q4_cabaran wujudkan hubungan etnik dimalysia

13
CTU 553 [HUBUNGAN ETNIK] 1.0 PENGENALAN Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu adalah antara cabaran-cabaran utama dalam usaha kita menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020. Tanpa perpaduan dan keharmonian antara kaum, kita tidak akan dapat memupuk persekitaran politik, sosial dan ekonomi yang mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju. Hubungan etnik di Malaysia merupakan sesuatu yang begitu unik kerana kita dapat hidup dengan aman dan harmoni dengan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama. 2.0 TAFSIRAN Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. 1

Upload: mohd-yusof-ruslan

Post on 24-Jun-2015

176 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Q4_cabaran Wujudkan Hubungan Etnik Dimalysia

CTU 553 [HUBUNGAN ETNIK]

1.0 PENGENALAN

Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu adalah antara

cabaran-cabaran utama dalam usaha kita menjadikan Malaysia

negara maju menjelang tahun 2020. Tanpa perpaduan dan

keharmonian antara kaum, kita tidak akan dapat memupuk

persekitaran politik, sosial dan ekonomi yang mampu membawa

negara ke tahap yang lebih maju. Hubungan etnik di Malaysia

merupakan sesuatu yang begitu unik kerana kita dapat hidup dengan

aman dan harmoni dengan masyarakat berbilang kaum, budaya dan

agama.

2.0 TAFSIRAN

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang

bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas

dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan

etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya

yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah,

nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga

tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau

membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula

daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan

etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-

temurun daripada nenek moyang itu.

1

Page 2: Q4_cabaran Wujudkan Hubungan Etnik Dimalysia

CTU 553 [HUBUNGAN ETNIK]

Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya

The Nature of Race Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik

secara lumrahnya akan wujud bila dua atau lebih kumpulan yang

berbeza budaya, agama dan adat berada dalam ruang yang sama.

3.0 LATARBELAKANG - ULASAN KARYA

Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber tertinggi perundangan

negara. Semua undang-undang yang digubal perlu memenuhi

semangat dan aturan yang termaktub di dalamnya. Satu bangsa

Malaysia hanya boleh wujud secara realistik bila keluhuran

perlembagaan diterima, dihormati dan dihayati oleh seluruh lapisan

masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Penelitian dokumen

Perlembagaan Persekutuan (cetakan terbaru - sehingga 5 Mac 2008)

menunjukkan, daripada 183 Perkara, tujuh menyentuh isu hubungan

etnik. Antaranya ialah :

- Perkara 3 yang menyatakan, Islam adalah agama rasmi Malaysia.

Perkara ini jelas dan tidak sukar untuk difahami. Tinggal lagi atas

niat seseorang untuk mempertikaikan perkara tersebut.

- Perkara 8 berkaitan dengan jaminan sama rata daripada segi

undang-undang dan semua warganegara berhak mendapat

perlindungan tanpa membezakan agama, kaum, keturunan, tempat

lahir dan jantina.

- Perkara 11 mengenai kebebasan beragama. Penganut mana-mana

agama dibenarkan menguruskan hal ehwal agamanya melalui

persatuan dan yayasan serta menjana dan memiliki harta mengikut

undang-undang.

2

Page 3: Q4_cabaran Wujudkan Hubungan Etnik Dimalysia

CTU 553 [HUBUNGAN ETNIK]

- Perkara 14 pula berkaitan dengan jaminan sebagai setiap rakyat

yang layak berhak untuk memiliki kewarganegaraan. Penting hak ini

difahami oleh semua kaum sebagai menghargai pengorbanan orang

Melayu dan pribumi lain yang bersedia membuka jalan untuk kaum

Cina dan India menjadi warganegara semasa peringkat awal

kemerdekaan dahulu.

- Perkara 149 pula melibatkan usaha pengawalan sensitiviti berkaitan

hubungan etnik melalui pencegahan kepada perlakuan subversif

seperti hasutan serta penghinaan terhadap kumpulan etnik yang

lain.

- Perkara 152 pula berkaitan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai

Bahasa Kebangsaan. Namun liberalisasi toleransi yang tinggi

kepada seluruh warganegara menyebabkan tiada sesiapa pun boleh

dilarang atau ditahan daripada menggunakan bahasa lain untuk

tujuan komunikasi umum.

- Perkara 153 pula menyatakan mengenai kedudukan istimewa

orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, wawasan 2020 yang telah dilancarkan juga antara lain

bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kaum di Malaysia.

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh

Kerajaan Malaysia.

Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai

matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa

Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa

dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan

antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”

3

Page 4: Q4_cabaran Wujudkan Hubungan Etnik Dimalysia

CTU 553 [HUBUNGAN ETNIK]

Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi

Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat

pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan

kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama

meletakkan kesetiaan mereka kepada negara’. Cabaran ini berkait

pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat

berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih

mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan

tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.

4.0 CABARAN DAN HALANGAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN

INTEGRASI NASIONAL

Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian

perpaduan di Malaysia. Di antaranya ialah;

i. Agama dan kebudayaan:

Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang

berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa,

kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing

kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap

mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan

buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai

kaum.

4

Page 5: Q4_cabaran Wujudkan Hubungan Etnik Dimalysia

CTU 553 [HUBUNGAN ETNIK]

ii. Dasar Penjajah British:

Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang

menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan

keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan

status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.

Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap

prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang

berbilang etnik.

iii. Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan:

Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan

nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar

menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa

ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak

sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka,

tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini

melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan

yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan

perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan

keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa

mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan

satu negara.

5

Page 6: Q4_cabaran Wujudkan Hubungan Etnik Dimalysia

CTU 553 [HUBUNGAN ETNIK]

iv. Amalan ekonomi yang berlainan:

Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan

mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan

jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa

tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan

ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.

v. Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik:

Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan

bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti

sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka

kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan

kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang

berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu

sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan

sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

6

Page 7: Q4_cabaran Wujudkan Hubungan Etnik Dimalysia

CTU 553 [HUBUNGAN ETNIK]

5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN PERPADUAN

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk

mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara.

Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan

keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat

mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa

asing. Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara

ialah dengan memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat.

Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan

menyayangi negara kita. Kita perlu mengenali serta menghormati raja

dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha

mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha

mereka untuk memajukan negara haruslah senantiasa disokong,

bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul

Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam

memperjuangkan kemerdekaan Negara haruslah diambil tahu dan

dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di

tangan penjajah asing.

Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu

kebangsaan dan jata negara juga harus dikenali dan dihormati oleh

setiap warganegara Malaysia. Bendera negara kita, Jalur Gemilang

haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai

sesuatu yang suci. Kita tidak harus membenarkan bendera negara

dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur

Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. Kita juga

7

Page 8: Q4_cabaran Wujudkan Hubungan Etnik Dimalysia

CTU 553 [HUBUNGAN ETNIK]

harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku, menghayati

liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita juga

harus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan

negara. Sejarah negara kita juga turut amat membanggakan kerana

kita memperolehi kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan

darah.

Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan

negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak

mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan

perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan

mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia

berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan

kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan

masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Malysia

merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, oleh itu kita

haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan

perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan

dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara

masyarakat. Kita haruslah snaggup bertolak ansur, sabar, dan

mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan

fahan dami kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat

yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian

dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau

kaum sendiri.

8

Page 9: Q4_cabaran Wujudkan Hubungan Etnik Dimalysia

CTU 553 [HUBUNGAN ETNIK]

Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa

mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik

atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang

melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat

memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.

Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan.

Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah

dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah

berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi

dengan mudah.

Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat

meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan

supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar.

Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta memjunjung

Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara.

Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai oleh orang lain

dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat.

Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat produktif

untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat

meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka.

Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa

bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga

harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam

negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila

berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-

9

Page 10: Q4_cabaran Wujudkan Hubungan Etnik Dimalysia

CTU 553 [HUBUNGAN ETNIK]

padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga

untuk memajukan ekonomi negara semula.

6.0 PENUTUP

Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah

Negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, Kita

haruslah bekerjasama untuk menghadapi apa jua cabaran dalam

negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan

rakyat. Semoga hubungan etnik di negara ini akan berkembang subur

dan menjadi contoh kepada negara lain di dunia.

10