program bahasa malaysia sekolah menengah atas edubest · mendengar ura-ura jepun ingin menyerang...
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest
Tahap SM4
Analisis Novel 1 “Leftenan Adnan Wira Bangsa”
Nama : _____________________________
Analisi Novel “Leftenan Adnan Wira Bangsa”
Tema
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa memaaparkan tema keberanian dan
keperwiraan seorang anak muda yang bernama Adnan bin Saidi dalam usahanya
mempertahankan negara ini daripada dijajah oleh orang asing.
Adnan sanggup berjuang bermati-matian sehingga ke titisan darah yang
terakhir demi mempertahankan bumi tercinta ini daripada ditakluki oleh tentera
Jepun. Keberanian yang tiada tolok bandingnya itu mendapat penghormaran dan
pujian banyak pihak.
Persoalan
1. Harapan seorang ayah terhadap anaknya.
Pak Saidi amat mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna
kepada agama, bangsa, dan tanah air. Lantaran itu, beliau sanggup memilih
sekolah aliran lnggeris untuk ketiga-tiga orang anaknya. Beliau sanggup
menerima cemuhan daripada orang kampungnya.
2. Minat dan keeenderungan seseorang sukar diubah.
Sejak kecil Adnan menanam minat untuk menjadi seorang askar. Walaupun
beliau diterima menjadi guru pelatih, tetapi minatnya dalam bidang ketenteraan
tidak pernah padam. Beliau menjalani temu duga di Port Dickson dan akhirnya
diterima sebagai seorang askar.
3. Pengorbanan dalam menempuh kehidupan.
(a) Pak Saidi dan Mak Milah merelakan Adnan menjadi askar sebagai
menghormati cita-cita Adnan sejak kecil.
Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 1
Progra
m B
ahasa M
alaysia
Edubest
(b) Adnan terpaksa menghantar anak dan isterinya pulang ke kampung apabila
mendengar ura-ura Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura.
Sophia terpaksa menjaga anak-anak dan berjauhan daripada suarninya.
(c) Pak Saidi mendapat berita yang mengejutkan, iaitu anaknya Ahmad telah
meninggal dunia. Ahmad terkorban di medan perang setelah kapal yang
dinaikinya tenggelam diserang oleh tenrera Jepun,
4. Pandangan jauh seorang ketua keluarga.
(a) Pak Saidi berpandangan bahawa pelajaran di sekolah Melayu hanya setakat
sekolah rendah sahaja. Sekiranya bersekolah aliran lnggeris, anak-anaknya
berpeluang menyambung pelajaran ke sekolah menengah dan ke sekolah tinggi.
Mereka berpeluang menjawat jawatan yang tinggi.
(b) Bagi Pak Saidi, anak-anak perlu dilengkapi ilmu pengetahuan kerana mereka
bakal mentadbir negara ini pada masa akan datang.
5. Kebijaksanaan menggunakan taktik dalam peperangan.
(a) Pesawar pengintip gagal mengesan kedudukan kapal-kapal Jepun keruna
cuaea yang buruk. Peluang ini diambil oleh General Tomoyuki dengan
mengarahkan tenteranya bertukar arah laluan, iaitu belayar ke utara menuju
Teluk Siam.
(b) Tentera Jepun bijak mengatur strategi peperangan apabila mengarahkan
konvoinya berpecah kepada tiga pasukan bagi mengelirukan pihak musuh.
(c) Serangan darat tcntcra jcpun sukar dihalang kerana strategi pegawainya yang
bcrkemahiran tinggi dalam peperangan. Jeneral Yamashita mengarahkan kapal
terbang Jepun menyerang Lapangan Terbang Kuantan secara mengejut.
Akibatnya, banyak kemalangan dan kerosakan peralatan penerbangan dialami
oleh tentera British.
(d) Kebijaksaan Leftenan Adnan menghidu penyamaran askar Jepun yang
berlagak seperti tentera Sikh mendapat pujian daripada Jeneral A. E. Percival.
Kesemua tentera jepun yang menyamar itu berjaya dibunuh.
Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 2
Progra
m B
ahasa M
alaysia
Edubest
6. Sikap manusia yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan
diri sendiri.
(a) Samad tidak mahu berpindah, sebaliknya mengatakan bahawa kedatangan
Jepun adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu, dan bukan untuk menjajah.
Sebaliknya, Inggeris dikatakan mahu menguatkan cengkaman penjajahannya.
(b) Semasa penduduk diarahkan meninggalkan rumah masing-masing, Samad
mengambil kesempatan mencuri barang-barang. Akhirnya, dia dapat ditangkap
oleh penduduk kampung.
(e) Maklumat tentang orang yang menjadi tali barut dan mengintip bagi pihak
tentera Jepun telah sampai ke pengetahuan Leftenan Adnan. Beliau segera
bertindak dengan menyerbu rumah tempat persembunyian tali barut Jepun itu.
Samad bersama-sama dengan tiga orang pengintip Jepun berjaya ditewaskan.
(d) Tentera Jepun dengan mudah mengetahui pergerakan tentera British kerana
Kapten Patrick Heenan, iaitu seorang pegawai tentera India telah menyalurkan
maklumat rahsia tentang pergerakan tentera British kepada Jepun.
7. Lunturnya semangat untuk berjuang,
Adnan amat kecewa apabila banyak tentera asing tidak berusaha nntuk
mempertahankan Semenanjung Tanah Melayu, malah mereka sanggup
menyerah diri daripada meneruskan perjuangan.
8. Perasaan dendam yang menebal.
(a) Kematian Leftenan Adrian masih belum memuaskan hati Jeneral Yamashita.
Hal ini demikian kerana, adiknya sendiri terkorban setelah ditikam dengan
bayonet oleh Leftenan Adnan.
(b) Jeneral Yamashita mengarahkan Leftenan Renya Mutuguchi pergi ke
Semenanjung Tanaah Melayu bagi menjejaki keluarga Leftenan Adnan kerana
menganggap keluarga Leftenan Adnan juga bertanggungjawab terhadap
kematian tentera Jepun.
Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 3
Progra
m B
ahasa M
alaysia
Edubest
Watak dan Perwatakan
Leftenan Adnan
1. Leftenan Adnan ialah watak utama dalam novel ini
2. Suami kepada Sophia, iaitu anak Pak Fakih.
3. Semasa zaman remajanya, beliau merupakan seorang anak yang rajin
membantu keluarganya dengan melakukan pelbagai pekerjaan.
4. Beliau mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Mokhtar dan Zainudin.
5. Adnan berjaya menamatkan latihan ketenteraan selama setahun. Adnan telah
terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya diserapkan ke dalam pasukan
Askar Melayu.
6. Seorang yang rajin. Buktinya, Adnan banyak membantu ayahnya menoreh
getah, bersawah padi, dan memungut buah durian di dusun duriannyn.
7. Seorang yang memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi. Buktinya,
Adnan bcrcita-cita untuk menjadi seorang tentera kerana sayangnya kepada
negara. Untuk mencapai cita-citanya.Adnan menolak jawatan guru pelatih dan
memohon jawatan askar.
8. Seorang yang berani. Buktinya, Adnan berikrar tidak akan sekali-kali
menyerah kalah walaupun apa-apa pun yang terjadi dalam pertempuran
menentang tentera jepun, Setelah kehabisan peluru, beliau bertempur jarak
dekat dengan hanya bersenjatakan bayonet.
9. Seorang yang penyayang. Buktinya, Adnan membawa isteri dan anak-
anaknya berpindah mengikutnya ke Singapura. Beliau terpaksa menghantar
isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung demi keselamatan mereka apabila
terdengar ura-ura Jepun akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura.
10. Seorang yang bijak. Buktinya, Adnan telah menjuarai pertandingan pidato
dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di sekolahnya. Kebijaksanaan
LeftenanAdnan menghidu penyamaran askar Jepun yang berlagak seperti
tentera Sikh mendapat pujian daripada Jeneral A. E. Percival. Kesemua tentera
Jepun yang menyamar itu berjaya dibunuh.
Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 4
Progra
m B
ahasa M
alaysia
Edubest
11. Seorang yang amanah dan bertanggungjawab. Buktinya, beliau bekerja
keras bukan kerana pangkat tetapi baginya menjadi kewajipan seorang anggota
tentera untuk menjalankan tanggungjawab dan arnanah sebaik-baik mungkin.
12. Seorang yang rasional. Buktinya,Adnan tidak bertinju dangan Budin
seperti yang diharapkan oleh penyokong Budin. Adnan dan Budin sedar bahawa
tindakan tersebut tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mereka berdua.
13. Seorang yang kuat mempertahankan maruah diri. Buktinya, Adnan
mencekak leher baju Nordin apabila Nordin menghinanya.
14. Seorang yang merendah diri, Buktinya, Adnan menyatakan bahawa
dirinya tidaklah terlalu pandai berbahasa Inggeris tetapi menyatakan
kesanggupannya untuk membantu Mamat.
15. Seorang yang taat akan perintah agama. Buktinya, Leftenan Adnan
meminta pasukannya mengadakan sembahyang hajat pada waktu malam.
16. Seorang yang pintar. Buktinya, di sekolah, Adnan terkenal sebagai seorang
pelajar yang rajin dan pintar, Adnan amat discnangi oleh teman-teman dan
guru-gurunya.
17. Seorang yang berpendirian teguh. Buktinya,Jepun menghantar wakilnya
untuk meminta Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya agar menyerah kalah,
namun permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Leftenan Adnan.
Pak Said
1. Pak Saidi merupakan ayah kepada Leftenan Adnan.
2. Pak Saidi tinggal di kampung dan bekerja sebagai penoreh getah dan
nersawah padi.
3. Belian berkahwin dengan Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki.
4. Seorang yang rajin bekerja. Buktinya, setiap hari Pak Saidi menjalankan
rutin hariannya dengan tekun. Belian tidak suka berborak kosong dan
membuang masa di kedai kopi.
Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 5
Progra
m B
ahasa M
alaysia
Edubest
5. Seorang yang berwawasan dan berpandangan jauh. Buktinya, Pak Saidi
menghantar anak-anaknya belajar di sekolab aliran Inggeris kerana beliau sedar
anak-anaknya akan banyak memperoleh ilmu pengetahuan di sana.
6. Seorang yang berpendirian teguh. Buktinya, walaupun sebahagian orang
kampung tidak menyukai langkahnya menghantar anaknya ke sekolah aliran
Inggeris tetapi Pak Saidi tidak menghiraukannya.
7. Seorang yang banyak memberikan kata-kata nasihat. Buktinya, Pak Saidi
selalu menasihati anak-anaknya agar berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah
air.
8. Seorang yang rasional. Buktinya, Pak Saidi mampu menilai perkara yang
betul dengan yang salah. Beliau yakin tindakan menghantar anak-anaknya ke
sekolah aliran Inggeris merupakan langkah yang tepat.
9. Seorang yang prihatin. Buktinya, Pak Saidi sekeluarga pergi kc tempat
berlangsnngnya pertandingan pidato Bahasa Inggeris sebagai usaha untuk
memberikan sokongan semangat kepada Adnan.
10. Seorang yang berpengetahuan luas. Buktinya, Pak Saidi menjelaskan
kekagumannya terhadap tokoh-tokoh tanah air seperti Syed Syeikh al Hadi yang
banyak menulis tentang perkembangan tanah air dan menjadi pelopor semangat
kebangsaan Melayu.
11. Seorang yang tidak mengabaikan pelajaran agama anak-anaknya.
Buktinya, setiap malam beliau mengajar anak-anaknya mengaji Quran. Pak
Saidi mahukan anak-anaknya mendapat ilmu dunia dan ilmu akhirat secara
seimbang dan secukupnya.
12. Seorang yang berani. Pak Saidi sempat membunuh beberapa askar ]epun
yang mengiringinya hanya dengan menggunakan keris sebelum beliau ditembak
mati. Keberanian Pak Saidi mendapat pujian daripada penduduk Sungai Ramal.
Mereka menganggap Pak Saidi sebagai wira.
Program Bahasa Malaysia Edubest - SM4 - Analisis Novel : Tema, Persoalan & Watak 6
Progra
m B
ahasa M
alaysia
Edubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my