punca kejatuhan kerajaan johor-riau
TRANSCRIPT
Tajuk:BERMULA DARIPADA EPISOD KEJATUHAN
MELAKA,KEMUNCULAN KERAJAAN MELAYU DI NUSANTARA SEPERTI MINAGKABAU DAN BUGIS DAN AKHIRNYA
KEMASUKAN BELANDA DAN INGGERIS,ANALISISKAN PERKARA-PERKARA YANG DILIHAT MENYUMBANG ATAU
MENJADI PUNCA UTAMA KEPADA KEHILANGAN PENGARUH KERAJAAN MELAYU JOHOR SEBAGAI KUASA TERKUAT DI
SEPANJANG SELAT MELAKA.
PENDAHULUAN
Sejarah Johor bermula selepas Sultan Mahmud dikalahkan oleh pihak Portugis di
Melaka pada tahun 1511. Baginda dan para pengikut telah berundur ke kawasan
pedalaman, kemudian berundur ke Ulu Muar dan seterusnya ke Pahang. Setahun berada
di Pahang, baginda belayar ke Bintan dan mendirikan sebuah pangkalan di situ dan
menetap selama 12 tahun. Pada 1526, sultan Mahmud dan pengikutnya beralih ke
Kampar kerana serangan Portugis dan mangkat pada 1528 dan digantikan oleh Sultan
0
Allaudin Riayat Shah yang kemudiannya mendirikan kerajaannya di sekitar Kota Tinggi
di Sungai Johor. Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu
petempatan yang penting dan berusaha bangkit menyambung kegemilangan kesultanan
Melaka yang diketahui turut berakar umbi daripada kerajaan Srivijaya.
Setelah menganalisis daripada awal kejatuhan Melaka, kemunculan kerajaan
Johor dan kemasukan kuasa Melayu Nusantara dan Eropah, saya dapat menyimpulkan
bahawa detik-detik awal kejatuhan kerajaan Johor bermula apabila berlakunya peristiwa
kemangkatan Sultan Mahmud II dan kemuncak kemerosotan Johor berlaku apabila pihak
Inggeris campur tangan dan membuka Singapura. Jika diperhatikan memang terdapat
beberapa cabaran yang terpaksa dilalui Johor dalam tempoh sebelumnya seperti serangan
Acheh dan Portugis di Melaka dan Perang Johor jambi. Peperangan itu telah melemahkan
kekuasaan Johor terhadap negeri taklukannya.1 Namun, tidaklah sampai mendorong terus
kepada kehancuran kerajaan Johor kerana selepas peristiwa itu Johor masih mampu
bangkit sebagai sebuah entraport yang mashyur terutama dibawah pemerintahan Sultan
yang cekap iaitu Sultan Abdul Jalil Syah II (1623-1677). Hal ini dibuktikan dengan kata-
kata Thomas Slicher bekas gabenor Melaka yang menyatakan bahwa:
“Bilangan kapal yang berlayar ke Riau begitu banyak sehingga banyak sungai itu .Itu sukar dilalui kerana terlalu banyak kapal-kapal berdagang...”
SEBAB-SEBAB KEJATUHAN MELAYU JOHOR
Pembunuhan Sultan Mahmud II membawa satu revolusi sejarah dalam kerajaan
Melayu Johor dan telah melanggar Konsep “Pantang Melayu Menderhaka” . Akibatnya
1 Andaya,Watsoy Barbara dan Leonard Y,A HIstor y of Malaysia,Basingstoke: Palgrave,2001,hlm.81.
1
telah menimbulkan kesan yang besar dalam pemerintahan Johor. Hal ini diakui oleh
beberapa sejarawan contohnya Fernando yang menyatakan bahawa dengan pembunuhan
sultan Mahmud II, pembesar Johor telah melanggar satu lunas penting politik orang
melayu dan menyebabkan retak yang besar dalam kepimpinan yang tidak dapat
dipulihkan lagi.2
Pembunuhan sultan Mahmud pada T.M.1527/1528 berpunca daripada
kekejaman baginda sendiri. Baginda dikatakan memiliki sikap-sikap negatif seperti
zalim, cepat murka, seorang yang suka berdendam, terburu-buru membuat keputusan dan
sebagainya.3Sultan Mahmud sebenarnya telah melanggar perjanjian Waadat yang
dimenterai oleh Sri Tri Buana dengan Demang Lebar Daun dan inilah yang membawa
kepada kematiannya. Contoh kekejaman baginda ialah berdasarkan cerita Alexander
Hamilton, kapten pedagang bangsa Scout yang berada di Johor pada 1695. Beliau telah
menganugerahkan sepucuk pistol kepada baginda . Sultan telah menembak seorang
hamba menembusi bahunya sewaktu bersiar-siar untuk melihat berapa dalam pistol itu
boleh membenamkan peluru ke dalam badan manusia.4 Hikayat Siak pula menyebut
baginda dibunuh oleh Megat Seri Rama kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap
isteri Megat Seri Rama yang mengandung dan mengidam seulas nangka dari dusun
sultan. 5 Walau apa pun sebab kematian baginda, perkara yang pasti kematian baginda
merupakan faktor terkuat merintis kepada kejatuhan Johor.
2 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 145.3 Abdul Latif Abdul Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Kuala Lumpur :United Selangor Interprise sdn.bhd , 1984, hlm.56.4 Alexander Hamilton, A New Account of The East Indie, London: The Argonut Press, 1930, hlm. 52.5 Leonard Y.Andaya,Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1987, (terj.) hlm.344
2
Kemangkatkan Sultan Mahmud II tanpa meninggalkan sebarang zuriat daripada
keturunan Sultan Melayu Melaka untuk memerintah negeri Johor, bertukar ke tangan
raja-raja berketurunan bendahara.6 Oleh itu,Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya
sebagai sultan baru dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul
perasaan tidak puas hati di kalangan para pembesar malahan Johor dikatakan kehilangan
ketaatan rakyat kerana kerabat yang dianggap agung dan berketurunan ajaib sudah tidak
lagi wujud.
Akibat perlantikan ini juga, Johor kehilangan ketaatan orang laut yang selama ini
menjadi tonggak keselamatan kerajaan sejak dari zaman Srivijaya lagi. Malahan jika kita
memerhatikan bahawa seolah-olah terdapat satu ‘ikatan’ yang telah menyebabkan orang
laut tampak begitu setia terhadap keturunan si Guntang Mahameru ini. Hubungan erat
orang laut dengan raja Melaka wujud sejak zaman Srivijaya, Palembang antara abad ke-7
hingga abad ke-11 dan disambung pada abad ke-14 selepas anak raja menubuhkan
kerajaan Melaka.7 Orang laut merajuk dan membawa diri dan secara terbuka rela
meletakkan diri dibawah pemerintahan Palembang daripada memberikan taat setia
kepada seorang penderhaka.8 Mereka menolak pertuanan baru dan menganggap sultan
baru tidak berdaulat. Hal ini memberikan impak yang teruk terhadap keselamatan dan
kemakmuran kerajaan Johor terutama kepada perdagangan perkapalan. Malah, Johor
terdedah kepada ancaman musuh dan lanun selepas Orang Laut meninggalkan Johor.
6 Haji Buyong Bin Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , 1980, hlm. 92.7 Abdul Latif Abdul Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Selangor: United Selangor Press Sdn Bhd , 1984, hal. 75.8 Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1987, (terj.), hlm 253.
3
Kematian sultan Mahmud II menjadi ‘lampu hijau’ dan satu faktor penting
kemasukan kuasa-kuasa luar untuk menyebarkan pengaruh masing-masing. Dinasti
bendahara ini sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh masyarakat Johor. Terdapat
golongan yang masih marah terhadap keturunan Bendahara kerana pembunuhan Marhum
mangkat di julang. Sementara itu, terbesar berita mengenai seorang putera dari Siak iaitu
Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. Khabar ini
seolah-olah memutikkan semangat baru dan mengembirakan orang laut yang tanpa syak
wasangka terus menerima khabar itu dan sanggup berjuang bersama raja yang dikatakan
berketurunan daulat itu. Orang Johor digambarkan amat mengalu-alukan kedatangan Raja
Kecil yang dianggap berdaulat seperti yang digambarkan melalui petikan berikut:
“Tuan kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana ,semua datang menghadap,semuanya menghadap baginda.Maka kata orang Johor ,”Jikalau betul asal tuan .Kami,mintak tawarkan air masin” dan titah baginda,”baiklah”. Dan lalu diambil Rotan , dilingkar, dimasukkan kedalam air....Lalu dimasukkan kedalam lingkaran Itu .Dan masing-masing meminum air itu sangat tawar, lagi sejuk rasanya. Maka Segala orang Johor pun bersoraklah,”ialah ,tuanku patik ,Tuanku Yang Maha Mulia ini!” ....Dan Baginda pun berititah kepada segala rakyat, “Hendaklah kamu Mengatakan “daulat”.9
Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka
menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yam
Tuan Muda Johor. Pada masa itu orang-orang Bugis telah ke Selangor bagi mengumpul
orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, Raja Kecil telah
melancarkan serangan terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-
orang Bugis bersama Dato’ Laksamana yang telah belot menentang Johor.10 Setelah Raja
Kecil berjaya menduduki takhta Johor, orang-orang Bugis datang menuntut janji untuk
9 Muhamad Yusoff Hashim, Hikayat Siak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 125.10H aji Buyong Bin Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , 1980, hlm. 104.
4
dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor. Permintaan ini tidak diperkenankan Raja Kecil
kerana orang-orang Bugis tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh
Raja Kecil. Penaklukan Raja Kecil ke atas Johor menandakan kemunculan kekuasaan
orang Minangkabau sebagai suatu tenaga politik diselat Melaka.11 Semasa pemerintahan
Baginda, Siak telah terlepas dari tangan baginda apabila baginda memilih Riau sebagai
pengkalannya.
Pada pendapat saya, perkara ini telah menyebabkan tumbuhnya perasaan dendam
bagi pihak Bugis. Bugis seolah-olah begitu beria-ia sehingga sanggup ke Selangor
meminta bantuan bagi memastikan kemenangan. Atas sebab itulah Bugis tidak teragak-
agak untuk menyetujui permintaan anak-anak Bendahara Abdul Jalil yang meminta
Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta dan
menceritakan mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Raja kecil terhadap keluarga
bendahara. Raja Kecil bertindak membatalkan pertunangan dengan Tengku Tengah dan
mengahwini adiknya Tengku Kamariah. Kedua-duanya adalah anak perempuan
Bendahara. Selain itu, Raja Kecil telah bertindak membunuh bendahara.
Kedatangan raja Bugis bernama Kelana Jaya Putera dan kerabatnya ke Riau
untuk menyerang Raja Kecil. Maka akhirnya, Raja Kecil dari pemerintahan Minangkabau
tewas dan melarikan diri ke Siak dan Riau serta taklukannya jatuh ke tangan
Bugis.12Fernando menyifatkan kemasukan Bugis telah dianggap sebagai salah satu faktor
besar menyebabkan kemerosotan Johor. Berlainan pula dengan pendapat Khasnor Johan
11 Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 1987, (terj.) hlm. 361.12 A.Samad Ahmad, Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 27.
5
yang menganggap Bugis banyak menolong kerajaan Melayu Johor memelihara keutuhan
empayar.
Bugis menyedari bahawa pengambilan Johor dari kaca mata masyarakat melayu
Johor adalah ‘tidak halal’. Bagi mengelakkan timbulnya penentangan, anak Bendahara
Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul
Alam Shah. Hal ini amat penting kerana Bugis adalah orang luar,Tetapi Sultan Sulaiman
hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah yang
memegang kuasa sebagai Yamtuan Muda Johor. Perkara ini terbukti melalui petikan
berikut:
...kedudukan Yam Tuan Muda adalah seperti ‘peremnpuan’ dan ‘lelaki’.Pihak Yang pertama hanya bertugas menanak nasi, menjaga keluarga dan rumah . Tetapi Pihak ‘lelaki’ berwibawa menjaga keselamatan keluarga, mencari rezeki danMenentukan seluruh sistem keluarga. 13
Diplomasi dan kelicinan politik Bugis lima beradik meyebabkan mereka
berjaya menguasai kekuasaan politik Melayu-Johor-Riau. Ini merupakan hasil dari
munculnya Raja Kecil dan berikutan ‘perkahwinan politik’ di antara Melayu Bugis
dengan Melayu Johor ke-18. Contoh perkahwinan politik ialah perkahwinan antara
adinda Sultan Sulaiman dengan Bugis iaitu Tengku Tengah dengan Daeng Parani dan
Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak .
Asimilasi mendorong kehilangnya identiti Bugis sedikit demi sedikit dan mereka
berjaya menempatkan diri mereka ke dalam identiti Melayu Johor. Selepas kematian
Daeng Merewah tempatnya diganti pula oleh Daeng Celak. Saat ini menyaksikan Riau
13 Muhammad Yusof Hashim, Pensejarahan Malaysia Nusantara, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd, 1988 , hlm. 481
6
menjadi bertambah maju dengan kedatangan pedagang-pedagang dari pelbagai pelusuk
dunia seperti dari Negara China ,India, Siam,Tanah Jawa dan Bugis sendiri datang
berniaga di Riau. Kekuasaan dan kekayaan Bugis mewujudkan perasaan tidak senang
dihati masyarakat melayu Johor kerana pemimpin Melayu mulai sedar mengenai wibawa
politik mereka yang semakin lemah. Hal ini telah membawa kepada pertelingkahan
politik antara kedua-duanya.
Kekuasaan Bugis di Riau telah menyebabkan rasa tergugat pihak Belanda di
pelabuhan Betawi. Hal ini menyebabkan VOC berusaha untuk campur tangan dalam
kerajaan Johor. VOC telah lama bertelingkah dengan Bugis kerana soal perdagangan.
Bugis amat menyedari ancaman golongan pemimpin Melayu yang berusaha mendapatkan
sokongan Syrikat Hindia Timur Belanda (VOC) dan Bugis bertindak untuk berbaik
dengan VOC. Sebagai ganjarannya Bugis menawarkan Siak kepada VOC. Penyerahan
Siak ini sebenarnya amat menyenangkan Sultan Sulaiman yang akhirnya berjaya
mendapatkan sokongan daripada Belanda. Kegagalan Bugis mendapatkan sokongan
VOC adalah disebabkan Belanda amat berminat terhadap hasil timah yang dikuasai orang
Bugis dikawasan Selangor, Perak dan Linggi.14Masalah dalaman Siak akibat perselisihan
masyarakat Melayu Johor dan Bugis telah menyebabkan perdagangan VOC menghadapi
masalah dan menimbulkan kemarahan Belanda yang seterusnya mengambil keputusan
menyerang Bugis. Pada 1758, Daeng Kemboja telah tewas dan terpaksa menyetujui
syarat perjanjian yang telah diutarakan VOC dan terpaksa menyerahkan Linggi dan
Rembau kepada VOC.
14 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 153.
7
Daeng Kemboja berusaha memperkukuhkan pelabuhan Riau dan berjaya
menjadikan Riau sebagai pelabuhan jarak jauh yang berkembang dengan pesat.Malahan,
Beliau turut melanggar perjanjian yang dimeterai dengan Belanda melibatkan timah yang
dianggap sebagai barang mutlak mereka. Bugis turut bertindak berbaik dengan SHTI
(Syarikat Hindia Timur Inggerish) dan ini mengancam VOC yang seterusnya mula
berkasar dengan kerajaan Johor. VOC bertindak membendung kejayaan Riau dengan
memberi amaran terhadap tongkang-tongkang ke Riau, Acheh, Pasai dan kawasan-
kawasan sekitarnya. Betawi kembali berlembut dan mahu memperbaharui persahabatan
serta perjanjian apabila Raja Muda menggantikan Raja Haji.
Pada 1782, VOC telah menawan sebuah kapal Inggeris bernama Betsy yang di
perairan Johor-Riau dan dibawa ke Batawi dan membahagikan hasil rampasan dengan
nakhoda kapal Perancis yang turut terlibat. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Johor
kerana telah melanggar perjanjian antara kedua-duanya, maka berlakulah peperangan.
Raja Haji mendapat pertolongan Rembau dan anak saudaranya Sultan Ibrahim dari
Selangor, manakala VOC dibantu oleh Terengganu dan Siak. Peperangan itu berakhir
pada Jun 1784 setelah kematian Raja Haji dan lima ratus orang Bugis.15 VOC berjaya
mengalahkan dan melemahkan kekuasaan Bugis termasuk di Selangor dan Johor.
November 1784 telah menyaksikan Riau menjadi jajahan takluk VOC dan VOC
mendapat monopoli perniagaan.
Seperti negeri-negeri melayu lain,dapat dilihat bahawa soal pergantian takhta
terus membuka peluang kepada campur tangan asing terutama Inggeris. Inggeris terlibat
dalam kerajaan Johor apabila perebutan kuasa berlaku antara Sultan Mahmud dan
15 A. Samad Ahmad, Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm.71.
8
Tengku Hussein iaitu putera kepada Sultan Mahmud pada tahun 1812. Sultan Hussein
sepatutnya menggantikan Ayahandanya tetapi Orang Bugis yang sangat berpengaruh di
Johor telah melantik adindanya Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor dan diakui
oleh Belanda.16Perebutan kuasa ini telah membuka jalan kepada Stamford Raffles yang
berjanji akan memberi mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan Johor seandainya
pihak Inggeris dibenarkan membuka penempatan di Singapura, Temenggung Abdul
Rahman menyetujui tawaran Raffles kerana beliau menyokong Tengku Hussein.
Sejak 1818 , Haji Buyong Ali menyifatkan perebutan kuasa antara Belanda
dengan Inggerish telah menyebabkan Johor di rinchis-rinchis orang barat untuk
memonopoli perdagangan dan melaksanakan dasar penjajahan mereka. Akhirnya,30
januari 1819, satu perjanjian telah ditandatangani antara Raffles dengan Tengku Hussein
serta Temenggong Abdul Rahman. Perjanjian yang telah dimeterai membenarkan
Inggeris mendirikan sebuah loji di Singapura .Raffles dapat merasakan Sultan Abdul
Rahman di Johor tidak akan menerima perjanjian tersebut. Baginda berada di bawah
pengaruh Belanda lalu Inggeris mengiktiraf Tengku Hussein dan.17Pada 6 Febuari 1819,
Raffles menandatangani satu lagi perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman dengan
Tengku Hussein. Perjanjian ini berjaya meletakkan kekuasaan penuh orang Inggeris
terhadap singapura. Penubuhan Singapura ini telah menyaksikan berakhirnya penguasaan
orang melayu terutama johor terhadap pelabuhan–pelabuhan lain di selat Melaka dan
Johor tua terus terpisah daripada Singapura.
Perjanjian Inggerish Belanda yang ditandatangani pada 1824 oleh pihak British
dan Belanda bagi mengelakkan perselisihan antara kedua kuasa eropah ini telah memberi
16 Sulaiman Zakaria, Inggeris Di Semenanjung, Kuala Lumpur: Goodmark Enteprise, 1994, hlm. 9.17 Ibid., hlm. 10
9
impak besar ke atas empayar Johor-Riau. Kerajaan Johor telah terpisah kepada dua
lingkungan pengaruh.Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura berada dibawah
pengaruh Belanda. Hal ini telah mengakhiri empayar Johor-Riau.
Raffles telah mengubah kerajaan Johor yang dahulunya meliputi Johor, Riau,
Lingga, Pahang, Singapura dan banyak lagi kawasan. Kerajaan itu mula berpecah : Riau
–Lingga tinggal dalam pengaruh Belanda dan kemudiannya langsung dikuasai penuh
oleh Belanda. Singapura dan semenanjung lucut secara langsung jatuh ke tangan
Inggerish ,Johor menjadi rebutan keturunan Sultan Husain dengan keturunan
Temenggung Abdul Rahman yang jatuh ke tangan temenggung yang membentuk
kesultanan baru di Johor. Riau-lingga, Singapura dan Johor merdeka dengan sendirinya.
Perubahan ini telah menjayakan penjajahan kuasa Belanda dan Inggerish untuk
menjalankan dasar penjajahan ke negeri-negeri melayu-pecah dan perintah.18
PENUTUP
Maka, jelaslah apa yang saya katakan bahawa kejatuhan kerajaan Johor semenjak
kemangkatan Sultan Mahmud II takhta kerajaan Johor mulai menjadi rebutan dan konsep
raja sebagai penyatuan menjadi semakin hambar. Pertelingkahan yang silih berganti ini
mendorong minat kuasa eropah yang sememangnya sedang mencari pangkalan di Asia
Tenggara untuk campur tangan.Kerajaan Johor terus merosot apabila perjanjian Inggeris-
Belanda ditandatangani dan menamatkan terus kekuasaan dan kemashyuran kerajaan
Johor.Negeri-negeri dibawah naungannya berjaya membebaskan diri meninggalkan Johor
sebagai sebuah peradaban yang kian tenggelam pengaruhnya.
18 Haji Buyong bin Adil, Sejarah Singapura:Rujukan Khas Mengenai Peristiwa-peristiwa sebelum Tahun 1824, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ,1972, hal.66
10
BIBLIOGRAFI
Abdul Latif Abdul Bakar.1984.Sejarah di Selat Melaka.Kuala Lumpur:United Selangor
Interprise sdn.bhd.
Alexander Hamilton.1930. A New Account of The East Indie. London: The Argonut
Press.
H aji Buyong Bin Adil. 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka .
Haji Buyong bin Adil. 1972. Sejarah Singapura:Rujukan Khas Mengenai Peristiwa-
peristiwa sebelum Tahun 1824. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leonard Y. Andaya.1987.(terj.) Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan
Politik,Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusof Hashim.1998.Pensejarahan Malaysia Nusantara.Kuala Lumpur :Teks
Publishing Sdn Bhd.
Muhamad Yusoff Hashim.1992.Hikayat Siak.Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.
Samad Ahmad.1985.Kuala Lumpur: Kerajaan Johor-Riau.Dewan Bahasa dan Pustaka.
11
Salleh Hamzah. Perpecahan Empayar Johor. Kuala Lumpur :Longman Malaysia
Sdn.Bhd.
Sulaiman Zakaria.1994. Inggeris Di Semenanjung.Kuala Lumpur:Goodmark Enteprise.
Watson barbara and Leonard Y.2001. Andaya. A History Of Malaysia.
Basingtokt: Palguvale.
12