kejatuhan shogun tokugawa niza rjkn k.lon 1

21
Pengenalan Sebelum Kesyogunan Tokugawa meluaskan kuasa, Jepun diancam oleh keadaan huru-hara menyebabkan Maharaja Jepun menawarkan gelaran Sei-Tai-Syogun kepada sesiapa yang berjaya mewujudkan keamanan di Jepun. Pertempuran Sekigahara 1 pada Oktober 1600 yang dimenangi oleh Ieyasu dianggap batu pengasas ke arah pembentukan Kesyogunan Tokugawa. Hasil pertempuran telah menyebabkan pengukuhan hegemoni kaum Tokugawa. 2 Pada tahun 1603 Maharaja Jepun telah menganugerahkan Ieyasu gelaran Sei-Tai-Syogun yang bermaksud ‘orang gasar yang menundukkan jeneral besar.’ 3 Dengan 1 Pertempuran Sekigahara (Sekigahara no Tatakai) adalah pertempuran yang terjadi tanggal 15 September 1600 menurut kalender lunar (21 Oktober 1600 menurut kalender Gregorian) di Sekigahara, distrik Fuwa, Provinsi Mino, Jepang. Pertempuran melibatkan pihak yang dipimpin Tokugawa Ieyasu melawan pihak Ishida Mitsunari sehubungan perebutan kekuasaan sesudah wafatnya Toyotomi Hideyoshi. Pertempuran dimenangkan oleh pihak Tokugawa Ieyasu yang memuluskan jalan menuju terbentuknya Keshogunan Tokugawa. Dendam akibat Pertempuran Sekigahara berperan dalam melahirkan gerakan menggulingkan pemerintahan Keshogunan Edo di abad ke-19 yang dimulai dari wilayah han Satsuma dan Choshu. Pihak yang bertikai dalam pertempuran ini terbagi menjadi kubu Tokugawa (Pasukan utara) dan kubu pendukung klan Toyotomi (Pasukan Barat). Klan Toyotomi sendiri tidak memihak salah satu pihak yang bertikai dan tidak ambil bagian dalam pertempuran. Setelah pertempuran selesai, kekuasaan militer cenderung berhasil dikuasai pihak Tokugawa sehingga Pertempuran Sekigahara juga terkenal dengan sebutan Tenka wakeme no tatakai ( pertempuran yang menentukan pemimpin Jepang). Pada saat terjadinya pertempuran belum digunakan istilah Pasukan Barat dan Pasukan Timur. Kedua istilah tersebut baru digunakan para sejarawan di kemudian hari untuk menyebut kedua belah pihak yang bertikai. Untuk keterangan lanjut layari http://cobunder2.wordpress.com /2008/07/14/perang-sekigahara/ dimuat turun pada 14/07/08 jam 3.00 petang. 2 Mochtar Lubis, Kekuatan Yang Membisu : Keperibadian dan Peranan Jepang, Indonesia : Penerbit Sinar Harapan, 1976, Hlm. 182. 3 Joginder Singh Jessy, Jepun Pemodenan, Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd., 1979, Hlm 1. 1

Upload: ayuniza-furzani

Post on 07-Aug-2015

210 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

Pengenalan

Sebelum Kesyogunan Tokugawa meluaskan kuasa, Jepun diancam oleh keadaan huru-

hara menyebabkan Maharaja Jepun menawarkan gelaran Sei-Tai-Syogun kepada sesiapa yang

berjaya mewujudkan keamanan di Jepun. Pertempuran Sekigahara1 pada Oktober 1600 yang

dimenangi oleh Ieyasu dianggap batu pengasas ke arah pembentukan Kesyogunan Tokugawa.

Hasil pertempuran telah menyebabkan pengukuhan hegemoni kaum Tokugawa.2 Pada tahun

1603 Maharaja Jepun telah menganugerahkan Ieyasu gelaran Sei-Tai-Syogun yang bermaksud

‘orang gasar yang menundukkan jeneral besar.’3 Dengan itu bermulalah era Kesyogunan

Tokugawa yang memerintah Jepun selama lebih dari dua setengah abad.

Tokugawa Ieyasu4 telah berjaya mengalahkan musuh-musuhnya dalam pertempuran

Sekigaharadan atas kejayaannya itu maka pada tahun 1603, Maharaja Jepun memberi gelaran

1 Pertempuran Sekigahara (Sekigahara no Tatakai) adalah pertempuran yang terjadi tanggal 15 September 1600 menurut kalender lunar (21 Oktober 1600 menurut kalender Gregorian) di Sekigahara, distrik Fuwa, Provinsi Mino, Jepang. Pertempuran melibatkan pihak yang dipimpin Tokugawa Ieyasu melawan pihak Ishida Mitsunari sehubungan perebutan kekuasaan sesudah wafatnya Toyotomi Hideyoshi. Pertempuran dimenangkan oleh pihak Tokugawa Ieyasu yang memuluskan jalan menuju terbentuknya Keshogunan Tokugawa. Dendam akibat Pertempuran Sekigahara berperan dalam melahirkan gerakan menggulingkan pemerintahan Keshogunan Edo di abad ke-19 yang dimulai dari wilayah han Satsuma dan Choshu. Pihak yang bertikai dalam pertempuran ini terbagi menjadi kubu Tokugawa (Pasukan utara) dan kubu pendukung klan Toyotomi (Pasukan Barat). Klan Toyotomi sendiri tidak memihak salah satu pihak yang bertikai dan tidak ambil bagian dalam pertempuran. Setelah pertempuran selesai, kekuasaan militer cenderung berhasil dikuasai pihak Tokugawa sehingga Pertempuran Sekigahara juga terkenal dengan sebutan Tenka wakeme no tatakai ( pertempuran yang menentukan pemimpin Jepang). Pada saat terjadinya pertempuran belum digunakan istilah Pasukan Barat dan Pasukan Timur. Kedua istilah tersebut baru digunakan para sejarawan di kemudian hari untuk menyebut kedua belah pihak yang bertikai. Untuk keterangan lanjut layari http://cobunder2.wordpress.com /2008/07/14/perang-sekigahara/ dimuat turun pada 14/07/08 jam 3.00 petang.2 Mochtar Lubis, Kekuatan Yang Membisu : Keperibadian dan Peranan Jepang, Indonesia : Penerbit Sinar Harapan, 1976, Hlm. 182.3 Joginder Singh Jessy, Jepun Pemodenan, Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd., 1979, Hlm 1.4 Ieyasu yang dikenali dengan nama panggilan Takechiyo semasa beliau masih kanak-kanak adalah anak sulung Matsudaira, seorang ketua perwira dari Okazaki. Nama sebenar Ieyasu ialah Matsudaira Takechiyo. Pada tahun 1560, Ieyasu telah menyertai Perang Okehazama yang tercetus di antara Oda Nobunaga dan Imagawa. Oleh kerana ieyasu menjadi tawanan kepada Imawaga maka beliau telah bertempur untuk pihak Imawaga. Oda Nobunaga yang telah memenangi pertempuran ini telah membebaskan Ieyasu dari Imawaga dan dibenarkan kembali ke tanah asalnya iaitu okazaki di wilayah MIkawa. Pada tahun berikutnya Ieyasu tela memutuskan hubungan dengan keluarga Imawaga dan mengambil gelaran Ieyasu. Beliau kemudiannya mengukuhkan kedudukannya di wilayah Mikawa dan kemudia menjadi sekutu kepada Nobunaga yang penting dan dipercayai. 1567, Ieyasu menjadikan dirinya pemerintah wilayah Mikawa. Pada 1566, Kerajaan Imperial mengiktiraf kuasa Ieyasu dan membenarkan beliau memakai nama keluarga Tokugawa. Toyomi Hideyoshi, yang bangkit berkuasa selepas kematian Nobunaga, juga telah mengiktiraf Ieyasu sebagai salah seorang sekutunya yang terkuat. Faktor ini telah meningkatkan lagi maruah dan kekuasaan Ieyasu. Ieyasu juga telah dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Pemangku Raja yang telah diwujudkan oleh Hideyoshi. Sila rujuk M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd, 1988, hlm. 36-37.

1

Page 2: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

“Shogun” kepadanya. Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arena politik Jepun dari tahun 1603

hingga 1616. Beliau yang menjadi pengasas kepada Kesyogunan Tokugawa telah menjadi

Kerajaan tentera yang paling lama memerintah dalam sejarah Jepun iaitu dari 1603 hingga 1867.

Beliau juga telah berjaya menyatukan Jepun yang merupakan satu tanggungjawab yang tidak

pernah diselesaikan oleh Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi.

Secara amnya, Bakufu Tokugawa telah membawa satu era yang aman dan stabil serta

berlanjutan selama hamper 200 tahun. Pada zaman ini bnyak kemajuan yang telah dilakukan

terutamanya dalam bidang pertanian, perdagangan, kesenian dan sastera. Masyarakat Tokugawa

adalah sebuah masyarakat yang berpelajaran dan terdapat hampir 60 000 Terakoya atau sekolah

kampung yang menampung keperluan pendidikan anak-anak kaum tani. Sekolah-sekolah untuk

anak-anak samurai juga telah didirikan oleh Bakufu dan tuan-tuan tanah.

Di sebalik pencapaian dalam pelbagai bidang, pemerintahan, Bakufu telah mengalami

kemerosotan dan tumbang pada 1867. Masyarakat Tokugawa mengalami masalah dalaman yang

menjadi punca kemusnahan masyarakat itu sendiri. Perdagangan yang berkembang pesat dan

proses urbanisasi telah membawa banyak kekayaan kepada kumpulan tertentu. Pelbagai faktor

yang menjadi punca kepada kejatuhan pemerintahan Tokugawa.

Faktor Kejatuhan Shogun Tokugawa

Pentadbiran Yang Keras

Pelbagai faktor telah menyebabkan kejatuhan Shogun. Namun, pentadbitan Shogun

Tokugawa yang keras menjadi punca utama kejatuhannya. Setelah Syogun Tokugawa merampas

kuasa, mereka telah memberikan jaminan akan menjaga dan mempertahankan kedudukan

maharaja. Walaupun jaminan telah diberikan masih terdapat pengawasan ketat dan keras

terhadap maharaja dan juga rakyat. Walaupun maharaja Jepun merupakan pemerintah yang

tertinggi tetapi kuasa memerintah sebenarnya berada di tangan pihak Shogun. Maharaja telah

dinasihatkan supaya tidak terlalu aktif dalam soal pentadbiran (kedunian) dengan alasan baginda

seorang yang suci. Akibatnya, maharaja telah diasingkan ke Bandar Kyoto dan diperlakukan

2

Page 3: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

sebagai boneka.5 Maharaja juga ditempatkan di sebuah tempat yang terpencil dan baginda

ditemani oleh orang-orang bangsawan istana yang juga dikenali sebagai Kuge.6

Selain itu juga rakyat Jepun tidak terlepas dari menerima pengawasan. Shogun Tokugawa

telah mengadakan peraturan - peraturan yang sangat keras dan mereka bertindak tegas dan

hukuman bagi segala kesalahan adalah berat seperti hukuman bunuh. Rakyat hendaklah

membuat pekerjaan yang telah ditetapkan dan golongan Daimyo yang lain hendaklah

mengabdikan diri kepada Syogun Tokugawa di istana pada masa tertentu. Rakyat juga tidak

dibenar melihat maharaja kecuali mendapat kebenaran dari pihak Shogun dan rakyat dibenar

melihat maharaja sekali sahaja dalam setahun.

Sementara itu, Shogun Tokugawa turut mengadakan beberapa peraturan baru apabila

mereka mula berkuasa pada tahun 1603. Di antara peraturannya adalah golongan bangsawan

yang menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Shogun, mereka akan dibenar

memiliki tanah. Golongan bangsawan yang dilihat mempunyai kekuasaan dan mempunyai ramai

pengikut akan ditempatkan di suatu kawasan yang dikawal oleh anggota-anggota Tokugawa.7

Peraturan-peraturan yang dikenakan akan membantu Shogun berkuasa tanpa digugat oleh mana-

mana pihak yang akan menentang pentadbiran mereka. Hal ini, telah menimbulkan

ketidakpuasan golongan bangsawan kerana pihak Shogun cuba untuk mengawal mereka. Selain

itu, golongan daimyo juga telah dipaksa untuk menetap di Yedo selama setahun dan isteri serta

anak-anak mereka akan dijadikan tebusan bagi mengikat kesetiaan daimyo-daimyo. Keadaan ini

telah mewujudkan perasaan untuk memberontak di kalangan daimyo. Pada zaman Tokugawa

terdapat kira-kira 260-270 daimyo yang dikelaskan kepada 3 kategori, iaitu golongan daimyo

Tozama (orang-orang besar luar), Fudai (vassal-vassal warisan) dan Shimpan. Pentadbiran yang

keras yang diguna oleh shogun dapat dilihat dari ulasan C.P. Fitzgerald, iaitu seluruh penduduk

dibahagi dengan ketatnya kepada 4 golongan : askar, peladang, petukang dan saudagar. Pihak

istana adalah terasing, tetapi masih dihormati dan dijaga tetapi telah diasing dari urusan kerajaan

yang berada sejauh 300 ratus batu yang terletak di Yedo.8 Orang-orang lindungannya dan

5 Lihat Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955, Kuala Lumpur: Pustaka Sri Murni, 1983, hlm 706 Harold M. Vinacke, Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967,hlm. 110.7 Harold M. Vinacke, Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden, 1967, hlm. 111.

3

Page 4: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

daimyo–daimyo di paksa mengembara keseluruh pelusuk negara Jepun setiap tahun.9

Pemerintahan yang terlalu ketat dan mengongkong rakyat ini telah mengakibatkan berlakunya

ketidakpuasan hati rakyat lebih-lebih lagi golongan petani yang semakin terdesak akibat tekanan

yang di terima dari pihak pemerintah di mana akhirnya menjadi titik mula kepada kejatuhan

pemerintahan Shogun Tokugawa.

Kelemahan Syogun

Kejatuhan Shogun Tokugawa yang disebabkan pentadbiran yang keras juga telah disusuli

dengan kelemahan pemerintah shogun. Peringkat awal pemerintahan Syogun Tokugawa

merupakan zaman kejayaan dan kegemilangan . Pada zaman Syogun Tsunayoshi (1680-1709)

negeri Jepun mencapai kemewahan tetapi semasa pemerintahan Yoshimune negeri Jepun telah

mengalami masalah ekonomi sehingga berlaku peristiwa kebuluran.10 Keadaan ini bertambah

buruk lagi apabila shogun - shogun selepas Yoshimune merupakan shogun yang lemah. Contoh

Ieshige (1745-1788) yang merupakan seorang yang uzur dan lemah, baginda turut digelar

Shoben Kubo11. Baginda juga adalah bebal dan berpenyakit gagap sehingga sukar untuk

memahami percakapanya.12 Oleh yang demikian, baginda banyak bergantung kepada juru

bahasanya iaitu, Ooka Tadamitsu. Ketidakupayaan Ieshiga untuk mentadbir negara

menyebabkan pentadbiran Jepun menjadi lemah. Syogun berikutnya iaitu Ieharu adalah pemalas

dan tidak mengambil berat tentang urusan pentadbiran. Segala urusan pentadbiran kerajaan di

serahkan kepada pegawai - pegawainya. Selain itu, pengganti Ieharu, Ienari yang merupakan

shogun yang lemah, mempunyai 40 dayang dan 900 orang pembantu di istananya. Ienari juga

8 C.P. Fitzgerald, Intisari Sejarah Asia Timor(terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm. 235.9 Sistem ini di namakan sebagai sistem Sankin Kotai di mana sistem ini juga di gelar sebagai sistem bergilir. Di bawah sistem ini setiap daimyo terpaksa menukar tempat kediamanya setahun selang setahun di antara Edo dan tanahnya sendiri. Apabila beliau pulang ke tanahnya sendiri, beliau harus meninggalkan isteri dan anak anak di Edo sebagai penjamin. Ketika di Edo, seorang daimyo berkewajipan melaksanakan pelbagai pelbagai upacara dan tugas pentadbiran untuk Bakufu dan apabila beliau tinggal di tanahnya sendiri, beliau tidak di benarkan melawat tanah lain tanpa persetujuan Bakufu. Lihat tulisan M. Rajendran, Sejarah Jepun, 1988, hlm 43.10 Walaupun ini bukan kesalahan beliau, sebaliknya di akibatkan kejadian bencana alam dan ketidakseimbangan harga beras , namun unsur unsur ini telah menjejaskan kedudukan Syogun Tokugawa. Ibid halaman 71 11 Shoben Kudo bermaksud shogun yang membasah tempat tidur: Lihat M. Rajedran, Sejarah Jepun, 1988, hlm. 52.12 Beliau lebih banyak meletakkan kuasa yang ada padanya kepada jurubahasanya, Ooka Tadamitsu. Ooka yang menterjemah percakapan Ieshige telah di naikkan pangkat menjadi pegawai penyelenggara istana dan berikutnya telah di anugerahkan darjah kuasa tinggi . Sila rujuk Maswari Rosdi .Sejarah China dan Jepun Moden 1800 – 1955. halaman 71.

4

Page 5: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

mempunyai 20 orang gundik dan 55 orang anak. Beliau amat boros dan ramai anak

perempuannya telah dikahwinkan mengikut upacara secara besar besaran.13 Menurut Sansom,

Ienaru adalah seorang yang paling melampaui batas di antara semua Shogun Tokugawa.14

Shogun Tokugawa juga mengabaikan soal-soal pertahanan dan perhubungan dengan

pengikutnya sehingga mereka yang selama ini menunjukkan taat setia telah berpaling tadah.

Kelemahan shogun-shogun ini menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan pentadbiran

shogun-shogun yang sebelumnya. Kelemahan mereka ini telah memudahkan rakyat yang

tertindas memberontak akhirnya membawa kepada kejatuhan shogun.

Gerakan Menggulingkan Tokugawa

Selain daripada itu, pemberontakan demi pemberontakan serta gerakan menggulingkan

Shogun Tokugawa juga menjadi salah satu faktor ynag menyebabkan kejatuhan shogun. Hal ini

adalah disebabkan pada awal pemerintahan Syogun Tokugawa, beliau telah banyak mengalahkan

suku kaum lain. Oleh itu tidak hairanlah perasaan dendam masih tertanam di kalangan suku -

suku kaum ini. Walaupun mereka menyatakan taat setia dan mengakui kekuasaan Tokugawa

namun mereka tetap mencari jalan untuk menentang Tokugawa. Suku kaum seperti Satsuma,

Choshu, Toza dan Hizen telah membentuk pakatan yang kuat dan mereka mengetuai gerakan

anti-Tokugawa.15 Suku-suku kaum ini aktif menetang Tokugawa bukan hanya disebabkan

dendam, malah sudah menjadi idaman setiap suku kaum itu untuk merebut jawatan shogun.16

Salah satu langkah untuk menjayakan rancangan ini ialah dengan menyokong maharaja yang

selama ini ditindas oleh Tokugawa. Mereka juga telah bersatu dengan golongan Kyoto serta

golongan saudagar yang anti-Tokugawa. Maharaja Jepun pada masa tersebut iaitu Maharaja

Komei sendiri telah pun mempunyai hubungan rapat dengan perikatan anti-Tokugawa ini.17

Penentang Tokugawa ini juga telah menggunakan isu penerimaan Kesyogunan Tokugawa

terhadap orang asing untuk mendapatkan sokongan. Ketibaan Commodore Perry dari Amerika

13 Syogun - syogun Tokugawa juga amat boros. Mereka menjadi penaung kepada kebanyakan aktiviti kesenian. Selain itu juga membazir wang dengan membina dan melengkapan istana , mereka juga bertanggungjawab mengeringkan sumber sumber kewangan Bakufu. M. Rajendran. Sejarah Jepun , hlmn 52.14 Ibid, hlm. 52.15 Joginder Singh Jessy (disunting oleh Ghazali Basri), Sejarah China dan Jepun, 1978, hlm. 118.16 Lihat Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955, 1983, hlm 71.17 Richard Storry, Sejarah Jepun Moden, 1967, hlm. 83

5

Page 6: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

telah memaksa Jepun untuk menerima polisi penghapusan dasar pemencilannya dengan

menandatangani perjanjian dengan Amerika sehingga termeterainya Perjanjian Kanagawa.18

Mereka telah mengecam Perjanjian Kanagawa yang ditandatangani dengan Amerika pada tahun

1854.

Kedatangan dan Tekanan Daripada Pihak Barat

Tekanan asing telah mempercepatkan lagi kejatuhan Kesyogunan Tokugawa. Malah

kedatangan pihak barat ini merupakan faktor serta merta yang menyebabkan kejatuhan shogun.

Pada 18 Julai 1853 kedatangan Komodor Matthew Perry ke Jepun telah menambahkan lagi

kegusaran shogun.19 Beliau mewakili Amerika Syarikat untuk memperolehi jaminan

perlindungan bagi angkatan laut Amerika yang terkandas di Jepun, mendapat kebenaran bagi

kapal Amerika untuk memperolehi bekalan makanan dan bahan api di mana-mana pelabuhan

Jepun serta Jepun perlu membuka kemudahan kepada kapal-kapal dagang Amerika. Perry

menjelaskan kepada Bakufu untuk mendapat maklum balas apabila beliau datang kembali

dengan angkatan yang besar.

Ancaman itu menambah kegusaran yang menyebab shogun terpaksa menandatangani

Perjanjian Kanagawa pada 31 Mac 1854 dengan British. Pemimpin anti-Tokugawa telah

menuduh shogun telah berpaling tadah dengan menghapuskan polisi isolasi yang dipegang

selama ini. Orang-orang besar istana turut menyebelahi pihak penentang dan kedua-duanya telah

mendesak maharaja supaya menyokong mereka.20 Apabila shogun tidak mengendah larangan

maharaja yang memerintah mengadakan hubungan dengan barat pada peringkat paling minimum

telah menjejas kepercayaan maharaja kepada pihak shogun. Masalah ini telah memberi peluang

kepada golongan samurai muda tentera dari suku kaum Satsuma dan Chosu dari wilayah barat

untuk menguling Shogun. Dalam usaha mereka untuk memberontak , samurai seperti Okubo,

Kido dan Saigo telah memperolehi sokongan dari beberapa orang bangsawan dari Kyoto.

18 H. Paul Varley, Nobuko Morris, The Samurai, England : Penguins Books, 1974, hlm. 101.19 Ibid, hlm. 52.20 Kedudukan Tokugawa dalam keadaan serius apabila keluarga Mito, salah satu cabang keluarga Tokugawa, turut mengkritik sikap Tokugawa. Mereka telah menjalankan usaha-usaha memepengaruhi Maharaja di Kyoto. Apabila keadaan mujla meruncing, pemerintah Tokugawa telah menangkap orang-orang yang terlibat terutama dari keluarga Mito. Lihat Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955, 1983, hlm 75.

6

Page 7: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

Mereka telah menggunakan slogan “Sonno Joi”21 untuk menarik sokongan rakyat supaya

menentang Bakufu. Rakyat Jepun mula membenci orang asing dan pemerintahan maharaja perlu

dikembalikan semula. Kedatangan Perry dan Perjanjian Kanagawa menjadi salah satu sebab

yang membawa kepada kejatuhan Shogun.

Sementara itu, Perjanjian Kanagawa dan perjanjian-perjanjian selepasnya dengan negara

barat telah menjadi punca kemarahan orang Jepun. E.O. Reischauer berpendapat kedatangan

barat dan tekanan yang dihadapi oleh Jepun mempercepatkan kejatuhan Tokugawa.22 Perjanjian

Kanagawa menjadi satu titik hitam kepada Shogun Tokugawa kerana pertama kalinya shogun

terpaksa tunduk kepada barat. Tokugawa terpaksa menandatangani perjajian dengan Amerika

pada tahun 1854 dan seorang konsul Amerika akan tinggal di Jepun untuk menjaga kepentingan

orang-orang Amerika.23 Selepas dari perjanjian tersebut, Tokugawa terpaksa menandatangani

perjanjian dengan kuasa barat yang lain seperti Amerika pada 1854, Britian 1854, Russia 1855,

dan Belanda pada 1856. Tindakan Tokugawa menandatangani perjanjian itu telah menyebabkan

mereka terpaksa membuka beberapa pelabuhan kepada kapal-kapal dagang dari barat. Tindakan

ini telah membawa padah kerana isu tersebut telah digunakan oleh gerakan anti-Tokugawa yang

anti orang asing untuk menentang shogun. Mereka telah bertindak berani dengan menyerang

beberapa buah kapal dan membunuh beberapa orang barat.24 Tindakan tersebut menjejaskan

hubungan Tokugawa dengan barat. Pada tahun 1866, Tokugawa telah menghantar tenteranya ke

21 Slogan “Sonno Joi” dikesan melalui pergerakan Somo yang bermula pada abad ke-18. Takenouchi Shikibu seorang sarjana yang membenci Bakufu telah mengisytiharkan Doktrin Sonno atau Shinno-Ron (Doktrin kesetian kepada siggahsana). Sebelum dia dapat mempopularkan doktrin ini, beliau telah ditahan oleh Bakufu pada tahun 1759 dan diusir dari Kyoto. Tidak lama selepas itu, Yamagata Daini, seorang guru sains ketenteraan menyebar suatu teori yang digelar “Oda” atau Doktrin pemerintah Diraja. Daini telah dihukum bunuh oleh Bakufu tetapi pergerakan itu terus berkembang secara perlahan-lahan sehingga tahun 1850-an dan terus berkembang pada 1860 dan lebih ramai lagi rakyat Jepun yang mula membenci Bakufu: Lihat M. Rajedran, Sejarah Jepun, 1988, hlm. 58.22 Edwin O. Reischauer, Japan: The Story Of A Nation, Tokyo: Charles E. Tuttle Company, 1974, hlm. 90.23 C.P. Fitzgerald, Intisari Sejarah Asia Timor, 1970. Hlm. 219.24 Pada Januari 1861, Heusken, seorang juru bahasa di kedutaan amerika telah mati dibunuh. Keadaan ini menyebabkan Townsend Harris terpaksa meninggalkan Yedo menuju ke Yokohama untuk mengemukakan bantahan terhadap kerajaan Jepun. Hal ini bertambah serius apabila Maharaja menitahkan agar menghalau orang-ornag asing daripada Jepun. Kaum Choshu dan Satsuma mengambil peluang terhadap perintah Maharaja untuk menggulingkan Shogun Tokugawa. Dengan menggunakan cogan kata ‘Hormat Maharaja dan halau orang-orang biadap’, orang-orang Jepun mula melakukan pembunuhan terhadap orang-orang asing teriutamanya di Bandar Yokohama dan Yedo. Dalam bulan September 1862, seorang Inggeris bernama C.L.Richardson, seorang pelawat dari Hong Kong telah dibunuh oleh Putera Satsuma di Tokaido. Sementara itu pada bulan Jun 1863, kaum Choshu telah menembak kapal-kapal Amerika, Perancis dan belanda di Selat Shimonoseki dengan tujuan untuk menutup Laut Pedalaman kepada kapal-kapal asing. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Maswari Rosdi, Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955, 1989, hlm. 75-76.

7

Page 8: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

Chosu untuk menghukum mereka, malangnya mereka telah kalah. Kekalahan Tokugawa secara

tidak langsung telah menjatuhkan imej mereka. Kedudukan Tokugawa semakin tergugat apabila

pada tahun 1867 Daimyo Toza telah menghantar surat yang disokong oleh suku kaum yang lain

untuk mendesak Tokugawa meletak jawatan dan mencadangkan kepada maharaja supaya

melantik shogun yang baru.

Rentetan dari peristiwa tersebut, telah mengheret penglibatan campur tangan kuasa-kuasa barat

untuk menghapuskan kerajaan Tokugawa. Selain itu, barat juga sedar bahawa shogun sudah

tidak mepunyai kuasa lagi sebaliknya kuasa tersebut telah diambil alih oleh maharaja. Peletakan

jawatan Shogun Hitotsubashi Keiki kepada maharaja Mikado Mutsuhito pada 19 November

1867 telah membolehkan Meiji berkuasa pada Januari 1868.

Kejatuhan Ekonomi

Kemerosotan Kesyogunan Tokugawa dari aspek ekonomi dapat dilihat dalam abad ke-18

dan ke-19. Kejatuhan ekonomi dapat dilihat dalam beberapa aspek antaranya sikap shogun yang

boros. Shogun-shogun Tokugawa sangat boros, mereka menjadi penaung kepada kebanyakan

aktiviti seni. Mereka juga telah bertindak menyusutkan sumber kewangan Bakufu. Kewangan

Bakufu bertambah merosot akibat dari pemberian bantuan mangsa kebuluran, pembinaan semula

Edo yang telah musnah dalam kebakaran pada tahun 1698 dan pemberian bantuan kepada

mangsa-mangsa gempa bumi yang telah membunuh 150,000 orang di daerah Kanto pada 1703. 25

Menjelang abad ke-19, Bakufu menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana

berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah yang berleluasa di kalangan pengawai Bakufu.

Golongan daimyo yang menghadapi masalah kewangan yang kritikal juga mendorong

kejatuhan ekonomi Tokugawa. Tambahan pula terdapat ramai daimyo yang hidup mewah,

menikmati hiburan-hiburan yang mahal, membelanjakan sejumlah wang yang besar ke atas

rasuah dan hadiah-hadiah. Kesannya para daimyo menjadi semakin bergantung kepada golongan

saudagar untuk membantu mereka dari tahun ke tahun. Masalah hutang golongan daimyo

menjadi bertambah runcing menjelang abad ke-19. Selain itu, golongan samurai juga menjadi

25 M. Rajedran, Sejarah Jepun, 1988, hlm. 52.8

Page 9: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

sebab kejatuhan ekonomi Tokugawa. Golongan samurai telah melaksanakan fungsi tentera yang

penting dalam kemunculan Ieyasu dan penubuhan Bakufu. Namun disebabkan sifat ingin

kemewahan dan bersikap boros menyebabkan mereka bergantung ke atas orang lain. Kejatuhan

golongan daimyo telah menjejaskan golongan samurai di mana daimyo telah mengurangkan gaji

mereka Menjelang akhir abad ke-18, golongan samurai menghadapi masalah kewangan yang

serius. Ramai samurai berhutang kepada saudagar seperti peminjam-peminjam wang dan broker

beras. Ramai samurai yang miskin mula mengasuh sentimen-sentimen anti Bakufu dan terlibat

dalam rusuhan dan melemahkan kestabilan politik Kesyogunan Tokugawa.

Kemiskinan golongan petani juga mendorong kepada kejatuhan ekonomi Tokugawa.

Kesusahan kaum petani dapat dilihat melalui bebanan cukai yang berat dalam pertanian. Cukai-

cukai lain juga dikenakan seperti cukai tanah dan kebun kosong, cukai bangunan dan cukai pintu.

Selain itu, cukai-cukai ke atas kain, sake herba dan bahan-bahan yang digunakan oleh petani juga

turut dikenakan. Kesyogunan Tokugawa merupakan pengeluar beras yang menjadi hasil utama

mereka. Oleh itu, apabila berlaku hasil padi yang berlebihan, harga padi turut jatuh. Manakala

bagi tanaman yang buruk atau tidak berguna pula harganya akan melambung tinggi.26 Keadaan

ekonomi yang tidak stabil ini menyebabkan berlaku masalah inflasi dan kebuluran.27 Akibat

daripada cukai yang dinaikkan, golongan petani telah bangun memberontak menentang daimyo

dan Bakufu. Pemberontakan besar-besaran berlaku pada tahun 1764 di Kosuke dan Musashi

yang melibatkan lebih 200 000 orang petani.

Bencana alam yang berlaku juga menyumbang kepada kejatuhan ekonomi Tokugawa.

Bencana alam yang berlaku meliputi banjir, kemarau dan letupan gunung berapi. Pada tahun

1732, sebahagian besar tanaman di Jepun Barat telah musnah diserang serangga dan

menyebabkan beratus-ratus ribu orang petani kebuluran.28 Pada tahun 1772 pula banjir telah

memusnahkan beribu-ribu tanah sawah di Jepun Barat dan wabak penyakit telah membunuh

seramai 200 000 orang petani. Sepanjang tahun 1770-1779, banyak daerah telah dilanda kemarau

dan penduduk menderita. Ini diikuti dengan banjir besar yang sekali lagi berlaku pada tahun

1778 yang memusnahkan beribu-ribu tanah sawah di Kyoto dan Kyushu.

26 C.P. Fitzgerald, Sejarah Asia Timor, 1970. Hlm. 217.27 Abu Talib Ahmad, Tamdun Jepun, 2005. Hlm.57.28 M.Rajendran, Sejarah Jepun, 1988. Hlm. 55.

9

Page 10: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

Selain itu, berpuluh-puluh ribu petani menjadi mangsa letupan gunung berapi di pulau Oshima

dan Kogoshima yang berlaku pada tahun 1779 dan ini diikuti oleh kebuluran di Tammei serta di

Asama.29 Bencana alam yang berlaku ini telah menjadi hasil pertanian merosot sehingga berlaku

“musim kebuluran” di mana sebuah keluarga tidak dapat menanggung makanan lebih dari

bilangan tertentu. Kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh golongan petani ini telah

mendesak mereka melakukan “mabiki” iaitu bayi-bayi yang tidak diperlukan dibunuh.30

Perubahan Sosial

Faktor sosial juga menjadi salah satu punca kejatuhan Tokugawa. Mulanya kedudukan

golongan saudagar dalam susun lapis masyarakat adalah paling rendah. Saudagar dianggap kelas

terendah kerana orang-orang Jepun pada masa itu merupakan pengikut Confusiusnisme yang

menganggap saudagar sebagai ‘parasit.’31 Namun, kedudukan mereka semakin lama telah

berubah dan bertambah kukuh dalam masyarakat. Di sebalik kebangkitan golongan saudagar,

kedudukan daimyo dan samurai telah beransur jatuh. Ini adalah disebabkan ramai daimyo dan

samurai telah berhutang dengan golongan saudagar. Hutang-hutang yang semakin bertambah

secara tidak langsung menyebabkan mereka terpaksa tunduk di bawah kekuasaan saudagar. Oleh

kerana kedudukan saudagar semakin kukuh, mereka mengadakan pakatan dengan suku kaum

yang lain untuk melancarkan gerakan menentang Tokugawa.32 Dengan demikian, mereka telah

menyokong golongan Tozama yang terdiri dari suku kaum Satsuma, Chosu, Toza dan Hizen.

Dari masa ke semasa saudagar yang kaya serta bercita-cita tinggi telah mencapai pangkat sebagai

samurai dengan menjadi anak angkat atau menerusi perkahwinan.33 Kekuasaan mereka yang

semakin kukuh membuatkan golongan ini sudah berani mempersoalkan dasar isolasi dan mereka

berpendapat Jepun perlu membuka pintunya untuk perdagangan dengan negara-negara luar.

29 Ibid, hlm. 55.30 Ibid. Hlm. 54.31Sharifah Zarina Syed Zakaria, Pembangunan dan Pemodenan Wanita di Jepun, Bangi : Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, 2004. Hlm. 6. 32 W. Scott Morton, J. Kenneth Olenik, Japan : Its History and Culture (Fourth Edition), New York : McGraw Hill Inc, 2005. Hlm. 142. 33 Richard Storry, Sejarah Jepun Moden (terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka),1967,hlm.56.

10

Page 11: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

Lama-kelamaan golongan ini tidak sahaja menguasai ekonomi tetapi beransur-ansur terlibat

dalam politik.

Pendedahan kepada Ilmu Barat

Pendedahan kepada ilmu pengetahun barat telah merubah pemikiran masyarakat Jepun

seterusnya menyebabkan mereka sedar apa yang telah dilakukan oleh Tokugawa kepada kuasa

raja. Pada tahun 1726, Syogun Yoshimune telah menarik balik pengharaman untuk mempelajari

ilmu pengetahuan menyebabkan banyak buku asing telah dibawa masuk. Dengan kemasukan

buku-buku dari Barat, orang-orang Jepun dapat mempelajari ilmu pengetahuan yang penting

malahan sistem pentadbiran dari Barat juga. Hasilnya mereka membuat perbandingan antara

sistem beraja di Jepun dengan negara tersebut. Mereka mendapati di Barat, raja mempunyai

kuasa pemerintahan yang mutlak. Pembelajaran tersebut secara keseluruhannya mempunyai

kesan yang membangkitkan semangat kebangsaan dan ketaatan kepada maharaja yang

berketurunan langsung dari Tuhan.34 Pembelajaran melalui ilmu-ilmu barat telah membuatkan

mereka menyedari kelemahan-kelemahan Tokugawa. Fizgerld menjelaskan apabila mengetahui

bahawa negeri China yang asing itu telah dikalahkan oleh kuasa barat dalam Perang China pada

1842, kebingungan sebenarnya telah menguasai pemikiran orang Jepun yang bijak. Rakyat Jepun

mula sedar bahawa dasar Bakufu yang telah mundur itu akan membawa bencana kepada negara.

Pergerakan untuk mengukuhkan pertahanan, meninggalkan dasar pemencilan diri, pengembalian

kuasa maharaja dan dasar-dasar yang berkaitan ini menjadi lebih kuat.35 Selain itu, kejatuhan

Tokugawa juga berkait rapat dengan penubuhan maktab yang dikenali sebagai Kuge yang

bertujuan memberi didikan dan pelajaran kepada anak-anak kaum bangsawan istana sehingga

melahirkan pemimpin seperti Putera Kanoye dan Putera Saionji yang merupakan pemimpin pada

Zaman Meiji.

Penutup

34 Harold M. Vinacke, Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden, 1967. Hlm. 121.35 C.P. Fitzgerld, Intisari Sejarah Asia Timor (terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka),1970,hlm.218.

11

Page 12: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

Pada peringkat awal penguasaaan Shogun Tokugawa telah memperlihatkan kecemerlangan yang

tidak dapat dicapai oleh pemerintah sebelumnya. Namun, kecemerlangan tersebut tidak dapat

dicapai oleh shogun yang terkemudian. Faktor utama kejatuhan Keshogunan Tokugawa adalah

disebabkan oleh fakor pentadbiran yang keras. Hal ini kerana pentadbiran merupakan satu

perkara yang paling mustahak dalam sesuatu pemerintahan. Shogun Tokugawa telah melakukan

kesilapan dengan mengadakan pentadbiran yang keras yang menyebabkan semua golongan

berasa tertindas dan memberontak. Pemberontakan ini juga disebabkan kelemahan shogun yang

juga menjadi salah satu punca kepada kejatuhan pemerintahan ini. Boleh dikatakan punca utama

kejatuhan shogun Tokugawa ini, adalah daripada masalah-masalah dalaman Jepun sendiri. Dan

apabila sesebuah pemerintahan itu mempunyai masalah dalaman, maka pengaruh luar seperti

barat menjadi punca serta-merta kejatuhan pemerintahan tersebut. Begitu juga dengan kejatuhan

Shogun Tokugawa, kedatangan dan tekanan daripada pihak barat hanya menjadi punca serta

merta kejatuhan pemerintahan ini. Tokugawa akhirnya digulingkan pada tahun 1867 dan

tamatnya sejarah feudalisme yang berpusat di Jepun. Tokugawa berjaya menguasai Jepun lebih

dari setengah abad dan telah mencorak suasana politik dan dasar luar yang melibatkan hubungan

dengan kuasa-kuasa barat. Kejatuhan Tokugawa telah memberi ruang ke arah modenisasi Jepun

dalam era Meiji.

Bibiografi

12

Page 13: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

Abu Talib Ahmad. 2005. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edwin O. Reischauer. 1974. Japan : The Story of A Nation. Tokyo : Charles E. Tuttle

Company.

Fitzgerald C. P. 1970. Intisari Sejarah Asia Timor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

H. Paul Varley, Nobuko Morris. 1974. The Samurai. England : Penguins Books.

Harold M. Vinacke. 1967. Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Joginder Singh Jessy (disunting oleh Ghazali Basri). 1978. Sejarah China dan Jepun. Kuala

Lumpur : Anthonian Sdn. Bhd.

Joginder Singh Jessy. 1979. Jepun Pemodenan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Maswari Rosdi, 1983, Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955, Kuala Lumpur: Pustaka Sri

Murni.

Mochtar Lubis. 1976. Kekuatan Yang Membisu : Keperibadian dan Peranan Jepang.

Indonesia : Penerbit Sinar Harapan.

Perang Sekigahara, http://cobunder2.wordpress.com /2008/07/14/perang-sekigahara/ dimuat

turun pada 14/07/08 jam 3.00 petang.

Rajendran M. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd.

Richard Storry. 1967. Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ryosuke Ishii (Terj. Abdullah Majid). 1993. Sejarah Institusi Politik di Negara Jepun. Kuala

Lumpur : Yayasan Pencetakan Ilmu.

13

Page 14: Kejatuhan Shogun Tokugawa Niza Rjkn k.lon 1

Sharifah Zarina Syed Zakaria. 2004. Pembangunan dan Pemodenan Wanita di Jepun. Bangi :

Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa.

Tara Sakamoto (Terj. Sylvia Tiwon). 1980. Jepang Dulu dan Sekarang. Jakarta : Gadjah Mada

University Press.

W. Scott Morton, J. Kenneth Olenik. 2005. Japan : Its History and Culture (Fourth

Edition). New York : McGraw Hill Inc.

Wolf Mendl. 1994. Japan’s Asia Policy : Regional Security and Global Interest. New York :

Routledge.

14