ainisram bin ramli - jakess.gov.my bin... · 1. sheikh ahmad bin sheikh muhammad al-zarko, syarah...

20
1 Ainisram Bin Ramli lwn. Norliah Binti Misnan [Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam (YA Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS) 2 Jamadilakhir 1435 H bersamaan 2 April 2014 M] [ Kes Mal No. : 10200-011-0233-2013 ] Undang-undang Keluarga Islam -Permohonan poligami- Samada memenuhi peruntukan Seksyen 23 (5) (a), (b), (c) dan (d) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. FAKTA KES Plaintif (P), Ainisram Bin Ramli (K/P : 740709-10-5269) tinggal dan menetap di alamat di JKR 3065, No. 5, Aras 14, Kuartes SUK, Jalan Damai 16/2, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Defenden (D), Norliah Binti Misnan (K/P: 810401-10-5378) juga tinggal dan menetap di alamat yang sama dengan alamat P adalah merupakan isteri yang sah kepada P.Mereka telah bernikah pada 9hb. Julai 2005 dan telah dikurniakan seramai 3 orang cahayamata yang terdiri daripada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Pada 2hb. Mei 2013, P telah memfailkan satu permohonan poligami di bawah Seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003[EUUKIS 2003] bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah bagi dirinya untuk menikahi seorang wanita bernama Aisha Binti Mohd Ghazali (K/P: 800503-03-5308) yang beralamat di No. 23, Jalan Gombak Ria 2, Taman Gombak Ria, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan berdasarkan kepada alasan pihak isteri sedia ada tidak mampu memenuhi tuntutan batin dengan alasan tiada keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri dan bakal isteri akan menjaga anak P dan D.

Upload: doankhuong

Post on 04-Apr-2019

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Ainisram Bin Ramli

lwn.

Norliah Binti Misnan

[Dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di Shah Alam (YA Tuan Salehan Haji Yatim,

HMTS) 2 Jamadilakhir 1435 H bersamaan 2 April 2014 M]

[ Kes Mal No. : 10200-011-0233-2013 ]

Undang-undang Keluarga Islam -Permohonan poligami- Samada memenuhi peruntukan

Seksyen 23 (5) (a), (b), (c) dan (d) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri

Selangor) 2003.

FAKTA KES

Plaintif (P), Ainisram Bin Ramli (K/P : 740709-10-5269) tinggal dan menetap di alamat

di JKR 3065, No. 5, Aras 14, Kuartes SUK, Jalan Damai 16/2, Seksyen 16, 40200 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan. Defenden (D), Norliah Binti Misnan (K/P: 810401-10-5378) juga tinggal

dan menetap di alamat yang sama dengan alamat P adalah merupakan isteri yang sah kepada

P.Mereka telah bernikah pada 9hb. Julai 2005 dan telah dikurniakan seramai 3 orang cahayamata

yang terdiri daripada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Pada 2hb. Mei 2013, P telah memfailkan satu permohonan poligami di bawah Seksyen 23

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003[EUUKIS 2003] bagi

mendapatkan kebenaran Mahkamah bagi dirinya untuk menikahi seorang wanita bernama Aisha

Binti Mohd Ghazali (K/P: 800503-03-5308) yang beralamat di No. 23, Jalan Gombak Ria 2,

Taman Gombak Ria, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan berdasarkan kepada alasan pihak

isteri sedia ada tidak mampu memenuhi tuntutan batin dengan alasan tiada keinginan untuk

melakukan hubungan suami isteri dan bakal isteri akan menjaga anak P dan D.

2

Pada mulanya D tidak bersetuju dengan tuntutan P dan telah menyatakannya secara lisan

kepada Mahkamah ini pada perbicaraan bertarikh 10hb. Julai 2013. Mahkamah telah

mengarahkan D memfailkan Pernyataan Pembelaan dan hendaklah difailkan ke Mahkamah ini

dalam tempoh 14 hari. Namun begitu, pada perbicaraan bertarikh 24hb. September 2013 D telah

bersetuju dengan permohonan P untuk berpoligami.

Keterangan Bakal Wali bernama Mohd Ghazali Bin Abdullah (K/P : 520423-03-5379)

telah dibuat pada 27hb. November 2013. Keterangan D diambil sekali lagi pada 17hb. Februari

2014. P dalam kes ini juga tidak mengemukakan saksi dan hanya bergantung kepada keterangan

lisan dan dokumentar yang dikemukakan semasa perbicaraan manakala D pula tidak

mengemukakan saksi mahupun keterangan dokumentar. Oleh itu, Mahkamah akan menilai dan

membuat keputusan sama ada P memenuhi kehendak seksyen 23 (5) (a-d) EUUKIS 2003

sebelum suatu kebenaran berpoligami dikeluarkan oleh Mahkamah berdasarkan keterangan dan

pliding yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

DIPUTUSKAN

SETELAH MAHKAMAH meneliti Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 2hb.

Mei 2013 DAN keterangan lisan yang dikemukakan oleh pihak-pihak di dalam perbicaraan

bertarikh 10hb. Julai 2013, 24hb. September 2013, 27hb. November 2013, 17hb. Februari 2014

SERTAsemua dokumen sokongan yang dikemukakan, MAKA DENGAN INI

MEMUTUSKAN DAN MEMERINTAHKANseperti berikut:

1. Mahkamah menolak permohonan untuk berpoligami oleh pihak Plaintif.

2. Sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan ini, Plaintif boleh memfailkan Notis Rayuan

dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh hari ini.

3

PEGUAM SYARIE

Plaintif : tidak diwakili.

Defendan : tidak diwakili.

DALIL AL-QURAN YANG DIRUJUK

1. Surah An-Nisa’: ayat 3 dan 129.

2. Surah At-Thaalaq : ayat 7.

KITAB - KITAB YANG DIRUJUK

1. Sheikh Ahmad bin Sheikh Muhammad al-Zarko, Syarah Qawaid Fiqhiyyah,Dar Al-Qalam

: Damsyik.

2. Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2005, Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur.

3. Imam Abu Daud, Sunan Abu Daud, Jilid Kompilasi Penuh, Cetakan Ketiga, 2007, Darul

Kutub Al-Ilmiyyah.

UNDANG – UNDANG YANG DIRUJUK

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, s. 61 (3) (b) (i).

2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, s. 4, s. 23 (5), s.62, s.

73

3. ArahanAmalan No. 14 Tahun2006.

KES-KES YANG DIRUJUK

4

1. Mohidin Bin Ibrahim lwn. Hanita Binti Abdul Karim, Kes Mal MTS Seremban No.:

05100-011-0242-2006.

2. Aishah Binti Abdul Rauf lwn. Wan Mohd Yusof Bin Wan Othman, JH 7 (2).

3. Noor Kamal Bin Mohammad lwn. Rusnah Bt Drauh, Kes Rayuan Mal MRyS Melaka No. :

04000-011-0003-2011.

4. Rajamah bte Mohamad lwn. Abdul Wahab bin Long(1991) 8 JH 171.

PENGHAKIMAN Y.A TUAN SALEHAN BIN HAJI YATIM, HMTS.

1. Terdapat dua (2) isu utama yang Mahkamah perlu beri ulasan di dalam membuat

keputusan bagi kes ini iaitu :

i. Samada Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar, membicara dan

memutuskan kes ini ; dan

ii. Samada P memenuhi kriteria subseksyen 23 (5) (a-d) EUUKIS 2003.

Isu Pertama : Bidangkuasa Mahkamah

2. Tuntutan yang dibuat oleh P di dalam kes ini adalah untuk mendapatkan kebenaran

Mahkamah untuk berpoligami dengan seorang yang bernama Aisha Binti Mohd Ghazali di

bawah peruntukan Seksyen 23 EUUKIS 2003. Bidangkuasa Mahkamah ini terhadap

tuntutan yang dibuat oleh P adalah tertakluk kepada Subseksyen 61 (3) (b) (i) Enakmen

Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003[EPAINS 2003] iaitu :

“(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan

dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah

orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan-

5

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran

perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-

apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;”

3. Bidangkuasa eksklusif ini diperincikan lagi oleh Arahan Amalan No 14 Tahun 2006yang

menyatakan berkenaanKuasa Membicarakan Kes Poligami Di Bawah Seksyen 23

Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri seperti berikut :

“....bidangkuasa membicarakan kes poligami dan pengisytiharan peruntukan

dan pembahagian harta sepencarian dan perkara-perkara lain yang berkaitan

di bawah Seksyen 23 Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam

Negeri-Negeri hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah.”

4. Bagimenentukan samada tuntutan P ini menepati tatacara yang ditetapkan atau sebaliknya,

Mahkamah merujuk Seksyen 23 EUUKIS 2003 yang memperuntukkan :

“(1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh,

secara dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis

daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan

perempuan lain.

(2) ……

(3) ……

(4) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah

mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar

menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu

dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-

butir komitmennya dan kewajipan tanggungan kewangannya yang patut

ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan

menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang

dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-

6

isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap

perkahwinannya itu.”

5. Berdasarkan alamat tempat tinggal P serta dokumen salinan Kad Pengenalan P yang

difailkan bersama Saman dan Pernyataan Tuntutan jelas telah mematuhi syarat yang

diperuntukkan di dalamSeksyen 4 EUUKIS 2003iaitu:

“Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyatanya selainnya,

Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri

Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Negeri

Selangor tetapi tinggal di luar negeri itu.”

6. Oleh yang demikian, berdasarkan peruntukkan Subseksyen 61 (3) (b) (i) EPAINS 2003,

Arahan Amalan No 14 Tahun 2006 serta Seksyen 4 dan 23 EUUKIS 2003, Mahkamah

berpuashati bahawa Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar, membicara dan

memutuskan kes ini.

Isu Kedua : Samada P Memenuhi Kriteria Subseksyen 23 (5) (A-D) EUUKIS 2003

7. Hak bagi seorang lelaki untuk berpoligami adalah berasaskan kepada Hukum Syarak dan

ayat Al-Quran dari surah Al-Nisa’, ayat 3 yang menunjukkan syarat utama untuk

berpoligami adalah seorang suami itu hendaklah seorang yang mampu dan adil. Firman

Allah S.W.T yang berbunyi :

÷÷β Î) uρ ÷ΛäøÿÅz �ωr& (#θ äÜ Å¡ ø)è? ’ Îû 4‘uΚ≈ tG u‹ ø9$# (#θ ßsÅ3Ρ$$sù $tΒ z>$sÛ Ν ä3 s9 z ÏiΒ Ï!$|¡ ÏiΨ9$# 4o_÷W tΒ

y]≈ n=èO uρ yì≈ t/ â‘uρ ( ÷β Î*sù óΟ çFøÿÅz �ωr& (#θ ä9ω÷ès? ¸ο y‰Ïn≡ uθ sù ÷ρr& $tΒ ôMs3 n=tΒ öΝ ä3 ãΨ≈ yϑ ÷ƒ r& 4 y7Ï9≡sŒ #’oΤ÷Šr&

�ωr& (#θ ä9θ ãès? ∩⊂∪

7

Bermaksud :

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan

yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan

sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau

empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-

isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah)

hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih

dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”.

8. Manakala syarat yang mesti dipenuhi bagi seseorang lelaki yang ingin berpoligami adalah

tertakluk kepada peruntukan Subseksyen 23 (5)(a),(b),(c) dan (d) EUUKIS 2003.

Peruntukkan ini adalah selari dengan Hukum Syarak dan ia digubal dan dilaksanakan demi

menjaga kemaslahatan perkahwinan poligami. Mahkamah merujuk seksyen 23(5)

Enakmen tersebut sepeti berikut:

Seksyen 23 (5)

“Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil

pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada

bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh

memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya

hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam

Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon

itu jika berpuas hati—

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu,

memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu

kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk

persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak

persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

8

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia

menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri

dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang-

orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan

itu;

(c) bahawapemohonakanberupayamemberilayananadilkepadasemuaisterinyam

engikutkehendakHukumSyarak; dan

(d) bahawaperkahwinan yang

dicadangkantidakakanmenyebabkandararsyari’ekepadaisteriatauisteri-

isteri yang sediaada”.

9. Mahkamah juga merujuk kepada pendapat Hakim Bicara, Dato’ Haji Hussin Bin Harun,

HMTS Seremban, di dalam kes Mohidin Bin Ibrahim lwn Hanita Binti Abdul Karim(Kes

Mal No.: 05100-011-0242-2006 bertarikh 02hb. Ogos 2006) yang menyatakan bahawa :

“Apa sahaja keputusan atau perintah yang diputuskan oleh Mahkamah adalah

demi kebaikan atau maslahah P sebagai pemohon untuk berpoligami

berdasarkan kemampuan peribadi (zahir atau batin) terhadap tanggungan

yang sedia ada dan yang akan dipikul, serta soal yang berkaitan dengan

hukum hakam yang telah ditetapkan oleh agama Islam dan peruntukan

Undang-undang. Secara konklusinya, pihak Mahkamah akan mengutamakan

soal mafsadah (risiko) dari maslahah (manfaat) yang akan timbul dalam

permohonan poligami.”

10. Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan, Mahkamah perlu meneliti kewajaran P untuk

berpoligami sebagaimana yang disyaratkan di dalam seksyen 23 (5) (a) (b) (c) dan (d)

EUUKIS 2003sebelum sebarang keputusan dibuat iaitu dari segi aspek seperti berikut :

i. Samada perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu;

9

ii. Samada P mampu menanggung nafkah tanggungan sedia ada dan nafkah

bakal isteri;

iii. Samada P berupaya memberi layanan yang adil kepada isteri sedia ada

dan bakal isteri; dan

iv. Samada perkahwinan poligami ini menyebabkan dharar syarie kepada

isteri sedia ada.

Aspek Pertama : Samada Perkahwinan Yang Dicadangkan Itu Patut Atau Perlu

11. Penelitian yang pertama yang perlu dilihat adalah berkaitan dengan perenggan 23 (5) (a)

EUUKIS 2003 iaitu:

“bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu,

memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu,

kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk

persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak

persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada”

12. Sebelum Mahkamah mengulas alasan yang dikemukakan oleh P untuk berpoligami,

Mahkamah terlebih dahulu perlumenjelaskan frasa yang terdapat di dalam perenggan 23

(5) (a) EUUKIS 2003 iaitu perkataan ‘patut’atau‘perlu’.

13. Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat, hlm. 1150 menyatakan perkataan

‘patut’bermaksud :

i. Baik atau elok (perangai, perbuatan dll);

ii. Layak, sesuai (untuk melakukan sesuatu dll);

iii. Tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai;

iv. Berpadanan, seimbang, setimbal;

v. Tidak boleh tidak, mesti wajib;

vi. Perlu, penting;

10

vii. Sudah seharusnya, selayaknya;

viii. Sebenarnya, sesngguhnya;

ix. Tidak dihairankan, padan benar; dan

x. Boleh jadi, mungkin

14. Manakala perkataan ‘perlu’ yang ditafsirkan dalam Kamus Dewan, hlm. 1191 menyatakan

:

i. Keharusan (yang tidak dapat dielakkan);

ii. Menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu);

iii. Harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting;

iv. ~ akan (dengan) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan);

v. Sesuatu yang dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepentingan; dan

vi. ~ untuk, bagi, buat, guna.

15. Mahkamah merujuk perkataan ‘patut’ itu adalah dengan melihat penilaian keatas diri isteri

yang sedia ada dengan melihat kepada kekurangan yang wujud sepertimana yang

dinyatakan dalam seksyen 23 (5) (a) EUUKIS 2003 berkaitan dengan kemandulan,

keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar

mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau

isteri-isteri yang sedia ada.

16. Bagi perkataan ‘perlu’ pula adalah dengan merujuk kepada penilaian diri si suami iaitu

sebab atau alasan si suami tersebut yang berkehendakkan kepada poligami tersebut.

Mahkamah merujuk firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat : 3 iaitu perbuatan suka tidak

akan timbul tanpa ‘kehendak’ yang mana dinisbahkan perbuatan suka dan berkehendak itu

kepada si suami. Firman Allah s.w.t:

$tΒ z>$sÛ Ν ä3 s9 z ÏiΒ Ï !$|¡ ÏiΨ9$#

11

Bermaksud :

“ ...... sesiapa yang kamu sukai (kehendak) dari kalangan perempuan......”

17. Sebagai contoh yang ada dalam menilai alasan ‘perlu’ ini, Mahkamah merujuk

sepertimana Jawatankuasa Rayuan Selangor telah putuskandi dalam kes Aishah Binti

Abdul Rauf lwn. Wan Mohd Yusof Bin Wan Othman, JH 7 (2), hlm. 159 iaitu :

“.. Sungguhpun di dalam Borang Akuan dan juga kenyataan di hadapan Y.A Hakim, Wan Mohd Yusof memberi alasan untuk berpoligami bagi maksud menghalalkan pertalian kasih sayang beliau dengan Noorkumalasari, alasan ini mungkin mencukupi untuk memenuhi syarat “keperluan” beliau untuk berpoligami ,tetapi pendapat kami , ianya tidak ada kena mengena dengan dengan soal “kepatutan” iaitu justifikasi beliau untuk bernuat tanpa sebab yang munasabah..”

18. Jika berpandukan kepada kes tersebut, alasan yang dikemukakan untuk berpoligami

tersebut telah memenuhi syarat ‘keperluan’untuk berpoligami. Namun begitu, keperluan

itu mesti dilihat bersama dengan ‘kepatutan’ untuk berpoligami sepertimana berikut :

“Tidak ada justifikasi atau kepatutan diberi mengapa pemohon patut

berpoligami. Oleh yang demikian.kami berpendapat bahawa

pemohon/responden telah gagal memenuhi syarat (a) di bawah s. 23(4). Dan

dengan kegagalannya mematuhi syarat yang satu ini pun sudah cukup bagi YA

Hakim menolak permohonan Wan Mohd. Yusof”

19. Oleh yang demikian, dalam menilai alasan poligami yang dikemukakan oleh P, Mahkamah

hanya menilai salah satu daripada kriteria sama ada patut atau perlu sahaja bagi memenuhi

kehendak peruntukansubseksyen 23 (5)(a) EUUKIS 2003.

20. Berdasarkan PernyataanTuntutan dan ikrar P yang difailkan pada 2hb. Mei 2013

menyatakan bahawa alasan utama P untuk berpoligami adalah berdasarkan alasan pertama

iaituisteri sedia ada tidak mampu memenuhi tuntutan batin kerana tiada keinginan untuk

melakukan hubungan suami isteri dan alasan kedua bakal isteri boleh menjaga anak P dan

D.

12

21. Melihat kepada alasan pertama P tersebut, Mahkamah merujuk kepada keterangan D di

dalam perbicaraan bertarikh 17hb. Februari 2014 yang mana D mengakui bahawa D

bersifat normal tetapi kurang berkemampuan dalam menjalinkan hubungan suami isteri

keranaD tidak menyukai cara P yang menggunakan benda lain ketika menjalinkan

hubungan kelamin. Berkenaan penggunaan benda lain itu tidak pula dibuktikan oleh D

sama ada telah ia mendatangkan dharar kepada dirinya ataupun tidak.

22. Oleh itu, Mahkamah menolak sebagai alasan ‘patut’berdasarkan subseksyen 23 (5)(a)

EUUKIS 2003 kerana secara asasnya D masih berupaya untuk menjalinkan hubungan

kelamin dan melayani P sebagai suaminya serta P dan D juga telah dikurniakan tiga orang

anak hasil pernikahan mereka.

23. Berpandukan alasan kedua tuntutan P berpoligami dengan alasan bakal isteri boleh

menjaga anak P dan D adalah dikira bukan suatu yang ‘patut’ dan ‘perlu’. Mahkamah

mendapati bahawa ketidakupayaan Duntuk menjaga anak mereka sepanjang tempoh

perkahwinantersebut tidak dibuktikan oleh P malahan D turut bekerja di Restoran bagi

membantu menampung kos sara hidup keluarga.

24. Berdasarkan 2 faktor alasan yang dibangkitkan oleh P, Mahkamah berpuashati bahawa P

hanya memenuhi kriteria ‘perlu’ sahaja bagi melengkapi kehendak peruntukan Subseksyen

23 (5) (a) EUUKIS 2003.

Aspek Kedua : Samada P Mampu Menanggung Nafkah Tanggungan Sedia Ada Dan

Nafkah Bakal Isteri.

25. Penelitian yang kedua yang perlu dilihat adalah berkaitan dengan subseksyen 23 (5) (b)

EUUKIS 2003 iaitu:

“bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia

menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan

13

orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang-orang

tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu”

26. Peruntukan ini mempersoalkan tentang kemampuan P dalam menanggung D dan anak-

anak serta mampu menanggung bakal isteri P.Mahkamah berpendapat bahawa soal

kemampuan adalah amat penting dalam menentukan samada P layak atau tidak untuk

berpoligami kerana kewajipan seorang suami adalah untuk memberi nafkah zahir dan batin

kepada isteri dan tanggungannya. Allah Taala telah berfirman dalam surah At-Thaalaq,

ayat 7 yang berbunyi :

÷, ÏÿΨ ã‹ Ï9 ρèŒ 7π yèy™ ÏiΒ Ïµ ÏFyèy™ ( tΒuρ u‘ωè% ϵ ø‹ n=tã …çµ è%ø— Í‘ ÷, ÏÿΨ ã‹ ù=sù !$£ϑ ÏΒ çµ9s?# u ª!$# 4 Ÿω ß# Ïk=s3 ãƒ

ª!$# $²¡ øÿtΡ �ωÎ) !$tΒ $yγ8s?#u 4 ã≅yèôfuŠy™ ª!$# y‰÷èt/ 9�ô£ ãã #Z�ô£ ç„ ∩∠∪

Bermaksud :

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan

sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari

apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak

memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah

kepadanya. (orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa)

Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan”

27. Bagi memastikan kemampuan P, maka Mahkamah perlu melihat sama ada pendapatan

semasa P seimbang dengan perbelanjaan semasa P atau sebaliknya dan sama ada masih

terdapat lebihan pendapatan yang membolehkan P menanggung nafkah untuk bakal isteri.

Perkara ini boleh dipastikan melalui faktor pendapatan tetap dan sampingan P,

pemilikan harta P serta perbelanjaan semasa P.

Faktor Pendapatan Tetap dan Sampingan P.

28. Mahkamah merujuk kepada Penyata Pendapatan terkini P bagi Bulan Januari 2014. P

bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di SUK dengan pendapatan pokok berjumlah RM1,

14

399.95 dengan jumlah pendapatan sebanyak RM1,974.95 setelah ditolak potongan

berjumlah RM939.00 gaji bersih P sebulan adalah RM1,035.95 sahaja.

29. P dalam keterangan lisannya di dalam Mahkamah pada 27hb. November 2013 mendakwa

bahawa beliau mempunyai pendapatan sampingan antaranya P ada menyewakan sebuah

sampan besar dan kecil di Kuala Selangor dengan bayaran kutipan sewa sebanyak

RM1,000. Selain itu, pada perbicaraan bertarikh 17hb. Februari 2014, P turut menyatakan

beliau turut mempunyai pendapatan sampingan lain iaitu perkhidmatan mengurut sebanyak

3 kali seminggu dengan pendapatan lebih kurang RM1,500.00 sebulan. Walau

bagaimanapun, dakwaan P tersebut tidak disokong oleh mana-mana keterangan saksi

mahupun keterangan secara dokumentar.

30. Maka, Mahkamah menganggap keterangan P hanyalah sekadar dakwaan semata-mata

kerana tidak disokong dengan sebanrang bentuk keterangan. Berbalik kepada konsep beban

pembuktian terletak ke atas orang yang mendakwa :

البينة على المدعى واليمين على من انكر

Bermaksud :

“Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah atas yang engkar.”

Pemilikan Harta P Serta Perbelanjaan Semasa P.

31. Mahkamah mendapati bahawa P sama ada di dalam Pernyataan Tuntutan ataupun

keterangan lisan di Mahkamah, beliau tidak mengemukakan maklumat berkenaan status

pemilikan harta yang dimiliki oleh dirinya.Manakala, bagi meneliti perbelanjaan semasa P

Mahkamah perlu membuat perbandingan di antara dakwaan P dan D mengenai

perbelanjaan semasa pihak-pihak.

15

Keterangan P

(Perbelanjaan Semasa)

Cadangan P

(Perbelanjaan Masa depan)

Keterangan D

Makan minum

(RM)

400

Isteri

(RM)

300

Makan minum

(RM)

750

Pengangkutan 400 Bakal isteri 300 Sekeluarga 700

Sekolah anak 300 Anak 500 Kediaman 200

Kuartes (tolak gaji) -330 Kediaman isteri

(rumah mertua)

200 Anak 500+

Diri 200 Kediaman bakal

isteri (kuartes)

300 Isteri 300+

Utiliti 300 - - - -

Isteri 300 - - - -

Jumlah 1900 Jumlah 1600 Jumlah 2450+

32. Jadual di atas adalah anggaran perbelanjaan semasa yang didakwa oleh P serta cadangan

anggaran perbelanjaan pada masa depan dan juga anggaran perbelanjaan semasa oleh D.

Berdasarkan maklumat tersebut, Mahkamah mendapati anggaran perbelanjaan P adalah

bersifat defisit iaitu perbelanjaan telah melebihi daripada jumlah pendapatan P.

Aspek Ketiga :Sama ada P Berupaya Memberi Layanan Yang Adil Kepada Isteri Sedia

Ada Dan Bakal Isteri

33. Penelitian yang ketiga yang perlu dilihat adalah berkaitan dengan subseksyen 23 (5) (c)

EUUKIS 2003 iaitu:

“bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua

isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak”

34. Mahkamah berpendapat bahawa keadilan yang diwajibkan ke atas lelaki yang berpoligami

ialah keadilan nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, pergaulan yang baik serta

16

melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami terhadap isteri-isterinya. Keadilan dari

segi perasaan kasih sayang pula adalah suatu aspek yang terlalu konflik kerana manusia

tidak boleh menguasai hatinya yang menjadi punca kasih sayang, namun ianya tidak boleh

diambil lewa oleh P dan hendaklah memastikan tidak membawa kepada tindakan yang

zalim kepada isteri-isterinya. Ini telah diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam surah Al-

Nisa’,ayat 129:

s9uρ (#þθ ãè‹ ÏÜ tFó¡ n@ β r& (#θ ä9ω÷ès? t÷ t/ Ï !$|¡ ÏiΨ9$# öθ s9uρ öΝ çFô¹ t� ym ( Ÿξ sù (#θ è=ŠÏϑ s? ¨≅à2 È≅øŠyϑ ø9$#

$yδρâ‘x‹tG sù Ïπ s)̄=yèßϑ ø9$$x. 4 βÎ) uρ (#θ ßsÎ=óÁ è? (#θ à)−G s?uρ  χ Î*sù ©!$# tβ% x. #Y‘θ àÿxî $VϑŠÏm§‘ ∩⊇⊄∪

Maksudnya :

“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu

sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu

janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri

Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda

Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang

pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

35. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w juga telah mengingatkan kepada para suami yang

berpoligami dengan sabdanya yang bermaksud :

“Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah

seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka

kelak dia akan datang dengan keadaan berjalan tempang”(hadith riwayat

Ahmad Bin Hanbal)

36. Soal keadilan dalam memberi layanan kepada isteri sedia ada dan bakal isteri adalah

perkara yang subjektif untuk dinilai, lebih-lebih lagi keadilan itu hanya dapat dilihat

selepas berlaku poligami yang dicadangkan. Melihat iqrar yang dikemukakan oleh P,

Mahkamah mendapati ada cadangan untuk giliran bermalam bagi isteri sedia ada dan bakal

17

isteri jika berlaku poligami. Perkara ini hanya bersifat cadangan jika berlaku poligami

tanpa diketahui ia mampu dilaksanakan atau tidak. Begitu juga cadangan yang

dikemukakan oleh P dari sudut bayaran nafkah zahir kepada isteri-isteri.

Aspek Keempat : Samada Perkahwinan Poligami Ini Menyebabkan Darar Syarie Kepada

Isteri Sedia Ada

37. Penelitian yang keempat yang perlu dilihat adalah berkaitan dengan subseksyen 23 (5) (d)

EUUKIS 2003 iaitu:

“bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar

syari’e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada”

38. Mahkamah di sini ingin menekankan bahawa peruntukan undang-undang berkenaan

permohonan poligami diwujudkan adalah bertujuan untuk memastikan berlakunya keadilan

di dalam rumah tangga poligami sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran. Subseksyen

23(5) EUUKIS 2003 ini diwujudkan bukan bertujuan untuk menghapuskan poligami, tetapi

sebaliknya memperuntukkan syarat-syarat yang dibina dengan harapan keadilanbagi

sesebuah keluarga Islam itu dapat dicapai dengan lebih berkesan. Ini adalah berdasarkan

kaedah fiqh menyatakan secara jelas bahawa :

درء المفاسد أولى من جلب المصالح

ألن اعتناء الشارع : فإذا تعارضت مفسدة ومصلحة قدم دفع المفسدة غالبا: شرح

ما نهيتكم عنه : " قال النبي عليه الصالة والسالم . بالمنهيات أشد من اعتنائه بالمأمورات

"فاجتنبوه ، وما أمرتكم به فأتوا منه ما استطعتم

Bermaksud :

18

“Menggugurkan atau menghindari atau menolak mafsadah (risiko, bahaya)

lebih utama daripada mengambi lmanfaat.”

“Syarah: Sekiranya bertemu atau bertembung risiko dan manfaat, menolak

risiko adalah lebih utama secara ghalib kerana pemfokusan atau perhatian

Allah terhadap setiap larangan melebihi dari suruhan. Telah bersabda

Rasulullah S.A.W.: “Apa saja yang dilarang atau ditegah darinya maka

jauhilah dan apa saja yang dilarangkepada kamu maka tunaikanlah daripada

apa yang kamu mampu” (diriwayatkan oleh al-Imam Nawawi dalam al-

Arbaie’n) Syarah Qawaid Fiqhiyyah, Sheikh Ahmad bin Sheikh Muhammad al-

Zarko’, hlm. 205)”

39. Bagi menentukan samada perkahwinan poligami ini akan menyebabkan darar syarie

terhadap D atau tidak,maka Mahkamah perlu meneliti apa yang telah dan sedang berlaku

untuk dijadikan sebagai qarinah dan penilaian oleh pihak Mahkamah. Berdasarkan

keterangan pihak-pihak, terdapat beberapa qarinah yang boleh dijadikan sandaran untuk

menunjukkan bahawa darar syarie mungkin berlaku atau dipercayai akan berlaku

sekiranya perkahwinan poligami ini dibenarkan. Qarinah-qarinah yang boleh dijadikan

sandaran ialah :

i. P tidak membuat perancangan yang teliti dari segi kewangan dengan

menyediakan keperluan nafkah makan minum, pakaian dan tempat tinggal yang

selayaknya untuk D.

ii. P juga tidak bersedia membahagikan harta sepencarian dengan D untuk

mengelak berlakunya kemudharatan terhadap harta yang D mempunyai hak ke

atasnya.

40. Mahkamah merujuk kepada kes Rajamah bte Mohamad lwn Abdul Wahab bin Long

(1991) 8 JH 171 dimana Hakim bicara telah meluluskan permohonan poligami tersebut

tetapi isteri telah membuat rayuan. Lembaga Rayuan telah mengenepikan keputusan

19

tersebut dengan alasan bahawa Responden tidak berkemampuan untuk menanggung dua

isterinya kerana perbelanjaannya hanya cukup makan dan belanja sahaja.

41. Walaupun Seksyen 23 (5) EUUKIS mensyaratkan 4 aspek poligami seperti yang telah

dijelaskan, namun jika salah satu daripada syarat tidak dipenuhi oleh P maka poligami

tersebut dianggap tidak wajar diluluskan oleh Mahkamah. Berdasarkan alasan dan ulasan

yang telah dberikan terhadap keempat-empat aspek penilaian tersebut, Mahkamah secara

konklusinya menyatakan bahawa P tidak berkemampuan untuk berpoligami berdasarkan

kepada masalah yang timbul dari aspek kewangan P yang mana jumlah perbelanjaan

semasa P melebihi daripada jumlah pendapatan bersih P.

42. Di samping Plaintif tidak dapat memberikan alasan dan bukti yang munasabah berkaitan

kewajaran Plaintif berpoligami dan memenuhi syarat patut dan perlu di dalam

permohonan ini. Ditambah pula anak-anak Plaintif yang masih kecil seramai tiga (3) yang

memerlukan perhatian Plaintif sendiri hendaklah diberi keutamaan yang lebih dari perkara

lain. Oleh itu, Mahkamah menasihati pihak P supaya menjaga dan memelihara dengan

sempurna keluarga yang sedia ada.

KEPUTUSAN

SETELAH MAHKAMAH meneliti Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 2hb.

Mei 2013 DANketerangan lisan yang dikemukakan oleh pihak-pihak di dalam perbicaraan

bertarikh 10hb. Julai 2013, 24hb. September 2013, 27hb. November 2013, 17hb. Februari 2014

SERTA semua dokumen sokongan yang dikemukakan, MAKA DENGAN INI

MEMUTUSKAN DAN MEMERINTAHKANseperti berikut:

1. Mahkamah menolak permohonan untuk berpoligami yang dipohon oleh Plaintif.

20

2. Sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan ini, maka mana-mana pihak boleh

memfailkan Notis Rayuan dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh hari ini.

Disediakan oleh:

t.t

(SALEHAN BIN HAJI YATIM)

Hakim MTS Selangor Bertarikh :1 April 2014