proses osmosis berbalik

Upload: nurul-nazifah-mansor

Post on 02-Mar-2016

789 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

power point

TRANSCRIPT

Proses Osmosis Berbalik

SISTEM PENULENAN AIR Satu proses lama yang digunakan sejak beratus-ratus tahun lalu. Ia diproses menerusi air yang dididih di dalam sebuah dandang. Apabila ia mendidih, ia mengewap. Wapnya bergerak ke bahagian lain di dalam unit itu dan apabila wap itu disejukkan, ia memeluwap menjadi air semula. Air ini adalah 99.9 peratus tulen dan menghapuskan nitrat, klorida, bakteria dan garam lain.Kaedah ini memakan masa dan tenaga untuk menulenkan air. Lazimnya, ia juga tidak berkesan untuk menapis pencemar seperti benzena dan radon.Penyulingan air Tekanan air yang tinggi digunakan untuk memaksa molekul air melalui membran separuh telap yang mempunyai liang membran yang amat halus. Air yang melepasi membran itu adalah hampir air yang berada di sebelah lagi yang mengandungi segala pencemar itu dikumbahkan.Cara ini juga boleh membantu menghapuskan garam, bakteria, arsenik, klorin, florida, logam berat, nitrat, besi, mendapan, bau, parasit mikroskopik termasuk virus.RO sangat berkesan untuk mengurangkan sejumlah besar pencemar kesihatan dan estetik. Walaupun prosesnya lebih perlahan daripada penapis karbon atau sedimen, tetapi sistem RO boleh membersihkan lebih banyak air sehari berbanding dengan penyuling, dan ia lebih murah dioperasi dan disenggarakan.

Proses Osmosis Songsang (reverse osmosis - RO)Air paip membawa bersama-sama di dalamnya pepejal larut, pasir atau batu halus, bahan kimia serta mikroorganisma yang lain.Walaupun air yang disalurkan dalam paip telah dirawat di dalam loji rawatan, namun air tersebut telah tercemar dengan bendasing ketika berada di dalam saluran paip.Proses Dalam proses osmosis berbalik, air yang keluar dari paip disalurkan kepada penapis air membran separa telap.Penapis ini mempunyai liang yang amat kecil untuk membenarkan laluan molekul air dan molekul yang lebih besar tidak dapat menerusi liang ini.

Selepas proses penapisan, air osmosis adalah bersih sehingga 99% ketulenannya (hampir sama dengan air suling).Oleh kerana kotoran air ditapis oleh penapis air (membrane separa telap), kotoran ini akan terperangkap pada penapis air dan lamakelamaan akan bertimbun.

Ini akan menjejaskan proses pembersihan, iaitu kotoran ini akan larut semula ke dalam air yang dilaluinya.Oleh itu penapis air perlu sentiasa bebas daripada kotoran yang tersumbat dan hendaklah dibersihkan dengan kerap.

Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap / mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat / nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit.

Air diproses melalui liang media penapisan seramik yang sistem penapisannya terlalu ketat untuk membolehkan bakteria dan mikroorganisma tertentu melaluinya. Cara ini boleh membantu menghapuskan serat asbestos, bakteria tertentu dan zarah bahan lain walaupun ia tidak akan menghapuskan virus atau pencemar yang terlarut di dalam air seperti klorin, plumbum, raksa, trihalometana atau sebatian organik yang lain. Kadar pengaliran penapis seramik agak perlahan dan ia perlu dibersihkan dan diganti secara kerap.

Menerusi penapis seramikDicipta daripada sejumlah bahan yang berasaskan karbon melalui satu proses bersuhu tinggi yang mencipta satu matriks yang mengandungi berjuta-juta liang mikroskopik dan rekahan. GAC bertindak apabila sesetengah bahan kimia dan zarah mikroskopik melekat dan berkumpul di liang kecil apabila air melaluinya. Air yang melepasi penapis itu adalah air yang bersih.Cara ini membantu menghapuskan klorin, pencemar organik, bau dan rasa yang tidak menyenangkan, bahan kimia dan gas.

Penapis Butiran Karbon Teraktif (GAC)Untuk jangka panjang, penapis GAC akan menjadi kurang berkesan dalam mengurangkan pencemar kerana liangnya tersumbat dengan zarah. GAC tidak boleh menghapuskan TDS, logam berat, virus dan kebanyakan bakteria.Satu teknik yang menghapuskan mineral yang menyebabkan air menjadi liat (mengandungi lebih banyak mineral berbanding air biasa), yang dalam kebanyakan kes ialah kalsium dan magnesium.Koloni mikroorganisma boleh menjadi mantap dan membiak pada permukaan resin yang kaya nutrien.Kepekatan natrium yang meningkat boleh menjejaskan rasa air dan ia tidak baik untuk mereka yang berdiet rendah natrium. Selain mineral yang liat, unit penukaran ion yang mudah tidak dapat menghapuskan pencemar yang lain.

Proses pelembutan airAir dilalukan melalui satu ruang yang terdedah kepada cahaya ultraungu (UV). Sistem AUV menghasilkan cahaya pada jarak gelombang tertentu dan ia berupaya menyahaktifkan kebanyakan mikroorganisma.Bakteria, virus, kulapuk, alga dan yis tidak aktif. Ia juga tidak meninggalkan bau atau rasa kepada air yang dirawat. Sejauh mana bagusnya fungsi sistem itu bergantung pada dos tenaga.Menerusi cahaya ultraunguSistem penulenan air yang tersenarai di atas hanyalah beberapa sistem yang boleh didapati pada masa sekarang.Yang pastinya banyak teknologi baru akan terus dicipta dan akan muncul sistem penulenan air yang lebih canggih yang menggabungkan beberapa sistem itu untuk menghasilkan prestasi lebih baik.