berita tranformasi pertanian103.8.163.254/document/upload/h7vegelumuvsxfncshekzytuv4hjzsun.pdf ·...

12
Berita Tranformasi Pertanian 1 Teknologi Vacuum Fried Projek Ikan Dalam Sangkar Mengurangkan Garis Kemiskinan Ternakan Ikan Sangkar Punya Kelebihan

Upload: ngohanh

Post on 04-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n1

Teknologi Vacuum Fried

Projek Ikan Dalam Sangkar Mengurangkan

Garis Kemiskinan

Ternakan Ikan Sangkar Punya Kelebihan

Page 2: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n 2

Pengguna hari ini semakin pintar dalam memilih dan menilai makanan yang diambil. Pengguna

pintar mementingkan kualiti pemakanan daripada rupabentuk luaran, warna dan rasa.

Tahukah anda rata-rata kandungan vitamin, mineral dan zat-zat penting di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan segar akan musnah apabila ianya dimasak dan digoreng pada suhu melebihi 150°C. Hari ini proses menggoreng membakar, memanggang buah dan sayur menggunakan suhu melebihi 200°C. Justeru itu banyaklah kandungan vitamin, mineral yang terdapat dalam buahan dan sayuran segar mengalami proses kebakaran atau kemusnahan.

Pakar-pakar permakanan telah menemui satu kaedah penting dalam menggoreng atau memproses makanan tanpa merosakkan unsur pemakanan penting buahan dan sayuran yang dinamakan Vacuum Fried (VF) atau penggorengan hampagas.

Di samping teknik VF terdapat dua teknik penggorengan yang dinamakan Ordinary Fried dan Deep Fried. Di antara kedua teknik ini terdapat kelebihan dan kekurangan tersendiri dan mempengaruhi unsur pemakanan yang tersimpan di dalam makanan tersebut.

Ordinary Friying

• 100° - 190°C• Susah dikawal• Tidak semua bahagian boleh digoreng• Perlu dibalik-balik• Tiada ‘uniformity’ dalam hasil gorengan• Kelebihan teknik ini ialah cepat dan ‘heat transfer’ lebih baik bagi rasa dan warna• Keburukannya Vitamin C musnah dan ‘hardening’ Deep Frying

• Menggunakan lebih banyak minyak• Kos menggoreng tinggi• Memerlukan haba yang lebih banyak bagi bahan yang tinggi kelembapan• Merosakkan vitamin C, mineral, rasa dan warna.

Apakah teknologi Vacuum Fried?

Merupakan satu teknologi menggoreng buahan atau sayuran yang siap dipotong secara Deep Frying di dalam minyak bersuhu 80°C di bawah tekanan udara 20 cm/hg di dalam tempoh penggorengan yang tertentu mengikut jenis dan kuantiti produk yang di goreng.

Oleh: Mohd Rashid Awang (Ibu Pejabat LPP)

Page 3: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n3

Kaedah penggorengan ini bermatlamat untuk mengeluarkan kandungan air di dalam hasil pertanian secara perlahan tanpa merosakkan zat makanan, warna dan rasa supaya produk ini boleh disimpan lebih lama dan mudah dimakan oleh penguna.

Teknologi ini mulai diperkenal di Malaysia hampir 5 tahun lepas. Teknologi asal VF mengunakan pemampat angin tetapi di Indonesia, teknologi telah diubahsuai mengunakan “Water Injection” sebagai pemampat angin bagi menjimatkan kos penyelengaraan.

Produk yang boleh dihasilkan menggunakan Vacuum Fried adalah seperti : • Kerepek Udang, chips buahan, nenas, mangga, nangka• Makanan ringan seperti tempeyek• Sayuran goring dan kacang panjang

Komponen peralatan dan bahan yang digunakan di dalam Vacuum Fried

1. Tabung Penggorengan yang boleh di kawal tekanan udaranya2. Dapur gas pemanas 3. Pengepam udara4. Alat pengawal5. Monometer 6. Thermometer 7. Waterjet 8. Tangki air 9. Unit ejector 10. Alat vacuum

Kelebihan menggunakan Water Injector :

• Murah dan mudah dipasang• Tiada prosedur start up dan start down• Perfumance vacum mencapai 700mm Hg• Tahan karat

Faedah teknologi ‘Vacuum Fried’ kepada peladang, pemprosesan dan pengguna

i. Meningkatkan harga hasil pertanian di ladangii. Mengurangkan berlakunya kerosakan apabila pengeluaran puncakiii. Meningkatkan pendapatan peladang yang mengusahakan ladang buah-buahan dan sayur-sayuraniv. Melanjutkan tempoh penyimpanan buahan dan sayuran dalam bentuk siap diproses dan sedia untuk dimakanv. Kualiti nilai makanan yang masih baik untuk pengguna walaupun telah diprosesvi. Produk makanan industri asas tani yang bernilai tinggi

Kaedah dan proses penyediaan produk Vacuum Fried

i. Buahan dan sayuran segar dibersihkan dan buang kulit luarannyaii. Memotong dan menghiris kepada saiz kecil yang sesuai mengikut keperluan penggunaiii. Rendam dalam air garam yang berkepekatan 5%-10%iv. Lakukan proses penye ja tan dengan meletakkannya di atas tapisan airv. Memasukkan potongan ke dalam mesin pengering yang berputar untuk membuang air

Page 4: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n 4

vi. Panaskan minyak masak ke tahap 80°C vii. Pasang pengepam udara untuk menyedut udara dari takungan penggorengan supaya mencapai tahap tekanan udara 20cm/hgviii. Masukkan potongan ke dalam takungan menggoreng meng iku t tempoh yang ditetapkanix. Hidupkan pengepam udara dan kawal suhu minyak masak tidak melebihi 80°Cx. Angkat produk yang telah siap di goreng untuk menyejatkannya terlebih dahuluxi. Produk yang telah siap digoreng perlu segera dibungkus.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti penggorengan

i. Suhu , masa dan jen is m inyak yang digunakan. Dalam kaedah penggorengan ini, suhu yang disarankan ialah 80°C- 100°C dengan “Vacuum Pressure” pada tahap 20cm/hgii. Jenis bahan mentah, kandungan makanan dan bentuk produk

Konsep pengorengan

Secara umum konsep penggorengan yang dijalankan merupakan proses membuang air dari produk yang digoreng. Bahan yang ringan seperti mineral, protein, flavour dan air akan keluar terlebih dahulu apabila pengorengan diteruskan melebihi 100°C. Manakala jangka masa pengorengan tidak sama bagi setiap bahan,

Dengan menggunakan kaedah Vacuum Frying ini kandungan zat makanan yang terdapat dalam produk dapat dikekalkan dan tahan lama.

Carta pemprosesan

Produk

Bahan Mentah

Pencucian

Pengupasan dan perajangan(slices 1 - 2 mm)

Pengorengan

Spinning

Penimbangan

Sealing

Produk

Page 5: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n5

Ternakan Ikan Sangkar

Punya KelebihanOleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

Memang telah banyak kita lihat kejayaan dicapai dalam penternakan ikan dalam

sangkar yang diusahakan di muara sungai dan bekas lombong kerana menjamin pulangan yang setimpal jika diusahakan secara komersial.

Berbekalkan semangat ingin merubah kehidupan Encik Mat Piah bin Jusuh, 47 tahun mengusahakan ternakan ikan dalam sangkar di Sungai Pahang. Usaha tersebut dilakukan setelah meneliti setiap kemudahan yang ada. Antara kemudahan dan kesesuaian yang terdapat ialah:

i. Kedudukan rumah yang didiami berhampiran sungai.ii. Kesesuaian kawasan sungai d i mana aliran air dan kualiti yang membolehkan tumbesaran ikan tidak terganggu.iii. Galakan dan tenaga kerja daripada keluarga.

iv. Permintaan terhadap ikan sungai yang semakin meningkat.

Dengan modal sendiri sebanyak RM6,000, beliau mengusahakan ternakan ikan dalam sangkar pada tahun 1995 dengan lima buah sangkar di Kampung Mentenang, Lubuk Paku, Maran. Pada masa itu, beliau lebih mengutamakan ternakan ikan patin sungai yang mempunyai pasaran tinggi. Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, Mat Piah membesarkan lagi projek sedia ada dengan pinjamam daripada Bank Pertanian Malaysia melalui Skim Pinjaman Mikro berjumlah RM20,000.

Di samping itu, beliau yang juga ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maran, Pahang turut mendapat peruntukan bernilai RM25,000 daripada Lembaga Pertubuhan Peladang di bawah program

Page 6: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n 6

PUP. Jenis ikan yang diternak dipelbagaikan lagi kepada ikan patin buah dan tilapia yang menjadikan sangkar bertambah kepada 13 buah kesemuanya. Beliau juga memperolehi kredit berupa bekalan input pertanian daripada PPK dan subsidi enjin sangkut daripada Pertubuhan Peladang Negeri Pahang untuk kerja-kerja pemantauan di kawasan sangkar.

Bagi mendalami selok belok penternakan ikan sangkar, Mat Piah menghadiri berbagai kursus dan latihan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi. Antara kursus tersebut ialah:

i. Kursus Kepimpinan Petani Tulin pada 1999 anjuran LPP.ii. Kursus pengendalian Enjin Sangkut pada 1999 anjuran Jabatan Perikanan.

iii. Kursus Pengendalian dan Pemasaran Ikan Air Tawar pada 2000 anjuran FAMA.iv. Latihan Sangkut Aruhan Ikan Patin pada 2003 anjuran Jabatan Perikanan.

Bagi menjadikan ternakan ikan sangkar yang diusahakan memberi pulangan yang menguntungkan, beliau lebih mengutamakan kaedah dan teknik pemeliharaan. Berbekalkan teknologi yang diperolehi daripada Jabatan Perikanan dan MARDI, beliau hanya menggunakan induk terjamin daripada FAMA dan Jabatan Perikanan bagi memastikan tumbesaran ikan mencapai target dan boleh dipasarkan mengikut masa ditetapkan. FAMA juga turut membekalkan makanan ikan kepada beliau mengikut keperluan.

Kerja-kerja harian di sangkar dilakukan dengan bantuan anak-anak. Antara kerja yang dijalankan ialah:

i. Memberi makan makan ikan dua kali sehari padi dan petang.ii. Memeriksa sangkar agar bebas daripada sampah atau sisa tumbuhan yang hanyut dibawa arus sungai.

“Dalam mempelbagaikan produk yang sedia ada, Mat Piah

turut menjual ikan sungai yang telah dibuat pekasam

dan ikan kering.”

Page 7: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n7

“Bagi menjadikan ternakan ikan sangkar yang diusahakan

memberi pulangan yang menguntungkan, beliau lebih mengutamakan kaedah dan

teknik pemeliharaan.”

iii. Memeriksa tumbesaran ikan dan jangkitan penyakit.iv. Memast ikan kedudukan sangkar ikan mengikut pasang surut air.v. Memastikan pemangsa sepert i biawak dan memerang tidak memasuki sangkar.

Dengan kemudahan infrastruktur yang ada, kerja untuk mengendalikan sangkar lebih mudah dan menjimatkan masa. Hanya kerja penangkapan ikan mengambil sedikit masa kerana ikan dipasarkan secara ikan hidup dan mati. Beliau menjual sendiri ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang sedia ada, Mat Piah turut menjual ikan sungai yang telah dibuat pekasam dan ikan kering. Permintaan terhadap ikan sungai sememangnya tinggi kerana rasanya yang digemari terutama penduduk sekitar Maran.

Menurut Mat Piah, dalam setahun sebanyak dua pusingan menternak berjaya dijalankan. Pendapatan kasar sebelum ditolak kos untuk induk, makanan dan ubat sekitar RM30,000 setahun.

Memandangkan ternakan ikan dalam sangkar yang diusahakan memberi pulangan lumayan, Mat Piah ingin membesarkan projek sedia ada dengan menambah bilangan sangkar dan jenis ikan. Sungai Pahang yang panjang dengan kesesuaian air yang masih terpelihara menjadikan ikan diternak bebas dari pencemaran bahan-bahan buangan dan usaha tersebut mampu memberi pulangan menguntungkan jika dilakukan bersungguh-sungguh dan penuh minat.

Page 8: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n 8

Oleh: Rosly bin Abdul Rahman (Ibu Pejabat LPP)

Sektor pertanian merupakan salah satu penyumbang terpenting kepada pembangunan

ekonomi negara. Sektor pertanian disasarkan berkembang sebanyak 5 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) dan akan diberikan nafas baru untuk menjadi tunggak ketiga pertumbuhan ekonomi. Tumpuan Kerajaan kepada sektor pertanian pada hari ini diharapkan akan dapat mengubah tanggapan yang tidak tepat bahawa pertanian tidak mempunyai masa depan yang cerah atau mempunyai nilai tambah yang rendah untuk menjana pendapatan.

Dari sudut petunjuk makro pula, sasaran untuk mencapai imbangan positif melalui imbangan dagangan (balance of trade – BOT) yang disasarkan dalam RMK-9 mungkin agak mustahil untuk dicapai. Namun inilah cabaran dan ransangan kepada semua pihak yang terlibat dalam sektor ini untuk menjadikannya sebagai dorongan bagi menggembleng tenaga dan kepakaran yang ada

untuk mencetus pembaharuan dan ide-ide bernas bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

Sumbangan pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2004 ialah RM21.1 billion dimana hanya 37.5 peratus merupakan sumbangan sektor agro-makanan dan selebihnya iaitu 62.5 peratus adalah sumbangan sektor perladangan. Berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tempoh RMK-9, sumbangan pengeluaran makanan akan mencapai ke tahap 6.8 peratus berbanding hanya 12.6 peratus dalam RMK-8.

Persepsi sering mengaitkan pertanian dengan kemiskinan. Kemiskinan pula dikaitkan dengan masyarakat luar bandar. Namun, berkat kegigihan para pemimpin negara dan iltizam serta ketekunan rakyat Malaysia, keadaan taraf hidup masyarakat terus menunjukkan kemajuan dan peningkatan yang memberangsangkan. Kadar kemiskinan telah menguncup daripada 22.8 peratus pada tahun 1990 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004.

Page 9: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n9

Oleh: Rosly bin Abdul Rahman (Ibu Pejabat LPP)

Ketika berucap semasa membentangkan usul mengenai RMK-9 di Dewan Negara pada 31 Mac 2006 lalu, YAB Perdana Menteri berkata bahawa Bumiputera merupakan golongan tertinggi dalam kelompok masyarakat dengan tahap kemiskinan pada kadar 8.3 peratus dan mereka merupakan majoritinya adalah penduduk luar bandar. Oleh yang demikian, pembangunan sektor pertanian mempunyai peranan yang besar bertindak sebagai serampang dua mata. Pertama, untuk menjanakan sumber pendapatan baru dan kedua membantu usaha merapatkan jurang sosio ekonomi di dalam negara di mana ianya akan memenuhi agenda membasmi kemiskinan.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai salah satu agensi yang diamanahkan oleh Kerajaan untuk merealisasikan agenda yang ditetapkan, sentiasa menyokong dan melaksanakan setiap dasar Kerajaan dengan sebaik mungkin. LPP telah berjaya membentuk Pelan Korporat dengan memberi fokus utama dan mengambilkira teras dasar MOA dalam RMK-9 termasuklah usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat peladang bagi membasmi kemiskinan dan kemiskinan tegar. Usaha ini akan dilaksanakan melalui Pertubuhan Peladang.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Petani, Kedah merupakan salah sebuah Pertubuhan Peladang yang turut terlibat dalam usaha Kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam negara. PPK ini terlibat dalam Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kini dikenali sebagai Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) melalui perlaksanaan projek ternakan ikan dalam sangkar dengan suntikan dana hampir RM900,000. Kewujudan projek ini bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan peserta-peserta yang menyertainya supaya melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM250.00 sebulan di mana selepas dua tahun menyertai program ini, mereka akan memperolehi pendapatan melebihi RM500.00 sebulan.

Seramai 20 orang keluargatani dari Desa Keda Bukit Tukang Jusoh, Kuala Muda, Kedah telah menyertai program ini. Projek ikan dalam sangkar ini terletak di Perairan Sungai Merbok, berada di bawah Parlimen Sungai Petani dan Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka. Lokasi projek ini hanya 16 kilometer dari Pusat Bandar Sungai Petani. Projek ikan dalam sangkar PPK ini mempunyai kapasiti sangkar sebanyak 250 buah dengan keluasan setiap satu 10 kaki x 10 kaki.

Sektor perikanan menjanjikan masa depan yang amat cerah jika diuruskan dengan baik dan cekap serta menepati piawaian yang ditetapkan. Sektor perikanan masih memainkan peranan yang penting sebagai penyumbang utama sumber makanan dan

protein kepada rakyat negara. Oleh yang demikian, penglibatan PPK Sungai Petani dalam ternakan ikan dalam sangkar bermatlamat untuk menjana pendapatan peserta-peserta. Pelaksanaan projek ini tentunya akan menyumbang kepada pengeluaran sumber makanan negara.

Projek ikan dalam sangkar PPK Sungai Petani telah memulakan operasi pada 17 September

2003 di bawah Program PPRT Kementerian Kemajuan Luar dan Wilayah (KKLW) bersama

LPP. Ianya dijalankan berdasarkan garis panduan projek khas PPRT yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama.

Page 10: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n 10

PPK Sungai Petani telah dilantik sebagai pemegang amanah dan memainkan peranan sebagai agen pengurusan kepada projek tersebut. Peserta projek dilibatkan sebagai pemilik ekuiti dan saham. PPK akan bertindak menguruskan projek tersebut dengan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh KKLW, LPP dan peserta terlibat melalui memorandum persefahaman dan perjanjian pengurusan projek yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Di bawah perjanjian ini, sebanyak 20 peratus daripada keuntungan bersih semasa projek hendaklah ditolak terlebih dahulu kepada Tabung PPRT Korporat. Baki daripada keuntungan bersih tersebut akan diagihkan kepada PPK sebagai agen

Selain ikan siakap, pelbagai jenis ikan diternak didalam sangkar projek tersebut seperti ikan kerapu, ikan jenahak, ikan gerut gerut, ikan keretang, ikan senangin, ikan tilapia merah dan ikan tilapia hitam. Jumlah nilai jualan dalam tahun 2003 daripada 3,208 ekor ikan yang diternak adalah sebanyak RM47,380. jumlah nilai jualan terus meningkat dalam tahun 2004 melibatkan 7,727 ekor ikan adalah sebanyak RM71,361. Dalam tahun 2005, nilai jualan daripada 3 jenis ikan siakap, kerapu dan jenahak melibatkan 13,804 ekor telah mencecah nilai jualan sebanyak RM152,420.

Pada tahun pertama beroperasi, projek ini menjana keuntungan yang agak memberangsangkan.

pengurusan dan peserta projek. Kadar agihan antara PPK dan peserta ialah 30:70. Dari segi pemilikan harta projek, aset bantuan yang dibeli melalui peruntukan Kerajaan sepenuhnya akan menjadi harta tetap projek khas PPRT dan hakmilik dituntut oleh PPK sebagai pemegang amanah.

Prestasi projek ini amat memberangsangkan semenjak ianya beroperasi. Sebanyak 87,709 ekor daripada 7 jenis ikan diternak dalam tahun 2004 dengan nilai harga benih sebanyak RM117,213. Nilai harga benih ini tidak termasuk ikan senangin sebanyak 1,600 ekor sumbangan dari Jabatan Perikanan. Dalam tahun 2005, sebanyak 63,777 ekor diternak di mana nilai benih ikan tersebut mencecah RM360,363. Siakap merupakan pilihan utama ikan yang diternak iaitu 77,083 ekor dengan nilai harga benih sebanyak RM91,768 dalam tahun 2004 dan dalam tahun 2005, sebanyak 59,000 ekor dengan nilai harga benih sebanyak RM323,138.

Keuntungan projek dalam tahun 2003 ialah RM7,891. Berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui, 20 peratus dari keuntungan tersebut telah dimasukkan ke dalam Tabung PPRT dan selebihnya diagihkan kepada agen pengurusan dan peserta dengan kadar 30:70. Pada tahun pertama operasi, peserta-peserta projek telah berjaya memperolehi dividen sebanyak RM210.43 setiap peserta.

Adat berniaga tentunya ada untung ruginya. Tahun 2004 merupakan tahun yang suram bagi projek ini. Projek ini mengalami kerugian yang agak besar iaitu sebanyak RM8,288. Kerugian yang dialami adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Antaranya adalah kos benih berjumlah RM117,000 yang dikeluarkan sendiri dan kos makanan berjumlah RM68,822. Kos makanan

Page 11: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n11

yang tinggi adalah disebabkan oleh penggunaan 84 peratus nilai pelet (18.47 tan metrik @ RM3,150.69) yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM58,200. 16 peratus nilai (26.5 tan metrik @ RM401.12) lagi adalah menggunakan ikan baja dengan nilai RM10,600.

Kerugian yang dialami oleh PPK memerlukan beberapa tindakan pemulihan supaya projek yang diusahakan sentiasa berdaya saing dan menguntungkan serta mencapai matlamat yang dikehendaki. Antara langkah-langkah pemulihan kearah pengurangan kos dan meningkatkan keuntungan projek adalah seperti berikut:• Kos makanan dapat dikurangkan sebanyak

RM33,000 dengan peningkatan penggunaan ikan baja sehingga pada kadar 70 peratus dan penggunaan pelet dikurangkan kepada 30 peratus dalam tahun 2005.

• Kos pengangkutan iaitu bot yang digunakan untuk mengambil ikan baja dapat dikurangkan sebanyak RM20 setiap perjalanan dengan penukaran enjin 2 lejang kepada enjin 4 lejang.

• Kos penyimpanan ikan baja dapat d i k u r a n g k a n d e n g a n

menukar kaedah pemberian ikan baja secara terus (segar) tanpa disimpan terlebih dahulu dalam ruang sejuk. Ini telah menjimatkan kos air batu hancur sebanyak RM20 sehari.

• Kos buruh dapat dikurangkan dengan penggunaan 2 orang pekerja terlatih sahaja berbanding 4 orang sebelumnya dengan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM1,200 sebulan.

Sementara itu, projek ikan dalam sangkar ini telah kembali mencatatkan keuntungan dalam tahun berikutnya. Sebanyak RM24,660 keuntungan telah dicatatkan dalam tahun 2005 dan ini telah menyumbang pengagihan yang lebih tinggi. Sebanyak RM4,932 telah berjaya dimasukkan ke dalam tabung PPRT atau 20 peratus daripada keuntungan yang diperolehi. Sebanyak 70 peratus bersamaan nilai sebanyak RM13,810 lagi telah diagihkan kepada peserta-peserta projek di mana setiap peserta projek mendapat dividen sebanyak RM690. PPK sebagai agen pengurusan memperolehi 30 peratus daripada keuntungan iaitu sebanyak RM5,900.

Tahun 2006 akan diharungi dengan penuh berhati-hati. Pengalaman yang lepas telah mengajar PPK bagaimana untuk menguruskan projek ini supaya ianya sentiasa memberikan pulangan yang baik dan pengagihan nilai dividen kepada peserta akan dapat dipertingkatkan berbanding tahun 2003 dan 2005. Sokongan daripada pihak Kerajaan akan meningkatkan dorongan untuk terus berdaya saing. Yang Amat Berhormat Dato’ Mahathir Khalid, Menteri Besar Negeri Kedah dan Yang Berhormat Dato’ Fong Chok Gin, Exco Pelancongan Negeri Kedah antara pemimpin Kerajaan yang telah melawat projek ini.

Sementara itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga akan dibawa melawat ke projek tersebut pada bulan Julai nanti.

Potensi sektor pertanian tiada batasannya jika diusahakan dengan dorongan dan semangat untuk berjaya. Malah pelbagai projek sampingan dapat diusahakan di atas projek sedia ada untuk menjana pendapatan tambahan. Oleh yang demikian, di

Page 12: Berita Tranformasi Pertanian103.8.163.254/document/upload/h7VEgELumUvsxFnCSheKzyTuv4HjzSUN.pdf · ikan yang dihasilkan di Pasar Tani sekitar Maran. Dalam mempelbagaikan produk yang

B e r i t a T r a n f o r m a s i P e r t a n i a n 12

samping projek ikan dalam sangkar, PPK Sungai Petani turut menerokai bidang agro pelancongan dengan pembinaan chalet terapung di atas sangkar ikan tersebut.

Sebanyak 3 buah chalet terapung telah beroperasi sehingga kini. Dua daripadanya mempunyai 2 bilik dengan kadar sewa yang dikenakan sebanyak RM80 semalam. Sebuah chalet lagi mempunyai sebuah bilik dengan kadar sewa dikenakan sebanyak RM70 semalam. Permintaan daripada pengunjung amat menggalakkan terutamanya dihujung minggu sama ada di negeri Kedah atau negeri jiran, Pulau Pinang yang cuti minggunya jatuh pada hari Ahad.

Kepada kaki pancing juga, lapangan sangkar ikan ini menawarkan pusat memancing bagi kemudahan mereka. Kadar bayaran yang dikenakan bagi setiap pengunjung ialah RM10 sehari. Dan kepada pengunjung yang ingin menyusur perairan sungai bagi menikmati keindahan hutan bakau, PPK Sungai Petani turut menawarkan perkhidmatan ini dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM45

seorang bagi jumlah minimum seramai 4 orang sebuah bot.

Konsep chalet ini telah berjaya m e n a r i k p e r h a t i a n

K e r a j a a n N e g e r i Kedah dan difahamkan satu

peruntukan akan disalurkan kepada LPP bagi membangunkan sebuah lagi chalet

dan sebuah dewan terbuka. Hasil pembinaan bangunan tambahan ini, dijangkakan akan dapat meningkatkan industri agro pelancongan di negeri Kedah. Pengunjung yang ingin merasai pengalaman menginap di chalet ini akan turut berpeluang melihat industri ternakair yang diusahakan oleh PPK Sungai Petani.

Melihat kepada sejumlah besar peruntukan yang akan disalurkan kepada sektor pertanian dalam RMK-9 iaitu sebanyak RM11.4 billion, merupakan peningkatan sebanyak 70 peratus berbanding dalam RMK-8, maka tidak ada sebab sektor pertanian terutamanya industri ternakair tidak boleh berkembang. Kerajaan telah berjanji akan membangunkan “Pertanian Baru” dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan nilai rantaian serta menerokai aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, menggunakan ICT dan manfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi. Adalah diharapkan ianya akan memberi manfaat kepada Projek Ikan Dalam Sangkar Program PPRT PPK Sungai Petani.

Penaung Y. Bhg. Dato’ Haji Nozir Ahmad bin Hussain

Penasihat Y.Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad

Ketua Pengarang Abd. Nasir bin Haji Ismail

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpur.

Penyunting Azizan bin Othman

Rohman bin Jasmani

Grafik/IllustratorRohman bin Jasmani

Kamaruzzan bin Hanif