pt3 - geografi 2015 (sampel).docx

16
TERHAD PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TAHUN 2015 BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU Nama Sekolah : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAYONG Nama Calon : AYNA IRDEENA BT ZURAINEE Tingkatan : 3 SURIA Tugasan : KAJIAN LAPANGAN TENTANG PEKERJAAN PENDUDUK DALAM PELBAGAI KEGIATAN EKONOMI DI SEKITAR KAWASAN KAMPUNG BENDANG KERING, KUALA KANGSAR PERAK. No. Kad Pengenalan : 000000000000 Angka Giliran : AE 0000 BIL KRITERIA *SKOR CATATAN 1 Perancangan (10 peratus) 2 Proses Awal (20 peratus) 3 Laporan Akhir (70 peratus) JUMLAH SKOR

Upload: salaross

Post on 15-Apr-2016

71 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

TERHAD

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI

TAHUN 2015

BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

Nama Sekolah : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAYONG

Nama Calon : AYNA IRDEENA BT ZURAINEE

Tingkatan : 3 SURIA

Tugasan : KAJIAN LAPANGAN TENTANG PEKERJAAN PENDUDUKDALAM PELBAGAI KEGIATAN EKONOMI DI SEKITAR KAWASAN KAMPUNG BENDANG KERING, KUALA KANGSARPERAK.

No. Kad Pengenalan : 000000000000

Angka Giliran : AE 0000

BIL KRITERIA *SKOR CATATAN

1 Perancangan (10 peratus)

2 Proses Awal (20 peratus)

3 Laporan Akhir (70 peratus)

JUMLAH SKOR

TERHAD1.0 PERANCANGAN

Page 2: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

1.1 JADUAL KERJA DAN PENGAGIHAN KERJA

BIL TARIKH/ HARI MASA AKTIVITI CATATAN

1 15.06.2015 Isnin

7.40-8.20am

Guru memberi taklimat tentang soalan tugasan.

Guru menerangkan tentang format tugasan.

Mencatat nota.

PdP di dalam kelas.

2 15.06.2015 Isnin

4.30-5.30 pm

Menjalankan pemerhatian di kawasan Kampung Bendang Kering untuk mengumpulkan maklumat tentang jenis-jenis pekerjaan.

Pemerhatian di Kampung Bendang Kering.

3 16.06.2015 Selasa

9.00-9.40am

Guru menerangkan tentang format penulisan laporan dan bibliografi.

Mencatat nota.

PdP di dalam kelas.

4 16.05.2015 Selasa

10.00-10.40pm

Melayari internet bagi mendapatkan maklumat tentang konsep Kegiatan Ekonomi.

Melakukan rujukan buku teks Geografi bagi mendapatkan maklumat tentang Kegiatan Ekonomi dengan lebih jelas.

Tugasan dilakukan di rumah.

5 19.06.2015 Jumaat

5.00-7.00pm

Menjalankan tugasan soal selidik dengan responden terpilih.

Di sekitar Kampung Bendang Kering.

6 20.06.2015 Sabtu

8.30-10.00am

Merangka penulisan laporan. Di rumah.

7 22.06.2015 Isnin

9.40-10.00am

Berbincang dengan guru matapelajaran tentang penulisan laporan.

Di bilik guru sekolah.

8 23.06.2015 Selasa

7.40-9.00am

Menulis laporan kajian lapangan di bilik penilaian pentaksiran.

Di dalam kelas.

9 24.06.2015 Rabu

7.40-9.00am

Menulis laporan kajian lapangan di bilik penilaian pentaksiran.

Di dalam kelas.

10 25.06.2015 Khamis

7.40-9.00am

Menulis laporan kajian lapangan di bilik penilaian pentaksiran.

Di dalam kelas.

11 30.06.2015 Selasa

7.40-9.00am

Menulis laporan kajian lapangan di bilik penilaian pentaksiran.

Di dalam kelas.

12 01.07.2015 Rabu

7.40-9.00am

Menulis laporan kajian lapangan di bilik penilaian pentaksiran.

Di dalam kelas.

13 02.07.2015 Khamis

7.40-9.00am

Menulis laporan kajian lapangan di bilik penilaian pentaksiran.

Di dalam kelas.

14 02.07.2015 Khamis

9.10am Menghantar laporan untuk dinilai oleh guru.

Di dalam kelas.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Page 3: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

Saya menjalankan kajian lapangan ini berdasarkan beberapa objektif yang telah ditetapkan iaitui. menghuraikan konsep dan takrifan kegiatan ekonomi,ii. menerangkan latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan Kampung Bendang Kering,iii. membina jadual yang lengkap hasil dapatan soal selidik tentang pekerjaan penduduk

Kampung Bendang Kering,iv. melukis dan mentafsir graf jenis pekerjaan penduduk Kampung Bendang Kering,v. mencadangkan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk Kampung

Bendang Kering, danvi. mengenalpasti kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan ini.

1.3 PENENTUAN KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan kajian lapangan ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian iaitu:i. Pemerhatian

Saya menjalankan pemerhatian dengan melakukan tinjauan di sekitar kampung ini bersama beberapa orang rakan. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang pekerjaan penduduk di sini.

ii. Rujukan InternetRujukan internet digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang konsep kegiatan ekonomi dengan lebih jelas. Saya jalankan rujukan ini di rumah.

iii. Rujukan Buku Teks Geografi Rujukan Buku Teks saya gunakan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kegiatan ekonomi. Saya gunakan maklumat ini dengan mengaitkannya dengan kawasan Kampung Bendang Kering.

iv. Soal SelidikSaya telah menjalankan soal selidik ke atas 15 orang responden terpilih yang mewakili penduduk kampung dari pelbagai latar belakang dan pekerjaan.

3.0 LAPORAN AKHIR

Page 4: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

3.1 KONSEP DAN TAKRIFAN KEGIATAN EKONOMI

Menurut laman web ramadika.wordpress.com., kegiatan ekonomi adalah kegiatan yang dilakukan orang untuk menghasilkan pendapatan dalam rangka memenuhi keperluan hidup. Negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan negara. Jenis-jenis kegiatan ekonomi negara Malaysia ialah industri perkhidmatan, pembuatan, perlombongan, pertanian, pembalakan dan perikanan.

Kegiatan ekonomi ini boleh dibahagikan kepada aktiviti primer iaitu penanaman padi oleh penduduk Kampung Bendang Kering. Aktiviti sekunder pula seperti perusahaan membuat labu sayong berhampiran masjid Kampung Bendang Kering, manakala aktiviti tertier seperti pemandu bas Kilang Perak Tax.

3.2 LATAR BELAKANG KEGIATAN EKONOMI PENDUDUK KAMPUNG BENDANG KERING

a. JADUAL

JADUAL MENUNJUKKAN JENIS PEKERJAAN PENDUDUK BENDANG KERING, BERDASARKAN SOAL SELIDIK KE ATAS 15 ORANG RESPONDEN.

BIL JENIS PEKERJAAN BILANGAN (orang) PERATUSAN (%)123456

PetaniPenternakPemanduPengusaha Labu SayongPekerja kilangPeniaga

521232

33.313.36.8

13.320.013.3

JUMLAH 15 100Sumber: Soal selidik kajian lapangan 2015.

b. GRAF

Page 5: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

GRAF MENUNJUKKAN JENIS PEKERJAAN PENDUDUK BENDANG KERING, BERDASARKAN SOAL SELIDIK KE ATAS 15 ORANG RESPONDEN.

Jenis Pekerjaan

Skala paksi y: 1 cm mewakili seorang

TAFSIRAN GRAF

Graf di atas menunjukkan jenis pekerjaan penduduk Kampung Bendang Kering Kuala Kangsar, berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas 15 orang penduduknya. Petani merupakan pekerjaan utama penduduk di sini iaitu seramai 5 orang yang mewakili 33.3% penduduknya. Manakala jenis pekerjaan yang paling kurang ialah pemandu iaitu hanya seorang dan mewakili 6.8%. Manakala penternak, pengusaha labu sayong dan peniaga adalah juga merupakan pekerjaan yang menjadi pilihan penduduk di sini iaitu 2 orang yang mewakili 13.3% setiap satu. Seterusnya, pekerja kilang adalah seramai 3 orang atau 20% dari jumlah responden.

3.3 CADANGAN USAHA-USAHA UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN PENDUDUK DI KAMPUNG BENDANG KERING

0

1

2

3

4

5

6

Bilangan(orang)

Petani

Penternak Pem

andu Pengusaha Labu Sayong

Pekerja kilang

Peniaga

Page 6: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, ada responden yang ditemui mencadangkan supaya pihak kerajaan negeri boleh mengambil beberapa inisiatif bagi meningkatkan pendapatan penduduk. Pertamanya, ialah dengan menebusguna tanah terbiar yang terdapat di bahagian tenggara Kampung Bendang Kering dan menjadikannya ladang sayuran. Tanah terbiar yang dianggarkan seluas 25 ekar ini sekiranya dimajukan sebagai ladang sayuran ia boleh memberikan pekerjaan kepada lebih 30 orang penduduk miskin di sini. Antara pekerjaan yang akan wujud di ladang sayuran baru ini seperti pekerja ladang, jaga, mandur dan pemandu traktor.

Seterusnya, memajukan perusahaan kerepek pisang. Kampung Bendang Kering mempunyai kebun pisang yang agak luas. Ia boleh membekalkan pendapatan sampingan lain kepada penduduk kampung. Pihak kerajaan boleh memberikan bantuan modal dan peralatan kepada penduduk kampung yang berminat. Contohnya, pendapatan tambahan ini bakal diraih oleh pekebun pisang dan juga pengusaha kerepek pisang.

Yang ketiga, penternak lembu, kambing dan kerbau yang wujud secara berasingan hendaklah digabungkan ke dalam satu persatuan penternak kampung ini. Pihak kerajaan boleh memberikan kebenaran kepada penternak untuk menjadikan tanah terbiar di bahagian tenggara kampung sebagai padang ragut. Hasil gabungan penternak ini akan menghasilkan bekalan daging yang lebih besar kepada penduduk sekitar. Misalnya, pihak kerajaan boleh menubuhkan Koperasi Persatuan Penternak Kampung Bendang Kering.

3.4 KEGIATAN EKONOMI YANG BERPOTENSI DIMAJUKAN DI KAWASAN KAMPUNG BENDANG KERING

Antara kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di sini ialah agro pelancongan. Ia berdasarkan alasan bahawa kampung ini mempunyai kepelbagaian produk seperti dusun buah-buahan terutamanya durian yang berkualiti tinggi, kegiatan memancing ikan di tebing sungai perak dan sawah padi yang menghijau di bahagian barat daya kampung. Durian dari jenis Musang King yang ditanam di kaki bukitnya mendapat sambutan hebat dari penduduk luar terutama orang Cina. Manakala kegiatan memancing di sini begitu menarik kerana terdapatnya lubuk ikan kalui dan jelawat di tebing sungai Peraknya. Pihak kerajaan boleh mebantu dari segi promosi manakala pihak penduduk boleh menyediakan kemudahan tempat tinggal berupa home stay.

Lampiran 1

Page 7: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

BORANG SOAL SELIDIKTUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 GEOGRAFI

TAHUN 2015

Tajuk : KAJIAN KES KEGIATAN EKONOMI PENDUDUK KAMPUNG BENDANG KERING, KUALA KANGSAR PERAK

Nama responden : ............................................................................................................................

Umur : ...................... No. Kad pengenalan : .....................................Alamat :

............................................................................................................................Status perkahwinan : .................................................

Sila jawab soalan berikut.

1. Sudah berapa lamakah anda menetap di sini?...................................................................................................................................................

2. Nyatakan pekerjaan anda?...................................................................................................................................................

3. Berapakah pendapatan anda dalam sebulan?...................................................................................................................................................

4. Adakah pendapatan anda mencukupi untuk menyara diri dan keluarga?Ya / Tidak

5. Apakah cadangan anda untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sini?.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................

6. Pada pandangan anda, apakah kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kampung ini?......................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Catatan: borang soal selidik ini hendaklah diisi oleh 15 orang responden dengan lengkap. Borang ini hendaklah dikepilkan bersama laporan akhir untuk dihantar kepada guru

Page 8: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

Lampiran 2

SENARAI NAMA RESPONDEN

BIL NAMA UMUR (tahun)

PEKERJAAN ALAMAT

1 Mohamad bin Radzuan 33 Pemandu bas 341, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

2 Nor Salamiah bt. Che Pi 65 Petani 100, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

3 Kadir b Alang Ahmad 35 Pekerja Kilang

11, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

4 Che Ani bin Andak Ali 45 Pekerja Kilang

31, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

5 Puteh bt Itam Ramli 44 Pekerja Kilang

53, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

6 Sabri bin Alias 65 Petani 76, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

7 Mansor bin Alias 60 Petani 77, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

8 Karim b Shamsudin 54 Petani 34, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

9 Chu Ahmad b Chu Isa 55 Petani 233, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

10 Che Salim b Mokhtar 66 Penternak 45, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

11 Ku Salim b Ku Seman 57 Penternak 3, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

12 Panjang Ali b Itam 37 Peniaga 38, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

13 Salmah bt Ishak 45 Peniaga 89, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

14 Karim b Mamat 30 Pengusaha labu sayong

78, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

15 Gayah bt Puteh Ismail 45 Pengusaha labu sayong

85, Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar

Page 9: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

Lampiran 3

RAMADIKA'S BLOGJust another WordPress.com sitestay updated via rss

KALENDER

pengertian kegiatan ekonomiPosted: September 26, 2010 in Uncategorized

0

Kegiatan ekonomi adalah kegiatan yang dilakukan orang untuk menghasilkan pendapatan dalam rangka

memenuhi keperluan hidup.

Beberapa kegiatan ekonomi di masyarakat Indonesia:

Page 10: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

Ada 3 macam kegiatan ekonomi, yaitu: produksi, distribusi dan konsumsi. Produksi adalah kegiatan

menghasilkan barang dan jasa. Distribusi adalah menyalurkan barang produksi dari produsen ke

pengguna. Konsumsi adalah kegiatan memakai barang-barang hasil produksi.

Beberapa contoh gambar kegiatan produksi, distribusi dan konsumsi.

Kekayaan sumber daya alam mendukung kegiatan ekonomi masyarakat. Kekayaan SDA dapat

dimanfaatkan untuk mencukupi hidup, tetapi dalam melaksanakannya tidak boleh merusak lingkungan

sekitar. Kondisi alam mempengaruhi kegiatan ekonomi penduduk. Kegiatan ekonomi penduduk sekitar

pantai berbeda dengan kegiatan ekonomi di daerah dataran rendah, dataran tinggi maupun di daerah

perkotaan.

Page 11: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

Lampiran 4

Gambarfoto 1: Kawasan sawah padi dan kawasan tanah terbiar di sebelah kanan peta.

Gambarfoto 2: Responden Encik Mohammad bin Radzuan

Page 12: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

Gambarfoto 3 : Aktiviti kemasyarakatan Kampung Bendang Kering

Page 13: PT3 - GEOGRAFI 2015 (SAMPEL).docx

SUMBER RUJUKAN

BUKU

Chong Mui Sen, Dr Azizan bin Hj Abu Samah, 2002, Geografi Tingkatan 1. Sasbadi Sdn. Bhd. Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Geografi Tingkatan 3, PTS Publications and Distributors sdn. Bhd.

INTERNET

http:// www.ramadika.wordpress.com/2010/09/26. pkegiatan-ekonomi

MELAWAT TEMPAT KAJIAN

Kampung Bendang Kering, 33040 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan