tahap keyakinan banduan yang menjalani program … · jutaan terima kasih juga ditujukan buat...

28
TAHAP KEYAKINAN BANDUAN YANG MENJALANI PROGRAM PERUSAHAAN DAN VOKASIONAL DI PENJARA KAJANG UNTUK HIDUP BERDIKARI SELEPAS DIBEBASKAN SITI SARAH BAHAROM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngodan

Post on 18-Aug-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAHAP KEYAKINAN BANDUAN YANG MENJALANI PROGRAM

PERUSAHAAN DAN VOKASIONAL DI PENJARA KAJANG UNTUK HIDUP BERDIKARI SELEPAS DIBEBASKAN

SITI SARAH BAHAROM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

NAMA PENULIS : SITI SARAH BINTI BAHAROM JUDUL : TAHAP KEYAKINAN BANDUAN YANG MENJALANI PROGRAM PERUSAHAAN DAN VOKASIONAL DI PENJARA KAJANG UNTUK HIDUP BERDIKARI SELEPAS DIBEBASKAN. SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT TERHAD

TIDAK TERHAD

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: 540, JLN TKP 8, TMN KANTAN PROF DR MUHAMMAD RASHID B. RAJUDDIN PERMAI, 43000 KAJANG, SELANGOR

(TANDATANGAN PENYELIA)

Nama Penyelia

Tarikh: 13 NOVEMBER 2008

Tarikh: 13 NOVEMBER 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

iii

”Saya mengakui bahawa saya telah membaca laporan projek ini dan pada pandangan

saya laporan projek ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kejuruteraan Elektrik )”

Tandatangan : ___________________________________________

Nama Penyelia : PROF DR MUHAMMAD RASHID BIN RAJUDDIN

Tarikh : ___________________________________________

TAHAP KEYAKINAN BANDUAN YANG MENJALANI PROGRAM

PERUSAHAAN DAN VOKASIONAL DI PENJARA KAJANG UNTUK HIDUP

BERDIKARI SELEPAS DIBEBASKAN

SITI SARAH BAHAROM

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kejuruteraan Elektrik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2008

iv

”Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ____________________________

Nama Penulis : SITI SARAH BINTI BAHAROM

Tarikh : ____________________________

v

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.....

“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang “

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, projek ini dapat juga disempurnakan

dengan jayanya. Semoga ilmu yang diperolehi dalam menyiapkan projek ini diberkati

Allah S.W.T.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada penyelia saya iaitu Prof Dr Muhammad Rashid Bin Rajuddin yang

telah memberikan bimbingan, teguran dan tunjuk ajar dalam menjalankan kajian ini.

Diharapkan ilmu yang diberikan akan dapat digunakan di masa-masa akan datang.

Sekalung penghargaan buat pihak Jabatan Penjara Malaysia yang telah

memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Juga tidak dilupakan pihak

pengurusan Penjara kajang atas kerjasama dalam menjayakan kajian ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan buat ayahanda, ibunda dan keluarga tercinta

serta rakan-rakan seperjuangan di atas sokongan dan bantuan sepanjang tempoh

menyiapkan penulisan laporan kajian ini.

Buat suami tercinta, pengorbanan masa dan sokonganmu amat dinda hargai dan

semoga ianya memberikan kejayaan buat dinda.

vi

ABSTRAK

Pihak Jabatan Penjara Malaysia telah memperkenalkan program Perusahaan &

Vokasional bagi tujuan menghasilkan banduan yang boleh hidup berdikari apabila

dibebaskan kelak. Walaupun program diatur dengan baik, namun keyakinan banduan

terhadap kemahiran yang dipelajari boleh mempengaruhi keberkesanan program

tersebut. Tahap keyakinan ini akan menunjukkan kesediaan banduan untuk mendapatkan

kerja apabila dibebaskan dari penjara tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk

mengenalpasti tahap keyakinan diri banduan dalam tiga aspek iaitu kemahiran

vokasional, pengetahuan dan kemahiran generik. Responden kajian ini terdiri daripada

65 orang banduan yang menjalani program Perusahaan & Vokasional di Penjara Kajang.

Dalam kajian ini, kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi

mengumpul data. Data mentah yang diperolehi kemudiannya dianalisis dan dipaparkan

dalam nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keyakinan

banduan dalam kemahiran generik adalah yang tertinggi (89.58%), diikuti dengan

pengetahuan (88.21%) dan akhir sekali kemahiran vokasional (76.07%). Secara

keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap keyakinan banduan dalam ketiga-tiga

aspek yang dikaji adalah tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan tahap keyakinan

banduan mengikut peringkat umur adalah tinggi. Pengkaji mencadangkan pihak

pengurusan penjara agar menganjurkan beberapa aktiviti yang boleh mengurangkan

tahap kebergantungan kepada orang lain di kalangan banduan.

vii

ABSTRACT

Prison Department of Malaysia had introduced the Entrepreneurship &

Vocational Programme as a method to produce an independent prisoner. Even though

the programme is well organized, the prisoners’ confidence towards the skill being

taught could affect the effectiveness of the programme. This level of confidence will

represent the prisoners’ readiness to get a job after being relieved from the prison.

Therefore, this research is conducted to identify the self confidence among the prisoners

in three aspects that are vocational skill, knowledge and generic skill. Respondent of the

study were 65 prisoners who undergo entrepreneurship & Vocational Programme in

Kajang Prison. In this research, questionnaire method is used as the main instrument to

collect data. The raw data acquired was analyzed and presented in a form of frequency

and percentage. The research findings showed that the prisoners’ level of confidence in

generic skill was the highest (89.58%), followed by knowledge (88.21%) and finally

vocational skill (76.07%). In overall, the result of the study showed that the prisoners’

level of confidence in all aspect was high. The result also showed that the confidence

level of the prisoners by the factor of age was high. This study suggested the prison

management to organize some activities that could increase the level of independent

among the prisoners.

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

TAJUK i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

PENGESAHAN PENGKAJI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiii

ix

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 11

BAHAGIAN DUA

BAB 11 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Aspek-Aspek Utama Dalam Membina

Keyakinan Diri 15

2.2.1 Kemahiran Vokasional 18

2.2.2 Pengetahuan 21

2.2.3 Kemahiran Generik 24

x

BAHAGIAN TIGA

BAB 111 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Lokasi Kajian 30

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian 31

3.5.1 Kesahan Instrumen 33

3.6 Prosedur Kajian 34

3.7 Kaedah Penganalisan Data 35

BAHAGIAN EMPAT

BAB 1V ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis Bahagian A 37

4.2.1 Jantina Responden 37

4.2.2 Umur Responden 38

4.2.3 Status Responden 38

4.2.4 Tahap Pendidikan Responden 39

4.2.5 Bidang Kemahiran Yang Dipelajari 40

xi

4.3 Analisis Bahagian B 41

4.3.1 Tahap Kompetensi Kemahiran 41

4.3.2 Tahap Keyakinan Dalam Pengetahuan 43

4.3.3 Kemahiran Generik Yang Dikuasai 44

4.3.3.1 Kemahiran Komunikasi 46

4.3.3.2 Pengurusan Masa 46

4.3.3.3 Motivasi Diri 47

4.4 Tahap Keyakinan Mengikut Peringkat Umur 48

4.5 Rumusan 49

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Rumusan 51

5.3 Perbincangan 55

5.3.1 Tahap Kompetensi Kemahiran 55

5.3.2 Tahap Keyakinan Dalam Pengetahuan 57

5.3.3 Kemahiran Generik Yang Dikuasai 58

5.4 Cadangan 59

5.5 Penutup 61

BIBLIOGRAFI 62

LAMPIRAN 66-80

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

1.1 Statistik banduan 2

1.2 Statistik banduan mengikut tahap pendidikan 2

1.3 Kos pelaksanaan program pemulihan 6

2.1 Jadual perancangan kerja 26

3.1 Pembahagian Item Bahagian A dalam

Borang Soal Selidik 32

3.2 Pembahagian Item Bahagian B dalam

Borang Soal Selidik 33

3.3 Peratusan skor 35

3.4 Skor untuk skala nominal 35

4.1 Jantina Responden 37

4.2 Umur responden 38

4.3 Status Responden 38

4.4 Tahap Pendidikan Responden 39

4.5 Bidang Kemahiran Responden 40

4.6 Item-item tahap kompetensi kemahiran 42

4.7 Item-item tahap keyakinan dalam pengetahuan 43

4.8 Item-item kemahiran generik yang dikuasai 45

4.9 Item-item kemahiran komunikasi 46

4.10 Item-item pengurusan masa 46

xiii

4.11 Item-item motivasi diri 47

4.12 Tahap keyakinan mengikut peringkat umur 48

4.13 Analisis keseluruhan 49

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.1 Model umum untuk mencapai kejayaan. 17

2.2 Perkaitan di antara pendidikan vokasional dengan moral. 20

3.1 Carta alir prosedur kajian yang dijalankan. 34

SENARAI SINGKATAN

SK : Soalan Kajian

MLVK: Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

NOSS : National Occupational Skills Standards

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Borang Soal Selidik 66

B Surat Pengesahan Soal Selidik 71

C Surat Pengesahan Pelajar 73

D Surat Kebenaran Menjalankan Soal Selidik 75

E Surat Pengesahan Menjalankan Soal Selidik 77

F Borang Rekod Kecekapan 79

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan budaya dan adat

ketimurannya. Pengalaman dijajah selama beberapa abad telah membentuk jatidiri yang

teguh di setiap sanubari mereka yang hidup di zaman penjajahan tersebut. Hasil

pengorbanan mereka, maka terhasillah kekayaan dan kemasyhuran yang dikecapi

sekarang. Nilai ketimuran ini dipupuk dan disemai dari generasi nenek moyang dahulu

sehinggalah ke anak cucu. Nilai ini sangat dititikberatkan dalam segala hal kehidupan

baik dari adab pergaulan antara jiran, perkahwinan, dan mendidik anak-anak.

Namun, penerapan budaya ketimuran ini nampaknya semakin berkurangan

daripada tahun ke tahun. Arus kemodenan yang mula meresap ke dalam negara Malaysia

membuatkan masyarakat semakin lupa dan tidak mengambil endah dalam mengekalkan

budaya ini sehinggakan ada anak muda zaman ini yang langsung tidak melambangkan

sikap masyarakat timur dengan melihat daripada gaya pemakaiannya, pertuturan dan

2

perbuatan mereka. Identiti masyarakat timur yang suatu ketika dahulu boleh

dibanggakan kini mula hilang kewibawaannya.

Hujan kerahmatan dan kemewahan ini walau secara kasarnya membolehkan

negara kita mendapat tempat di mata dunia, namun ia turut memberikan impak yang

negatif kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam masyarakat.

Jadual 1.1: Statistik banduan

Tahun Jumlah

1980

1985

1990

1995

2001

2002

9 225

18 192

22 832

24 275

27 785

33 284

Jadual 1.2: Statistik banduan mengikut tahap pendidikan

Taraf pendidikan Jumlah Peratus

Tidak bersekolah 3912 10.2

Darjah 1-3 4190 10.9

Darjah 4-6 8862 23.0

Tingkatan 1-3 11866 30.9

Tingkatan 4-6 9044 23.5

Kolej/universiti

dan setaraf

591 1.5

Sumber: Jabatan Penjara Malaysia, 2008

Berdasarkan jadual 1.1, dapat diperhatikan bahawa bilangan banduan semakin

bertambah tahun demi tahun. Dalam jangka masa dua abad jumlah banduan di seluruh

penjara yang terdapat di Malaysia telah meningkat lebih 200%. Situasi ini dapat

3

memberikan gambaran kepada kita bahawa gejala keruntuhan nilai sosial ini berada di

tahap kritikal dan perlu dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira

usia, agama dan pangkat. Situasi ini telah menyebabkan pihak pengurusan penjara giat

berusaha mewujudkan pelbagai alternatif bagi memaksimumkan peranan dan fungsinya

dalam memulihkan dan memberikan rawatan kepada para banduan.

Jadual 1.2 juga membuktikan bahawa peringkat tahap pendidikan banduan.

Banduan-banduan ini terdiri daripada mereka yang tidak bersekolah sehinggalah yang

menerima tahap tertinggi iaitu kelulusan kolej / universiti atau yang setaraf. Ini

menunjukkan tahap kecerdikan tidak mempengaruhi nilai moral. Mereka yang

berpelajaran tinggi juga tidak terlepas daripada terlibat dalam isu kejatuhan nilai moral

ini.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan manusia mana yang tidak melakukan

kesilapan melainkan hamba Allah yang dimuliakan iaitu junjungan Nabi Muhammad

S.A.W. Mereka yang bersalah wajar diberikan hukuman yang setimpal dengan

kesalahan yang dilakukan. Namun tidak bermakna mereka perlu dihukum seumur hidup

mereka. Selepas menjalani hukuman, mereka berhak untuk menjalani kehidupan seperti

biasa.

Sehubungan itu, Jabatan Penjara Malaysia di bawah Seksyen Perusahaan dan

Vokasional telah merangka pelan strategik bagi melengkapkan para banduan dengan

ilmu dan latihan vokasional dan teknikal supaya mereka dapat menggunakan ilmu

tersebut untuk berdikari dan tidak mengulangai kesalahan lalu selepas dibebaskan. Salah

satu peranan utama Jabatan Penjara Malaysia ialah memberikan pemulihan kepada

banduan-banduan semasa mereka menjalani hukuman supaya mereka menjadi rakyat

yang berguna dan bertanggungjawab apabila kembali ke pangkuan masyarakat. Objektif

aktiviti pemulihan tersebut termasuklah memulih dan melatih banduan/orang

tahanan/juvana melalui aktiviti perusahaan vokasional, spiritual dan mental agar mereka

menjadi warganegara yang produktif (Jabatan Penjara Malaysia, 2008).

4

Di antara strategi yang dirangka secara kasar di dalam Seksyen Perusahaan dan

Vokasional ini ialah menyediakan aktiviti latihan vokasional, tenaga pengajar yang

terlatih dan mencukupi serta kemudahan dan kelengkapan yang sesuai. Tiga bengkel

diwujudkan di bawah seksyen ini iaitu bengkel perusahaan, bengkel akaun amanah dan

bengkel skim usahasama. Bengkel perusahaan diwujudkan bagi memberikan

pendedahan dan latihan kemahiran yang asas kepada banduan. Ia memberi fokus kepada

banduan yang baru diterima masuk ke penjara dan belum berapa mahir dalam kerja-

kerja vokasional (Jabatan Penjara Malaysia, 2008).

Manakala bengkel akaun amanah pula memberi peluang kepada banduan-

banduan yang berkemahiran untuk menggunakan kemahiran mereka dalam aktiviti-

aktiviti vokasional yang memerlukan tahap kemahiran yang lebih tinggi. Jesteru itu,

banduan berpeluang meningkatkan kemahiran mereka di samping mendapatkan

pendapatan yang lebih tinggi. Banduan yang bekerja di bawah bengkel akaun amanah

dibayar gaji berdasarkan kadar yang ditetapkan (Jabatan Penjara Malaysia, 2008).

Akhir sekali bengkel skim usahawan yang mula diperkenalkan pada tahun 1981

di mana pihak jabatan penjara telah memperkenalkan pendekatan perusahaan secara

usahasama dengan syarikat-syarikat swasta. Tujuannya adalah untuk mengatasi masalah

menyediakan peluang latihan yang terhad kepada banduan yang mana populasi mereka

semakin meningkat. Ia juga bertujuan untuk mendedahkan banduan-banduan kepada

penggunaan teknologi yang lebih moden dan sesuai dengan perkembangan semasa.

Selain itu, dengan pendekatan usahasama ini, pihak penjara secara tidak

langsung dapat membantu mengadakan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka

apabila bebas kelak iaitu diambil bekerja di syarikat-syarikat swasta berkenaan. Hasil

pendapatan yang diperolehi oleh banduan adalah dibahagikan mengikut pecahan iaitu

45% hasil kerajaan, 40% banduan, 10% tabung akaun amanah dan 5 % kumpulan wang

hadiah pegawai penjara (Jabatan Penjara Malaysia, 2008).

5

Hari ini, penjara memainkan peranan yang lebih besar. Ia bukan setakat menahan

pesalah dan penjenayah, malah ia menjadi institusi pendidikan dan pemulihan. Di

Malaysia kini terdapat 28 buah penjara yang terletak di empat zon iaitu utara, selatan

timur dan barat (Melati, 2006). Timbalan Ketua Pengarah Penjara, Jabatan Penjara

Malaysia, Haji Zulkifli Omar dalam wawancara dengan Bernama di Ibu Pejabat Penjara

Kajang, menekankan bahawa jabatan penjara kini mempunyai halatuju yang luas untuk

menjadikannya sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia menjelang 2020. Beberapa

ilmu kemahiran vokasional sedikit sebanyak menyumbang kepada pembangunan insan

yang dapat meningkatkan perkembangan ekonomi negara.

1.2 LATARBELAKANG MASALAH

Banduan yang telah dibebaskan akan menghadapi pelbagai cabaran dan risiko.

Risiko untuk berhadapan dengan keluarga sendiri, masyarakat dan juga dalam

mendapatkan peluang-peluang pekerjaan. Berbekalkan dengan pengalaman dan ilmu

yang dipelajari semasa menjalani hukuman di penjara itulah, mereka mengorak langkah

dan membina kehidupan yang baru sebagai seorang bekas banduan.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Ah Kiow menyatakan

Jabatan Penjara Malaysia telah melaksanakan program pemulihan secara bersepadu dan

dinamakan Pelan Pembangunan Insan kepada semua penghuni penjara. Program ini

mengandungi empat fasa yang meliputi program pembinaan disiplin, program

pengukuhan sahsiah, program kemahiran dan akhir sekali program kemasyarakatan

(Wan Ubaidah, 2007).

Dalam fasa ketiga iaitu program kemahiran, aktiviti utama yang terdapat dalam

program ini adalah program akademik bersijil seperti PMR atau SPM dan aktiviti

vokasional seperti usahasama dengan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

6

dan Construction Industrial Development Board (CIDB). Kesemua aktiviti ini bertujuan

untuk membolehkan banduan bersedia menghadapi rencah dan ragam masyarakat

selepas dibebaskan kelak. (Wan Ubaidah, 2007)

Jadual 1.3: Kos pelaksanaan program pemulihan

Tahun Kos pelaksanaan (RM)

2003

2004

2005

2006

2007

2.3 juta

6.5 juta

3 juta

4 juta

4.8 juta

Sumber: (Wan Ubaidah, 2007)

Jadual 1.3 menunjukkan kos pelaksanaan program pemulihan yang dijalankan

sepanjang tahun 2003 sehingga 2004. Tahun 2004 mencatat jumlah yang paling tinggi.

Walaupun pada tahun berikutnya mencatatkan pengurangan sebanyak 53.85%, namun

tahun-tahun seterusnya merekodkan kenaikan. Perbezaan yang tidak ketara bukanlah

alasan yang boleh dibuat untuk tidak mengambil berat tentang keberkesanan program

pemulihan ini. Apabila perbelanjaan besar diperuntukkan, pastinya harapan untuk

mengeluarkan banduan yang produktif sangat tinggi.

Namun, dalam peraturan penjara, pihak penjara tidak dibenarkan menghubungi

mana-mana banduan yang dibebaskan daripada penjara. Hal ini menyebabkan amat

sukar untuk menilai prestasi dan perkembangan bekas banduan samada mereka dapat

mengharungi kehidupan dunia luar atau mereka memencilkan diri kerana dianggap hina

di mata masyarakat. Sehubungan itu, tempoh proses pemulihan perlu dimanfaatkan

sepenuhnya oleh kesemua pihak samada pihak penjara, banduan atau pihak sukarelawan

untuk menyediakan banduan dengan ilmu yang secukupnya.

7

Kemahiran vokasional yang dipelajari dapat menyediakan seseorang individu itu

untuk hidup berdikari bagi meninggikan taraf sosio ekonomi dan membenarkan mereka

memilih bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran tersebut. Oleh itu,

pelbagai program dirangka bagi memastikan banduan-banduan tersebut mantap jiwanya

dan mampu berdikari apabila kembali ke pangkuan masyarakat (Yusuf, 2005).

Walau bagaimanapun, sekiranya diri banduan itu sendiri tidak mahu menerima

ilmu-ilmu yang diajar atau tidak bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, maka

segala ilmu yang dicurahkan akan menjadi sia-sia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Salah satu faktor yang mendorong berlakunya perkara ini ialah kurangnya keyakinan

dalam diri banduan berkenaan. Hasil daripada beberapa kajian, telah dibuktikan bahawa

terdapat perasaan-perasaan yang signifikan kepada seseorang individu di mana perasaan

ini mendorong kepada perasaan ketiadaan keyakinan diri terutamanya perasaan

kebimbangan, tidak tenteram, kejemuan dan sebagainya (Yusuf, 2005).

Kurangnya keyakinan diri pada seseorang individu juga dipengaruhi oleh

penghargaan diri yang rendah di mana apabila seseorang merasakan dirinya kurang

berpengetahuan atau tidak mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang. Perasaan

rendah diri, malu, takut menerima kritikan dan kegagalan menambahkan ketidakyakinan

mereka terhadap kebolehan diri sendiri (Shamsinar, 2002).

Sekiranya keyakinan yang mantap dapat dibina dalam diri banduan semasa

menjalani program pemulihan di penjara, maka kebarangkalian untuk mereka

mengulangi kesilapan lalu adalah rendah. Sebaliknya dengan yakin kepada kebolehan

yang telah diasah pada diri mereka dapat membantu mereka mencari peluang-peluang

baru bagi meneruskan kehidupan mereka yang bergelar bekas banduan.

8

1.3 PENYATAAN MASALAH

Walaupun pelbagai program diatur dan sejumlah peruntukan diberi untuk

kebajikan para banduan, namun ia masih belum dapat mengukur tahap kesediaan mereka

untuk berjaya menempuh kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, satu kajian perlu

dijalankan bagi mengetahui apakah tahap keyakinan banduan yang menjalani program

Perusahaan dan Vokasional di Penjara Kajang untuk hidup berdikari selepas dibebaskan.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang dirangka bagi menjawab masalah di atas ialah;

Soalan Kajian 1: Apakah tahap kompetensi banduan dalam kemahiran

vokasional yang dipelajari?

Soalan Kajian 2: Apakah tahap keyakinan banduan terhadap pengetahuan yang

diperolehi semasa program tersebut?

Soalan Kajian 3: Apakah kemahiran generik yang dikuasai oleh banduan?

Soalan Kajian 4: Apakah tahap keyakinan banduan yang menjalani Program

Perusahaan dan Vokasional di Penjara Kajang untuk hidup

berdikari selepas dibebaskan mengikut peringkat umur?

9

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat tahap keyakinan banduan-

banduan yang menjalani Program Perusahaan dan Vokasional di Penjara Kajang, untuk

hidup berdikari selepas dibebaskan. Di antara objektif kajian ini dijalankan ialah:

i. Mengenalpasti tahap kompetensi kemahiran vokasional yang diperolehi

banduan.

ii. Mengenalpasti tahap keyakinan banduan terhadap pengetahuan yang

diperolehi dalam program tersebut.

iii. Mengenalpasti penguasaan kemahiran generik oleh banduan.

iv. Mengenalpasti tahap keyakinan banduan yang menjalani Program

Perusahaan dan Vokasional di Penjara Kajang untuk hidup berdikari

selepas dibebaskan mengikut peringkat umur.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kerana;

i. Ia berguna kepada bahagian Seksyen Perusahaan dan Vokasional, Jabatan

Penjara Malaysia, untuk:

• Merangka aktiviti dan program yang selaras dengan kesediaan

banduan.

10

• Melihat keberkesanan program yang dijalankan bagi menerapkan

ilmu kepada banduan.

ii. Dapatan kajian yang diperolehi boleh dijadikan sumber rujukan oleh

pengkaji-pengkaji yang lain. Cadangan yang dikemukan oleh pengkaji boleh

dijadikan tajuk atau bidang untuk kajian lanjutan.

iii. Agensi bukan kerajaan atau masyarakat umum boleh mengambil inisiatif

daripada dapatan yang diperolehi dalam usaha membantu pihak kerajaan

meningkatkan nilai diri banduan.

iv. Ia dapat memberikan gambaran dari aspek kesediaan banduan terhadap

kehidupan mereka selepas dibebaskan.

1.7 SKOP KAJIAN

Aspek yang dikaji hanyalah meliputi keyakinan responden terhadap kemahiran

vokasional, pengetahuan dan kemahiran generik yang diperolehi semasa program

pemulihan tersebut. Manakala elemen kemahiran generik yang dinilai ialah kemahiran

komunikasi, pengurusan masa dan motivasi diri.

11

1.8 BATASAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan responden daripada banduan yang menjalani Program

Perusahaan dan Vokasional di Penjara Kajang. Seramai 65 orang banduan dipilih secara

rawak sebagai responden bagi mewakili keseluruhan populasi banduan di penjara

tersebut. Kajian ini menggunakan soal selidik skala nominal untuk mendapatkan

maklumat-maklumat yang dikehendaki untuk mencapai objektif kajian. Kejituan kajian

ini bergantung kepada kejujuran dan kerjasama oleh responden sewaktu menjawab

semua soalan yang diberikan.

1.9 DEFINISI ISTILAH

Tujuan untuk menghuraikan istilah-istilah yang spesifik berkaitan dengan kajian

dan penyelidikan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dan tanggapan yang berbeza

sesuai dengan kehendak kajian. Beberapa definisi akan dihuraikan di bawah:

• Keyakinan

Kamus Dewan (2002) mentakrifkan keyakinan sebagai kepastian sesuatu perkara

yang jika dilakukan membawa kejayaan. Menurut Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah et al.

(2004), keyakinan boleh diertikan sebagai kebolehan individu itu mengetahui dan

menyakini bahawa dia mampu bersandarkan pada kekuatan, kecekapan dan kemahiran

yang dimiliki bagi melaksanakan pelbagai perkara yang berkaitan dengan kehidupannya.

Keyakinan yang hendak dikaji oleh penyelidik ialah tanggapan responden terhadap

12

kemampuan diri responden dari aspek kemahiran vokasional, pengetahuan dan

kemahiran generik.

• Program Vokasional

Menurut Kamus Dewan (2002), program bermaksud rancangan/aktiviti yang

dijalankan. Menurut konteks kajian ini, ia memberikan maksud segala rancangan atau

program yang telah dirancangkan untuk tujuan pemulihan banduan-banduan di Penjara

Kajang. Program vokasional yang disediakan di penjara ini merangkumi kerja kayu,

kraftangan, perpaipan dan lain-lain.

• Kemahiran generik

Menurut Hornby (2002), generik adalah bermaksud sesuatu perkara yang

meliputi keseluruhan kumpulan atau ianya juga bermaksud tidak khusus. Jesteru itu di

dalam kajian ini, pengkaji membuat takrifan kemahiran generik adalah sesuatu

kemahiran tidak khusus yang boleh digunakan dalam semua jenis pekerjaan. Dalam

konteks kajian ini, aspek kemahiran generik yang dikaji hanya meliputi kemahiran

komunikasi, pengurusan masa dan motivasi diri.

• Kompetensi

Moyer (2001) menyatakan terdapat dua makna yang berkaitan dengan

kompetensi. Definisi pertama ialah kebolehan seseorang untuk menunjukkan prestasi

yang efektif dalam lapangan kerja mereka. Definisi kedua pula merujuk kepada apa yang

13

diperlukan oleh seseorang individu untuk menghasilkan prestasi yang bagus dan

berkesan. Walaupun keduanya hampir sama namun ia berbeza di mana definisi pertama

menunjukkan darjah kepentingan seseorang melakukan apa yang penting di dalam kerja

manakala definisi kedua melibatkan penekanan terhadap kepentingan untuk berjaya

dalam kerja yang dilakukan.