psz 19:16 (pind. 1/97) borang pengesahan status tesis · rakan-rakan seperjuangan yang banyak...

23
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS DALAM PEMBELAJAJARAN KEMAHIRAN HIDUP ( ERT) TINGKATAN 2 DAERAH KOTA SETAR. SESI PENGAJIAN :2001/2004 Saya : NOOR AZLINA BT ABDUL AZIZ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :2937-Z Taman Muhibbah, Jalan Sultanah, 05350, (PM Hazil b. Abdul Hamid) Alor Setar, Kedah Tarikh : 5.3.2004 Tarikh : 5.3.2004 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Upload: doandan

Post on 11-Mar-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS DALAM

PEMBELAJAJARAN KEMAHIRAN HIDUP ( ERT) TINGKATAN 2

DAERAH KOTA SETAR.

SESI PENGAJIAN :2001/2004

Saya : NOOR AZLINA BT ABDUL AZIZ

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :2937-Z Taman Muhibbah, Jalan Sultanah, 05350,

(PM Hazil b. Abdul Hamid) Alor Setar, Kedah Tarikh : 5.3.2004 Tarikh : 5.3.2004

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS DALAM PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP ELEKTIF EKONOMI

RUMAHTANGGA PELAJAR TINGKATAN 2 DAERAH KOTA SETAR

NOOR AZLINA BT ABDUL AZIZ

TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI

SERTA PENDIDIKAN ( KEMAHIRAN HIDUP )

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

ii

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) *

Tandatangan : ____________ __________

Nama Penyelia : PM. Hazil B. Abdul Hamid

Tarikh : 5.3.2004

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : Noor Azlina Bte Abdul Aziz

Tarikh : .....................5.3.2004........................

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat :

Ayahanda dan bonda tercinta dan di sanjungi:

Abdul Aziz b.Idris dan Che Chik bt Jaffar, Doa dan nasihat ayahanda,bonda menjadi semangat dan inspirasi

Perjuanganku,

Adinda-adinda yang dikasihi dan di sayangi Ikhsan,Tajuddin,Syamsinar,Hidayah,Azirah

Dorongan dan semangat di beri amat ku hargai…

Teman-teman seperjuangan tidak di lupakan, Perhargaan kalian akan di jadikan peransang dalam perjuangan ini

Sesungguhnya kalian amat bermakna dalam hidup ku…

Semoga Allah memberkati hidup kita Sekeluarga….Amin.

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

v

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, syukur ke hadrat illahi kerana keizinanNya dapat saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini tepat pada waktunya.

Setinggi-tinngi perhargaan yang tidak terhingga kepada Profesor Madya .

Hazil b Abd. Hamid selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Bimbingan dan

nasihat yang beliau berikan telah banyak membantu dalam menjalankan dan

menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Tidak dilupakan , ribuan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan

Negeri Kedah kerana memberi kebenaran mengadakan kajian ini. Ucapan terima

kasih kepada Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Tengku Sofiah dan Sekolah Menengah Sultanah Asma yang terlibat

dalam projek ini di atas kerjasama yang di berikan.

Selain daripada itu, ucapan terima kasih juga diberikan kepada keluarga dan

rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga

kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

Projek Sarjana Muda ini.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan melihat kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di

gunakan dalam pembelajaran pelajar tingkatan dua di daerah Kota Setar . Objektif

kajian ini melihat bagaimana KBKK di gunakan oleh pelajar dalam pembelajaran

dan bagaimana ia di perkenalkan oleh guru dalam pengajarannya. Dalam kajian ini,

penyelidikan di buat berdasarkan pada mata pelajaran serta pengggunaan dalam

bidang amali. Pengetahuan pelajar dalam pengesanan pengajaran oleh guru. Selain

itu , keberkesanan menggunakan KBKK dalam subjek ERT oleh pelajar. Kajian ini

di lakukan pada pelajar perempuan seramai 191 di daerah kota setar iaitu Sekolah

Menengah Kebangsaan Sultanah Asma dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku

Sofiah, Alor Setar, Kedah. Kajian ini berbentuk deskriptif dan di tafsir secara

kualitatif. Dapatan kajian menunjukan penggunaan KBKK dalam pembelajaran

pelajar adalah di tahap yang rendah. Dapatan kajian menunjukkan peratusan pelajar

yang menggunakan KBKK dalam pembelajaran dalam bidang teori adalah lemah

iaitu 43.3%, dan amali 42.5%. Pengesanan pelajar dalam pengajaran guru juga

peringkat yang serdehana iaitu 52.8% serta keberkesanan dalam KBKK yang rendah

iaitu 39.3%. Sehubungan itu,beberapa cadangan telah di adakan di antaranya

mengadakan kelas-kelas khas KBKK serta lebih banyak penekanan KBKK kepada

guru dan pelajar dalam pembelajaran .

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

VII

ABSTRACT

The aim of this studied was to find out the using of creative and critical of

thinking skills in learning among form two students in Kota Setar. The objective of

this study was to survey the KBKK application by students and how the skills were

introduced from the teachers to the students. The research based on the syllabus ,

practices and the students’ knowledge to pick up the teachings from the teachers.

The problem of KBKK application to ERT syllabus among students also being

studied. The survey was done to 191 female students from Sekolah Menengah

Kebangsaan Tengku Sofiah and Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma. The

research was done through descriptive and evaluated qualitative. It was found that

the percentage of students who were using KBKK in learning was about 43.3% and

in practicing was about 42.5%. The students who could not fully picked up the

KBKK skill only 52.8% and the problem of the KBKK skill among students was

39.3%. From the results, some suggestions were given such as to hold an extra class

for practicing the KBKK skills and give more attention of practicing the KBKK

skills to teachers and students in class. .

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

DAFTAR SINGKATAN ISTILAH

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

xi

xii

xiii

xiv

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masaalah 2

1.3 Pernyataan Masaalah 6

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Batasan kajian 8

1.8 Kepentingan kajian 8

1.8.1 Pelajar 8

1.8.2 Guru 8

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

ix

1.8.3 Sekolah 9

1.9. Definisi istilah 9

1.9.1 Kemahiran berfikir secara kritis 9

1.9.2 Kemahiran Berfikir secara kreatif 10

1.9.3 Pembelajaran 10

1.9.4 Kemahiran hidup 10

1.9.5 Ekonomi rumahtangga 11

1.9.6 Penggunaan 11

1.9.7 Keberkesanan 11

1.9.8 Pelajar 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Konsep berfikir 12

2.2.1 Konsep pemikiran kritis 13

2.2.2 Konsep pemikiran kreatif 14

2.3 Penguasaan Kemahiran berfikir secara kritis 16

2.3.1 Penguasaan peringkat rendah iaitu peringkat kanak

Kanak 16

2.4 Penguasaan Kemahiran Berfiikir Secara Kreatif 17

2.5 Konsep Pembelajaran 18

2.6 Prinsip-prinsip pembelajaran ERT 18

2.6 Kepentingan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran 19

2.7 Kajian-kajian lepas 20

BAB III METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk kajian 22

3.3 Populasi dan sampel 23

3.4 Instrumen kajian 24

3.5 Kajian rintis 26

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

x

3.5.1 Keesahan 26

3.5.2 Kebolehpercayaan 26

3.6 Prosedur kajian 27

3.7 Analisis data 28

3.8 Penutup 29

BAB IV ANALISIS DAPATAN 4.1 Pengenalan 30

4.2 Kajian rintis 30

4.3 Analisis data 31

4.3.1 Analisi latar belakang responden 31

4.3.2 Analisis bahagian B 35

4.3.2.1 Analisis persoalan kajian 1 35

4.3.2.2 Analisis persoalan kajian 2 38

4.3.2.3 Analisis persoalan kajian 3 40

4.3.2.4 Analisis persoalan kajian 4 43

4.4 Penutup 45

BAB V PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 46

5.2 Perbincangan 46

5.2.1 Perbincangan latar belakang 47

5.2.2 Perbincangan persoalan kajian 1 48

5.3.3 Perbincangan persoalan kajian 2 50

5.3.4 Perbincangan persoalan kajian 3 52

5.3.5 Perbincngan persoalan kajian 4 54

5.3 Rumusan 55

5.4 Cadangan 57

5.5 Cadangan lanjutan 57

5.6 Penutup 58

RUJUKAN 59

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

xi

LAMPIRAN 63

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

xi

DAFTAR SINGKATAN ISTILAH

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis

KB - Kemahiran Berfikir

ERT - Ekonomi Rumahtangga

KH - Kemahiran Hidup

JNS - Jemaah Nazir Sekolah

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak setuju

TP - Tidak Pasti

S Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SPSS - Statistical Package for Social Sciene

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

DBP Dewan Bahasa dan Pustaka

% Peratus

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.5 Item-item soalan-soalan yang akan di berikan

kepada responden 25

3.2 Taburan skor mengikut skala likert 26

3.3 Perkaitan antara persoalan kajian dengan item

Soalan 26

3.6.1 Tahap penilaian terhadap analisis kajian 29

3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik yang

Akan di gunakan 29

4.1 Taburan responden mengikut sekolah 32

4.2 Taburan responden mengikut tinggal brsama keluarga 33

4.3 Taburan responden mengikut pekerjaan keluarga 34

4.4 Taburan responden mengikut bangsa 35

4.5 Taburan responden mengikut peratus bagi

mengesan penggunaan kemahiran berfikir 37

4.6 Taburan responden mengikut peratus

bagi pengggunaan KBKK dalam melakukan amali 39

4.7 Taburan responden mengikut peratus bagi

mengetahui KBKK dalam pengajaran guru. 42

4.8 Taburan responden terhadap masaalah

menggunakan KBKK dalam subjek ERT 45

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.5.1 Carta alir untuk kajian yang di lakukan oleh

penyelidik 28

4.3.1 Graf bar pecahan taburan responden mengikut

sekolah 33

4.3.2 Graf pai pecahan taburan responden yang tinggal

bersama keluarga 34

4.3.3 Graf pai pecahan taburan peratus responden

mengikut pekerjaan keluarga 35

4.3.4 Graf pai pecahan taburan peratus responden

mengikut bangsa 36

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang soal-selidik

B Surat Daripada Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan

C Surat Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran berfikir (KB) telah lama di perkenalkan dalam pengajaran dan

pembelajaran dan di kenali sebagai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

(KBKK). Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan KB telah di hasilkan untuk

beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris Pendidikan

Seni dan Kajian Tempatan. ( Pusat Perkembangan Kurikulum,2000 ).

KB telah menjadi sebahagian dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) yang di perkenalkan pada tahun 1998 pada semua subjek pada peringkat

menengah rendah dan menengah atas.

Melalui objektif KBSM untuk mencapai matlamat KB di nyatakan dengan

jelas untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran

yang rasional, kritis dan kreatif, di samping memperolehi ilmu pengetahuan dan

menguasai kemahiran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan

berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-kemahiran

selaras dengan perkembangan baru dalam ilmu pengetahuan dan teknologi. ( Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1992). Ini menjelaskan bahawa KBKK perlu di beri

penekanan di dalam pengajaran dan pembelajaran guru-guru di peringkat sekolah

menengah. KBKK bukan sahaja perlu di dalam subjek-subjek seperti Matematik,

Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah , Geografi serta subjek lain tetapi di

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

2

dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional yang di dalamnya mempunyai

komponen kemahiran hidup, memerlukan pelajar perlu menggunakan kemahiran

berfikir.

Matapelajaran Kemahiran Hidup (KH) di gubal selaras dengan falsafah

pendidikan negara dan sejajar dengan usaha meningkatkan lagi daya pengeluaran

melalui penglibatan pelajar yang produktif ,kreatif dan inovatif. ( Halimah,1992).

Menerusi program KBSM, guru merupakan penggerak utama yang boleh mendorong

pelajar secara langsung untuk meningkatkan perkembangan intelek. Dari segi

strategi, guru harus menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang

menjalinkan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai dengan teknik-teknik

penyampaian tertentu,diikuti dengan penggunaan bahan dan aktiviti yang boleh

mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna dan berkesan (Pusat

Pekembangan Kurikulum,1998). Oleh itu, interaksi di antara guru dan pelajar perlu

untuk menjamin keberkesanan pengajaran –pembelajaran.. Kemahiran berfikir ini

perlu di serapkan dalam pengajaran seseorang guru untuk melahirkan pelajar yang

berfikiran kreatif dan kritis dalam masyarakat dan negara untuk mencapai Wawasan

2020 dengan berkesan untuk menjadikan Malaysia negara maju.

1.2 Latar Belakang Masaalah

Sejak mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini di perkenalkan mulai

tahun 1991, matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham

teknologi dan ekonomi secara kreatif dan berinisiatif serta yakin diri dalam keadaan

teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan seharian . Selain itu, objektif mata

pelajaran ini di antaranya, membolehkan pelajar memupuk sifat kreatif, inovatif,

suka berusaha, jujur , berkerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistematik,

tabiat kerja yang selamat sihat dan bertanggungjawab. (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2002).

Melalui mata pelajaran Ekonomi Rumahtangga (ERT) pula,

membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan urusan

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

3

diri dengan berkesan dari segi makanan dan pemakanan, pakaian serta tempat

kediaman. Tujuannya ialah untuk membolehkan pelajar menyediakan makanan yang

seimbang, mengamalkan tabiat makan dan etika semasa makan yang baik, mengurus

pakaian sendiri serta menjaga kebersihan dan memelihara keceriaan dan keselesaan

tempat kediaman.Malah di antara objektifnya pelajar boleh memupuk sifat kreatif,

inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara bekerja yang

sistematik, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.(Pusat

Perkembangan Kurikulum,2001).

Menurut Halimah (1989), ERT merangkumi skop yang begitu luas –aspek-

aspek pengurusan diri ,sumber-sumber dan kekeluargaan juga dititik beratkan

Kesemua ini adalah penting ; memandangkan peranan seseorang individu telah

bertambah berat dalam masyarakat yang berkembang begitu rencam sekali.

Kemahiran berfikir dapat dilihat tiada penekanan sepenuhnya dalam pengajaran

guru, dimana sesetengah pelajar yang mengambil jurusan ERT tidak dapat

menguasai kemahiran berfikir untuk di aplikasikann di dalam pembelajaran. Malah

di antaranya tidak dapat memhubung kaitkan kemahiran berfikir dalam

pembelajaran. Pengaplikasian KBKK ini tidak dapat di lihat oleh pelajar dalam

matapelajaran ini. Walaupun ia telah lama di perkenalkan dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam setiap matapelajaran tetapi perlaksanaan KB belum mantap

dan kurang di beri penekanan (JNSP, 1998) termasuklah pada subjek ERT.

Menurut Wan Zah (1994) , budaya menghafal dan menunggu maklumat yang

daripada guru telah sebati di dalam diri pelajar kerana mereka beranggapan budaya

ini lebih mudah dari berfikir. Budaya ini bukan sahaja di kalangan pelajar sekolah

malah ia di bawa sehingga ke peringkat institut pengajian tinggi. Malahan pelajar di

institut pengajian tinggi masih gagal untuk berfikir apatah lagi pelajar di peringkat

menengah rendah. Mereka lebih terdorong untuk menguji kecekapan menghafal.

Maka, lahirlah pelajar kita yang tidak produktif , inovatif dan kreatif.

Pendidikan latihan berfikir perlu di berikan kepada semua pelajar, bukan hanya

kepada pelajar –pelajar yang telah dapat menunjukkan pencapaian tinggi di dalam

mata pelajaran akademik. Pada masa ini semakin ramai guru-guru yang berminat

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

4

untuk memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada para pelajar mereka. Sudah ada

guru-guru yang berminat untuk memperkenalkan teknik-teknik berfikir kepada

pelajar-pelajar dengan cara mereka sendiri. Usaha mereka mendapat sambutan positif

daripada para pelajar dan mereka seronok belajar berfikir. Namun, masih ramai guru

yang belum mendapat cara-cara berkesan untuk mengajarkan teknik-teknik berfikir

kepada pelajar-pelajar mereka.

Salah satu aspek yang di perlukan oleh murid apabila mereka belajar berfikir

ialah keupayaan memidahkan kemahiran yang sudah mereka pelajari itu kepada

situasi –situasi lain. Oleh kerana mereka tidak memiliki kemahiran tersebut , kesan

yang mereka terima di dalam sesi belajar berfikir tidak kekal. Mereka hanya dapat

merasakan pengalaman seronok sahaja di dalam pembelajaran mereka. Sesi-sesi

itu tanpa dapat mengembangkan lagi kemahiran itu dalam proses belajar lainya,

mahupun ke dalam aktiviti-aktiviti lain yang sebenarnya mereka alami.

Pelajar yang berkebolehan sering kali di kaitkan dengan kemahiran teknikal

menurut Wan Azmi Ramli (1999), menyatakan kemahiran teknikal adalah salah satu

unsur yang penting di dalam kehidupan manusia, lebih banyak kemahiran berfikir

yang dapat di kuasai akan mendatangkan banyak faedah dalam kehidupan mereka.

Menurutnya lagi ilmu pengetahuan hendaklah di sertai dengan tahap kemahiran yang

tingggi untuk mencapai kerja yang bermutu tinggi. Kemahiran teknikal yang di

maksudkan merangkumi penggunaan dan pengendalian alatan mesin dalam bengkel

kemahiran manipulatif dan dalam bengkel ert.

Menurut Chen (2002), kajian yang telah di jalankan ke atas pengajaran dan

pembelajaran di dapati ramai guru sukar untuk memperkembangan kemahiran

saintifik di kalangan pelajar mereka dan aktiviti sains seperti eksperimen jarang

sekali di lakukan. Guru-guru tersebut tidak dapat menangani pengajaran unsur sains

kerana latihan yang di lalui tidak memberi unsur penekanan kepada aspek berfikir.

Peranan guru dalam membentuk sesuatu masyarakat yang berfikir amatlah besar

. guru juga merupakan penggerak yang paling berkesan bagi menimbulkan ransangan

dalam belajar pada pelajarnya. Menuru kajian Edward J Murray, pergerakan

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

5

merupakan satu faktor yang terpenting bagi menentukan bagaimana seeorang itu

berperilaku. Pergerakan terlibat di dalam segala jenis perlakuan seperti pembelajaran

, perlaksanaan,penanggapan, pemerhatian,peringatan,pelupaan fikiran,penciptaan dan

pemerasan (terjemahan Atan Long,1968). Guru berperanan menjadikan pelajar-

pelajar teransang untuk berfikir. Pengajaran guru itu mestilah menwujudkan

pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam berfikir.

Daripada satu sudut lain, keadaan ini juga mencerminkan suatu isu lain , iaitu

para pelajar tidak tahu bahawa di dalam mata-mata pelajaran lain, mereka

sebenarnya mempraktikkan kemahiran-kemahiran berfikir. Menurut Mohd. Nasuha

(1995), mereka tidak dapat mengenal pasti kemahiran-kemahiran berfikir yang

sebagaimana yang sebenarnya mereka gunakan dalam mata pelajaran itu, dan

apakah persamaan – persamaannya dengan teknik berfikir yang di ajarkan kepada

mereka dalam sesi-sesi berfikir . Situasi ini menyebabkan para pelajar beranggapan

dalam mata pelajaran lain mereka tidak menggunakkan teknik-teknik berfikir,

padahal mereka memang menggunakkan teknik –teknik tesebut. Menurut Halimah

(1992), Komponen kesepaduan dalam kemahiran hidup merupakan satu strategi

penting bagi menjalin dan mengadunkan perolehan kemahiran-kemahiran tertentu ,

ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai-nilai murni, Sebagi satu cara bagi

memperkayakan pengalaman pelajar, komponen kesepaduan menghubungkaitkan

kemahiran hidup dengan kemahiran lain termasuklah kesepaduan pemikiran.

Peranan yang di mainkan oleh guru ialah mereka perlu memupuk minat pelajar

terhadap mata pelajaran yang di ajarnya adalah amat peting. Guru seharusnya

mendapatkan sesuatu keadaan yang mana pelajar akan merasakan kehilangan sesuatu

yang paling bernilai bagi mereka sekiranya tidak memberi perhatian terhadap

pengajaran guru. ( Musa Daia, 1992).

Menurut Nor Fadilah (1999), penambahan kerja guru kerana buku teks yang ada

sekarang tidak begitu mencabar atau mencetuskan pemikiran pelajar. Oleh itu para

guru terpaksa menyediakan bahan-bahan khusus untuk mengajar kemahiran berfikir

di mana penyediaan bahan-bahan kurikulum ini mengambil masa dan boleh

menyebabkan guru akan mengabaikan perkembangan pemikiran semasa belajar.

Page 22: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

6

Menurut Johari (1995), masih ramai guru yang tidak begitu yakin dengan kaedah

mengajar kemahira berfikir kerana kurang pada peringkat latihan perguruan. Jika

guru tidak dapat menyalurkan kemahiran berfikir pada pelajar, proses dalam

pembelajaran pelajar tidak mungkin terjadi dan ini menjadikan kurang pendedahan

KBKK.

Membentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) adalah peranan

yang penting untuk memastikan generasi hadapan mempunyai daya intelek yang

tinggi, berinovatif serta berkecemerlangan dalam menangani sebarang masalah dan

mampu mencetuskan idea-idea bernas untuk kepentingan bersama.

1.3 Pernyataan masaalah

Membentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) adalah

peranan yang penting untuk memastikan generasi hadapan mempunyai daya intelek

yang tinggi, berinovatif serta berkecemerlangan dalam menangani sebarang masalah

dan mampu mencetuskan idea-idea bernas untuk kepentingan bersama berdasarkan

kepada pemasaalahan yang di nyatakan. Penggunaan KBKK ini perlu di lihat untuk

meninjau keberkesanan dalam pendidikan kita terutma dalam subjek ekonomi

rumahtanga

Ini menyebabkan penyelidik mengkaji tahap pengunaan Kemahiran Berfikir

Secara Kritis dan Kreatif dikalangan pelajar tingkatan 2 di dalam daerah Kota Star.

Kajian akan melihat dari aspek pengesanan, penggunaan, pengetahuan serta

pemasaalahan pelajar dalam menggunakan kemahiran berfikir.

Page 23: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan dorongan , juga ... 3.6.2 Kaitan antara persoalan kajian dan statistik

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah :

1.1 Mengenal pasti penguasaan kemahiran berfikir oleh pelajar dalam pembelajaran

pelajar dalam subjek ERT.

1.2 Mengenalpasti bagaimana KBKK ini di perkenalkan oleh guru dalam

pengajaran dan pembelajaran melalui subjekERT.

1.5 Persoalan kajian

Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai, di antaranya ialah :

1.5.1. Adakah pelajar dapat mengesan penggunaan KBKK dalam pelajaran ert.

1.5.2. Adakah pelajar dapat menggunakan KBKK di dalam melakukan amali.

1.5.3. Adakah pelajar dapat mengetahui KBKK dalam pengajaran guru.

1.5.4 .Adakah terdapatnya keberkesanan menggunakkan KBKK dalam subjek ERT

oleh pelajar.

1.6 Skop kajian

Kajian ini di jalankan di dua buah sekolah Menengah Aliran Akademik di

dalam daerah Kota Setar di Negeri Kedah yang melibatkan pelajar-pelajar yang

mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup elektif Ekonomi Rumah Tangga iaitu :

i. Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sofiah

ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma