cccccccaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak...

38
Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound ) Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 1 C C a a r r a a B B u u a a t t H H a a n n d d m m a a d d e e C C h h o o c c o o l l a a t t e e ( ( C C O O M M P P O O U U N N D D ) ) Oleh : Khairul Akmal Ibrahim

Upload: ngoanh

Post on 18-May-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 1

CCCCCCCCaaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa BBBBBBBBuuuuuuuuaaaaaaaatttttttt

‘‘‘‘‘‘‘‘HHHHHHHHaaaaaaaannnnnnnnddddddddmmmmmmmmaaaaaaaaddddddddeeeeeeee CCCCCCCChhhhhhhhooooooooccccccccoooooooollllllllaaaaaaaatttttttteeeeeeee’’’’’’’’

((((((((CCCCCCCCOOOOOOOOMMMMMMMMPPPPPPPPOOOOOOOOUUUUUUUUNNNNNNNNDDDDDDDD))))))))

OOlleehh :: KKhhaaiirruull AAkkmmaall IIbbrraahhiimm

Page 2: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 2

Isi Kandungan

Tajuk Muka Surat

Disclaimer 2

Penghargaan 2

Pengenalan

• Apa itu coklat ?

• Kandungan coklat.

• Jenis – jenis coklat.

• Perbezaan antara coklat Couverture dan coklat

Compound.

• Bagaimana untuk membezakan antara coklat

Couverture dan coklat Compound.

3

3

3

4

4

4

Cara membuat ‘Handmade Chocolate’

• Apa itu ‘Handmade Chocolate’?

• Langkah mudah untuk menghasilkan ‘Handmade

Chocolate’.

• Jenis – jenis ‘Handmade Chocolate’.

5

5

5

6

Teknik Membuat ‘Handmade Chocolate’

• Langkah berjaga – jaga yang perlu diambil semasa

proses penyediaan ‘Handmade Chocolate’.

• Teknik mencairkan coklat Compound.

• Teknik membuat ‘Handmade Chocolate’.

7

7

8

9

Cara penyimpanan coklat 23

Resipi 24

Alamat – alamat pembekal coklat / kotak coklat / acuan

coklat.

30

Teknik Pemasaran 33

Biodata Penulis 35

Advertorial 37

Page 3: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 3

Disclaimer

Untuk pengetahuan anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. E-

book ini ditulis khas untuk anda bagi mendedahkan teknik – teknik yang betul dan

mudah untuk membuat ‘Handmade Chocolate’. E-book ini akan mendedahkan

beberapa teknik pemasaran khusus kepada anda yang ingin menjalankan perniagaan

‘Handmade Chocolate’.

Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebelum

membaca e-book ini.

1. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana – mana bahagian

didalam e-book ini.

2. Anda dilarang menjual e-book ini kepada mana – mana pihak tanpa melalui

laman web http://buatcoklat.co.cc

3. Anda dilarang mengedarkan e-book ini secara percuma.

4. Anda dilarang menjadikan e-book ini sebagai bonus kepada produk anda.

Penghargaan

E-book Cara Membuat ‘Handmade Chocolate’ ( Compound ) ini didedikasikan

khusus kepada :

• Semua yang berminat untuk mempelajari cara membuat ‘Handmade

Chocolate’.

• Semua usahawan yang ingin melakukan perniagaan ‘Handmade Chocolate’.

• Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

• Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan semangat untuk

meneruskan pembuatan e-book ini.

• Rakan perniagaan yang banyak membantu dalam mempromosikan e-book ini.

Page 4: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 4

Pengenalan

Apa itu coklat ?

• Coklat adalah gabungan beberapa bahan antaranya cocoa mask ( serbuk koko )

dan juga cocoa butter ( lemak koko ).

• Ada sesetengah coklat menggunakan ‘ Gantian Lemak Koko ‘ untuk dihasilkan.

• Penggunaan ‘ Gantian Lemak Koko ‘ yang berlebihan membuatkan coklat

tersebut tidak boleh diiktiraf sebagai coklat tulen.

• Lemak memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti sesuatu coklat.

• Semakin tinggi kandungan lemak didalam coklat, semakin tinggi kualiti coklat

tersebut.

• Lemak yang biasa digunakan dalam pembuatan coklat adalah lemak koko dan

juga lemak susu.

• Faktor yang menyebabkan perbezaan rasa coklat ialah :

1. Jenis biji koko.

2. Proses fermentasi ( pemeraman ) biji koko.

3. Penggorengan biji koko.

4. Proses percampuran – blending biji koko.

Kandungan Coklat. Bahan – bahan yang terkandung didalam sesuatu coklat adalah :

1. Lemak koko.

2.2.2.2. Gula.

3. Pepejal koko.

4.4.4.4. Susu.

5. Perasa.

6.6.6.6. Pengilmusi.

Page 5: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 5

Jenis – jenis Coklat Coklat terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

1. Coklat Tulen / Couverture Coklat

2. Coklat Compound.

* Pembuatan coklat ‘ handmade ‘ menggunakan Coklat Tulen / Couverture tidak

akan diterangkan dalam ebook ini.

Perbezaan Antara Coklat Couverture dan Coklat

Compound.

Coklat Couverture Coklat Compound

1. Dihasilkan menggunakan cocoa

butter ( lemak koko ).

Dihasilkan menggunakan lemak sayur.

2. Mudah cair. Tidak mudah cair.

3. Kurang keras. Lebih keras.

4. Kurang stabil pada suhu bilik. Lebih stabil pada suhu bilik.

5. Lebih sedap berbanding coklat

Compound.

Kurang sedap berbanding coklat

Couverture.

6. Sukar untuk dihasilkan. Mudah untuk dihasilkan.

7. Harga lebih mahal berbanding

coklat Compound.

Harga lebih murah berbanding coklat

Couverture.

Bagaimana Untuk Membezakan Antara Coklat

Compound dan Coklat Couverture ?

1. Untuk membezakan antara coklat Compound dan coklat Couverture,

kebiasaan cara yang digunakan adalah dengan melihat takat kecairan

coklat apabila dipegang. Jika coklat mudah cair apabila dipegang,

kebarangkalian coklat tersebut adalah coklat Couverture.

2. Untuk memastikan lagi, makan coklat tersebut dengan menyimpan di

lelangit mulut sekitar 25 saat sehingga cair sebelum ditelan. Jika terasa

haus dan wujud rasa ‘ lilin ‘, maka coklat tersebut adalah coklat

Compound.

Page 6: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 6

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate’

Pengenalan

Apa itu ‘ Handmade Chocolate ‘ ?

• ‘ Handmade Chocolate ‘ adalah coklat yang dihasilkan menggunakan tangan

atau dengan penggunaan mesin yang minimum sekali.

• Mempunyai nilai yang tinggi dan harga yang lebih mahal berbanding coklat

yang dihasilkan menggunakan mesin.

• Merupakan satu seni yang amat dihargai bagi masyarakat Barat.

• ‘ Handmade Chocolate ‘ menggambarkan kualiti, kreativiti dan kemahiran

tangan yang berkualiti tinggi.

Langkah mudah untuk menghasilkan ‘ Handmade

Chocolate’. (* Seperti yang telah saya beritahu kepada anda sebelum ini, ebook ini hanya akan

menerangkan tentang cara menghasilkan ‘ Handmade Chocolate ‘ menggunakan

coklat Compound sahaja. Penghasilan ‘ Handmade Chocolate ‘ menggunakan

coklat Couverture tidak akan diterangkan dalam ebook ini.)

Langkah untuk menghasilkan ‘ Handmade Chocolate ‘ menggunakan coklat

Compound adalah seperti berikut :

Coklat Compound → Pencairan ( ~ 40oC – 60

oC ) → Isi dalam

acuan

Page 7: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 7

Jenis – jenis ‘ Handmade Chocolate ‘. ‘ Handmade Chocolate ‘ terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya :

1.1.1.1. Bar

2.2.2.2. Praline

3.3.3.3. Truffle

4.4.4.4. Enrobed

5.5.5.5. Splitter

6.6.6.6. Hollow Figures

7.7.7.7. Handfree

Jenis ‘ Handmade Chocolate ‘ yang selalu digunakan adalah bar, truffle dan praline.

Jenis yang terakhir ( Handfree ) adalah jenis ‘ Handmade Chocolate ‘ yang jarang

dihasilkan oleh para pembuat coklat. Kebiasaan ‘ Handmade Chocolate ‘ jenis ini

dihasilkan oleh pembuat coklat yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran yang

tinggi dalam pembuatan coklat.

Apa itu coklat Bar, Praline, Truffle, Enrobed, Splitter,

Hollow Figures dan Handfree ini ?

Jenis Penerangan

Bar Berbentuk batang seperti Cadbury

Praline Berintikan ‘ Nut ‘ seperti Almond dan Hazel

Truffle Berintikan ‘ Soft filling ‘ atau Ganache

Enrobed Biskut atau bahan lain yang kemudian disalut dengan coklat

Splitter Coklat yang dicampur dengan bahan – bahan lain seperti ‘ Nut ‘

dan dijatuhkan diatas dulang.

Hollow Figures Coklat yang berbentuk dengan acuan khas

Handfree Bentuk bebas

Page 8: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 8

Teknik Membuat ‘ Handmade Chocolate ‘. Didalam ebook ini, hanya 3 teknik sahaja yang akan diterangkan dengan menggunakan

gambar rajah iaitu :

1. Hollow Figures,

2. Praline, dan

3. Truffle

Ketiga – tiga teknik ini adalah teknik asas. Setelah anda mahir ketiga – tiga teknik

tersebut, anda akan dapat menggunakan teknik – teknik yang selebihnya untuk

menghasilkan ‘ Handmade Chocolate ‘ iaitu :

1. Bar

2. Enrobed

3. Splitter

Dan seterusnya Handfree.( bergantung kepada kemahiran dan kreativiti anda ).

Langkah berjaga – jaga yang perlu diambil semasa

proses penyediaan ‘Handmade Chocolate’. � Pastikan peralatan yang digunakan untuk membuat ‘Handmade Chocolate’

adalah kering.

� Pastikan suhu air panas yang digunakan untuk mencairkan coklat sekitar 70oC –

80oC. Jangan menggunakan air panas yang menggelegak kerana suhu air panas

tersebut adalah 100oC.

� Pastikan coklat betul – betul cair sebelum membuat ‘Handmade Chocolate’.

� Semasa proses penyejukan coklat, pastikan tiada makanan yang mempunyai

bau yang kuat didalam peti sejuk seperti durian, ikan, ubat – ubatan yang berbau

dan lain – lain kerana ia akan menjejaskan bau dan rasa coklat tersebut.

Page 9: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 9

Teknik Mencairkan Coklat Compound.

Sebelum mempelajari teknik – teknik membuat ‘Handmade Chocolate’, anda perlu

mahir dalam teknik mencairkan coklat Compound. Teknik mencairkan coklat

Compound tidak sama seperti mencairkan coklat Couverture dan coklat Masakan.

Coklat Compound tidak boleh dicairkan menggunakan kuali seperti coklat Masakan.

Begitu juga coklat Couverture. Teknik mencairkan coklat Compound dan coklat

Couverture seakan – akan sama cuma teknik untuk mencairkan coklat Couverture

sedikit kompleks. ( * teknik mencairkan coklat Couverture tidak akan diterangkan dalam

ebook ini.)

Teknik Mencairkan Coklat Compound.

Peralatan yang diperlukan :

500 g coklat Compound

Pisau

Mangkuk Aluminium

Periuk / Flask

Air Panas ( Suhu sekitar 70

– 80oC

Spatula

* Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering.

Page 10: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 10

Cara – caranya ialah :

1. Potong 500 g

coklat kepada

beberapa kiub –

kiub kecil.

2. Masukkan kiub – kiub

coklat tersebut

kedalam mangkuk

aluminium.

3. Masukkan air

panas kedalam

periuk.

4. Letakkan

mangkuk

aluminium yang

telah berisi coklat

keatas periuk yang

telah diisi dengan

air panas.

5. Kacau coklat tersebut

menggunakan spatula

sehingga cair.

* Untuk cepat cair, pastikan

anda padamkan / perlahankan

kipas / penghawa dingin

supaya air panas tidak cepat

sejuk.

6. Pastikan coklat

betul –betul cair.

Tiada ketulan

coklat yang

tinggal.

7. Tinggalkan

mangkuk

aluminium yang

berisi coklat berada

diatas periuk yang

berisi air panas

tadi supaya coklat

akan kekal cair.

8. Jika coklat mula

mengeras, gantikan

air didalam periuk

kepada air panas yang

baru. Kemudian,

kacau coklat sehingga

cair kembali.

Page 11: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 11

Teknik Membuat ‘Handmade Chocolate’

Teknik 1 : Hollow Figures

Peralatan yang diperlukan :

1. Coklat yang telah

dicairkan.

2.2.2.2. Acuan coklat.

3.3.3.3. Peti Sejuk.

4. Sudu.

5.5.5.5. Dulang / Bekas.

6. Perata.

7.7.7.7. Cawan kertas.

8.8.8.8. Kotak coklat.

* Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering.

Page 12: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 12

Cara – caranya ialah :

1. Masukkan coklat

yang telah

dicairkan ke

dalam acuan

coklat menggunakan

sudu.

2. Hentakkan acuan

di atas meja /

marmar beberapa

kali sehingga

memenuhi ruangan didalam

acuan. Pastikan

tiada gelembung

angin terperangkap

didalam acuan.

3. Ratakan permukaan

atas acuan dan

sisirkan lebihan

coklat dengan

menggunakan perata.

Page 13: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 13

4. Kemudian,

masukkan coklat

yang telah

diletakkan ke

dalam acuan tadi

ke dalam peti

sejuk.

5. Tinggalkan coklat

tersebut ke dalam

peti sejuk selama

15 minit.

6. Selepas 15 minit,

keluarkan coklat

tersebut dari peti

sejuk. Pastikan

coklat tersebut

sudah keras dengan

melihat ruang

udara di bahagian

bawah acuan tersebut. Jika

terdapat ruang

udara di bahagian

bawah acuan coklat tersebut,

maka coklat

tersebut sudah

keras dan sudah

boleh dikeluarkan.

Jika belum,

masukkan kembali

coklat tersebut ke

dalam peti sejuk

untuk beberapa

minit.

7. Coklat yang sudah

keras tadi boleh

dikeluarkan dari

acuan dan

dimasukkan ke

dalam dulang /

bekas.

Page 14: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 14

8. Masukkan setiap

coklat ke dalam

cawan kertas

supaya coklat tidak

melekat pada

dasar kotak coklat

apabila disusun

didalam kotak

coklat.

9. Susun coklat yang

telah dimasukkan

ke dalam cawan

kertas ke dalam

kotak coklat.

10. Akhir sekali, hias

kotak coklat mengikut

kreativiti anda.

Page 15: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 15

Teknik 2 : Praline

Peralatan yang diperlukan :

1. Coklat yang telah

dicairkan.

2.2.2.2. Acuan coklat.

3.3.3.3. Peti Sejuk.

4. Sudu.

5.5.5.5. Dulang / Bekas.

6. Perata.

7.7.7.7. Cawan kertas.

8.8.8.8. Kotak coklat.

9. Nut ( Almond /

Hazel nut / Biji gajus

/ Kismis / Kekacang

Wallnut. )

Page 16: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 16

10.10.10.10. Garfu / Lidi /

Stick

* Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering.

Page 17: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 17

Cara – caranya ialah :

1. Masukkan coklat

yang telah

dicairkan ke

dalam acuan

coklat menggunakan

sudu.

2. Hentakkan acuan di

atas meja / marmar

beberapa kali

sehingga memenuhi

ruangan didalam

acuan. Pastikan tiada

gelembung angin terperangkap didalam

acuan.

3. Ratakan permukaan

atas acuan dan

sisirkan lebihan

coklat dengan

menggunakan perata.

4. Letakkan ‘ Nut ‘

diatas coklat pada

setiap acuan.

5. Masukkan ‘ Nut ‘ ke

dalam coklat dengan

menggunakan lidi /

stick sehingga

tenggelam.

6. Ratakan permukaan

atas acuan dan

sisirkan lebihan

coklat dengan

menggunakan perata.

Page 18: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 18

7. Kemudian,

masukkan coklat

yang telah

diletakkan ke

dalam acuan tadi

ke dalam peti

sejuk.

8. Tinggalkan coklat tersebut ke

dalam peti sejuk

selama 15 minit.

9. Selepas 15 minit,

keluarkan coklat

tersebut dari peti

sejuk. Pastikan

coklat tersebut sudah

keras dengan melihat

ruang udara di

bahagian bawah

acuan tersebut. Jika

terdapat ruang

udara di bahagian

bawah acuan coklat

tersebut, maka coklat

tersebut sudah keras

dan sudah boleh

dikeluarkan. Jika

belum, masukkan

kembali coklat

tersebut ke dalam

peti sejuk untuk

beberapa minit.

10. Coklat yang sudah

keras tadi boleh

dikeluarkan dari

acuan dan

dimasukkan ke

dalam dulang /

bekas.

Page 19: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 19

11. Masukkan setiap

coklat ke dalam

cawan kertas

supaya coklat

tidak melekat

pada dasar kotak

coklat apabila

disusun didalam

kotak coklat.

12. Susun coklat yang

telah dimasukkan ke

dalam cawan kertas

ke dalam kotak

coklat.

13. Akhir sekali, hias

kotak coklat mengikut

kreativiti anda.

Page 20: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 20

Teknik 3 : Truffle

Peralatan yang diperlukan :

1. Coklat yang telah

dicairkan.

2. Acuan coklat.

3. Peti Sejuk.

4. Sudu.

5. Dulang / Bekas.

6. Perata.

7. Cawan kertas.

8. Kotak coklat.

9. Soft filling (

Strawberry filling /

Peanut Butter /

Coklat Putih. )

Page 21: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 21

10. Lidi / Stick

11. Piping bag.

* Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering.

Cara – caranya ialah :

1. Masukkan sedikit

coklat yang telah

dicairkan ke dalam

acuan coklat.

2. Ratakan coklat

didalam acuan

menggunakan lidi /

stick.

3. Masukkan coklat ke

dalam peti sejuk

selama 1 minit.

4. Masukkan ‘ soft

filling ‘ ke dalam

piping bag.

5. Keluarkan coklat

dari peti sejuk dan

masukkan ‘ soft

filling ‘ ke dalam

setiap lubang

acuan.

6. Tambah coklat yang

telah dicairkan

sehingga memenuhi

lubang acuan.

Page 22: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 22

7. Ratakan permukaan

atas acuan dan

sisirkan lebihan

coklat dengan

menggunakan

perata.

8. Kemudian,

masukkan coklat

yang telah

diletakkan ke dalam

acuan tadi ke dalam

peti sejuk.

9. Tinggalkan coklat

tersebut ke dalam

peti sejuk selama

15 minit.

10. Selepas 15 minit,

keluarkan coklat

tersebut dari peti

sejuk. Pastikan

coklat tersebut

sudah keras dengan

melihat ruang

udara di bahagian

bawah acuan tersebut. Jika

terdapat ruang

udara di bahagian

bawah acuan coklat

tersebut, maka

coklat tersebut sudah

keras dan sudah

boleh dikeluarkan.

Jika belum,

masukkan kembali

coklat tersebut ke

dalam peti sejuk

untuk beberapa

minit.

Page 23: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 23

11. Coklat yang sudah

keras tadi boleh

dikeluarkan dari

acuan dan

dimasukkan ke

dalam dulang /

bekas.

12. Masukkan setiap

coklat ke dalam

cawan kertas

supaya coklat tidak

melekat pada dasar

kotak coklat apabila

disusun didalam

kotak coklat.

13. Susun coklat yang

telah dimasukkan ke

dalam cawan kertas

ke dalam kotak

coklat.

14. Akhir sekali, hias

kotak coklat

mengikut kreativiti

anda.

Page 24: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 24

Teknik 4 : Coklat Bar

( * Teknik ini dan teknik seterusnya tidak akan ditunjukkan gambar rajah. )

Peralatan yang diperlukan :

1. Coklat yang telah dicairkan.

2. Acuan coklat bar.

3. Kertas Aluminium.

4. Peti sejuk.

5. Perata.

6. Dulang / bekas.

7. Kotak coklat.

8. Cawan kertas.

9. Kertas. ( Untuk membalut coklat yang telah dibalut dengan kertas aluminium. )

Cara – caranya ialah :

1. Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam acuan coklat bar.

2. Hentak acuan coklat bar sehingga gelembung angin yang terperangkap didalam

acuan dikeluarkan.

3. Ratakan bahagian atas acuan coklat dan bersihkan lebihan coklat dengan

perata.

4. Masukkan acuan coklat bar yang telah diisi dengan coklat ke dalam peti sejuk.

5. Setelah keras, keluarkan coklat dari peti sejuk.

6. Keluarkan coklat dari acuan dan letakkan ke dalam dulang / bekas.

7. Balut coklat bar tadi dengan kertas aluminium.

8. Kemudian, balutkan pula coklat bar yang telah dibalut dengan kertas

aluminium dengan kertas.

Page 25: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 25

Teknik 5 : Enrobed

Peralatan yang diperlukan :

1. Coklat yang telah dicairkan.

2. Mangkuk.

3. Inti ( Kekacang / Biskut / Wafer / Jeli )

4. Garfu / Stick

5. Dulang / bekas.

6. Acuan coklat.

7. Peti sejuk.

Cara – caranya ialah :

1. Coklat yang telah dicairkan dibiarkan didalam mangkuk.

2. Masukkan inti didalam mangkuk lalu di disalut dengan coklat menggunakan

garfu / stick.

3. Angkat inti yang telah disalut dengan garfu / stick. Goyangkan perlahan –

lahan agar coklat yang berlebihan gugur ke bawah.

4. Letak inti yang telah disalut tersebut diatas dulang.

5. Hias coklat tersebut.

6. Hentakkan acuan agar inti menjadi rata.

7. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras.

Page 26: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 26

Teknik 6 : Splitter

Peralatan yang diperlukan :

1. Coklat yang telah dicairkan.

2. Mangkuk.

3. Kekacang.

4. Spatula.

5. Sudu.

6. Dulang / Cawan kertas.

7. Peti sejuk

Cara – caranya ialah :

1. Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam mangkuk.

2. Masukkan kekacang ke dalam mangkuk lalu dikacau dengan spatula sehingga

sebati.

3. Jatuhkan / letakkan coklat ke atas dulang / cawan kertas menggunakan sudu.

4. Hias coklat mengikut kreativiti anda.

5. Masukkan coklat ke dalam peti sejuk.

Cara Penyimpanan Coklat

♦ Coklat yang telah siap harus disimpan pada suhu sekitar 21 – 24oC.

♦ Coklat yang baru dikeluarkan dari peti sejuk harus dibiarkan dahulu sebelum

disimpan mengikut suhu diatas.

♦ Coklat yang telah siap boleh juga disimpan pada suhu bilik tetapi jangka hayat

coklat akan menjadi lebih pendek berbanding disimpan pada suhu diatas.

Page 27: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 27

Resipi

Cocoa Praline

Bahan – bahan :

1. 75 g Whipping cream. ( boleh diganti dengan evaporated milk / susu segar )

2. 15 g madu / glucose gel.

3. 2.5 g serbuk koko.

4. 100 g milk chocolate

Cara :

1. Panaskan susu, serbuk koko dan madu hingga sebati.

2. Masukkan coklat dalam campuran susu yang panas dan gaul sehingga sebati.

3. Pipe inti yang sudah siap ke dalam coklat ‘ shell ‘.

* Untuk perisa kopi, gantikan serbuk koko dengan serbuk Nescafe.

Page 28: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 28

Strawberry Praline

Bahan – bahan :

1. 60 g Whipping cream ( boleh digantikan dengan evaporation milk / susu segar )

2. 30 g strawberry pie filling / jem.

3. ½ sudu teh strawberry paste.

4. ½ sudu teh strawberry flavor.

5. 150 g white chocolate.

Cara :

1. Panaskan susu, strawberry pie filling dan strawberry flavor hingga sebati.

2. Masukkan white coklate ke dalam campuran susu yang panas dan gaul sehingga

sebati.

3. Pipe inti yang sudah siap ke dalam coklat ‘ shell ‘.

* Untuk Orange chocolate, ganti strawberry pie filling dengan orange sunquick dan

gantikan strawberry paste & flavor dengan orange paste & flavor.

Page 29: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 29

Dark Mint Chocolate

Bahan – bahan :

1. 300 g Dark Compound coklat ( atau milk / white compound )

2. ½ sudu teh mint flavor.

Cara :

1. Cairkan coklat yang telah dicincang ke atas air panas.

2. Masukkan mint flavor ke dalam coklat yang telah cair.

Page 30: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 30

White Chocolate Truffle

Bahan – bahan :

1. 8 oz white chocolate ( dipotong halus )

2. 1/3 cawan butter

3. 1 kuning telur.

4. ¾ cawan kekacang hancur / almond hancur.

Cara :

1. Cairkan coklat dan butter menggunakan double boiler. Setelah cair, angkat dan

masukkan kuning telur dan pukul dengan sederhana sehingga sebati dan sedikit

sejuk.

2. Tutup mangkuk dengan plastic makanan dan biarkan sejuk selama 12 – 24 jam

dalam ruang yang sejuk dan kering.

3. Bentukkan dalam bebola bersaiz 1 inci dan golekkan atas hancuran almond.

Setelah siap, masukkan ke dalam peti sejuk, angkat semula dan biarkan bersuhu

bilik.

4. Jika sebatian terlalu lembut sehingga sukar untuk menjadikan bentuk bebola,

maka tambah 1 sudu gula tepung sehingga sebatian boleh dibentuk menjadi

bebola kecil.

Page 31: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 31

Coklat Fudge

Bahan – bahan :

1. 18oz cream cheese.

2. 4 cawan gula tepung.

3. 1 ½ sudu ekstrak vanilla.

4. 12 oz coklat putih.

5. ¾ cawan kacang pecan yang dipotong halus.

Cara :

1. Cairkan coklat menggunakan double boiler.

2. Setelah itu, pukul cream cheese dengan sederhana. Tambahkan gula dan vanilla,

pukul semula sehingga sebati.

3. Masukkan campuran tadi ke dalam cairan coklat. Tambah kacang pecan, kacau

semula sehingga sebati.

4. Tuang ke dalam dulang. Masukkan ke dalam peti sejuk.

5. Potong dalam bentuk segi empat tepat.

Page 32: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 32

Buckeye Candy

Bahan – bahan :

1. 12 oz chocolate chip

2. ½ cawan butter

3. 1 lbs gula tepung

4. 1 sudu vanilla

5. 1 – 2 susu shortening

Cara :

1. Campurkan peanut butter, gula & vanilla. Kacau sehingga sebati. Bentukkan

adunan dalam bebola bersaiz 1 inci. Kemudian sejukkan.

2. Cairkan coklat dan shortening dengan system double boiler.

3. Celup bebola ke dalam coklat cair. Toskan dan letak di atas dulang. Hiaskan dan

sejukkan sehingga mengeras.

Page 33: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 33

Alamat –alamat Pembekal Coklat / Kotak

Coklat / Acuan Coklat

The Box Shoppe

No. 8, Jalan Putra Perdana 2/3,

Taman Putra Perdana,

47100 Puchong,

Selangor.

Tel : 03-83195992

Fax : 03-83195993

H / P : 012-2150729

E-mail : [email protected]

Bagus

HQ 52, Jalan Rugbi 13/30,

Seksyen 13,

40100 Shah Alam,

Selangor.

Tel : 03-55110688

Fax : 03-55110689

Shah Alam 56-58, Jalan Rugbi 13/30,

Seksyen 13,

40100 Shah Alam,

Selangor.

Tel : 03-55110688

Page 34: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 34

Fax : 03-55110689

Melawati 214, Jalan Negara 2,

Taman Melawati,

53300 Kuala Lumpur.

Tel / Fax : 03-41060688

Kajang 3A, Jalan Jelok 6,

Metro Point,

43000 Kajang,

Selangor.

Tel / Fax : 03-87365688

Permata 2724, Jalan Permata 4,

Taman Permata,

53300 Ampang,

Selangor.

Tel / Fax : 03-41060488

Klang 27, Lorong Batu Nilam 21 C,

Bandar Bukit Tinggi,

41200 Klang,

Selangor.

Tel / Fax : 03-33240288

Kota Damansara A-6-G Block A, Jalan Teknologi 3/9,

Bistari ‘ DE ‘ Kota,

Kota Damansara,

47810 Petaling Jaya,

Selangor.

Page 35: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 35

Tel / Fax : 603-61421378

http://www.bagus.com.my

Page 36: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 36

Teknik Pemasaran

1. Promosikan ‘Handmade Chocolate’ anda kepada rakan –

rakan, jiran – jiran dan sanak – saudara.

Bonus kepada anda yang peramah dan mempunyai ramai rakan. Ini adalah antara

teknik yang sesuai untuk anda. Perkenalkan ‘Handmade Chocolate’ yang anda buat

kepada rakan – rakan anda. Beri sample kepada mereka untuk mereka rasa. Teknik ini

mungkin memerlukan modal sedikit. Tetapi jangan bimbang. Modal yang anda

keluarkan untuk membuat sample kepada rakan anda akan dikembalikan semula. Rakan

anda adalah prospek yang sangat mempercayai anda. Bila mereka merasakan coklat

anda bagus, mereka akan memberi tahu kepada rakan yang lain. Sekali gus,

perniagaan ‘Handmade Chocolate’ anda akan berkembang. Teknik ini di namakan

‘Viral Marketing’.

2. Upah orang untuk menjual coklat anda

Teknik ini jika diinternet di panggil ‘Affiliate’. Teknik affiliate ini adalah anda

memberi upah kepada orang yang menjual coklat anda. Teknik ini boleh dilaksanakan

sama ada di internet atau di dunia sebenar.

Untuk internet, anda perlu mempunyai laman web dan perlu dipasang dengan skrip

affiliate. Skrip affiliate ini boleh didapati pada harga RM 50 sahaja. Anda perlu mencari

agen untuk menjual coklat anda diinternet. Saya cadangkan anda mencari agen untuk

coklat ‘Handmade Chocolate’ anda di forum wang cyber kerana forum tersebut

menempatkan ramai usahawan yang berjaya. Usahawan tersebut biasanya mempunyai

bilangan ‘mailing list’ yang ramai. Bilangan list yang ramai akan membuatkan coklat

anda laris di pasaran internet.Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil

perhatian sebelum mencari agen di wang cyber.

• Jangan melakukan ‘spam’ di forum tersebut.

• Baca syarat –syarat yang dinyatakan di forum tersebut sebelum melakukan pos.

Untuk melakukan teknik affiliate di dunia sebenar, saya cadangkan anda mencari agen

yang terdiri daripada suri rumah dan peniaga.

Page 37: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 37

3. Promosikan ‘Handmade Chocolate’ di forum

Sebelum melakukan apa – apa promosi, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah :

“Siapakah pelanggan sasaran anda ?”

Selama pemerhatian saya, saya mendapati pelanggan yang paling ramai membuat

permintaan terhadap coklat adalah “Bakal Pengantin”. Mereka banyak membuat

permintaan coklat untuk dijadikan ‘hantaran’ dan hadiah kepada pengunjung ke majlis

perkahwinan mereka.

Saya cadangkan anda mempromosi ‘Handmade Chocolate’ anda di forum

kahwinmall.com. Sebelum ini saya pernah memasarkan ‘Handmade Chocolate’ saya di

forum itu dan saya dapati seramai 120 pengunjung telah melihat iklan saya dalam masa

2 hari. Ini bermakna forum ini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda

mempromosikan ‘Handmade Chocolate’ ciptaan anda.

Teknik yang saya gunakan untuk menarik pengunjung yang ramai untuk melihat iklan

saya ialah dengan menggunakan ayat penarik seperti ‘Tawaran istimewa’, ‘Berita

baik’, ‘Potongan harga’, ‘ Perhatian !’ dan ‘Hadiah Percuma’.

4. Promosikan Handmade Chocolate anda di Facebook.

Facebook ialah satu laman web social yang popular. Berjuta orang melawati laman web

Facebook setiap hari. Justeru itu, laman web Facebook adalah antara medium

pemasaran yang sangat berkesan pada masa kini. Ramai usahawan menggunakan

Facebook untuk mempromosikan produk mereka. Cara untuk mempromosikan di

Facebook sangat mudah. Antaranya, dengan memuat naik gambar coklat anda di

Facebook. Caranya ialah :

• Login ke Facebook anda. Jika anda belum membuka akaun Facebook, sila

daftar dahulu akaun Facebook. Kemudian ‘add’ rakan-rakan anda yang

mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan anda.

• Upload gambar coklat anda ke akaun Facebook anda.

• Setelah itu, tuliskan maklumat mengenai coklat anda seperti harga dan jenis di

bahagian ‘Description’.

• Kemudian, ‘Tag’ rakan-rakan Facebook anda pada gambar coklat anda.

• Selepas itu, anda lihatlah ramai rakan Facebook anda menempah coklat dari

anda. ☺

Page 38: CCCCCCCaaaaaaarrrrrrrraaaaaaaa … · • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan –rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan

Cara Membuat ‘Handmade Chocolate ( Compound )

Oleh : Khairul Akmal Ibrahim 38

5. Promosikan di Majalah.com.

Majalah.com ialah laman web pengiklanan percuma yang mempunyai pengunjung

yang ramai setiap hari. Di Majalah.com, anda hanya boleh menghantar iklan

sekali/seminggu untuk satu akaun yang dibuka. Pengunjung laman web Majalah.com

terdiri daripada orang yang mencari produk/perkhidmatan yang dapat memudahkan

kerja mereka, orang yang mencari peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan,

dan orang yang mencari peluang perniagaan. Jadi, Majalah.com adalah satu tempat

yang baik untuk anda menjual Handmade Chocolate anda dan mencari ejen untuk

menjual Handmade Chocolate anda. Jadi, saya cadangkan anda menjadikan

Majalah.com sebagai salah satu rutin sambilan anda untuk menghantar 1 iklan setiap

minggu.

6. Promosikan dengan pelbagai cara lagi

Sebenarnya, terdapat banyak lagi cara promosi yang boleh anda lakukan. Teknik

promosi diatas adalah antara teknik promosi yang saya sendiri lakukan untuk

mengembangkan perniagaan ‘Handmade Chocolate’ buatan saya. Saya cadangkan anda

cuba dahulu 3 teknik promosi diatas, kemudian anda boleh cari dan kaji teknik promosi

yang lain.