qabd hibah

Upload: ahmad-saifuddin-che-abdullah

Post on 07-Jul-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    1/15

    342

    Signifikan Hibah Sebagai Instrumen Perancangan Harta Orang Islam Di Malaysia1 

     Mohd Zamro bin Muda & Noor Lizza binti Mohamed Said

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    ABSTRAK

    Hibah merupakan suatu bentuk atau instrumen perancangan harta semasa hidup yang

    diberi perhatian oleh Islam. Namun demikian, selain dari hibah terdapat beberapa

    instrumen lain dalam perancangan harta semasa hidup seperti wakaf, wasiat, sedekah,

    hadiah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, instrumen hibah mempunyai

    signifikannya yang tersendiri sebagai instrumen perancangan harta semasa hidup berbeza

    dengan instrumen-intrumen lain, lebih-lebih lagi dalam suasana kehidupan hari ini.Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji signifikan hibah sebagai salah satu

     produk atau instrumen perancangan harta orang Islam di Malaysia. Kajian ini merupakan

    kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen

    dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui

     pendekatan deskriptif. Di samping itu pendekatan komparatif juga digunakan iaitu

    membuat perbandingan di antara konsep hibah dan amalan perundangan di Malaysia.

    Hasil kajian mendapati instrumen hibah amat signifikan untuk diamalkan oleh

    masyarakat Islam dalam perancangan harta. Kajian ini memberi implikasi penting ke atas

    agensi atau syarikat yang terlibat dengan urusan perancangan harta dalam menerangkan

    kepada masyarakat Islam mengenai instrumen hibah yang bertepatan dengan prinsip

    syarak.

    Pengenalan

    Merancang harta dalam Islam bukan sahaja terhad pada kaedah dan tatacara

    menguruskan perbelanjaan individu atau keluarga bagi kepentingan hidup di dunia

    sahaja, bahkan merangkumi bagaimana cara seseorang menguruskan harta dengan cara

    membuat perancangan yang teratur untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

    Perancangan harta yang dilakukan semasa hidup pemiliknya secara tepat dan menepati

    hukum syarak amat digalakkan oleh Islam. Dalam membuat perancangan harta, Islam

    menyediakan pelbagai instrumen yang boleh digunakan seperti hibah, wasiat, sedekah,

    wakaf, hadiah, nazar dan lain-lain. Justeru, pertimbangan yang sewajarkan perlu

    diberikan perhatian kepada instrumen manakah yang paling sesuai berdasarkan kepada

    situasi dan keperluan pihak-pihak yang terlibat. Sekiranya ruang dan peluang yang ada

    semasa hayat pemilik harta tidak digunakan sepenuhnya dalam membuat perancangan

    harta maka harta yang ditinggalkan itu akan menjadi harta pusaka dan hukum faraid akan

    diguna pakai dalam pengagihan harta berkenaan kepada waris-waris.

    1 Artikel ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan Geran Galakan Penyelidik Muda GGPM-2015-

    024

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    2/15

    343

    Hibah merupakan salah satu instrumen dalam perancangan harta semasa hayat dan ia

    cukup signifikan untuk diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Justeru dalam kertas

    kerja ini akan dibincangkan secara ringkas mengenai konsep hibah dalam Islam bagi

    memberi gambaran awal berkaitan dengan instrumen hibah. Seterusnya, perbincangan

    difokuskan kepada signifikan hibah sebagai salah satu instrumen perancangan harta umatIslam terutamanya di Malaysia. Semoga kertas kerja ini memberi panduan kepada kita

    semua dalam membuat perancangan harta dengan lebih terancang dan lebih memberi

    manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat, di samping ianya menepati hukum syarak.

    Konsep Hibah Dalam Islam

    i.  Pengertian Hibah

    Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya.

    Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini (hibah, hadiah dan sedekah)mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian

    itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di

    akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah

     pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu

     perkara (Mustafa al-Khin et al. 2003, 3: 102).

    Dalam konteks yang lain, perbezaan di antara hibah dengan hadiah dan sedekah ialah

    dari segi lafaz di mana hibah memerlukan kepada lafaz ijab dan qabul , sedangkan hadiah

    dan sedekah tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul  (al-Jaziri 1998, 3: 330). Dengan ini

    dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua

    hibah adalah sedekah dan hadiah.

    Perbezaan antara ketiga-tiga bentuk pemberian ini (hibah, hadiah dan sedekah) telah

    dijalaskan secara terperinci di dalam kes  Harun bin Muda dan Lain-lain lwn.  Mandak

    binti Mamat dan Lain-lain  [1999] XIII(I) JH 63, di mana Mahkamah Tinggi Syariah

    Kuala Terengganu membuat rumusan seperti berikut:

    (i)  Pemberian kepada seseorang yang berhajat tanpa lafaz ijab  dan qabul   ianya

    adalah sedekah.

    (ii)  Pemberian kepada seseorang yang berhajat disertai lafaz ijab  dan qabul , maka

    ianya adalah sedekah dan hibah.(iii)  Pemberian kepada seseorang kerana memuliakan orang itu tanpa lafaz ijab dan

    qabul  ianya adalah hadiah.

    (iv)  Pemberian kepada seseorang kerana memuliakan orang itu dengan adanya lafaz

    ijab dan qabul  maka ianya adalah hadiah dan hibah.

    (v)  Pemberian bukan kerana untuk mendapatkan pahala dan bukan pula kerana

    memuliakan orang yang diberi itu dengan disertai lafaz ijab  dan qabul , maka

     pemberian itu hanyalah hibah semata-mata.

    Hibah pada istilah syarak pula ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh

    seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa

    hidupnya tanpa balasan (c

    iwad ) (Muhammad Rawwas Qalc

    ah Ji 1985: 492; al-Sharqawi1997, 3: 245). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    3/15

    344

    daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (ciwad ) semasa hidup secara

    sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan

    menggunakan lafaz ijab  dan qabul   atau seumpamanya (al-Khudrawi 1966: 113; Mohd

    Ridzuan Awang 2003: 91).

    Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hibah adalah seperti berikut(Mohd Ridzuan Awang 2003: 91):

    • 

    Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.

    •  Harta yang boleh dihibah ialah cayn  (korpus) harta, bukannya hutang atau

    manfaat.

    •  Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (ciwad ).

    • 

    Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.

    •  Ia dibuat secara sukarela tanpa paksaan.

    •  Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang

    tertentu.

    Dalam konteks perundangan di Malaysia, istilah ‘ pemberian’,  ‘alang ’, ‘alang semasahidup’ dan ‘ penyelesaian yang dibuat tanpa balasan’ adalah merujuk kepada hibah.

    Contohnya, peruntukan Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan

    Persekutuan yang menyatakan bahawa:

    “...termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan mewarisi harta

     berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas

    kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak,

    pemberian , pembahagian harta dan amanah bukan khairat...”.2 

    Manakala Seksyen 46(2)(b)(v) dan (vi), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam

    (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan:3 

    Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-

    (b)  dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua

    tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam

    dan yang berhubungan dengan-

    (v) 

    wasiat atau alang   semasa marad-al-maut seseorang si mati

    Islam;

    (vi)  alang semasa hidup , atau penyelesaian yang dibuat tanpa

    balasan  yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh

    seseorang Islam;

    Penggunaan perkataan ‘alang ’ sama ada semasa marad al-maut  atau semasa hidup dan“ penyelesaian yang dibuat tanpa balasan” adalah merujuk kepada hibah atau pemberian.

    Penggunaan perkataan yang sama dapat dilihat di negeri-negeri lain seperti Selangor,4 

    Melaka,5 Pulau Pinang,6 Johor,7 Perak,8 Kedah,9 Terengganu,10 Sabah11 dan Sarawak.12 

    2 Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.3  Seksyen 46(2)(b)(v) & (vi), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah

    Persekutuan) 1993 (Akta 505).4 Seksyen 61(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.5 Seksyen 49(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002.6 Seksyen 61(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.7 Seksyen 61(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.8

     Seksyen 50(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.9 Seksyen 13(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Mahkamah Syariah (Negeri Kedah) 2008.10 Seksyen 11(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001.

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    4/15

    345

    Sementara itu, Negeri Sembilan13 menggunakan perkataan ‘hibah’, Pahang14 dan Perlis15 

    menggunakan perkataan ‘ pemberian’  dan Kelantan16  menggunakan perkataan ‘alang

    hayat ’.

    Daripada peruntukan di atas, didapati pelaksanaan hibah bukan sahaja diperuntukkan di

    dalam undang-undang di Malaysia semasa hidup pemberi hibah, malah hibah semasamarad al-mawt   juga ada diperuntukkan. Didapati bahawa peruntukan-peruntukan

    mengenai hibah ketika marad al-mawt  dikombinasikan dengan peruntukan wasiat kerana

    hibah ketika marad al-mawt   adalah tertakluk kepada dua jenis undang-undang hukum

    sama ada undang-undang wasiat atau undang-undang hibah bergantung kepada situasi

     pemberi hibah.

    ii.  Hukum dan Pensyariatan Hibah

    Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam

    terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepadaal-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah

    ialah sebagaimana firman Allah S.W.T:

    Maksudnya:

    Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin

    mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan sukahatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka

    makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat,

    lagi baik kesudahannya (Surah al- Nisa’ ayat 4). 

    11 Seksyen 11(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Mahkamah Syariah (Negeri Sabah) 2004.12 Seksyen 10(3)(b)(v) & (vi) Ordinan Mahkamah Syariah (Negeri Sarawak) 2001.13 Seksyen 61(3)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.14

     Seksyen 47(2)(b)(v) & (vi) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Pahang) 1991.15 Seksyen 8(2)(vi) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Perlis) 1991.16 Seksyen 9(2)(vi) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982.

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    5/15

    346

    Maksudnya:

    Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timurdan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari

    akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan

    mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum

    kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar

    dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk

    memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan

    sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang

    menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan

    orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan

     juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang

    demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman danmengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa

    (Surah al-Baqarah ayat 177).

    Di samping itu terdapat banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menggalakkan hibah,

    antaranya sabda Rasulullah s.a.w:

    ا

    ت

     دوا

      

     :ل

     وسم

     

     

     صى

     

    ا

     

     

     

     ضر

     ة

      

       و

    خر

     رواه

    Maksudnya:

    Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Saling memberi

    hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling mencintai” (Hadis  riwayat al-Bukhari).

    Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

    ة

      

      د

     

     ل

     م وس

     

     ا

     ى ص

     

    ا

     

     

     ا

     

    رض ج

     ع ك

     و

     رع

    ذ

     

     

      ع  و ك ي  ذرع    (و

    ي

    خر )رواه Maksudnya:

    Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya aku

    dijemput untuk dijamu dengan peha atau betis (tulang kering) kambing nescaya

    aku akan memenuhi jemputan tersebut, dan sekiranya diberikan hadiah kepadaku

    http://www.islamweb.net/newlibrary/showalam.php?ids=3http://www.islamweb.net/newlibrary/showalam.php?ids=3http://www.islamweb.net/newlibrary/showalam.php?ids=3http://www.islamweb.net/newlibrary/showalam.php?ids=3http://www.islamweb.net/newlibrary/showalam.php?ids=3http://www.islamweb.net/newlibrary/showalam.php?ids=3http://www.islamweb.net/newlibrary/showalam.php?ids=3http://www.islamweb.net/newlibrary/showalam.php?ids=3

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    6/15

    347

     peha atau betis (tulang kering) kambing nescaya aku menerimanya” (Hadis 

    riwayat al-Bukhari).

    iii.  Rukun dan Syarat Hibah

    Dalam Islam, sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi

    rukun dan syarat seperti berikut (al-Zuhayli 1989, 5: 7-17; Sayyid Sabiq 1998, 3: 276-

    277; Mohd. Ridzuan Awang 2003: 92-93; Ahmad Hidayat Buang 2007: 331-338):

    (i) 

    Pemberi hibah (wahib)  –  hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna

    akal, baligh dan rushd . Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang

    dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya,

    hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya

    termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum

    syarak.

    (ii)  Penerima hibah (al-mawhub lahu) –  boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan

    dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan

    mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil

     baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang

    amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan

    dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap

    harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

    (iii) 

    Barang atau harta yang dihibahkan (al-mawhub) –  perlu memenuhi syarat-syarat

     berikut:  Ia hendaklah barang atau harta yang halal.

      Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.

      Barang atau harta itu milik pemberi hibah.

      Ia boleh diserah milikkan.

      Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah

     barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih

    dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih

     belum berbuah dan sebagainya.

      Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh

    dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidaktermasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Shafi’i  dan Hanbali, hibah

    terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah

    hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh

    dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.

    (iv)  Sighah  iaitu ijab  dan qabul   –   lafaz atau perbuatan yang membawa makna

     pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

      Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul .

      Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.

      Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan

    dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalam al-cumra dan al-ruqbaadalah sah hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    7/15

    348

    Di antara contoh lafaz ijab secara terang ( sarih) ialah seperti kata pemberi “ Aku berikan

    barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “ Aku telah menyerahkan

    hakmilik kepadamu” atau “ Aku jadikan barang ini untukmu”. Sementara contoh lafaz

    qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha” dan sebagainya. 

    Dalam undang-undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan adanya ijab dan qabul  

    dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa

     balasan (ciwad ). Mengikut mazhab Maliki dan Shafi’i, penerimaan (qabul ) itu hendaklah

    diambilkira dalam menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah. Sebaliknya, golongan

    Hanafi menganggap bahawa ijab  sahaja sudah memadai untuk menentukan sahnya

    sesuatu hibah itu (al-Jaziri 1998, 3: 233; Sayyid Sabiq 1998, 3: 276; Mohd Ridzuan

    Awang 1994: 368).

    Dalam kes  Harun bin Muda dan Lain-lain lwn.  Mandak binti Mamat dan Lain-lain 

    1999] XIII(I) JH 63, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu berpendapat bahawa

     berlakunya hibah walaupun qabul  berlaku secara perbuatan iaitu selepas berlakunya ijab harta itu telah dimajukan atau diusahakan atau dimanfaatkan oleh defendan. Keadaan ini

    sama dengan pandangan sebahagian ulama yang mengatakan sah sesuatu hibah hanya

    melalui perbuatan atau mucatah tanpa lafaz. Manakala dalam kes Muhammad bin Awang

    dan Lain-lain lwn. Awang bin Deraman dan Lain-lain [2001] XIV(II) JH 165, Lembaga

    Rayuan Syariah Kelantan berpendapat ketiadaan lafaz ijab dan qabul  tidak membatalkan

    sesuatu pemberian kerana ia boleh dianggap sebagai hadiah (Ahmad Hidayat Buang

    2007: 332).

    Sebaliknya, dalam kes Salmiah binti Che Mat lwn. Zakaria bin Hashim [2001] XIV JH

    79, Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam Pulau Pinang berpendapat bahawa hibah

    tidak sah walaupun qabul   kepada ijab  sudah berlaku secara perbuatan. Dalam

     penghakiman kes ini, Mahkamah telah mengemukakan beberapa soalan. Isu pertama

    yang dibangkitkan ialah apakah dalam kes ini telah terlaksana dengan sempurna rukun-

    rukun hibah. Mahkamah mendapati bahawa rukun pemberi hibah, penerima hibah dan

     barang yang dihibahkan telah mencukupi syarat-syarat yang telah dikehendaki oleh

    hukum syarak. Namun demikian, bagi rukun  sighah pula Mahkamah mendapati bahawa

    ia belum terlaksana dan belum sempurna, yang berlaku hanyalah ijab daripada Che Mat

    (pemberi hibah) sahaja dan tidak ada qabul  daripada defendan sama ada secara lisan atau

    tulisan. Dengan demikian, Mahkamah berpendapat hibah Che Mat kepada defendan

    tidak sah oleh sebab rukun sighah belum terlaksana dan belum sempurna. Dalam kes ini,

     jelas bahawa Mahkamah tidak mengiktiraf penggunaan dan pembangunan yang telahdiusahakan ke atas tanah tersebut oleh defendan dengan mendirikan sebuah rumah

    sebagai qabul .

    iv. Penerimaan Barang (al-Qabd ) dalam Hibah 

    Istilah al-qabd   (penerimaan barang) bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan

     boleh melakukan tasarruf  terhadap barang atau harta tersebut. Mengikut mazhab Hanbali

    dan Maliki, penerimaan barang tidak disyaratkan dalam sesuatu hibah, malah memadai

    dengan akad semata-mata. Ini bererti apabila berlaku kematian salah seorang atau salah

    satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebelum penyerahan barang,maka hibah itu tidak terbatal. Sebaliknya, mengikut Abu Hanifah dan Shafi’i,

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    8/15

    349

     penerimaan barang merupakan salah satu dari syarat sah hibah. Oleh itu, apabila berlaku

    kematian salah satu dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal

    (Sayyid Sabiq 1998, 3: 278; al-Jaziri 1998, 3: 233-239; al-Zuhayli 1989, 5: 19-21).

    Dalam mazhab Shafi’i, al-qabd   merupakan syarat luzum, ertinya akad hibah tidak

    sempurna dan tidak berkuat kuasa dengan ijab dan qabul   semata-mata, kecuali selepasal-qabd . Sekiranya al-qabd   tidak berlaku maka akad hibah merupakan akad yang tidak

    mengikat. Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah tersebut selama mana

    harta berkenaan berada dalam pemilikannya (Mustafa al-Khin et al. 2003, 3: 112).

    Bagi mempastikan akad hibah itu sempurna dan menjadi satu akad yang mengikat, al-

    qabd   tertakluk kepada syarat-syarat berikut (Mohd. Ridzuan Awang 2003: 94; Mustafa

    al-Khin et al. 2003, 3: 113-114):

      Mendapat kebenaran dan keizinan pemberi hibah secara sarih.

      Harta yang dihibah tidak bercampur dengan harta lain.

      Penerima hibah berkeahlian iaitu baligh dan berakal. Bagi kanak-kanak dan orang

    gila (atau tidak berkeahlian) maka walinya atau pemegang amanah bolehmenerima harta hibah bagi pihaknya.

    Cara penerimaan barang (al-qabd ) adalah berbeza-beza mengikut jenis harta sama ada

    harta tak alih atau harta alih. Bagi harta tak alih, al-qabd   boleh berlaku dengan cara

    mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf   terhadap harta tersebut

    seperti menyerah kunci dan seumpamanya. Manakala bagi harta alih pula, al-qabd  boleh

     berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta tersebut

    dengan harta-harta lain (Mohd. Ridzuan Awang 2003: 94).

    Penerimaan barang (al-qabd ) juga boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung.

    Secara langsung ialah dengan memiliki secara terus kerana penerima hibah merupakan

    seorang yang berkeahlian dalam menguruskan harta tersebut. Manakala secara tidak

    langsung ialah menerusi kuasa ganti, di mana wali atau wakil boleh menerima hibah

    tersebut bagi pihak penerima yang tidak berkeahlian seperti kanak-kanak, orang kurang

    siuman dan sebagainya (al-Zuhayli 1989, 5: 24; Ismail Mohd @ Abu Hassan 2009: 107).

     Namun begitu, kegagalan menyempurnakan qabd  selepas sempurna lafaz ijab dan qabul  

    tidaklah menyebabkan hibah tersebut batal. Syarat qabd   ialah bertujuan

    menyempurnakan akad hibah. Oleh itu, pemberi hibah boleh menangguh atau

    melewatkan penyerahan harta hibah kepada penerima hibah. Walau bagaimanapun,

    syarat untuk menangguh atau melewatkan penyerahan harta hibah tidak boleh bercanggah dengan hukum wasiat iaitu sehingga kematian pemberi hibah. Hibah yang

    tidak disempurnakan sehingga kematian pemberi hibah adalah terbatal dan tidak boleh

    dikuatkuasakan. Dalam hal ini, penerima hibah tidak boleh membuat tindakan

    mahkamah menuntut supaya pemberi hibah menyerahkan harta yang dihibahkan itu. Ini

    kerana penerima hibah boleh mengambil harta tersebut dengan keizinan pemberi hibah.

     Namun begitu, jika hibah itu disertakan dengan syarat balasan, penerima hibah boleh

    menuntut di mahkamah supaya harta hibah itu diserahkan kepadanya (Ahmad Hidayat

    Buang 2007: 335).

    Dalam kes Salmiah binti Che Mat lwn.  Zakaria bin Hashim  [2001] XIV JH 79, antara

    alasan mengapa Mahkamah tidak mengesahkan hibah yang dibuat oleh Che Mat ialahkerana penggunaan dan pembangunan yang diusahakan ke atas tanah tersebut dilakukan

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    9/15

    350

    sebelum keizinan diberi oleh pemberi hibah. Ini kerana menurut pendapat mazhab Shafi’i 

    dan Hanbali, syarat pengambilan barang atau harta yang dihibahkan adalah dengan

    keizinan pemberi hibah.

    v. 

    Penarikan Balik Hibah atau Pembatalan Hibah

    Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta

     berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd ), maka harta itu menjadi milik

     penerima hibah sekalipun tanpa balasan (ciwad ). Namun demikian, adakah hibah

     berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha’ seperti

     berikut (al-Jaziri 1998, 3: 241-246; al-Zuhayli 1989, 5: 26-28):

    (i) 

    Menurut pendapat mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh menarik

     balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut

    walaupun telah berlaku penyerahan (qabd ), kecuali jika hibah itu dibuat dengan

     balasan (ciwad ).

    (ii)  Menurut pendapat mazhab Shafi’i, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab

    Maliki penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul .

    Tetapi apabila disertakan dengan penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd )

    maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh

     bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul  yang lain) kepada anak-anaknya

    selama mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain.

    (iii)  Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh

    (haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga

    ibu, datuk, nenek dan usul  yang lain) kepada anak-anaknya.

    Secara umumnya, para fuqaha’ bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah

    sekiranya ia dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau

    melalui keputusan hakim.

    Sungguhpun Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk

     juga ibu, datuk, nenek dan usul  yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia terikat dengan

    syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan anaknya (cucunya).

    Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan anaknya (cucunya) seperti

    telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada orang lain dan harta itu telah diterima oleh

     penerima hibah (orang lain), maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi(Mustafa al-Khin et al. 2003, 3: 116).

    Dalam kes  Eshah bt Abdul Rahman lwn.  Azuhar bin Ismail   [1997] XI(II) JH 219,

    Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah menolak permohonan plaintif untuk

    menarik balik hibah iaitu sebidang tanah kepada defenden. Ini kerana semua rukun dan

    syarat hibah telah dipenuhi dan menepati hukum syarak. Selain itu juga, hubungan antara

     plaintif dan defenden hanyalah anak angkat, sedangkan hukum syarak membenarkan

    hibah ditarik balik oleh ibu atau bapa sebenar dan tidak termasuk anak angkat.

    Sementara dalam kes Eshah binti Abdullah dan Lima Yang Lain lwn. Che Aminah binti

     Abdul Razak dan Dua Yang Lain  [2004] XVIII(I) JH 47, isu yang timbul ialah adakahqabul  disyaratkan secara terang dan jelas selepas pemberian atau cukup dengan qarinah-

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    10/15

    351

    qarinah lain yang membuktikan adanya penerimaan. Dalam kes ini, pemberi hibah telah

    meninggal dunia dan tidak ada penarikan balik hibah. Hibah tersebut juga telah

    disaksikan oleh saksi-saksi, namun bangunan yang dipertikaikan sebagai harta hibah

    masih menggunakan nama si mati. Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu telah

    menerima rayuan yang dibuat oleh perayu-perayu berdasarkan kepada qarinah

     penerimaan daripada penerima, di mana ketiga-tiga penerima hibah mengaku bahawamereka telah menerima hasil sewaan bangunan tersebut sejak si mati masih hidup. Apa

    yang menarik dalam kes ini ialah pandangan Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu

    iaitu:

    “Diandaikan jika pemberian tersebut telah bertukar kepada nama penerima-

     penerima, kemungkinan kes ini tidak lagi perlu dibawa kepada mahkamah,

    kerana segala-galanya telah jelas dan tercatat dalam dokumen”. 

    vi.  Takat atau Kadar Harta yang Boleh Dihibahkan

    Islam tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan. Ini

    kerana harta yang hendak dihibahkan itu merupakan milik pemberi hibah, maka

    terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang

    ingin dihibahkan. Walaupun begitu, Islam menggalakkan hibah diberikan secara adil,

    lebih-lebih lagi jika diberikan kepada anak-anak.

    Jumhur ulama’  (Hanafi, Maliki dan Shafi’i) berpendapat bahawa sunat menyamakan

     pemberian di antara anak-anak dan pemberian yang lebih kepada salah seorang daripada

    mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Bagi Abu Yusuf,

    melebihkan pemberian kepada sebahagian daripada anak-anak adalah diharuskan jika ibu

     bapa tidak berniat menimbulkan bahaya kepada anak-anak yang lain. Sekiranya ibu bapa berniat sedemikian, maka menjadi kewajipan mereka menyamakan pemberian tersebut.

    Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak-anak

    merupakan perkara yang wajib. Manakala menurut Imam Malik, tidak boleh memberi

    hibah semua harta kepada sesetengah anaknya dan tidak kepada yang lain.

    Menurut pendapat Hanafi, Shafi’i, Maliki dan Abu Yusuf, cara pemberian harta yang

    adil kepada anak-anak semasa hayat ialah dengan cara menyamakan pemberian tersebut

    tanpa membezakan di antara anak lelaki dan anak perempuan. Sebaliknya, golongan

    Hanbali dan Muhammad bin Hassan al-Shaybani berpendapat bahawa keadilan yang

    dikehendaki dalam pemberian adalah mengikut kadar mereka dalam pembahagian harta

     pusaka, iaitu bahagian anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan (al-Zuhayli1989, 5: 34-36).

    Dalam kes  Muhammad bin Awang dan Lain-lain lwn. Awang bin Deraman dan Lain-

    lain [2001] XIV(II) JH 165, Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan memutuskan bahawa

    hibah kepada anak-anak adalah sah walaupun terdapat sebahagian daripada mereka tidak

    mendapat hibah. Dalam kes ini, Panel Rayuan berpendapat bahawa hukum

    menyamaratakan pemberian kepada anak-anak adalah sunat (digalakkan) sahaja dan

    tidak menyebabkan hibah terbatal jika terdapat sebahagian anak-anak tidak mendapat

    hibah.

    Manakala dalam kes Harun bin Muda dan Lain-lain lwn. Mandak binti Mamat dan Lain-lain [1999] XIII(I) JH 63 melibatkan kes pertikaian takat hibah yang dikemukakan oleh

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    11/15

    352

     plaintif ke atas sebidang tanah. Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh plaintif adalah antara

    lain, untuk mengesahkan bahawa tanah tersebut sebagai pemberian hibah si mati (Muda

     bin Tahir) kepada mereka. Di samping itu, tuntutan juga dibuat supaya mahkamah

    mensabitkan bahawa tanah itu menjadi milik sah plaintif-plaintif berdasarkan takat yang

    telah disebutkan. Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu telah memutuskan bahawa

    tuntutan plaintif-plaintif mengenai takat keluasan masing-masing yang dinyatakan di atastanah tersebut adalah benar dan berpuashati di atas kebenaran tuntutan itu lalu

    memberikan keputusan bahawa telah sabit hibah si mati kepada plaintif-plaintif.

    Signifikan Hibah Sebagai Instrumen Perancangan Harta Orang Islam Di Malaysia

    Setelah dipaparkan secara ringkas mengenai konsep hibah sebagaimana perbincangan di

    atas maka kita dapati bahawa hibah merupakan suatu bentuk atau instrumen perancangan

    harta semasa hidup yang diberi perhatian oleh Islam. Namun demikian, perlu diingat

     bahawa selain dari hibah terdapat beberapa instrumen lain dalam perancangan harta

    semasa hidup seperti wakaf, wasiat, sedekah, hadiah dan sebagainya. Walau

     bagaimanapun, instrumen hibah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sebagaiinstrumen perancangan harta semasa hidup berbeza dengan instrumen-intrumen lain,

    lebih-lebih lagi dalam suasana kehidupan hari ini. Antara kelebihan, kepentingan dan

    kewajaran mengapa instrumen hibah dilihat sebagai satu instrumen yang perlu diberi

     perhatian semasa membuat perancangan harta adalah seperti berikut:

    (a)  Pemberian harta secara hibah dianjurkan oleh IslamSebagaimana perbincangan yang dipaparkan sebelum ini didapati bahawa hibah

    merupakan suatu yang dianjurkan oleh Islam sama ada anjuran itu melalui ayat-ayat al-

    Quran atau hadis. Justeru pandangan sinis sebahagian masyarakat Islam bahawa

     pemberian harta secara hibah bertujuan mengelakkan pembahagian harta secara faraid

    adalah tidak tepat berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan. Ini kerana Islam telah

    memberi peluang kepada pemilik harta semasa hidupnya melakukan apa-apa bentuk

     perancangan harta selama mana tidak bercanggah dengan hukum syarak. Perlu diingat

     bahawa pembahagian harta secara faraid hanya berlaku jika si mati ada meninggalkan

    harta yang bakal diwarisi oleh waris-warisnya. Jika si mati tidak meninggalkan harta

    disebabkan hartanya telah dilupuskan semasa hayatnya maka hukum hakam berkaitan

     pusaka mempusakai tidak akan berlaku.

    (b)  Pemberian harta secara hibah boleh memupuk perasaan kasih sayang dan

    mengeratkan hubungan silaturrahim

    Jaminan bahawa pemberian harta secara hibah boleh memupuk kasih sayang antara

     pemberi dan penerima telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat

    dalam hadis yang dinyatakan sebelum ini. Justeru pemilik harta boleh memberikan

    hartanya secara hibah kepada sesiapa sahaja terutamanya mereka yang dekat hubungan

    dengan pemberi hibah seperti anak, isteri atau suami, ibu bapa, anak angkat dan lain-lain

     bagi menzahirkan lagi kasih sayang antara mereka. Apa yang penting, kezahiran kasih

    sayang ini dapat dipupuk samasa pemberi dan penerima hibah masih hidup lagi tidak

    sebagaimana wasiat.

    (c)  Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja

    Hibah berbeza dengan pembahagian harta secara faraid kerana yang layak mendapatharta pusaka adalah waris-waris si mati sahaja. Begitu juga hibah berbeza dengan wasiat

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    12/15

    353

    kerana wasiat hanya boleh dibuat kepada bukan waris sahaja. Namun hibah boleh

    diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh pemberi hibah sama ada ia

    merupakan waris atau bukan waris. Selain itu hibah juga boleh diberikan kepada non

    Muslim bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan bukan untuk tujuan maksiat.

    (d) 

    Kadar harta yang dihibahkan tiada hadKadar harta yang hendak dihibahkan kepada penerima hibah tiada had atau terpulang

    kepada pemberi hibah bergantung kepada kemampuan dan kehendaknya. Hal ini tidak

    sama dengan wasiat, di mana harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi kadar 1/3

    harta pusaka. Manakala pembahagian harta mengikut faraid pula adalah berdasarkan

    ketentuan dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Justeru, kita dapati

     bahawa hibah memberi kebebasan kepada pemilik harta untuk menentukan kadar atau

     bahagian harta yang hendak dihibahkan dengan memberi pertimbangan kepada

    keperluan hidup dan kehendak semasa penerima hibah.

    (e)  Pemanfaatan harta boleh dilakukan secara terus dan semaksimum mungkin

    Islam membenarkan umatnya memiliki harta kekayaan bagi tujuan memakmurkan bumiAllah dengan cara yang terbaik sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Namun

    demikian, manfaat sesuatu harta yang dimiliki tidak boleh digunakan semaksimum

    mungkin apabila harta itu hanya dikumpulkan dan tidak dimanfaatkan secara total

    disebabkan faktor usia, kesibukan dan penyakit. Justeru, instrumen hibah boleh

    menangani masalah ini dengan baik di mana harta yang dihibahkan boleh terus

    dimanfaatkan oleh penerima hibah ketika pemberi hibah masih hidup. Jika pemilik harta

    membuat wasiat atau hanya menunggu hartanya difaraidkan selepas kematian maka

     pemanfaatan harta secara terus belum tentu dapat dilakukan atas beberapa faktor seperti

    karenah pentadbiran (birokrasi) dalam pembahagian harta pusaka, pertelingkahan di

    kalangan waris, kesahan wasiat dan sebagainya yang akhirnya menyebabkan sesuatu

    harta itu terbiar.

    (f)  Pemberian harta secara hibah mengikut kesesuaian status penerima hibahWalaupun hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki olen pemberi

    hibah, namun jika dilihat dari sudut perancangan harta secara terancang maka wajar

    mengambil kira status penerima hibah dari segi ekonomi atau sosial. Dengan ini,

     pemberi hibah berhak menentukan sendiri kepada siapa hartanya hendak dihibahkan dan

     berapa kadar yang sesuai untuk dihibahkan dengan mengambil kira status ekonomi dan

    keperluan semasa penerima hibah. Di samping itu, faktor tanggungjawab, peranan dan

    sumbangan juga boleh diberi pertimbangan dalam menentukan penerima hibah dan kadar

    atau bahagian harta yang hendak dihibahkan.

    Merujuk kepada fakta kes Muhammad Awang & yang lain lwn Awang Deraman & yang

    lain [2004] CLJ (Sya) 139, si mati, iaitu responden pertama semasa hayatnya telah

    menghibahkan dua bidang tanah miliknya kepada responden kedua dan ketiga, iaitu

    anak-anaknya. Selepas kematian responden, perayu-perayu, yang merupakan anak-anak

    si mati yang lain telah mempertikaikan kesahan hibah tersebut atas alasan antaranya

     pembahagian tersebut tidak adil kerana dibuat secara tidak sama rata. Mahkamah Rayuan

    memutuskan bahawa pemberian tersebut walaupun kelihatan tidak adil tetapi merupakan

    sesuatu yang sah hukumnya. Hakim Daud Muhammad dalam menyampaikan

     penghakiman mahkamah berkata (Rusnadewi Abdul Rashid & Nor Hisyam Ahmad

    2013: 100):

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    13/15

    354

    “Pada zahirnya, hibah yang dilakukan oleh gemulah (si mati) menempatkan

    sesuatu tindakan yang kurang adil kerana mengetepikan kepentingan sebahagian

    anaknya. Tetapi pada hakikatnya mungkin ada sebab-sebab yang munasabah,

    gemulah (si mati) dan Allah sahaja yang lebih mengetahui”. 

    (g) 

    Harta yang dihibahkan oleh ibu bapa (termasuk datuk dan nenek) kepadaanak-anak boleh ditarik balik atau dibatalkan

    Sesuatu pemberian harta secara hibah secara umumnya tidak boleh ditarik balik atau

    dibatalkan setelah ia memenuhi kesemua rukun dan syarat hibah sebagaimana sabda

    Rasulullah s.a.w:

    كئ

    ثد  ف  )(Maksudnya:

    “Orang yang menarik kembali hibahnya adalah sama seperti seekor anjing yang

    muntah kemudian ia menjilat kembali muntahnya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan

    Muslim).

     Namun demikian, pemberian harta secara hibah oleh ibu bapa kepada anak-anak atau

    datuk dan nenek kepada cucu-cucu boleh ditarik balik sebagaimana sabda Rasulullah

    s.a.w:

    ج

    م

    ن

    ط

       طو   ج      ا ا ط  ه

     

    Maksudnya:

    “Tidak halal seseorang lelaki muslim yang memberi sesuatu pemberian atau

    hibah maka ditarik kembali pemberian atau hibah tersebut kecuali pemberian atau

    hibah seorang bapa kepada anaknya” (Hadis riwayat Abu Dawud).

    Dari hadis ini, ulama’ memperluaskan maksud bapa di mana sebarang hibah atau

     pemberian usul   kepada  furuc  boleh ditarik balik. Usul   termasuk ibu, bapa, datuk dan

    nenek ke atas, sementara furuc termasuk anak dan cucu ke bawah. Kebenaran penarikan

     balik hibah yang dibuat oleh usul   kepada  furuc  merupakan suatu keistimewaan yang

    diberikan oleh Islam. Ini kerana ibu bapa lebih memahami situasi dan perkembangan

    anak-anak mereka.

    (h)  Pemberian harta secara hibah boleh dilakukan tanpa pindah milik harta

    dalam dokumen hakmilik (geran)

    Sesuatu hibah dianggap sah jika telah memenuhi rukun dan syaratnya. Justeru perlu

    dibezakan antara al-qabd   dan pindah milik harta atau pertukaran nama pada dokumen

    hakmilik (geran). Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa sesuatu pemberian harta

    secara hibah tidak sah jika pertukaran nama pada dokumen hakmilik tidak dilakukan.

    Keadaan ini disebabkan mereka tidak dapat membezakan antara al-qabd   dan pindah

    milik harta atau pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran).  Al-Qabd   ialah

     penyerahan harta hibah daripada pemberi hibah kepada penerima hibah. Dengan

     berlakunya al-qabd , maka penerima hibah boleh menguasai dan menguruskan harta

     berkenaan setelah diizinkan oleh pemberi hibah. Oleh yang demikian, pindah milik harta

    atau pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran) adalah pilihan kepada pemberi

    hibah dan bukannya syarat untuk mengesahkan sesuatu hibah.

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    14/15

    355

    Dalam situasi sekarang di mana keperluan harta semakin mendesak dan kepercayaan

    semakin terhakis, maka adalah wajar sesuatu pemberian harta secara hibah tidak disusuli

    dengan pertukaran nama pada dokumen hakmilik (geran). Pertukaran nama atau pindah

    milik boleh dilakukan selepas kematian pemberi hibah semasa pembahagian harta

     pusaka dilakukan. Walau bagaimanapun dokumen hibah perlu dibuat secara jelas atau

     bertulis supaya tidak berlaku sebarang pertikaian selepas kematian pemberi hibah.

    Selain itu, penyediaan dokumen hibah lebih menjimatkan kos berbanding dengan

     pertukaran nama atau pindah milik harta yang dibuat semasa pemberi hibah masih hidup.

    Ini kerana kos pindah milik harta yang dibuat semasa hidup lebih tinggi berbanding

    dengan kos turun milik (pembahagian harta selepas kematian). Di samping itu, proses

     penarikan balik hibah yang dibuat oleh ibu bapa kepada anak-anak adalah lebih mudah

     jika namanya masih kekal pada dokumen hakmilik. Jika pindah milik harta atau

     pertukaran nama telah berlaku maka penarikan balik hibah perlu melalui Mahkamah

    Syariah bagi tujuan mendapatkan perintah penarikan balik hibah supaya pihak

     pentadbiran seperti pejabat tanah menukar kembali nama pada dokumen hakmilik

     berkenaan. Keadaan lebih menyukarkan terutamanya apabila harta telah dilupuskan oleh penerima hibah seperti penerima hibah telah memberi atau menjual harta berkenaan

    kepada pihak lain. Di samping itu, proses mahkamah juga mengambil masa dan orang

    awam biasanya kurang memahami prosedurnya.

    (i)  Kepelbagaian produk hibah yang tidak terkeluar dari kehendak syarakHibah mempunyai pelbagai produk (jenis), antaranya adalah hibah mutlak, hibah cumra,

    hibah ruqba, hibah bersyarat, hibah dengan syarat balasan dan hibah amanah. Selain dari

    hibah mutlak, produk-produk hibah yang lain berlaku perselisihan pandangan di

    kalangan fuqaha’ sunni. Namun ia masih tidak terkeluar dari kehendak syarak walaupun

    sebahagian dari produk berkenaan tidak diterima oleh mazhab Shafi’i. Justeru, keadaan

    ini memberi ruang pilihan secara lebih terbuka kepada pemilik harta bagi merancang

    harta mereka dengan menggunakan mana-mana produk hibah yang paling sesuai dengan

    situasi dan keadaan mereka. Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan salah faham di

    kalangan umat Islam, maka adalah wajar pihak-pihak yang berautoriti menetapkan atau

    memutuskan sama ada sesuatu produk berkenaan boleh diamalkan atau tidak di Malaysia

    sekiranya ia bersalahan dengan pegangan mazhab Shafi’i. Pihak -pihak yang berautoriti

     perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat penetapan berkenaan

    dengan mengambilkira suasana yang berlaku di Malaysia dan kehendak umat Islam.

    Kesimpulan

    Instrumen hibah merupakan instrumen penting dalam perancangan harta umat Islam. Ia

    mempunyai kedudukan yang tersendiri di dalam Islam dari segi hukum dan cara

     pelaksanaannya. Sekiranya instrumen ini diuruskan dengan teratur dan menepati

    kehendak syarak, maka nasib kaum kerabat terdekat yang memerlukan bantuan akan

    terbela. Begitu juga, instrumen ini boleh digunakan ke atas anak angkat, anak susuan,

     bapa angkat, ibu angkat dan sebagainya yang mempunyai hubungan kasih sayang yang

    rapat tapi tidak berhak mendapat harta pusaka.

    Ketidakfahaman masyarakat mengenai instrumen hibah ini sering kali timbul

    terutamanya apabila berlaku kematian pihak pemberi hibah. Pertikaian ini berlanjutan

    sehingga menyukarkan penyelesaian harta pusaka dibuat. Justeru, hibah yang dibuatsemasa hidup perlu dilakukan secara jelas dan menepati hukum syarak. Keperluan

  • 8/18/2019 Qabd Hibah

    15/15

    356

    kepada dokumen hibah secara bertulis yang jelas menyatakan tentang kewujudan hibah

    amat perlu pada zaman sekarang bagi mengelakkan sebarang pertikaian dan proses

     pembuktian menjadi lebih mudah.

    Rujukan

    Al- Quran al-Karim.

    Ahmad Hidayat Buang. 2007. Prinsip dan pelaksanaan hibah. Dlm. Ahmad Hidayat

    Buang (pnyt.). Undang-undang Islam di Malaysia: prinsip dan amalan, hlm.

    329-350. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    Ismail Mohd @ Abu Hassan. 2009. Instrumen hibah: isu-isu dan cabaran. Dlm. Akmal

    Hidayah Halim, Badruddin Hj Ibrahim & Farid Sufian Shuaib (pnyt.). Undang-

    undang harta & amanah, hlm. 100 - 110. Gombak, Selangor: Jabatan Undang-

    Undang Islam, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim & Pusat Undang-

    Undang Harun M. Hashim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    al-Jaziri, cAbd al-Rahman. 1998. al-Fiqh cala al-madhahib al-arbacah. Juz. 3. Cet. ke-2.

    Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-cArabi li al-Tibacah wa al-Tawzic.

    al-Khudrawi, Muhammad. 1966. al-Maqasid fi al-fiqh cala madhhab al-Imam al-Shafici.

    t.tp.: Sharikah al-Tibacah al-Fanniyyah al-Muttahidah.

    Mohd Ridzuan Awang. 1994. Undang-undang tanah Islam: pendekatan perbandingan.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd. Ridzuan Awang. 2003. Pelaksanaan harta hibah. Dlm. Mohamad Zaini Yahaya,

    Abdul Basir Mohamad & Mohd. Nasran Mohamad (pnyt.).  Isu Syariah dan

    Undang-undang . Siri 12, hlm. 89-105. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian

    Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Muhammad Rawwas Qalcah Ji. 1985. Muc jam lughah al- fuqaha’ . Beirut: Dar al- Nafa’is. 

    Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & Ali al-Sharbaji. 2003. al-Fiqh al-manhaji cala

    madhhab al-Imam al-Shafici. Jil. 3. Cet. ke-5. Damshiq: Dar al-Qalam.

    Rusnadewi Abdul Rashid & Nor Hisyam Ahmad. 2013. Pengurusan harta melalui hibah:kepentingan dan manfaat dari pelbagai aspek untuk kemajuan ummah.  Jurnal

     Hadhari 5(1): 91-104.

    Sayyid Sabiq, 1998.  Fiqh al-sunnah. Juz. 3. Cet. ke-2. Beirut: Dar al-Fikr li al-Tabacah

    wa al-Nashr wa al-Tawzic.

    al-Sharqawi, cAbd Allah ibn Hijazi ibn Ibrahim al-Azhari. 1997.  Hashiyah al-Sharqawi.

    Jil. 3. Beirut: Dar al-Kutub al-CIlmiyyah.

    al-Zuhayli, Wahbah. 1989. al-Fiqh al-islami wa adillatuh. Jil. 5. Cet. ke-3. Damshiq:

    Dar al-Fikr.