qawaid fiqhiyyah

19
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN SEMESTER SEPTEMBER / 2015 ABSF4103 QAWAID FIQHIYAH NO. MATRIKULASI : 810327145231001 NO. KAD PENGNEALAN : 810327145231 NO. TELEFON : 0182456739 E-MEL : [email protected]

Upload: mazlan-zekten

Post on 29-Jan-2016

139 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Contoh2 kaedah asas fiqh

TRANSCRIPT

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER SEPTEMBER / 2015

ABSF4103

QAWAID FIQHIYAH

NO. MATRIKULASI : 810327145231001

NO. KAD PENGNEALAN : 810327145231

NO. TELEFON : 0182456739

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA

<ABSF4103> INDEKS

1.0 Pengenalan

2.0 Pengertian Kaedah Fiqh Dari Perspektif Para Fuqaha

3.0 Kaedah-kaedah Qawaid Fiqhiyyah dan Aplikasi Dalam Permasalahan Hukum

3.1 Kaedah pertama: Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat ( بمقاصدها ( االمور

3.1.1 Applikasi al-Umuru Bimaqo Sidiha

3.2 Kaedah kedua: Keyakinan tidak hilang dengan keraguan ( بالشك يزال ال ( اليقين

3.2.1 Applikasi al-Yakin La Yuzallu Bissyak

3.3 Kaedah ketiga: Kesukaran membawa kemudahan ( التيسير تجلب ( المشقة

3.3.1 Applikasi al-Musyaqqah Tajlibus Taisir

3.4 Kaedah keempat : Adat dijadikan rujukan hukum ( محكمة ( العادة

3.4.1 Applikasi al-‘Aadatu Muhakkamah

4.0 Kesimpulan

Rujukan / Referensi

1

<ABSF4103> 1.0 PENGENALAN

‘Al-qawaid’ adalah kata jamak dari perkataan ‘al-kaedah’ yang bermaksud kaedah-kaedah atau

prinsip-prinsip. Manakala perkataan ‘al-fiqh’ pula membawa maksud memahami sesuatu

perkara. Qawaid fiqh dari istilah bahasa, bermaksud dasar-dasar yang berkaitan dengan

masalah hukum fikah. Dan secara istilahnya pula, qawaid fiqh bermaksud prinsip-prinsip fiqh

yang bersifat umum dalam nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan

bahagian-bahagiannya.

Kemunculan ilmu qawaid fiqh adalah dipengaruhi oleh faktor keperluan semasa, setelah

kewafatan Nabi Muhammad saw serta jarak masa para mujtahid selepas dari generasi

salafussoleh, maka keperluan memutuskan sesuatu hukum ke atas sesuatu masalah yang baharu

yang timbul adalah menjadi tanggungjawab para mujtahid untuk berijtihad dengan penuh

kebijaksanaan dan berpandukan nas.

Ilmu Qawaid Fiqh merupakan suatu disiplin ilmu yang penting untuk dipelajari oleh setiap

mukallaf walaupun hanya secara umum. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 127

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan

asas-asas (tapak) rumah Allah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata:

"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah

yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Dalam bahasa Arab, kalimah al-qawaid mempunyai banyak maksud seperti seorang perempuan

yang duduk, pemalas, asas, undang-undang dan kalimah ini juga turut membawa makna ibu

2

<ABSF4103> negeri. Manakala dari aspek istilah syarak pula, menurut Mustafa Ahmad al-Zarqa’ dalam

kitabnya al-Madhal al-Fiqhu al-‘Ammu, kalimah qawaid membawa makna hukum yang

dipraktikkan ke atas keseluruhan masalah juz’iyyat.

Pada tugasan kali ini, pelajar akan cuba untuk menghuraikan konsep kaedah fiqh dari perspektif

para fuqaha dan menghuraikan empat kaedah fiqh asas atau al-qawaid al-kubro yang terdiri

daripada :-

i) Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat ( بمقاصدها ( االمور

ii) Keyakinan tidak hilang/terbatal dengan keraguan ( بالشك يزال ال ( اليقين

iii) Kesukaran membawa kemudahan ( التيسير تجلب ( المشقة

iv) Adat dijadikan sebagai rujukan hukum ( محكمة ( العادة

2.0 Pengertian Kaedah Fiqh Dari Perspektif Para Fuqaha

Para Fuqaha memainkan peranan mereka dalam menggunakan kebijaksanaan dan berdasarkan

ilmu daripada sumber perundangan selaras dengan konsep syariat yang sesuai dilaksanakan

tanpa mengira masa dan tempat. Para fuqaha berusaha dengan beristihad memahami nas-nas

dan mempraktikkan kaedah-kaedah yang umum terhadap masalah furuq yang baharu.

Contohnya, melalui konsep al-Qiyas, Istihsan, Istishab, Masalih al-musalah, Sad al-Zara’i dan

Uruf serta berbagai lagi sumber. Justeru itu, Apabila terdapat hukum furuq yang sama illah atau

sebabnya, maka ia digabungan dalam kaedah umum, Qawaid al-kulliyah al-Ammah. Apa yang

dimaksudkan dengan umum ialah kaedah menyeluruh yang meliputi semua hukum furuq dan

segala bahagiannya.

Sumber pengambilan hukum oleh para fuqaha terbahagi kepada tiga peringkat:

i. Peringkat pertama

Iaitu pada zaman Rasulullah saw. Pada waktu itu segala sumber syariat hanya

berdasarkan al-Quran dan sunnah baginda. Dari situ segala pertanyaan yang dijawab

3

<ABSF4103> Baginda dan hukum yang diputuskan adalah berdasarkan wahyu dan ijtihad

Baginda, kemudian diperbetulkan oleh wahyu sekiranya perlu.

Pada zaman itu, dalam keadaan tertentu sahaja Baginda membenarkan sahabatnya

berijtihad apabila tidak diturunkan al-Quran, sebagaimana yang diwasiatkan kepada

Muaz bin Jabal sewaktu diutuskan ke Yaman menerusi sabda Rasulullah seperti

yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud:-

Bagaimanakah nanti engkau akan putuskan hukum apabila dibentangkan kepada

engkau sesuatu masalah? Muaz menjawab: “Saya akan putuskan berpandukan al-

Quran”. Nabi bertanya lagi; “Sekiranya kamu dapati tidak ada dalam al-Quran?”

Muaz menjawab: “Saya akan berpandukan al-Sunnah.” Nabi bertanya lagi:

“Sekiranya tidak kamu dapati dalam al-Sunnah?” Muaz menjawab: “Saya akan

berijtihad dengan ilmu saya dan saya tidak akan mengetepikan perkara itu.”

ii. Peringkat Kedua

Iaitu pada zaman para Sahabat. Pada zaman ini merupakan zaman yang masih

berpegang kuat kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Khalifah al-Rasyidin

dan para sahabat hanya berijtihad apabila tidak terdapat hukum di dalam kedua-dua

sumber tersebut. Untuk itu, zaman tersebut tidak digalakkan berijtihad menggunakan

akal semata-mata.

iii. Peringkat Ketiga

Iaitu pada Zaman Tabi’ dan Tabi’ Tabi’in. Pada zaman ini bermulalah penulisan dan

pembukuan usul fiqh yang bermula pada abad ke-2 hingga ke-4 Hijrah. Waktu itu

juga fikah Islam mula berkembang pesat. Dalam keadaan lain lagi,zaman itu lahir

dua aliran fikah. Yang pertama, Aliran al-Ra’yi Abu hanifah yang berpengaruh di

Kufah. Dan yang kedua, Aliran Hadis Imam Malik yang bertumpu di Madinah.

Maka dari sini lahirlah usul fikah dan istilah-istilah fikah tang mana kitab Usul Fiqh

yang mula-mula ditulis dan dibukukan ialah al-Risalah yang dikarang oleh Iman al-

4

<ABSF4103> Syafie. Pada zaman itu juga kegiatan ijtihad hanya bertumpu kepada ahli fikah

sahaja.

Kewujudan qawaid fiqh ini adalah kerana peranan yang telah dijalankan oleh para ulama’ dan

fuqaha terdahulu dengan penuh rasa tanggungjawab memelihara dan menyampai ilmu ke

generasi seterusnya. Mereka juga sentiasa berusaha berijtihad bagi memahami nas-nas dan

mengaplikasikan kaedah-kaedah yang berkonsep umum terhadap permasalahan yang bersifat

furu’ dan permasalahan yang baharu.

Walaupun di dalam metode ijtihad itu terdapat dalil-dalil yang bersifat zanni yang telah

diperselisihkan, sebenarnya para ahli fiqh ini tetap berusaha mencari kesepakatan dan kaedah

yang paling ringan bagi memudahkan di samping memberi roh Islam yang sebenar.

Kebiasaannya para fuqaha akan mengkaji dengan lebih mendalam pada setiap permasalahan

yang timbul serta mencari kesan dan illah, seterusnya mereka akan berijtihad dengan ilmu-ilmu

yang mereka ada. Selain memahami nas, prinsip-prinsip syariat yang bersesuaian perlu diteliti

sebelum memutuskan sesuatu perkara.

Mengikut al-Sayuti dalam kitabnya al-Asbah wa al-Naza’ir, iaitu sebuah kitab kaedah fiqh

yang yang telah diambil jadul kitab ini sempena dengan surat Khalifah Umar al-Khattab

kepada Abu Musa al-Ansyari yang antaranya menyebut :-

“ fahamilah benar-benar masalah yang engkau hadapi yang mana hukum-hukumnya

engkau tidak temui di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ketahuilah

persamaan dan sebanding serta menujulah ke arah yang lebih disukai oleh Allah SWT

dan lebih hampir kepada yang benar..”

Al-Imam Abu Muhammad Izzudin ibn Abbas telah menyatakan bahawa qawaid fiqh ini

mempunyai kegunaan sebagai satu jalan untuk mendapat suatu kemaslahatan dan menolak

kerosakan serta cara menangani kedua hal tersebut. Seterusnya, kelebihan mengaplikasikan

ilmu qawaid ini antara adalah;-

Memudahkan para mujtahid mengistinbad hukum-hukum furu’ yang baharu berdasarkan asas-

asas yang ada.

5

<ABSF4103> Memelihara metode-metode asas di samping melahirkan percambahan idea-idea lain yang

berguna kepada permasalahan yang bakal muncul kemudian.

Menolok perselisihan pendapat yang terlalu jauh kerana telah disepakati asas-asas yang utama.

Hasilnya lahir hukum-hukum yang bersesuaian dengan kehendak syarak serta menjamin

kemaslahatan ummah.

3.0 Kaedah-kaedah Qawaid Fiqhiyyah dan Aplikasi Dalam Permasalahan Hukum

3.1 Kaedah pertama: Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat ( بمقاصدها ( االمور

Kaedah ini membawa maksud tiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara diambil

kira berdasarkan niatnya. Oleh itu amalan-amalan yang dilakukan mukallaf bergantung kepada

apa yang diniatkannya. Asal kaedah ini dengan berdasarkan sabda Nabi saw. Hadis daripada

Saidina Umar yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud;

“Sesungguhnya setiap pekerjaan diambil kira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi

setiap orang apa yang diniatkannya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan

rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang

hijrahnya karena ingin meraih dunia atau wanita yang akan dinikahinya, maka

hijrahnya kepada apa yang dia niatkan.”

Juga terdapat hadis daripada Abu Zarr yang diriwayatkan oleh al-Nasaie yang bermaksud

“ Sesiapa yang naik atas katilnya dan ia berniat untuk bangun sembahyang waktu

malam, kemudian ia tertidur sehingga waktu pagi, maka ditulis baginya pahala apa

yang diniatkannya itu.”

Untuk itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu atau diberi pahala atau

dosa. Untuk itu amalan yang tidak disertai dengan niat tidak mendatangkan apa-apa kesan.

6

<ABSF4103> 3.1.1 Applikasi al-Umuru Bimaqo Sidiha

Pelbagai bentuk amalan tidak akan terlepas dari niat atau tujuan perlaksanaannya. Demikian

pula dengan niat di dalam ibadah atau sebaliknya. Maka para fuqaha meletakkan niat sebagai

membezakan antara ibadah dan tujuan lain, sebagai contoh mandi sunat pada pagi hari Jumaat.

Mandi yang disertakan dengan niat sunat sebelum solat Jumaat dibezakan dengan mandi yang

menjadi rutin harian seseorang itu. Maka dengan itu, niat dapat membezakan antara kebiasaan

dan ibadah. Berikut adalah kaedahnya :-

i.

يضر لم وأخطأ عينه اذا وتفصيال جماة له التعرض يشترط ماال

Sesuatu amalan yang tidak disyratkan ta’arrudh baginya sama ada secara ringkas

mahupun terperinci, apabila dita’yinkan dan tersalah ta’yin (penentuan) itu maka ia tidak

memudaratkan (tidak batal).

Contohnya, orang yang dalam niat solatnya menegaskan tentang tempat solat, iaitu di Masjid

atau di rumah; hari solat iaitu Sabtu atau Ahad; imam dalam suatu solat jemaah; si Hassan atau

si Hussin, kemudian ternyata apa yang ditegaskan itu mengelirukan, maka solatnya tetap sah,

kerana solat yang telah terlaksana dengan sempurna, sedangkan kekeliruan hanya pada hal-hal

yang tidak ada kaitan dengan solat.

ii.

ضر وأخطأ عينه اذا تفصيال تعيينه يشترط وال جملة له التعرض يجب ما

Amalan-amalan yang wajib dita’arrud baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan

ta’yinnya secara terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia menjadi mudarat

(batal).

Contohnya, seseorang yang solat berjemaah dengan niat makmum kepada Hassan kemudian

ternyata yang menjadi Imam adalah Hussin, maka tidak sah makmumnya. Atau, Orang yang

solat jenazah dengan niat menyembahyangkan mayat lelaki, kemudian ternyata mayat itu

perempuan, maka solatnya tidak sah.

7

<ABSF4103> 3.2 Kaedah kedua: Keyakinan tidak hilang dengan keraguan ( بالشك يزال ال ( اليقين

Ia bermaksud sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaki atau tidak berlaku, maka sebarang

keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia juga

bermaksud yang asal dan yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak

atau ragu-ragu.

Daripada kaedah ini, seseorang yang telah meyakini perkara dan ditetapkan hukum

terhadapnya, kemudian ia berlaku syak atau ragu-ragu terhadap kehilangan yakin tersebut, sama

ada telah dihilangkan atau tidak atau belum, maka keyakinan yang asal itu masih kekal dan

tidak boleh beramal atau berpegang dengan ragu-ragu atau perasaan syak yang baru mendatang

itu. Untuk itu juga keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan atau dihindarkan kecuali

dengan ada keyakinan yang baru yang dapat menghilangkannya.

Asal kaedah ini dengan berdasarkan dalil hadis, antaranya yang diriwayatkan oleh Imam

Muslim daripada Abu Said al-Khudri:

i. “Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika solatnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah

yang telah dilakukannya; tiga atau empat, maka ketepikanlah keraguan tersebut

dengan keyakinan”.

Juga telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid di dalam Sahih Bukhari, beliau menyatakan

bahawa;

ii. Ada seorang lelaki mengadu kepada nabi bahawa ia berasa syak atau waswas

keluar sesuatu ketika menunaikan sembahyang, maka Baginda bersabda, “Jangan

kamu berhenti sembahyang sehinggalah ia mendengar suara atau mencium bau.”

3.2.1 Applikasi al-Yakin La Yuzallu Bissyak

i. Kekal sesuatu itu mengikut apa sebelumnya atau pada asalnya.

Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu hukum masa selepasnya atau akhir dengan mengikut

sabit hukum pada masa lampau. Contohnya, sesiapa yang masih berwuduk dan selepas itu ia

syak berhadas belum, maka ia dikira masih suci. Iaitu mengekalkan keadaan sebelum keraguan

itu, begitulah sebaliknya.

8

<ABSF4103> ii. Asalnya segala sesuatu itu tidak ada

Ia bermaksud setiap yang tiada mestilah mendahului ada. Untuk itu maka tiada yang asal itu

hendaklah dikembalikan kepadanya, hinggalah sabit perkara baru yang boleh menghilangkan

yang asal itu. Contohnya, seseorang yang menggunakan harta orang lain mengatakan bahawa ia

diizinkan, tetapi tuan punya barang menafikan dakwaan itu. Maka pengakuan pemilik barang

yang diterima. Kerana asal harta orang lain itu tidak mendapat izin.

iii. Sesiapa yang syak adakah ia telah melakukan sesuatu atau belum, maka ia

dianggap belum melakukannya.

Berdasarkan kaedah ini, terbentuk beberapa hukum. Contohnya, Jika seseorang syak adakah ia

meninggalkan salah satu rukun sewaktu solat, maka ia mesti mengulangi apa yang disyaki atau

dirasakan belum melakukannya itu.

3.3 Kaedah ketiga: Kesukaran membawa kemudahan ( التيسير تجلب ( المشقة

Kaedah in bermaksud, apabila terdapat sesuatu atau kesulitan dalam menunaikan dan

melaksanakan perintah Allah, maka perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Kaedah ini

berdasarkan dalil al-Quran dan hadis, antaranya;

i. Surah al-Baqarah ayat ke-185

“(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh

kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran..”

ii. Surah al-Maidah Ayat ke-6

“Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)..”

9

<ABSF4103> iii. Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan Muslim

yang bermaksud “Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan untuk

menyusahkan.”

Berpandukan nas-nas ini, meletakkan bebanan itu menjadi kesukaran terhadap hamba-

hambanya. Untuk itu kesusahan tersebut hendaklah dihindarkan terhadap mukhalaf.

Berdasarkan dalil-dalil tersebut juga menjelaskan bahawa Islam itu membawa konsep mudah

terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan atau penyempitan. Sungguhpun

begitu, hendaklah menentukan dahulu Masyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab

keringanan (Rukhsah).

3.3.1 Applikasi al-Musyaqqah Tajlibus Taisir

Menurut penelitian para fuqaha, ada beberapa sebab kesusahan yang boleh memberi keringanan

atau rukhsah. Antara contoh adalah seperti berikut:-

i. Musafir / orang yang dalam perjalanan jauh, maka syarak mengharuskan solat

qasar, meninggalkan puasa dan juga menggugurkan fardu Jumaat.

ii. Orang yang sakit, maka syarak mengharuskan ia bertayamum, melalukan solat

secara duduk atau berbaring atau dengan isyarat atau dengan hati berdasarkan

kemampuannya.

iii. Orang yang dipaksa atau terpaksa. Mereka yang dalam keadaan terpaksa atau

terancam nyawa, maka diharuskan memakan benda haram. Begitu juga orang

yang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian, tetapi hatinya mesti

tetap beriman kepada Allah.

iv. Sebab terlupa. Keadaan lupa atau seseorang yang tidak sengaja secara lupa telah

diberi keringanan terhadap apa yang dilakukannya. Contohnya seseorang yang

telah makan secara terlupa tidak batal puasanya.

v. Kejahilan. Keadaan jahil seseorang itu dianggap sebagai salah satu keuzuran

yang membawa keringanan. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah

ayat 275 yang bermaksud:-

10

<ABSF4103>

“ Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari

Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah

diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan

perkaranya terserahlah kepada Allah..”

vi. Kesukaran dalam perkara ‘umum al-Balwa.’ Iaitu perkara yang tidak dapat

dielakkan. Contohnya, air atau lumpur di jalan raya yang terpercik pada kain atau

badan seseorang pada hari hujan adalah dimaafkan.

vii. Kekurangan. Kekurangan juga menjadi salah satu sebab keringanan dan

kemudahan kerana ia suatu masyaqqah. Contohnya kanak-kanak tidak

dibebankan dengan taklif begitu juga wanita, tidak diwajibkan solat Jumaat atas

dasar kekurangan sifat-sifat tertentu.

3.4 Kaedah keempat : Adat dijadikan rujukan hukum ( محكمة ( العادة

Kaedah ini bermaksud adat boleh dijadikan sebagai sumber rujukan membuat sesuatu hukum.

Terbentuknya kaedah ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud di dalam

al-Bukhari :

“Apa yang dinilai oleh kaum Muslimin baik, maka ia adalah baik di sisi Allah, dan apa

yang dinilai buruk oleh kaum Muslimin, maka buruklah ia di sisi Allah.”

Para fuqaha berpendapat hadis di atas bertaraf mauquf sebagaimana yang ditakhrijkan oleh

Iman Ahmad bin Hambal dalam musnadnya. Walau bagaimanapun hadis itu tidak bertentangan

dengan akal. Banyak masalah fikah yang termasuk dalam kaedah ini.

Adat menurut para fuqaha adalah sesuatu perkara yang diulang-ulang masyarakat setempat serta

masyhur perkara itu di kalangan mereka. Dalam keadaan lain juga ulama’ tidak membezakan

adat dengan ‘uruf. Adat atau ‘uruf ini terbahagi kepada dua iaitu:-

11

<ABSF4103> i. ‘Uruf Perkataan

Dari tutur kata atau ucapan ia boleh difahami akan maksudnya. Contohnya, pada

kebiasaan, orang ramai tidak menggunakan perkataan daging kepada ikan.

Seperti juga orang Arab, yang menggunakan perkataan al-walad untuk

dimaksudkan kepada anak lelaki.

ii. ‘Uruf Perbuatan

‘Uruf Perbuatan atau ‘Uruf Amali adalah perkara yang sering dilakukan oleh

masyarakat itu. Contohnya, masyarakat menganggukkan kepala tanda setuju dan

menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju.

3.4.1 Applikasi al-‘Aadatu Muhakkamah

Para fuqaha bersependapat bahawa ‘uruf dan adat boleh dijadikan panduan dalam menetapkan

sesuatu hukum itu. Antaranya adalah:-

i.

6ت4 6ب غ6ل 6و ا د6ت4 اض4ط6ر6 :ذ6ا ا الع6اد6ة; 6ر; 6ب ;ع4ت ت >م6ا :ن ا

“Adat yang dianggap (sebagai pertimbangan hukum) itu hanyalah adat yang terus-menerus

berlaku atau berlaku umum”

Maksudnya, tidak dianggap adat kebiasaan yang boleh dijadikan pertimbangan hukum, apabila

adat kebiasaan itu hanya sekali sekala terjadi atau tidak berlaku secara umum. Terdapat dua

syarat dalam mengungkapnya sebagai adat, iaitu terus menerus dilakukan dan bersifat umum.

Contohnya apabila seorang pelanggan astro tidak menerima siaran selama lebih dua minggu

boleh menuntut pengecualian bayaran daripada syarikat tersebut kerana tidak menerima

perkhidmatan yang sepatutnya.

ii.

4ق6ة< ح6ق:ي 6ع: 6ن 4م;م4ت 6ال ك ع6اد6ة< 6ع; 6ن الم;م4ت

12

<ABSF4103> “Sesuatu yang tidak berlaku berdasarkan adat kebiasaan seperti yang tidak berlaku

dalam kenyataan”

Maksud kaedah ini adalah tidak mungkin terjadi sesuatu berdasarkan adat kebiasaan secara

rasional, maka tidak mungkin terjadi dalam kenyataan. Contohnya, seseorang mengaku harta

yang ada pada orang lain itu miliknya. Namun dia tidak boleh menjelaskan dari mana asal harta

tersebut atau gagal membuktikan harta itu miliknya.

4.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, bidang ilmu qawaid fiqh ini adalah suatu kaedah undang-undang Islam

yang disusun dan berfungsi untuk membolehkan para fuqaha yang mujtahid untuk mengistinbad

hukum yang bersesuaian dengan kemaslahatan ummah serta mematuhi keperluan syarak.

Kewujudan bidang ini membuktikan bahawa kaedah mengistinbad hukum oleh para fuqaha

boleh berubah mengikut zaman, tempat dan senario sesebuah masyarakat yang sememangnya

berbeza antara satu sama lain atau lebih difahami oleh fuqaha sebagai menyelesaikan masalah-

masalah furu’.

Keperluan para fuqaha yang mujtahid dalam menyelesaikan masalah-masalah baharu ummah

ada suatu cabaran yang perlu mereka dihadapi lebih-lebih lagi dalam menerajui era modenisasi.

Contohnya di dalam bidang ekonomi dan perniagaan iaitu trend-trend perniagaan baharu yang

pelbagai bentuk mahupun di dalam bidang sains angkasa yang memerlukan penguasaan ilmu

yang lebih luas.

Walaupun kaedah fiqh ini tidak merangkumi semua masalah dan ia hanya digunakan untuk

beberapa tempat tertentu, para fuqaha telah mentakrifkan kaedah ini sebagai kaedah yang

bersifat majoriti atau aglabiyyah iaitu tidak bererti akan mengurangkan nilainya di dalam

metodologi fiqhiyyah dalam mengistinbad hukum fikah.

.

(2758 patah perkataan)

13

<ABSF4103> APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Dr. Azman Ab Rahman, Modul Qawaid Fiqh (2013), OUM

Ab. Latif bin Muda, Kaedah-kaedah Fiqh, (2000) Ilham Abati Enterprise

Abd Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali, Pengantar Usul Fiqh,(2010) Pustaka Salam

Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Halal dan Haram Dalam Islam, (2010) Darul Syakir

Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Pembaharuan Fiqh abad 21, (2000) Al-Hhidayah

Dr. Basri Ibrahim, Method Fatwa Al-Qardawi Dalam Menangani Isu Semasa, (2011) Al-Hidayah

14