ahlan wa sahlan ya syahrul mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfmasuk awwal ramadhan ialah...

21
Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak MENGHALUSI IBADAH PUASA MENGHAYATI RAMADHAN Disusun oleh Ustaz Abu Zaki Bin Yusuf 1. Puasa Membangkit kesedaran Terhadap Rab 2. Ta’rif Puasa 3. Masuk Awwal Ramadhan 4. Syarat Sah / Wajib Puasa 5. Niat Puasa 6. Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa dan Penjelasannya 7. Perkara-Perkara yang Mengharuskan Berbuka 8. Sunnah-sunnah Puasa & Sunnah-sunnah Di Bulan Ramadhan 9. Perkara-perkara Yang Makruh Ketika Berpuasa 10. Kelebihan Bulan Ramadhan 11. Fadhilat Ramadhan 12. Penghayatan Ibadah Puasa Puasa Membangkit kesedaran Terhadap Rab Kesedaran makhluq terhadap pemerhatian Tuhannya keatas dirinya. Pada ketika berpuasa tiada insan lain yang mengetahui bahwa sesaorang itu sedang berpuasa. Ibadah puasa tidak dapat ditunjuk-tunjukkan kepada yang lainnya. Namun sesaorang itu sedar bahwa Allah maha memerhatikannya lagi menilai ibadah puasanya itu. Dan dalam hadith, Rasulullah s.a.w bersabda: (Hadith riwayat Bukhari) Ertinya: Barangsiapa yang bangun mengerjakan ibadat pada malam-malam Ramadan, kerana beriman dengan Allah s.w.t, dan mengharapkan ganjaran dariNya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu. Sesaorang itu merasa redha terhadap perintah Tuhannya, bahkan ia merasa gembira dengan gembira yang haqiqi yakni tanpa unsur-unsur luaran seperti makanan, minuman dan hiburan.

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak

MENGHALUSI IBADAH PUASA MENGHAYATI RAMADHANDisusun oleh Ustaz Abu Zaki Bin Yusuf

1. Puasa Membangkit kesedaran Terhadap Rab 2. Ta’rif Puasa 3. Masuk Awwal Ramadhan 4. Syarat Sah / Wajib Puasa 5. Niat Puasa 6. Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa dan Penjelasannya 7. Perkara-Perkara yang Mengharuskan Berbuka 8. Sunnah-sunnah Puasa & Sunnah-sunnah Di Bulan Ramadhan 9. Perkara-perkara Yang Makruh Ketika Berpuasa 10. Kelebihan Bulan Ramadhan 11. Fadhilat Ramadhan 12. Penghayatan Ibadah Puasa

Puasa Membangkit kesedaran Terhadap Rab

• Kesedaran makhluq terhadap pemerhatian Tuhannya keatas dirinya. Pada ketika

berpuasa tiada insan lain yang mengetahui bahwa sesaorang itu sedang berpuasa.

Ibadah puasa tidak dapat ditunjuk-tunjukkan kepada yang lainnya. Namun sesaorang

itu sedar bahwa Allah maha memerhatikannya lagi menilai ibadah puasanya itu. Dan

dalam hadith, Rasulullah s.a.w bersabda:

(Hadith riwayat Bukhari)

Ertinya: Barangsiapa yang bangun mengerjakan ibadat pada malam-malam Ramadan,

kerana beriman dengan Allah s.w.t, dan mengharapkan ganjaran dariNya, maka akan

diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

• Sesaorang itu merasa redha terhadap perintah Tuhannya, bahkan ia merasa gembira

dengan gembira yang haqiqi yakni tanpa unsur-unsur luaran seperti makanan,

minuman dan hiburan.

Page 2: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

• Ibadah puasa membuat insan mendambakan akan balasan di akhirat. Ia yaqin janji-

janji balasan di akhirat.

1. “bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat

daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana

dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan

waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan

puasanya”

-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban

dan Baihaqi-

2.

Di dalam syurga ada sebuash pintu yang dinamakan Rayyan, tiada dibenarkan masuk ke

dalamnya kecuali orang-orang yang berpuasa sahaja. Apabila sekelian mereka telah

masuk, pintu itu ditutup.

3.

Puasa itu adalah pelindung dan benteng yang kukuh dari api neraka.

Ta’rif Puasa

Makna puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang

membatalkan puasa bermula dari terbit fajar (Subuh) sehingga terbenam matahari

(Maghrib) berserta niat dengan syarat-syarat yang tertentu.

Puasa mula difardukan pada tahun kedua hijrah. Firman Allah ta’ala di dalam ayat 183

surah Al-Baqarah :

��ك�م ت�ت��ق�ون� �ع�ل ل�ك�م ل ين� م�ن ق�ب ��ذ� ا ك�ت�ب� ع�ل� ال �ام� ك�م� ي � �يك�م� الص� ين� آم�ن�وا ك�ت�ب� ع�ل ��ذ� �ا أ�ي��ه�ا ال يErtinya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa

sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,

supaya kamu bertakwa.“

Page 3: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

Barang siapa mengingkari wajib puasa, maka kufurlah ia.

Barang siapa meninggalkan puasa kerana malas tanpa mengingkari wajibnya maka derhakalah ia. Dan hukumannya ialah bahwa qadhi memenjarakannya dengan tidak diberi makan kecuali pada waktu sahur dan buka sehingga ia insaf. Wajiblah ia mengqadhakkan puasanya yang tertinggal itu.

Dan barang siapa meninggalkan ibadah puasanya dengan sengaja, tanpa uzur, maka ia tidak akan dapat menebus kembali pahala puasa Ramadhan yang ditinggalkannya itu walau ia mengqadhakkannya seumur hidup sekalipun.

Masuk Awwal Ramadhan

Masuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada malam setelah 29 hari bulan Sya’ban.

Memadai seorang saksi yang adil pada melihat anak bulan Ramadhan. Apabila qadhi menolak penyaksiannya maka orang ramai wajib berpegang dengan keputusan qadhi. Maka jadilah hari ke 30 Sya’ban itu hari syak yang mana haram berpuasa di dalamnya. Namun bagi orang yang melihat anak bulan itu sendiri dan mereka yang berkeyakinan dengannya, wajib mendirikan puasa Ramadhan.

Begitulah juga hukumnya bagi orang yang bermimpi bertemu dengan Rasulullah dan diterangkan kepadanya bahwa esok Ramadhan.

Syarat Wajib Puasa

• Islam Orang-orang kafir tidak wajib berpuasa. Iaitu qadhi tidak menggesa mereka untuk berpuasa dan tidak pula menghukum mereka kerana tidak berpuasa. Namun hukuman Allah adalah ke atas mereka kerana tidak berpuasa pada hari akhirat kelak. Demikianlah juga dengan perintah ibadah yang lainnya.

• Sampai umur – BalighKanak-kanak yang belum baligh tidak wajib berpuasa. Namun wajib bagi ibu-bapanya melatihnya berpuasa pada usia tujuh tahun seandainya terdaya olehnya. Kanak-kanak yang menjadi baligh pada siang hari Ramadhan wajib meneruskan puasanya seandainya ia berpuasa pada hari itu. Dan tidak perlu mengqadhakkan puasanya itu. Kanak-kanak yang menjadi baligh pada siang hari Ramadhan, sedang ia tidak berpuasa pada hari itu juga tidak wajib mengqadhak puasanya untuk hari itu, kerana tidak lulus masa untuk sehari puasa baginya. Namun ia wajib imsak sehingga terbenam matahari.

Page 4: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

• Berakal (siuman)Orang yang gila tidak wajib berpuasa. Apabila sembuh ia dari gilanya pada siang hari Ramadhan tidak perlu mengqadhakkan puasanya itu. Kecuali jika ia gila di dalam murtad. Namun wajib keatasnya imsak sehingga terbenam matahari.

• Berkuasa (berdaya) berpuasa.Orang orang tua yang lemah, atau yang sakit apabila ia berpuasa ditakuti bertambah sakitnya, walaupun sakitnya hasil dari perbuatannya sendiri, tidak wajib berpuasa. Seandainya ia berpuasa jua sehingga memudharatkan dirinya atau timbul bahaya, maka haram atasnya berpuasa. Namun puasanya tetap sah.Orang yang kedatangan sakitnya hanya pada waktu malam atau berkurangan sakitnya sejurus sebelum fajar, wajib berpuasa. Namun apabila kedatangan semula sakitnya ketika berpuasa, haruslah ia berbuka.

• Bermukim 1. Orang yang dalam pelayaran (musafir) lebih daripada dua marhalah, yang

mana safarnya itu ialah safar yang diharuskan lagi mengharuskan qasar, tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib mengqada'nya di hari yang lain.

2. Orang yang bermusafir dari negerinya setelah terbit fajar sendiri tidak boleh berbuka pada hari itu. Kerana pada sebahagian harinya masih berada di dalam negeri. Dan safarnya itu adalah dengan pilihannya sendiri, berbeza keadaannya dengan orang yang sakit.

3. Ia hanya diharuskan berbuka dengan tiada makruh apabila ia sudah berada diluar negeri dari awwal hari.

Syarat Sah Puasa• Orang Islam

Tidak sah puasa bagi yang bukan islam walau ia berniat dan memenuhi rukun-rukun puasa sekalipun. Kerana tiada erti pada niatnya itu.

• Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk)

• Suci daripada haid dan nifas Tidak sah puasa bagi yang masih di dalam haid atau nifas walau sesaat pada awwal hari sekalipun.Namun sah bagi yang putus darah pada malam walau ia belum mandi hadath sehingga terbit fajar. (soal niatnya akan diternangkan pada fasal niat puasa).

• Sempurna akal fikirannya pada hari itu Tidak sah puasa bagi yang gila walau kedatangan gilanya sejenak sahaja pada siang hari puasa.

• Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, hari tasyriq yang tiga.

Page 5: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

Puasa pada hari syak dan separuh kedua bulan Sya’ban dibolehkan hanya kepada yang sudah beradat puasa.Hari syak ialah hari yang ke 30 dari bulan Sya’ban yang mana ada orang yang mengatakan bahwa kelihatan anak bulan pada tadi malam namun kenyataannya itu ditolak oleh qadhi. Wajib bagi orang ini serta bagi mereka yang berkeyakinan dengannya berpuasa. Namun ia tidak boleh mengajak orang lain.

Niat Puasa

Niat ialah lintasan di dalam hati untuk melakukan sesuatu ibadah. Ia adalah untuk membezakan di antara adat dan ibadat. Sunnat untuk melafazkan.

• Waktu niat

Setiap malam – dari selepas Maghrib sehingga sebelum terbit fajar

“Barangsiapa tidak berniat sebelum terbit fajar maka tiadalah puasa baginya”(Hadith riwayat Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad dari Hafsah Bte Umar)

Kecuali bagi puasa sunnah maka waktu niat ialah sehingga gelincir mata hari selagi mana belum dilakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

• Bentuk niat Bacaan niat puasa Ramadhan adalah sperti berikut:

Ertinya: “Sahaja aku puasa pada esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah ta’ala”

Bentuk niat seumpama ini adalah lengkap yang mana ternafi darinya puasa-puasa yang lainnya seperti nazar, qadha’, dan lain lainnya.

• Niat untuk satu bulan

Ertinya: “Sahaja aku puasa pada bulan Ramadhan keseluruhannya, kerana Allah ta-ala.”

Walaupun sesaorang sudah berniat puasa sebulan, masih tetap wajib baginya untuk memasang niat pada tiap-tiap malam.

• Niat tidak formal

Sebagaimna diketahui bahwa adalah niat itu lintasan di dalam hati untuk melakukan ibadah. Apabila sesaorang itu ada melakukan perkara-perkara yang menunjukkan bahwa ia akan berpuasa esok, sepert bersahur, imsak dari jimak, persediaan berbuka dan sebagainya, maka ia dikira sebagai orang yang sudah berniat walaupun tanpa merasmikan niat sebagaimana tadi.

Page 6: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

• Lupa niat dengan pastiSeandainya ia terlupa niat pada salah satu malam hari wajiblah baginya imsak sepanjang hari itu, dan masih tetap wajib baginya mengqadha’kan puasanya walaupun ia telah berniat untuk sebulan. Keperluan untuk berniat sebulan ialah agar tidak luput pahala puasanya apabila ia mengqadha’kannya.

• Tidak ingat samada sudah berniatApabila timbul keraguan pada seorang yang berpuasa, samada ia sudah berniat ataupun belum, maka hendaklah ia mengingat kembali akan niatnya (samada yang formal atau tidak formal) sebelum terbenam mata hari. Jika ia tetap tidak dapat ingat bahwa ia telah berniat, atau ingatannya kembali sesudah Maghrib, maka tidak sahlah puasanya pada hari itu kerana ia beribadat tanpa pasti.

• Tidak sah niat bagi wanita yang di dalam haid dan nifas yang tidak pasti akan putus darahnya, walaupun ternyata esok ia suci. Namun bagi wanita yang pasti akan putus darahnya sebelum fajar esok. Bolehlah ia berniat pada malam walaupun masih ada darahnya kerana niatnya itu dengan kepastian.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa dan penjelasannya• Bersetubuh Dengan Sengaja

Iaitu memasukkan zakar kadar ghaib kepalanya ke dalam faraj atau dubur, wanita atau lelaki, hidup mahupun mati, manusia mahupun haiwan walau dengan tidak keluar mani dan dengan berlapik sekalipun.

Kifarat kerana bersetubuh:Selain mengqadha’ puasa, orang yang melakukan persetubuhan juga wajib membayar kifarat (denda) bagi (pihak lelaki sahaja) jika sekiranya:

a. Persetubuhan dilakukan pada siang hari. b. Tidak di dalam keadaan yang mengharuskan berbuka seperti sakit atau musafir.c. Persetubuhan dilakukan dengan sengaja (tidak kerana lupa atau dipaksa) d. Puasa yang dilakukan pada bulan ramadhan (bukan kerana nazar, kifarat, puasa

qadha’ ramadhan dan lain-lainnya). e. Tidak didahului oleh pembatalan puasa dengan makan dan minum dan

seumpamanya.

Banyak kifarat disediakan bagi banyak hari - bukan banyak kali persetubuhan dilakukan. Ertinya, jika seseorang itu bersetubuh beberapa kali dalam sehari, maka diwajibkan hanya satu kifarat sahaja, dan jika bersetubuh dua hari, diwajibkan dua kifarat dan demikianlah seterusnya.

Satu kifarat atau denda bagi orang yang melakukan persetubuhan ketika berpuasa pada bulan ramadhan ialah:

a. Memerdekakan seorang hamba yang mukmin, jika tidak kuasa; b. Wajib berpuasa dua bulan berturur-turut, jika tiada kuasa; c. Wajib memberi sedekan 60 cupak makanan adasi kepada 60 orang miskin

secupak seorang.

Page 7: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

• Mengeluarkan Mani Dengan Sengaja1. Batal puasa dengan mengeluarkan mani dengan sengaja walau dengan tangan

isteri atau sahyanya sekalipun.2. Batal juga puasa apabila keluar mani akibat dengan bercumbu dengan wanita

tanpa berlapik, walau tiada mengenai zakarnya sekalipun. Apa bila seorang bercumbu pada siang hari Ramadhan, kemudian ia menghentikan cumbuannya, kemudian keluar maninya. Maka dilihat! Jika antara ia berhenti bercumbu dan keluar maninya itu, zakarnya masih di dalam keadaan aktif, maka batal puasanya kerana keluar maninya hasil dari cumbuan tadi. Seandainya setelah ia berhenti, reda zakarnya, kemudian aktif semula dan keluar maninya, maka tidak batal puasanya kerana keluar maninya lantaran ingatan atau khayalan dari cumbuan.

3. Tidak batal puasa apabila keluar mani lantaran berkhayal atau melihat bahan-bahan yang mengghairahkan.

4. Tidak batal juga puasa yang terpaksa menggaru zakarnya kerana kegatalan yang tidak tertanggungnya.

5. Tidak batal juga puasa bagi yang bergesel dengan pelana kuda umpamanya, apabila tunggangannya itu adalah kerana hajat.

• Memasukkan Sesuatu Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka Dengan Sengaja.a. Rongga-rongga yang terbuka ialah seperti otak, perut besar, pundi-pundi kencing

dan sebagainya.b. Saluran-saluran yang terbuka pula ialah :

1. Mulut – batasnya ialah makhraj huruf ح yang tidak bertitik2. Hidung – batasnya ialah tempat terasa perit apabila kita menyedut air dari

hidung3. Telinga - batasnya ialah yang tidak dapat dimasuki anak jari4. Alat kelamin hadapan – pintunya bagi lelaki dan pintunya ketika

menyangkung bagi wanita yang tidak dara5. Dubur – pintunya ketika menyangkung

c. Apabila seseorang memasukkan sesuatu sehingga tembus ke rongga terbukanya walaupun tidak menerusi saluran yang terbuka, seperti tikaman umpamanya maka batallah puasanya.

d. Batal juga puasa apabila sesaorang memasukkan sesuatu melewati batas saluran terbuka, walaupun tidak sampai kepada rongga terbuka. Seperti memasukkan anak jari ke dalam dubur.

e. Tidak batal puasa bagi yang memasukkan sesuatu anggota yang tertutup walaupun sampai kepada rongga yang terbuka seperti suntikan, menggosok dengan minyak urut, memakai celak dan sebagainya.

Page 8: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

f. Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa walau dengan banyak sekalipun kerana tiada perbuatan di dalam ibadah puasa yang dapat mengingatkan kita. Maka hukum ini berbeza dengan orang yang di dalam solat.

M

قال رسول ال ‏‏‏صل ال عليه وسلم ‏‏‏من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتمصومه فإنما أطعمه ال وسقاه

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah“ (riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

g. Menghisap rokok membatalkan puasa meskipun yang dihisap itu hanya asap. Kerana asap rokok mengandungi pati dari tembakau yang dibakar itu.

h. Mencium asap setanggi atau kemenyian tidak membatalkan puasa kerana yang dimaksudkan dari asap setanggi itu ialah baunya sahaja. Manakala dari asap rokok pula yang dimaksudkan ialah asapnya.

i. Apabila termasuk air menerusi saluran terbuka, maka dilihat jika termasuk lantaran melakukan perkara-perkara yang diperintah oleh ugama seperti mandi wajib, wudhu’, mandi sunnah, kumur-kumur untuk wudhu’ dan sebagainya, maka tiada batallah puasanya. Seandainya perbuatannya itu bukan dari tuntutan ugama seperti mandi harian, berkumur-kumur untuk wudhu’ secara berlebihan atau untuk kali yang keempat, maka batallah sembahyangnya.

j. Menelan air ludah tidak membatalkan puasa. Kecuali ludah yang sudah berpisah dari mulutnya, seperti yang pada kayu siwaq yang dimasukkan semula ke dalam mulut.Apabila seorang menghimpun ludah di atas lidahnya kemudian dikeluarkan lidahnya dari mulut berserta ludahnya yang di atas lidah itu, kemudian dimasukkannya kembali lidahnya ke dalam mulut dan ditelan air ludahnya, maka tiada batallah puasanya kerana yang sedemikian itu tidak dianggap sebagai bercerai dari mulut.

• Muntah Dengan Sengaja 1. Muntah dengan sengaja membatalkan puasa, jika termuntah, iaitu tidak

dengan sengaja maka tidak batal puasanya.2. Apabila seorang sedawa atau tersedu dan ia aksinya berlebih-lebih sehingga

terkeluar muntahnya dari batas huruf ح maka batallah puasanya.3. Mengeluarkan kahak dari dada tidak masuk di dalam hokum muntah maka

tiada batal puasanya.

Page 9: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

4. Menelan semula kahak masuk di dalam hokum makan, maka batallah puasanya.

5. Apabila seorang menelan tali sebelum fajar, yang mana sebahagian tali berada di bawah batas dan sebahagiannya ح berdada di luar sehinggalah terbit fajar. Seandainya ia menelan tali itu maka batallah puasanya kerana ’makan’, jika ditarik keluar tali itu, batal juga puasanya kerana ’muntah’. Dan tidak boleh dibiarkan sahaja tali itu bergantungan kerana ianya menegah dari sahnya sembahyang, iaitu berhubungan dengan najis. Hendaklah dicabutkan oleh seseorang pada ketika ia lalai, kerana apabila dicabut ketika ia sedar lagi rela, batallah puasanya kerana ’muntah dengan sengaja’.Seandainya rumit yang demikian itu, maka hendaklah ia cabut tali itu demi memelihara solatnya, dan diqadhaklah puasanya itu.

• Kedatangan Haid Atau Nifas.Seorang yang berpuasa mestilah suci dari haid dan nifas sepanjang hari puasanya iaitu dari Subuh hungga Maghrib. Batal puasa yang kedatangan haid sedetik sebelum Maghrib, walau setitik sekalipun. Insya Allah, Allah tidak akan mensia-siakan pahalanya menahan diri dari fajar hingga waktu datang haidnya itu.Tidak sah puasa yang putus darahnya selepas Subuh, walau setitik, walau sedetik sekalipun. Tidak wajib ia imsak pada baki harinya itu, hanya sunnah jua agar keluar dari khilaf ulamak yang mengatakan wajib imsak.

• Gila Sekalipun Hanya Sekejap Masa.Batal puasa jika kedatangan gila walau sejenak sekalipun. Namun wajib menahan diri pada baki harinya itu.

• Mabuk Atau Pengsan Sepanjang Hari, Dari Terbit Fajar Hingga Terbenam Matahari.Tidak sadarkan diri dari Subuh hingga ke Maghrib. Seandainya ada sejenak pada harinya yang ia sedar, maka sahlah puasanya. Ini tidaklah termasuk orang yang tidur sepanjang hari, kerana yang tidur itu boleh dibangunkan, bersalahan dengan yang pitam atau pengsan.

• Bersalin.Batal puasa kerana bersalin atau keguguran walau dengan tiada darah sekalipun.

• MurtadIaitu orang yang keluar daripada agama islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan. Wajib qadhak puasa bagi yang murtad apabila ia kembali kepada Islam. Namun bagi kafir yang memeluk Islam, tidak dituntut untuk qadhak.

Page 10: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

Perkara-Perkara Yang Mengharuskan Berbuka• Sakit yang membahayakan.

• Sakit yang tiada harapan sembuh yang membuat lemah dari berpuasa seperti

kencing manis, jantung dll.

• Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan.

• Dalam perjalanan (safar) sejauh dua marhalah atau lebih (sila rujuk penjelasan

pada syarat wajib puasa).

• Tua yang tidak berdaya untuk berpuasa.

• Wanita yang mengandung atau menyusukan anak.

Seandainya ia tidak berpuasa kerana bimbang akan kesihatan atau pertumbuhan

anaknya maka ia dikenakan fidyah berserta qadhak.

Seandainya a tidak berpuasa kerana bimbang akan kesihatan dirinya sendiri maka

ia hanya perlu mengqadhakkan puasanya tanpa fidyah.

Sunnah-Sunnah Puasa & Sunnah-Sunnah Di Bulan Ramadhan

• Makan sahurMasuk waktu bersahur ialah selepas tengah malam dan afdhal menta’khirkan (melambatkan) makan sahur, tetapi janganlah sampai masa yang disyak naik fajar. Supaya lebih membantu dari sudut physical dan psychology

Hasil sunnah sahur walau dengan setguk air atau sebiji tamar.

“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada barakah” (riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas Bin Malik)

“Mintalah bantuan dengan makan sahur bagi puasa dan dengan tidur siang bagi bangun malam” (riwayat: Ibnu Majah, Hakim, Tabrani dan Baihaki dari Ibnu Abbas)

Page 11: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

“Bersahurlah walau dengan seteguk air” (riwayat Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dari Anas Bin Malik)

“Sebaik-baik makanan sahur bagi oaring yang beriman ialah tamar” (riwayat Abu Nu’aim dari Jabir)

“Sentiasalah manusia di dalam kebaikan selagi mana ia menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur” (riwayat Ahmad dari Sahl Bin Saad)

• Menyegerakan berbuka puasa manakala telah yakin masuk matahari.

Berbuka puasa dengan buah tamar atau benda-benda manis supaya segera memulihkan tenaga. Jika tidak didapati maka dengan air atau dengan sesuatu yang belum dimasak seperti buah-buahan supaya menyejukkan perut.

Membaca do’a yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

”Ya Allah kerana Mu kami telah berpuasa dan dengan rizki Mu kami telah berbuka”

Sangat perlu bagi orang yang berbuka itu memerhatikan akan apa yang dimakannya untuk berbuka supaya jangan ia berbuka kecuali dengan yang halal dan seberapa daya elakkanlah dari yang syubhat.

Perlu juga ia perhatikan dengan siapa dan di mana ia berbuka. Supaya janganlah hendaknya saat yang penuh rahmat dan dimaqbulkan du’a padanya ini, ia berada ditempat yang tidak selayaknya dan bercampur gaul dengan pergaulan yang tidak selayaknya juga.

• Mandi kerana mengangkat hadath besar sebelum fajar.• Membanyakkan bersedekah dan bagi yang berkemampuan adalah sunnah menambah

perbelanjaan bagi ahli keluarganya (ibu, bapa, anak, isteri dll)

“Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada Bulan Ramadhan.” Riwayat Termizi

Page 12: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

“Adalah Rasulullah (s.a.w) orang yang paling dermawan terhadap perkara kebajikan, lebih-lebih lagi dermawannya pada Bulan Ramadhan ketika Baginda ditemui oleh Jibril.” Riwayat Bukhari

• Sunnah meninggalkan bersedap-sedap dengan kesenangan yang mubah dari jenis yang dilihat, didengar dan sebagainya.

• Menambah ibadah seperti membaca Al-Quran, sembahyang sunat seperti Tarawih dan Witir dan I’tikaf.

Puasa itu tiga martabatnya1. Puasa orang awam – yang hanya menahan diri dari perkara-perkara

yang membatalkan puasa.

2. Puasa orang khas – selain di atas dipuasakan juga segala panca indera dan anggotanya.

3. Puasa orang terlebih khas dari yang khas – berpuasa dari segala-galanya selain dari Allah.

Ertinya: Betapa ramai daripada mereka yang berpuasa tetapi mereka tidak

mendapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga.

”Barang siapa yang tidak meninggalkan berkata-kata dusta dan memperbuatnya maka Allah tidak hajat akan ia meninggalkan makan dan minumnya” (riwayat Bukhari, Abu Daud dari Abu Hurairah)

”Puasa adalah perisai. Apabila salah seorang kamu puasa maka janganlah bercakap kotor, tiada berbuat fasik dan tiada menjahili sesuatu hukum; jika orang mencercanya, atau mengajaknya berkelahi, hendaklah ia mengatakan : sesungguhnya aku ini sedang berpuasa”

• Melebihkan giat beribadat pada sepuluh hari dan malam yang terakhir dengan harapan agar tidak terlepas malam Lailatul Qadar. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Page 13: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

Maksudnya: Carilah malam Lailatul Qadar pada sepuluh yang terakhir dari

bulan Ramadan.

Perkara-Perkara Yang Makruh Ketika Berpuasa• Menghilangkan bau mulut selepas gelincir matahari. Sabda Nabi (s.a.w):

“Bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi”

Namun jika bau mulunya hasil dari selain puasa seperti kerana tidur dan sebagainya, maka tidaklah makruh menghilangkannya.

• Merasa makanan- kecuali kerana hajat.

• Memamah sesuatu-kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.

• Mencium atau mengucup isteri.

Namun jika ditakuti dengan mencium itu membawa kepada persetubuhan, maka

haram mencium.

• Banyak berkumur-kumur.

• Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lain-lain.

• Berwangi –wangian dengan atar.

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Peristiwa Bersejarah Di Ramadhan

• Perlantikan Nabi Muhammad (s.a.w) Sebagai Rasul terakhir

Pada tanggal 17 Ramadhan ketika Nabi (s.a.w) berusia berusia 40 tahun sedang

Baginda bertahannuth di gua Hira’ datanglah malaikat Jibril membawa wahyu dari

Allah pencipta alam yiatu 5 ayat pertama dari surah Al-‘alaq. Dengan ini juga

bermulalah tugas-tugas kerasulan nabi akhir zaman Muhammad Rasulullah (s.a.w)

�ق� ل ي خ� ��ذ� ب��ك� ال م� ر� أ ب�اس ياقر� ��ذ� .‏ال م� �كر� ب��ك� ال أ و�ر� .‏اقر� Eق� ان� م�ن ع�ل نس� � �ق� ال ل .‏خ��م �عل �م ي ان� م�ا ل نس� � ��م� ال �م.‏ع�ل ق�ل ��م� ب�ال ع�ل

Ertinya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan

(sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah

Page 14: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan

tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

• Penurunan Al-Quran – 3 tahap

Al Qur’an yang menjadi petunjuk hidup manusia, dan merupakan mu’jizat yang

dianugerahkan Allah telah di turunkan secara bertahap-tahap.

1. Dari hadrat Allah ta’ala ke Lauh Al-Mahfuz – hanya Allah ta’ala jua yang

mengetahuinya.

2. Dari Lauh Al-Mahfuz ke langit dunia – pada malam Lailatul-Qadar

ر� ق�د �ة� ال ل �ي ن�اه� ف� ل ل ��ا أ�نز� إ�نErtinya: Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam

Lailatul-Qadar

3. Dari langit dunia kepada Junjungan Mulia pada 17 Ramadhan.

• Perperangan BadarTanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, hari Jum’at pagi, terjadi peperangan Badr

al-Kubra. Sebuah perang besar terbuka yang pertama kalinya terjadi antara kaum

Muslimin melawan kaum musyrik. Pertempuran terjadi di sebuah lembah di dekat

kota Madinah, yaitu di Badr. Kekuatan kaum Muslimin waktu itu, ialah sekitar 300

orang, setiap dua orang satu unta. Sedangkan kekuatan kaum kafir sekitar 1000 orang

dengan perincian 700 orang naik unta dan lebih dari 100 orang adalah pasukan

berkuda. Berarti satu orang Muslim harus menghadapi 3 lawan. Pertempuran

dimenangkan oleh kaum Muslimin dengan gilang-gemilang. 14 orang di kalangan

Muslimin gugur syahid, 70 orang dari pihak musyrikin terbunuh termasuklah Abu

Jahal dan berberapa pembesar Quraisy lainnya, dan 70 orang menjadi tawanan

perang.

Page 15: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

• Pembebasan Kota Makkah

Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah bersama 12 000 kaum Muslimin

bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa

bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan Futuh Makkah. Pembukaan kota

Makkah menandai sebuah era baru di dalam Islam, setelah sebelumnya kaum

Muslimin selalu disiksa, ditindas, bahkan terakhir dikepung oleh pasukan Ahzab

(sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah. Era baru yang dibangkitkan oleh

Rasulullah dengan perang Ahzab dengan sabdanya,“Kaum Quraisy tidak akan berani

mendatangi (menyerang) kamu sesudah tahun ini, telah lenyap musnah kekuatan

mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita sesudah hari ini, dan sekarang giliran

kita akan memerangi mereka, Insya Allah.“

• Penaklukan Andalusia

Bulan Ramadhan tahun ke-91 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima

Thariq bin Ziad membuka Andalusia(Spanyol). Peristiwa ini dikenal dengan sebutan

Futuh Andalusia.

Fadhilat Ramadhan

• Diwajibkan Berpuasa Di Dalamnya.

Puasa merupakan ibadah yang istimewa dengan barbagai-bagai fadhilatnya tersendiri.

(akan diterangkan pada fasal Fadhilat Puasa).

• Pengampunan dosa

“Bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan, dan hari Jumaat ke hari Jumaat, dan

satu sembahyang ke satu sembahyang menjadi penebus dosa antara keduanya,

selama dijauhi segala dosa besar.”

Dan dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda:

Page 16: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

(Hadith riwayat Bukhari)

Ertinya: Barangsiapa yang bangun mengerjakan ibadat pada malam-malam

Ramadan, kerana beriman dengan Allah s.w.t, dan mengharapkan ganjaran

dariNya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda:

“Puasa dan Qur'an itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari

Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku, aku telah mencegahnya dari

memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah

aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an :

Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( karena

membacaku ), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka

keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat." (Hadith riwayat. Ahmad,

Hadits Hasan).

Para malaikat memohon pengampunan untuk ummat Muhammad sepanjang Ramadhan

• Pahala Dilipat Gandakan

Sabda Nabi s.a.w.:

Diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya:

1. Bau mulutnya orang puasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah.

2. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga

balasannya.

3. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

4. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada sepuluh

hingga tujuh ratus ganda, melainkan puasa maka ianya bagi Ku, Aku

yang akan membalasnya, lantaran yang berpuasa itu menahan syahwatnya,

makan dan minumnya kerana Aku.

5. Dan mereka dikurniakan nikmat, kepada mereka kegembiraan ketika

berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat.

Page 17: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

Diriwayatkan bahwa Baginda bersabda

”Barangsiapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis pada tiap

langkahnya ibadatnya setahun dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy.

Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota yang bercahaya indah

cemerlangnya dan yang berbakti kepada ibu bapanya Allah memandang rahmat

kepadanya dan isterinya yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya maka

pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya seperti Siti Mariam dan siapa

menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya dan

siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang berada anak isterinya) tiap langkah

dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan

diangkatkan seribu darjat baginya.”

• Zakat Fitrah Diwajibkan

Zakat Fitrah diwajibkan sebagai penyucian diri dan melahirkan sifat keperihatinan

terhadap sesama Muslim. Bulan Ramadan bulan yang penuh dengan berkat, rahmat dan

kasih mesra di antara makhluk-makhluk Allah yang hidup di bumi Allah ini.

"Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan sebanyak

satu sa' (2.3 kg) kurma atau gandum kepada tiap-tiap orang Islam merdeka

atau hamba lelaki atau perempuan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

• Pintu Syurga Dibuka, Neraka Ditutup Dan Syaitan Dibelenggu.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya: Telah datang kepada kamu bulan Ramadan yang penuh berkat. Yang

mana Allah azza wa jalla telah mewajibkan kamu berpuasa. Pada bulan ini

dibuka segala pintu langit, dan ditutup segala pintu neraka, dan diikat segala

syaitan yang besar-besar. Di dalamnya ada sebuah malam yang lebih baik dari

Page 18: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

seribu bulan. Barangsiapa yang diharamkan kebaikannya, maka sesungguhnya

dia telah diharamkan (dari rahmat Allah).

• Lailatul Qadar

Eرف� ش�ه M م��ن أ�ل ي ر� خ� ق�د �ة� ال ل �ي لErtinya:Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Penghayatan Ibadah Puasa

• Memupuk KeikhlasanIbadah puasa ialah ibadah yang tak dapat nak ditunjuk-tunjukkan kepada insan lain. Sesaorang yang berpuasa itu rela menanggung lapar dan dahaga semata-mata kerana Allah. Ia enggan meneguk walau setitik air walaupun tiada manusia ketahui.

Ia sedar bahwa Tuhannya, Allahu Rabbul ‘Alamiin sedang memerhatikannya dan menilai ibadahnya. Lantaran ini Allah berfirman menerusi hadith nabiNya:

• Melunakkan Hati Untuk Berbelas Ihsan – Kesan Dari LaparAdalah tabi’at manusia kurang prihatin terhadap insan lain. Sehinggalah ia merasa apa yang dirasai oleh orang lain, bahrulah timbul rasa belas ihsan di hatinya.

Kita dapat melihat betapa murahnya hati muslimin di bulan Ramadhan dengan dermanya, sedekahnya, sumbangan juadahnya samada untuk faqir miskin, tetangga mahu pun pertubuhan-pertubuhan dan masjid-masjid.

Inilah kelunakan hati yang terbentuk hasil dari ibadah puasa.

Page 19: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

• Apabila Perut Kenyang Anggota Lain Menjadi Lapar, Apabila Perut Lapar Anggota Lain Menjadi Kenyang

Demikianlah yang disebutkan oleh Al-Habib Abdullah Al-Haddad di dalam kitabnya ‘Nasihat Ugama dan Wasiat Iman’. Perut adalah pembekal utama bagi seluruh tubuh. Seandainya ia penuh dingan bekalan-bekalan (makanan) yang berlebihan, maka anggota lain akan menjadi rakus (lapar) untuk menikmati segala kelazatan. Sebaliknya apa pembekal ini kosong, tidak ada apa yang hendak dibekalkan, makaakan jinaklah (kenyang) anggota-anggota lain dari kerakusan.

Dengan berpuasa kita dapat mendisiplinkan segala anggota kita, dan dengan latihan selama sebulan Ramadhan seluruh anggotanya dapat terdididik sekali gus tubuh kita akan bertambah sihat ruhani dan jasmani.

• Mengukur Kejahatan Diri Ketika Terbelenggunya Syaitan

Pada bulan Ramadhan segala syaitan dibelenggu agar tidak dapat mengganggu anak Adam yang beribadah. Namun kita masih tetap melakukan berbagai-bagai kesalahan, baik meninggalkan yang disuruh mahupun melakukan yang ditegah, sedangkan tidak ada syaitan yang mengganggu kita. Jika pada bulan-bulan lain kita sering menyalahkan syaitan kerana menggoda kita, maka di bulan Ramadhan kita hanya boleh mengutuk hawa nafsu kita sendiri apabila kita berbuat dosa.Ini menunjukkan bahwa kita sangat-sangat berpotensi untuk melakukan dosa walaupun tanpa bisikan syaitan. Di bula Ramadhan kita dapat lihat betapa galaknya nafsu kita. Maka ini menunjukkan bahwa kita perlu mempertingkatkan jihad kita di dalam melawan runtutan hawa nafsu.

• Mengukur Kemampuan Diri Untuk Beribadah – Sudah Teruji Di Dalam Ramadhan

Bulan Ramadhan jugalah menjadi pengukur akan kesanggupan dan kapasiti kita untuk beribadah. Kita telah teruji dan alhamdulillah kita mampu bangun di penghujung malam untuk bersahur, puasa sepanjang hari, berbuka dengan tidak terlampau kenyang, bertarawih, tadarrus, qiamullail dan berbagai-bagai ibadah lainnya.

Maka di bulan-bulan lain janganlah kita layankan sangat rasa malas kita. Kalau kita begitu gigih beribadat di bulan Ramadhan mengapa tidak meneruskan sebahagian dari iabadah-ibadah itu sepanjang tahun insya Allah kita akan mampu.

• Mencongak Kehebatan AkhiratBayangkan pada siang hari Ramadhan yang terik kita berdiri di bawah mentari. Kita merasa dahaga, lapar dan letih. Sedangkan kali terakhir kita makan ialah pada waktu sahur, dan waktu makan kita berikutnya ialah berberapa jam shaja lagi dan matahari masih beribu-ribu batu di atas kepala kita. Begitupun kita sudah tidak tertahan deritanya.

Cuba kita bayangkan pula ketika di mahsyar kelak. Kita lapar dan haus dan penghabisan kali kita makan dan minum ialah ketika didunia dahulu. Dan kita bahu

Page 20: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

akan diberi makan dan minum apabila masuk ke syurga kelak (mudah-mudahan dapat masuk syurga). Matahari pula ialah sejengkal di atas kepala kita. Betapa sengsaranya.

Maka hasil dari i’tibar yang kita pelajari pada bulan Ramadhan ini, hendaklah kita persiap-siapkan diri untuk hari yang pasti akan datang itu.

• Taqwa Matlamat puasa ialah agar kita menjadi insan yang bertaqwa. Firman Allah ta’ala di dalam ayat 183 surah Al-Baqarah :

ل�ك�م ين� م�ن ق�ب ��ذ� ت�ب� ع�ل� ال ا ك� �ام� ك�م� ي � �يك�م� الص� ت�ب� ع�ل ين� آم�ن�وا ك� ��ذ� �ا أ�ي��ه�ا ال ي

��ك�م ت�ت��ق�ون �ع�ل لErtinya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana

diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu

bertakwa“

Berpuasa menjadikan kita seorang hamba yang lebih patuh kepada Tuhannya (taqwa).

Dan insan yang bertqwa puala dijanjikan dengan berbagai-bagai anugerah dari Allah

(s.w.t) diantaranya ialah :

� أ�تق�اك�م م�ك�م ع�ند� ال�� إ�ن�� أ�كر�“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu” (Al-Hujurat 13)

� ك�م� ال� ��م� ي�ع�ل � و� ات��ق�وا ال� و�“Bertakwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu” (Al- Baqarah 282)

Page 21: Ahlan wa sahlan ya Syahrul Mubarak - hjmuhdsalleh.org.sg ramadhan.pdfMasuk awwal Ramadhan ialah setelah cukup bilangan 30 hari bulan Sya’ban atau dengan kelihatan anak bulan pada

ت��ق�ي� م� � م�ع� ال وا أ�ن�� ال� �م� � و�اعل ات��ق�وا ال� و�“Bertakwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa” (Al-Baqarah 194)

ت�س�ب� يث� ل� ي�ح ز�قه� م�ن ح� �ر ي جYاو� ر� ��ه� م�خ ع�ل ل � ي�ج �ت��ق� ال�� .و�م�ن ي“dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terduga” (Talaq 3& 4)