psk tingkatan 2 ppp1 2015

Upload: lee-dahlan

Post on 05-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PSK

TRANSCRIPT

Sulit1 Jam

Pendidikan Sivik Dan

Kewarganegaraan

LEMBAGA PEPERIKSAAN

SMK ABDUL RAHIM, KUDAT

SEMESTER 1

2009

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TINGKATAN DUA

1 JAM

Arahan : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU1. Kertas soalan ini mengandungi DUA bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B

2. Jawab semua soalan

Disediakan oleh:

Disemak oleh

disahkan oleh:

_________________________________________

______________________( JUANAH ENTIGANG ) ( MISIAH BINTI AJIK )

( KUA CHU GAN )Guru mata pelajaran

Ketua Panitia Sivik &

Ketua Bidang KemanusiaanPendidikan Sivik

Kewarganegaraan

SMK Abdul Rahimdan Kewarganegaraan

SMK Abdul RahimBahagian A: Soalan Objektif (40 Markah)Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat bagi soalan-soalan berikut.1. Kecemerlangan diri boleh ditakrifkan sebagai:

A. Tingkah laku positif seseorang individu.

B. Usaha berterusan untuk meraih kejayaan.

C. Objektif yang nyata dalam tempoh tertentu.

D. Kejayaan tertinggi yang dicapai oleh seseorang individu

2. Yang mana satukah bukan ciri-ciri kecemerlangan diri?

A. Mengamalkan pendidikan sepanjang hayat.

B. Bertanggungjawab.

C. Sentiasa berusaha memajukan diri.

D. Suka menangguhkan masa.

3. Apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang setelah dirinya diberi label negatif oleh orang lain?

A. Menegur sikap orang tersebut.

B. Mempertahankan maruahnya.

C. Membuat refleksi diri.

D. Mencipta kecemerlangan.

4. Ali bertekad untuk memperbaiki kelemahan dirinya agar dapat meningkatkan kecemerlangan dirinya. Langkah pertama yang dilakukannya ialah membuat refleksi diri. Ali telah menyenaraikan beberapa ciri-ciri dirinya yang cemerlang dan kurang cemerlang. Antara ciri-ciri berikut, manakah yang kurang cemerlang?A. Tidak menepati masa.

B. Suka membaca.

C. Peramah.

D. Suka menolong orang.

5. Apakah kebaikan berfikir secara optimis?

A. Dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi.

B. Tidak mudah dipengaruhi oleh unsur negatif.

C. Dapat bersaing dengan orang lain.

D. Dapat bertindak dan berfikir secara agresif.6. Komunikasi boleh berlaku dalam tiga bentuk. Antara berikut yang manakah merupakan komunikasi bukan menggunakan simbol?A. Lampu isyarat trafik.

B. Pernyataan Dilarang Merokok.

C. Papan tanda had laju di lebuh raya.

D. Isyarat jari tangan di bibir supaya senyap semasa di perpustakaan.7. Pernyataan di bawah merupakan komunikasi yang berkesan kecuali..A. Memahami maklumat tersirat daripada pernyataan tersurat yang disampaikan dengan meneliti perasaan yang mengiringi pernyataan tersebut.

B. Menanyakan soalan untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas.

C. Mengelak daripada membuat rumusan atau andaian sebelum mendengar penjelasan yang diberikan terlebih dahulu.

D. Membuat kerja lain ketika orang sedang bercakap.

8. Kita boleh bercakap secara terus-terang tanpa menggores hati atau perasaan seseorang dengan menggunakan teknik..A. Lisan atau verbal.

B. Komunikasi yang berkesan.

C. Bahasa badan atau non-verbal.

D. Simbol.

9. Setiap pekerjaan tidak akan berjaya hanya berbekalkan semangat tanpa disertai

A. Sikap sambil lewa.

B. Usaha dan kerajinan.

C. Sumber kewangan yang kukuh.

D. Bantuan daripada orang lain.10. Sanjana berminat dalam bidang rekaan fesyen. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal. Apakah nilai yang perlu diamalkan oleh Sanjana untuk mencapai cita-citanya.

A. Yakin diri

B. Putus asa

C. Hemah tinggi

D. Lemah semangat

11. Berikut merupakan cara-cara untuk meningkatkan perpaduan dalam keluarga kecuali

A. Sentiasa mengambil berat dan bertimbang rasa.

B. Menunjukkan penghargaan dan perasaan kasih sayang.

C. Bergaduh sesama sendiri dengan anggota keluarga.

D. Bersama-sama memikul tanggungjawab dengan baik.

12. Antara berikut, yang manakah bukan tanggungjawab ibu bapa?

A. Menjaga kebajikan ahli keluarga.

B. Memberi didikan yang secukupnya.

C. Menyediakan sepenuh kebebasan kepada anak-anak.

D. Meluangkan masa bersama anak-anak.

13. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Peribahasa ini menggambarkan

A. Segala suka duka dan cabaran hidup akan dikongsi bersama-sama.B. Perselisihan antara anggota keluarga biasanya tidak akan bertahan lama dan akan berbaik semula.

C. Segala konflik dalam keluarga akan dikongsi bersama-sama.

D. Setiap anggota keluarga akan berusaha untuk mengelakkan konflik.

14. Adik anda telah dimarahi oleh ibu bapa anda kerana mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Apakah tindakan anda?

A. Menyindirnya kerana tidak mendapat keputusan yang bagus.

B. Memarahinya dan mengungkit perkara yang lalu.

C. Memujuk dan memberi kata-kata perangsang.

D. Mengejek dan mentertawakan dirinya.

15. Antara berikut, yang manakah bukan tugas dan tanggungjawab anak-anak?

A. Mengikut nasihat ibu bapa

B. Mematuhi peraturan keluarga

C. Menyediakan kediaman untuk keluarga.

D. Saling membantu sesama keluarga.

16. Hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa anda bakal tiba. Apakah tindakan anda dan ahli keluarga yang lain?

A. Tidak mempedulikan tarikh tersebut.

B. Mengadakan majlis untuk meraikan mereka.

C. Meminta ibu bapa membelanja ahli keluarga.

D. Berpura-pura tidak mengingati tarikh tersebut.

17. Perlakuan yang manakah menunjukkan sikap sayang akan keluarga?

A. Mementingkan rakan-rakan daripada anggota keluarga.

B. Menceritakan masalah keluarga kepada orang lain.

C. Malu untuk bercerita tentang keluarga kepada rakan-rakan.

D. Tidak berkira dan sentiasa membantu anggota keluarga.

18. Keluarga anda ingin berkelah pada hujung minggu. Apakah reaksi anda?

A. Lebih suka berada bersama-sama rakan.

B. Menyertai perkelahan tersebut.

C. Memberi pelbagai alasan untuk tidak turut serta.

D. Memilih untuk tinggal di rumah sahaja.

19. Apakah langkah yang perlu diambil sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga anda ditimpa malang?

A. Membiarkannya menyelesaikan masalah tersebut seorang diri.

B. Berbincang dan cuba mencari jalan penyelesaian.

C. Menghindarkan diri daripada bertemu dengannya.

D. Mengejek-ejek dan mempersendakan dirinya.20. Bukti yang jelas bagi menggambarkan amalan hidup bermasyarakat di Malaysia ialah

A. Semua anggota masyarakat tidak takut untuk keluar dari rumah.

B. Masyarakat bebas menjalani kehidupan seharian tanpa gangguan.

C. Semua anggota masyarakat boleh hidup bersama tanpa mengira perbezaan latar belakang.

D. Masyarakat masih boleh bertegur sapa dengan jiran tetangga yang berbeza latar belakang.

21. Apabila kita menyuarakan sesuatu pendapat tentang sesuatu isu dan pendapat kita tidak dipersetujui, kita perlulahA. Mempertahankan pendapat kita sehingga diterima.

B. Mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa pendapat kita adalah pendapat yang paling bernas.

C. Bersedia mendengar pendapat orang lain kerana tidak semestinya semua pendapat kita adalah betul.

D. Bermasam muka kerana pendapat kita tidak diterima.

22. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan yang tidak harus anda lakukan?I. Menghargai dan mengasah bakat yang anda miliki.

II. Menerima hakikat bahawa setiap orang mempunyai bakat dan kebolehan yang berbeza

III. Berusaha belajar bernyanyi daripada Amy supaya anda dapat menjadi sepertinya

IV. Berasa rendah diri kerana anda tidak pandai bernyanyi dan melupakan bakat melukis yang anda miliki.

A. I dan II saja

B. I dan IV saja

C. II dan III saja

D. III dan IV saja

23. Bagaimanakah cara kita menghormati hak orang lain ketika bermesyuarat.

A. Menunggu sehingga semua hadir.

B. Meminta semua orang memberikan pendapat.

C. Memberi peluang kepada orang lain mengemukakan pendapat dan komen.

D. Menangguh untuk membuat keputusan kerana tidak cukup korum.

24. Antara contoh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia termasuklah:

I. Yayasan SALAM

II. Jabatan Kebajikan Masyarakat

III. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)IV. St. John Ambulans.A. I, II dan III sahaja.

B. II, III dan IV sahaja.

C. I, III dan IV sahaja.

D. I, II, III dan IV

25. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, apakah tindakan yang tidak wajar anda lakukan terhadap pernyataan di atas.A. Menderma wang ringgit

B. Memberi bantuan pakaian dan makanan

C. Menghulurkan bantuan berupa buku-buku

D. Hanya bersimpati dengan mereka tanpa berbuat apa-apa.

26. Kampung Harmoni telah menganjurkan kerja gotong-royong dalam membasmi pembiakan nyamuk aedas. Sebagai salah seorang penduduk kampung tersebut, apakah tindakan yang wajar anda lakukan?

A. Tidak dapat menghadirkan diri kerana terlalu sibuk dengan kerja anda.

B. Beranggapan bahawa tugas membasmi pembiakan nyamuk aedas wajar dilakukan oleh pihak berkuasa sahaja.

C. Melibatkan diri dalam kegiatan gotong-royong tersebut untuk kesejahteraan bersama.D. Hanya mendiamkan diri.

27. Pilih pernyataan yang benar.A. Individu yang mengamalkan semangat kekitaan berusaha menonjolkan kebolehan masing-masing.

B. Amalan bertegur sapa sesama jiran dapat menjalinkan hubungan yang erat dan mesra.

C. Aktiviti gotong-royong perlu dilakukan ketika waktu kecemasan sahaja.

D. Sikap individu yang gemar mengambil tahu hal peribadi boleh merenggangkan ikatan tali persaudaraan.

28. Apakah kelebihan mempunyai jiran yang sepakat?A. Mengetahui hal-hal peribadi jiran.

B. Menambahkan kekayaan yang dimiliki.

C. Menumpang kesenangan yang diperoleh jiran.

D. Menjamin keselamatan setempat daripada kegiatan jenayah.

29. Pilih individu yang sepatutnya melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawananI. Ali, 14 tahun, pelajar sebuah sekolah menengah di kawasan pedalaman.

II. Mei Mei, 19 tahun, operator telefon yang cacat penglihatan.

III. Wawa, 25 tahun, suri rumah yang memiliki tiga orang anak.

IV. Datuk Yee, 39 tahun, usahawan yang memiliki beberapa buah syarikat.A. I dan II saja

B. II dan IV saja

C. I, II dan IV saja

D. I, II, III dan IV

30. Antara berikut merupakan tarian yang terdapat di Malaysia kecualiI. Sumazau

II. Pua

III. Kuda KepangIV. Sape

A. I dan II saja

B. I dan III saja

C. II dan IV saja

D. III dan IV saja

31. Pernyataan yang berikut benar tentang tarian sumazau, kecualiA. Kedatangan pengunjung akan diraikan dengan tarian sumazau.B. Penari-penari tarian sumazau terdiri daripada lelaki dan wanita.C. Pakaian para penari tarian sumazau berwana serba hitam.D. Tarian sumazau biasanya dipersembahkan semasa Pesta Menuai.32. Mengapakah kita harus berbangga dan menghormati warisan kesenian pelbagai kaum Negara kita?

I. Warisan kesenian amat popular.

II. Warisan kesenian melambangkan identiti sesuatu Negara.III. Warisan kesenian ialah khazanah Negara yang tidak ternilai.

IV. Warisan kesenian boleh menambahkan pendapatan.

A. I dan IV

B. I dan III

C. II dan IV

D. II dan III

33. Mimi adalah seorang ahli jawatankuasa sambutan Minggu Kebudayaan di sekolahnya. Dia dan beberapa orang rakannya dikehendaki menyediakan rencana tentang beberapa seni muzik tradisional Malaysia. Berikut merupakan rencana yang boleh ditulis oleh Mimi dan rakan-rakannya kecuali..

A. Ghazal

B. Boria

C. KolamD. Opera Cina

34. Rebab merupakan sejenis alat muzik tradisional bertali kaum Melayu. Rebab dimainkan dengan cara digesek. Oleh itu, ketika memainkan rebab, alat yang diperlukan ialah..

A. Busur

B. Pemetik

C. TetaliD. Penggeser

35. Di atas merupakan beberapa contoh pelbagai warisan seni bina yang terdapat di Malaysia. Warisan seni bina ini.A. Merupakan tarikan pelancong dalam Negara mahupun pelancong asing

B. Melambangkan kekayaan sejarah serta budaya penduduk yang berbilang bangsa dan agama.

C. Mempamerkan seni bina yang cantik pada masa dahulu.

D. Merupakan tempat bercuti penduduk Malaysia.

36. Lukisan yang dilukis pelukis terkenal tanah air merupakan salah satu warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia. Antara berikut merupakan lukisan yang dihasilkan oleh pelukis tempatan kecualiA. Kelambu Dzulkifli Buyong (1964)

B. Crossing A Stream Khaw Sia (1951)

C. Amun Atai Igintam Said Himran Sairan (2004)

D. Ke Makam Bonda Usman Awang 37. Antara yang berikut, yang manakah bukan permainan rakyat?A. Wau

B. Lompat galah

C. Gasing

D. Dam

38. Batik merupakan salah satu daripada kraf tangan tradisional yang sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar bagi batik.I. Batik merupakan seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna khusus.

II. Batik dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil melalui proses penerapan lilin dan pencelupan benang.

III. Batik berasal daripada kata Jawa ambatik yang bermaksud kain bercorak titik-titik kecil.

IV. Batik banyak dihasilkan di pantai timur Semenanjung, terutamanya di Terengganu dan Kelantan.A. I, II dan IV.

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV

39. Pua digunakan oleh kaum Iban untuk menghasilkanI. Kain selimut

II. Kain sarung pendek

III. Kain cawat panjang

IV. Kain basahan

A. I dan III saja

B. I, II dan III saja

C. I, III dan IV saja

D. I, II, III dan IV40. Apakah sumbangan warisan kesenian pelbagai kaum terhadap Negara?

A. Meningkatkan imej Negara di kalangan pelancong.

B. Memperlihatkan keunikan budaya masyarakat pelbagai kaum.

C. Merapatkan jurang antara pelbagai kaum.

D. Membezakan antara suatu kaum dengan kaum yang lain.

Bahagian B : Soalan Struktur (10 Markah).

Jawab semua soalan dan tulis jawapan di ruang yang disediakan.

1. Pada pendapat anda, mengapakah sikap positif penting untuk mencapai kecemerlangan diri?

a. __________________________________________________________________

b. __________________________________________________________________

2. Selain ibu bapa, anak-anak juga mempunyai tanggungjawab kearah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Berdasarkan pernyataan yang diberi, senaraikan tanggungjawab tersebut.

a. __________________________________________________________________

b. __________________________________________________________________

3. Nyatakan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang individu menyuarakan pendapat.

a. ___________________________________________________________________

b. ___________________________________________________________________

4. Senaraikan kepentingan sikap mengutamakan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya.

a. ___________________________________________________________________

b. ___________________________________________________________________

5. Bagaimanakah cara kita menunjukkan rasa bangga terhadap kepelbagaian dan kekayaan kesenian budaya di Malaysia?

a. ___________________________________________________________________

b. ___________________________________________________________________

SKEMA JAWAPANSOALAN OBJEKTIF

1. A

2. D

3. C

4. A

5. B

6. B

7. D

8. B

9. B

10. A

11. C

12. C

13. B

14. C

15. C

16. B

17. D

18. B

19. B

20. C

21. C

22. D

23. C

24. C25. D

26. C

27. B

28. D

29. D

30. C

31. A

32. D

33. C

34. D

35. B

36. D

37. B

38. D39. B

40. B

SOALAN STRUKTUR1) a) dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang.b) dapat melahirkan individu yang berketerampilan dan berkebolehan.

c) dapat melahirkan individu yang tabah menerima cabaran.

d) dapat mewujudkan Negara dan masyarakat yang harmoni.

2)

a) mematuhi peraturan keluarga.

b) saling membantu dalam keluarga

c) berusaha memajukan diri dan keluarga.

d) berkomunikasi dengan baik dan sopan dengan ahli keluarga.

3)

a) tidak bercakap perkara yang boleh menimbulkan perasaan buruk sangka.

b) bercakap tentang perkara yang dibenarkan sahaja.

c) pendapat tersebut berdasarkan nilai-nilai moral yang sesuai.

d) tidak menyuarakan pendapat yang bersifat perkauman.

4)

a) membentuk Negara yang aman dan harmoni

b) mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat.

c) merapatkan jurang perbezaan kaum.

d) melancarkan proses pembangunan Negara.

5)

a) melibatkan diri dalam usaha mempertahankan warisan kesenian pelbagai kaum.b) membuat demonstrasi tentang kesenian pelbagai kaum di luar Negara.

c) mewujudkan laman wen, buku, dan sebagainya tentang kesenian pelbagai kaum.

d) menyedarkan generasi muda tentang kekayaan budaya kesenian pelbagai kaum.

Nama: _____________________________________________________________

Tingkatan: __________________________________________________________

Amy berbakat besar dalam bidang nyanyian. Dia sering memenangi pertandingan nyanyian yand disertainya. Anda tidak pandai bernyanyi seperti Amy tetapi sangat berminat untuk menjadi seperti Amy. Anda hanya pandai melukis.

Sebulan sudah berlalu tragedi tsunami berlaku, iaitu pada 26 Disember 2004. Namun penderitaan mangsanya masih hangat terasa oleh sesiapa jua beribu-ribu jauh batu walau di mana mereka berada.

Rumah Melayu tradisi

Kuil Kek Lok, Pulau Pinang

Masjid Tengkera, Melaka

Kuil Sri Mahamariamman, Kuala Lumpur

Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan

4