pt3 set 1

14
SET 1 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu BAHAGIAN A [25 markah] 1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu. ___________________________________________ (ii) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah. ___________________________________________ (iii) Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis. ___________________________________________ (iv) "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Kelas Tingkatan Tiga Kreatif. ___________________________________________ 1 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015

Upload: johnathan-hatfield

Post on 18-Jan-2016

78 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

uoionknlk

TRANSCRIPT

Page 1: pt3 SET 1

SET 1 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu

BAHAGIAN A[25 markah]

1    Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)        Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.___________________________________________

(ii)       Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.___________________________________________

(iii)      Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.

___________________________________________(iv)      "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku

berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Kelas Tingkatan Tiga Kreatif.___________________________________________

(8 markah)

2    Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)        Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang-benderang.__________________________________________

1 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015

Page 2: pt3 SET 1

(ii)       Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.__________________________________________

(iii)      Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa ibunda mereka.__________________________________________

(3 markah)

3    Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

(i)        Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.______________________________________________________________________________________________

(ii)       Pulau peranginan itu cantik.Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.______________________________________________________________________________________________

(iii)      Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran.Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.______________________________________________________________________________________________

(iv)      Saya ada masa pada hujung minggu ini.Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.______________________________________________________________________________________________

(v)        Azwana membaca surat.Afifah membaca surat.Surat dikirim oleh Bhaga.

______________________________________________________________________________________________

2 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015

Page 4: pt3 SET 1

       _____________________________________________                                                               (4 markah)

BAHAGIAN B[30 markah]

5    Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh paksapaksa. Adik meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya garang." Begitulah lontaran ayat adik. Selamba.

"Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan tidur, makan tidur? Sanggup turun ke bendang? Sanggup menoreh? Atau lebih berminat nak jadi kutu merewang?"

"Hoi... Kak Cik apa tau? Orang dah malas nak belajarlah. Malas. Tak fahamkah? Lagi pun, kilang kan banyak? Susah apa?" jerkah adik biadab.

Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban.

"Adik... sedarkah keputusan ini boleh menghancurkan masa depan adik? Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak." Sopan berhikmah pujukan bonda.

Adik mendengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai tanda protes.

Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar adik ke sekolah agama setelah adik menamatkan sekolah rendahnya. Bonda

4 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015

Page 5: pt3 SET 1

mahu adik bergelar Ustaz Mohd. Harraz. Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda mahu adik berjuang hingga Jiang syahid seperti arwah ayahnya.

(Dipetik daripada cerpen Mutiara Bonda oleh Siti Hajar Mohd Zaki, antologi Harga Sebuah

Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)      Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga harapan bonda terhadap adik.

(3 markah)______________________________________________________________________________________________

(ii)     Huraikan perwatakan adik yang negatif berdasarkan petikan di atas.

(3 markah)______________________________________________________________________________________________

    (iii)    Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan murid suka ponteng sekolah pada       masa ini?                                                

(4 markah)______________________________________________________________________________________________

6    Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAJAK LAUT

Laut ini begitu biru

5 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015

Page 6: pt3 SET 1

laut ini begitu luaslaut ini begitu indah.

Betapa bahagianya hatilaut ini membuatku bahagialaut ini begitu tenangbegitu kaya.

Kulihat pasir putihkulihat kerangkurasakan ombak menyapa kakidan kurasakanangin pantai membelai.

Seorang nelayan jauh di sanaberdiri di atas perahu kecilmenebarkan jalamencari ikan untuk keluarga.

Burung laut menari-nari di sanamengepak-ngepakkan sayapnyabegitu gembira mereka bernyanyibagai berlumbadengan nyanyian ombak.

Setengah matahari kulihat di seberangdi seberang laut biru inibagai malu-malu ia mengintipnamun dengan setiamemberi sinarnya.

Hai, laut biruhari ini juga aku nyatakankau adalah saudaraku!

6 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015

Page 7: pt3 SET 1

ISMAIL SHARIF(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius,

Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)            Bagaimanakah keadaan laut yang digambarkan oleh penyajak?  

(3 markah)______________________________________________________________________________________________

(ii)          Nyatakan contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Sajak Laut.  

(3 markah)______________________________________________________________________________________________

(iii)         Pada pendapat anda, apakah perbuatan negatif yang telah dilakukan oleh manusia sehingga menjejaskan laut?     

(4 markah)______________________________________________________________________________________________

7    Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji diTingkatan 3.

(i)        6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim(ii)          Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman(iii)         Merenang Gelora karya Ruslan Ngah

Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Berikan satu contoh bagi setiap latar masyarakat tersebut.

7 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015

Page 8: pt3 SET 1

(10 markah)

BAHAGIAN C[15 markah]

8    Berdasarkan maklumat  tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Kitar Semula Bermula daripada Anda!

KEBAIKAN AMALAN KITAR SEMULA

     Mewujudkan Persekitaran yang lebih Bersih     Mengurangkan Ancaman Alam Sekitar

     Menjimatkan Kos Penyelenggaraan Tapak Pelupusan Sampah     Mengurangkan Kuantiti Sampah

     Menyelamatkan Hutan

BAHAGIAN D[30 markah]

9      Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

8 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015

Page 9: pt3 SET 1

(i)    Andaikan anda ketua pengawas. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan anda.

Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

(ii)    Anda dan rakan anda berbual-bual tentang sikap masyarakat Malaysia yang lebih mengutamakan barangan dari luar negara.

Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.

(iii)    Prestasi ahli sukan negara kita semakin merosot belakangan ini.

Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi ahli sukan negara.

SET 1 : Kertas Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) - Bahasa Melayu (JAWABAN)

BAHAGIAN BSoalan 5

(i)         Berdasarkan petikan tersebut, bonda berharap agar dapat menghantar adik ke sekolah agama setelah adik tamat sekolah rendah. Bonda berharap juga agar adik menjadi ustaz dan mewarisi kealiman suaminya.

(ii)        Dalam petikan tersebut, adik malas untuk belajar. Selain itu, adik bersikap biadab kerana dia menggunakan bahasa yang kurang sopan semasa menyatakan pendiriannya.

(iii)       Pada pendapat saya, murid suka ponteng sekolah kerana mereka mudah dipengaruhi oleh ajakan rakan mereka yang juga suka ponteng sekolah. Selain itu,

9 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015

Page 10: pt3 SET 1

mereka tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Soalan 6(i)        Penyajak menggambarkan laut sebagai suatu tempat

yang keadaannya berwarna biru, luas, serta indah.(ii)       Terdapat dua contoh gaya simile dalam Sajak

Laut, iaitu bagai berlumba dan bagai malumalu ia mengintip.

(iii)      Pada pendapat saya, aktiviti manusia yang mengalirkan sisa kilang dan sampah sarap ke laut telah menjejaskan laut. Selain itu, sikap manusia yang cuai, iaitu menyebabkan berlakunya tumpahan minyak daripada kapal menjadi penyebab terjejasnya laut.

Soalan 7(i)      Novel 6:20

Setiap novel akan memaparkan latar masyarakat yang menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak. Novel 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim turut mengemukakan beberapa latar masyarakat dalam penulisannya.Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel 6:20 termasuklah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Haji Syaqif menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikulnya. Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang terpengaruh oleh sesuatu perkara yang datang dari luar. Contohnya, Iskandar, Reny, dan Jerry adalah antara golongan remaja yang mengikuti sate fahaman baharu

10 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015

Page 11: pt3 SET 1

yang diajarkan dan disampaikan melalui Kelab WX2. Latar masyarakat yang sanggup berkorban turut dipaparkan dalam novel 6:20. Contohnya, Puan Deliah sanggup melakukan pengorbanan yang besar dengan merahsiakan tugasnya yang sebenar sehingga beliau rela suami dan anaknya sendiri menganggapnya seorang pengkhianat negara.Demikianlah latar masyarakat dan contoh yang terdapat dalam novel 6:20.

BAHAGIAN CSoalan 8Amalan kitar semula, iaitu mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih. Selain itu, amalan kitar semula dapat mengurangkan ancaman slam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara. Dalam jangka panjang, amalan kitar semula dapat menjimatkan kos kerana kita tidak perlu lagi menyelenggarakan tapak pelupusan sampah. Amalan kitar semula membantu kita mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri sekali gus menyelamatkan hutan apabila kita tidak perlu menebang pokok untuk menghasilkan kertas.

11 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015

Page 12: pt3 SET 1

(88 patah perkataan)

12 | Soalan PT3 Panitia Bahasa Melayu SMAS 2015