pusat tranformasi luar bandar (rtc)

4
Luar Bandar atau desa merupakan satu kawasan yang kurang membangun dan tidak maju kerana kawasan tersebut tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap sehingga menyebabkan penduduk di luar bandar tidak menerima arus permodenan seperti di Bandar. Menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, kawasan desa boleh ditakrifkan sebagai kawasan selain daripada kawasan Bandar. Ia merupakan penempatan kecil yang kurang daripada 10 000 orang penduduk dan bercirikan aktiviti pertanian. Bagi menjadikan kawasan luar bandar sebagai satu kawasan yang mempunyai keunikan tersendiri, kerajaan menyediakan pembangunan kawasan luar Bandar bagi memenuhi keperluan penduduk. Pembangunan luar bandar ini bertujuan untuk membangunkan dan memajukan kawasan luar bandar agar dapat mengurangkan masalah kemiskinan dan kemunduran kawasan tersebut. Kewujudan program Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak merupakan salah satu fasa pembangunan luar bandar di negara ini bagi memperhebatkan pembangunan luar bandar. Pelaksanaan RTC ini dilaksanakan secara komprehensif seiring dengan wawasan Perdana Menteri bagi mendahulukan kepentingan rakyat di luar bandar. Oleh itu, RTC merupakan satu agenda kerajaan dalam membantu meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk luar bandar yang merangkumi kesemua aspek, dimana bukan sahaja tertumpu kepada usaha untuk menyediakan kemudahan insfrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan juga kemudahan jalan kampung sahaja, namun turut membantu penduduk luar bandar bagi

Upload: unie-onie

Post on 06-Aug-2015

86 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)

Luar Bandar atau desa merupakan satu kawasan yang kurang membangun dan tidak maju kerana

kawasan tersebut tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap sehingga menyebabkan penduduk

di luar bandar tidak menerima arus permodenan seperti di Bandar. Menurut Jabatan Perancangan

Bandar dan Desa, kawasan desa boleh ditakrifkan sebagai kawasan selain daripada kawasan

Bandar. Ia merupakan penempatan kecil yang kurang daripada 10 000 orang penduduk dan

bercirikan aktiviti pertanian. Bagi menjadikan kawasan luar bandar sebagai satu kawasan yang

mempunyai keunikan tersendiri, kerajaan menyediakan pembangunan kawasan luar Bandar bagi

memenuhi keperluan penduduk. Pembangunan luar bandar ini bertujuan untuk membangunkan

dan memajukan kawasan luar bandar agar dapat mengurangkan masalah kemiskinan dan

kemunduran kawasan tersebut.

Kewujudan program Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) yang diperkenalkan oleh

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak merupakan salah satu fasa pembangunan luar

bandar di negara ini bagi memperhebatkan pembangunan luar bandar. Pelaksanaan RTC ini

dilaksanakan secara komprehensif seiring dengan wawasan Perdana Menteri bagi mendahulukan

kepentingan rakyat di luar bandar. Oleh itu, RTC merupakan satu agenda kerajaan dalam

membantu meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk luar bandar yang merangkumi

kesemua aspek, dimana bukan sahaja tertumpu kepada usaha untuk menyediakan kemudahan

insfrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan juga kemudahan jalan kampung sahaja, namun

turut membantu penduduk luar bandar bagi meningkatkan ekonomi dan seterusnya pendapatan

mereka agar tidak terjebak dalam kemiskinan yang menyelubungi penduduk luar bandar.

Menurut Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Pusat Transformasi

Luar Bandar (RTC) merupakan satu tempat yang melaksanakan inisiatif-inisiatif RTC secara

bersepadu yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4).

Di bawah pelaksanaan program-program di RTC, terdapat beberapa inisiatif yang disediakan

dalam RTC seperti latihan kemahiran kepada penduduk luar bandar, kios informasi 1malaysia,

pertanian bernilai tinggi dan pemprosesan produk agro-makanan.

Page 2: Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)

Bagi inisiatif yang pertama iaitu latihan kemahiran kepada penduduk luar Bandar.

KKLW membantu penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang latihan secara berterusan

kepada masyarakat luar bandar di pusat-pusat RTC. Latihan ini bertujuan menambah

pengetahuan, kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan, peluang pekerjaan dan

taraf hidup. Antara jenis-jenis latihan yang ditawarkan seperti keusahawanan, pembungkusan

dan penjenamaan, serta pengurusan makanan ternakan. Seterusnya, kios informasi 1Malaysia

yang merupakan pusat maklumat setempat yang menggabungkan informasi dan perkhidmatan

yang ditawarkan oleh pelbagai kementerian atau agensi kerajaan. Terdapat 5 kios informasi yang

ditempatkan di RTC dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Kiosk KKLW, Kiosk Jobs

Malaysia, Kiosk Pusat Pembangunan Perniagaan Agri-Makanan dan Kiosk KPDNKK serta

Kiosk MyEG bagi kemudahan kepada masyarakat luar Bandar.

Inisiatif yang ketiga ialah pertanian bernilai tinggi. Terdapat 3 projek utama pertanian

bernilai tinggi yang sedang dan akan dilaksanakan iaitu projek penghasilan sayur-sayuran

premium di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), projek penghasilan produk tenusu

yang selamat dan berkualiti dan projek ternakan arowana. Projek-projek pertanian bernilai tinggi

ini dilaksanakan bagi memastikan hasil industri pertanian mencukupi untuk kegunaan rakyat,

meningkatkan pendapatan golongan yang terlibat terutamanya pengusaha pertanian luar bandar.

Selain itu, Pemprosesan produk agro makanan pula merupakan insiatif yang bertujuan

membangunkan usahawan di bidang pemprosesan makanan yang menekankan pembangunan dan

peningkatan kualiti produk bagi pasaran tempatan dan global. Penekanan kepada aktiviti nilai

tambah dan membangunkan usahawan industri asas tani nasional yang bersepadu kearah

peningkatan pendapatan masyarakat tani. Antara tumpuan produk pemprosesan agro-makanan di

Perak seperti kuih tradisional, minyak kelapa dara dan jeruk buah-buahan.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa inisiatif- inisiatif yang dijalankan dibawah pelaksanaan

RTC banyak menyumbang manfaat kepada penduduk luar Bandar kerana RTC menyediakan

pelbagai peluang kepada masyarakat di luar bandar bagi meningkat taraf hidup dan

merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat luar bandar lebih berdaya maju dan

berdaya saing.

Page 3: Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)

Rujukan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Carian 2014, 9 Oktober, daripada

http://www.townplan.gov.my/

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Carian 2014, 10 Oktober, daripada

http://www.rurallink.gov.my/