mohd khir bin abd majid - fp.utm.my · seremban, pegawai jabatan penerangan, wisma persekutuan,...

25
PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS MOHD KHIR BIN ABD MAJID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phamduong

Post on 29-Aug-2019

261 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

KREATIF (KBKK) DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU (KHB) SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEREMBAN

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MOHD KHIR BIN ABD MAJID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan
Page 3: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan
Page 4: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

(KBKK) DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)

SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEREMBAN

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MOHD KHIR BIN ABD MAJID

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 5: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan
Page 6: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

iii

DEDIKASI

Sheikh Mohd Harith Ahmad + Hajah Mariam Joned

Hj Mahmud Yasin + Hajah Ruqayyah Ahmad

Hj Ibrahim Hitam + Hajah Putih Abdullah

Abd Majid Ibrahim + Hajah Hamidah Mahmud

Hj Talib Taib + Hajah Kintan Ibrahim

Siapa Punya …..?

Mohd Khir Abd Majid + Haliza Talib 1. Zulfaa Nuraina Mohd Khir

2. Fitriyah Aliyah Mohd Khir

3. Muhammad Akmal Mohd Khir

4. Muhammad Aliff Mohd Khir

5. Izzah Athirah Mohd Khir

6. Nura Adila Mohd Khir Siapa Punya…..?

ALLAH PUNYA

Mata & Penglihatan, Telinga & Pendengaran, Tangan & Keupayaan, Fikiran &

Ilmu Pengetahuan, Kesihatan & Kekuatan, Pangkat & Kuasa, Hati & Perasaan,

Nyawa & Kehidupan malah Masa & Usia adalah HARTA ALLAH

Semuanya itu bukan harta kepunyaan kita….. atau….. kepunyaan bapa kita

Oleh itu semua harta tersebut yang diamanahkan kepada kita di bumi ini supaya

Disyukuri…..

Dihargai…..

Dengan……

jaga & guna…..

segala harta yang diamanahkan oleh ALLAH

DENGAN BAIK & BETUL…..

Page 7: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji

bagi Allah Rabb yang Maha Agung mentadbir sekian alam ini. Selawat dan salam ke

atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabatnya.

Bersyukur saya ke hadrat Allah S. W. T yang telah memberi roh kekuatan dan

kesihatan yang baik dalam menyempurnakan penyelidikan ini. Dengan rasa rendah diri

dan penuh ikhlas saya merakamkan setinggi perhargaan dan ucapan jutaan terimakasih

kepada penyelia projek, Tn. Hj. Mohd Anuar bin Abd Rahman di atas usahanya

memberi bimbingan dan tunjuk ajar, idea dan nasihat serta dorongan dan teguran yang

membina sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Perhargaan dan ucapan terimakasih juga kepada En Khairul Azhar bin Abd

Hamid selaku pensyarah Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia serta

Profesor Madya Dr. Mohd Tajuddin Ninggal, Pengarah Unit Perkhidmatan Sokongan

Pelajar (UPSP), UTM yang telah memberi idea dan pandangan yang berguna dalam

kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terimakasih kepada Bahagian Penyelidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan N.Sembilan, Pengetua sekolah menengah di

Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan

dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan bagi mendapatkan

maklumat kajian ini.

Perhargaan istimewa buat bonda yang tercinta, isteriku dan anak-anak yang

masih kecil di atas doa restu, pergorbanan dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga

usaha Allah memberi keberkatan dan keredhaan atas usaha ini.

Officers of God – Mohd Khir Abd Majid

Page 8: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah

pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) daripada aspek pengetahuan, bahan

rujukan, rancangan pengajaran, proses pengajaran dan proses penilaian. Maklumat

diperolehi daripada soal selidik yang diedar kepada 53 orang guru-guru mata pelajaran

KHB di 10 buah sekolah menengah di Daerah Seremban, N.Sembilan. Sebelum

digunakan, soal selidik telah diuji kebolehpercayaannya melalui kajian rintis. Nilai

kebolehpercayaan soal selidik ini adalah 0.9469. Data-data yang diperolehi melalui soal

selidik diproses bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian

menunjukkan aspek pengetahuan, rancangan pengajaran, proses pengajaran dan proses

penilaian berada pada tahap tinggi manakala aspek bahan rujukan berada pada tahap

sederhana. Sehubungan dari itu adalah diharapkan pihak-pihak yang terlibat seperti

pihak sekolah, guru-guru dan bahagian kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri dapat

menyediakan sumber rujukan yang mengandungi unsur-unsur KBKK.

Page 9: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

vi

ABSTRACT

The purpose of the descriptive research was to view how far the application of

critical and creative thinking skills (KBKK) in the subject of Living Skills (KHB) from

the aspects of knowledge, reference material, lesson plan, teaching process and

evaluation process. Information was acquired from questionnaires that was distributed to

53 Living Skills (KHB ) teachers from 10 secondary schools in Seremban, Negeri

Sembilan. Before distribution, this questionnaire realibility was tested through pilot

research. The value of questionnaire realibility was 0.9469. The data was collected

using the questionnaire to get the frequency, percentage and the average. The research

finding showed that the aspect of knowledge, lesson plan, teaching process and

evaluation process were at a high level whereas reference materials were at an average

level. Therefore, the party / group involved for example the school, teachers and

curriculum department of the State Education Department will be prepared reference

materials which contains the elements of KBKK.

Page 10: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Kementerian Pendidikan 7

1.6.2 Guru 8

1.6.3 Sekolah 8

Page 11: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

viii

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Operasi 9

1.8.1 Pengaplikasian 9

1.8.2 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 9

1.8.3 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 10

1.8.4 Perancangan 11

1.8.5 Pengajaran 11

1.8.6 Penilaian Pengajaran 11

1.8.7 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 12

1.8.8 Sekolah Menengah 12

1.9 Penutup 13

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Masa Berfikir 15

2.3 Konsep Berfikir 16

2.4 Model Kemahiran Berfikir 18

2.5 Kemahiran Berfikir Kritis 20

2.6 Kemahiran Berfikir Kreatif 21

2.7 Alat-alat Berfikir Dalam Pengajaran 22

2.7.1 Alat CoRT 23

2.7.2 Pengurusan Grafik 23

2.7.3 Peta Minda 24

2.7.4 Soalan dan Penyoalan 24

2.8 Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran 25

2.9 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 26

2.10 Pengaplikasian KBKK Dalam Mata Pelajaran KHB 27

2.11 Penutup 29

Page 12: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Persampelan Kajian 31

3.4 Instrumen Kajian 32

3.5 Kandungan Soal Selidik 33

3.5.1 Bahagian A 33

3.5.2 Bahagian B 34

3.6 Kajian Rintis 35

3.7 Prosedur Kajian 36

3.8 Analisa Data 37

3.9 Penutup 39

BAB IV ANALISA DATA 4.1 Pengenalan 40

4.2 Profil Responden 41

4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A

(Latar Belakang Responden) 41

4.3.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Jantina 41

4.3.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Umur 42

4.3.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Taraf Pendidikan 42

4.3.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar KHB 43

Page 13: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

x

4.4 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 44

4.4.1 Tahap Pengetahuan Guru Tentang KBKK 44

4.4.1 Tahap Bahan Rujukan Tentang KBKK 47

4.4.2 Rancangan Pengajaran KHB 48

4.4.3 Proses Pengajaran KHB 50

4.4.4 Proses Penilaian 52

4.5 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 54

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Rumusan 56

5.3 Perbincangan 58

5.3.1 Tahap Pengetahuan Guru KHB Tentang KBKK 58

5.3.2 Tahap Bahan Rujukan KBKK 59

5.3.3 Rancangan Pengajaran KHB 60

5.3.4 Proses Pengajaran KHB 61

5.3.5 Penilaian KHB 64

5.4 Cadangan 65

5.4.1 Cadangan Tindakan 66

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.5 Penutup 67

BIBLIOGRAFI 68

Page 14: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Populasi Dan Sampel Kajian

Yang Digunakan 31 3.2 Skala 5 Pemeringkatan 34

3.3 Bilangan Item Persoalan Mengikut Persoalan

Kajian Di Bahagian B 35 3.4 Penggunaan Statistik Bagi Setiap

Persoalan Kajian 37 3.5 Pemeringkatan Skala Likert 38 3.6 Markat Tahap Penilaian Min 39 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Jantina 41

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Umur 42

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan

Responden Mengikut Taraf Pendidikan 43

Page 15: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

xii

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan

Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar KHB 44

4.5 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan

Piawai Responden Yang Menjawab Item Bagi

Tahap Pengetahuan 45

4.6 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan

Piawai Responden Yang Menjawab Item Bagi

Tahap Bahan Rujukan 47

4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan

Piawai Responden Yang Menjawab Item Bagi

Tahap Perancangan 49

4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan

Piawai Responden Yang Menjawab Item Bagi

Tahap Proses Pengajaran 50

4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan, Min Dan Sisihan

Piawai Responden Yang Menjawab Item Bagi

Tahap Proses Penilaian 53

4.10 Analisis Keseluruhan Peratusan Dan Min

Responden Yang Menjawab Persoalan Kajian 54

Page 16: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model Kemahiran Berfikir 19

Page 17: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

xiv

SENARAI SINGKATAN

BIL - Bilangan

EPRD - Bahagian Pembangunan Dan Penyelidikan Pendidikan

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

HOKA - Hemisfera Otak Kanan

HOKI - Hemisfera Otak Kiri

KBKK - Kemahiran Berfikir secara Kritis Dan Kreatif

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package For Social Science

STPM - Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia

Page 18: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 73

B Surat Kebenaran EPRD 80

C Surat Kebenaran JPNS 82

D Surat Kebenaran UTM 84

E Nilai Alpha Kajian Rintis 85

Page 19: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan daya intelek individu telah diberikan penekanan utama dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bersama-sama dengan perkembangan rohani,

emosi dan jasmani. Selaras dengan saranan ini maka kemahiran berfikir telah dijadikan

satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha untuk

meningkat perkembangan intelek pelajar.

Bagi memastikan kemahiran berfikir ini dikuasai pelajar, maka objektif tentang

penguasaan kemahiran berfikir ini telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah.

Umpamanya, dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), satu daripada

objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir dan

mengembangkan bakat serta kreativitinya. Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) pula antara objektif yang diberikan penekanan ialah

mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran rasional, kritis dan

kreatif.

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan telah

dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan, termasuklah Sekolah Bestari. Di Sekolah

Bestari, kemahiran berfikir dijadikan sebagai satu daripada elemen utama yang

dilaksanakan dalam kurikulumnya. Dengan ini kemahiran berfikir bukanlah satu mata

Page 20: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

2

pelajaran berasingan, tetapi merupakan elemen yang akan diajarkan secara penyebatian

yang merentasi kurikulum. Semoga dengan penguasaan kemahiran berfikir ini

diharapkan kualiti pemikiran murid akan meningkat dan mereka berkeupayaan

memperoleh ilmu dan menguasai kemahiran dengan lebih berkesan. Pelajar-pelajar yang

menguasai kemahiran berfikir sudah tentu akan berfikir terlebih dahulu sebelum sesuatu

tindakan atau keputusan itu dibuat dan diambil. Dengan ini kemahiran berfikir akan

mampu memandu arah pelajar menggunakan bahasa yang baik dan menghasilkan idea-

idea, buah fikiran serta hujah-hujah yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang

kritis dan kreatif.

Di samping itu pelajar-pelajar juga berkeupayaan untuk membuat pertimbangan

dan penilaian tentang kebaikan dan keburukan sesuatu itu dari segi amalan, nilai, sikap

dan norma hidup dalam konteks negara kita. Dengan adanya kemahiran berfikir juga

diharapkan pelajar dapat menghadapi cabaran-cabaran terkini dan mampu mengetahui

cara hidup yang sesuai dengan cara perkembangan teknologi maklumat yang semakin

canggih tanpa mengorbankan nilai dan amalan yang baik sesuai dengan rakyat Malaysia.

Pelajar-pelajar sekarang tentunya akan menjadi generasi pada masa akan datang.

Oleh itu dengan menyediakan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, berketrampilan,

bersumberkan pengetahuan dan yang mengamalkan nilai dan sikap yang positif

diharapkan tahap pembangunan negara pada masa kini dan akan datang menjadi lebih

mantap dan berkesan. Ini mengikut ungkapan Luis Alberto Machado yang berbunyi:

“ The level of the development of a country is determined, in considerable part,

by the development of it’s people intelligence….”

Menurut Wan Mohd Zahid (1993), beliau menjelaskan bahawa:

“ Satu lagi elemen yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialah

kemahiran berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan

Page 21: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

3

semulajadi. Kepintaran akal atau intelligent tidak bererti mempunyai kemahiran

berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu.”

Manakala mengikut ucapan Y.A.B Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana

Menteri Malaysia sewaktu beliau melancarkan Wawasaan 2020 pada 6 Februari 1991:

“ Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, apa yang lebih penting

ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua

telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada di antara dua bahu kita,

iaitu kekuatan, atau apa yang berada di antara dua tapak kaki kita, iaitu sumber

semulajadi.”

Begitulah pentingnya kemahiran berfikir dalam sistem pendidikan, terutamanya

dalam program Sekolah Bestari dan juga sekolah-sekolah menengah harian biasa.

1.2 Latar Belakang Masalah

Abad ke 21 adalah merupakan abad ledakan maklumat di mana kemajuan dalam

bidang Sains dan Teknologi berlaku dengan begitu pesat dan pantas sekali. Ini memberi

cabaran yang begitu hebat kepada sistem pendidikan negara untuk menghasilkan

generasi yang mampu menjadi penyumbang kepada sains dan teknologi di samping

menguruskan alam dengan bijaksana. Cabaran ini perlu ditangani dengan bijak sekali

oleh sistem pendidikan negara yang menjadi wadah utama kepada pembangunan

negara.

Pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan potensi

rakyatnya. Justeru itu, usaha ke arah pengembangan minda dan potensi pelajar amat

wajar diberi penekanan oleh semua warga pendidik di semua peringkat persekolahan dan

pengajian tinggi. Sekiranya sistem pendidikan negara kita berjaya menghasilkan pelajar

yang minda dan potensi dikembangkan ke tahap yang optimum, maka sistem pendidikan

Page 22: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

4

negara kita telah mencapai kecemerlangan bertaraf dunia. Oleh itu semua warga

pendidik haruslah bersama-sama mengembeling tenaga ke arah ini dengan penuh iltizam

dan bersama-sama bertanggungjawab.

Melahirkan insan seimbang dan harmonis serta berkembang secara menyeluruh

dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah merupakan cita-cita

murni dan unggul sistem pendidikan negara. Cita-cita ini dinyatakan dengan jelas dalam

FPK. Untuk mencapai cita-cita murni lagi unggul ini, sistem pendidikan negara

seharusnya melahirkan produknya iaitu minda pelajar yang berkembang ke tahap

optimum. Salah satu strategi yang paling berkesan yang mengembangkan minda pelajar

adalah melalui penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran berfikir bukanlah merupakan satu perkara yang baru dalam

pendidikan negara kita. Malahan ia adalah antara penekanan utama dalam KBSR.

Kepentingan penguasaan berfikir ini sememangnya sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Pakar pendidikan yang telah banyak menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang

ini telah sebulat suara dan bersependapat bahawa kemahiran berfikir perlu diajar secara

eksplisit. Berdasarkan kepada pandangan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) dengan serius telah mengadakan program tertentu untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran berfikir pelajar.

Kemahiran berfikir sudah lama diperkenalkan tetapi penggunaannya dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran mula serius pada sekitar penghujung tahun 80 an

(Samsu, 1996). Di Malaysia penekanan terhadap perkembangan daya intelek bagi

seseorang individu telah mendapat saranan yang utama dalam FPK. Selaras dengan

kehendak FPK tersebut yang menyatakan akan melahirkan insan atau masyarakat yang

progresif, daya pemikiran yang tinggi, inovatif dan memandang jauh ke hadapan, KPM

telah menyaran penggunaan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi

semua mata pelajaran di semua peringkat pengajian di Malaysia.

Page 23: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

5

Persoalannya sekarang sejauh manakah guru-guru atau bakal guru mendapat ilmu

pengetahuan yang secukupnya dalam KBKK. Jika tiada ilmu pengetahuan dalam

kemahiran berfikir, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan di dalam pengajaran dan

pembelajaran seperti mana yang telah disarankan oleh kerajaan. Selain itu sejauh

manakah kurikulum kita menggalakkan aktiviti yang membawa ke arah tersebut dan

sejauh manakah tanggungjawab para pendidik kita yang mendidik ke arah tersebut?

Untuk menghasilkan pemikiran yang baik adalah dari proses pemikiran yang baik.

Datuk Seri Mohd Najib ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan pernah

mengadakan sidang akhbar pada November 1999 berkata salah satu faktor kemerosotan

keputusan peperiksaan adalah kerana peningkatan soalan bercorak KBKK bagi semua

kertas. Selain itu Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah membuat analisis yang

membawa kesimpulan bahawa ramai calon memberi jawapan salah bagi soalan bercorak

KBKK (Berita Harian, 1999). Perkara yang berlaku ini adalah merujuk kepada semua

guru yang telah diberikan atau menerima latihan yang secukupnya dari segi penerapan

unsur KBKK dalam pengajaran serta dalam pembinaan soalan. Atau adakah guru-guru

tidak melaksanakan KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?

1.3 Pernyataan Masalah

KBKK merupakan unsur yang diberi penekanan baru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran KHB dan mata pelajaran lain-lain di bilik darjah. Kementerian

Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memberi pendedahan

kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan,

peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah sejak tahun 1994.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran KHB unsur KBKK sebenarnya

telah lama wujud melalui unsur-unsur teras KBSM. Cuma dalam proses dan

pembelajaran, penekanan unsur tersebut tidak begitu jelas dan semakin terabai.

Page 24: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

6

Memandangkan KBKK adalah unsur penting yang dapat menghasilkan pelajar yang

berilmu serta berfikiran kritis dan kreatif, maka ia perlu di beri penekanan semula

supaya matlamat menghasilkan pelajar dan seterusnya rakyat yang berketrampilan dapat

dicapai. Sehubungan dengan ini kajian perlu dibuat untuk melihat sejauh mana

kehadiran unsur-unsur KBKK dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dalam mata pelajaran KHB oleh guru-guru peringkat Sekolah Menengah

di Daerah Seremban,Negeri Sembilan Darul Khusus.

1.4 Objektif kajian

Umumnya kajian ini bertujuan untuk melihat unsur-unsur KBKK diaplikasikan

dalam corak pengajaran guru-guru yang mengajar mata pelajaran KHB peringkat

Sekolah Menengah Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Secara

khususnya objektif kajian ini adalah untuk:

a. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru mata pelajaran KHB tentang KBKK.

b. Mengenalpasti sama ada bahan rujukan yang sedia ada dapat memberi

pendedahan dan maklumat kepada guru KHB tentang KBKK.

c. Mengenalpasti tahap persediaan guru mengenai perancangan mereka dalam

mata pelajaran KHB tentang KBKK.

d. Mengenalpasti tahap proses pengajaran yang disampaikan oleh guru KHB

menerapkan unsur-unsur KBKK kepada pelajar.

e. Mengenalpasti tahap penilaian yang diberikan kepada pelajar berasaskan

aspek KBKK.

Page 25: MOHD KHIR BIN ABD MAJID - fp.utm.my · Seremban, Pegawai Jabatan Penerangan, Wisma Persekutuan, Seremban N.Sembilan dan rakan-rakan seperjuangan di atas kerjasama yang telah diberikan

7

1.5 Persoalan Kajian

a. Apakah tahap pengetahuan guru mata pelajaran KHB tentang KBKK.

b. Apakah tahap bahan rujukan yang sedia ada dapat memberi pendedahan dan

maklumat kepada guru KHB tentang KBKK.

c. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam rancangan pengajaran KHB.

d. Apakah tahap pengaplikasian KBKK proses pengajaran KHB

e. Apakah tahap pengaplikasian KBKK dalam penilaian KHB.