bidalan melayu lama

Upload: tikorama

Post on 10-Jul-2015

327 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

1. Mendaki bukit sungai abu Tiba di atas terlelap pula Bagaimana hati tak terharu Nampak janda dah elok pula Seseorang yang telah menceraikan isterinya, apabila melihat keelokan jandanya ingin merujuk kembali

2. Berserah berkerlipan Beruja berpegang ekor Berpesan berturut Bertaroh berpemalami Orang yang tidak percaya akan seseorang yang disuruh buat kerja diikuti kerjanya

3. Disuruh pergi Dipanggil datang Berkerja kerana perintah Berhenti kerana tegah Orang yang patuh taat menurut perintah

4. Mengaji daripada alif Membilang daripada esa Sakit bermula, mati bersebab Hujah berpokok, kata berpangkal Seseorang yang buat kerja ikut peraturan

5. Berdiri sama tinggi Duduk sama rendah Bersukat sama paras Bertimbang sama berat Dua orang yang sama taraf, elok budi perkerti, berilmu

6. Jika sengaja bercekak pinggang Tinggallah rebana, beralih ke gelanggang Tak tahu pipit tak tahu enggang Yang rapat kelak menjadi renggang

Seseorang yang sengaja mencari perbalahan, pergaduhan di antara rakan taulan dan akhirnya mendapat kesan buruk

7. Ke gunung emas pasir baiduri Ke padang zamrud habis diedari Terbang bangau sepanjang hari Ke tasek juga akhirnya dicari Walau pun berdagang jauh mencari ilmu, kekayaan, pengalaman sampai masanya balik juga ke negeri asalnya, kekampong halamannya

8. Menunduk kepala menghadap raja Bertentang muka menghadap kawan Bercekak pinggang menghadap lawan Seseorang yang tahu tertib, peraturan, keperluan majlis memasuki majlis dengan penoh tertib

9. Merajok kepada yang kasih Manja kepada yang sayang Meminta kepada yang ada Berkaul kepada yang keramat Perbuatan yang menjadi kepada yang sesuai tempatnya atau orangnya

10. Mestika embun tinggi harganya Dikulum anak raja naga Tak termasok pada sangka Mata tidor bantal berjaga Seseorang perempuan berketurunan mulia berkahwin dengan keturunan yang sama tetapi membuat kejahatan apabila suami tiada 11. Minum serasa duri Makan serasa lilin Tidor tak lena Mandi tak basah Kemusykilan yang terbuku dalam hati tiada penyelesaian. Sesuatu yang sukar untuk diambil keputusan atau diselesaikan

12. Peria,

Jika ditanam di atas batas sakar dibaja dengan madu disiram dengan manisan diletakkan di atas tebu sekalipun apabila masak buahnya pahit juga Orang berketurunan jahat diberi pangkat, kemuliaan jahat juga budinya

13. Pesan dituruti Pataroh dimalami Berserah berkehendak hati Seseorang memeberi kepercayaan kepada orang lain tetapi tidak sepenuhnya, masih diraguinya

14. Pipit tuli makan berhujan Tak ditahan padi habis Hendak dihalau kain basah Menyerah sesuatu kerja kepada yang degil, jika dibiarkan rosak kalau ditegor tak diikuti

15. Sayang emak sayang sahaja Sayang bapa menambah harta Sayang saudara sama ada Tahap kasih sayang antara emak, bapa dan saudara mara. Kasih sayang emak sama sahaja di antara anak-anaknya, kasih sayang bapa mencari harta untuk anak-anaknya dan sementara anakanak tidak menghabiskan hartanya sementara saudara mara pula bila sama-sama berharta barulah kasih sayang wujud

16. Sehari kahwin sehari tua Sehari beranak sehari gila Ragam manusia, apabila berkahwin tidak lagi digelar anak muda. Apabila mendapat anak kelakuannya bermain dengan anaknya seolah-olah seperti orang gila

17. Sayangkan kain buangkan baju kerana baju panjang lima Sayangkan lain buangkan aku kerana aku orang dah lama Kiasan isteri apabila suami ingin kahwin lain dan tidak mahu dimadukan.

18. Semberip pahar hidangan ratu Isinya sudah disisa hantu Tidak disangka sampai begitu Manikam boleh kehilangan mutu Isteri orang besar menduakan suaminya

19. Sudu-sudu di tepi jalan Dipanjat kena durinya Disinggong kena rebasnya Ditakek kena getahnya Orang yang cerdik, mahir tahu sahaja membuat kerja

20. Bersunting Bunga kedudok Berdiri tak sama tinggi Duduk tak sama rendah Orang mulia beristeri hina, masok majlis orang berbangsa jadi rendah tarafnya, masok majlis orang kebanyakan menjadi hina pula

21. Umpama buah belolok Tercampak ke laut tak dimakan ikan Tercampak ke darat tak dimakan ayam Orang yang tidak berguna di sisi masyarakat

22. Dengar cakap enggang Makan buah belolok Dengar cakap orang Terjun masok lubok Mendengar perkatan dari orang yang tak bertimbang rasa kita yang menyesal

23. Dedalu api hinggap ke pohon kayu Hinggap ke batang, batangnya mati

Hinggap ke ranting, rantingnya patah Orang jahat berkawan dengan orang baik akhirnya rosak orang yang baik

24. Dibakar tak hangus Direndam tak basah Dijemur tak lekang Dipancong tak putus Tidak boleh dipengapakan orang yang keras lagi berkuasa dari kita

25. Di mana api padam Di situlah puntong tercampak Di mana periok pecah Di situlah tembikar tinggal Orang kebanyakan atau orang miskin berdagang di negeri orang jika mati di situlah dikuburkan

26. Duduk di tapak-tapak tangga Mandi di hilir-hilir orang Berdiri di luar-luar gelanggang Berkata di bawah-bawah Berjalan di kemudian-kemudian Jika berdagang ke negeri orang hendaklah berperangai lemah lembut, jangan langgar hukum atau adat, merendah diri dan jangan bergadoh

27. Empat ganjil, lima genap Kendor berdenting-denting Tegang berjela-jela Orang yang berlainan faham daripada kebanyakan orang dan suka berbantah

28. Gajah mati meninggalkan tulang Harimau mati meninggalkan belang Manusia mati meninggalkan nama

Orang kaya mati meninggalkan harta, orang miskin atau orang kebanyakan mati meningalkan nama disebut orang juga

29. Gelagat rambutan jantan Orang berbunga dia berbunga Orang berbuah dia tidak Orang yang sentiasa bernasib malang walau pun dia berusaha seperti orang lain tetapi tidak juga beroleh faedah

30. Kain rabak tegal dek lenggang awak Baju rabek tegal dek lenggok awak Kopiah pesok tegal dek lomjak awak Seseorang yang bermegah-megah atau melakukan sesuatu melebihi daripada patut akhirnya mendapat kesusahan 31. Kalau tak berlela baik merela-rela Kalau tak bersenapang baik bagi jalan lapang Kalau tak upaya kerja tiada jaya Kalau tak berberas kerja tiada deras Kalau tak berwang ke mana pergi terbuang Kalau tak berduit ke mana-mana pergi tercuit-cuit Orang miskin atau lemah janganlah banyak kehendak atau mengada-ngada

32. Ke laut meracek ikan Tersenyum siput Ke hutan memancing punai Tersenyum badak Tiap-tiap perbuatan itu biar dengan aturannya jika tidak akan menjadi sia-sia dan ditertawakan orang sahaja.

33. Kok cerdik hendakkan rundingan Kok bodoh disuruh arah Kok pekak pembakar meriam Kok buta menghembus lesong

Kok tepok penghalau ayam Kok pendek tinjau meninjau Kok kurap pemikul buluh Adat perpatih kepada lelaki yang diterima jadi menantu. Tiap-tiap orang yang diterima itu ada sifat-sifat yang berguna

34. Laki pulang kelaparan Dagang lalu ditanakkan Anak diriba diletakkan Kera di hutan disusui Perihal kemurahan yang berlebihan bukan pada tempatnya pada hal dalam kemiskinan.

35. Umpama lembu begal Dikemudiankan dia menyepak Didahulukan dia menandok Orang yang serba salah hendak diperbuat, jika dijadikan ketua dia zalim, jika dijadikan orang bawahan dia mencela dan mencerca

36. Rumbun bakar berpuntong suluh Curi samun tertetas dinding Upas racun bersisa makan Sebarang perbuatan itu akan meninggalkan buktinya atau kesannya.

37. Seutas rotan ditarik Bergegar hutan belukar Rioh rendah kera dan lotong Jika seseorang itu dianiayakan marahlah kaum keluarganya dan sahabat handainya.

38. Siang terkenang-kenang Makan tak kenyang, tidor tak lena Mandi tak basah, berminyak tak licin

Seseorang yang mencintai seseorang atau mengingati sesuatu sentiasa teringat-ingat orang berkenaan atau benda tersebut

39. Siapa menjala siapa terjun Siapa berhutang siapa membayar Siapa salah siapa bertimbang Siapa membunuh siapa kena bunuh Siapa buat dialah tanggong

40. Terkilan-kilan di hati Terkerlang-kerlang di mata Terasa-rasa bak duri dalam daging Sentiasa berbuku dalam hati tak puas rasanya jika tidak dikeluarkan terutama hal-hal yang menyebabkan seseorang itu kecil hati

41. Timun pada dia pisau pada dia Hiris tebal tak siapa menegah Hiris nipis tak siapa menyuruh Seseorang yang mempunyai kuasa penoh ke atas seseorang lain di bawahnya.

42. Yang bulat datang berguling Yang pipeh datang melayang Yang jauh menjadi dekat Orang yang bertuah itu apa yang dihajatinya mudah dapat

43. Yang pandai mengatakan tak tahu Membanyakkan ragam Yang bodoh mengaku pandai Terendam karam Orang yang pandai mengata tak tahu itu mengada-ngada melambatkan kejayaan sesuatu kerja sementara yang bodoh mengaku pandai akan menyebabkan kerja itu rosak.

44. Berunding dengan orang pandai Bak santan dengan tangguli Berunding dengan orang pander Bak alu pencungkil duri Memilih orang yang sesuai membuat sesuatu kerja itu pasti akan berjaya sementara menyerahkan kerja kepada yang bukan ahlinya mengundang kegagalan.

45. Biduk didayung menentang ombak Layar dikembang menentang angin Nakhoda yang awas di kemudi Pedoman nan usah dilepaskan Seorang pemimpin hendaklah mengambil kira pandangan, nasihat dan pengetahuan orang bawahannya agar keputusan yang dibuat jitu dan adil

46. Berjenjang naik Betangga turun Naik dari jenjang yang di bawah Turun dari tangga yang di atas Lakukanlah sesuatu itu mengikut peraturan, adat resam dan kebiasaan. Jangan menetang arus atau kebiasaan.

47. Cerdik jangan membuang kawan Gemuk tidak usah membuang lemak Tukang nan tidak membuang kayu Jangan memperkecilkan orang lain kerana hanya dengan menganggap bahawa orang lain tidak penting 48. Kalau rajin kepandaian datang Kalau malas buruk tersua Hari pagi menanti petang Insaflah diri dan usia Kerja bersungguh-sungguh kerana masa sentiasa beredar. Peluang tidak menanti kita. Usia tidak sentiasa muda

49. Akar terjumbai tempat siamang bergayut Dahan menjulur tempat tupai menegun Baner menimbun tempat anai-anai bersarang Seseorang yang cuba menapikan kesalahannya dengan berdolak dalih berkemungkinan akan membuka tembelangnya sendiri.

50. Alang tukang binasa kayu Alang cerdik binasa adat Alang alim rosak agama Alang pandai rosak negeri Di dalam sebarang kerja, perilaku yang cuai disebabkan kurangnya berfikir, latihan atau pertimbangan akan menyebabkan kerosakan atau kemusnahan yang teruk.

51. Apa yang ditanam itulah yang tumbuh Biji ditanam akan berbuah Batang ditanam akan berisi Apa yang dikerjakan itulah hasilnya dan jika tekun serta bersabar akhirnya akan berjaya.

52. Kerana siangan padi menjadi Kerana dilambuk tanaman elok Kerana dipupuk segala subur Kerana diair tanaman tumbuh Setiap sesuatu itu hendaklah dikerjakan dengan cara yang betul. Setiap amanah hendaklah dipelihara dan ditunaikan sebaik yang mungkin

53. Di mana air disauk Ranting dipatahkan Langit dijunjung Bumi dipijak Di situ adat diturut, lazim dipakai

Apabila merantau ikut adat resam setempat, sentiasa merendah diri dan memberi sumbangan yang sewajarnya.

54. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung Di mana sumur digali di sana air disauk Di mana negeri dihuni di sana adat dipakai Apabila merantau hormatilah adat resam setempat. Sentiasa berbuat baik, merendah diri tidak sombong dan buat kebajikan.

55. Diperhias andaian rundingan Diperbanyak ragam cakapan Padi diikat dengan daunnya Seseorang harus berupaya mengurus diri sendiri apabila di perantauan. Boleh bertutur dan mengutarakan hujah untuk kepentingan diri.

56. Dilayangkan pandangan ke yang jauh Ditukilkan pandangan ke yang dekat Dipalingkan pandangan ke yang samping Perhati apa yang ada di sekeliling dan sentiasa berwaspada

57. Disusun jari yang sepuluh Dihujamkan lutut yang dua Ditekukkan kepala yang satu Tingkahlaku yang sentiasa menunjukkan hormat pada tempatnya.

58. Ditimbang dengan akal budi Dipakai rasa dan perasaan Ditimbang dengan nyawa badan Apabila bertindak dengan orang lain gunalah perasaan dari dalam hati bagi menentukan betul atau salah. Pertimbangan yang dari hati ke hati itulah yang menambat orang sayang dan hormat kepada kita. 59. Bersilat di pangkal pedang

Bergelut di hujung keris Berkata selalu berumpama Berunding selalu bermisalan Bertindaklah dengan cara berhemah agar dapat melindungi atau mempertahankan diri daripada mereka yang mempunyai niat buruk terhadap kita.

60. Baik negeri kerana penghulu Baik masjid kerana tuanku Baik tepian kerana yang muda Baik kampong kerana yang tua Baik rumah kerana bunda kandong Penghulu sebuah hokum Ulama sama kitab Orang tua seundang-undang Ahli masyarakat (organisasi) yang menentukan kehidupan yang tenteram, aman, selesa tinggal dalam sesebuah masyarakat (organisasi). Mereka yang berpengaruh bersetuju mengenai pengurusan kehidupan dalam masyarakat (organisasi) tersebut .

61. Besar jangan melanda Panjang jangan melindis Cerdik jangan menjual Luas jangan menutup Yang berkuasa jangan menyalahgunakan kuasa.

62. Gayung bersambut Kata berjawab Himbau bersahut Bertindaklah mengikut apa yang diperlakukan oleh orang kepada kita.

63. Gunung timbunan kabut Lurah timbunan air Laut timbunan ombak Bukit timbunan angin

Sebagai seorang pemimpin adalah menjadi tanggongjawabnya menyelesaikan segala masalah orang yang dipimpinnya.

64. Ingat-ingat sebelum kena Melantai sebelum lapuk Jerat seperti jerami Musang berbulu ayam Seseorang hendak sentiasa siap siaga, selalu bersedia menghadapi sesuatu yang tidak dijangkakkan.

65. Hinggap mencekam Terbang menumpu Air akan pulang ke air Minyak akan pulang ke minyak Apabila merantau carilah saudara mara, suku sakat, kaum keluarga agar dapat tempat pergantongan apabila dilanda kesusahan.

66. Jalan dialih orang yang lalu Cupak dibuat orang yang berjualan Adat dialih orang yang datang Adat dan kelaziman boleh diubah oleh orang yang datang jika tidak dikawal

67. Kata dubalang kata tegas Kata guru kata pengajar Kata orang banyak kata bermacam-macam makna Masing-masing dengan gelagatnya. Dubalang menguatkuasa undang-undang/peraturan. Guru mendidika dan memberi contoh yang baik. Orang kebanyakan selalunya mengelirukan.

68. Kata manti kata berulang Kata alim kata hakikat Tegak dengan adat kepalang sahaja Lipat pakaian dengan maufakat

Jika sesorang yang diberi kuasa tidak mampu melaksanakanya hendaklah mengambalikan kuasa itu kepada yang memberikannya.

69. Kata takbur kata tak lalu Kata riang kata takbur Kata bersindir melukai Tidak semua kata-kata menyanjung boleh diambilkira dalam membuat keputusan. Begitu juga kata-kata mengeji lebih banyak merosakkan keputusan.

70. Kalau puntung tidak bersilang dengan tungku Tentu api tidak menyala Nasi ditanak tidak masak Perbezaan pendapat adalah baik dan diperlukan untuk mengambil keputusan yang dipersetujui semua.

71. Tidur menelentang menghitung kasau Menelungkup menghitung lantai Menghereng menghitung dinding Setiap perbuatan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan rapi agar berjaya.

72. Laut dalam boleh diukur Bumi luas dapat digali Bukit tinggi dapat diruntuh Lurah dalam dapat ditimbusi Semua yang susah dapat diselesaikan, yang kusut dapat dileraikan jika semua mahu berusaha bersungguh-sungguh

73. Melompat sama patah Merunduk sama bongkok Mendapat sama melaba Kehilangan sama rugi Jika merantau bekerjasamalah dan tolong menolong dengan teman seperantauan untuk kebaikan

bersama.

74. Memahat menuju batas Melempar menuju tampuk Menebang menuju pangkal Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dibuat mengikut aturannya

75. Mencari tuah ke yang menang Mencari contoh ke yang selesai Mencari teladan ke yang baik Hendaklah membentuk diri dari model yang baik, jangan mengikut contoh yang tidak baik

76. Mendapat sama berlaba Kehilangan sama ruginya Yang ada sama dibahagi Berkongsilah hasil usaha bersama.

77. Mengebat sekebat erat Melangkah selangkah sampai Berkata sepatah sedang Apabila sesuatu itu dipersetujui hendaklah ditunaikan

78. Hendak makan isi durian Hendak mendapat madu lebah Sakit senang perlu dirasakan Tidak ada kejayaan tanpa bersusah payah atau bekerja keras

79. Hendak tahu tentang kayu besar Lihat ke pangkalnya Hendak tahu tentang ombak besar Lihat ke pasirnya

Jika hendak mengenali seseorang bergaullah dengannya

80. Yang buta pengembus lesung Yang pekek pemasang bedil Yang lumpuh penghuni rumah Yang patah pengejut ayam Yang bingung disuruh-suruh Yang cerdik bawa beria Yang kaya tempat bergantung Setiap orang ada sumbanganya di dalam masyarakat oleh yang demikian sentiasa hormatilah keupayaan dan kelemahan seseorang.

81. Yang dimakan rasa Yang dilihat rupa Yang didengar bunyi Apa sahaja yang dibuat, buatlah dengan baik.

82. Yang lurus jadi tangkai sapu Yang bongkok jadi tangkai bajak Sepotong kecil jadi papan tuai Yang kecil jadi pasak sunting Kepeningan jadi kayu api Abunya jadi pupuk padi Setiap orang ada sumbangannya kepada masyarakat tidak kira sama ada ianya ada kelemahan atau kekuatan.

83. Yang membunuh memberi bangun Yang mencanang yang merampas Yang berhutang yang membayar Undang-undang hendaklah adil, mereka yang bersalah hendaklah dihukum setimpal dengan kesalahannya.

84. Nanang seribu akal Hening hulu bicara Fakir pelita hati Dengan sabar kebenaran datang Berfikir sebelum bercakap. Jika tiada yang hendak dicakapkan lebih baik berdiam diri.

85. Penghulu lantai negeri Cerdik pandai pagar kukuh Alim ulama suluh bendang Bunda kandung hiasan kampong Penghulu tegak di pintu adat Malim tegak di pintu agama Manti tegak di pintu susah Dubalang tegak di pintu mati Setiap anggota masyarakat hendaklah tahu peranaan masing-masing dan laksanakan dengan penuh tanggongjawab.

86. Panjang mahu dikerat Senteng mahu disambung Singkat mahu diulas Kurang mahu ditambah Setiap orang hendaklah menerima kelemahan diri dan bersedia menerima nasihat orang lain

87. Resap air ke permatang Resap minyak ke kuali Yang mengebat tali Yang membungkus daun Ahli sekeluarga biasanya tolong menolong apabila mendapat kesusahan terutamanya apabila berhadapan dengan ancaman luar

88. Rumah bertungganai Kampong ada tuannya

Negeri berpenghulu Rantau beraja Setiap organisasi ada ketua atau pemimpinnya

89. Sabut nyata terapung Kalau untung batu jelas terbenam Ikhtiar memilih Untung menyudahi Menjadi tanggongjawab setiap orang berusaha sekuat yang mungkin. Namun kesudahannya ditentukan oleh Allah

90. Sekali memberi tahu Kedua memberi ingat Ketiga membuat jeran Seseorang itu haruslah diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan/keburukannya sebelum dihukum.

91. Sekali merengkuh dayung dua tiga pulau terlampau Sekali mebuka peti dua tiga hutang langsai Gunakan masa dengan bijak. Beberapa kerja boleh dibuat serentak.

92. Sakit ditawar Deman diseka Luka dibalut Sesiapa yang melakukan kesalahan/kejahatan hendaklah memperbaiki/meperbetulkannya.

93. Salah ditimbang Hutang dibayar Pinjam dikembalikan Diberi mendapat sahaja Sesorang harus menerima padahnya jika ia membuat kesalahan

94. Salah rupa salah tampan Salah duduk salah tegak Salah lihat salah pandang Perbuatan yang menyalahi adat buat apa pun tidak akan diterima oleh masyarakat

95. Semut dipijak tak mati Alu tertarung patah tiga Sesorang ketua hendaklah berhemah dan berlemah lembut dengan pengikutnya namun hendaklah tegas bila perlu

96. Sempit lalu Longgar ditokok Seseorang yang bersifat luwes tidak mudah diperdayakan

97. Seruas tebu yang berulat Seruas yang dibuang Tindakan yang berpatutan dengan kesalahan, lakukan dalam kesederhanaan dan tidak melampaui tahap kesalahan yang dilakukan

98. Sumbing-sumbing dititik Patah-patah dikimpal Rimbun-rimbun ditutuh Buruk-buruk dibaharui Robek-robek ditumpang Tiap-tiap yang rosak diperbaiki begitu juga peraturan atau keadaan hendaklah mengikut zaman.

99. Sambil menyerodok bergalas lalu Sambil menyelam minum air Sambil berdiang nasi masak Sambil duduk meraut ranjau

Sambil berjalan meninjau jarah Elok buat dua tiga pekerjaan sekali lalu, walaupun dalam keadaan lapang (jarah ialah penyamun atau perompak)

100. Tembaga menunjukkan senam Besi menunjukkan karat Keris menunjukkan pamur Manikam menunjukkan cahaya Baik orang mahu pun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya.

101. Mencencang berlandasan Melompat bersetumpu Menjunjung bersenggulung Jika hendak mengerjakan sesuatu, sediakan alat syaratnya terlebih dahulu.

102. Kuat ikan kerana sirip Kuat burung kerana sayap Kuat ketam kerana sepit Tiap-tiap seseorang sedikit sebanyak ada kuasanya atau kelebihannya

103. Jika menebang menuju pangkal Jika melanting menuju tangkai Berbuat sesuatu hendaklah dengan maksud dan tujuannya

104. Belayar bernakhoda Berjalan dengan yang tua Berkata dengan yang pandai Segala pekerjaan baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.

105. Hulu mujur pandai bertengkar Hulu baik pandai memakai Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan selalu selamat dan disukai ramai (hulu mujur ialah ahli nujum atau pandai untung; hulu baik ialah penghias atau pandai dandan)

106. Dek lama lupa Dek tua mamai Dek ramai cacau Dek banyak ganggu Perilaku manusia berubah-ubah disebabkan keadaan.

107. Dukun sehembus Bidan seurut Mualim sekitab Ilmu pada sesuatu peringkat atau taraf itu adalah satu tujuannya. Kalau hendak berubat, bersalin atau berilmu, janganlah terlalu memilih guru atau pakar sebab semuanya adalah diiktiraf.

108. Elok bahasa bagi bekal hidup Elok budi bagi bekal mati Elok bangsa bagi bekal merantau Kehalusan bahasa dan tingkahlaku seseorang itu dipuji semasa hidup, tetapi budi pekerti dan amal soleh akan dikenang manusia setelah mati.

109. Kerja beragak tak menjadi Kerja beransur tak bertahan Kerja yang dibuat secara beransur-ansur lebih cepat daripada yang ditunda

110. Kerja orang muda bergegas Kerja orang tua berjudai

Kerja orang muda dilakukan secara tergesa-gesa, manakala orang tua membuat kerja lambat tetapi tak berhenti-henti

111. Kerja yang elok diperderas Kerja yang buruk diperlambat Kerja yang lebih elok dan memberi manfaat kepada semua didahulukan.

112. Lepas ditangan jangan diharap Orang pulang jangan dinanti Mulut manis jangan didengar Jangan lekas percaya kepada janji atau kata-kata manis 113. Patah tongkat bertelekan Patah hulubalang bersiak Patah sayap berparoh Menunaikan kewajipan bersungguh-sungguh (siak- hulubalang paling rendah pangkatnya)

114. Minta berisyarat Beragih berambilan Meminta pertolongan hendaklah berisyarat iaitu membawa buah tangan. Bermurah hati pula dengan ambilan atau bertujuan dibalas di kemudian hari.

115. Makin berpeluh makin berkayuh Makin letih makin berlumba Terus berusaha tanpa menghiraukan penat lelah

116. Sumur jernih yang disauk Sayak landai yang dipakai Jalan pasar yang dirempuh Lebuh lebar yang diturut

Adat resam dan peraturan masyarakat hendaklah dipatuhi

117. Tabiat pantang berubah Biasa jadi perangai Telah tua jadi pakaian Kelakuan yang buruk itu jangan dibiasakan kelak menjadi kekal sebagai perangai seseoramg

118. Tersentuh lebih daripada kena Tersinggung lebih daripada jadi Hendaklah sentiasa peka terhadap kesan seseuatu perbuatan dan menjangkan kemungkinankemungkinan yang akan berlaku

119. Tak lekang kerana panas Tak lapuk kerana hujan Dianjak tidak layu Dicabut tidak mati Adat besifat teguh dan mampu bertahan dan mengelak perubahan

120. Takut pada ular Terkejut kepada bengkarung Jika mempunyai perasaan takut kepada orang berkuasa perasaan takut juga kepada orang bawahannya, penolongnya dan kaum keluarganya

121. Tertidur terlalu mati Bersembunyi terlalu hilang Angan lalu faham tertumbuk Orang yang tahu hendaklah memberi khidmatnya kepada masyarakat yang memerlukan

122. Tambah air, tambah sagu Tambah tetamu, tambah makanan

Lebih banyak dibuat lebih banyak pendapatan, lebih banyak pendapatan lebih banyak yang diperlukan, tanpa kesudahan.

123. Tentang air lepaskan tuba Tentang ikan yang akan mati Tentang ukur maka dikerat Tentang rasuk pasang rangka Tentang kasau letak atap Buat sesuatu kena pada tempatnya

124. Terpijak pada arang hitam telapak Terpijak pada kapur putih telapak Terseludup padfa galah panjang bongkok punggung Salahlaku akan diketahui jua kerana perasaan bersalah tergambar di kelakuan seseorang

125. Tersisih antah dan beras Berbeza kumpai dan kiambang Seseorang yang sama ada cerdik atau sebaliknya akan dapat dibezakan oleh orang banyak

126. Terapung sama hanyut Terendam sama basah Tertelungkup sama makan tanah Tertelentang sama minum embun Ahli-ahli dalam kumpulan hendaklah bersatu padu dan bersama-sama menghadapi kesukaran

127. Tinggi kerana dianjung Besar kerana ditambah Tumbuh kerana ditanam Seseorang pemimpin menikmati penghormatan dan sanjungan kerana orang banyak bersedia mematuhi arahannya.

128. Tuah kerbau gemuk Tuah jelapang berisi Tuah manusia maufakat Kebergunaan sesuatu atau seseorang itu bergantung kepada sifat-sifatnya

129. Setiap ketuk berundang-undang Dalam setiap kerut budi merangkak Seseorang pemimpin itu hendaklah memberi tumpuan kepada isu-isu yang penting dalam masayarakat.

130. Ular dipalu jangan mati Pemalu jangan patah Tanah dipalu tidak berlekuk Keputusan yang dibuat hendaklah adil 131. Hulu baik pandai bertenggang Hulu malang salah gelagat Hulu mujur pandai bertengkar Hulu baik pandai memakai Bertindak secara bijak bila berhubung dengan orang lain

132. Orang pembengis besar hutangnya Orang penderas lekas kena Orang pencemas mati jatuh Orang pendingin mati hanyut Jika bertindak tergesa-gesa tanpa berfikir pasti akan kecundang

133. Urat dipupuk dengan tengguli Pucuk direndam dengan gula Namun peria pahit jua Sesuatu benda atau seseorang kekal dengan sifat asalnya

134. Hujan tak sekali jatuh Simpai tak sekali erat Sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan serentak. Kemewahan itu diperolehi secara beransur-ansur

135. Tiada puji yang membawa kenyang Tiada umpat yang membunuh Jangan hiraukan pujian atau cemuhan kerana tidak membawa faedah.

136. Tak ada periuk mangkuk menjerang Tak ada kait topang dipakai Buatlah dengan apa yang ada dan sentiasa mencuba hingga berjaya

137. Tersentuh lebih daripada kena Tersinggung lebih daripada jadi Hendaklah sentiasa peka terhadap kesan tindakan yang diambil dan petanda-petanda yang boleh menjadi petunjuk kepada kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.