punca berlakunya masalah gejala gengterisme di kalangan remaja di beberapa buah sekolah menengah di...

14
1 “PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA” Kajian Tindakan Pembelajaran (KPR5063) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIDIKAN (KUMPULAN D) TUGASAN 2: Menilai Laporan Kajian Tindakan TAJUK KAJIAN: “Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri” DISEDIAKAN OLEH: NO. NAMA NO MATRIKS 1. AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ L20092005563 2. SU MOU JANG L20092005562 (KURSUS PERDAGANGAN & PERNIAGAAN SESI JULAI 2009/2010) DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF

Upload: amirazros

Post on 27-Jul-2015

2.779 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kumpulan kami telah memilih satu topik berkenaan dengan masalah gejala gengsterisme di kalangan remaja di beberapa buah sekolah menengah di empat buah negeri. Kami akan menganalisa sejauh mana kajian yang dibuat mencakupi aspek-aspek yang diperlukan dalam membuat sesuatu laporan kajian tindakan. Dalam kajian tindakan ini, kami memilih tajuk “Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri” yang telah dikaji oleh Prof. Madya Dr. Azizi Bin Haji Yahya dan Rosnah Bin Haji Buang. Kajian tindakan ini telah dibuat di sekolah menengah dalam empat buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Seramai 400 orang pelajar terdiri pelajar tingkatan empat dipilih secara kelompok atas kelompok.

TRANSCRIPT

Page 1: Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri

1

“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA”

Kajian Tindakan Pembelajaran (KPR5063)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KPR 5063: KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIDIKAN

(KUMPULAN D)

TUGASAN 2:

Menilai Laporan Kajian Tindakan

TAJUK KAJIAN:

“Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri”

DISEDIAKAN OLEH:

NO. NAMA NO MATRIKS

1. AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ L200920055632. SU MOU JANG L20092005562

(KURSUS PERDAGANGAN & PERNIAGAAN SESI JULAI 2009/2010)

DISEDIAKAN UNTUK:

ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF

Page 2: Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri

1

“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA”

Kajian Tindakan Pembelajaran (KPR5063)

TAJUK: PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI EMPAT BUAH NEGERI

Kumpulan kami telah memilih satu topik berkenaan dengan masalah gejala gengsterisme

di kalangan remaja di beberapa buah sekolah menengah di empat buah negeri. Kami

akan menganalisa sejauh mana kajian yang dibuat mencakupi aspek-aspek yang

diperlukan dalam membuat sesuatu laporan kajian tindakan. Dalam kajian tindakan ini,

kami memilih tajuk “Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan

Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri” yang telah dikaji

oleh Prof. Madya Dr. Azizi Bin Haji Yahya dan Rosnah Bin Haji Buang. Kajian tindakan

ini telah dibuat di sekolah menengah dalam empat buah negeri iaitu Johor, Melaka,

Negeri Sembilan dan Selangor. Seramai 400 orang pelajar terdiri pelajar tingkatan empat

dipilih secara kelompok atas kelompok.

Pengenalan

Kajian yang bertajuk “Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di

Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri” adalah salah satu artikel dari

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kami telah memperolehi

artikel ini dari laman web yang beralamat www.solidpdf.com (diakses pada16 Ogos

2009). Tujuan kajian ini dipilih adalah kerana kami berasa kajian yang dijalankan akan

mendapat hasil dapatan yang berkesan dan amat sesuai digunakan untuk mengenalpasti

punca berlakunya masalah gejala gengsterisme di kalangan remaja.

Penghargaan

Page 3: Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri

1

“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA”

Kajian Tindakan Pembelajaran (KPR5063)

Sebelum kajian penyelidikan dilihat, pihak penyelidik perlulah meletakkan penghargaan

bagi mana-mana pihak yang telah membantu penyelidik sepanjang kajian penyelidikan

dibuat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam kajian ini, pihak kami dapati

tiada penghargaan dibuat ke atas mana-mana pihak yang membantu sehingga terhasilnya

kajian penyelidikan ini.

Tajuk Kajian

Berdasarkan penilaian yang dibuat ke atas kajian penyelidikan yang dibuat oleh Prof.

Madya Dr. Azizi Bin Haji Yahya dan Rosnah Bin Haji Buang, pihak kami dapat

menyimpulkan bahawa tajuk tersebut telah ditentukan dengan melihat “Punca

Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah

Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri.” Penulis telah mencari dan mengenalpasti

punca berlakunya masalah gengsterime di kalangan remaja. Melalui tajuk kajian tindakan

yang dibuat, tajuk tersebut adalah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, dan mempunyai

sasaran kajian iaitu 400 orang pelajar terdiri pelajar tingkatan empat dipilih secara

kelompok atas kelompok.

Nama Penyelidik

Tajuk kajian yang dibuat telah mengenalpasti Prof. Madya Dr Azizi Bin Haji Yahaya dan

Rosnah Binti Hj Buang yang membuat kajian tindakan berkenaan. Mereka telah

menyertakan nama penuh mereka untuk memudahkan pihak pengkaji-pengkaji lain

mengenalpasti penulis penyelidikan tersebut.

Page 4: Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri

1

“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA”

Kajian Tindakan Pembelajaran (KPR5063)

Nama Sekolah

Penyelidik tidak menyertakan nama penuh sekolah yang telah dijadikan tempat

penyelidikan kajian mereka. Ini menunjukan kajian yang dijalankan boleh dipertikaikan

dalam pengambilan sampel di kawasan sekolah bagi mengenalpasti permasalahan yang

berlaku dalam masalah gengterisme. Jika dilihat melalui tajuk kajian, pengkaji telah

mengambil empat buah sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sebagai

sampel kajian mereka tetapi mereka tidak menyatakan nama dan alamat sekolah yang

berkenaan. Ini merumitkan pembaca dan pengkaji lain untuk mengetahui tempat kajian

dijalankan sama ada sekolah di bandar atau di luar bandar.

Abstrak

Dalam penulisan abstrak, ia menekankan tentang tujuan kajian iaitu mengenalpasti punca

berlakunya masalah gejala gengterisme di kalangan remaja sekolah menengah di empat

negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Pengkaji telah mengambil

sampel seramai 400 pelajar Tingkatan Empat dari empat buah sekolah yang dipilih secara

kelompok atas kelompok. Pengkaji menggunakan instrument kajian yang diadaptasi

daripada soal selidik Gangs Activities Perception Questionnaire (FAPQ) dan Perception

Toward Youth Gangs.

Menurut kajian ini, punca utama berlakunya masalah gejala gengterisme di kalangan

remaja ialah pengaruh daripada rakan sebaya. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa

tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor gejala gengterisme dengan

pendapatan keluarga dan pretasi akademik. Di dalam kajian ini juga, penyelidik

menyatakan bahawa tahap faktor-faktor gejala gengsterisme di kalangan pelajar sekolah

menengah secara keseluruhan adalah berada pada tahap yang rendah.

Page 5: Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri

1

“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA”

Kajian Tindakan Pembelajaran (KPR5063)

Metod Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengambil sampel seramai 400 pelajar Tingkatan Empat

dari empat buah sekolah yang dipilih secara kelompok atas kelompok di empat buah

negeri Johor, Selangor, Melaka, dan Negeri Sembilan. Manakala instrument kajian yang

digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah menggunakan instrument kajian set soal

selidik yang diubahsuaikan daripada soal selidik Gangs Activities Perception

Questionnaire (FAPQ) dan Perception Toward Youth Gangs. Pengkaji tidak

menggunakan instrumen kajian lain seperti ujian, temubual dan lain-lain yang digunakan

untuk mengumpul data.

Di dalam kajian ini, pengkaji menyatakan bahawa reka bentuk kajian ini adalah

berbentuk deskriptif di mana penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang

bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Jenis

penyelidikan ini adalah jenis tinjauan. Selain itu, penyelidik juga menyatakan analisis

dapatan dengan program SPSS menggunakan analisis deskriptif berbentuk min dan

sisihan piawai

Dalam kajian ini, pengkaji tidak menyatakan umur, jantina sampel dalam umur linkungan

berapa tahun serta tempoh kajian dilaksanakan juga tidak dinyatakan. Walaupun

instrumen untuk menjalankan kajian diberikan dengan jelas namun tiada penerangan

mengapa instrumen tersebut digunaka. Selain itu, pengkaji juga tidak menyatakan secara

terperinci kerelevanan serta kesesuain soal selidik digunakan untuk mendapatkan

maklumat mengenai masalah yang dikaji.

Di samping itu, kami juga mencadangkan supaya turut digunakan instrumen lain seperti

temubual dengan pelajar mengenai punca berlakunya masalah gengsterisme untuk

menambahkan lagi kepelbagaian hasil dapatan kajian.

Page 6: Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri

1

“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA”

Kajian Tindakan Pembelajaran (KPR5063)

Dari segi reka bentuk kajian serta prosedur pula, penyelidik kajian ini memberi sedikit

penerangan tentang reka bentuk kajian serta prosedur yang pengkaji laksanakan dalam

menjalankan kajian ini. Pada pandangan kami, bahagian prosedur dalam metodologi

kajian ini adalah kurang lengkap. Penyelidik tidak menerangkan dengan terperinci

langkah-langkah yang dilakukan dalam menjalankan kajian tindakan seperti penentuan

fokus umur dan jantina, pengumpulan maklumat atau data, perancangan tindakan,

menjalankan tindakan serta langkah-langkah membuat refleksi atau penilaian tentang

tindakan yang dilakukan.

Kami juga berpendapat bahawa penerangan bahagian metodologi dalam laporan kajian

tindakan ini adalah tidak lengkap dan terlalu ringkas. Bahagian metodologi sepatutnya

perlu dihuraikan dengan jelas kerana ia merupakan bahagian terpenting dalam kajian

tindakan. Selain itu, bahagian ini penting dalam membantu pembaca untuk memahami

tentang cara persampelan kajian dilakukan, teknik pengumpulan data kajian dilakukan

serta langkah-langkah kajian dilaksanakan. Ini adalah penting untuk meningkatkan

kesahan terhadap kajian tindakan yang dijalankan dengan keputusannya diyakini dan

boleh dipercayai.

Page 7: Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri

1

“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA”

Kajian Tindakan Pembelajaran (KPR5063)

Keputusan Kajian

Pengkaji kajian ini juga menyertakan keputusan kajian atau dapatan kajian di dalam kajian

mereka. Mereka telah menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan hasil keputusan kajian

mereka. Akan tetapi, daripada penilaian laporan kami mendapati pengkaji tidak menyatakan

masalah yang dihadapi semasa proses menganalisis data serta mengintepretasi data. Ini

menjadikan pembaca kurang jelas tentang sebab mengapa suatu dapatan itu memperolehi

skor sedemikian rupa dan sebaliknya.

Kami mencadangkan agar pengkaji turut memberikan pendapat atau pandangan mereka

berkaitan minskor yang berbeza-beza agar pembaca kajian tindakan ini akan maklum

tentang setiap perbezaan skor yang diperolehi bagi kategori yang berbeza.

Ini kerana penerangan konkrit terhadap setiap dapatan skor yang dikaji akan membantu

pembaca memahami dapatan kajian tindakan ini dengan lebih baik dan tidak

mempersoalkan dapatan yang pengkaji perolehi.

Page 8: Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri

1

“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA”

Kajian Tindakan Pembelajaran (KPR5063)

Selain itu, kami juga mendapati bahawa segala dapatan kajian penyelidik ditunjukkan

dengan jelas dalam bentuk berjadual. Berikut adalah contoh jadual daripada kajian

tindakan tersebut.

Faktor Gengsterisme Min

Rakan Sebaya 2.63

Pengaruh Keluarga 2.93

Pengaruh Media 3.09

Pengaruh Kendiri 3.32

Jadual 1: Min Bagi Setiap Faktor Gengsterisme

Berdasarkan Jadual 1, faktor yang paling mempengaruhi perlakuan gengsterisme adalah

faktor pengaruh individu yang mencatatkan nilai min 3.32, diikuti faktor pengaruh media

dengan nilai min 3.09, faktor keluarga dengan nilai min 2.93 dan faktor paling rendah

adalah faktor rakan sebaya dengan nilai min 2.63.

Page 9: Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri

1

“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA”

Kajian Tindakan Pembelajaran (KPR5063)

Perbincangan

Berdasarkan kajian yang dilakukan, faktor-faktor gengsterisme yang utama di sekolah

terdapat dari pengaruh rakan sebaya, pengaruh keluarga, individu dan pengaruh keluarga

berada di tahap sederhana. Dalam kajian perbincangan ini, pengkaji juga mencadangkan

Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil beberapa langkah pencegahan seperti

menganjurkan bengkel, seminar serta kursus-kursus berhubung dengan masalah

gengsterisme yang perlu dihadapi oleh guru.

Dalam perbincangan ini, kajian menunjukkan kekerapan perlakuan gengsterisme di tahap

sederhana memandangkan perlakuan gengesterisme tidak hanya berlaku di dalam

kawasan sekolah sahaja. Maka kerjasama pihak luar seperti komuniti Pihak Polis dan

Berkuasa adahah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali semasa

dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah.

Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan ciri-ciri ahli kumpulan gengterisme

utama di kalangan pelajar sekolah dari aspek simbol, pakaian dan gaya adalah berada

pada tahap rendah. Ini memandangkan pengetahuan responden yang mendalam tentang

peraturan-peraturan sekolah yang dilarang dilakukan di sekolah. Justeru itu, ciri -ciri

gengsterisme sukar dilakukan kerana mudah dikesan oleh pihak berwajib.

Dalam aspek hasil kajian aktiviti-aktiviti gengsterime yang utama terdapat di sekolah dari

aspek peras ugut, menconteng dinding, melawan guru, mencemuh dan mencaci, ponteng

sekolah di empat buah negeri adalah di tahap rendah. Maka, dapat simpulkan

aktiviti-aktiviti gengsterisme di tahap rendah disebabkan responden dalam kajian ini

mempunyai tahap kesediaan pengetahuan tentang aktiviti -aktiviti gengsterisme.

Merujuk kepada bahagian perbincangan dalam kajian tindakan ini, kami mendapati

bahagian perbincangan telah membincangkan dengan jelas permasalahan tentang punca

Page 10: Punca Berlakunya Masalah Gejala Gengterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri

1

“PUNCA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA GENGSTERISME DI KALANGAN REMAJA”

Kajian Tindakan Pembelajaran (KPR5063)

berlakunya gengsterisme di kalangan pelajar sekolah dan pengkaji telah menyatakan

cadangan-cadangan yang boleh disarankan oleh pembaca atau pengkaji lain untuk

membanteras masalah tersebut.

Kesimpulan

Penyelidik ada menyatakan bahawa dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai tahap

pengetahuan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi gejala gengsterisme di sekolah. Selain itu,

penyelidik juga berpendapat adalah normal bagi seseorang pelajar mempunyai pengetahuan dan

pendedahan tentang aktiviti-aktiviti sosial pada masa kini yang sering dipaparkan di media cetak

dan elektronik yang melibatkan pelajar.

Rujukan

Dalam kajian ini, penyelidik ada menyenaraikan bibliografi atau rujukan yang menjadi

garis panduan untuk membuat kajian penyelidikan ini. Tanpa rujukan yang sebenar,

kajian penyelidikan yang dibuat akan diragui kesahihannya dan boleh dipertikaikan sama

ada penyelidik meniru atau plagiat hasil kajian orang lain dan kajian diperolehi dari

sumber-sumber yang disangsikan kesahihannya.

Lampiran

Penyelidik tidak ada menyertakan semua bahan lampiran bahan aktiviti-aktiviti

pembelajaran yang digunakan untuk menyiapkan kajian. Dengan adanya lampiran

tersebut, pihak kami dapat melihat corak pengajaran dan pembelajaran yang ingin

disampaikan dalam kajian pihak penyelidikan. Walau bagaimanapun, oleh kerana pihak

penyelidik tidak menyertakan lampiran sumber rujukan yang dijadikan panduan kajian,

maka bahagian lampiran yang dibuat oleh penyelidik tidak mencapai tahap yang begitu

memuaskan.