara Pengkomitan.

[2] Secara umumnya, berdasarkan pemerhatian Mahkamah, tiada tatacara yang jelas

atau khusus diperuntukkan terhadap perlaksanaan pengkomitan atas sebab

keingkaran melaksana atau mematuhi sesuatu perintah atau penghakiman di

bawah peruntukan Seksyen 151 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Negeri Selangor) 2003. Arahan Amalan No. 3 Tahun 2006 pula hanya

memperuntukkan bahawa:-

kebenaran pengkomitan hendaklah terlebih dahulu diperolehi

daripada Mahkamah Tinggi Syariah sebelum pelaksanaan

dilaksanakan menurut peruntukan seksyen 151 (1) (b) (aa) Akta /

Page 6: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

6

Enakmen / Ordinan Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri-

negeri.

[3] Namun Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di dalam kes Norazura Binti Mohd

Radzi lwn. Nazri Bin Kamal, Kes Rayuan (Negeri Sembilan) No. 05000-099-003-

2009 dan kes Zetty Binti Zabir lwn. Mohammed Rafi Bin Mohamed Yaacob, Kes

Rayuan Mal (Selangor) No.: 10000-036-011-2009 telah memberikan garis

panduan atau tatacara yang diadaptasikan dari Aturan 52 Kaedah-Kaedah

Mahkamah Tinggi 1980 (kini telah digantikan dengan Kaedah Mahkamah 2012)

atas kelompongan atau lacuna yang ada berdasarkan peruntukan subseksyen

245 (2) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Berdasarkan kepada kedua-dua kes yang dirujuk tersebut, Mahkamah

berpandangan bahawa tatacara pengkomitan di bawah peruntukan Seksyen 151

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 hendaklah

melalui prosedur sebagaimana diterangkan selepas ini.

[4] Permohonan perintah pengkomitan dibuat secara satu pihak dan permohonan

tersebut hendaklah disokong dengan Affidavit Sokongan Pemohon yang

mengandungi butiran diri Pemohon, butiran diri orang hendak dikomitkan iaitu

Responden dan alasan permohonan iaitu berkaitan terma perintah yang dilanggar

dan cara pelanggaran terma perintah tersebut jika berkaitan. Mahkamah

hendaklah menyiasat dan meneliti samada permohonan ini wajar dibenarkan

ataupun sebaliknya. Sekiranya wajar dibenarkan, Mahkamah hendaklah membuat

suatu perintah tentang kebenaran tersebut dan seterusnya mengeluarkan suatu

Notis Tunjuk Sebab (NTS) kepada Responden. Selepas itu, Mahkamah

hendaklah meneliti pembelaan Responden dan menimbangkan sama ada

Responden wajar dikomitkan ke penjara atau sebaliknya.

[5] Jika tindakan tersebut bagi kes yang berada di bawah kuasa Mahkamah Rendah

Syariah, kebenaran pengkomitan hendaklah diperolehi terlebih dahulu di

Mahkamah Tinggi Syariah dengan membuat permohonan dan Affidavit Sokongan.

Page 7: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

7

Ia selari dengan kehendak Arahan Amalan No. 3 Tahun 2006. Setelah kebenaran

pengkomitan diperolehi, permohonan untuk pengeluaran Notis Tunjuk Sebab

beserta Affidavit Sokongan yang mengandungi butiran diri Pemohon, butiran diri

orang hendak dikomitkan (R) dan alasan permohonan (terma perintah yang

dilanggar dan cara pelanggaran terma perintah tersebut) hendaklah dipohon di

Mahkamah Rendah Syariah. Selepas mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi

Syariah maka Pemohon hendaklah memohon melalui Notis dan Afidavit di

Mahkamah Rendah Syariah yang mengeluarkan Perintah tersebut untuk

mendapatkan Perintah bagi pengeluaran suatu Notis Tunjuk Sebab (NTS). Ini

adalah bersandarkan alasan-alasan berikut:-

5.1. Pertama, tiada penjelasan yang jelas samada Arahan Amalan dan kes

rayuan yang dirujuk berkaitan bagaimana prosiding pengkomitan di MRS

perlu dilaksanakan setelah kebenaran MTS diperolehi.

5.2. Kedua, MRS juga hendaklah mempunyai kuasa pengkomitan sebagaimana

MTS kerana rujukan Aturan 52 Kaedah Mahkamah Tinggi yang dirujuk di

dalam kes rayuan tersebut adalah prosedur yang digunapakai di mahkamah

tinggi sivil sedangkan peruntukan yang sama juga ada diperuntukan di

bawah Aturan 36 Kaedah Mahkamah Rendah bagi prosedur di Mahkamah

Sivil (kini kedua-dua Kaedah telah dimansuhkan dan telah digantikan dengan

Kaedah Mahkamah 2012).

5.3. Ketiga, Enakmen Tatacara Mal ini hendaklah digunapakai sama ada di MTS

mahupun MRS tanpa ada pengecualian kecuali dinyatakan dengan jelas di

dalam Enakmen tersebut secara nyata sebagaimana pemakaian

permohonan Perintah Interim yang hanya terpakai di Mahkamah Tinggi

Syariah sahaja. Oleh yang demikian, Mahkamah Rendah Syariah hendaklah

mempunyai bidangkuasa terhadap prosiding pengkomitan. Apatah lagi,

Arahan Amalan tidak menyebut kes-kes sebegini hanya boleh dibicarakan di

Page 8: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

8

MTS atau dibawah bidangkuasa MTS sahaja. Yang dinyatakan oleh Arahan

Amalan hanyalah kebenaran hendaklah diperolehi daripada MTS.

[6] Jika dirujuk kepada kes rujukan di atas, penyampaian Notis Tunjuk Sebab (NTS)

tersebut hendaklah dibuat lapan (8) hari sebelum tarikh pendengaran kes tersebut.

Walaubagaimanapun ia dilihat tidak selari dengan peruntukan berkaitannya iaitu di

dalam bab penyampaian saman atau notis sebagaimana peruntukan Seksyen 45

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 iaitu dua hari

genap melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya. Oleh itu, tempoh

penyerahan yang sesuai dikuatkuasakan adalah dua (2) hari sebelum tarikh

pendengaran kes sebagaimana diperuntukan. Sekiranya Responden tidak hadir

pada mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah, suatu waran tangkap

boleh dikeluarkan kepadanya. Jika kehadiran Responden berdasarkan waran

tangkap, maka suatu jaminan wajar dikeluarkan kepada Responden untuk

mempastikan kehadirannya pada tarikh yang akan datang. Hakim Bicara juga

boleh menangguhkan prosiding dari masa ke semasa mengikut keperluan.

[7] Prosiding bagi kes pengkomitan ini hanya boleh dijalankan dengan kehadiran

Responden sahaja dan hanya boleh dikomitkan setelah Responden diberi peluang

membela dirinya berdasarkan alasan bahawa prosiding pengkomitan hendaklah

dijalankan secara lebih berhati-hati dan waspada sebagaimana pandangan di

dalam kes Helen Yeap Poh Sin lwn. Universal Trustee (Malaysia) Bhd., (2001) 7

CLJ 414 yang menyatakan kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan seseorang ke

penjara kerana kegagalan mematuhi perintah Mahkamah perlu dijalankan dengan

berhati-hati.” Begitu juga dengan pandangan Hakim Bicara di dalam kes Haji

Azman Bin Abdul Talib lawan Suhaila Binti Ibrahim [2004] CLJ (Sya) 392, Hakim

Abdul Rahman Yunus telah memakai prinsip Mahkamah Sivil sewaktu

membebaskan Respondan dari perintah komital kerana kegagalan mematuhi

perintah mahkamah dengan menyatakan kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan

seseorang ke penjara kerana kegagalan mematuhi perintah Mahkamah perlu

dilaksanakan dengan penuh berhati-hati.”

Page 9: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

9

Asas Kebenaran dan Pengeluaran Notis Tunjuk Sebab.

[8] Pemohon telah memfailkan permohonan ini untuk mendapatkan kebenaran

pengkomitan terhadap Responden kerana ingkar melaksanakan Perintah

bertarikh 23.07.2012. Sebelum Mahkamah meluluskan permohonan Pemohon

ini, Mahkamah hendaklah meneliti dan telah mengambil kira perkara-perkara

berikut:-

8.1. Pertama, Perintah yang dilanggar hendaklah suatu Perintah yang sah dan

Ini bersesuaian dengan penghakiman kes di Mahkamah Tinggi Syariah

Pahang iaitu kes Haji Azman Bin Abdul Talib lwn Suhaila Binti Ibrahim

[2004] CLJ (Sya) 392, yang mana Hakim Bicara telah menolak

permohonan Pemohon untuk mengkomitkan Responden ke penjara

kerana gagal menyerahkan anak kepada Pemohon untuk anak bersama

Pemohon selama 2 hari setiap minggu. Antara alasan Mahkamah

menolak kes tersebut ialah tidak jelas ketetapan Perintah yang dilanggar

dan tidak ada serahan perintah asal kepada Responden. Di dalam

permohonan ini, Mahkamah dapati bahawa Perintah yang didakwa

dilanggar oleh Responden ini telah dikeluarkan oleh Mahkamah ini melalui

Saman No.: 10400-028-0548-2012 bertarikh 23.07.2012 berdasarkan

salinan Perintah bersih yang dikemukakan di dalam ekshibit “MAA-4”.

8.2. Kedua, Perintah tersebut hendaklah telah disampaikan kepada

Responden jika Responden atau Peguam Syarienya tidak hadir semasa

keputusan diputuskan. Ini bersesuaian dengan peruntukan Seksyen 135

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang

menyatakan:

135. (1). Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang

menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa

perbuatan, selain pembayaran wang, hendaklah menyatakan

Page 10: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

10

masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan,

dan jika masa tidak dinyatakan sedemikian, perbuatan itu

hendaklah dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh

penghakiman atau perintah itu.

(2). Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu

hadir sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya semasa

penghakiman atau perintah diberikan atau dibuat, maka

salinan penghakiman atau perintah itu tidaklah perlu

disampaikan kepadanya.

(3). Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu

tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tiada prosiding untuk

penangkapan atau pengkomitannya boleh diambil melainkan

jika suatu salinan penghakiman atau perintah itu yang

diendorskan dengan notis dalam Borang MS 28 telah

disampaikan kepadanya.

8.3. Hal ini selari dengan pandangan Hakim Lamin, Chong Siew Fai dan Wan

Adnan dalam kes Wee Choo Keong lwn. MBF Holding Bhd & Anor [1995]

3 MLJ 549 iaitu:

”Seseorang itu akan dianggap sebagai melakukan

penghinaan Mahkamah akibat ketidakpatuhan suatu perintah

Mahkamah, jika kelakuan menghina yang dikatakan itu

berlaku selepas perintah Mahkamah tersebut dibuat atas

pengetahuan pesalah atau selepas penyampaian

perintah tersebut kepadanya, maka masa bila kelakuan

yang dikatakan itu telah dibuat adalah sangat penting.”

Page 11: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

11

8.4. Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, hlm. 120 dan

al-Binani dalam kitabnya Hashiyat al-Binani ‘ala Sharh al-Mahalli. Juz.

1, hlm. 60 menyatakan dalam ilmu usul fiqh, antara salah satu definisi

hukum ialah kata-kata Allah S.W.T yang berkaitan dengan perbuatan

mukallaf secara tuntutan (al-iqtida’). Al-iqtida’ membawa maksud satu

tuntutan, sama ada tuntutan untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu.

Tuntutan ini sama ada dalam bentuk mesti (ilzam) atau bentuk diberi

keutamaan (al-tarjih). Mahkamah mengqiyaskan maksud tuntutan dalam

ilmu usul fiqh dengan tuntutan dalam undang-undang tatacara mal

bahawa tuntutan penyerahan perintah dalam kes ini adalah suatu yang

mesti dan ia bukan satu pilihan kepada Pemohon yang membolehkan ia

dilakukan atau ditinggalkan tanpa ada keutamaan salah satu daripada

kedua-duanya. Oleh itu, ia membawa erti bahawa hukum menyampaikan

perintah tersebut kepada Responden adalah suatu tuntutan yang mesti

(ilzam) dilakukan oleh Pemohon jika semasa pengeluaran perintah

tersebut Pemohon hanya hadir bersendirian tanpa ada bersamanya

Responden.

Setelah meneliti perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah ini, Mahkamah

dapati semasa kes tersebut, Responden didapati hadir mendengar

keputusan yang dibacakan oleh Hakim Bicara bersama Pemohon kerana

ia merupakan suatu Perintah Persetujuan yang diperintahkan oleh

Mahkamah. Oleh yang demikian, ianya telah memenuhi syarat yang telah

ditetapkan oleh undang-undang berdasarkan subseksyen 135 (2)

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

8.5. Ketiga, Mahkamah hendaklah meneliti terlebih dahulu sama ada

Responden telah melanggar terma perintah yang telah diperintahkan atau

sebaliknya sebagaimana dijelaskan selepas ini.

Page 12: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

12

Sama ada Responden telah melanggar Perintah berkaitan Hak Lawatan Anak.

8.6. Di dalam Perintah Persetujuan bertarikh 23 Julai 2012 tersebut, Pemohon

telah diberikan hak jagaan ke atas anak yang bernama Mohamad XXX bin

Abdullah dan hak lawatan dan bersama dengan anak yang bernama Siti

XXX bt Mohamad Ariff sebagaimana di nyatakan di dalam Perintah

tersebut seperti berikut-

1. Mahkamah memerintahkan hak hadhanah anak yang

bernama seperti berikut:

2.

2.1 MOHAMAD XXX BIN ABDULLAH

(No. Sijil Kelahiran/My Kid: XXX)

(selepas ini disebut sebagai “anak lelaki tersebut”)

hendaklah diserahkan kepada Defendan (bapa)

manakala anak yang bernama iaitu:

2.2 ............................

3. Mahkamah memerintahkan Plaintif dan Defendan hendaklah

diberikan hak untuk lawatan dan bersama anak lelaki tersebut

dan anak perempuan tersebut sebagaimana berikut:

3.1 Plaintif diberikan hak untuk melawat dan bersama anak

lelaki tersebut manakala Defendan diberikan hak untuk

melawat dan bersama anak perempuan tersebut

sebanyak dua (2) kali dalam sebulan bermula jam 9.00

pagi hingga jam 6.00 petang tanpa mengganggu

kebajikan anak tersebut. Plaintif dan Defendan

bersetuju untuk menjadikan Bangunan Mahkamah

Syariah Sultan Idris Shah sebagai tempat pertemuan

bagi melaksanakan hak lawatan masing-masing

Page 13: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

13

dan/atau di mana-mana tempat yang dipersetujui oleh

kedua-dua belah pihak.

3.2 ............................................................................................

3.3 ............................................................................................

3.4 ...........................................................................................

4. ........................................................................................................

5. ........................................................................................................

6. Mana-mana pihak melanggari terhadap perjanjian ini boleh

dianggap melakukan PENGHINAAN TERHADAP MAHKAMAH.

8.7. Pemohon mendakwa bahawa Responden telah sengaja ingkar mematuhi

terma-terma Perintah 1 (1.1) dan 2 (2.1) di atas kerana Responden gagal

memberi hak jagaan anak lelaki tersebut kepada Pemohon dan

Responden menafikan hak Pemohon untuk melawat dan bersama anak

perempuan tersebut. Ia adalah berdasarkan beberapa kali percubaan

Pemohon untuk mendapatkan haknya tersebut di rumah Responden pada

1 Februari 2013, 20 Februari 2013, 1 Mac 2013, 9 Mac 2013, 13 Mac

2013 dan 14 Mac 2013.

8.8. Mahkamah berpuashati bahawa wujud perlanggaran Perintah tersebut

berdasarkan alasan bahawa apabila dakwaannya Perenggan 1 (1.1) dan 2

(2.1) Perintah tersebut telah tidak dilaksanakan berdasarkan berat sangka

Mahkamah kerana anak-anak tersebut dijaga oleh Responden kerana

tiada unsur penyerahan anak lelaki tersebut kepada Pemohon dan

penafian hak lawatan dan bersama ke atas anak perempuan tersebut. Ini

bersesuaian dengan kaedah fiqh telah disepakati oleh ulama dan

dinyatakan dalam kitab karangan al-Zarqa’ iaitu Sharh al-Qawaid al-

Fiqhiyyah, hlm. 87 menjelaskan:

العدم األصل

Page 14: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

14

Bermaksud: Asal sesuatu itu tiada.

[9] Setelah berpuashati bahawa Perintah tersebut dilanggar oleh Responden,

Mahkamah telah memberikan kebenaran kepada Pemohon dan memerintahkan

suatu Notis Tunjuk Sebab (NTS) dikeluarkan dan diserahkan kepada Responden

secara kediri untuk membela diri daripada dikenakan tindakan pengkomitan

kerana sengaja engkar atau cuai atau melanggar Perenggan 1 (1.1) dan 2 (2.1)

Perintah Mahkamah bertarikh 23 Julai 2012 bersama dengan Perintah Kebenaran

Pengkomitan kerana kes berkaitan adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah

Tinggi Syariah. Responden telah menerima NTS tersebut berdasarkan pengakuan

Responden semasa prosiding pada 4 Disember 2013. Responden kemudiannya

telah memfailkan Afidavit Jawapan pada 26 Mei 2014 bagi membela dirinya.

[10] Berhubung kaedah pembelaan secara Afidavit ini, adalah diakui bahawa

Pembelaan Responden lebih baik dibuat secara lisan dan Hakim Bicara

hendaklah menjalankan siasatan terhadap Responden secara “inquistorial” dan

mempunyai kuasa budi bicaranya membenarkan Responden disoal oleh

Pemohon dan/atau Peguamnya sendiri di dalam membantu siasatan Mahkamah.

Namun kaedah Pembelaan Responden secara Affidavit juga boleh diterima

sekiranya Hakim Bicara merasakan adalah munasabah baginya untuk

pembelaan Responden dibuat sedemikian dengan syarat kandungan Afidavit

hendaklah berkisar kepada pembelaan terhadap Notis tunjuk Sebab tersebut

serta Hakim Bicara boleh membenarkannya dan disoal-balas dan disoal-semula

oleh pihak-pihak termasuklah Hakim Bicara itu sendiri. Kaedah ini telah diulas

dan disahkan oleh Panel Rayuan di dalam kes Shah Christirani Binti Azhar lwn.

Othman Bin Talib, Kes Mal (Rayuan): 10000-036-0006-2014 di mana Panel

Rayuan menyatakan prosedur yang digunakan adalah sebagaimana berikut-

[20] Namun bagi memuaskan hati semua pihak kami menyatakan

pendirian di sini berdasarkan alasan penghakiman Hakim

Page 15: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

15

Bicara dalam mengulas isu sama ada tatacara pengkomitan di

bawah seksyen 151 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah

Selangor 2003 di muka 347 hingga 355 adalah betul dan selari

dengan beberapa panduan dan prinsip-prinsip yang telah

Mahkamah Rayuan putuskan dalam kes Norazura Binti Mohd

Radzi lwn. Nazri Bin Kamal, Kes Rayuan (Negeri Sembilan) No.:

05000-099-003-2009 dan kes Zetty Binti Zabir lwn. Mohammed

Rafi Bin Mohamed Yaacob, Kes Rayuah Mal (Selangor) No.:

10000-036-011-2009. Dalam kes-kes tersebut kami telah

memberikan garis panduan atau tatacara yang diadaptasikan dari

Aturan 52 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 yang boleh

diamalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Kami tidak berhasrat

mengulangi panduan-panduan tersebut kali ini kerana pihak-pihak

telah merujuk kes-kes tersebut dalam hujahan masing-masing.

[11] Berdasarkan kepada Pemeriksaan Balas terhadap Responden, adalah jelas

menunjukkan bahawa anak lelaki tersebut masih berada dalam jagaannya

sehingga kini. Sebelum Mahkamah melihat dengan lanjut mengenai isu ini,

Mahkamah akan mengulas mengenai kedudukan anak lelaki terlebih dahulu dari

aspek hubungannya dengan Pemohon dan Responden. Anak lelaki tersebut

dilahirkan pada 7 Oktober 2009 dan Pemohon dan Responden telah berkahwin

pada 30 Julai 2009. Fakta ini diakui sendiri oleh Pemohon di dalam Afidavit

Sokongannya bertarikh 25 April 2013. Ini bermakna anak lelaki ini telah dilahirkan

selepas tiga (3) bulan Pemohon dan Responden berkahwin. Dalam istilah

syaraknya, anak lelaki ini adalah anak yang tidak sah taraf.

[12] Di dalam mengulas mengenai isu anak tidak sah taraf ini, Anak tak sah taraf

dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina1 yang bermaksud anak zina atau

anak luar nikah (suatu ketika dahulu masyarakat di kampung menggelarkannya

sebagai anak gampang). Berdasarkan perbincangan para fuqaha’ tentang nasab

1 Hans Wehr, A Dictionary of Modern Written Arabic, Library Du Liban, Beirut, 1980.

Page 16: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

16

seseorang anak, secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa anak zina adalah

merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan dari perkahwinan

yang sah atau pun persetubuhan syubhah.2

[13] Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermuzakarah pada 10 Jun 2003

bersetuju mendefinisikan anak tak sah taraf seperti berikut:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah samada akibat zina atau

rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah…

2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut

taqwim qamariah daripada tarikh akad nikah.

Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

mendefinisikan “tak sahtaraf”, berhubungan dengan seseorang anak, ertinya

dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah. Ini bererti

bahawa pengertian anak tak sah taraf dalam semua Undang-Undang Keluarga

Islam di Selangor selaras antara satu sama lain dan selari dengan pandangan

para fuqaha sepertimana yang terkandung dalam kebanyakan kitab-kitab fiqh

lama dan baru

[14] Terdapat perbezaan pendapat mengenai anak zina yang dilahirkan tanpa firash,

maksudnya ibu kepada anak tersebut tidak berada dalam ikatan perkahwinan.

Jumhur ulama’ berpendapat bahawa tidak harus disambungkan nasab anak zina

dengan bapa biologinya. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada

25 Jun 1998, yang memutuskan seperti berikut:

2 Al-Nasab wa Atharuhu, Muhammad Yusuf Musa, Edisi 2, Dar al-Ma’rifah, Kaherah 1967, hal. 7-20.

Persetubuhan syubhah adalah merujuk kepada persetubuhan oleh lelaki dan perempuan yang menyangka mereka

adalah suami isteri yang sah. Lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al- Syariah al-

Islamiyyah, Dr. Abd. Karim Zaydan, Vol. 9, Muassasah al-Risalah, t.tp, t.t, hal. 341-344.

Page 17: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

17

“Anak tak sah taraf tidak terputus hubungan keturunan dengan

ibunya . Oleh itu kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu

sama lain. Jika ibu meninggal dunia, maka dia berhak mewarisi

pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain. Begitu juga

sekiranya anak tak sah taraf itu meninggal dunia terlebih dahulu,

ibunya berhak mewarisi pusaka ”.

“Seseorang anak tak sah taraf adalah terputus hubungan daripada

segi pusaka dengan bapanya tak sah taraf dan dia tidak menjadi

ahli waris dan tidak berhak mewarisi pusaka bapanya dan

sebaliknya.”

Rasulullah s.a.w bersabda:

الولد للفراش وللعاهر الحجر )رواه مسلم(

Maksudnya: Anak luar nikah itu adalah hak ibunya dan bagi

bapa (penzina) adalah batu sahaja.

[15] Daripada hadis ini jelas bahawa anak yang dilahirkan sebab penzinaan adalah

dinasabkan kepada ibunya dan bapa penzina atau perogol tidak mendapat apa-

apa. Dari aspek penjagaan, menurut Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan,

penjagaannya adalah dipertanggungjawabkan pada ibu atau saudara mara

sebelah ibunya. Ini kerana, tiada bukti yang boleh disabitkan siapakah sebenarnya

lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Ia selari dengan peruntukan

Seksyen 86 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

yang menyatakan bahawa penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah semata-

mata pada ibu dan saudara mara ibu.

[16] Jelaslah di sini bahawa, hukum syarak dan undang-undang telah menetapkan

bahawa penjagaan anak yang tidak sah taraf adalah kepada ibunya dan saudara

Page 18: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

18

mara sebelah ibu. Oleh kerana Responden adalah seorang yang muallaf dan tidak

mendalami hukum Islam dengan sebaiknya, perjanjian persetujuan yang dibuat

semasa Majlis Sulh tersebut tidak dipandu oleh Hukum Syarak dan undang-

undang. Ini menunjukkan perjanjian persetujuan tersebut adalah bertentangan

dengan Hukum Syarak dan undang-undang.

[17] Mahkamah merujuk satu kaedah fiqh yang menjelaskan bahawa احلكم يتبع املصلحة

yang bermaksud “hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh”. Kaedah الراجحة

ini menjelaskan walaupun kadangkala pada zahirnya didapati ada kerugian

kepada sesuatu perbuatan, namun kesudahannya atau hakikatnya terdapat

kemaslahatan yang kuat dan rajih. Walaupun Pemohon mendapat kerugian

kerana tidak dapat memelihara anak lelaki tersebut, Pemohon harus memahami

terdapat satu kemaslahatan yang kukuh disebalik hukum syarak dan undang-

undang menetapkan bahawa anak tidak sah taraf hendaklah dinasabkan kepada

ibunya.

[18] Selain itu, Mahkamah merujuk satu lagi kaedah fiqh yang berbunyi ما ثبت بالشرع مقدم

yang bermaksud “apa yang sabit dengan syarak didahulukan على ما ثبت بالشرط

daripada sabit dengan syarat”. Kaedah ini membawa maksud, sesuatu atau apa

sahaja yang telah ditetapkan menurut syarak didahulukan atau diutamakan

daripada apa yang ditetap melalui syarat. Yang mana antara lain juga, ketetapan

yang berasal dan bersumber daripada jalan serta kaedah syarak itu seharusnya

didahulukan dari sesuatu amalam dan pelaksanaannya daripada apa yang

ditetapkan atau daripada ketetapan yang terbentuk daripada syarat-syarat yang

dibuat oleh manusia. Di dalam kes ini, walaupun ketetapan telah dibuat oleh

pihak-pihak melalui Majlis Sulh, tetapi ketetapan tersebut adalah tidak sabit

menurut syarak. Ia jelas bertentangan dengan hukum syarak dan hukum syarak

hendaklah diutamakan dalam perkara itu.

Page 19: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

19

[19] Jika diteliti semula Perintah tersebut di atas, Mahkamah dapati tiada sebarang

tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Mahkamah ini bagi penyerahan anak

tersebut. Oleh itu, elemen yang dikehendaki oleh perenggan 151 (1) (a) Enakmen

Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 itu tidak dipenuhi iaitu berkaitan

elemen masa pelaksanaan yang tidak dinyatakan secara spesifik di dalam Perintah

tersebut. Ini bermaksud, untuk Mahkamah menganggap bahawa Responden telah

melanggar Perintah tersebut, Responden hendaklah didapati enggan atau cuai atau abai

melaksanakan perintah tersebut di dalam masa yang dinyatakan di dalam Perintah

tersebut sebagaimana kehendak frasa ”perintah supaya melakukan sesuatu perbuatan

dalam masa yang dinyatakan dalam penghakiman atau perintah itu enggan atau abai

melakukannya dalam masa itu”.

Ini bermakna Pemohon tidak boleh melaksanakan dan menguatkuasakan Perintah

Mahkamah tersebut melalui prosiding pengkomitan ini kecuali dengan adanya

Perintah yang menetapkan masa untuk perlaksanaan Perintah tersebut. Ini juga

bermakna, tanpa perintah berkaitan masa tersebut, Pemohon hanya boleh

melaksanakan dan menguatkuasakan Perintah tersebut melalui lain-lain kaedah

pelaksanaan dan Penguatkuasaan Perintah selain prosiding pengkomitan

sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang sediaada.

[20] Selanjutnya, mengenai pelanggaran Perenggan 2 (2.1) Perintah Persetujuan

tersebut, Pemohon menyatakan bahawa Responden menafikan haknya untuk

melawat anak perempuan tersebut. Berdasarkan kepada kejadian-kejadian yang

berlaku, Pemohon telah berusaha untuk menjalankan hak lawatan itu dengan telah

pergi ke rumah Responden untuk melawat anak perempuan tersebut. Di dalam

Perenggan 2 (2.1) Perintah Persetujuan tersebut ada menyatakan bahawa tempat

pertemuan adalah di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah dan/atau di

mana-mana tempat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Berdasarkan kejadian

yang bertarikh 1 Februari 2013, 20 Februari 2013, 1 Mac 2013, 9 Mac 2013, 13

Mac 2013 dan 14 Mac 2013, Pemohon telah berusaha untuk mendapatkan haknya

Page 20: Mohamad Ariff Bin Ali lwn. Siti Nor Aslinah Lim Li Ming Ari… · Al-Zarqa’, Ahmad bin Muhammad bin Uthman. 1996M/1417H. Sharh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Mustafa Ahmad al-Zarqa’

20

melawat anak perempuan tersebut di rumah Responden dan bukannya di

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah.

[21] Begitu juga, tiada sebarang keterangan yang menunjukkan terdapat persetujuan

kedua-dua belah pihak agar hak lawatan tersebut dibuat di tempat lain selain

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah tersebut. Pemohon menjelaskan

bahawa lawatan tidak boleh dibuat di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris

Shah kerana ia tidak lagi praktikal kerana komunikasi Pemohon dengan

Responden telah terputus. Mahkamah tidak dapat memastikan jenis komunikasi

yang dinyatakan oleh Pemohon tersebut kerana Pemohon boleh dan mengetahui

alamat kediaman rumah Responden. Ini juga merupakan satu komunikasi kerana

mengetahui kedudukan di mana Responden berada.

[22] Kehadiran Pemohon ke rumah Responden pada kejadian-kejadian tersebut

bertujuan untuk melawat anak perempuan tersebut di rumah bukannya untuk

berbincang mengenai hak lawatan berasama anak perempuan tersebut. Walaupun

Pemohon mendakwa Responden mengetahui kehadiran Pemohon pada ketika itu,

Mahkamah berpuashati dengan pembelaan Responden bahawa terdapat

beberapa kejadian yang menunjukkan Responden tiada di rumah, dan tiada

sebarang perbincangan awal dimulakan oleh Pemohon dengan Responden. Oleh

itu, Mahkamah tidak boleh menganggap bahawa Responden telah melanggar

Perenggan 2 (2.1) Perintah Persetujuan tersebut.

Keputusan

KES ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pemohon bersama Peguam

Syarienya, En. Mohammad Amir Nazli Bin Hj Hussin dan kehadiran Responden

bersama Peguam Syarienya, Dato’ Mohd Zaidi Bin Mohd Zain. SETELAH MENELITI

semua kertas kausa, keterangan dan hujahan, MAKA ADALAH DIHAKIMKAN seperti

berikut:

1. Permohonan Pengkomitan Pemohon ditolak.