kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

15
NAMA AHLI KUMPULAN ABDUL RAHMAN BIN ADAM MUHAMMAD UZAIRI BIN AZALI@GHAZALI SYAHRUL AZERI BIN ASHARI MOHD FADHZILAH BIN ZAKI

Upload: uzairi-azali

Post on 25-Jun-2015

6.527 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

NAMA AHLI KUMPULANABDUL RAHMAN BIN ADAMMUHAMMAD UZAIRI BIN AZALI@GHAZALISYAHRUL AZERI BIN ASHARIMOHD FADHZILAH BIN ZAKI

Page 2: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

PENGENALAN

Usul fiqh merupakan satu-satunya manhaj ilmiah untuk mengistinbat hukum syarak. Ia merupakan panduan untuk memahami serta mentafsirkan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah ketika merumus hukum hakam dan mendabit pemikiran mahupun ijtihad. Pentafsiran yang dilakukan adalah yang berkaitan dengan hukum syarak dan hukum-hakam yang dimaksudkan hanyalah hukum - hakam amali bukan hukum-hakam akidah. Perkataan amali bermaksud semua perbuatan termasuk perbuatan hati.

Page 3: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

KAEDAH KEDUA DALAM AL QAWAID AL FIQHIYYAH “KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN

KAEDAH fiqh yang kedua adalah al-Yaqiin la Yuzaal bil al-Syak (Keyakinan tidak hilang dengan keraguan). Ia bermaksud sesuatu perkara yang sudah diyakini, apabila timbul keraguan selepas itu tidak akan menjejaskan keyakinan yang ada. Ia juga bermaksud keyakinan yang asal tidak boleh ditinggalkan hanya disebabkan keraguan atau syak. Ia berasaskan banyaknya nas yang menunjukkan apabila berlakunya syak, maka perlu kembali kepada keyakinan asal.Kaedah yang kedua ini sebenarnya mempunyai elemen yang agak sama dengan kaedah fiqh yang pertama. Persamaan antara keduanya ialah mempunyai perkaitan dengan hati.Dalam kaedah yang kedua ini terdapat dua perkara iaitu yakin dan syak. Keyakinan adalah suatu perasaan dalam hati seseorang apabila dia memperolehi kepercayaan jitu terhadap sesuatu perkara disebabkan terdapatnya qarinah atau bukti-bukti yang kukuh.

Page 4: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

Syak pula ialah sesuatu keraguan dalam hati seseorang apabila ketiadaan bukti kukuh atau mempunyai bukti yang tidak meyakinkan. Justeru, apabila berlaku pertembungan di antara yakin dan syak, maka keyakinan tersebut akan diambil kira.

Page 5: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

DALIL KAEDAH Kaedah ini diambil dari pemahaman banyak ayat dan

hadits Rasulullah, diantaranya : Firman Allah Ta’ala : ي�ئ�ا ش� �ق ال�ح� م#ن� ال�ي)غ�ن#ي الظ+ن+ إ#ن+ ظ�ن/ا إ#ال+ م� ه) �ك�ث�ر) أ اي�ت+ب#ع) و�م� “Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali

persangkaan, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran.”

(QS. Yunus : 36) Hadith Rasulullah : #ذ�ا إ ل+م� و�س� ع�ل�ي�ه# الل+ه ل+ى ص� الل+ه# ول) س) ر� ال� ق� ال� ق� ة� ي�ر� ر� ه) ب#ي

� أ ع�ن�ال� أ�م� Iء ي� ش� ن�ه) م# ج� ر� أ�خ� ع�ل�ي�ه# ك�ل� أ�ش� ف� ي�ئ�ا ش� ب�ط�ن#ه# ف#ي د)ك)م� أ�ح� د� و�ج�

ا ر#يح� د� ي�ج# و�أ� ت�ا و� ص� م�ع� ي�س� ت+ى ح� د# ج# ال�م�س� م#ن� ن+ ج� ر) ي�خ� ال� ف�

Dari Abu Hurairah berkata : Rasulullah bersabda : “Apabila salah seorang diantara kalian merasakan sesuatu dalam perutnya, lalu dia kesulitan menetukan apakah sudah keluar sesuatu (kentut) ataukah belum, maka jangan membatalkan solatnya sampai dia mendengar suara atau mencium bau.”

(HR. Muslim : 362)

Page 6: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

Imam Nawawi berkata:

“Hadith ini adalah salah satu pokok islam dan sebuah kaedah yang besar dalam masalah fiqh, iaitu bahawa segala sesuatu itu dihukumi bahwa dia tetap pada hukum asalnya sehingga diyakini ada yang bertentangan dengannya, dan tidak membahayakan baginya sebuah keraguan yang muncul.”

(Lihat Syarah Sahih Muslim 4/39)

ي+ل) ي)خ� ال+ذ#ي ل) ج) الر+ ل+م� و�س� ع�ل�ي�ه# الل+هم ل+ى ص� الل+ه# ول# س) ر� #ل�ى إ ك�ا ش� �ن+ه) أ ه# �ع�م ع�ن� ت�م#يم_ ب�ن# ع�ب+اد# ع�ن�ا ر#يح� د� ي�ج# و�

أ� ت�ا و� ص� م�ع� ي�س� ت+ى ح� ر#ف� ي�ن�ص� ال� و�أ� ت#ل� ي�ن�ف� ال� ال� ق� ف� ة# ال� الص+ ف#ي ء� ي� الش+ د) ي�ج# �ن+ه) أ #ل�ي�ه# إ

Dari Abbad bin Tamim dari pamannya berkata : “Bahawasanya ada seseorang yang mengadu kepada Rasulullah bahwa dia merasakan seakan-akan kentut dalam solatnya. Maka Rasulullah bersabda : “Janganlah dia batalkan solatnya sampai dia mendengar suara atau mencium bau.”

(HR. Bukhari : 137, Muslim : 361)

Imam Al Khathabi berkata:

“Hadith ini menunjukkan bahawa keraguan tidak boleh mengalahkan sesuatu yang yakin.”

(Lihat Ma’alimus Sunan 1/129)

ل�م� ف� ت#ه# ال� ص� ف#ي د)ك)م� أ�ح� ك+ ش� إ#ذ�ا ل+م� و�س� ع�ل�ي�ه# الل+ه ل+ى ص� الل+ه# ول) س) ر� ال� ق� ال� ق� �د�ر#ي ال�خ) ع#يد_ س� ب#يأ� ع�ن�

أ�ن� ب�ل� ق� د�ت�ي�ن# ج� س� د) ج) ي�س� ث)م+ ن� ت�ي�ق� اس� م�ا ع�ل�ى ل�ي�ب�ن# و� ك+ الش+ ح# ل�ي�ط�ر� ف� ب�ع�ا ر�� أ أ�م� ث�ا ث�ال� ل+ى ص� ك�م� ي�د�ر#

ي�ط�ان# ل#لش+ ا يم� غ# ت�ر� ك�ان�ت�ا ب�ع_ ر�� أل# ام�ا #ت�م� إ ل+ى ص� ك�ان� إ#ن� و� ت�ه) ال� ص� ل�ه) ع�ن� ف� ش� ا م�س� خ� ل+ى ص� ك�ان� إ#ن� ف� ل�م� ي)س�

Dari Abu Sa’id Al Khudri berkata : Rasulullah bersabda : “Apabila salah seorang diantara kalian ragu-ragu dalam solatnya, sehingga tidak mengetahui sudah berapa raka`atkah dia mengerkakan solat, maka hendaklah dia membuang keraguan dan lakukanlah yang dia yakini kemudian dia sujud dua kali sebelum salam, kalau ternyata dia itu solat lima raka`at maka kedua sujud itu bisa menggenapkan sholatnya, dan jikalau ternyata solatnya sudah sempurna maka kedua sujud itu boleh membuat menghalau syaitan.”

Page 7: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

KEDUDUKAN KAEDAH Kaedah ini mempunyai kedudukan yang sangat agung dalam islam, baik yang berkaitan dengan fiqh mahupun lainnya, bahkan sebahagian ulama 'menyatakan bahawa kaedah ini merangkumi tiga perempat masalah fiqh atau mungkin malah lebih. (Lihat Al Asybah wan Nadla'ir oleh Imam As Suyuthi hal: 51)

Imam Nawawi berkata: "Kaedah ini adalah adalah sebuah kaedah pokok yang

merangkumi semua permasalahan, dan tidak keluar darinya kecuali beberapa masalah sahaja."

Imam Ibnu Abdil Bar berkata: "Para ulama 'telah sepakat bahawa bahawa orang yang sudah

hadas lalu dia ragu-ragu sama ada dia sudah berwudhu` kembali atau belum? bahawasanya keraguannya ini tidak berfungsi sama sekali, dan dia wajib untuk berwudhu` kembali. Hal ini menunjukkan bahawa keraguan itu tidak digunakan menurut para ulama 'dan yang dijadikan ikutan adalah sesuatu yang meyakinkan. Ini adalah sebuah dasar pokok dalam permasalahan fiqh. "

(Lihat At Tamhid 5/18, 25, 27)Imam Al Qarrafi berkata: "Ini adalah sebuah kaedah yang disepakati oleh para ulama ',

bahawasanya sesuatu yang meragukan dianggap seperti tidak ada."

Page 8: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

PENERAPAN KAEDAH Sebagaimana dikatakan sebelumnya bahawa kaedah ini

mencakup hampir semua permasalahan syar’ie, maka cukup disini disebutkan sebagainnya saja sebagai sebuah contoh:

Apabila ada seseorang yang yakin bahwa dia telah berwudhu, lalu ragu ragu apakah dia sudah batal ataukah belum, maka dia tidak wajib berwudhu lagi, kerana yang yakin adalah sudah berwudhu, sedang batalnya masih diragukan.

Dan begitu pula sebailknya, apabila orang yakin bahawa dia telah batal wudhunya, namun dia ragu-ragu apakah dia sudah berwudlu kembali ataukah belum ? maka dia wajib wudhu lagi kerana yang yakin sekarang adalah batalnya wudhu.

Barang siapa yang berjalan diperkampungan lalu kejatuhan air dari rumah seseorang dari lantai dua, yang mana ada kemungkinan bahwa itu adalah air najis, maka dia tidak wajib mencucinya kerana pada dasarnya air itu suci, dan asal hukum ini tidak boleh dihilangkan hanya dengan sebuah keraguan, kecuali kalau didapati sebuah tanda-tanda kuat bahawa itu adalah air najis, misalkan bau busuk dan lainnya.

Page 9: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

PENJELASAN KAEDAH Yakin (اليقين) menurut fuqaha adalah keyakinan yang pasti atau

prasangka kuat. Ragu ( لشكا ) adalah semata-mata kebimbangan, sama saja apakah

prasangkanya sama kuat atau ada yang lebih kuat. Prasangka yang kuat teranggap secara syar’I, karena mengetahui

setiap hukum dengan keyakinan yang pasti itu mustahil. Imam Asy Syathibi rahimahullahu berkata,

العلم مجرى جار العماليات في الظن “Prasangka (kuat) dalam amaliyah berlaku sebagaimana ilmu yakin” (Al

Muwafaqat, 2/360) Makna kaidah tersebut : setiap perkara yang telah tersabit

berdasarkan dalil qath’I atau zhan kuat, maka perkara tersebut dihukumi berdasarkan hal tersebut. Dan hukum tersebut tidaklah boleh dihilangkan kecuali dengan keyakinan yang tidak tercampuri keraguan karena hukum perkara yang bersifat yakin tidaklah masuk akal boleh dihilangkan dengan keyakinan yang lebih lemah darinya, akan tetapi haruslah dengan keyakinan yang tertentu atau lebih kuat.

Dalil kaedah ini adalah hadis Abdullah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu bahawasanya ada seseorang mengadu kepada Rasulullah bahwasanya dirinya seperti mendapatkan sesuatu dalam solat (iaitu hadas). Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata:

ريحا يجد أو صوتا يسمع حتى ينصرف ال أو ينفتل ال “Janganlah ia lepaskan (solatnya) atau dia batalkan sampai dia mendengar

suaranya atau mencium baunya” (HR. Bukhari no. 137 dan Muslim no. 361)

Page 10: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

PEMBAHASAN KAEDAH1. Pembahasan kaedah شيء كل في الطهارة األصل Berdasarkan kaedah ini, hukum asal segala jenis air,

tanah, pakaian, dan bejana adalah suci sampai yakin hilangnya hukum asal tersebut dengan adanya najis pada benda-benda tersebut. Maka jika seseorang ragu apakah bejana atau pakaian atau tempat shalat ada najisnya atau tidak, jawabannya adalah kembali ke hukum asal,iaitu suci. Ia yakin pada asalnya pakaiannya itu suci, lalu timbul keraguan apakah pakaiannya terkena najis atau tidak, maka yang benar pakaiannya tetap suci berdasarkan kaedah :

بالشك يزول ال اليقين “keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan” Maka keraguannya terhadap najis tidaklah teranggap

kerana ia yakin pakaiannya itu awalnya suci. Dan juga berdasarkan kaedah yang sedang kita bahas ini, bahawa hukum asal segala sesuatu itu suci.

Page 11: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

2)Pembahasan kaedah الواجبات من الذمم براءة األصلذلك خالف على الدليل يقوم حتى الخلق حقوق من و

Berdasarkan kaedah ini, pada asalnya seseorang itu bebas dari kewajiban syari’at jika tidak ada dalil yang mewajibkannya. Contoh : solat witir bukanlah kewajiban kerana tidak ada dalil yang mewajibkannya. Maka pada asalnya kita tidak punya kewajiban melaksanakan solat witir.

Dan pada asalnya seseorang juga terbebas dari menanggung hak-hak makhluk. Contohnya hutang. Maka siapa yang meminta punya hutang pada orang lain, maka dia harus membawa bukti. Jika tidak ada, maka ia tersebut harus diperkuat dengan saksi. Dan bagi yang dituduh berhutang, maka dia harus bersumpah untuk membantah orang yang menuduhnya, kerana pada asalnya ia tidak punya kewajiban menunaikan hak kepada orang yang menuduhnya sampai ada bukti.

Page 12: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

3)Pembahasan kaedah به اشتغلت ما بقاء األصليتيقن حتى عباده حقوق و الله حقوق من الذمم

األداء و البراءة Kaedah ini adalah kebalikan kaedah

sebelumnya, karana kaedah sebelumnya mempertahankan hukum yang tidak ada (sebelum ada dalil), sedangkan kaedah ini mempertahankan hukum yang telah ada (setelah ada dalil).

Jika seseorang menanggung kewajiban terkait hak Allah, semisal solat, kafarah, atau sejenisnya, atau kewajiban terkait hak makhluk, semisal hutang, pembayaran barang yang dibeli, atau sejenisnya, maka pada asalnya seseorang tersebut masih tetap menanggung kewajibannya tersebut sampai ia yakin telah menunaikan kewajibannya terkait hak Allah dan hak makhluk.

Page 13: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

حقوق (4 و الله حقوق من الذمم به اشتغلت ما بقاء األصلاألداء و البراءة يتيقن حتى عباده

“Pada asalnya, seseorang itu tetap memiliki tanggungan menunaikan kewajiban dari hak-hak Allah dan hak-hak hamba-Nya sampai dia yakin telah melepas tanggungannya dan menunaikannya”

Kerana keadannya masih dalam berpuasa, maka pada asalnya ia wajib berpuasa sampai matahari telah terbenam dengan menimbang hukum asal iaitu matahari belum terbenam. Karena ia hanya ragu apakah matahari sudah terbenam, maka keraguan ini tidaklah bisa menghilangkan keyakinan ia bahawa ia masih wajib puasa sampai ia yakin matahari telah terbenam.

Jika seseorang yang hendak puasa ragu apakah fajar sudah terbit atau belum, maka ia masih boleh makan sahur. Kenapa? Kerana menimbang hukum asal, iaitu hari masih malam dan matahari belum terbit. Dan pada asalnya, seseorang tidak punya kewajiban puasa selama hari masih malam sampai dia yakin matahari sudah terbit. Hal ini berdasarkan kaedah :

Page 14: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

الخلق (5 حقوق من و الواجبات من الذمم براءة األصلذلك خالف على الدليل يقوم حتى

“Pada asalnya, seseorang itu terbebas dari beban kewajiban dan dari hak-hak makhluk sampai ada dalil yang menunjukkan berubahnya hal tersebut”

Jika seseorang setelah selesai solat, timbul keraguan dalam dirinya, sebelum solat sudah berwudhu’ belum? Yang benar ia tidak perlu mengulang solatnya. Ia yakin sudah solat, lalu timbul keraguan, sudah wudhu belum? Maka keraguannya ini tidak teranggap kerana kaedah mengatakan :

بالشك يزول ال اليقين “Keyakinan tidaklah bisa dihilangkan dengan

keraguan”Dan keraguan yang timbul setelah ibadah selesai adalah was-was dari syaitan yang tidak perlu dihiraukan.

Page 15: Kaedah kedua dalam al qawaid al-fiqhiyyah(keyakinan tidak boleh dihilangkan

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, ilmu usul fiqh adalah ilmu yang menghuraikan tentang method yang dipakai oleh para imam mujtahid dalam menetapkan hukum syara dari nas. Berdasarkan nas pula, mereka mengambil illah yang menjadi landasan hukum serta mencari maslahah yang menjadi tujuan hukum syar’I yang dijelaskan dan diisyaratkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Ilmu usul Fiqh juga bererti suatu kumpulan kaedah metodologi yang menjelaskan bagi seorang mujtahid bagaimana cara mengambil hukum dari dalil-dalil syarak. Kaedah itu, boleh bersifat lafziyyah seperti dilalah suatu lafaz terhadap erti tertentu dan boleh bersifat maknawiyah seperti mengambil dan suatu illah dari nas serta cara yang paling tepat untuk penetapannya. Al Yaqinu la Yuzalu Bi al-Syak (Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan) memiliki dua kata dasar yang utama yakni al-Yaqin yang bererti pengetahuan dan tidak ada keraguan didalamnya, sedangkan al-Syakk boleh diertikan sesuatu yang mengelirukan. Sedangkan tingkat daya hati dalam menangkap sesuatu ada empat iaitu Al Yakin, Ghalabah al Dzan, Al Dzan dan Al syak.