kefahaman konsep osmosis dikalangan pelajar …€¦ · teknologi malaysia, pengetua, guru panitia...
TRANSCRIPT
KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR TINGKATAN
EMPAT YANG MENGAMBIL MATAPELAJARAN BIOLOGI DI DAERAH
KUALA LANGAT, SELANGOR
NORAINI BINTI JAMAL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat bapak dan emak tersayang …
Jamal bin Yusof
&
Zainab binti Haji Salih
Terima kasih atas seluas hamparan sayang yang kau bentangkan untukku…
Terima kasih atas sejuta titisan kudratmu yang kau kerahkan untuk kehidupanku…
Terima kasih atas setiap patah dorongan yang kau ucapkan buat penguat semangatku…
Buat putera tunggal keluarga….Abang…
Mohd Hidayat Jamal
Takkan ku lupa pengorbanan dan pengertian yang kau titipkan buatku…terima kasih…
Adik-adik tersayang…
Lizawati, Norhidayah dan Nur Atiqah
Dalami hati, didiklah diri…
Tanpa sebarang rahsia, kita tumbuhkan ingatan keluarga…
Dalam wadah perjuangan kita…
Buat sahabat...
Kak Fidzah, Kak Zufa, A.Azizi, Cik N, Pidah, Imal, Sah, dan…
rakan seperjuangan keseluruhannya…
Terima kasih atas secalit kasih…Secangkir kejujuran…
Dalam kolam persahabatan kita…
iv
PENGHARGAAN
Bimillahirrahmanirrahim……..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, dengan izinNya serta usaha yang telah
dilaksanakan, kajian yang dijalankan telah dapat disiapkan dalam jangka masa yang
telah ditetapkan. Sekalung penghargaan buat penyelia PSM, Prof. DR. Sulaiman bin
Haji Yamin. Terima kasih atas segala teguran dan tunjuk ajar serta bimbingan yang
diberikan.
Tidak dilupakan, penghargaan buat pihak yang terlibat, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (Selangor), Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia, Pengetua, Guru Panitia Sains, guru-guru dan pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Banting yang telah memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan.
Buat akhirnya, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada, secara
langsung ataupun tidak langsung di atas idea dan pandangan yang diberikan dalam
menjayakan kajian ini.
Wassalam..
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau pemahaman konsep osmosis di kalangan pelajar
tingkatan empat. Seramai 155 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok
Datok and Sekolah Menengah Kebangsaan Banting terlibat dalam kajian ini. Tumpuan
kajian adalah untuk melihat pola pemahaman konsep sains mereka dalam osmosis.
Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah melalui soal selidik dan ujian
yang meminta responden menjawab soalan yang dikemukakan. Hasil kajian mendapati
berlaku salah konsep di kalangan pelajar dalam konsep osmosis. Selain itu, pelajar tidak
dapat menjelaskan aspek-aspek dalam osmosis iaitu isotonik, hipertonik dan hipotonik.
Adalah diharapkan kajian ini dapat mendedahkan kesukaran yang dialami para pelajar
ketika mempelajari topik ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to access the understanding of biological concepts
among the form four students. The sample of this study were 155 students Sekolah
Menengah Kebangsaan Telok Datok and Sekolah Menengah Kebangsaan Banting. This
study focused on identifying the patterns of understanding concepts in osmosis. The
instrument used for obtaining data was test worksheet related to the concepts mentioned
which required students to answer. The research found that student have misconceptions
of osmosis. Besides, students could not explain all aspects in osmosis including isotonic,
hypertonic and hypotonic. It is hoped that this research will be able to show the
problems faced by students on this topic and will take precauting when teaching the
topic.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN PENGAKUAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN PENYELIDIK ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 5
viii
1.6 Objektif Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Operasi 9
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengetahuan dan Konsep Asas Sains 10
2.2 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 12
Konsep Sains
2.3 Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik 13
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Konsep Sains.
2.4 Kefahaman Konsep 19
2.5 Konsep Osmosis 20
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Sampel Kajian dan Lokasi Kajian 23
3.4 Tatacara Pengumpulan Data 23
3.5 Instrumen Kajian 24
3.6 Kajian Rintis 25
3.7 Analisis data 25
ix
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 27
4.2 Analisis maklumat latarbelakang responden 28
4.2.1 Taburan responden mengikut sekolah 28
4.2.2 Taburan responden mengikut jantina 29
4.2.3 Taburan responden mengikut bangsa 29
4.2.4 Taburan pencapaian pelajar bagi 30
matapelajaran Sains dalam PMR
4.3 Analisis item soal selidik 31
4.3.1 Taburan pencapaian responden 31
berkaitan konsep osmosis
4.3.2 Taburan pencapaian responden 33
berkaitan kefahaman mengenai istilah
yang digunakan dalam konsep osmosis
4.4 Analisis perbandingan pencapaian pelajar 38
mengikut jantina
4.4.1 Taburan pencapaian berdasarkan 38
jantina bagi item S1-S10
4.42 Taburan pencapaian berdasarkan 39
jantina bagi item Sr1-Sr15
4.5 Analisis perbandingan antara faktor jantina 41
dengan kefahaman konsep osmosis dikalangan
pelajar tingkatan empat
4.6 Analisis hubungan antara pencapaian PMR dalam 42
matapelajaran Sains dengan kefahaman konsep
osmosis di kalangan pelajar tingkatan empat
4.7 Analisis hubungan antara faktor kaum Melayu dan 44
kaum Bukan Melayu dengan kefahaman konsep
osmosis di kalangan pelajar tingkatan empat
4.8 Kesimpulan 45
x
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Ringkasan kajian 46
5.2 Kesimpulan kajian 47
5.3 Perbincangan 48
5.3.1 Kefahaman konsep osmosis 49
5.3.2 Kefahaman mengenai istilah yang 51
digunakan dalam konsep osmosis
5.3.3 Analisis perbandingan kefahaman konsep 55
osmosis dengan faktor jantina
5.3.4 Analisis perbandingan kefahaman konsep 56
osmosis dengan faktor kaum Melayu dan
kaum Bukan Melayu
5.3.5 Analisis perbandingan kefahaman konsep 56
osmosis dengan pencapaian Sains dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
5.4 Kepentingan kajian terhadap pendidikan 58
5.5 Cadangan untuk mempertingkatkan lagi tahap 59
kefahaman pelajar terhadap konsep osmosis
5.6 Cadangan kajian lanjutan 61
RUJUKAN 63
LAMPIRAN A : Borang soal selidik 66
LAMPIRAN B : Skema jawapan borang soal selidik 74
LAMPIRAN C : Jadual kerja penyelidikan 77
LAMPIRAN D : Surat kebenaran menjalankan kajian 79
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Instrumen yang digunakan dalam kajian 22
3.2 Skor jawapan soalan ujian 24
4.1 Taburan responden mengikut sekolah 28
4.2 Kekerapan dan peratusan jantina responden 29
4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 29
4.4 Kekerapan dan peratusan pencapaian pelajar bagi 30
matapelajaran Sains dalam PMR
4.5 Kekerapan dan peratusan pencapaian responden 31
berkaitan konsep osmosis (soalan objektif)
4.6 Kekerapan dan peratusan pencapaian responden 32
berkaitan konsep osmosis (soalan struktur)
4.7 Kekerapan dan peratusan pencapaian responden 34
berkaitan istilah yang digunakan dalam
konsep osmosis (soalan objektif)
4.8 Kekerapan dan peratusan pencapaian responden 35
berkaitan istilah yang digunakan dalam
konsep osmosis (soalan struktur)
4.9 Kekerapan dan peratusan berdasarkan jantina 38
(lelaki dan perempuan) bagi item S1-S10
xii
4.10 Kekerapan dan peratusan berdasarkan jantina 39
(lelaki dan perempuan) bagi item Sr1-Sr15
4.11 Perbandingan kefahaman konsep osmosis di antara 41
pelajar lelaki dan perempuan
4.12 Perbandingan kefahaman konsep osmosis dikalangan 42
pelajar yang mempunyai pencapaian gred yang berbeza
bagi matapelajaran Sains dalam PMR
4.13 Ujian Post Hoc ANOVA-Tukey HSD bagi pasangan gred 43
matapelajaran Sains dalam PMR
4.14 Taburan responden Melayu dan Bukan Melayu 44
4.15 Kefahaman konsep osmosis dikalangan pelajar Melayu 44
dan pelajar Bukan Melayu
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 66
B Skema jawapan soal selidik 74
C Jadual kerja penyelidikan 77
D Surat kebenaran menjalankan kajian 79
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara membangun dan maju. Salah satu daripada sembilan cabaran dalam wawasan
2020 ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, berdaya cipta dan
berpandangan jauh. Seiringan dengan ini pelbagai langkah dan usaha perlu dilaksanakan
untuk melahirkan masyarakat celik sains dan sekali gus dapat memanfaatkan teknologi.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan para guru, khususnya guru sains perlu
berganding bahu melalui pendidikan sains.Pendidikan sains boleh memainkan peranan
yang penting dalam merealisasikan wawasan 2020 kerana melaluinya, proses
pembangunan dan pemodenan sesebuah negara dapat dilaksanakan. Menurut Kamariah
et. al (1996) "Bagi mendapatkan sumber tenaga kerja yang lebih saintifik, progresif dan
inovatif serta masyarakat yang celik sains untuk menangani abad sains dan teknologi ini,
penekanan yang lebih kepada mata pelajaran sains perlu dilakukan".
Agenda utama pendidikan sains ialah melahirkan pelajar-pelajar yang dapat
mengaplikasikan pengetahuan sains dalam pelbagai situasi. Kebolehan untuk
mengaplikasikan sains dalam kehidupan harian memerlukan kefahaman dalam
menghubungkaitkan konsep-konsep asas sains. Dengan mengukur kebolehan pelajar-
pelajar merangkaikan satu konsep dengan konsep sains yang lain, dapat menjelaskan
kemampuan pelajar dalam memahami sesuatu topik yang agak sukar.
Pada hakikatnya, konsep boleh dianggap sebagai satu peraturan. Apabila
seseorang mempelajari sesuatu konsep, sebenarnya apa yang dipelajari itu merupakan
satu peraturan iaitu peraturan tingkah laku. Misalnya, apabila pelajar mempelajari
konsep osmosis, dia mempelajari peraturan bagi tingkah laku khusus osmosis. Dengan
menggunakan peraturan tertentu, pelajar berkemampuan membezakan antara contoh
osmosis dengan bukan contoh osmosis. Pelajar tersebut juga berkemampuan untuk
mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan harian. Kepentingan dalam
menguasai konsep sains dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh Subahan (1983).
Daripada hasil kajian yang dilakukan, didapati bahawa kebolehan mengingat,
memahami dan menghubungkaitkan konsep-konsep sains dapat menentukan
kemampuan pelajar-pelajar dalam mempelajari mata pelajaran sains.
Oleh sebab itu, osmosis merupakan topik yang ideal untuk dikaji dan digunakan
dalam kajian untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam mengaitkan konsep-
konsep sains. Ini kerana topik osmosis merupakan topik mata pelajaran biologi tingkatan
4 yang melibatkan pemahaman terhadap istilah tekanan osmosis, larutan hipotonik,
larutan hipertonik, dan isotonik. Osmosis terkandung di bawah tajuk "Pergerakan Bahan
Merentasi Membran Sel" bagi sukatan pelajaran Biologi tingkatan empat Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
1.2 Latar Belakang Masalah
Penguasaan pelajar terhadap matapelajaran sains (Biologi, Kimia, Fizik) sering
menjadi isu hangat yang sering diperkatakan. Menurut Poh (1996), pendidikan sains
yang berkesan bukan setakat menyalurkan fakta-fakta sains yang membolehkan pelajar
menyatakan semula fakta sains dalam ujian atau peperiksaan.
Oleh yang demikian, pengetahuan tentang konsep-konsep asas dalam
matapelajaran sains amat penting bagi pelajar sebagai persediaan sebelum mengikuti
tahap yang lebih tinggi. Apa yang lebih utama seperti mana yang diharapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah, para pelajar dapat menguasai konsep-
konsep asas dalam matapelajaran sains sekali gus mengaplikasikan apa yang dipelajari
ke dalam kehidupan seharian. Konsep merangkumi objek, simbol atau kejadian yang
berciri sama dan dirujuk dengan menggunakan nama dan simbol tertentu. Maklumat
berstruktur mengenai sifat tersebut membolehkan individu membeza atau mengaitkan
perkara tersebut dengan perkara lain (Merrill dan Tennyson, 1977).
Sejak kebelakangan ini, fokus penyelidikan dalam bidang pendidikan sains
banyak berkisar tentang kesilapan dalam menerangkan fenomena-fenomena saintifik
(Fisher dan Lipson, 1986). Kajian yang meluas dalam salah tanggapan konsep
dikalangan pelajar menunjukkan keperihatinan umum terhadap kesukaran pelajar dalam
matapelajaran sains (Helm dan Novak, 1983 ; Osborne dan Freyberg, 1985).
Konsep osmosis, merupakan salah satu konsep yang perlu dikuasai sebelum
pelajar didedahkan pelbagai istilah lain seperti tekanan osmosis, larutan hipotonik,
larutan hipertonik dan larutan isotonik. Pemahaman terhadap konsep osmosis
diperingkat awal akan mempengaruhi tahap kefahaman pelajar terhadap topik osmosis
dan aplikasinya dalam kehidupan. Kemampuan pelajar dalam mengingat, memahami
dan menghubungkaitkan istilah-istilah yang digunakan dalam osmosis memainkan
peranan penting kepada pelajar untuk menguasai konsep tersebut.
Namun begitu, ramai di kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami
dan menguasai konsep serta kemahiran dalam mata pelajaran sains. Antara sebab kepada
permasalahan ini ialah tidak terdapat satu penyesuaian di antara kehendak konsep
dengan pertumbuhan kognitif pelajar. Pertumbuhan kognitif pelajar terbahagi kepada
tiga peringkat iaitu aras tinggi, aras sederhana dan aras rendah. Bagi pelajar aras tinggi
dan aras sederhana, kemampuan intelek mereka membolehkan mereka menguasai
sesuatu topik dengan cepat dan mudah. Berbeza bagi pelajar dengan intelek aras rendah,
keadaan adalah sebaliknya. Contohnya untuk memahami topik osmosis pelajar perlu
jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya
dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan osmosis, larutan hipotonik, larutan
hipertonik dan larutan isotonik.
1.3 Pernyataan masalah
Osmosis merupakan salah satu topik dalam matapelajaran Biologi tingkatan
empat yang memerlukan pemahaman yang mendalam. Ini kerana, tanpa pemahaman
yang baik sukar bagi seseorang pelajar untuk menguasai tahap yang seterusnya dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dengan itu, penyelidik ingin menyelidik
dan melihat sejauhmana pelajar memahami konsep osmosis yang dipelajari. Penyelidik
juga ingin melihat masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai
konsep osmosis dan mengaitkannya dalam kehidupan seharian.
1.4 Persoalan Kajian
Adalah diharapkan melalui kajian ini, persoalan-persoalan berikut akan terjawab:
1) Apakah tahap kefahaman pelajar tingkatan empat sains terhadap konsep
osmosis?
2) Sejauh manakah pelajar dapat memahami istilah tekanan osmosis, larutan
hipotonik, larutan hipertonik, dan larutan isotonik dalam fenomena
kehidupan?
3) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan dengan kefahaman konsep osmosis?
4) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar melayu dan
pelajar bukan melayu dengan kefahaman konsep osmosis?
5) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang
mempunyai pencapaian gred yang berlainan dalam PMR bagi matapelajaran
sains dengan kefahaman konsep osmosis.
1.5 Hipotesis kajian
Hipotesis Null yang dikaji ialah :
1) Tidak terdapat perbezaan terhadap kefahaman konsep osmosis di antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan
2) Tidak terdapat perbezaan terhadap kefahaman konsep osmosis di antara
kaum Melayu dan kaum Bukan Melayu
3) Tidak terdapat perbezaan terhadap kefahaman konsep osmosis antara pelajar
yang mempunyai pencapaian gred yang berbeza dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR) bagi matapelajaran Sains.