prosiding sembara 2017 - kiemiftah.net

64

Upload: others

Post on 04-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net
Page 2: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

PROSIDING

Penyunting: Mohd Shahrizal Bin Nasir Mohd Firdaus Bin Yahaya

Mohd Fauzi Bin Abdul Hamid

© Hakcipta Universiti Sultan Zainal Abidin, 2017

Diterbitkan Oleh: Universiti Sultan Zainal Abidin

ISBN 978-967-0899-73-2

Page 3: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

ix

Mohamad Rofian Ismail, Mohd Syukri Abdul Rahman, Ahmad Redzaudin Ghazali, Muhammad Daoh & Mohd Izzudin Mohd Pisol

AKTIVITI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KETIGA DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN MENGGUNAKAN GOANIMATE.COM .......................................................................................................................................... 854

Ahmad Zaki bin Amiruddin, Prof. Madya Dr. Ahmed Thalal bin Hassan Dr. Ahmad bin Abdul Rahman, Nor binti Abdul Rahman & Amanee binti Abdul Hai

PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN KREATIVITI PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB DI MALAYSIA ................................................................................. 863

Mohammad Rusdi Bin Ab Majid & Zawawi Bin Ismail

TAHAP PENGGUNAAN STRATEGI MEMBACA TEKS KESUSASTERAAN ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR STAM. ..................................................... 877

Noraisyah binti Zainal & Nik Mohd Rahimi bin Nik Yusoff

PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU BAHASA ARAB ............................................................................................................. 892

Muhammad Haron Husaini, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Ahmad Shafiq Mat Razali, Diyak Ulrahman Mat Saad, Syafiqah Mohd Hairon, Syafiqah Mohd Hairon, Dr. Nur Hanani Hussin & Mohd Khamal Md Daud

PENGGUNAAN UNSUR KESEPADANAN PERIBAHASA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB ........................................................................... 898

Haji Ahmad bin Ismail

ANALISIS FAKTOR KEJAYAAN PELAJAR DALAM KELAS MAHARAT AL-MUHADATHAH DI UNISZA ...................................................................................... 910

Normila Binti Noruddin @ Che Ahmad & Nik Murshidah Binti Nik Din

SIKAP DAN MOTIVASI TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB: SATU TINJAUAN LITERATUR ............................................................................................. 920

Nur Afifah binti Fadzil, Nuraznan bin Jaafar, Roslida binti Saat & Ahmad Syukri bin Musa

PENGAJARAN BAHASA ARAB DEWASA: PENGALAMAN MODUL BAHASA ARAB SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN (SPQ) UNIVERSITI MALAYA .............. 932

Nor Hazrul Mohd. Salleh & Wan Rohani Wan Mokhtar

PENGAJARAN SUBJEK DINI DALAM BAHASA ARAB DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MALAYSIA .............................................................. 940

Norfaezah Mohd Hamidin

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB: TINJAUAN AWAL PERINGKAT SEKOLAH RENDAH TERENGGANU ............................................. 948

Nazilah Mohamad, Siti Zanariah Yusoff, , Nor Hafizah Abdullah, Sharipah Nur Mursalina Syed Azmy

Page 4: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

854

AKTIVITI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KETIGA DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

MENGGUNAKAN GOANIMATE.COM

Ahmad Zaki bin Amiruddin, Prof. Madya Dr. Ahmed Thalal bin Hassan Dr. Ahmad bin Abdul Rahman, Nor binti Abdul Rahman & Amanee binti Abdul Hai

Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan, Malaysia [email protected], [email protected], [email protected],

[email protected], [email protected]

ABSTRAK Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa ketiga banyak menekankan kepada aktiviti-aktiviti sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Aktiviti-aktiviti PdP yang dirancang oleh para pengajar adalah bagi memastikan kemahiran-kemahiran bahasa yang empat, iaitu; kemahiran membaca, mendengar, bertutur dan menulis diperoleh oleh para pelajar secara lebih berkesan. Pelajar-pelajar bahasa Arab sebagai bahasa ketiga biasanya bermula daripada tiada asas langsung dan tempoh pembelajaran yang singkat. Hal ini menyebabkan mereka lebih memerlukan aktiviti-aktiviti PdP secara amali dan praktikal langsung. Justeru, topik kajian ini diketengahkan bagi membentangkan satu aktiviti PdP yang dilaksanakan bagi menggilap kemahiran bertutur para pelajar secara langsung dengan menggunakan satu aplikasi atas talian berbentuk multimedia dan animasi yang dinamakan GoAnimate.Com. Pembentangan topik ini meliputi pengenalan kepada aplikasi, fungsi dan penggunaannya secara ringkas, penerangan aktiviti yang dilaksanakan dalam PdP kursus Bahasa Arab di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggunakan aplikasi tersebut dan beberapa contoh video animasi yang dibuat oleh para pelajar untuk aktiviti berkenaan (disediakan link video dan screenshot). Dalam kesimpulan topik ini, turut disenaraikan poin-poin yang diperoleh hasil pemerhatian sepanjang aktiviti PdP tersebut berlangsung. Pembentangan topik seperti ini diharapkan dapat memberi satu lontaran idea bagi mempelbagaikan lagi aktiviti PdP bahasa ketiga secara umumnya yang mana digabungkan dengan penggunaan teknologi dan aplikasi yang banyak tersedia secara atas talian, di samping merancakkan lagi penggunaan teknologi dalam proses PdP yang mana merupakan saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam salah satu Projek Agenda Kritikal (CAPs – Critical Agenda Projects). Keywords: aktiviti bahasa; aplikasi; e-pembelajaran; kemahiran bahasa; bahasa Arab.

PENGENALAN Kepelbagaian aktiviti pembelajaran dalam bahasa Arab sebagai bahasa ketiga menjadikan proses PdP bahasa Arab dilihat lebih aktif dan tidak kaku. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan adalah berdasarkan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh para pelajar pada akhir pembelajaran. Secara langsung memastikan mereka memperoleh kemahiran-kemahiran bahasa yang empat; kemahiran membaca, mendengar, bertutur dan menulis mengikut kesesuaian peringkat dan tempoh pembelajaran mereka.

Dalam topik ini, aktiviti pembelajaran yang diketengahkan adalah bertujuan melatih pelajar dengan kemahiran bertutur bagi kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di Universiti Malaysia Kelantan. Penggunaan aplikasi atas talian berbentuk multimedia dan

Page 5: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

855

animasi digunakan bagi menjayakan aktiviti yang dinyatakan. Aplikasi tersebut dikenali sebagai GoAnimate.Com dengan fungsi-fungsi yang mudah dan user-friendly. Hasilnya, para pelajar dapat menghasilkan video animasi berbahasa Arab yang sangat menarik dengan panduan ringkas dan contoh video oleh pengajar.

KONSEP AKTIVITI PEMBELAJARAN Aktiviti pembelajaran merupakan satu kompenan dalam senario pedagogi yang sangat luas (Learning Activity: http://edutechwiki.unige.ch/en/Learning_activity, 13 September 2017). Mengikut Schneider dan rakan-rakan (2004) aktiviti pembelajaran ialah construction-based teaching (pengajaran secara pembentukan) atau activity-based yang mana pengajar pelu mereka cipta/membentuk, memandu dan memantau aktiviti pelajar. Takrifan Schneider dan rakan-rakan ini menekankan keperluan persediaan pengajar dalam mereka cipta aktiviti bersesuaian dengan pelajar, seterusnya memberi panduan, dan akhirnya memantau.

Menurut Schuell (1986) bahawa peranan utama pengajar adalah memastikan keterlibatan para pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan. Pelaksanaan daripada para pelajar adalah lebih penting berbanding apa yang dilakukan oleh pengajar. Berdasarkan kenyataan ini, difahami bahawa aktiviti pembelajaran adalah salah satu proses PdP yang dirancang, dibina, dibentuk dan disusun secara rapi oleh pengajar dan seterusnya dilaksanakan oleh para pelajar dengan panduan dan pemantauan pengajar.

Aktiviti pembelajaran menjadi lebih canggih dan moden pada era globalisasi ini dengan gabungan penggunaan teknologi yang dilihat semakin dekat dengan para pelajar ‘gen-Z’. Penggunaan teknologi dalam aktiviti pembelajaran melibatkan aplikasi sedia ada dalam sesuatu alatan teknologi tanpa perlu capaian internet atau aplikasi atas talian yang memerlukan capaian internet untuk diakses. Topik ini akan memfokuskan kepada aktiviti pembelajaran menggunakan aplikasi atas talian yang telah tersedia, disesuaikan untuk bahasa Arab; kemahiran bertutur.

PENGENALAN KEPADA GOANIMATE.COM Aplikasi atas talian yang menjadi fokus utama topik ini dikenali sebagai GoAnimate.Com yang boleh diakses melalui url: https://goanimate.com/.

Page 6: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

856

GoAnimate.Com merupakan laman sesawang yang menyediakan satu platfom secara

cloud-based (storan atas talian) untuk dibangunkan video animasi secara interaktif (http://en.wikipedia.org/wiki/GoAnimate, 19 September 2017). “Make Profesional Animated Videos” – membangunkan video-video animasi secara profesional – menjadi moto yang dipamerkan dalam laman ini kerana proses pembangunan video animasi menggunakan fungsi-fungsi tersedia dalam laman ini sangat mudah untuk diikuti oleh semua. Turut dinyatakan dalam laman ini adalah Make your first video in less than five minutes – sediakan video pertama anda hanya dalam masa kurang dari lima minit –, kerana video yang siap dibangunkan akan kelihatan seolah-olah sentuhan dan rekaan seorang profesional dalam bidang animasi (http://goanimate.com/, 19 September 2017).

GoAnimate.Com dibangunkan pada tahun 2007 oleh Alvin

Hung yang pada asalnya untuk kegunaan peribadi, iaitu; beliau ingin menyediakan satu video animasi khas untuk isterinya. Bermula pada pertengahan tahun 2008, GoAnimate mula dibuka secara live kepada umum. Pada tahun 2011, GoAnimate telah menjadi rakan kongsi Youtube Create (satu aplikasi khas yang disediakan dalam Youtube.Com). Pada akhir Ogos 2011, GoAnimate for Schools telah dilancarakan secara

rasmi yang khas untuk kegunaan pengguna-pengguna dalam pendidikan dengan beberapa fungsi yang lebih menfokus kepada keperluan pembelajaran dan pengajaran. Pada tahun-tahun berikutnya sehingga 2015, pelbagai proses naik taraf telah dilakukan dalam GoAnimate; dengan

penambahan tema-tema, karakter-karakter (watak-watak) kartun, muat turun video bersaiz 1080p, perubahan pelan percuma kepada 14 hari pelan percubaan (14 days trial) pada tahun 2015 dan penukaran penggunaan Adobe Flash kepada HTML5 juga dilakukan bagi memastikan kesesuaian alatan mobil (mobile device compatibility) (http://en.wikipedia.org/wiki/GoAnimate, 19 September 2017). Proses naik taraf ini telah menjadikan GoAnimate semakin popular dan lebih menarik.

Page 7: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

857

GoAnimate merupakan produk

komersial yang menawarkan beberapa pelan/pakej untuk pilihan pengguna di samping menawarkan 14 hari percubaan pakej premium secara percuma sebagai promosi. Pakej-pakej adalah seperti tertera di gambar rajah sebelah; GoPublish, GoPremium, GoTeam. Perbezaan harga pakej adalah berdasarkan fungsi-fungsi yang disediakan, seperti; templat, tema-tema, watak-watak animasi dan fungsi muat turun mengikut kualiti video mengikut saiz-saiz tertentu (http://goanimate.com/, 19 September 2017).

Terdapat pakej khas untuk pengguna-pengguna dalam bidang pendidikan yang boleh

dilanggan melalui GoAnimate for School. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah dengan fungsi yang sama dengan pakej premium GoAnimate biasa, walau bagaimanapun pendaftaran perlu disertakan dengan nama institusi pendidikan/pengajian yang sah (http://goanimate4schools.com, 19 September 2017).

FUNGSI DAN CARA PENGGUNAAN GOANIMATE.COM GoAnimate.Com adalah platform atas talian yang telah menyediakan fungsi-fungsi tertentu bagi memudahkan pengguna menghasilkan satu video animasi dengan hanya memilih tema, menyusun atur karakter/watak kartun pilihan, memasukkan suara, teks, latar belakang dan akhir sekali preview video animasi yang dihasilkan, seterusnya publish sama ada untuk dimuat turun, atau dimuat naik ke laman multimedia lain seperti Youtube mengikut jenis pakej yang dilanggan, bagi pakej percubaan selama 14 hari secara percuma, hanya dapat berkongsi link sahaja, fungsi muat turun dan kongsi ke Youtube tidak dibenarkan. Berikut ringkasan fungsi dan cara penggunaan GoAnimate.Com secara bergambar (screenshot), manual penggunaan juga boleh dirujuk ke Nota Web Tools for MOOC UMK (belum diterbitkan secara rasmi, disediakan oleh UMK MOOC Production Team) di https://goo.gl/6XMnaN, serta video tutorial di https://youtu.be/c6lylXVsahY (disediakan oleh salah seorang UMK MOOC Production Team, En. Mohd Hafizie Bin Suhaimi).

Page 8: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

858

Pengguna perlu mendaftar dengan memasukkan e-mel dan butiran-butiran yang diminta bagi mendapatkan akaun percubaan selama 14 hari secara percuma. Setelah mendaftar, satu e-mel pengesahan akan dihantar oleh pihak GoAnimate bagi meneruskan proses pengaktifan akaun. Jika langkah-langkah di atas tiada sebarang masalah, pengguna akan melihat paparan seperti di gambar rajah (1). Untuk memulakan proses pembikinan video, butang Make a Video perlu ditekan untuk paparan seterusnya.

Dalam gambar rajah (2), dipaparkan senarai tema untuk dipilih mengikut kesesuaian video yang akan dibangunkan. Pemilihan tema penting bagi memastikan cara persembahan video yang akan dihasilkan memenuhi keperluan pengguna dari segi susun atur, pemilihan latar belakang,

kemasukan suara dan lain-lain. Seterusnya, setelah pemilihan tema (Business Friendly dipilih sebagai contoh), paparan

seperti di gambar rajah (3) akan dapat dilihat. Di sebelah kiri merupakan konfigurasi yang boleh diubah atau ditambah dalam tema yang sedia ada, seperti; perubahan latar belakang, pemilihan karakter/watak kartun lain, penambahan bahan-bahan luar (seperti gambar, audio dan

sebagainya), teks, carta dan muzik/lagu latar. Di bahagian bawah merupakan timeline bagi video animasi yang menunjukkan durasi/tempoh sesuatu video dihasilkan. Untuk mengubah aksi, gaya dan ekspresi muka karakter/watak kartun hanya perlu klik di atasnya, dan akan keluar satu paparan di sebelah kiri seperti di gambar rajah (4). Pelbagai aksi, gaya dan ekspresi muka yang boleh dipilih pada bahagian Action. Di

samping itu, pada bahagian Dialog, penambahan suara boleh dilakukan dengan beberapa pilihan seperti di gambar rajah (5), iaitu; Mic Recording (rakam suara secara terus), Upload File (memuat naik rakaman suara daripada luar), Your Library (rakaman suara yang telah

Page 9: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

859

sedia ada dalam storan GoAnimate), Text-to-Speech (suara komputer berdasarkan skrip dialog yang ditulis). Kelebihan GoAnimate, apabila dimasukkan rakaman suara atau menggunakan Text-to-Speech, karakter/watak akan menggerakkan bibir secara automatik mengikut suara tersebut. Ini menjadikan video animasi yang dihasilkan kelihatan hidup dan profesional. Video animasi yang telah siap, bagi pengguna secara percuma hanya dibenarkan berkongsi link video yang dihasilkan. Manakala bagi pengguna yang melanggan/berbayar, mereka boleh memuat turun video yang dihasilkan tanpa sebarang sekatan. Selain memuat turun, video juga boleh dimuat naik terus ke Youtube, VIMEO dan lain-lain seperti di gambar rajah sebelah.

PELAKSANAAN GOANIMATE.COM DALAM KURSUS BAHASA ARAB UMK Kursus Bahasa Arab di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ditawarkan kepada para pelajar sebagai salah satu daripada tujuh (7) kursus bahasa ketiga yang ada. Antara syarat kursus ini adalah para pelajar yang ingin mengambilnya; mereka tidak pernah mengambil subjek bahasa Arab di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah kerana fokus silibus adalah kepada peringkat asas atau permulaan (beginner). Hasil pembelajaran kursus adalah menekankan kepada penggunaan asas tatabahasa dalam ayat-ayat ringkas (kemahiran menulis), kepekaan kepada ayat-ayat diperdengar (kemahiran mendengar), sebutan huruf yang betul (kemahiran membaca) dan akhir sekali; pembentangan bagi mempraktik kemahiran berbahasa secara individu dan berkumpulan (kemahiran bertutur). GoAnimate.Com dalam kursus Bahasa Arab UMK digunakan bagi aktiviti pembelajaran yang menekankan kepada hasil pembelajaran berkaitan mempraktik kemahiran berkomunikasi secara berdua. Tugasan diberikan kepada para pelajar kursus ini sebagaimana butiran-butiran berikut:

1. Setiap pelajar perlu mempunyai pasangan (berdua) dan mula memilih tajuk perbualan mengikut situasi yang ringkas berpandukan buku teks atau mana-mana sumber yang dipercayai.

2. Teks perbualan yang dipilih perlu diubahsuai dari segi perkataan (menggunakan perkataan lain selain dari buku teks), dan diubahsuai mengikut kesesuaian gender/jantina (siapa yang bercakap dan dengan siapa akan bercakap – rujuk guru/pensyarah jika ada sebarang kemusykilan).

3. Satu video animasi berdurasi 30 saat hingga 2 minit perlu dihasilkan menggunakan GoAnimate.Com (panduan penggunaan akan diterangkan oleh guru/pensyarah).

4. Video animasi yang dihasilkan perlu mempunyai audio suara sendiri (tidak boleh menggunakan suara orang lain atau fungsi text-to speech).

Page 10: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

860

5. Untuk tambahan lain, seperti muzik latar, gerak animasi dan pemilihan tema adalah bebas mengikut kreativiti.

6. Video yang siap perlu dihantar ke e-mel guru/pensyarah (akan dimaklumkan kemudian).

Butiran-butiran tugasan yang dinyatakan diberikan kepada para pelajar secara

penerangan lisan dan bertulis bagi memastikan aktiviti berjalan lancar dan objektif aktiviti tercapai dengan sebaiknya. Di samping itu, satu sesi penerangan panduan penggunaan GoAnimate.Com diadakan, para pelajar didedahkan satu per satu fungsi-fungsi di dalam GoAnimate dan sesi soal jawab yang mengambil masa selama satu jam kelas tutorial. Contoh video yang disediakan oleh guru/pensyarah dibentangkan semasa sesi penerangan tersebut, video tersebut boleh disaksikan di Youtube melalui link: Video (1) https://youtu.be/ckNyqGHzKKA dan Video (2) https://youtu.be/Eb9ZlkO67Zg.

Hasil daripada tugasan yang dilakukan oleh para pelajar telah dimuat naik ke Youtube untuk tontonan semua pelajar (saling melihat hasil kawan-kawan) dan juga dibuka untuk tontonan umum sebagai promosi bahasa Arab secara tidak langsung. Video-video yang dihasilkan oleh para pelajar boleh ditonton melalui Playlist Youtube di link: https://www.youtube.com/playlist?list=PLsN8E3WtLqoc2d5iPeYc8iPCSRY77Hfqv.

Page 11: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

861

KESIMPULAN DAN PENUTUP Hasil daripada pelaksanaan aktiviti pembelajaran melalui tugasan penggunaan GoAnimate.Com oleh para pelajar, didapati mereka sangat seronok dan bersemangat ketika meneroka aplikasi atas talian berbentuk multimedia dan animasi itu. Ini jelas dilihat daripada video-video yang dihasilkan oleh mereka dengan penggabungan gerakan animasi yang pelbagai, pemilihan tema dan latar belakang yang sesuai dengan situasi perbualan, penggunaan muzik latar dan beberapa fungsi lain mengikut kreativiti mereka walaupun tidak disentuh secara langsung dalam sesi penerangan. Di samping itu, mereka mempraktik kemahiran bertutur secara langsung, seterusnya menjayakan hasil pembelajaran yang menekankan kepada kemahiran komunikasi lisan. Walaupun masih terdapat kekurangan dan kelemahan dari segi intonasi, sebutan huruf, kefasihan dan tatabahasa, namun bagi pelajar peringkat asas atau permulaan mereka layak diberi pujian.

Melalui pemerhatian yang dinyatakan di atas, topik kajian ringkas ini dapat disimpulkan bahawa aktiviti pembelajaran bahasa secara umumnya, dan bahasa Arab secara khususnya menjadi lebih menarik dan tidak kaku apabila digabungkan dengan penggunaan aplikasi-aplikasi moden sama ada atas talian ataupun luar talian. Tambahan lagi, para pelajar ‘gen-Z’ pada masa kini yang dilihat tidak dapat lagi dipisahkan dengan alatan teknologi, perlu kepada usaha-usaha seperti ini, iaitu; usaha penggabungan teknologi dengan teknik pembelajaran. Hal ini bukan sahaja memberi mereka ruang yang lebih luas bersama alatan teknologi, bahkan menyediakan mereka peluang untuk memanfaatkan kemodenan ke arah yang terbaik. Kemajuan teknologi bukan lagi sesuatu yang boleh dibendung, tetapi bagaimana untuk memastikan penggunaan teknologi ke arah manfaat maksima.

Sebagai penutup, topik seperti ini sekadar menyediakan perkongsian pengalaman dalam proses PdP yang dilaksanakan oleh para penyelidik topik ini secara langsung, dan

Page 12: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

862

yang pasti lebih banyak aplikasi telah diguna pakai dalam PdP secara lebih kreatif dan inovatif oleh ramai lagi di luar sana. Walau bagaimanapun, topik ini diharapkan dapat mencetuskan idea-idea baru dalam proses PdP terutama berkaitan bahasa ketiga, dan secara umumnya berkaitan semua subjek yang mana para pelajar generasi kini dilihat kurang berminat dengan pembelajaran secara kuliah/syarahan semata-mata tetapi mereka lebih mengharapkan pembelajaran secara aktif, mudah dan efektif.

Di samping itu, melalui pembentangan topik ini akan turut mencetuskan topik-topik kajian yang lebih mendalam dan berkualiti, seterusnya menghasilkan teknik, pendekatan dan strategi PdP yang lebih luas dan terkini sesuai dengan perkembangan teknologi dari semasa ke semasa.

RUJUKAN Create Animated Videos for your Business | GoAnimate.com. http://goanimate.com/. 19

September 2017

Daniel Schneider, Mourad Chakroun, Pierre Dillenbourg, Catherine Frété, Fabien Girardin, Stéphane Morand, Olivier Morel, Paraskevi, Synteta. (2002 & 2004). TECFA Seed Catalog http://tecfa.unige.ch/proj/seed/catalog/. TECFA, University of Geneva.

GoAnimate for Schools. http://goanimate4schools.com. 19 September 2017

GoAnimate-Wikipedia. http://en.wikipedia.org/wiki/GoAnimate. 19 September 2017.

Mohd Hafizie bin Suhaimi. Basic User Manual Using GoAnimate. 19 September 2017. https://youtu.be/c6lylXVsahY

Schuell, Thomas J. (1986). Cognitive Conceptions Of Learning. Review Of Educational Research.

UMK MOOC Production Team. (2017). Web Tools for MOOC UMK. https://goo.gl/6XMnaN. Unpublished.

Page 13: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

863

PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN KREATIVITI PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB DI MALAYSIA

Mohammad Rusdi Bin Ab Majid & Zawawi Bin Ismail

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Pengetahuan Pedagogi guru bahasa Arab di Malaysia dan kreativiti pengajaran guru. Pengetahuan Pedagogi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan atau dikenali dengan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) yang telah diperkenalkan oleh Mishra & Koehler (2006). Model ini dijadikan kerangka asas kepada kajian ini. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 530 orang guru bahasa Arab di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dan pensampelan secara rawak dijalankan bagi pengumpulan data. Data kajian dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Sosial Science’ SPSS versi 20. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Pengetahuan Pedagogi guru bahasa Arab berada pada tahap tinggi (Min = 4.03, SP = 0.36). Manakala kreativiti pengajaran guru juga berada pada tahap tinggi (Min = 4.08, SP = 0.38). Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativiti pengajaran guru (r = .631, p < 0.01) bahasa Arab di Malaysia. Kekuatan hubungan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativiti pengajaran dikategorikan sebagai sederhana. Kesimpulannya, berdasarkan kepada dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa guru bahasa Arab di Malaysia mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam Pengetahuan Pedagogi dan sangat baik dalam kreativiti pengajaran.

Kata kunci: Pengetahuan Pedagogi, Kreativiti Pengajaran Guru, guru bahasa Arab, Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan.

Abstract This study is to investigate Pedagogical Knowledge and creativity in teaching. Pedagogical Knowledge is one of the elements contained in the model of Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) that have been introduced by Mishra & Koehler (2006). This model is used as the main reference for this research. Respondents in this study consisted of 530 Arabic teachers involving Peninsular Malaysia including Sabah and Sarawak. Quantitative research methods used and random sampling carried out for the collection of data. The data are analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 20. The findings show that Pedagogical Knowledge (mean = 4.03, SD = 0.36) is at high level. The findings on creativity of teaching (mean = 4.08, SD = 0.38) is at high level. The findings also describe the positive relationship between Pedagogical Knowledge and the creativity of teaching (r = .631, p < 0.01)Arabic in Malaysia is at medium level. In conclusion, based on the finding clearly indicate that the Arabic language teachers in Malaysia have an excellent knowledge in Pedagogical Knowledge and excellent knowledge in creativity of teaching. Keywords: Pedagogical Knowledge, Creativity of teaching, Arabic language teacher Technological Pedagogical Content Knowledge.

PENDAHULUAN Pedagogi merupakan satu ilmu yang luas dan mendalam mengenai proses pengajaran dan pembelajaran. Ilmu pedagogi meliputi aspek pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah, kurikulum sekolah, perlakuan mengajar, interaksi guru-pelajar dan sebagainya. Pengetahuan ini merupakan salah satu elemen penting yang diutarakan oleh Mishra &

Page 14: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

864

Koehler (2006) dan Shulman (1987, 1986) bagi merujuk kepada pengetahuan dan kefahaman yang diperlukan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Banyak kajian menunjukkan kepentingan yang tinggi kepada penguasaan Pengetahuan Pedagogi bagi seorang guru. Hampir kesemua pakar pendidikan menyatakan persepakatan kepada keperluan Pengetahuan Pedagogi dalam menghasilkan pengajaran yang baik (Abdullah Nasih Ulwan, 1994: Elbaz, 1983: Grossman, 1990: Parkay & Stanford, 2004: Putman & Borko, 1997: Shulman, 1987; Webb & Cox, 2004; Zawawi, 2005). Keperluan ini makin mendesak selaras dengan peredaran zaman terutama pada zaman sekarang yang menekankan kepada keperluan teknologi maklumat dalam pengajaran.

Dalam konteks kajian ini juga, kreativiti pengajaran merupakan antara aspek penting yang perlu diambil perhatian dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran supaya proses tersebut mampu menjana perubahan signifikan seperti dalam gagasan yang telah ditetapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadap aspek pengajaran yang bersifat kreatif menjadi asas kepada pencapaian kecemerlangan pelajar. Perkembangan pendidikan semasa juga menuntut kepada perubahan dari segenap aspek terutama sekali dalam melaksanakan proses pengajaran kepada pelajar. Justeru, perubahan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Arab perlu dilakukan demi merialisasikan proses pembinaan pengetahuan pelajar yang mampu mendepani cabaran semasa.

Kesimpulannya, perkembangan kemajuan yang pesat dalam kehidupan hari ini secara langsung memberi kesan ke atas pendidikan terutama impak terhadap Pengetahuan Pedagogi guru. Guru perlu sentiasa melihat kesesuaian perkembangan semasa untuk merancang pengajaran yang baik supaya memberi impak yang besar dan seterusnya menjadi suatu perlakuan bermakna dan mampu menarik minat pelajar. Usaha ini perlu diterjemahkan dalam bentuk pengajaran yang berbentuk kreatif dengan melihat kepada keperluan semasa dalam pendidikan. Oleh sebab itu kajian ini sangat penting untuk melihat sejauh mana pengetahuan guru dalam Pengetahuan Pedagogi dan kreativiti pengajaran di samping melihat hubungan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia.

KAJIAN LITERATUR Sebahagian besar penyelidikan yang telah dijalankan di Malaysia membuktikan wujudnya kelemahan guru dalam aspek penguasaan Pengetahuan Pedagogi (Abdullah Ishak, 1995; Ab. Halim Tamuri et al, 2004; BPI, 1993; Abdul Rahman & Yusni Abd Rahman, 2003; Che Kamarudin Kamel Che Muhammad, 1999; Hasbullah Kamarulzaman Abdul Ghani et al, 2003; Mohd. Jasmy Abd. Rahman & Muhammad Yusro Borhan Nordin, 2003: Muhammad Rusdi, 2016; Rosmaria Mohd Sahat, 2003; Rusni Abdul Latif, 2007; Yahya Abdullah, 2003; Zarima Mohd Zakaria, 2005).

Penyelidikan dan kajian yang dilaksanakan di Malaysia terhadap guru bahasa Arab juga membuktikan perkara yang sama iaitu hampir keseluruhan kajian mendapati Pengetahuan Pedagogi guru bahasa Arab masih berada pada tahap yang sederhana (Amri, 2005; Majdah Mohammad, 2010; Mohamad Zarkhuan Zainol, 2010; Nor Faizah, 2005; Omar, 2010; Rofeah, 2007; Yasrina Yaacob, 2010).

Page 15: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

865

Di samping penguasaan Pengetahuan Pedagogi aspek kreativiti merupakan elemen penting bagi seorang guru. Banyak kajian semenjak dari dulu hingga sekarang telah dijalankan dan mendapati bahawa elemen kreativiti sangat diperlukan bagi seorang guru dalam proses mendidik kanak-kanak (Abdullah Hassan & Ainon, 2006; Chamorro dan Richenbacher, 2008; Cropley, 1999; Furlong, 2005; Maybien, J & Swan, 2007; Robert, 2006; Trivedi & Bhargava, 2010; Yu & Patterson, 2010; Zawawi Ismail, 2005). Proses Pengajaran dan pembelajaran juga akan lebih bermakna sekiranya wujud elemen kreativiti. Kajian yang dibuat oleh Foundation for Critical Thinking yang mendapati hampir 90% guru yang menjadi responden bersetuju bahawa elemen kreatif merupakan unsur utama yang membantu kejayaan proses pengajaran (Debra Jackson & Paul Newberry, 2012).

Secara umumnya tidak banyak kajian yang menyeluruh dan komprehensif berkaitan Pengetahuan Pedagogi dan kreativiti pengajaran guru dalam kalangan guru bahasa Arab di Malaysia. Atas sebab tersebut, amat bertepatan satu kajian yang komprehensif dilakukan bagi melihat kedudukan sebenar Pengetahuan Pedagogi guru bahasa Arab agar selari dengan keperluan pada abad ke-21. Kajian terhadap guru bahasa Arab ini sangat relevan disebabkan guru merupakan agen pelaksana terhadap segala dasar yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mencapai dua objektif utama iaitu:

1. Mengenal pasti Pengetahuan Pedagogi dalam kalangan guru bahasa Arab di Malaysia

2. Mengenal pasti kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia. 3. Mengenal pasti hubungan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativiti

pengajaran guru.

SOALAN KAJIAN Soalan kajian bagi kajian ini ialah:

1. Apakah Pengetahuan Pedagogi dalam kalangan guru bahasa Arab di Malaysia . 2. Apakah kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia. 3. Apakah terdapat hubungan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativiti

pengajaran guru.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kuantitatif secara tinjauan melalui soal selidik dengan tujuan untuk mengenal pasti secara menyeluruh Pengetahuan Pedagogi dan kreativiti pengajaran dalam kalangan guru bahasa Arab di Malaysia. Kajian ini dijalankan di seluruh Malaysia yang melibatkan 14 buah negeri dengan dibahagikan kepada lima zon utama iaitu zon utara, selatan, tengah, timur dan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat untuk pengumpulan data. Soal selidik yang digunakan bagi Pengetahuan Pedagogi adalah berdasarkan instrumen yang telah diperkenalkan oleh Mishra & Koehler (2006), Denise A. Schmidt (2009) dan soal selidik yang telah dibangunkan oleh Zahra Hossein (2012). Manakala soal selidik untuk

Page 16: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

866

kreativiti pengajaran guru adalah berdasarkan kepada soal selidik yang dicadangkan oleh Amabile (1996) dan Sternberg (2006, 2010). Semua soal selidik ini telah dijadikan sebagai asas kepada pembinaan item bagi kajian ini. Walau bagaimanapun soal selidik ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian yang dilakukan. Sebanyak 13 item telah digunakan untuk mengukur Pengetahuan Pedagogi serta 14 item lagi bagi mengukur kreativiti pengajaran dalam kalangan guru bahasa Arab.

Dalam kajian ini, populasi melibatkan guru bahasa Arab yang mengajar di sekolah rendah kebangsaan di seluruh Malaysia iaitu seramai 7,309 (KPM, 2013). Guru bahasa Arab yang dipilih dalam kajian ini pula terdiri daripada guru bahasa Arab yang telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan. Sampel dalam kajian ini melibatkan 530 orang guru bahasa Arab di seluruh Malaysia. Untuk mendapatkan data pengkaji telah menggunakan kaedah pensampelan rawak.

Data soal selidik untuk kajian ini diproses dengan menggunakan ‘Statistical Package for the Sosial Science’ versi 20 (SPSS). Data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif. Statistik seperti kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai akan digunakan dalam analisis tersebut. Analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk menjelaskan tentang kedudukan Pengetahuan Pedagogi dan kreativiti pengajaran bagi guru bahasa Arab di Malaysia. Bagi menjawab persoalan tersebut pengkaji menggunakan interpretasi skor min (Nunnally, 1967) seperti dalam jadual 1.

Jadual 1

Interpretasi Skor Min Skor Min Interpretasi Skor Min 1.00 – 2.00 Rendah 2.01 – 3.00 Sederhana Rendah 3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi 4.01 – 5.00 Tinggi

ANALISIS KAJIAN

Pengetahuan Pedagogi Persoalan kajian ini ialah mengenal pasti Pengetahuan Pedagogi dalam kalangan guru bahasa Arab di Malaysia. Sebanyak 13 item telah disediakan bagi mendapatkan data berkaitan dengan Pengetahuan Pedagogi. Jadual 3 menunjukkan taburan kekerapan, min, sisihan piawai dan interpretasi min bagi Pengetahuan Pedagogi. Min keseluruhan semua item bagi Pengetahuan Pedagogi ialah 4.03 dengan sisihan piawai 0.36 berada pada tahap interpretasi min tinggi (4.01 – 5.00). Dapatan ini menjelaskan bahawa guru bahasa Arab sekolah rendah di Malaysia sangat menguasai Pengetahuan Pedagogi (PP) dan sangat sesuai bagi seorang guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Berdasarkan kajian ini, terdapat 9 daripada 13 item berada pada nilai interpretasi min tinggi. Antaranya ialah guru tahu cara menilai prestasi pelajar di dalam kelas (Min = 4.18, SP = 0.45), guru boleh mengubahsuai kaedah pengajaran berdasarkan tahap kefahaman pelajar (Min = 4.13, SP = 0.49), guru boleh menilai pembelajaran pelajar dengan pelbagai

Page 17: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

867

cara (Min = 4.07, SP = 0.48). Ini menjelaskan bahawa guru bahasa Arab memiliki kemahiran yang pelbagai dalam Pengetahuan Pedagogi (PP).

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden mempunyai pandangan yang pelbagai dalam penguasaan pedagogi terhadap empat kemahiran asas dalam bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi penguasaan dalam pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab analisis menunjukkan guru bahasa Arab berada pada tahap interpretasi min tinggi (Min = 4.02, SP = 0.48) dengan peratus responden setuju dan sangat setuju 90.8%, penguasaan dalam pengajaran kemahiran menulis bahasa Arab juga berada pada tahap interpretasi min tinggi (Min = 4.02, SP = 0.50) dengan peratusan responden setuju dan sangat setuju 90.0%. Begitu juga dengan penguasaan dalam pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab, guru bahasa Arab berada pada tahap interpretasi min tinggi (Min = 4.01,SP = 0.51) dengan peratusan setuju dan sangat setuju 86.2%. Walaubagaimanapun penguasaan dalam pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab guru bahasa Arab berada pada tahap interpretasi min sederhana tinggi (Min = 3.98, SP = 0.54) dengan peratusan setuju dan sangat setuju 86.2%. Dapatan ini menjelaskan bahawa guru bahasa Arab sangat menguasai Pengetahuan Pedagogi (PP) terutamanya dalam mengajar kemahiran membaca, menulis dan mendengar. Walaubagaimanapun, bagi kemahiran bertutur guru bahasa Arab hanya menguasai dalam pengetahuan mengajar kemahiran bertutur.

Dapatan kajian menjelaskan, terdapat 4 daripada 13 item yang mencatatkan min sederhana tinggi iaitu guru boleh mengesan dengan senang kesilapan umum yang dihadapi pelajar (Min = 3.98, SP = 0.51), guru boleh mengajar dengan baik kemahiran bertutur bahasa Arab (Min = 3.98, SP = 0.54), guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran (Min = 3.96, SP = 0.49) dan guru biasa dengan salah konsep yang dihadapi pelajar (Min = 3.86, SP = 0.60). Ini menjelaskan guru bahasa Arab hanya menguasai sahaja pedagogi yang melibatkan isi pengajaran bahasa Arab.

Rumusannya, responden dalam konteks kajian ini secara keseluruhannya sangat menguasai tahap Pengetahuan Pedagogi dengan kebolehan untuk menerap dan melaksanakan Pengetahuan Pedagogi sebagai satu bentuk ilmu pengetahuan yang boleh diimplementasi dalam proses pengajaran. Guru bahasa Arab juga secara keseluruhannya sangat menguasai dalam tiga kemahiran utama yang diperlukan dalam pengajaran bahasa Arab sekolah rendah iaitu kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis seperti yang ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Walaubagaimanapun guru bahasa Arab hanya menguasai kemahiran bertutur dalam Pengetahuan Pedagogi.

KREATIVITI PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB Analisis seterusnya akan menjawab soalan kajian kedua iaitu, apakah tahap kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia. Terdapat tiga aspek utama dalam kreativiti pengajaran yang dinilai iaitu aspek motivasi, gaya pemikiran dan persekitaran. Jadual 4.10 menunjukkan taburan kekerapan, min, sisihan piawai dan interpretasi min bagi kreativiti pengajaran guru bahasa Arab dari aspek motivasi. Min keseluruhan semua item bagi

Page 18: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

868

kreativiti pengajaran aspek motivasi ialah 4.16 dengan nilai sisihan piawai sebanyak 0.408 berada pada tahap interpretasi min tinggi.

Dapatan kajian aspek motivasi guru bahasa Arab menunjukkan kesemua 6 item kreativiti bagi aspek motivasi berada pada tahap min tinggi dan nilai minnya adalah hampir sekata antara nilai 4.19 hingga 4.11. Antara item tersebut ialah, guru terbuka menerima cadangan pelajar (Min = 4.19, SP = 0.47) dengan peratus respon setuju dan sangat setuju 86.8%, diikuti item guru memotivasikan pelajar (Min = 4.18, SP = 0.50) dengan peratus respon setuju dan sangat setuju 95.3% dan item guru memberi maklum balas membina terhadap jawapan pelajar (Min = 4.17, SP = 0.48) dengan peratus respon setuju dan sangat setuju 96.0%. Dapatan ini menjelaskan bahawa guru bahasa Arab di Malaysia sangat menguasai kreativiti pengajaran dalam aspek motivasi apabila melakukan proses P&P.

Manakala dapatan kajian aspek persekitaran guru bahasa Arab menunjukkan min

keseluruhan semua item bagi ialah 4.08 dengan nilai sisihan piawai sebanyak 0.46 berada pada tahap interpretasi min tinggi. Dapatan kajian menunjukkan 3 daripada 4 item kreativiti aspek persekitaran berada pada tahap min tinggi. Antara item tersebut ialah, guru mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif (Min = 4.13, SP = 0.48) dengan peratus respon setuju dan sangat setuju 94.1%, diikuti item guru menerima persaingan sihat di antara rakan sekerja (Min = 4.12, SP = 0.51) dengan peratus respon setuju dan sangat setuju 93.6% dan item guru berbincang dengan rakan sejawat tentang P&P (Min = 4.12, SP = 0.52) dengan peratus respon setuju dan sangat setuju 92.8%. Dapatan ini menjelaskan bahawa guru bahasa Arab sangat menguasai kreativiti aspek persekitaran pengajaran.

Walaugabaimanapun, terdapat satu item kreativiti dalam aspek persekitaran berada

pada tahap min sederhana tinggi iaitu item guru tidak terbeban menjalankan tugas keguruan (Min = 3.91, SP = 0.82). Dapatan ini menjelaskan beban kerja yang dihadapi oleh guru bahasa Arab mempengaruhi kreativiti pengajaran guru. Keseluruhannya, dapatan ini menjelaskan bahawa guru bahasa Arab di Malaysia sangat menguasai kreativiti pengajaran dalam aspek persekitaran semasa melakukan proses P&P. Walaubagaimanapun bebanan kerja merupakan antara penghalang kepada kreativiti pengajaran guru.

Perkara ketiga yang dikaji ialah dari aspek gaya pemikiran. Min keseluruhan semua item bagi kreativiti pengajaran aspek gaya pemikiran ialah 3.96 dengan nilai sisihan piawai sebanyak 0.464 berada pada tahap interpretasi min sederhana tinggi. Dapatan kajian menunjukkan 3 daripada 4 item kreativiti aspek gaya pemikiran berada pada tahap min sederhana tinggi. Antara item tersebut ialah, guru memberi kebebasan kepada pelajar memilih rakan dalam aktiviti P&P (Min = 3.99, SP = 0.62), item guru menggunakan bahan bantu mengajar menarik (Min = 3.98, SP = 0.55) dan item terakhir ialah guru membuat pembaharuan susun atur perabot di dalam kelas (Min + 3.84, SP = 0.74). Walaubagaimanapun terdapat satu item berada pada tahap min tinggi iaitu guru menyesuaikan gaya pengajaran kepada pelajar yang berbeza (Min = 4.13, SP = 0.48). Keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan guru bahasa Arab hanya menguasai kreativiti pengajaran dari aspek gaya pemikiran.

Kesimpulannya, keseluruhan dapatan bagi kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia menunjukkan bahawa mereka sangat menguasai kreativiti pengajaran terutama

Page 19: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

869

dalam aspek motivasi dan persekitaran apabila melaksanakan proses P&P. Walaubagaimanapun guru bahasa Arab menguasai kreativiti dalam aspek gaya pemikiran. Min keseluruhan semua item bagi kreativiti pengajaran ialah 4.08 dengan nilai sisihan piawai sebanyak 0.38 berada pada tahap interpretasi min tinggi. Kesimpulan dapatan ini dapat diperhatikan dalam jadual 1 seperti di bawah.

Jadual 4.13 Taburan Aspek Kreativiti, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Guru Bahasa Arab

Aspek Kreativiti Min SP Tahap Motivasi 4.16 0.408 Tinggi Persekitaran 4.08 0.465 Tinggi Gaya Pemikiran 3.96 0.464 Sederhana Tinggi Keseluruhan 4.08 0.384 Tinggi

Hubungan Pengetahuan Pedagogi dengan Kreativiti Pengajaran Guru

Bahagian ini akan menjawab soalan kajian apakah terdapat hubungan yang signifikan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia. Jadual 2 menunjukkan hubungan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab di Malaysia.

Jadual 2

Hubungan Pengetahuan Pedagogi dengan Kreativiti Pengajaran

Pengetahuan Pedagogi Kreativiti Pengajaran .631**

Korelasi Pearson (2 -Hujung) .000

N = 530 ** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2 arah)

Berdasarkan jadual 2, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif

dan signifikan antara Pengetahuan Pedagogi dengan kreativiti pengajaran guru (r = .631, p < 0.01). Kekuatan hubungan ini dikategorikan sebagai sederhana.

PERBINCANGAN KAJIAN Bahagian ini akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai hasil dapatan kajian yang telah dianalisis. Perbincangan tersebut melibatkan aspek dapatan kajian daripada analisis yang telah dijalankan berdasarkan objektif kajian. Perbincangan akan dimulai dengan kupasan berkaitan dengan Pengetahuan pedagogi dan diikuti perbincangan tentang kreativiti pengajaran.

Page 20: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

870

Pengetahuan Pedagogi Pengetahuan Pedagogi dalam kajian ini merujuk kepada pengetahuan guru bahasa Arab yang mendalam tentang proses pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan tentang pelajar dan pembelajaran, pengurusan kelas, penilaian dan refleksi. Dalam konteks kajian ini, Pengetahuan Pedagogi merupakan antara perkara penting bagi seorang guru. Kajian membuktikan bahawa Pengetahuan Pedagogi merupakan komponen yang sangat dikuasai oleh guru bahasa Arab di Malaysia. Kepentingan tersebut telah dinyatakan oleh Mishra & Koehler (2006) apabila mentakrifkan tentang maksud Pengetahuan Pedagogi berdasarkan model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) atau juga lebih dikenali sebagai TPACK. Kepentingan ini juga disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Shulman, 1987; Ishak & Koh, 1992; Grossman, 1990 dan Sulaiman Ngah Razali 2001. Kepentingan ini juga ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Standard Guru Malaysia (SGM) (2010) juga memberi penekanan yang khusus kepada kepentingan Pengetahuan Pedagogi dalam memberi penarafan terhadap guru.

Seorang guru bahasa Arab yang tidak mempunyai Pengetahuan Pedagogi yang baik kemungkinan besar tidak akan dapat mencapai faktor kepuasan dalam pengajaran kerana salah satu daripada faktornya adalah bergantung kepada penguasaan Pengetahuan Pedagogi (Rusydi To’imah, 1989; Schempp et al., 1998).

Kajian ini mendapati terdapat beberapa aspek yang menunjukkan guru sangat menguasai elemen yang dikaji. Antara elemen tersebut ialah guru tahu cara menilai prestasi pelajar di dalam kelas, guru boleh mengubahsuai kaedah pengajaran berdasarkan tahap kefahaman pelajar, guru boleh menilai pembelajaran pelajar dengan pelbagai cara. Kesemua dapatan tersebut menggambarkan tentang kefahaman serta amalan baik dalam pedagogi yang diamalkan oleh guru bahasa Arab. Penguasaan guru dalam elemen-elemen tersebut adalah selari dengan dapatan dan saranan kajian yang telah dijalankan oleh Koehler & Mishra, 2008; Shulman, 1987; Grossman, 1990; dan Mat Taib Pa, 2007.

Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian yang telah dilakukan oleh To’imah, 1986, dan Ahmad Ali et al., 2008, menyatakan untuk meningkatkan kemahiran pedagogi, guru perlu untuk sentiasa meningkatkan kualiti pengajaran kerana ia adalah ‘core busines’ para guru. Guru juga mesti bijak mengurus sumber pembelajaran kerana usaha tersebut sangat penting bagi membantu pemahaman dan pencapaian pelajar. Selain itu guru juga perlu bijak memilih bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang mampu menghasilkan pembelajaran berkesan. Oleh kerana itu, guru perlu memilih dan menyesuaikan bahan sumber agar bersesuaian dengan tempat, kesukaran, jumlah, fungsi, saiz dan faktor penjagaan.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa, guru bahasa Arab di Malaysia sangat menguasai dalam kemahiran asas bahasa arab iaitu dari segi pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab, pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab, dan pengajaran kemahiran menulis bahasa Arab. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Amri, 2005; Omar, 2010; Nor Faizah, 2005 dan Rofeah, 2007. Umumnya, kajian ini menunjukkan bahawa guru bahasa Arab di Malaysia merupakan guru yang mempunyai kemampuan yang sangat baik untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, membaca dan menulis bahasa Arab.

Page 21: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

871

Walaubagaimanapun, kajian mendapati guru bahasa Arab hanya berjaya menguasai pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab berbanding dengan tiga kemahiran asas yang lain yang berada pada tahap sangat menguasai. Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mat Taib Pa, 2007; Muhammad Azhar, 2007; Rusydi To’imah, 1989, 2004; Norhasliza, 2008 dan Zawawi Ismail, 2008.

Pada pandangan pengkaji, perbezaan yang berlaku di antara dapatan sebelum ini dengan dapatan pengkaji mungkin disebabkan oleh faktor keberkesanan kursus pedagogi yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian, 91.5% guru bahasa Arab pernah menghadiri kursus pedagogi yang dianjurkan oleh pihak kementerian di seluruh negara. Pada masa yang sama juga tempoh tahun mengajar juga memainkan peranan penting kepada tahap penguasaan pengetahuan pedagogi guru. Pandangan ini telah diperkukuh oleh Berliner (1995) dan Lilia & Abdullah (1998) dalam Model Perkembangan Guru yang telah diperkenalkan oleh mereka. Menurut model ini, tempoh masa lama mengajar memainkan peranan penting dalam membentuk kepakaran guru dalam apa jua bidang termasuklah penguasaan Pengetahuan Pedagogi. Model Perkembangan Guru ini juga disokong oleh teori efikasi pengajaran guru oleh Ashton & Webb (1986).

Rumusannya, dalam konteks kajian ini secara keseluruhannya guru bahasa Arab sangat menguasai Pengetahuan Pedagogi dalam tiga kemahiran utama yang diperlukan dalam pengajaran bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis seperti yang ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Manakala bagi kemahiran bertutur pula guru bahasa Arab hanya menguasainya sahaja. Kesimpulannya, guru bahasa Arab di Malaysia sangat menguasai Pengetahuan Pedagogi dengan kebolehan untuk menerapkan elemen-elemen penting yang terdapat di dalam Pengetahuan Pedagogi (PP) sebagai satu bentuk ilmu pengetahuan yang boleh diimplementasikan dalam proses pengajaran.

Kreativiti Pengajaran Kreatif semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara perkara penting yang perlu dikuasai oleh seorang guru. Penguasaan ini sangat mendesak terutamanya apabila arus perkembangan pendidikan semasa menuntut kepada perubahan yang drastik apatah lagi dalam bidang pendidikan agar selari dengan perubahan semasa. Justeru, proses pendidikan masa kini perlu kepada penelitian terhadap aspek pengajaran yang kreatif bagi menarik minat pelajar untuk terus kekal berminat semasa proses pengajaran berjalan.

Kajian menunjukkan guru bahasa Arab di Malaysia sangat munguasai kreativiti pengajaran. Antara penunjuknya ialah guru terbuka menerima cadangan pelajar, guru memotivasikan pelajar, dan guru memberi maklum balas membina terhadap jawapan pelajar. Dapatan ini menunjukkan dengan jelas bahawa guru bahasa Arab memiliki ciri-ciri kreativiti yang diperlukan bagi menjana daya kreativiti pengajaran. Ciri-ciri yang dimiliki oleh guru bahasa Arab dalam dapatan kajian ini adalah bertepatan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Cropley (1997) dan Furlong (2005) yang telah mendapati antara ciri yang perlu dimiliki oleh guru untuk menggalakkan perkembangan kreativiti pelajar ialah seperti dapatan dalam kajian ini.

Page 22: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

872

Kajian ini juga menjelaskan bahawa, proses pengajaran guru sangat mempengaruhi dan menjana perkembangan proses pembelajaran pelajar. Kedinamikan proses pengajaran yang kaya dengan unsur kreativiti menjadi asas kepada amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2006). Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Yu & Patterson (2010) dan kajian Trivedi & Bhargava (2010) yang mendapati bahawa corak pedagogi atau Pengetahuan Pedagogi mempengaruhi tahap kreativiti pelajar.

Berhubung dengan kreativiti pengajaran guru, kajian menunjukkan guru bahasa Arab kurang menggunakan bahan maujud seperti susun atur perabot di dalam kelas untuk tujuan rangsangan kreativiti berbanding dengan rangsangan terhadap aspek-aspek lain seperti aspek komunikasi, sikap dan juga aspek yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga kurang menggunakan bahan bantu mengajar menarik untuk merangsang kreativiti pelajar. Pada masa yang sama kajian juga menunjukkan bahawa guru bahasa Arab menggunakan elemen bukan maujud seperti elemen komunikasi dan sikap untuk merangsang kreativiti pelajar. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan elemen bukan maujud lebih senang untuk digunapakai berbanding dengan elemen maujud yang lebih bersifat benda dan lebih sukar utk ditakbir. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Ab Halim & Zaradi Sudin (2007) yang mendapati guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab di Malaysia lebih merupakan pengguna komputer, bukannya pencipta atau kompeten komputer.

Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini mendapati bahawa kreativiti guru merupakan elemen yang penting dalam menyumbang kepada kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga menunjukkan guru bahasa Arab di Malaysia merupakan guru yang kreatif dan mampu melakukan proses pengajaran dengan penerapan unsur kreativiti serta memiliki ciri-ciri bagi seorang yang kreatif.

PENUTUP Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati pelajar PISMP bahasa Arab di IPGKSM hanya berjaya menguasai Pengetahuan Pedagogi yang sepatutnya sangat dikuasai oleh guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, guru perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi perubahan yang berlaku dalam corak pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Kesediaan untuk mempelajari sesuatu yang baru merupakan aset utama untuk menghadapi perubahan pesat yang berlaku di dalam industri pendidikan. Furst-Bowe et al. (1996) dan Chao, Butler & Ryan (2003) berpendapat bahawa guru seharusnya bersedia untuk berubah, kompeten dan berupaya untuk menguasai ilmu baru kerana ia merupakan antara kuasa utama pada masa kini.

BIBLIOGRAFI Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Khadijah Abdul Razak, Shahrin

Awaludin dan Zamri Abdul Rahim. (2004). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan penyelidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 23: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

873

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2006). Guru Sebagai Pendorong dalam Darjah. Kuantan: PTS Publications and Distributor Sdn Bhd.

Abdullah Ishak, (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Nasih Ulwan, (1998). Pendidikan anak-anak menurut pandangan Islam. Jld. 1-3. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Amabile. T.M. (1996). Creativity in Context, Update to The Sosial psychology of Creativity. Colorado: westview Press, Inc.

Amri Daud. (2005). Kajian keberkesanan pelaksanaan program j-QAF di dua buah sekolah rintis di Terengganu. Kertas projek sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan, Fakulti pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Bahagian Pendidikan Islam (BPI), (1993). Kajian mata pelajaran Pendidikan Islam dan guru-guru Pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan di Semenanjung Malaysia. Laporan Kajian Bahagian Pendidikan Islam: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chamorro, P.T & Richenbacher, L. (2008). Effects of Personality and the Threat of Evaluation on Divergent & Convergent. Journal of Research on Personality, 42: 1095-1101.

Che Kamarudin Kamel Che Muhammad. (1999). Satu kajian penguasaan nahu Bahasa Arab peringkat menengah di kalangan pelajar sekolah menengah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Chao, T., Butler, T. and Ryan, P. (2003). Providing a technology edge for liberal arts students. Journal of Information Technology Education 2: 331-348.

Cropley, A. J. (1999). Creativity and Cognition: Producing Effective Novelty. Roeper Review, 21, 253-263.

Denise. D. S., (2000). Teachers and Student Perceptions of Creativity in the Classroom Enviroment. Roeper Review. 22(2): 160-181.

Elbaz, F. (1983). Teacher thinking: A study of practical knowledge. New York: Nichols Publishing Co.

Furlong, V.J. (2005). Initial Teacher Training and Role of the School. Milton Keyness: Open University Press.

Furst-Bowe, J., Boger, C., Franklin, T., Mclntyre, B., Polansky, J., and Schlough, S. (1996). An analysis of required computer competencies for university students. Journal of Research and Computing Education 28(2): 166-198

Grossman, P. L. (1990). The making of a teacher: Teacher knowledge and teacher education. New York: Teacher College Press.

Page 24: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

874

Hassan Basri Awang Mat Dahan. (2005). Daripada tradisi ke inovasi dalam pengajaran bahasa Arab di Malaysia: dilema pelaksanaannya. Pedagogi merentas kurikulum, 68-78. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hasbullah Abdul Rahman & Yusri Abd. Rahman, (2003). Kesediaan guru-guru agama mengguna komputer dalam menjalankan tugas pentadbiran dan pengajaran. Dlm. Khadijah Abdul Razak, Shahri Awaludin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Ab. Halim Tamuri, Norshidah Mohd Salleh, & Aliza Alias (pynt.). Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3) Perkaedahan Pengajaran Pendidikan: Antara Tradisi dan Inovasi. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 351-364.

Ishak Haron & Koh Boh Boon, (1992). Asas-asas dalam amalan pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Lilia Halim & Abdullah Mohd. Noor. (1998). Pengetahuan kandungan dan peranannya dalam mempelajari cara mengajar. Kertas kerja seminar ke 12 Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Guru. Tema: Pendidikan guru untuk sekolah berkesan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 26-28 Oktober 1998.

Mat Taib Pa, (2007). Dasar-dasar umum pengajaran bahasa Arab di Malaysia. Dlm Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. (edt.) Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Maybien, J dan Swan. (2007). Everyday Creativity in Language: Textuality, Contextuality and Critique. Applied Linguistic, 28: 497-417.

Mohammad Seman. (2003). Permasalahan utama dalam proses pembelajaran penulisan bahasa Arab di sekolah-sekolah bawah seliaan JPN Serawak. Kertas konsep seminar penyelidikan jangka pendek. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya: Kuala Lumpur. kalangan pelajar universiti di Malaysia

Mohd Jasmy Abd Rahman, Shahrin Awaluddin & Mohd Arif Hj Ismail. (2003). Tahap penggunaan alat teknologi pengajaran di kalangan guru-guru pendidikan Islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (SIRI 4). Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM.

Majdah Mohammad. (2011). Kajian keberkesanan pelaksanaan bahasa Arab komunikasi dalam program j-QAF di sekolah rendah. Desertasi Sarjana pengajian Islam yang tidak diterbitkan. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mishra, P. & Koehler, M.J., (2006). What happens when teachers design educational technology? The development of technological pedagogical content knowledge. Journal of Educational Computing Research, 32(2), 131-152.

Mishra, P. & Koehler, M.J., (2006). Technological pedagogical content knowledge: A framework for integrating technology in teacher knowledge. Teachers College Record, 108(6), 1017-1054.

Mohd Azhar Abd. Hamid, (2004). Kreativiti Konsep Teori dan Praktis. Johor baru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohammad Rusdi Ab Majid. (2016). Pengetahuan Pedagogi Kandungan guru bahasa Arab di Malaysia. Jurnal Penyelidikan IPGKSM,

Page 25: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

875

Mohamad Zarkhuan Zainol. (2010). Penggunaan interaktif multimedia pembelajaran bahasa Arab di dalam bilik darjah. Disertasi ijazah sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.

Nor Faizah Mohd Hamidin. (2005). Manhaj ta’lim al-lughah al-‘arabiyah li al-madaris al-ibtidaiyah al-diniyah bi wilayah Selangor. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Islam Antarabangsa.

Nunnally, J. C. (1967). Psychometric Theory. New York: Mcgraw Hill Book Company.

Omar Abdullah Simasaba. (2010). Ta’lim al-lughah al-‘arabiyah li natiqin bi ghayriha: muskhilat wa hulul. Kertas kerja seminar antarabangsa pengajaran bahasa Arab kepada bukan penutur. Universiti Malaya, 24-25 Julai 2010.

Parkay F. W. & Stanford B. H., (2004). Becoming a teacher. Boston: Allyn and Bacon.

Putman, R. T. & Borko, H. (1997). Teacher learning: Implications of new views of cognition. Dalam B.J. Biddle, T.L. Good, & I.F. Goodson (Ed). International handbook of teachers and teaching. (II, m.s.1223 – 1296). Netherlands: Kluwer.

Robert, W.W. (2006). Creativity: Understanding Innovation in Problems Solving, Science, Invention and the Arts. New Jersey: John Wiley and Sons, Inc.

Rofeah Sulaiman, (2007). Aktiviti dalam pengajaran bahasa Arab komunikasi oleh guru j-QAF di negeri Pahang. Laporan penyelidikan ijazah sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.

Rusni Abdul Latif, (2007). Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab komunikasi Sekolah Kebangsaan (BAKSK) di Kalangan Guru-Guru j-QAF di Negeri Selangor. Laporan penyelidikan Ijazah Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Rusydi Ahmad To’imah, (1989). Talim al-Arabiyyah li ghair al-natiqin manahujuha wa asalibuha, mansyurat al-munazzamah al-islamiyyah li al-tarbiyyah wa al-ulum wa al-thaqafah. Kaherah.

Schempp, P., Manross, D., & Tan, S. (1998). Subject expertise and teachers’ knowledge. Journal of Teaching in Physical Education. 17, 1-15.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Education Review, 57 (1), 1-22.

Sidek Baba, (2004). Pendidikan rabbani dan pendidikan Islam; cabaran abad 21. CD. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Standard Guru Malaysia, (2010). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sternberg, R. J. (2006). The Nature of Creativity. Creativity Research Journal. 18 (1): 87-98.

Sternberg, R. J. (2010). Teaching for Creativity. In R. A. Beghetto & J. C. kaufman (Eds.). Nurturing Creativity in the Classroom. Pp. 394-441. New York: Cambridge University Press.

Page 26: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

876

Trivedi, K. & Bhargava, R. (2010). Relation of Creativity and Education Achievement in Adolescence. Journal of Psychology. 1(2): 85-89.

Webb, M. & cox, M. (2004). A review of pedagogy related to information and communication technology. Technology, Pedagogy and Education. 13(3), 235-286.

Yasrina Yaacob, (2010). Pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran bahasa Arab komunikasi tahap dua di sekolah kebangsaan. Kertas kerja sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.

Zahra Hosseini, Anand Kamal, (2012). Devoleping an instrument to measure perceived technology integration knowledge of teachers. International conference on advanced information study, E-Education and development (ICAISED 2012). Hotel Corus, 7 – 8 Febuari. Kuala Lumpur: Malaysia.

Zarima Mohd Zakaria, (2005). Al-ta’bir al-kitabi laday al-talabah al-maliziyyin bi al-madaris al-thanawiyyah al-diniyyah bi Selangor – dirasah wasfiyyah tahliliyyah, (aspek penulisan dalam kalangan pelajar Melayu di sekolah-sekolah menengah agama di Selangor – kajian tinjauan analisis). Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zawawi Ismail. (2005). Pendidikan bahasa Arab di Malaysia: cabaran dan inovasi. Kuala Lumpur: minda Imtiyaz Publications.

Zawawi Ismail. (2005). Pendidikan bahasa Arab di Malaysia: Perkembangan dan Perubahan. Dlm. Sufean Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md. Som & Alina Ranee (pnyt). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan, 414-415, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Zawawi Ismail & Muhammad Azhar Zailani. (2005). Pendekatan komunikatif dalam pendidikan bahasa Arab di Malaysia. Dlm. Zawawi Ismail & Mohd Sukki Othman (pnyt). Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia: Cabaran dan inovasi, 16-35. Bangi: Minda Imtiyaz Publications.

Page 27: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

877

TAHAP PENGGUNAAN STRATEGI MEMBACA TEKS KESUSASTERAAN ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR

STAM.

Noraisyah binti Zainal & Nik Mohd Rahimi bin Nik Yusoff

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected], [email protected]

Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan strategi membaca teks Kesusasteraan Arab (KA) dalam kalangan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Kajian ini akan melihat kepada perbezaan tahap penggunaan strategi membaca teks KA di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Selain itu, kepentingan kajian ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar khususnya pelajar STAM yang terdiri daripada pelajar Thanawi 3 dan 6 Atas STAM mengenai tahap penggunaan strategi dalam pembacaan teks KA. Pendekatan kuantitatif yang digunakan melibatkan seramai 59 orang pelajar STAM di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMA(A)SZA, Batu Burok. Borang soal selidik yang dibina berdasarkan metacognitive-awareness of reading strategies inventory (MARSI) diedarkan dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) versi 22. Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap penggunaan strategi membaca teks KA berada pada tahap yang tinggi. Analisis ujian-t mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam penggunaan strategi membaca teks KA. Manakala, bagi melihat perbezaan di antara pelajar Thanawi 3 dengan 6 Atas STAM menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penggunaan strategi membaca teks KA. Hasil kajian ini diharap dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan strategi secara berkesan yang dapat membantu pelajar untuk memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam matapelajaran Adab dan Nusus di peringkat STAM. Kata kunci: penggunaan strategi membaca, Sijil Tinggi Agama Malaysia, teks Kesusasteraan Arab, Adab dan Nusus.

PENGENALAN Dalam arus pendidikan di Malaysia, pelbagai kajian telah banyak dikaji dan diterokai oleh para penyelidik. Walaubagaimanapun, kajian mengenai strategi membaca teks Kesusasteraan Arab tidak banyak dikaji oleh pengkaji dalam bidang bahasa Arab ini. Kesusasteraan Arab merupakan salah satu cabang dalam bahasa Arab yang yang terdapat dalam salah satu matapelajaran wajib bagi pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dikenali sebagai Adab dan Nusus. Matapelajaran Adab dan Nusus merupakan matapelajaran yang komples untuk dikuasai oleh pelajar secara umumnya kerana melibatkan syair Arab, puisi dan prosa.

Najendran (2000) menyatakan bahawa antara objektif dalam pembelajaran kesusasteraan secara umumnya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis. Kemahiran berfikir dikaitkan dengan proses bacaan kerana melatih mereka untuk meramal, merumus, menganalisis, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang terdapat dalam bahan bacaan. Apabila pelajar menggunakan asas kemahiran berfikir dalam bacaan, maka secara tidak langsung mereka

Page 28: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

878

memerlukan strategi dalam mempertingkatkan lagi mutu bacaan, khususnya kepada pelajar STAM.

Membaca memerlukan satu komitmen yang tinggi bagi memudahkan proses pembacaan pembaca. Proses pembacaan sering dikaitkan dengan kefahaman kerana tanpa kefahaman, proses membaca dianggap gagal. Selain itu, objektif utama dalam pembelajaran teks Kesusasteraan Arab juga adalah untuk memahami bahasa Arab dengan lebih mendalam. Hal ini demikian kerana, keindahan bahasa Arab sering dikaitkan dengan penghayatan ayat melalui pelbagai bentuk dalam konteks ayat al-Quran, al-Hadis dan karya-karya sastera (Abdul Halim Ariffin, 1999).

Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia mempunyai tujuan yang pelbagai bagi mereka yang mempelajarinya. Menurut Ku Fatahiyah et.al (2014), pengajaran bahasa Arab di Malaysia memfokuskan kepada 4 kemahiran asas yang perlu dikuasai dalam pembelajaran iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Zawawi Ismail et. al, (2011) menyokong pendapat dengan mengatakan bahawa matlamat PdP bahasa Arab meletakkan membolehkan pelajar menguasai empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

Kegagalan pelajar dalam menguasai kemahiran khususnya kemahiran membaca menyebabkan kefahaman dalam kesusasteraan Arab akan menjadi lemah. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam meningkatkan proses kefahaman teks. A. Jailani (2012) mendefinisikan kemahiran membaca sebagai keupayaan pelajar dalam proses membaca ayat dengan menggunakan sebutan makhraj, intonasi dan kefasihan yang lancar dan betul. Kamarulzaman et. al (2002) menyifatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia belum mampu mencapai tahap dan objektif pendidikan. Kebanyakan pelajar menjalani pembelajaran tetapi secara teori dan bukan praktikal.

Bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh Muhammad Saiful et al., (2014) menyatakan bahawa timbul persoalan mengenai pencapaian pelajar yang lulus dalam subjek sastera dan bahasa Arab tetapi dilihat lemah dalam menguasai kefahaman dalam bacaan. Jelas menunjukkan bahawa pelajar mampu mencapai pencapaian yang baik kerana melibatkan teori pembelajaran iaitu sekadar menghafal apa yang perlu tanpa kefahaman secara jelas. Hal ini demikian kerana pelajar tidak dilatih untuk menjalankan sendiri proses bacaan (Rosni, 2008) menyebabkan pelajar tidak banyak menggunakan kemahiran bahasanya dalam memahami teks yang dibaca.

Sinonimnya, apabila pelajar didedahkan dengan kemahiran bahasa Arab sejak daripada tingkatan satu sepatutnya menjadikan bahasa Arab lebih kukuh dalam diri pelajar Walaupun demikian, keupayaan pelajar lepasan STAM untuk memahami teks bacaan sastera Arab meragukan (Muhammad Saiful et al., 2014). Kenyataan ini disokong oleh Mohd Fadzli & Mohd Sukki (2012) mendapati bahawa kelemahan pelajar menyebabkan guru terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengajar bahan pengajaran yang mempunyai masa yang terhad dalam sesi persekolahan. Apabila guru terlajak menggunakan masa yang diperuntukkan, maka pihak atasan akan mula mempersoalkan kaedah yang digunakan oleh guru.

Page 29: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

879

Selain itu, kelemahan pelajar ini menjadikan guru yang lebih berminat untuk melakukan pendekatan pengajaran secara sehala (Rosni, 2008). Pendekatan pengajaran secara sehala diambil kerana kebanyakan guru beranggapan bahawa pelajar tidak mampu menjalankan proses bacaan secara bersendirian tetapi memerlukan sokongan sepenuhnya daripada guru. Hal ini menyebabkan pelajar yang berpotensi kurang diberi peluang untuk menonjolkan kelebihan yang ada dalam diri mereka. Peranan guru sangat penting dalam menilai kekurangan dan kelebihan dalam diri pelajar semasa proses PdP bagi mengelakkan potensi pelajar disekat oleh pemikiran guru yang terlalu ‘menjaga’ prestasi sekolah.

Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) merupakan langkah-langkah yang tertentu yang dipilih dan digunakan oleh pelajar untuk memudahkan proses pembelajaran, selain untuk menjadikannya lebih cepat dikuasai, lebih memberi keseronokan ketika belajar secara kendiri, lebih efektif dan lebih mudah untuk digunakan dalam pelbagai situasi pembelajaran baru (Oxford, 1990). Walaubagaimanapun, segelintir pelajar melakukan proses pembacaan tanpa menyedari tentang penggunaan strategi secara berkesan yang menyebabkan proses bacaan menjadi kurang efektif.

Selain itu, kelemahan pelajar dalam mengaplikasikan strategi yang bersesuaian menyebabkan guru (kamarul Shukri Mat Teh et al., 2008) menggunakan gaya dan strategi pengajaran yang barangkali berlawanan dengan gaya dan strategi pembelajaran pelajar. Walaupun mereka didedahkan dengan strategi membaca dalam bacaan teks Arab, namun kebanyakkan daripada mereka kurang mengaplikasikan strategi tersebut dalam bacaan menyebabkan mereka tidak memahami bahan bacaan tersebut dan lebih bergantung kepada nota guru serta mengambil tindakan mudah iaitu dengan cara menghafal sahaja.

Kebanyakan pelajar tidak terdedah dengan kaedah penggunaan strategi yang betul dan mendorong pelajar membuat pemilihan yang tidak bersesuaian untuk tahap pembelajaran pembacaan pelajar. Menurut Mastura & Kaseh (2012) yang menjelaskan bahawa kepentingan penggunaan strategi adalah dari segi penggunaannya dalam pembelajaran bahasa kerana ia merupakan alat yang digunakan bagi melibatkan diri pelajar secara aktif. Ini menunjukkan bahawa penggunaan strategi penting dalam meningkatkan mutu kefahaman dalam bahan bacaan.

Pendapat ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Nik Mohd Rahimi (2005) faktor yang mempengaruhi penguasaan pelajar dalam pembelajaran khususnya bahasa Arab adalah dengan penggunaan strategi pembelajaran yang berkesan. Kebanyakan pengkaji bahasa mendapati bahawa kajian yang dibuat oleh mereka kebanyakkannya memperolehi data yang sama iaitu strategi dalam kemahiran bahasa dapat membantu pelajar cemerlang dalam matapelajaran yang diambil oleh mereka. Selain itu, menurut Lessard-Cloustin (1997) menyatakan bahawa strategi membaca bahasa Arab mampu memberi sumbangan kepada perkembangan dan kemampuan pelajar.

Manakala menurut Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi, (2005), guru seharusnya menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yang berkesan terletak di tangan pelajar sendiri. Guru-guru hanya mampu memberi pendedahan tentang mempelbagai strategi pengajaran dapat membantu pelajar-pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan (Oxford & Crookall 1989). Oleh yang demikian, secara umumnya dapat menunjukkan bahawa peranan guru sekadar pebimbing dalam proses

Page 30: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

880

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas penting seiring dengan pendedahan kaedah PdP abad ke-21 kini.

METODOLOGI KAJIAN Kajian yang berbentuk tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab objektif kajian iaitu untuk melihat tahap penggunaan strategi membaca pelajar dalam Kesusasteraan Arab dalam kalangan pelajar STAM. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah agama di daerah Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMA(A)SZA), Batu Burok, Terengganu yang melibatkan pelajar daripada Thanawi 3 dan 6 Atas STAM. Pelajar yang dipilih secara persampelan bertujuan ini merupakan pelajar yang mengikuti kelas secara formal dan akan mengambil peperiksaan bagi matapelajaran Adab dan Nusus diperingkat STAM 2017. Kesemua responden terdiri daripada 25 orang pelajar Thanawi 3 dan 34 orang pelajar 6 Atas STAM.

Survey of reading Strategies (SORS) atau Iventori Strategi Membaca (ISM), merupakan instrumen bagi kajian yang berbentuk tinjauan yang telah direka oleh Mokhtari dan Reichard (2002) bagi memperolehi maklumat mengenai strategi membaca yang digunakan oleh pelajar untuk proses membaca teks Kesusasteraan Arab. Instrumen kajian ini diadaptasi daripada kajian lepas yang dijalankan oleh Nurul Huda (2012) yang mana terdapat item yang diolah bagi disesuaikan dengan tajuk kajian yang berfokuskan kepada Kesusasteraan Arab. Intrumen kajian ini terdiri daripada 3 sub skala iaitu Strategi Global, Strategi Penyelesaian Masalah dan Strategi Sokongan yang mempunyai nilai kebolehpercayaan sebanyak 93 secara keseluruhan. 30 item ini dinilai dengan berpandukan kepada 5 skala Likert untuk menentukan strategi yang menjadi amalan pelajar dalam proses pembacaan teks Kesusasteraan Arab.

Data yang diperolehi daripada 59 orang responden kajian akan dianalisis menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Ujian-t digunakan bagi mencari perbezaan antara 2 kumpulan iaitu antara pelajar lelaki dengan perempuan dan antara pelajar Thanawi 3 dengan 6 Atas STAM. Penilaian bagi setiap item dan sub skala ini diukur mengikut Skor Strategi Pembelajaran Bahasa Oxford iaitu 3.5-5.0 bagi peringkat skor tinggi, 2.5-3.49 bagi peringkat skor sederhana dan 1.0-2.49 bagi peringkat skor rendah. Penggunaan peringkat skor ini berupaya untuk mengukur tahap strategi membaca teks Kesusasteraan Arab dengan jelas.

DAPATAN KAJIAN

Tahap Penggunaan Strategi Membaca Teks Kesusasteraan Arab Jadual 1 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi tahap penggunaan strategi membaca teks Kesusasteraan Arab. Berdasarkan 30 item yang terdiri daripada 3 sub konstruk iaitu Strategi Global (SG), Strategi Penyelesaian Masalah (SPM) dan Strategi sokongan (SS) menunjukkan dapatan adalah seperti berikut:

Jadual 1: Skor Min dan Sisihan Piawai Bagi Penggunaan Strategi Membaca

Page 31: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

881

Skor min Sisihan piawai Keseluruhan Strategi (Item 1-30) 3.62 0.62 Strategi Global (Item 1-13) 3.35 0.66 Strategi Penyelesaian Masalah (Item 14-20) 3.93 0.76 Strategi Sokongan (Item 21-30) 3.74 0.70

Manakala, dapatan bagi kajian ini juga menganalisis dengan lebih jelas setiap item mengikut sub konstruk. Bagi sub konstruk SG, item yang mempunyai nilai penggunaan strategi membaca tertinggi adalah item 10 (M=3.93, SD=1.03) iaitu “Saya kritis menganalisis dan menilai maklumat yang disampaikan dalam teks sastera Arab”. Bagi sub konstruk SPM, item yang mempunyai nilai tertinggi adalah item 14 (M=4.186, SD=0.94) iaitu “Saya membaca perlahan-lahan dan berhati-hati untuk memastikan saya memahami apa yang saya baca”. Item yang mempunyai nilai skor tertinggi bagi sub konstruk SS adalah item 24 (M=4.25, SD=0.98) iaitu “Saya garis atau tanda maklumat dalam teks sastera Arab untuk membantu saya mengingatinya”.

Selain itu, dapatan kajian juga menganalisis skor min bagi 5 item yang paling tinggi tahap penggunaannya yang terdiri daripada item 24, diikuti item 14, item 29, item 15 dan item 20. 3 daripadanya adalah merupakan sub konstruk SPM (item 14, item 15 dan item 20), manakala 2 selebihnya daripada SS (item 24 dan item 29). Item 24 iaitu “Saya garis atau tanda maklumat dalam teks sastera Arab untuk membantu saya mengingatinya” mempunyai skor min (M=4.25, SD=0.98), item 14 iaitu “Saya membaca perlahan-lahan dan berhati-hati untuk memastikan saya memahami apa yang saya baca” mempunyai skor min (M=4.19, SD=0.94), item 29 iaitu “Ketika membaca teks sastera Arab, saya menterjemahkan dari bahasa Arab ke dalam bahasa ibunda/bahasa pertama saya” mempunyai skor min (M=4.19, SD=0.96), item 15 iaitu “Saya cuba untuk kembali fokus kepada pembacaan ketika saya hilang konsentrasi” mempunyai skor min (M=4.14, SD=0.86) dan item 20 iaitu “ketika teks sastera Arab semakin sukar, saya kembali membacanya untuk meningkatkan kefahaman saya” mempunyai skor min (M=3.95, SD=1.06).

Perbezaan strategi membaca teks KA antara pelajar lelaki dengan perempuan. Berdasarkan jadual 2 dibawah, nilai skor min dan sisihan piawai bagi keseluruhan strategi mengikut jantina iaitu bagi pelajar lelaki (M=3.315, SD=0.629) manakala bagi pelajar perempuan (M=3.797, SD=0.089). Hal ini menunjukkan bahawa skor min bagi pelajar perempuan lebih tinggi daripada pelajar lelaki, diikuti dengan sub konstruk bagi strategi membaca yang menunjukkan tahap penggunaan strategi membaca pelajar perempuan adalah tinggi.

Jadual 2: Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan Strategi Membaca Mengikut Jantina

Jantina Skor min Sisihan piawai Keseluruhan strategi (item 1-30) L 3.315 .629

P 3.797 .089 Strategi global (item 1-13) L 3.119 .709

P 3.489 .591 Strategi penyelesaian masalah (item 14-20) L 3.539 .814

P 4.166 .632 Strategi sokongan (item 21-30) L 3.414 .736

Page 32: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

882

P 3.940 .614

Kajian ini mendapati bahawa pelajar perempuan lebih cenderung menggunakan strategi membaca berbanding pelajar lelaki. Berdasarkan skor min daripada keseluruhan strategi dan 3 sub konstruk strategi;SG, SPM dan SS, didapati bahawa skor min bagi pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki dan perbezaan antara keduanya hanyalah sedikit sahaja dan tidak menunjukkan perbezaan yang banyak. Manakala, berdasarkan ujian-t yang digunakan untuk mencari perbezaan antara jantina mengikut tahap penggunaan strategi membaca. Hasil dapatan bagi kajian ini menunjukkan bahawa “terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam penggunaan strategi membaca teks KA”.

Jadual 3: Nilai-t bagi perbezaan Keseluruhan Strategi Membaca Mengikut Jantina

Jantina Bil. Skor Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap sig. Lelaki 22 3.315 .628 -3.117 .003 Perempuan 37 3.797 .540

Ujian Levene menunjukkan p=.451>.05, maka varians adalah homogen. Berdasarkan jadual 3, didapati bahawa nilai-t bagi perbezaan strategi membaca antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan ialah t=-3.117 dan tahap signifikan p=0.003. Tahap signifikan adalah lebih kecil daripada 0.05 (p<0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) tidak diterima. Laporan ringkas analisis ujian-t bagi keseluruhan strategi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan strategi membaca secara keseluruhan antara pelajar lelaki (M=3.315, SD=0.629) dengan pelajar perempuan (M=3.797, SD=0.089), t(57)= -3.117, p<0.05.

Jadual 4: Nilai-t bagi Perbezaan Penggunaan SG Mengikut Jantina

Jantina Bil. Skor Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap sig. Lelaki 22 3.119 .709 -2.156 .035 Perempuan 37 3.489 .591

Ujian Levene menunjukkan p=.411>.05, maka varians adalah homogen. Berdasarkan jadual 4.5, didapati bahawa nilai-t bagi perbezaan strategi membaca antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan ialah t=-2.156 dan tahap signifikan p=0.035. Tahap signifikan adalah lebih kecil daripada 0.05 (p<0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) tidak diterima. Laporan ringkas analisis ujian-t bagi keseluruhan strategi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan strategi membaca secara global antara pelajar lelaki (M=3.119, SD=0.709) dengan pelajar perempuan (M=3.489, SD=0.591), t(57)= -2.156, p<0.05.

Jadual 5: Nilai-t bagi Perbezaan Penggunaan SPM Mengikut Jantina

Jantina Bil. Skor Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap sig. Lelaki 22 3.539 .814 -3.100 .004 Perempuan 37 4.166 .632

Ujian Levene menunjukkan p=.046<.05, maka varians adalah tidak homogen. Berdasarkan jadual 4.6, didapati bahawa nilai-t bagi perbezaan strategi membaca antara

Page 33: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

883

pelajar lelaki dengan pelajar perempuan ialah t=-3.100 dan tahap signifikan p=0.004. Tahap signifikan adalah lebih kecil daripada 0.05 (p<0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) tidak diterima. Laporan ringkas analisis ujian-t bagi keseluruhan strategi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan strategi membaca secara menyelesaikan masalah antara pelajar lelaki (M=3.539, SD=0.814) dengan pelajar perempuan (M=4.166, SD=0.632), t(57)= -3.100, p<0.05.

Jadual 6: Nilai-t bagi Perbezaan Penggunaan SS Mengikut Jantina

Jantina Bil. Skor Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap sig. Lelaki 22 3.414 .736 -2.958 .005 Perempuan 37 3.940 .614

Ujian Levene menunjukkan p=.403>.05, maka varians adalah homogen. Berdasarkan jadual 4.6, didapati bahawa nilai-t bagi perbezaan strategi membaca antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan ialah t=-2.958 dan tahap signifikan p=0.005. Tahap signifikan adalah lebih kecil daripada 0.05 (p<0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) tidak diterima. Laporan ringkas analisis ujian-t bagi keseluruhan strategi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan strategi membaca secara menyelesaikan masalah antara pelajar lelaki (M=3.414, SD=0.736) dengan pelajar perempuan (M=3.940, SD=0.614), t(57)= -3.100, p<0.05.

Perbezaan strategi membaca teks KA antara pelajar Thanawi 3 dengan 6 Atas STAM

Berdasarkan jadual 7 dibawah, nilai skor min dan sisihan piawai bagi keseluruhan strategi mengikut peringkat pengajian iaitu bagi pelajar Thanawi 3 (M=3.677, SD=0.570) manakala bagi pelajar 6 Atas STAM (M=3.573, SD=0.653). Hal ini menunjukkan bahawa skor min bagi pelajar Thanawi 3 lebih tinggi daripada pelajar 6 Atas STAM, diikuti dengan sub konstruk bagi strategi membaca yang menunjukkan tahap penggunaan strategi membaca pelajar Thanawi 3 adalah tinggi.

Jadual 7: Skor Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan Strategi Membaca Mengikut Peringkat Pengajian

Jantina Skor min Sisihan piawai Keseluruhan strategi (item 1-30) T 3 3.677 .570

6 AS 3.573 .653 Strategi global (item 1-13) T 3 3.394 .600

6AS 3.319 .703 Strategi penyelesaian masalah (item 14-20) T 3 3.966 .693

6 AS 3.908 .819 Strategi sokongan (item 21-30) T 3 3.844 .665

6AS 3.670 .733

Kajian ini mendapati bahawa pelajar Thanawi 3 lebih cenderung menggunakan strategi membaca berbanding pelajar 6 Atas STAM. Berdasarkan skor min daripada

Page 34: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

884

keseluruhan strategi dan 3 sub konstruk strategi;SG, SPM dan SS, didapati bahawa skor min bagi pelajar Thanawi 3 melebihi pelajar 6 Atas STAM dan perbezaan antara keduanya hanyalah sedikit sahaja dan tidak menunjukkan perbezaan yang banyak. Walaubagaimanapun, berdasarkan ujian-t yang digunakan untuk mencari perbezaan antara peringkat pengajian mengikut tahap penggunaan strategi membaca menunjukkan bahawa “tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar Thanawi 3 dengan pelajar 6 Atas STAM dalam penggunaan strategi membaca teks KA”.

Jadual 8: Nilai-t bagi Perbezaan bagi Keseluruhan Strategi Mengikut Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian Bil. Skor Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap sig. Thanawi 3 25 3.677 .570 .636 .527* 6 Atas STAM 34 3.573 .653

Ujian Levene menunjukkan p=.150>.05, maka varians adalah homogen. Berdasarkan jadual 4.4, didapati bahawa nilai-t bagi perbezaan strategi membaca antara pelajar Thanawi 3 dengan 6 Atas STAM ialah t=.636 dan tahap signifikan p=0.527. Tahap signifikan adalah lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) diterima. Laporan ringkas analisis ujian-t bagi keseluruhan strategi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan strategi membaca secara keseluruhan antara pelajar Thanawi 3 (M=3.677, SD=0.570) dengan pelajar 6 Atas STAM (M=3.573, SD=0.653), t(57)= .527, p>0.05.

Jadual 9: Nilai-t bagi Perbezaan SG Mengikut Peringkat Pengajian

Jantina Bil. Skor Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap sig. Thanawi 3 25 3.394 .600 .430 .669* 6 Atas STAM 34 3.319 .703

Ujian Levene menunjukkan p=.314>.05, maka varians adalah homogen. Berdasarkan jadual 4.5, didapati bahawa nilai-t bagi perbezaan strategi membaca antara pelajar Thanawi 3 dengan 6 Atas STAM ialah t=.430 dan tahap signifikan p=0.669. Tahap signifikan adalah lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) tidak diterima. Laporan ringkas analisis ujian-t bagi strategi global menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan strategi membaca secara global antara pelajar Thanawi 3 (M=3.394, SD=0.600) dengan pelajar 6 Atas STAM (M=3.319, SD=0.703), t(57)= .430, p>0.05.

Jadual 10: Nilai-t bagi Perbezaan SPM Mengikut Peringkat Pengajian

Jantina Bil. Skor Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap sig. Thanawi 3 25 3.969 .693 .287 .775* 6 Atas STAM 34 3.908 .819

Ujian Levene menunjukkan p=.337>.05, maka varians adalah homogen. Berdasarkan jadual 4.6, didapati bahawa nilai-t bagi perbezaan strategi membaca antara pelajar Thanawi 3 dengan 6 Atas STAM ialah t=.287 dan tahap signifikan p=0.775. Tahap signifikan adalah

Page 35: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

885

lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) tidak diterima. Laporan ringkas analisis ujian-t bagi keseluruhan strategi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan strategi membaca secara menyelesaikan masalah antara pelajar Thanawi 3 (M=3.969, SD=0.693) dengan pelajar 6 Atas STAM (M=3.908, SD=0.819), t(57)=.287, p>0.05.

Jadual 11: Nilai-t bagi Perbezaan SS Mengikut Peringkat Pengajian

Jantina Bil. Skor Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap sig. Thanawi 3 25 3.844 .665 .933 .355* 6 Atas STAM 34 3.671 .733

Ujian Levene menunjukkan p=.428>.05, maka varians adalah homogen. Berdasarkan jadual 4.6, didapati bahawa nilai-t bagi perbezaan strategi membaca antara pelajar Thanawi 3 dengan pelajar 6 Atas STAM ialah t= dan tahap signifikan p=0.005. Tahap signifikan adalah lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul (Ho1) tidak diterima. Laporan ringkas analisis ujian-t bagi keseluruhan strategi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan strategi membaca secara menyelesaikan masalah antara pelajar Thanawi 3 (M=3.844, SD=0.665) dengan pelajar 6 Atas STAM (M=3.671, SD=0.733), t(57)= .933, p>0.05.

PERBINCANGAN Objektif kajian ini telah dijelaskan dalam dapatan kajian yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan strategi membaca teks Kesusasteraan Arab dalam kalangan pelajar STAM. Kajian ini merupakan salah satu platform yang dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pengkaji akan datang mengenai kepentingan kajian yang berkaitan dengan Kesusasteraan Arab pada peringkat pembelajaran. Hal ini demikian kerana pada peringkat STAM, Kesusasteraan Arab atau dikenali sebagai matapelajaran Adab dan Nusus merupakan antara matapelajaran yang komples untuk dikuasai oleh pelajar secara umumnya kerana melibatkan syair Arab, puisi dan prosa.

Tahap Penggunaan Strategi Membaca Teks KA Hasil dapatan bagi kajian ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan strategi membaca teks KA adalah sama dengan dapatan yang dijalankan oleh Nurul Huda (2012), bahawa penggunaan strategi membaca iaitu Strategi Penyelesaikan Masalah mencatatkan penggunaan paling tinggi mengikut sub konstruk yang terdapat dalam soal selidik. Persamaan ini menunjukkan bahawa penggunaan strategi membaca pelajar lebih tertumpu kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah dalam pembacaan bagi mendapatkan hasil bacaan yang lebih berkesan. Pelajar memilih untuk menumpukan semula fokus dalam bacaan apabila mereka tidak dapat memahami maksud ayat atau hilang fokus yang menjadikan proses bacaan mereka terganggu. Manakala bagi penggunaan strategi membaca mengikut sub konstruk yang berada tahap pertengahan adalah Strategi Sokongan, kemudian diikuti dengan Strategi Global yang mempunyai tahap penggunaan strategi paling rendah dalam kalangan pelajar STAM. Secara umumnya, hasil dapatan bagi kajian ini mempunyai hasil yang sama dengan kajian yang dijalankan oleh Nurul Huda (2012) yang telah

Page 36: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

886

menjalankan kajian terhadap pelajar universiti mengenai penggunaan strategi membaca yang memfokuskan teks bahasa Arab sebagai bahan utama kajian.

Berbeza pula hasil dapatan yang diperolehi dalam kajian yang dijalankan oleh Yahya & Maszuraimah (2013) menunjukkan bahawa penggunaan strategi membaca pada tahap paling tinggi adalah Strategi Global, diikuti tahap sederhana iaitu Strategi Menyelesaikan Masalah dan tahap paling rendah iaitu Strategi Sokongan. Kajian ini mempunyai hasil dapatan yang berbeza adalah disebabkan fokus kajian yang sangat berbeza iaitu fokus kajian adalah strategi membaca teks bahasa Melayu. Pembacaan teks bahasa Melayu memerlukan pelajar untuk membaca secara meluas iaitu apabila pelajar mernganggap bahawa teks tersebut mudah, maka bacaan mereka lebih laju dan hanya memfokuskan kepada isi penting sahaja. Oleh itu, perbezaan fokus utama kajian sangat menunjukkan bahawa faktor bahasa pada teks sangat memainkan peranan dalam pemilihan strategi. Bagi teks Kesusasteraan Arab, penggunaan bahasa yang kurang mahir menyebabkan pelajar lebih memilih untuk mendapatkan bacaan yang lebih kepada menyelesaikan masalah dalam pembacaan tanpa mengira masa yang lama diambil untuk menyelesaikan satu-satu bacaan.

Penggunaan strategi membaca teks bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Hal ini demikian kerana pelajar mempunyai ‘mood’ yang berbeza apabila membaca. Sesetengah daripada mereka lebih meminati strategi yang lebih simple, yang tidak memerlukan kepada penggunaan ‘highlight’, nota, peta minda dan sebagainya. Manakala terdapat sesetengah daripada mereka lebih mempunyai semangat apabila teks bacaan yang ingin dibaca kelihatan menarik, berwarna-warni, ringkas dan sebagainya. Pelajar berinteraksi dengan bahan yang dibaca melalui pandangan pertama mereka terhadap teks tersebut. Jika mereka minat terhadap matapelajaran tersebut, maka ‘mindset’ pelajar telah menetapkan bahawa bahan tersebut mudah untuk dibaca. Proses menterjemah dalam bacaan juga dianggap sebagai salah satu strategi yang berkesan yang terdapat dalam Strategi Sokongan. Pelajar memilih untuk menterjemah bacaan supaya mereka dapat memahami dengan lebih jelas mengenai konteks yang ingin disampaikan oleh penulis teks tersebut. Perkara ini disokong oleh kajian Raja Hazirah et.al (2014) yang berpendapat bahawa penggunaan kaedah pengajaran dengan menterjemah teks dapat meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari matapelajaran tersebut. Hal ini demikian kerana, apabila pelajar dapat memahami teks dengan lebih jelas, maka minat mereka untuk meneruskan bacaan akan semakin meningkat. Perkara ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Muhammad Atan (2003) yang mengatakan bahawa apabila minat timbul dalam diri pelajar, mereka akan berusaha dan bersedia untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam.

Dalam proses bacaan, pelajar perlu diberi panduan mengenai strategi membaca yang berkesan atau dalam makna kata lain ialah yang mampu memberi kefahaman mengenai teks yang dibaca oleh pelajar itu sendiri. Penggunaan strategi dalam proses bacaan dianggap suatu perkara yang remeh kerana bagi mereka tanpa penggunaan strategi, proses bacaan mereka tetap berlaku seperti biasa dan membosankan. Hal ini disokong oleh kajian Yusof & Mohd Sahlan (2015) penggunaan strategi-strategi tertentu dalam pembacaan perlu didedahkan supaya amalan membaca tidak lagi dianggap sebagai perkara yang membosankan. Kebanyakan daripada mereka mampu membaca tetapi tahap bacaan mereka sekadar baca tanpa kefahaman yang jelas. Peratusan bagi mereka untuk mengingati kembali bacaan mereka adalah tipis kerana mereka membaca tanpa dapat mengaitkan keseluruhan

Page 37: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

887

teks tersebut. Permasalahan mengenai pembacaan tanpa kefahaman yang jelas ini boleh terjadi pada semua peringkat pembelajaran, tidak kira sekolah menengah ataupun peringkat pengajian tinggi. Hal ini disokong oleh kajian Yahya (2008) yang mengatakan bahawa masalah memahami teks berlaku di semua peringkat, bermula dengan peringkat rendah, kemudian menengah dan berlanjutan hingga ke pengajian tinggi. Oleh itu, penggunaan strategi membaca sepatutnya diserap dalam proses PdP supaya pelajar dapat menetapkan satu bentuk pembelajaran yang lebih sistematik, yang mana didasari oleh strategi yang memberi peningkatan dalam pembelajaran pelajar khususnya dalam proses bacaan.

Perbezaan Strategi Membaca KA antara Pelajar Lelaki dengan Pelajar Perempuan. Hasil dapatan bagi objektif kajian kedua menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penggunaan strategi membaca teks KA antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Penggunaan strategi dalam kalangan pelajar perempuan menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih sistematik berbanding pelajar lelaki yang memilih untuk belajar tanpa strategi. Dapatan yang diperolehi oleh Nurul Huda (2012) dan Kamarul Shukri et.al (2009) menunjukkan bahawa kecenderungan pelajar perempuan dalam penggunaan strategi dalam pembelajaran adalah lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Kamarul Shukri et.al (2008) juga memperolehi hasil yang sama iaitu kekerapan bagi pelajar perempuan menggunakan SPB adalah tinggi berbanding pelajar lelaki secara signifikan. Kebanyakan kajian yang dibuat oleh kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar perempuan sangat aktif dalam proses membaca yang melibatkan strategi kerana mereka lebih teliti dalam pembacaan berbanding dengan pelajar lelaki.

Berdasarkan komitmen pelajar perempuan yang tinggi yang memilih penggunaan strategi dalam pembacaan menjadikan mereka lebih mudah menguasai pembelajaran. Hal ini disokong oleh kajian Rohani et.al (2010) yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan berdasarkan komitmen belajar mereka dalam pembelajaran. Namun hasil dapatan dalam kajian Idris (2009) mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pembaca perempuan dengan pembaca lelaki. Secara umumnya, kecenderungan pelajar lelaki dan perempuan didasari oleh strategi yang berbeza, yang mungkin mempunyai faktor sampingan tertentu yang mempengaruhi tahap penggunaan strategi. Kajian ini beranggapan bahawa pelajar masih keliru dalam menentukan corak pembelajaran mereka sendiri dengan mengatakan bahawa mereka menggunakan strategi ini tetapi dalam proses pembacaan, mereka tidak mendasari strategi tersebut dalam pembacaan teks Kesusasteraan Arab.

Kebergantungan pelajar lelaki terhadap guru dalam pembelajaran berbanding pelajar perempuan yang lebih berdikari menjadi titik tolak kepada tahap penggunaan strategi dalam pembelajaran. Pembelajaran berpusatkan guru menjadikan pelajar kurang aktif dan tidak berdaya saing. Hal ini disokong oleh kajian Maria et.al (2011) pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar lebih menjadikan pelajar tersebut aktif dalam pembelajaran dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator, yang membantu pelajar secara tidak langsung. Apabila pelajar aktif, berdikari dan mempunyai komitmen dalam pembelajaran, maka mereka tidak akan menunjukkan sikap kebergantungan yang melampau terhadap guru. Walaubagaimanapun, bagi pelajar yang masih dalam proses pembelajaran, kebergantungan kepada guru bukan satu persoalan yang besar tetapi apabila terbiasa dengan ‘suapan’

Page 38: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

888

daripada guru itu sendiri menyebabkan perkara itu menjadi persoalan yang besar. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, maka guru perlu memantau dan memberi tumpuan kepada pelajar yang betul-betul lemah sahaja.

Selain itu, penggunaan strategi dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dapat menjadikan mereka sebagai pelajar yang aktif dan berdaya saing. Hal ini disokong oleh kajian Maria et.al (2011) pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar lebih menjadikan pelajar tersebut aktif dalam pembelajaran dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator, yang membantu pelajar secara tidak langsung. Begitu juga dapatan yang diperolehi dalam kajian Abdul Razak & Nor Asmah (2010) aktiviti berkumpulan merupakan salah satu pembelajaran yang mampu melibatkan pelajar secara aktif dengan memberikan mereka tugasan yang berlainan tetapi dalam bentuk kumpulan. Dapatan yang diperolehi oleh Abu Hassan (2006) menunjukkan bahawa proses PdP perlu dirancang dan penglibatkan pelajar secara aktif diperlukan bagi menjana pemikiran yang lebih kritis, kreatif dan inovatif dalam meningkatkan penggunaan strategi bagi matapelajaran Adab dan Nusus.

Perbezaan Strategi Membaca KA antara Pelajar Thanawi 3 dengan Pelajar 6 Atas STAM

Hasil daripada objektif ketiga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar Thanawi 3 dengan 6 Atas STAM. Perbezaan antara pelajar Thanawi 3 dengan pelajar 6 Atas STAM adalah berdasarkan kepada tempoh pembelajaran iaitu Thanawi 3 belajar selama setahun dan pelajar 6 Atas STAM belajar selama 2 tahun sebelum menduduki ujian STAM. Jika dilihat dari segi tempoh pembelajaran, pelajar 6 Atas STAM mempunyai tempoh belajar yang lebih lama berbanding Thanawi 3 dengan pendedahan mengenai matapelajaran STAM, namun hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor penyumbang kepada penggunaan strategi tidak mempengaruhi dapatan bagi kajian ini. Kebanyakan kajian menyatakan bahawa tempoh pembelajaran mempengaruhi penggunaan strategi tetapi hasil yang diperolehi daripada kajian ini adalah sebaliknya. Dapatan kajian yang tidak menyamai kajian ini adalah dapatan Harun (2014) yang menunjukkan bahawa perbezaan penggunaan strategi kosa kata adalah berdasarkan kepada tempoh pengalaman pelajar dalam mempelajari bahasa Arab.

Selain itu, dapatan daripada kajian Linamalini & Kamarul Shukri (2015) menunjukkan bahawa semakin banyak peruntukan yang diberikan kepada pembelajaran bahasa Arab, semakin banyak penggunaan strategi pembelajaran yang dapat dikuasai oleh pelajar. Melihat kepada faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi, tempoh pembelajaran merupakan antara faktor yang banyak mempengaruhi tahap penggunaan strategi tetapi berbeza untuk kajian ini. Pendedahan mengenai KA kepada pelajar 6 Atas STAM yang lebih lama perlu disertai dengan penggunaan strategi yang betul kerana KA bukanlah satu subjek yang mudah dikuasai oleh pelajar. Penggunaan strategi yang betul mampu menjadikan pembelajaran pelajar lebih mantap dan lebih cemerlang, lebih-lebih lagi dalam proses pembacaan teks KA itu sendiri.

Dalam meningkatkan martabat KA, pelajar perlu sentiasa bersedia untuk mempelajari kesusasteraan dengan lebih mendalam. Walaupun dalam kajian ini tidak memperlihatkan kesan penggunaan strategi dalam diri pelajar, tetapi dalam konteks pembelajaran yang betul perlu seiring dengan faktor penguasaan strategi iaitu tempoh

Page 39: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

889

pembelajaran. Semakin lama seseorang itu belajar, semakin bertambah penguasaan pelajar dalam sesuatu pembelajaran dengan berbantukan penggunaan strategi yang betul. Penguasaan KA juga perlu diseiringkan dengan kefahaman mengenai kebudayaan Arab itu sendiri kerana KA akan dikaitkan dengan penggunaan syair yang melambangkan budaya Arab, penggunaan teks yang menceritakan mengenai peradaban Arab dengan lebih jelas dan isi kandungan yang memerlukan penguasaan bahasa Arab yang mendalam untuk mempelajarinya secara berkesan. Penyataan ini disokong oleh kajian Nasrun Adil (2003) bahawa sesebuah bahasa tidak akan dapat difahami dengan baik tanpa mengetahui dan memahami isi kebudayaannya yang digambarkan melalui Kesusasteraan. Oleh itu, secara kesimpulannya perlu difahami bahawa pelajar perlu memahami secara mendalam dengan menggunakan strategi yang bersesuaian.

KESIMPULAN Melalui dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa tahap peggunaan strategi membaca dalam kalangan pelajar STAM berada pada tahap yang tinggi kecuali SG yang berada pada tahap sederhana. Manakala dalam konteks kajian ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih cenderung menggunakan strategi membaca berbanding pelajar lelaki. Tegasnya, dapat dikatakan bahawa pelajar lelaki kurang berminat untuk membaca berbanding pelajar perempuan. Selain itu, bagi tempoh pembelajaran pula menunjukkan pelajar Thanawi 3 dan 6 Atas STAM mempunyai kecenderungan penggunaan strategi yang sama iaitu tidak menunjukkan perbezaan yang siginifkan pada tahap penggunaan. Diharap kajian ini mendapat perhatian pengkaji akan datang dan menjadi kajian yang dapat mencetus kepada kajian mengenai KA secara lebih meluas dan mendalam.

RUJUKAN A. Jailani Che Abas. 2012. Analisis Kecelaruan Membaca Bahasa Melayu Pelajar kelas

Intervensi Awal membaca dan Menulis (KIA2M). Tesis Sarjana Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya.

Abd Halim Ariffin .1999. Pengajaran Ilmu Balaghah (Retorika) di sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Bawah Kementerian Pendidikan. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Abdul Razak Idris & Nor Asmah Salleh. 2010. Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.

Kamarulzaman Abdul Ghani, Zawawi Ismail & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. .2002. Peranan persekitaran bahasa Arab terhadap kemahiran Bahasa Arab Komunikasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 1. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kamarul Shukri Mat Teh, Nik Mohd Rahimi, Mohamed Amin Embi & Zamri Mahamod. 2008. Hubungan Gender dengan Strategi pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama di Terengganu. MJLI. 5():117-138.

Page 40: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

890

Kamarul Shukri Mat Teh, Nik Mohd Rahimi, Mohamed Amin Embi & Zamri Mahamod. 2009. Perbezaan Gender Dalam Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab. Conference on Language Learning and Teaching.

Ku Fatahiyah Ku Azizan, Awatif Abd Rahman & Hairun Najuwah Jamali. 2014. Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab di IPT Malaysia. GSE E-Journal of Education. 1(2): 20-32.

Lessard-Clouston, Michael. 1997. Language Learning Strategies: An Overview for L2 Teachers. Internet TESL Journal.

Linamalini Mat Nafi & Kamarul Shukri Mat The. 2014. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Sebagai Bahasa Kedua: Satu Kajian di Institusi Pengajian Tinggi Kelantan. Prosiding Seminar Pengajaran & pembelajaran Bahasa Arab 2014.

Idris Mohd Radzi. 2009. Penggunaan Strategi Membaca Teks Akademik dalam Kalangan Pelajar Peringkat Tertiari. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Maria Chong Abdullah, Samsilah Roslan & Tajularipin Sulaiman. 2011. Strategi Pengajaran Pembelajaran Di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Anjakan Paradigma. Universiti Putra Malaysia: Faklti Pengajian Pendidikan.

Mastura Arshad & Kaseh Abu Bakar. 2012. Penggunaan Strategi Pembelajaran Kemahiran Bertutur bahasa Arab: Kajian di Pusat Asasi UIAM. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012.

Mohd Fadzli Ismail & Mohd Sukki Othman. 2012. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab: Satu Tinjauan Di SMAP Kajang. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012. 173-189.

Muhammad Atan .2003. Sikap, Minat, Pengaruh Rakan Sebaya dan Pengajaran Guru Pelajar- Bahasa Sebagai Satu Cara Mengatasi Masalah Kepelbagaian Pelajar dalam Kelas Bahasa. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000.

Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Ismail Muhamad, Wan Salihin Wong Abdullah, Mohd Nasir Ismail & Zawiah Seman. 2014. Interaksi Penguasaan Bahasa Arab – Strategi Dalam Proses Kefahaman Teks Kesusasteraan Arab: Implikasinya Terhadap Pengajaran Guru. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014.

Najendran.N.S. 2000. Kesusasteraan Sebagai Wahana Mengajar Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi. Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pembangunan Dalam Pendidikan,

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan, Kelana Jaya.

Nasrun Adil Mohamed Yusof. 2003. Penggunaaan Kesusasteraan Arab dalam Pengajaran Bahasa Arab. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. 2005. Penilaian Kemahiran Mendengar Dalam Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi. Tesis Ph.D Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Page 41: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

891

Nurul Huda Mohamad. 2012. Strategi Membaca Teks Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Melayu. Tesis Sarjana Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya.

Raja Hazirah Raja Sulaiman, Nurazan Mohamad Rouyan, Shuhaida Hanim Mohamad Suhane & Muzammir Anas. 2014. Keberkesanan Metode Perbandingan Retorika Melayu Dan Arab Untuk Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Pembelajaran Balaghah. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014.

Rosni Samah. 2008. Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab Di Sekolah-sekolah Agama. Prosiding Seminar Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab (SEBAKA 2008). UKM, 47-54.

Oxford, R.L. 1990. Language learning strategies: What every teacher should know. New York: Newbury House Publishers.

Yahya Othman. 2008. Proses & Strategi Membaca Berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Yahya Othman & Maszuraimah Muizz Sulaiman. 2013. Aplikasi Strategi Kesedaran Metakognisi Semasa Membaca Teks Moden Dan Klasik Dalam Kalangan Murid Prauniversiti. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 3(1): 61-71.

Yusof Boon & Mohd Sahlan Salamat. 2015. Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2005. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Untuk Menguasai Kemahiran Membaca. Jurnal Teknologi. 42(E): 1-18.

Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Ala-Uddin Othman. 2011. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (2). pp. 67-82.

Page 42: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

892

PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU BAHASA ARAB

Muhammad Haron Husaini, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Ahmad Shafiq Mat Razali, Diyak Ulrahman Mat Saad, Syafiqah Mohd Hairon, Syafiqah Mohd Hairon,

Dr. Nur Hanani Hussin & Mohd Khamal Md Daud,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Kolej Vokasional Ampangan, Negeri Sembilan

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia [email protected]

Abstrak Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan kesanggupan terhadap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). Jumlah sampel kajian ini adalah seramai 427 orang guru yang mengajar matapelajaran bahasa Arab di sekolah menengah seluruh Malaysia. Dapatan kajian ini diperolehi dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey) dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak 7 item telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Secara terperinci, kajian ini mendapati elemen kesanggupan berkongsi BBM memperoleh nilai min tertinggi (min=4.07, sp.= 0.69), manakala elemen meminta bantuan untuk pengggunaan BBM meraih nilai min paling rendah. (min=3.50, sp.= 0.92). Hasil kajian ini diharap dapat membantu guru bahasa Arab menambahbaik penggunaan BBM dalam pengajaran, sementara institusi perguruan pula dapat menitik beratkan aspek kemahiran penyediaan BBM kepada para pelatih.

Kata Kunci: Bahasa Arab, Bahan Bantu Mengajar, Kemahiran dan Kesanggupan

12.0 PENDAHULUAN Dalam era teknologi masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan buku teks, kaedah pengajaran guru melalui penggunaan kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih daripada itu termasuklah penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi memupuk minat pelajar. Oleh yang demikian, melalui teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dari guru sahaja masih belum dapat menjamin berlakunya proses pembelajaran yang berkesan tanpa melalui bahan bantu mengajar. Dalam matapelajaran bahasa arab khususnya, bahan bantu mengajar memainkan peranan penting ke arah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar.

13.0 PENYATAAN MASALAH Kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Mansor et. al. (2003), mendapati 62.5% daripada pelajar tidak minat mempelajari bahasa Arab. Begitu juga, kajian yang dijalankan oleh Roslida Kadir (2002) menunjukkan bahawa kaedah pengajaran bahasa Arab berada pada tahap yang sederhana yang menyebabkan kesukaran memahami pengajaran guru akan menyebabkan pencapaian pelajar merosot. Manakala, Muhammad Awang (1990), mendapati bahawa pelajar di insititusi pengajian tinggi lebih cenderung kepada belajar secara pasif dengan menghafal nota, mengeluarkan semula daripada ingatan apabila

Page 43: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

893

menduduki peperiksaan. Oleh yang demikian, amalan pengajaran dan kesediaan guru bahasa Arab memainkan peranan penting agar membantu pelajar menyesuaikan diri dalam suasana dan aktiviti pembelajaran yang baharu. Begitu juga pandangan daripada Rofishah Rashid (2005), masih terdapat guru pendidikan Islam dan bahasa Arab yang tidak memanfaatkan penggunaan ICT dalam PdP melainkan untuk tujuan menulis dan menyediakan kertas peperiksaan pada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. Sekiranya, guru tidak bersedia dari segi amalan pengajaran dan kesediaan dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) akan menyebabkan kelemahan dalam pengajaran bahasa Arab.

14.0 KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangkan Konseptual Amalan Pengajaran dan Kesediaan Guru Bahasa Arab Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan modifikasi daripada Khatijah Endut (1997), Rofishah Rashid (2005), Mohd Faeez Ilias (2013), Kamarul Azmi & Ab. Halim. (2013). Normazla Ahmad et. al. (2013), Maimun Aqsa Lubis (2013).

Guru Bahasa Arab

Mata Pelajaran Bahasa Arab

Bahan Bantu Mengajar

Pemboleh ubah tidak bersandar

x Jantina x Umur x Kelayakan Akademik x Kelayakan Ikhtisas x Pengalaman Mengajar x Kekerapan Penggunaan BBM x Bilangan Waktu Mengajar

Pemboleh ubah bersandar

x Amalan Pengajaran Menggunakan BBM

x Kekerapan Menggunakan BBM x Kesediaan Menggunakan BBM

Soal selidik guru

Page 44: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

894

15.0 OBJEKTIF KAJIAN Kertas ini secara umumnya mengkaji elemen-elemen berkaitan tahap kemahiran dan kesanggupan guru bahasa Arab dalam penyediaan bahan bantu mengajar.

16.0 SOALAN KAJIAN Bagi mencapai tujuan yang tersebut di atas, kajian ini memberi tumpuan terhadap persoalan berikut:

x Sejauhmanakah kemahiran dan kesanggupan guru bahasa Arab dalam penyediaan bahan bantu mengajar?

17.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini melibatkan seramai 427 orang guru bahasa Arab. Pemilihan sekolah dan sampel kajian dilakukan berdasarkan kepada pembahagian negeri. Bilangan responden bergantung kepada populasi guru bahasa Arab yang terdapat di negeri tersebut. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dengan menggunakan persampelan rawak mudah.

18.0 DAPATAN KAJIAN Bil Item STS TS KS S SS Min SP INT

1 Saya meminta bantuan orang lain untuk mengajar cara membina BBM yang saya tidak tahu.

9 (2.1%)

44 (10.3%)

83 (19.4%

)

255 (59.7%

)

36 (8.4%)

3.62 0.86 ST

2 Saya meminta bantuan orang lain untuk menggunakan BBM.

15 (3.5%)

44 (10.3%)

117 (27.4%

)

215 (50.4%

)

36 (8.4%)

3.50 0.92 ST

3 Dalam usaha membangunkan BBM saya mempunyai jaringan kerjasama yang baik dengan guru sekolah lain.

6 (1.4%)

27 (6.3%)

106 (24.8%

)

243 (56.9%

)

45 (10.5%)

3.69 0.80 ST

4 Saya sentiasa melakukan pencarian/kajian ringkas untuk mendapatkan maklumat berkenaan BBM terkini.

3 (0.7%)

16 (3.7%)

102 (23.9%

)

266 (62.3%

)

40 (9.4%)

3.76 0.70 ST

Min Keseluruhan Kemahiran 3.64 0.82 ST

Dapatan kajian ini menunjukkan nilai min terendah ialah item 2 iaitu “Saya meminta bantuan orang lain untuk menggunakan BBM” dengan nilai 3.50. Seramai 251 responden

Page 45: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

895

(58.78%) yang mengaku bersetuju dan sangat bersetuju dangan pernyataan tersebut, manakala selebihnya seramai 176 responden (41.28%) kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan item tersebut.

Nilai min kedua terendah (3.62) ialah item 1. Seramai 291 responden (68.15%) bersetuju dengan item “Saya meminta bantuan orang lain untuk mengajar cara membina BBM yang saya tidak tahu”, manakala seramai 136 responden (31.85%) kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan item ini.

Item 3 pula iaitu “Dalam usaha membangunkan BBM saya mempunyai jaringan kerjasama yang baik dengan guru sekolah lain”, seramai 288 responden menyatakan setuju dan sangat setuju dengan item ini (67.45%), manakala 139 responden (32.55%) menyatakan sebaliknya iaitu kurang setuju, tidak bersetuju dan sangat tidak setuju.

Nilai min tertinggi (3.76) berhubung kemahiran penyediaan bahan bantu mengajar diraih oleh pernyataan "Saya sentiasa melakukan pencarian/kajian ringkas untuk mendapatkan maklumat berkenaan BBM terkini" iaitu 3.69. Seramai 306 responden (71.62%) bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Bil Item STS TS KS S SS Min SP INT

5 Saya akan membeli BBM yang sesuai sekiranya harga murah dengan menggunakan wang saya tanpa tuntutan semula.

5 (1.2%)

17 (4.0%)

56 (13.1%

)

280 (65.6%

)

69 (16.2%)

3.92 0.74

ST

6 Saya menyediakan BBM mengikut peruntukan dari pihak sekolah.

19 (4.4%)

33 (7.7%)

96 (22.5%

)

243 (56.9%

)

36 (8.4%)

3.57 0.91

ST

7 Saya sanggup berkongsi BBM daripada guru lain.

6 (1.4%)

5 (1.2%)

36 (8.4%)

285 (66.7%

)

95 (22.2%)

4.07 0.69

T

Min Keseluruhan Kesanggupan 3.85 0.78

Bagi item-item yang berkaitan dengan kesanggupan penyediaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru bahasa Arab pula, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa nilai min terendah ialah item 6 iaitu “Saya menyediakan BBM mengikut peruntukan dari pihak sekolah.” dengan nilai 3.57. Seramai 279 responden (65.34%) yang mengaku bersetuju dan sangat bersetuju dangan pernyataan tersebut, manakala selebihnya iaitu seramai 148 responden (34.66%) kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan item tersebut.

Item 7 " Saya sanggup berkongsi BBM daripada guru lain" dan item 5 iaitu “Saya akan membeli BBM yang sesuai sekiranya harga murah dengan menggunakan wang saya tanpa tuntutan semula” mencatat nilai min tertinggi dan kedua tertinggi dengan masing-masing mencatat nilai 4.07 dan 3.92.

19.0 PERBINCANGAN Kemahiran guru bahasa Arab dalam penyediaan bahan bantu mengajar:

Page 46: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

896

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa nilai min terendah bagi aspek ini ialah item 2 iaitu “Saya meminta bantuan orang lain untuk menggunakan BBM” dengan nilai 3.50 dan seramai 251 responden (58.78%) yang bersetuju manakala selebihnya seramai 176 responden (41.28%) tidak bersetuju dengan item tersebut. Menurut Zaidi Ismail (2003), majoriti guru bersedia untuk menerima tunjuk ajar tentang penggunaan komputer dan bersedia berbelanja untuk mendapatkan pengetahuan dalam penggunaan komputer.

Bagi nilai min kedua terendah (3.62) ialah item 1, seramai 291 responden (68.15%) bersetuju dengan item “Saya meminta bantuan orang lain untuk mengajar cara membina BBM yang saya tidak tahu” manakala seramai 136 responden (31.85%) tidak bersetuju dengan item ini.

Bagi item 3 iaitu “Dalam usaha membangunkan BBM saya mempunyai jaringan kerjasama yang baik dengan guru sekolah lain”, seramai 288 responden bersetuju dengan item ini (67.45%) manakala 139 responden (52.55%) tidak bersetuju.

Item 4 pula mencatatkan 366 responden (71.62%) responden bersetuju dengan pernyataan “Saya sentiasa melakukan pencarian/kajian ringkas untuk mendapatkan maklumat berkenaan BBM terkini”, manakala selebihnya seramai 47 responden (11.01%) tidak bersetuju dengan item ini dan bacaan min ialah 3.76.

Kesanggupan guru bahasa Arab dalam penyediaan bahan bantu mengajar:

Kajian ini juga mendapati item 6 dengan pernyataan “Saya menyediakan BBM mengikut peruntukan dari pihak sekolah” seramai 279 responden (65.33%) bersetuju manakala seramai 148 responden (34.66%) pula tidak bersetuju dengan nilai keseluruhan min 3.57 iaitu item terendah dalam aspek ini. Menurut Mohd Faeez Ilias (2013), Bahagian Pendidikan Islam perlu menyalurkan bantuan dalam usaha melengkapkan sekolah dengan keperluan PdP.

Item yang mempunyai nilai min tertinggi dalam aspek ini (4.07) ialah item 7 dengan pernyataan “Saya sanggup berkongsi BBM daripada guru lain”. Seramai 380 responden (88.99%) bersetuju dengan item ini manakala seramai 47 responden (11.01%) tidak bersetuju.

Bagi item 5 iaitu “Saya akan membeli BBM yang sesuai sekiranya harga murah dengan menggunakan wang saya tanpa tuntutan semula” mencatatkan seramai 78 responden tidak bersetuju (18.27%) dengan item ini manakala 349 responden (81.73%) bersetuju dengan item ini bagi bacaan min ialah 3.92.

20.0 KESIMPULAN Kajian mendapati tahap kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam kalangan guru bahasa Arab secara umumnya perlu ditingkatkan. Ini kerana dari hasil kajian menunjukkan kira-kira 60% daripada kalangan mereka mengaku memerlukan bantuan orang lain untuk menggunakan BBM. Tahap kemahiran pembinaan dan penyediaan BBM dalam kalangan mereka juga memerlukan peningkatan kerana hampir 70% daripada mereka mengaku perlu minta bantuan orang lain untuk mengajar cara membina BBM. Aspek kesanggupan mereka untuk menyediakan BBM pula sangat membimbangkan kerana

Page 47: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

897

melebihi 65% daripada mereka mengaku bahawa penyediaan BBM hanya berlaku apabila pihak sekolah menyediakan peruntukan kewangan. PdP bahasa Arab dengan bantuan BBM perlu dipertingkatkan supaya dapat meningkatkan tahap keberkesanan dan menarik perhatian serta minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Guru bahasa Arab mesti berusaha untuk meningkatkan kemahiran masing-masing agar pengajaran bahasa Arab yang dilaksanakan dapat menunjukkan keberkesanan sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif kurikulum matapelajaran tersebut. Kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran menyebabkan pelajar lebih fokus terhadap apa yang diajar. Justeru, bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Arab dalam kalangan murid, pendidik perlu memahirkan diri dalam penyediaan dan penggunaan BBM, tingkatkan kesanggupan serta lebih kreatif ketika proses PdP dijalankan.

RUJUKAN Atan Long. 1992. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Amiza Publishing Sdn Bhd: Petaling

Jaya.

Ahmad, J. (2009). Teaching of Biological Sciences. New Delhi: PHI Learning Pvt. Ltd.

Rofishah Rashid. 2005. Penggunaan ICT di Kalangan Guru Bahasa Arab Komunikasi: Kajian di sekolah Menengah dan Rendah di Zon Selatan Selangor. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Faeez Ilias. 2013 Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Pendidikan Islam Menengah Rendah Negeri Johor. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Tamadun Islam. Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. 2013. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Johor Bharu.

Khatijah Endut. 1997. Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah dan Rendah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Izham Mohd. Hamzah & Noraini Attan (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. Skudai: UTM.

Saemah Rahman & Siti Fatimah Mohd Yassin (2008). Kemahiran Mengakses Dan Mempelajari Bahan Hiperteks Dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan 33 (2008) 81-94. Malaysian Journal of Education: Faculty of education, UKM..

Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. 2010. Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 2010 53-64.

Noor Azlan bin Ahmad Zanzali & Nurdalina binti Daud. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Page 48: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

898

PENGGUNAAN UNSUR KESEPADANAN PERIBAHASA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Haji Ahmad bin Ismail

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Abstrak Pembelajaran bahasa kedua selalunya menimbulkan berbagai kesukaran kepada pelajar untuk menguasainya samada dalam pertuturan atau penulisan. Berbagai method dan pendekatan cuba digunakan oleh para pengajar seperti penghafalan mufradat (kosakata), kaedah nahu (tatabahasa) dan teks. Kaedah itu memang dirasakan perlu dan penting. Penulis dalam kajian ini cuba mengetengahkan teori penggunaan kesepadanan antara peribahasa Arab dan Melayu sebagai wadah atau pendekatan. Sebagaimana yang diketahui kadangkala peribahasa itu suatu yang sukar untuk difahami oleh pelajar, namun unsur-unsur keindahan, kesedapan dan kandungannya boleh menarik perhatian dan minat pelajar untuk menghafalnya dan secara langsung akan memberi dorongan dalaman yang kuat dalam mempelajari dan menguasai bahasa yang dipelajarinya itu. Kesepaadanan dalam kedua-dua peribahasa dalam perkataan atau makna umum yang tergarap boleh mendorong pelajar menghafal dan menggunakannya dalam pembelajaran dan penggunaan harian mereka, apatah lagi jika ada galakan dan bimbingan dari para pengajar. Katakunci : Peribahasa. Kesepadanan. Peribahasa Arab dan Peribahasa Melayu.

BAB SATU

بسم الله الرحمن الرحيم

الزمر -

1. PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG.

1.1 Peribahasa & Kelestariannya: Semua bangsa dan bahasa yang unggul telah melahirkan kata-kata indah dalam kehidupan mereka, itulah yang dikatakan peribahasa.. Peribahasa dalam pengertian umum adalah pati atau intisari kata-kata hikmat. Dalam apa jua bangsa dan bahasa pun peribahasa adalah cerminan minda bangsa tersebut. Ia lahir dari pengalaman, ilmu, pemerhatian kepada persekitaran sekeliling mereka. Ia diucapkan dalam bentuk yang ringkas, kemas dan bernas, menarik, sedap didengar dan mempunyai pengaruh yang mendalam dalam jiwa bangsa itu. Atas dasar ini, peribahasa akan diterima pakai dalam berbagai bentuk dan berbagai interaksi dan akan diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi merentasi zaman.

Mieder (1993) mendefinisikan peribahasa sebagai ‘’kalimat pendek yang ada dalam masyarakat yang mengandungi unsur kebijaksanaan, kebenaran, moral, dan pandangan tradisional dalam bentuk metafora, berbentuk baku, dan selalu diingat serta diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain’’.

Page 49: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

899

Kris Mas menyatakan : “Peribahasa adalah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran” (rujuk : Kris Mas. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (1998).

Penulis ternama, Zamakhsyari (1143M/538H) dalam bukunya المستقصى في الأمثال ada menyebutkan:

المثل هو خلاصة تربة مكثفة مستحبة خلال دهور، ذاتية المنشأ ، عامية الفائدة، باستقرائها تقف

على كل أبعاد العصر الذي أفرزه.

(Peribahasa adalah intipati pengalaman yang intensif, digemari dalam waktu yang panjang, kelahirannya berbentuk individual, dan kemanfaatanya menyeluruh. Dengan menghayatinya dapat mengetahui keadaan dan elemen-elemen masa peribahasa itu dicipta). 656

Dengan kata lain, peribahasa menunjukkan kepribadian bangsa tersebut dalam menempuh hidup, dalam semua zaman yang dilalui oleh bangsa itu. Keperibadian adalah cerminan bangsa yang mempunyai kecenderungan, pembawaan dan budaya hidup yang tertentu hasil dari intigrasi sesama mereka dan juga bangsa-bangsa lain. 657

Sementara Abdula Aziz Abdul Rahman dalam prakata Kamus Peribahasa ada menyatakan Peribahasa merupakan ungkapan yang sudah mantap bentuk dan susunannya dengan makna yang tepat. Makna perkataan yang menjadi ungkapan ini mungkin tidak dapat difahami secara terus daripada makna kamusnya kerana maknanya dikiaskan menurut budaya Melayu dan dari kaca mata orang Melayu.658

Zaitul Akma dan Ahmad Fuad dalam buku mereka ada menyatakan : Peribahasa merupakan salah satu cabang bahan kiasan yang mengandungi lima komponen utama, iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, dan kata-kata hikmat.659

Ada penulis yang membezakan antara kata-kata hikmat (الحكمة ) dan peribahasa (المثل ), antaranya Abu Hilal Al-“Askary (meninggal 400H) menyebutkan:

والمثل، فالقول الصائب الصادر عن الحكمة ة الدوران على الألسن هو الفارق بين الشيوع والانتشار وكثر إ

فةه في المناسبات المختلاؤ ومثلا إذا كثر استعماله وشاع أد تربة يسمى حكمة إذا ل يتداول،

656 Zamakhsyari. AL-Mustaqsa fi al-Amthal. (m.s 5) الدكتور صلاح الفوال. علم الاجتماع بي النظرية والتطبيق. (1966). دار الفكر العربي. القاهرة ص 122 657658 Kamus Peribahasa. PAN ASIA PUBLICATION SDN BHD (2016). 659 Zaitul Azma Zainon Hamzah. Ahmad Fuad Mat Hassan. Peribahasa Melayu Penelitian Makna & Nilai, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang,(2011)

Page 50: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

900

Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama telah digunakan oleh masyarakat penuturnya, iaitu:

i. Melalui pengalaman hidup, khususnya dalam kalangan masyarakat biasa.

ii. Melaluia penaakulan para bijak pandai.

iii. Menerusi sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci (Abdullah Hussain, 2003).

Dalam konteks masyarakat, peribahasa mempunyai dua tujuan utama iaitu; i. Menyembunyikan ungkapan atau kata-kata kasar.

ii. Penghuraian sistem adat dan budaya.

1.2 Kesepadanan: Kesepadanan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah kesamaan umum, samada pada perkataan yang digunapakai atau pada maknan am yang terdapat dalam dua ungkapan. Kesepadanan antara dua bahasa adalah dengan melihat kepada kemiripan antara keduanya dari segi perkatan atau maknanya sahaja.

Dalam kajian linguistik arab antara lain ada disebutkan (التقابل اللغوي ).

يقص د بالتقابل اللغوي، أو التحليل التقابلي إجراء دراسة يقارن فيها الباحث بي لغتي أو أكثر، 660مبينا عناصر التماثل والتشابه والاختلاف بي اللغات.

“iaitu kajian yang dilakukan terhadap dua bahasa ataua lebih untuk melihat kesamaan, kemiripan dan kelainan antara bahasa-baahasa itu”.

1.3 Permasalahan Kajian: Mempelajari Bahasa Arab sebagai bahasa kedua banyak menimbulkan kesukaran di kalangan pelajar. Selain dari mengingati kosa kata yang banyak dan struktur nahu yang agak sulit, memahami maksud peribahasa juga menjadi masalah besar kepada pelajar. Kesukaran-kesukaran tersebut menyebabkan pelajar terkandas dalam pembelajaran mereka.

1.4 Kepentingan kajian: Kesukaran dalam memahami peribahasa Arab perlu diberi perhatian oleh para pengajar. Usaha mencari jalan keluar bagi mengatasi perkara ini sangatlah perlu. Kajian ini cuba mengutarakan salah satu dari caranya iaitu mencari kesepadanan antara peribahasa Arab (B2) dan Bahasa ibunda pelajar (B1). Perkara ini pengkaji tampilkan kerana peribahasa

660 https://dibustom.wordpress.com/2011/

Page 51: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

901

sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pada masa sekarang, aspek peribahasa kurang diberi perhatian, sedangkan peribahasa merupakan elemen dalam kriteria berbahasa. Penggunaan peribahasa dalam pertuturan atau dalam karangan bertujuan untuk memperindahkan bahasa. Karangan atau pertuturan akan lebih menarik jika unsur-unsur peribahasa digunakan. Untuk mencapai matlamat ini seseorang pelajar hendaklah betul-betul memahami peribahasa dalam bahasa yang dipelajarinya, dan tahu pula masa dan tempatnya untuk digunakan. Bagi memudahkan maksud ini tercapai unsur kesepadanan peribahasa dalam kedua-dua bahasa itu perlu dimanfaatkan.

1.5 Bentuk kajian : Kajian ini adalah kajian kepustakaan dengan mengguna pakai method kualitatif.

BAB DUA

1. Peribahasa Arab Seperti bangsa-bangsa lain, orang Arab juga mempunyai peribahasa mereka sendiri yang diwarisi turun temurun. Banyak kajian menyebut bahawa orang Arab semenjak zaman jahiliah lagi telah mengumpul peribahasa dan kata-kata hikmat yang di ucapkan oleh para pendeta di zaman itu.

Dr. Abdel Majid Qatamish, dalam bukunya : دراسة تاريية تحليلية –الأمثال العربية

membahagikan peribahasa Arab kepada tiga jenis:

i. Peribahasa al-Mujaz: Kata-kata yang masyhur, mengandungi makna yang tepat.

ii. Peribahasa Qiasi: Peribahasa yang dibawa dalam bentuk gambaran atau cerita yang bertujuan untuk menjelaskan satu-satu fikiran dengan mengugunakan perbandingan.

iii. Peribahasa Khurafi: Kata-kata ringkas yang masyhur yang menggunakan binatang sebagai penuturnya bagi tujuan hiburan dan jenaka.661

Seorang pengkaji, Siti Mahwiyah (2014) dari MTs Al-Mansshuriyah PPI Kota Tangerang, Jawa Barat, Indonesia, ada menulis dalam Arabiyat, Jurnal Pendidikan Bahasa Arab dan Kebahasaaraban : Ada lima amtsal, iaitu:

i. Matsal yang muncul berdasarkan suatu suatu kejadian, contohnya: قة وافق شن طب matsal ini diucapkan ketika seseorang telah bersejuju menerima pasangan untuk dikahwininya. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

661 Abdel Majid Qatamish, dalam bukunya : الأمثال العربية – دراسة تاريية تحليلية m.s. 28-35

Page 52: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

902

ii. Matsal yang muncul dari perumpamaan. Misalnya, seorang laki-laki yang memiliki sifat “dermawan”diperibahasakan dengan ungkapan: من جات أجود

iii. Matsal yang muncul dari sebuah kisah. Yang dimaksud kisah disini adalah sebuah kisah yang diriwayatkan atau secara kontinyu dituturkan oleh umat manusia, seperti kisah Musa a.s. dan Khidhir as yang disebutkan dalam al-Qur’an dengan sebuah matsal berikut:

را إنك لن تستطيع معي صب iv. Matsal yang muncul dari sebuah hikmah.

v. Matsal yang muncul dari sebuah syair.

PENGUMPULAN PERIBAHASA ARAB

2.1 Zaman Bani Umayyah: Gerakan penulisan buku di zaman ini agak aktif. Terdapat 3 buah buku peribahasa telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh bahasa dan sejarah zaman itu, mereka adalah:

ي علاقة بن ك رش م الكلابي -صحار بن عياش العبدي ع ب يد بن شرية الج رهم

2.2 Zaman Abbasiah: Apabila berlaku pertukaran kerajaan Islam kepada Kerajaan Bani Abbasiah yang berpusat di Baghdad kegiatan penulisan makin bertambah hebat termasukkan dalam bidang peribahasa.

دة ابو عبي –يونس بن حبيب الضبي –المفضل محمد بن الضبي –الشرقي القطامي –أبو عمرو بن العلاء معمر بن المثنى

dan lain-lain. 662

3. PERIBAHASA ARAB DAN KEMASYARAKATAN Seperti yang telah disebutkan peribahasa adalah cetusan pengalaman masyarakat, maka unsur kemasyarakatan dalam peribahasa Arab begitu jelas. Contoh Peribahasa Arab akan disebutkan oleh penulis dalam bab berikutnya.

Seorang Penulis, (2013) محمد الشودري ada menyatakan bermaksud: Peribasa Arab lahir dari dua unsur:

i. Dari jiwa dan perasaan orang Arab. Jika lahir seorang yang baik, seperti berani, mereka jadikannya sebagai peribahasa tentang keberanian, kalua lahir pula di kalangan mereka seorang yang pengecut mereka jadikannya sebagai peribahasa tentang kedayusan.

662 Abdel Majid Qatamish, dalam bukunya : الأمثال العربية – دراسة تاريية تحليلية m.s. 41 - 120

Page 53: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

903

ii.Dari buku-buku dan kisah orang-orang terdahulu yang dihasilkan dari semasa ke semasa.663

2. PERIBAHASA MELAYU Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Ketika orang Melayu belum pandai membaca dan menulis, peribahasa sudah digunapakai dalam komunikasi harian masyaarakat Melayu. Ia merupakan salah satu daripada jelmaan intelektualiti penutur Bahasa Melayu. Ia digarap menerusi bahasa yang indah-indah. Setiap ungkapan yang tercipta disusun dan dipadan dengan sedemikian rupa untuk membolehkan idea, rasa dan buah fikiran pengungkapnya dapat ditampilkan dengan lebih bermakna.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 :1185) peribahasa membawa maksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu , ia juga disebut sebagai bidalan, pepatah atau seumpamanya. Mengikut Kamus Fajar pula, peribahasa ialah patah-patah kata , rangkai kata atau ayat yang telah sedia tersusun tetap dengan maksud tertentu .

Za’ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu ( Za’ba 1965:165) telah mentakrifkan peribahasa sebagai susunan cakap pendek atau ringkas yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab ianya menarik didengar , penggunaan perkataan yang bijak dan mempunyai maksud yang luas. Beliau juga telah menyatakan bahawa bidalan, pepatah, perbilangan dan perumpamaan mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa.

Beliau juga membahagikan Peribahasa Melayu kepada: Peribahasa, Bidalan, Pepatah, Perbilangan dan perumpamaan. Masing-masing dengan penekanan dan pemberatan yang tertentu.664

Secara ringkas, seorang pengkaji ada menyebutkan : Peribahasa Melayu merupakan salah satu daripada jelmaan intelektualiti penutur bahasa Melayu. Ia diungkap menerusi bahasa yang indah-indah. Setiap ungkapan yang tercipta disusun dan dipadan dengan sedemikian rupa untuk membolehkan idea, rasa dan buah fikiran pengungkapnya dapat diserlahkan dengan lebih bermakna. Justeru itu, menerusi peribahasa ini, penutur bahasa Melayu berjaya mengungkap falsafah yang mendalam tentang aspek-aspek ketamadunan, pemikiran, ethos dan moral bangsa Melayu sejak sekian lama (Abdul Samad Idris, 1990:ix). Sebagai kesinambungannya, peribahasa terus dicipta dan berkembang dalam kalangan masyarakat pada hari ini sejajar dengan peredaran masa dan tuntutan persekitaran. Sehubungan itu, amat bertepatan sekali aspek peribahasa turut dimuatkan ke dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.665

Sarjana barat, Winstedt dan Wilkinson berasa kagum dengan kekayaan peribahasa Melayu yang berjumlah berpuluh ribu itu. Masyarakat Melayu lama menggunakan peribahasa dalam segala lapangan hidup. Alam peribahasa Melayu dengan sendirinya

663 http://www.presstetouan.com./news 7980.html 664 Za’ba. Ilmu Mengarang Melayu (Edisi Ejaan Rumi Baharu), DBP, Kuala Lumpur, 2002.m.s 170. 665 http://coklat-bahasa.blogspot.my/2010/11/peribahasa-dalam-proses-pengajaran-dan.html

Page 54: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

904

merupakan satu kemegahan masyarakat Melayu lama, mempunyai pertalian yang erat dengan bentuk puisi lama dan meliputi medan yang luas dalam pemakaian bahasa.666

Contoh Peribahasa Melayu akan penulis bawakan contohnya dalam bab berikut nanti.

BAB TIGA

1.Kesepadanan Antara Peribahasa Arab dan Peribahasa Melayu. Seperti yang penulis nyatakan sebelum ini, peribahasa adalah jelmaan kepada kebudayaan satu-satu bangsa. Kebudayan pula ada kalanya sama antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Oleh yang demikian kita dapati peribahasa juga begitu terutama dari segi makna umum. Untuk mencari peribahasa yang 100% sama adalah amat sukar. Kesepadanan bertujuan untuk melihat kemiripan yang erat antara kandungan bahasa pertama dan bahasa kedua. Ini membawa maksud tidak akan ada 'kesapadanan penuh' diantara dua bahasa. Mengutip pendapat Roman Jakobson (1959), bahwa tidak akan ada 'kesapadanan penuh' diantara dua bahasa.

Bertolak dari kesimpulan di atas, bila kita merujuk kepada peribahasa arab dan peribahasa melayu terdapat kesepadanan antara keduanya yang dapat dilihat dari beberapa sudut. Kita boleh lihat keserupaan dari segi maknanya, meskipun dengan ungkapan yang berbeza. Perbezaan tersebut disebabkan oleh faktor kebudayaan. Hal ini merupakan bukti dari teori hubungan bahasa, bahawa makna sebuah kata terikat oleh lingkungan budaya dan kemasyarakatan bangsa atau rumpun tersebut.

Dalam kajian ini secara umum penulis hanya memperlihatkan tiga bentuk kesepadanan antara Peribahasa Arab dan Peribahasa Melayu seperti berikut:

i. Kesepanan maksud dan perkataan.

ii. Kesepadanan maksud dan perkataan yang hampir sama.

iii. Kesepadanan maksud umum sahaja.

Ketiga-tiga bentuk kesepadanan ini penulis sekadar menghadirkan beberapa contoh sahaja.

2. Kepentingan Peribahasa Dalam Pengajaran Bahasa. Peribahasa amat penting dalam pengajaran bahasa. Penguasaan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar akan meningkat sekiranya pengajar mampu menggunakan peribahasa dengan kaedah yang menarik dan berkesan dalam pengajarannya. Pelajar akan lebih memahami budaya bangsa yang bahasanya sedang dipelajari. Kefahaman budaya amat membatu dalam melonjakkan kemahiran berbahasa

666 Annas Haji Ahmad. (1964).

Page 55: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

905

الكلام مثلا، كان ذلك أوضح للمنطق، وأبي في إذا جعل “ه (: 132قال ابن المقفع )ت. 667”المعنى، وآنق في السمع، وأوسع لشعوب الحدث

Penyelidik Nik Radhiah Nik Ali, dalam tulisannya bertajuk : Kepentingan Peribahasa Arab dalam Pengajaran dan Pembelajaran,668 ada menyebutkan: Antara kepentingan peribahasa Arab dalam pengajaran ialah:

i. Membuka minda pelajar tentang peribahasa asing selain peribahasa Melayu

ii. Mendidik pelajar nmenggunakan bahasa yang sopan dalam percakapan.

iii. Mendidik pelajar dengan budaya masyarakat Arab.

iv. Pelajar dapat mempelajari peribahasa Islam.

v. Nilai-nilai muri dapat diterapkan dalam diri pelajar.

3. Kaedah Penggunaan Peribahasa Dalam P&P Bahasa Kedua. Berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh pengajar, antaranya:

i. Pengajar terlebih dahulu mampu memilih peribahasa yang hendak digunakan dan mampu pula mencungkil makna yang tersirat dalam peribahasa berkenaan.

ii. Memilih perkataan yang hendak difokuskan dalam pengajarannya.

iii. Memilih peribahasa yang punya kesepadanan dengan bahasa ibunda pelajar berdasarkan bentuk kesepadanan yang telah disebutkan sebelum ini.

iv. Memilih peribahasa Arab yang mencerminkan dengan jelas dan mudah tentang kebudayaan dan cara hidup orang Arab. Mengetahui budaya membantu pelajar mempelajari bahasa mereka dengan lebih mudah.

Pengkaji dan penulis ( مؤمن العنان) ada menyebutkan:

إن استخدام الأمثال كوسيلة لاستكشاف الثقافة يزود المتعلم بوسيلة لتحليل الصور النمطية عن المفاهيم الخاطئة في الثقافة، وكذلك بوسيلة لاستكشاف القيم الثقافية الت تتمثل غالبا في الأمثال

عن ثقافتهم.669

4. Contoh Kesepadan Antara Peribahasa Arab Dengan Peribahasa Melayu. Penulis hanya membawa beberapa peribahasa sebagai contoh, seperti berikut:

٢٧م، دار بيروت للطباعة والنشر. ص.١٩٧٤. الأدب الصغير: عبد الل بن المقفع، ط٦٦٧

668 TAMU-Vol- 12- December-2015 669 https://malannan.wordpress.com

Page 56: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

906

CONTOH KESEPADANAN PERIBAHASA ARAB DAN MELAYU

PERIBAHASA ARAB PERIBAHASA MELAYU MAKSUD

إن عليك جرشا ف ت عشه 1

Biar lambat asal selamat Jangan tergopoh gapah dalam melaksanakan sesuatu perkara

2

الحاجة تفتق الحيلة

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Kehendak yang kuat akan membawa kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

3 رجزاء سنما

Seperti melepaskan anjing tersepit

Membantu orang yang tidak menghargai bantuan, malah orang yang membantu pula mendapat susah

Mendengar guruh di الصيف ضي عت اللب 4

langit, air di tempayan dicurahkan

Benda belum jadi, dah lebih lebih

Kalau tidak dipecahkan من جد وجد 5

ruyung, manakan dapat sagunya

Siapa berusaha lebih dia yang dapat

نبت 6

لا أرضا قطع ولا إن الم

أب قى ظهرا

Lebai malang

Jangan kelam-kabut

Masa itu emas Masa sangat berharga الوقت من الذهب 7perlu dijga dan dipenuhi

تسمع بالم عيدي خير من أن 8

تراه

Indah khabar dari rupa Tidak sama yang sebenar dengan yang didengar tentangnya.

Seperti raja dengan لا ينتطح فيه عنزان 9

menteri Perkara yang benar yang tiada sebarang keraguan baginya.

Bersua baji dengan إن الحديد بالحديد ي فلح 10

matan, tahan baji oleh kelidai

Memohon bantuan dalam perkara yang sukar dengan benda yang serupa

وة 11 Sepandai-pandai tupai لك ل جواد كب

melompat, jatuh ke tanah jua.

Semua orang membuat kesalahan

أسمن 12

كلبك ياك لك

Melepas anjing tersepit, sesudah lepas dia menggigit

Tidak berterima kasih

ر ولا جمل 13 Hempas tulang tak مثل الن عامة لا طي

berbalas jasa Seseorang yang tidak memberi apa-apa manfaat

Page 57: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

907

PERIBAHASA ARAB PERIBAHASA MELAYU MAKSUD

الراي الهوىآفة 14 Turutkan rasa binasa,

turutkan hati mati Larangan mengikut hawa nafsu dan galakan menggunakan akal.

ر مفتاح الفرج 15 ,Sabar penghilang penat الصب tekun pembawa dekat

Gesaan bersabar bila menghadapi kesusahan.

باه فما ظلم من أشبه أ 16 Bagaimana acuan begitulah kuih

Persamaan melalui ketuturunan.

Bagai kambing هيهات تضرب في حديد بارد 17menanduk bukit,

Ingatan agar tidak melakukan kerja yang sia-sia.

عث رة القدم أسلم من عث رة 18 اللسان

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Gesaan menjaga lidah

Sebab pulut santan البلاء م وكل بالمنطق 19binasa, sebab mulut badan merasa.

Berwaspada ketika bercakap

,Sebab mutiara sebiji الحكمة ضالة المؤمن 20lautan dalam diselami

Gesaan mencari ilmu dimana tempat sekalipun.

Jangan diajar orang tua لا ت علم اليتيم الب كاء 21makan kerak.

Orang yang tahu dengan kerja sendiri lebih dari orang lain.

لا يضر السحاب نباح 22 الكلاب

Anjing menyalak bukit takkan runtuh

Cubaan menjatuhkan orang yang lebih kuat.

Sauk air mandikan diri Gesaan melaksana kerja ما حك جلدك مثل ظ فرك 23sendiri jangan bergantung kepada orang lain.

لا ي لسع مؤمن من ج حر 24 مرتي

Takkan dua kali orang tua (si buta) kehilangan tongkat

Gesaan mengambil iktabar dari pengalaman yang lepas.

Jangan diperlelar timba الشر قليل ه كثير 25ke perigi, kalua tak putus, genting

Gesaan menjauhi perkara yang tidak baik.

,Bagaimana ditanam كما تدين ت دان 26begitulah dituai

Mengingatkan si zalim dari meneruskan kezalimannya.

-Sedikit- sedikit lama من الحبة ت نشأ الشجرة 27lama jadi bukit

Perkara-perkara besar terhasil dari perkara-perkara kecil

نا 28 Ini hari orang, esok hari ي وم لنا وي وم علي kita

Perubahan keadaan

Panas tidak sampai ke ك ل زائد ناقص 29petang

Keadaan dunia yang berubah-ubah.

Banyak udang banyak الناس معادن 30garamnya, banyak orang bayak ragamnya

Perangai manusia.

Page 58: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

908

BAB EMPAT

DAPATAN KAJIAN & PENUTUP

Dapatan Kajian; Dari bacaan penulis, penulis dapati kesepadanan antara Peribahasa Arab dan Peribahasa Melayu sangat banyak. Kedudukan ini memberi ruang kepada pendidik untuk menggunakannya dalam pengajaran mereka agar pelajar dapat mempelajari dan memahami Peribahasa Arab dengan baik dan mengiplikasikannya dalam mempelaran mereka.

Harapan dan Penutup: Peribahsa seperti juga dengan ilmu-ilmu lain, memainkan peranan yang sangat baik dalam pendidikan. Oleh itu para pendidik, pebimbing, daie dan ibubapa boleh menggunakan peribasa untuk mendidik anak-anak dan generasi mereka.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, peribahasa boleh digunakan dengan method-method yang berkesan kearah memperkayakan bahasa pelajar dengan menggunakan ungkapan kata-kata yang indah, flora dan fauna bahasa yang terungkap dalam peribahasa yang dipelajari.

Kurikulum, buku teks dan pengajaran guru, perlu memberi penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dipelajari oleh para pelajar dengan menggunakan peribahasa dalam bahasa yang diajar dan dipelajari oleh mereka, samada dalam lisan atau penulisan dengan menggunakan unsur kesepadanan.

Skian. Terima kasih.

RUJUKAN Al-Quran-ul-Karim.

Zamakhsyari (2011). Al-Mustaqsa Fi Al-Amthal. Jld. 1. Beirut. Da:ar Sader Publisher.

S0lah Al-Fawwal (Dr.) (1966). Ilmu Al-Ijtima:au Bainja Al-Nazariyyahwa Al-Tatbiq. Cairo. Da:r Al-Fikri Al-Arabi.

Kamus Peribahasa (2016). Publication Sdn. Bhd.

Zaitul Azma Nainon Hamzah. Ahmad Fuad Mat Hassan. Peribahasa Melayu Penelitian Makna & Nilai. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang. (2011).

Abdel Majid Qata:mish (Dr.). (1988). Al-Amtha:al Al-Arabiyyah Dirasah Tarikhiyyah Tahliliyyah. Da:ar Al-Fikri. Damascus. Syria.

Za’ba. Ilmu Mengarang Melayu (Edisi Ejaan Rumi Baharu).(2002). Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Abdullah bin Al-Muqaffa’. Al-Adab Al-Saghir. (1974). Da:ar Beirut Littiba:’ah Wa Al-Nashr. Beirut.

TAMU-Vol-12 Decemver (20150.

Page 59: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

909

https://dibustom.wordpress.com/2011/

http://www.presstetouan.com./news 7980.html

http://coklat-bahasa.blogspot.my/2010/11/peribahasa-dalam-proses-pengajaran-dan.html

Annas Haji Ahmad. (1964). 1 https://malannan.wordpress.com

Page 60: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

910

ANALISIS FAKTOR KEJAYAAN PELAJAR DALAM KELAS MAHARAT AL-MUHADATHAH DI UNISZA

Normila Binti Noruddin @ Che Ahmad & Nik Murshidah Binti Nik Din

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Gong Badak, Terengganu.

[email protected], [email protected]

Abstrak Mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua bukanlah sesuatu yang mudah kepada pelajar bukan penutur Arab, apatah lagi untuk bertutur menggunakan bahasa tersebut dalam situasi bahasa ibunda, walaupun telah menggunakannya setiap hari di dalam ibadah khususnya solat. Justeru, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), mengambil inisiatif mengadakan kursus al-Muhadathah sebagai matapelajaran wajib kepada semua pelajar semester pertama pengajian Islam. Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mampu bertutur menggunakan bahasa Arab secara spontan, sekaligus menjadi asas kepada mereka untuk melangkah ke semester pengajian yang lebih tinggi dan mencabar. Kertas kerja ini bertujuan mengenalpasti faktor kejayaan pelajar dalam matapelajaran Maharat al-Muhadatahah hingga dapat mempraktikkannya dalam pertuturan mereka. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti teknik yang sesuai digunakan dalam pengajaran Maharat Al-Muhadathah kepada pelajar yang bukan penutur jati bahasa Arab. Kajian ini memperolehi data melalui pendekatan kualitatif, menggunakan kaedah temubual dan observasi di lapangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat faktor utama yang memberi kesan terhadap kejayaan pelajar untuk bertutur menggunakan bahasa Arab secara spontan. Faktor-faktor tersebut adalah (1) sikap dan tindakan proaktif pensyarah (2) sikap optimis dan motivasi pelajar (3) suasana pembelajaran di Unisza (4) kewujudan sistem teknologi maklumat yang membantu proses pembelajaran. Kata kunci : faktor, kejayaan, Maharat al-Muhadathah, pembelajaran bahasa kedua.

PENDAHULUAN Dewasa ini, pembelajaran bahasa asing sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melayu bukanlah suatu yang baharu lagi sebagai seorang pelajar, khususnya apabila bergelar mahasiswa universiti. Telah banyak kursus bahasa asing yang ditawarkan kepada pelajar universiti samada kursus pilihan mahupun yang wajib. Antara bahasa asing yang ditawarkan adalah Bahasa Arab. Secara umumnya, pembelajaran bahasa Arab di universiti adalah bertujuan untuk memupuk kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar menggunakan bahasa tersebut. Manakala pelajar pula, tahap penguasaan mereka terhadap bahasa arab ini berbeza-beza, tambahan pula mereka mempelajarinya bukan secara langsung dan bukan dalam situasi dan persekitaran yang sebenar bahasa itu digunakan (Normila et. al, 2016), walaupun persekitaran telah dibuat, tetapi hakikatnya masih tidak sama dengan keadaan sebenar.

Menurut Shaferul Hafis (2012), komunikasi adalah proses pertukaran maklumat antara dua pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberi kefahaman antara satu sama lain. Menurutnya juga (2012), aktiviti komunikasi sangat penting dalam pemerolehan bahasa

Page 61: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

911

kedua, dan untuk mencapai tujuan tersebut, aktiviti komunikasi perlu dipraktikkan secara maksimum. Sebagaimana yg dinyatakan oleh al-Naqah (1985), bertutur juga merupakan sebahagian daripada pendekatan dalam pengajaran bahasa asing. Hal ini sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia apabila mengetengahkan matapelajaran bahasa arab komunikasi di peringkat rendah dan menengah (Nik Murshidah et. al, 2014).

Oleh yang demikian, kursus maharat al-muhadathah diperkenalkan khususnya di UniSZA untuk manyahut seruan kerajaan agar penggunaan bahasa arab diketengahkan dan penguasaannya diperkukuhkan. Justeru itu, amat wajarlah sekiranya kursus ini diperkenalkan kepada semua pelajar universiti khususnya pelajar Pengajian Islam. Ini sejajar dengan pembelajaran ilmu-ilmu Islam yang kebanyakannya adalah berteraskan bahasa arab.

PERMASALAHAN KAJIAN Untuk menguasai sesuatu bahasa terutamanya bahasa kedua atau bahasa asing, setiap pelajar bahasa perlu menguasai kemahiran berbahasa dan sub-sub kemahirannya (Oxford, 1990). Kemahiran berbahasa mempunyai empat komponen, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Manakala dalam konteks pengajaran bahasa Arab, teknik pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan sesuatu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar ( Jamaludin & Zaidatun, 2003). Justeru, guru perlu memilih teknik pengajaran yang baik dan sesuai untuk menyampaikan ilmu pengetahuan atau melatih sesuatu kemahiran, kerana teknik yang baik dan sesuai boleh menjadi pemangkin kepada penguasaan sesuatu ilmu dan kemahiran dalam kalangan pelajar. Hal ini juga merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan sesuatu proses pengajaran.

OBJEKTIF KAJIAN Mengenalpasti faktor-faktor kejayaan pelajar dalam maharat al-Muhadathah.

Mengenalpasti faktor-faktor pendorong kepada kejayaan pelajar.

Mengkaji faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan pelajar.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk untuk mendapatkan data melalui proses temubual dan observasi di lapangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kajian ini telah dilakukan ke atas pelajar Diploma Pengajian Islam Semester Tiga di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam yang mengambil matapelajaran Maharah al-Muhadathah 1. Melalui subjek ini pelajar akan diberikan tugasan untuk melakonkan pelbagai watak dalam bahasa Arab. Pelajar tidak dibenarkan bertutur menggunakan selain daripada bahasa Arab sahaja. Pelajar diberikan lima tajuk tema yang telah ditentukan, dan mereka bebas untuk mempersembahkan lakonan berdasarkan tajuk tema serta mengikut kretiviti masing-masing. Selepas lakonan dipersembahkan, pensyarah akan memberikan komentar ke atas segala bentuk kesalahan yang dilakukan. Kemudian pelajar dikehendaki meneruskan lakonan dengan tajuk-tajuk seterusnya yang telah

Page 62: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

912

ditetapkan. Pemerhatian dilakukan sebanyak lima kali bagi menilai perubahan yang berlaku samada positif ke arah peningkatan yang lebih baik ataupun perubahan yang negatif, iaitu tidak dapat menunjukkan peningkatan berbahasa dengan lebih baik. Nota lapangan dan diari catatan pengkaji sepanjang pemerhatian dibuat merupakan penyokong utama dalam mengesahkan kerja-kerja lapangan yang dijalankan dalam kajian ini. Selain pemerhatian, kaedah temu bual juga diaplikasikan ke atas pensyarah yang mengajar mata pelajaran tersebut bagi mengukuhkan maklumat pemerhatian yang dilakukan.

DAPATAN KAJIAN Hasil kajian ini adalah berdasarkan data yang diperolehi melalui beberapa siri pemantauan oleh para penyelidik di lapangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, dapatan kajian juga dikukuhkan lagi dengan data hasil daripada temubual para pensyarah yang berpengalaman mengajar kursus ini. Setelah dianalisis data yang diperolehi, para penyelidik mengenalpasti beberapa tema yang merupakan faktor utama kepada kejayaan kursus ini. Antara tema-tema tersebut adalah sebagaimana berikut.

Faktor Mempengaruhi Kejayaan Pelajar Di Dalam Kelas Maharat Al-Muhadathah

Faktor Pensyarah Bil Faktor Mempengaruhi Rumusan dan Perbincangan

1 Kelas al-Muhadathah adalah kelas yang mudah

Pensyarah tidak memberi bebanan dan paksaan kepada para pelajar untuk kursus ini, malah memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menentukan keadaan mana yang mereka suka untuk mengadakan aktiviti-aktiviti muhadathah mereka.

2 Kelas al-Muhadathah adalah kelas yang paling menyeronokkan dan tidak membosankan

Pensyarah mewujudkan suasana kelas yang menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang membangkitkan semangat untuk pelajar menyertainya. Antara aktiviti tersebut adalah mengadakan beberapa siri lakonan bebas berdasarkan tema-tema tertentu melalui perbualan bahasa Arab sepenuhnya.

3

Pensyarah memberikan galakan dan semangat untuk bertutur dalam bahasa arab

Dalam pembelajaran bahasa asing ini, galakan dan semangat daripada pensyarah sangat penting, dan pensyarah juga tidak memberikan komentar yang negatif kepada pelajar walaupun pelajar terang-terangan melakukan kesalahan dalam percakapannya. Berdasarkan pemerhatian pengkaji terhadap pendekatan yang digunakan oleh pensyarah yang mengajar kursus al-Muhadathah ini, didapati bahawa para pensyarah menegur dan membaiki kesalahan percakapan pelajar tersebut, tetapi dengan teguran yang positif, tidak memalukan mereka di hadapan rakan-rakan mereka, serta juga tidak merendahkan kebolehan mereka. Dengan itu, dalam masa yang sama, pelajar membetulkan kesalahan tersebut dan mereka tidak akan mengulanginya lagi pada percakapan yang akan datang. Pelajar-pelajar lain juga dalam masa yang sama sempat membuat pembetulan daripada teks perbualan yang akan mereka gunakan nanti. Hal ini akan menyumbang kepada minat pelajar untuk bercakap bahasa arab walaupun percakapan yang digunakan tidak berapa betul. Mereka tidak berasa tertekan dalam proses pembelajaran, malah rasa teruja ingin bercakap lagi kerana ingin dibaiki percakapan mereka kepada yang lebih baik. Sebagai contoh dalam percakapan pelajar : " يا صديقاتي، هل تعرف هذا الطلاب الجديد؟ "

Page 63: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

913

Dalam situasi begini, tiga kesalahan yang perlu diperbetulkan. Pembetulan seelok-eloknya dilakukan pada masa percakapan agar pelajar boleh segera buat pembetulan, dan mereka tidak akan mengulanginya lagi kemudian. Kesalahan-kesalahan tersebut pada perkataan “الجديد“ ,”هذا“ ,”تعرف”. Untuk membaiki pembetulan perkataan ini, pensyarah perlu menjelaskan tasrif fe’el iaitu tasrif fe’el madhi dan tasrif fe’el mudharik. Pelajar telah menghafal dan mengingati tasrif-tasrif tersebut, akan tetapi mereka tidak tahu cara untuk mengguna dan mengaplikasikan tasrif tersebut di dalam perbualan mereka. Kemudian, penggunaan “اسم الإشارة” masih perlu kepada penerangan tentang penggunaannya mengikut “ضمير” yang bersesuaian. Begitu juga dengan perkataan "الجديد", pelajar sangat keliru tentang penggunaan sifat yang sesuai. Maka di sini peranan pensyarah untuk menjelaskan kembali kaedah penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat.

4 Pensyarah memberikan keyakinan yang tinggi untuk bercakap bahasa arab

Antara faktor kejayaan pelajar di dalam kursus al-Muhadathah ini adalah pensyarah yang sentiasa menaruh keyakinan yang tinggi kepada pelajar-pelajar bahawa mereka boleh melakukan kesemua aktiviti yang diberikan dengan baik. Pensyarah hanya memberikan penerangan dan arahan di dalam bilik kuliah, dan seterusnya dikendalikan oleh pelajar-pelajar bersama ahli kmpulan mereka. Di situlah mereka berperanan untuk menjadikan persembahan yang akan ditunjukkan nanti adalah yang paling baik. Mereka saling bekerjasama dan seronok memikirkan aktiviti yang akan dipersembahkan mengikut kriteria yang telah dibei oleh pensyarah. Ekoran daripada itu, pelajar cuba untuk mempelajari bahasa tersebut dengan sungguh-sungguh sehingga mereka minat dan bersedia untuk bercakap menggunakan bahasa arab sekaligus ini memberi impak kepada peningkatan tahap kejayaan kursus ini dalam kalangan pelajar. Hal ini ditegaskan oleh hasil temubual dengan pensyarah yang mengajar kursus ini bahawa ramai dari kalangan pelajar yang suka dengan kelas al-Muhadathah ini kerana pensyarah memberi keyakinan sepenuhnya kepada mereka untuk melakukakn aktiviti yang telah diberikan. Berdasarkan hasil pemerhatian di dalam kelas pula, pengkaji mendapati bahawa pelajar mampu menyelesaikan tugasan yang diberi dengan baik walaupun terdapat beberapa kesalahan penggunaan tatabahasa pada peringkat awalnya, dan ada juga pelajar-pelajar yang malu-malu untuk memulakan percakapan kerana bimbang terdapat kesalahan. Maka di sinilah peranan pensyarah untuk memberi keyakinan kepada pelajar supaya mereka bercakap walaupun terdapat kesalahan, dan rakan-rakan pelajar yang lain saling membantu antara satu sama lain agar tidak berasa takut, malu dan tidak takutkan kesalahan dalam bertutur bahasa Arab.

5 Pensyarah memberi ruang

dan peluang sepenuhnya untuk bercakap Arab

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, sikap pensyarah yang memberi kebebasan dan ruang yang banyak kepada pelajar untuk bercakap Arab adalah sangat membantu dalam kejayaan pelajar sepanjang kursus ini. Mereka bebas melakukan aktiviti berkumpulan berdasarkan tema-tema yang diberi. Peranan pensyarah sebagai pemudahcara kepada pelajar yang akan membetulkan sebarang kesalahan penggunaan bahasa yang timbul semasa mereka melakukan aktiviti perbualan di dalam kumpulan bersama-sama rakan mereka.

6

Bahasa arab yang diajar tidak hanya berfokuskan guru

Penyelidik mendapati bahawa pensyarah yang mengajar kursus ini tidak memfokuskan kepada pembelajaran sehala semata-mata; iaitu pensyarah mengajar dan para pelajar hanya mendengar dan mencatit apa yang diajar. Akan tetapi, bagi kursus ini, didapati bahawa pelajar lebih banyak

Page 64: PROSIDING SEMBARA 2017 - kiemiftah.net

914

melibatkan diri di dalam kelas, seperti mengadakan lakonan berkala berdasarkan tema tertentu yang telah dipilih. Sebelum mereka mempersembahkan lakonan secara berkumpulan, mereka membincangkan bentuk lakonan yang terbaik. Dan kesemua aktiviti serta teks perbualan dibuat sendiri. Pensyarah membetulkan kesalah mereka membuat ayat sebelum sesi lakonan bermula. Dan semasa lakonan berjalan juga, pensyarah masih lagi menegur dengan baik setiap kesalah percakapan mereka agar mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama pada persembahan yang akan datang.

7 Banyak aktiviti kreatif yang dijalankan di dalam kelas bahasa arab

Pemerhatian yang telah dilakukan sepanjang proses pembelajaran mendapati bahawa pensyarah yang mengajar kursus ini banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik minat pelajar untuk menyertainya. Antara aktiviti yang dilakukan adalah lima siri lakonan berbahasa arab sepenuhnya. Setiap persembahan pelajar bersama ahli kumpulan masing-masing akan mempersembahkan lakonan mereka di dalam kelas. Para pelajar diberi lima tema yang berbeza dan mereka akan mempersembahkan lakonan mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan tema yang diberi. Sepanjang sesi lakonan dijalankan, para pelajar didapati sangat memberi kerjasama untuk mempersembahkan lakonan yang mantap,mereka sangat bersungguh-sungguh dan begitu ceria serta menggembirakan. Kemudian pelajar juga diminta untuk membuat lakonan yang agak besar, iaitu lakonan yang bebas tetapi mestilah memiliki nilai-nilai murni serta pengajaran kepada semua. Untuk aktiviti kedua ini, pelajar perlu memasukkannya di dalam cd serta memuatnaiknya juga ke dalam Youtube. Mereka membuat persediaan selama beberapa minggu kerana melibatkan penggambaran di tempat yang sebenar, dalam situasi yang sebenar. Keadaan sebegini menjadikan pelajar teruja untuk mengadakan penggambaran di alam sebenar, dan mereka juga tidak merasa tertekan kerana masa yang diberi untuk menyiapkannya adalah sangat lama . Manakala untuk aktiviti yang ketiga pula, pelajar diberi peluang untuk mengadakan ujian lisan bersama pensyarah masing-masing.

Faktor Pelajar Bil Faktor mempengaruhi Rumusan dan perbincangan

1 Minat yang mendalam untuk mahir bahasa arab

Setelah membuat pemerhatian di dalam kelas pengajaran sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung, penyelidik mendapati bahawa pelajar sangat minat untuk mahir bertutur menggunakan bahasa arab. Mereka merasakan telah begitu lama meninggalkan bahasa arab sejak di bangku persekolahan lagi. Apabila diberi peluang sepenuhnya untuk mengasah kembali kemahiran bertutur bahasa arab tersebut, maka para pelajar sangat memberi kerjasama untuk meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada.

2

Berdasarkan hasil temubual dengan pensyarah yang mengajar kursus ini, pelajar merasakan kursus ini perlu dipelajari untuk menambahbaik kemahiran bahasa arab yang telah mereka pelajari sejak di bangku persekolahan. Yang menarik lagi bagi mereka adalah kerana kursus ini