puisi melayu lama

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Puisi Melayu Lama

    1/7

    AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

    JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

    TAJUK:

    PUISI MELAYU LAMA

    CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI

    NAMA : RAMIZAH BT SULAIMAN

    NO. MATRIK : JEA 080113

    NO. K/P : 881204-06-5168

    NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD

  • 8/14/2019 Puisi Melayu Lama

    2/7

    PENGENALAN

    Puisi-puisi Melayu lama merupakan contoh terbaik yang menceritakan berkaitan

    akar budi Melayu yang tersembunyi di sebalik ketinggian bahasa. Puisi Melayu lama

    yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang memikat hati budi

    sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan Melayu sejak

    zaman-berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah, pantun, gurindam dan

    peribahasa.1 Kerangka hati dan budi Melayu mengandungi tiga komponen utama iaitu

    epistemologi, pandangan alam semesta (worldview) dan komponen nilai serta akhlak.

    Dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandangan orang Melayu ialah ilmu

    pencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu. Sementara itu, dalam aspek

    komponen pandangan alam semesta, masyarakat Melayu meletakkan Allah sebagai

    sumber panduan tertinggi dalam pemikiran dan aktiviti. Aspek komponen nilai, moral,

    etika, dan akhlak berkaitan erat dengan pandangan orang Melayu tentang sesuatu yang

    dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan

    keindahan.2

    Dalam konteks sastera Melayu, genre puisi misalnya merupakan sebuah warisan

    teras hati budi masyarakat Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur. Pengaruh

    daripada puisi tradisional menggabungkan nilai estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai

    budi serta kesantunan orang Melayu. Secara umumnya, budi didefinisikan sebagai akal

    atau daya fikir untuk memahami sesuatu yang konkrit atau abstrak, yang praktikal

    ataupun teoritikal.

    1http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/2http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/

    http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/
  • 8/14/2019 Puisi Melayu Lama

    3/7

    PANTUN BUDI CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI

    Sutan Muda dari Lampung,

    Memikul cangkul dengan bajak,

    Singgah minum di lepau nasi;

    Sudah serkah tempat bergantung,Telah patah tempat berpijak,

    Budi yang baik tetap di hati

    Banyak orang di Bukit Cina,

    Daun nanas serak-serakan,Burung tempua di pohon saga;

    Zaman sekarang ringgit berguna,

    Emas perak jadi taruhan,

    Budi baik terpinggir juga.

    Padi bukit padi huma,Taruh mari di dalam peti,

    Dibawa orang ke Tanjung Jati;

    Budimu tuan saya terima,Sudah terlekat di dalam hati,

    Terpahat kukuh hingga ke mati.

    Buah lada lebat di pangkal,

    Gugur daun dengan buahnya,

    Dibawa dagang pergi seberang;Sungguh ringgit penuh sekapal,

    Budi tiada apa gunanya,

    Nama pun tidak disebut orang.

    Dari Johor ke Majapahit,Singgah berlabuh di Pulau Bangka,

    Ambil muatan gula dan rempah;

    Jika masyhur budi yang baik,

    Jangan pula mengada-ngada,Orang keliling jadi menyampah.

    (Sumber: Hamidah Adam, Batu Pahat, Johor, 2001)3

    3 Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

  • 8/14/2019 Puisi Melayu Lama

    4/7

  • 8/14/2019 Puisi Melayu Lama

    5/7

    orang yang menjadi tempat ia meminta bantuan itu. Hal ini bermakna, soal budi tidak lagi

    menjadi keutamaan mereka.5

    Pantun ini juga menyerlahkan kemuliaan hati masyarakat Melayu yang menerima

    budi daripada seseorang. Masyarakat Melayu sangat menghargai budi yang diterimanya

    dan tidak sekali-kali akan melupakan budi dan jasa insan tersebut daripada ingatannya. Ia

    juga memperlihatkan peranan budi berbanding dengan wang ringgit dan harta benda.

    Dalam hal ini, pantun ini secara jelas menyindir golongan hartawan yang kaya raya tetapi

    enggan berbakti dan memanfaatkan harta bendanya untuk membantu golongan yang

    memerlukan. Oleh sebab mereka tergolong sebagai golongan yang kedekut, kekayaan

    mereka tidak membawa apa-apa makna dan nama mereka akan luput begitu sahaja.6

    Pantun ini mengingatkan masyarakat Melayu yang pernah menaburkan jasa bakti

    kepada orang lain. Mereka diingatkan supaya menjauhi sikap mengada-ngada atau

    mengungkit-ungkit jasa yang pernah diberikan kerana perbuatan yang sedemikian akan

    menimbulkan kebencian dalam kalangan orang-orang yang mendengarnya. Dengan kata

    lain, seseorang yang pernah berbudi tidak harus mengungkit-ungkit apa-apa bantuan yang

    pernah diberikannya kerana perbuatan yang berunsur riak dan takabur itu dapat

    mencacatkan kemurnian budi tersebut.

    5 Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003.Analisis Autentik Sastera-

    Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.6 Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003.Analisis Autentik Sastera-

    Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

  • 8/14/2019 Puisi Melayu Lama

    6/7

    KESIMPULAN

    Dalam masyarakat Melayu tradisional, individu yang dianggap mempunyai nilai

    etika dan moral yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dinamakan sebagai

    orang yang budiman iaitu yang mempunyai budi pekerti, budi bahasa, budi bicara, akal

    budi atau hati budi dan adab sopan yang tinggi dan mulia.

    Budi pekerti dan adab sopan yang mulia merujuk kepada tingkah laku,

    keperibadian, fiil perangai dan tindak tanduk yang baik,sopan

    santun,sesuai,wajar,pemurah,penyayang dan penuh menyumbang dan bermanfaat kepada

    masyarakat dan komunitinya.7 Budi bahasa dan budi bicara yang mulia pula merujuk

    kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran

    serta sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya.

    Manakala, akal budi dan hati budi yang tinggi pula merujuk kepada akal fikiran

    dan hati kalbu yang sarat dengan ilmu, kebijaksanaan, ketenangan, kewarasan,

    kemuliaan, dan kebaikan. Nilai dan harga budi yang begitu tinggi dalam masyarakat dan

    kehidupan orang Melayu dapat dibayangkan dengan jelas oleh rangkap pantun tersebut.

    7 Hashim Bn Haji Musa,Ph.D. 2001.Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu-Suatu Pengenalan .

    Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

  • 8/14/2019 Puisi Melayu Lama

    7/7

    BIBLIOGRAFI

    BUKU

    Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003. Analisis

    Autentik Sastera-Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson

    Malaysia Sdn. Bhd.

    Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional:Satu Pembicaraan genre dan fungsi.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Hashim Bn Haji Musa,Ph.D. 2001.Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu-Suatu

    Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

    Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    LAMAN WEB

    Perbilangan Adat Melayu,http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/

    http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/