proses pembelajaran orff merangkumi empat komponen utama iaitu explorasi

8
Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu explorasi (mencari sendiri) imitasi (mengajuk balik) improvisasi literasisetiap proses ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri. Proses eksplorasi melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi tiga aspek iaitu explorasi ruang, explorasi bentuk dan imitasi. Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya. Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati. Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and bunyi. Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak- corak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian. Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi- bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk.setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi.sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang. Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat. Menurut orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak. Guru dalam kelas orff memainkan peranan penting sebagai ‘role model’ kepada murid-muridnya.guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh

Upload: diana-murad

Post on 26-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kdc

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Pembelajaran Orff Merangkumi Empat Komponen Utama Iaitu Explorasi

Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu explorasi (mencari

sendiri) imitasi (mengajuk balik) improvisasi literasisetiap proses ini mempunyai

pendekatannya yang tersendiri. Proses eksplorasi melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi

tiga aspek iaitu explorasi ruang, explorasi bentuk dan imitasi.

Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan

jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya.

Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya

memainkan peranan sebagai pemerhati.

Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and bunyi. Dalam

explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-

corak ini kemudian dijadikan tarian.

Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk

membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk.setiap

bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya.

Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi.sebagai contoh simbol

batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh

digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.

Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar

atau dilihat. Menurut orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang

baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan

perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak.

Guru dalam kelas orff memainkan peranan penting sebagai ‘role model’ kepada murid-

muridnya.guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul

kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya.sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan

kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.

Aplikasi pendekatan orff dalam bilik darjah

Sebutan berirama dalam pendekatan orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-

kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik.orff

menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense

syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama.

Menurut orff, sukukata-sukukata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak

dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk

Page 2: Proses Pembelajaran Orff Merangkumi Empat Komponen Utama Iaitu Explorasi

mempelajari irama dan detik.Menurut orff, alat muzik yang paling utama adalah badan dan

suara.keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-

bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama.

Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan,

menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya. Menurut orff badan harus digunakan

sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal

pembelajaran mereka.

Alat-alat perkusi seperti glockenspiel, xylophone dan drum merupakan alat muzik yang

kedua paling utama dalam pendekatan orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar

melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat muzik yang sering

digunakan ialah metallophone, glockenspiel dan xylophone. Alat-alat perkusi dalam

pendekatan . Orff mempunyai warna ton yang berbeza.

Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan

menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi

kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan.

Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau

menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka.

Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak

yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain

improvisasi.

Membolehkan kanak-kanak mempelajari muzik sambil berasa seronok melalui penglibatan

yang aktif dalam aktiviti-aktiviti muzikal.penglibatan kanak-kanak mengikut muzik secara

semulajadi dan mengikut kemampuan dan citarasa mereka.

Pembelajaran secara penemuan dan sampingan. Aktiviti muzik mudah dan mengikut

kemampuan kanak-kanak.kanak-kanak tidak dibebankan atau dibelenggu dengan aspek-

aspek formal dalam muzik.

Kelebihan pendekatan Orff

Kanak-kanak diberi peluang banyak untuk mengalihkan gerak balas psikomotor daripada

gerakan fizikal kepada alat muzik secara bebas.alat muzik yang direka tidak memerlukan

tahap kecekapan yang tinggi dan kemahiran muzikal yang tinggi.

Kanak-kanak mempelajari daripada yang mudah kepada sukar.- (akt. Berperingkat dan

berturutan.) Guru sebagai pemudah cara. Penilaian dilakukan oleh kanak-kanak itu sendiri.

Page 3: Proses Pembelajaran Orff Merangkumi Empat Komponen Utama Iaitu Explorasi

Pengabungjalinan dengan mata pelajaran lain seperti pembelajaran bahasa atau pendidikan

jasmani. Ia dapat mendorong kanak-kanak supaya menganggap pertuturan, nyanyian,

gerakan dan permainan mereka sebagai aktiviti yang sama.

Kelemahan pendekatan orff

Hanya sesuai untuk peringkat kanak-kanak sahaja.pendekatan lebih tertumpu kepada

kebudayaan tempatan sahaja.fokus pendekatan kurang kepada muzik tulen.penggunaan

kos terlalu tinggi tetapi ianya boleh diatasi dengan menggunakan alat rekaan sendiri.

Reflaksi

Pengajaran mikro dan makro adalah perkara biasa bagi guru kerana mereka pernah

mengalaminya semasa mengikuti kursus perguruan di universiti atau di maktab perguruan.

Bagi bakal guru pula mereka akan mengalaminya sebelum mereka keluar membuat latihan

mengajar. Melalui pengajaran mikro dan makro bakal guru tersebut didedahkan dengan

pengajaran seolah-olah di dalam bilik darjah dan dapat mengetahui kelemahan dan

kekuatan melalui komen yang dibuat oleh pensyarah atau pun rakan sekelas. Disamping itu

bakal guru berpeluang menonton hasil pengajaran mereka melalui rakaman yang dibuat

untuk bakal guru sendiri menilai pengajaran dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan

mereka. Pengajaran mikro dan makro amat penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan

pada setiap bahagian pengajaran supaya dapat diperbaiki lebih awal.

Dalam melaksanakan set induksi sebagai permulaan pengajaran, saya mendapati

tempoh masa yang diambil terlalu panjang dan  melebihi masa yang dirancang. Dalam

perancangan sepatutnya saya melaksanakan set induksi itu selama lima minit tetapi ia telah

dijalankan hampir sepuluh minit. Sebagai tindakan susulan untuk memperbaiki pengajaran,

saya perlu bijak menguruskan masa dan merancang set induksi agar tidak mengambil masa

yang terlalu lama.

Selain itu, saya juga agak lambat mengaitkan set induksi yang dilaksanakan dengan

isi atau tajuk pelajaran yang hendak diajar. Ini menjadikan pelaksanaan pengajaran mikro

menjadi terlalu lama dan membuatkan para pelajar mungkin tertanya-tanya akan pelajaran

yang dipelajari. Dengan demikian, saya perlulah memperbaiki pengajaran supaya lebih tahu

tempoh masa yang sesuai untuk mengaitkan isi pelajaran. Penggunaan gambar bersiri

sebagai bahan bantu pengajaran juga agak mengelirukan sehingga menyebabkan pelajar

memberikan jawapan atau maklum balas yang kurang tepat. Sebagai tindakan susulan saya

haruslah menyediakan bahan bantu mengajar terutamanya gambar yang lebih jelas agar

tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.

Page 4: Proses Pembelajaran Orff Merangkumi Empat Komponen Utama Iaitu Explorasi

Di samping itu, penggunaan alat bantu mengajar yang terlalu banyak juga boleh

mengganggu kelancaran pelaksanaan set induksi sehingga menjejaskan pengurusan masa

yang ditetapkan. Justeru itu, saya seharusnya menggunakan bahan yang bersesuaian dan

tidak terlalu banyak agar masa dapat dihadkan dan menjadikan pelaksanaan set induksi

lebih lancar. Kelemahan para pelajar dalam mengingati pelajaran lepas yang telah dipelajari

juga mengganggu kelancaran set induksi. Oleh yang demikian, saya terpaksa membantu

pelajar agar lebih mengingati pelajaran lepas dengan tepat. Sebagai memperbaiki mutu

pengajaran, saya hendaklah lebih menilai keberkesanan pencapaian objektif pelajaran yang

hendak dicapai.

Selain itu, murid-murid juga agak malu dan pasif dalam memberikan respon atau

maklum balas kepada soalan guru. Hal ini mungkin berlaku kerana para pelajar agak

terganggu dengan rakaman yang dibuat dan kurang menguasai pelajaran yang lepas. Oleh

itu, saya haruslah memperbaiki pengajaran agar memastikan murid-murid lebih aktif dan

berani dengan pendekatan yang lebih berpusatkan murid dan teknik penyoalan yang lebih

baik. Selain memanggil nama murid dan memberi peluang untuk menjawab, saya juga boleh

merangsang minat dan penglibatan murid dengan memberikan peneguhan positif dan pujian

seperti baik, bagus dan sebagainya untuk memberi galakan dan motivasi kepada mereka.

Sebagai kekuatan kepada set induksi yang dijalankan, penggunaan gambar bersiri

dapat merangsang murid-murid untuk berfikir dan cuba membuat andaian. Ini secara tidak

langsung meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kritis. Selain itu, gambar yang

ditunjukkan juga bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak diajar. Namun demikian,

saya boleh menambahkan lagi daya tarikan dan minat murid sekiranya gambar yang

ditunjukkan digantikan dengan rakaman pendek. Ini lebih membantu murid terutamanya

yang lemah untuk lebih faham sekiranya dibuat dalam bentuk audio dan visual dan

menampakkan situasi yang lebih nyata.

Selain daripada itu, penggunaan kad perkataan juga dapat membantu murid untuk

mengingat semula pelajaran yang sudah dipelajari. Dengan penyediaan kad perkataan yang

berwarna boleh menarik minat murid untuk menumpukan perhatian mereka semasa

membacakan kad-kad perkataan tersebut. Sebagai meningkatkan lagi mutu pengajaran,

saya boleh menggunakan gambar atau nyanyian untuk memberikan lebih keseronokan bagi

menggantikan penggunaan kad perkataan.

Melalui refleksi yang dibuat, saya dapat menilai keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran yang telah dijalankan dalam pengajaran mikro. Di samping itu, saya juga

dapat memperbaiki setiap kelemahan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu

pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang dirancang akan dapat dicapai.

Page 5: Proses Pembelajaran Orff Merangkumi Empat Komponen Utama Iaitu Explorasi

Kepelbagaian bahan bantu mengajar sememangnya banyak membantu proses

pengajaran dan pembelajaran saya. Namun begitu, sekiranya saya bijak dan mahir

mempelbagaikan bahan bantu pengajaran dengan penggunaan pelbagai media yang lebih

canggih terutamanya pengaplikasian teknologi, proses pengajaran dan pembelajaran saya

akan menjadi lebih menyeronokkan dan dapat meningkatkan minat serta tumpuan murid.

Penambahbaikan

Jika diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak benda yang akan diubasuai

mengikut tahap penguasaan murid. Penambahbaikan yang akan dibuat ialah , Set induksi

atau langkah mencungkil idea. Menukar kaedah pengajaran teka-teki yang meneka  batu di

dalam genggam guru kepada meneka benda di dalam kotak hitam ala ahli sihir

menggunakan tongkat sakti. Tujuan untuk memberansangkan lagi minat murid serta

memberi kesediaan belajar yang menyeronokkan.   Pada akhir langkah pengajaran atau

semasa membuat rumusan , saya rasa pertandingan kuiz adalah sangat sesuai bagi

menguji tahap pemahaman murid terhadap apa yang telah dipelajari sama ada mereka

dapat mengingati dengan baik atau tidak . Jika mereka masih belum dapat menjawap soalan

kuiz yang dikemukakan bermakna objektif pengajaran pada hari itu tidak dapat di capai

dengan sepenuhnya.

Page 6: Proses Pembelajaran Orff Merangkumi Empat Komponen Utama Iaitu Explorasi