prosedurpembinaantapak 120914024854-phpapp01 (1)

18
BMM3105 2012 1 1.0 PENGENALAN Penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran, hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia dalam masa beberapa saat sahaja. Terdapat pelbagai sumber yang boleh memberikan maklumat dan bahan pengajaran. Begitu juga dengan bahan daripada jalur lebar yang boleh kita gunakan kemudahannya bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga boleh menggunakan kemudahan tersebut bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya sesi pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer. 2.0 KONSEP LAMAN BLOGSPOT Blog adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel- artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Oleh yang demikian, dalam blogspot kita boleh menyuarakan pendapat atau idea secara terus ke alam maya, dengan cara ini juga kita mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu. Seseorang yang mempunyai blog dan rajin menukar maklumat dalam blognya dipanggil blogger.

Upload: rokiah-sksp

Post on 04-Jul-2015

223 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BMM3105 2012

1

1.0 PENGENALAN

Penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat

atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran, hidupan dan

sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia dalam masa beberapa saat

sahaja. Terdapat pelbagai sumber yang boleh memberikan maklumat dan bahan

pengajaran. Begitu juga dengan bahan daripada jalur lebar yang boleh kita gunakan

kemudahannya bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Oleh itu,

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga boleh menggunakan kemudahan

tersebut bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya sesi

pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer.

2.0 KONSEP LAMAN BLOGSPOT

Blog adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-

artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Blog adalah singkatan

daripada perkataan 'web log'. Secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan

secara dalam talian (online).

Oleh yang demikian, dalam blogspot kita boleh menyuarakan pendapat atau idea

secara terus ke alam maya, dengan cara ini juga kita mampu membentuk satu

komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian

idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik

daripada satu. Seseorang yang mempunyai blog dan rajin menukar maklumat dalam

blognya dipanggil blogger.

BMM3105 2012

2

Selain itu, dalam laman blogspot juga, pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Ada segelintir

ahli blogger yang menjadikan web log ini sebagai catatan atau diari harian, ada yang

menggunakannya sebagai pemasaran bagi pihak pengiklanan. Namun, kebanyakkan

blog yang dikendalikan dalam kalangan remaja dan generasi terdahulu adalah

bertujuan untuk berkongsi idea, pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorial

dalam pelbagai bidang

Oleh itu, pelbagai faedah yang boleh diperoleh daripada membuat web ini, yang

penting isi atau maklumat yang dikongsi adalah bermanfaat kepada pembaca. Begitu

juga dalam subjek BMM3105 iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Berbantukan Komputer menekankan pengendalian web log atau blog ini sebagai

media untuk berkongsi ilmu disamping dapat meningkatkan lagi kemahiran ICT dalam

diri setiap pelajar. Lama-kelamaan, tidak mustahil kemahiran yang diperoleh dapat

diaplikasikan dalam bidang yang lain.

3.0 DEFINISI TAPAK PEMBELAJARAN

Tapak pembelajaran ialah satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman web di

mana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini

menempatkan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer

sepenuhnya. Tapak pembelajaran sering digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran.

BMM3105 2012

3

3.1 Kepentingan Membina Laman Web

3.1.1 Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang

lain.

3.1.2 Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang

internet.

3.1.3 Boleh menjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di

seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama.

3.1.4 Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna.

3.0 PROSEDUR PEMBINAAN TAPAK PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-

halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak

pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan

komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran haruslah berpandukan

kepada rancangan pengajaran harian.

BMM3105 2012

4

Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu

BMM3105 2012

7

Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan. Laman web ini

sememangnya membantu dalam proses Pengajaran danPembelajaran Bahasa

Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan

tapak pembelajaran ini.

4.1 Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang

perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan

yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah

rekaan papan skrin, format gambar,grafik, format fail gambar, font atau muka

taip,ikon,pautan hyperteks dan animasi.

BIL PERKARA HURAIAN

1 Reka bentuk paparan skrin Haruslah yang menarik, mudah

2 Grafik

Susun atur paparan skrin:

(i) Seimbang : kedudukan teks

(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam

keadaan kemas, bersih

(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada

setiap paparan.

3 Font atau muka taip

Standard yang terdapat dalam semua

komputer ialah Arial dan Times New

Roman.

BMM3105 2012

8

Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan

fon yang mudah untuk dibaca.

Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula

pada saiz 10-12.

Bagi penggunaan warna fon pula harus

berlainan seperti:

- Ketebalan

- Italic

- Bergaris

- Warna dan saiz fon berlainan.

- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik

perhatian pembaca pada sesuatu

tempat.

Ikon

Reka bentuk yang sesuai dengan topik

Pilihan warna yang sesuai pada ikon

(ambilkira latar belakang)

Pautan hyperteks

Terdiri daripada cebisan teks dan

maklumat dalam bentuk grafik atau

video.

Maklumat disambung antara satu sama

lain melalui pautan yang hasilnya tidak

berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan

Format gambar

Bagi memudahkan memuat turun gambar

di dalam tapak pembelajaran ialah

menggunakan format seperti:

- JPEG (* .jpeg)

- GIF (* .gif)

Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil

saiznya supaya lebih mampat untuk lebih

pantas dimuat turun.

BMM3105 2012

9

Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga),

(.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.

Format fail gambar

Tidak digalakkan menggunakan fail gambar

bersaiz lebih dari 100kb.

Animasi

Satu siri gambar yang disusun atau

ditayangkan satu per satu dengan

begitu cepat sehingga kelihatan sperti

satu gerakan.

Animasi multimedia lebih kompleks

Hanya digunakan pada paparan yang

sesuai

Penggunaan SWF ( Macromedia Flash )

digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

Tarikh : 14 Ogos 2012

Tahun : 5 Bestari

Masa : 8.40- 9.40

Tema : Keselamatan Jalan Raya

Tajuk : Ingatlah Orang Tersayang

BIangan Murid : 27 orang

BMM3105 2012

10

Fokus Utama :

5.2.Aras 3(i) Membaca teks pelbagai laras dengan sebutan dan intonasi yang

betul serta gaya yang sesuai

Fokus Sampingan :

8.6 Aras I ( ii ) Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan

format.

Objektif :

Pada akhir pelajaran murid dapat :

1. Membaca berita dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang

sesuai.

2. Menulis karangan berita tentang kemalangan jalan raya yang lengkap.

Kemahiran Berbahasa :

Kemahiran lisan

Kemahiran membaca

Kemahiraqn Menulis

Sistem Bahasa :

Tatabahasa : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

BMM3105 2012

11

Kosa Kata : selekoh, lencongan, had laju, lintasan, terbabas

Pengisian Kurikulum :

Ilmu - Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Nilai Murni - Berhati-hati, sabar dan berdisiplin

Kemahiran Bernilai Tambah :

1. Kemahiran Berfikir – membanding dan membeza, mentafsir

2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

3. Kemahiran belajar cara Belajar

4. Pembelajaran Konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar :

Rujukan URL : (slaid/powerpoint), LCD,Komputer,Lembaran kerja, petikan, peta grafik

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid mengetahui dan pernah melihat kejadian kemalangan jalan raya. Murid pernah

melihat sendiri atau menonton pada kaca televisyen serta membaca berita tentang

insiden kemalangan jalan raya.

BMM3105 2012

12

Isi

Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

( 5 minit)

Penayangan iklan Kemalangan

jalan raya

Guru Bersoal jawab dengan murid

tentang tayangan video tersebut.

KBT: Verbal

Linguistik

BBM

Rujukan URl

Langkah 1

(15 minit)

Guru memaparkan berita-berita

kemalangan jalanraya yang sering

terdapat di media cetak dan media

elektronik.

Murid membaca teks petikan

berita tentang kemalangan jalan

raya.

Murid membaca petikan dengan

sebutan dan intonasi yang betul.

Murid mencatat isi-isi penting di

dalam peta pengurusan grafik

ICT

Rujukan URL

BBM

Petikan berita

dari akhbar

Rujukan

URL

Peta grafik

BMM3105 2012

13

yang disediakan.

Langkah 2

(15 minit)

Guru menayangkan gambar-

gambar Berita Buletin Utama

tentang kemalangan jalan raya.

Berdasarkan teks yang dibaca,

murid diminta membuat simulasi

membaca berita- Berita Ringkas.

ICT

Interpersonal

Verbal

Linguistik

BBM

Rujukan URL

Langkah 3

(20 minit)

Guru menayangkan gambar

kemalangan jalan raya.

Perbincangan berkumpulan

tentang gambar yang telah dilihat.

Murid diminta menulis karangan

tentang berita kemalangan jalan

raya.

BBM

Rujukan URL

Lembaran kerja

Penutup

(5 minit)

Guru menayangkan iklan tentang

kemalangan jalan raya “ Ingatlah

Orang Tersayang”

BBM

Rujukan URL

Nilai :

BMM3105 2012

14

Guru membuat rumusan tentang:

1. Kepentingan mematuhi

peraturan jalan raya.

2. Jangan amalkan sikap

mementingkan diri sendiri

3. Bertimbangrasa di jalan

raya.

Bertimbangrasa

Hormat

Patuhi

peraturan

6.0 SELAYANG PANDANG DARIPADA BLOGSPOT

Dalam subjek BMM3105, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan

Komputer mengkehendaki setiap pelajar membuat satu laman blogspot untuk

berkongsi ilmu dalam skop subjek ini. Oleh yang demikian, maklumat yang disalurkan

dalam laman blogspot yang berkisarkan mengenai subjek ini dapat memberi maklumat

dan mengenalkan subjek ini kepada masyarakat lain. Ilmu-ilmu yang dikongsi dapat

dikongsi dengan mudah tanpa mengira masa dan mengeluarkan wang ringgit. Namun

begitu, masalah yang sering timbul adalah jika individu tersebut tidak dapat

mengakses internet. Hal ini disebabkan, untuk merujuk maklumat yang terdapat dalam

blogspot, individu perlu mendapatkan talian laman sesawang.

Maklumat yang dikehendaki dalam laman blogspot BMM3105 ini adalah nota-nota

subjek PPG khususnya bagi semester 3. Sukatan pelajaran sekolah rendah KBSR

dan KSSR juga turut dimuatkan bagi memudahkan kita sebagai warga pendidik

membuat rujukan atau rancangan mengajar. Di samping itu, Nota-nota lain yang

BMM3105 2012

15

berkaitan seperti tatabahasa, lagu kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajan

murid juga turut dimuatkan untuk dijadikan panduan.

Semasa proses membina blog ini, secara tidak langsung saya dapat belajar untuk

membuat blog secara atas talian. Oleh yang demikian, saya juga dapat meningkatkan

kemahiran dalam ICT dengan meneroka pelbagai bidang yang ada dalam laman

sesawang. Saya juga dapat berhubung dengan rakan-rakan yang jauh dan bertukar-

tukar ilmu serta pendapat dalam hal-hal pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu.

Dalam pembelajaran ini juga, saya dapat mengembangkan kreativiti untuk membina

sesuatu bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dengan mengakses laman

sesawang untuk mendapatkan pelbagai bahan-bahan seperti gambar, video, audio

dan sebagainya. Oleh yang demikian, subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu Berbantukan Komputer ini banyak mendatangkan faedah kepada bakal-bakal

guru dalam zaman ICT serba canggih ini.

BMM3105 2012

16

7.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, semasa proses melaksanakan tugasana ini, banyak

maklumat yang saya peroleh dalam bidang yang berkaitan Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer serta bahan bantu pengajaran

yang boleh dibuat dengan menggunakan komputer. Kita sedar, pada zaman

globalisasi dan ICT ini, penggunaan komputer semakin meluas digunakan. Pengajaran

melalui komputer juga telah diberi penekanan kepada murid-murid sekolah rendah

mahupun sekolah menengah. Pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan

komputer ini sudah tentu sangat berkait rapat dengan penggunaan bahan-bahan

elektronik.

Hal yang demikian, guru dapat membina bahan pengajaran dengan lebih

mudah kerana dapat mencari bahan pengajaran melalui laman sesawang. Daripada

laman sesawang ini, pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik

dapat dibuat dan guru dapat memilih bahan yang bersesuaian dengan topik yang akan

diajar. Perancangan awal perlu diberi perhatian agar sesi pengajaran dan

pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Oleh itu, dalam tugasan ini juga menekankan perancangan membuat

rancangan pengajaran harian. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan tahap

pemahaman diri saya untuk menulis rancangan pengajaran harian yang baik dari

semasa ke semasa. Dalam tugasan ini juga, saya telah diperkenalkan dengan

membina laman blogspot. Laman blogspot ini dapat dijadikan rujukan dan media untuk

perkongsian ilmu. Sebagai seorang pendidik, laman blogspot ini boleh dikemas kini

dengan memasukkan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang

membolehkan murid merujuk untuk mendapatkan maklumat tambahan apa yang telah

dipelajari.

BMM3105 2012

17

8.0 REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur kehadirat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya

dapat menyiapkan tugasan individu yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing

bagi subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

(BMM3105), iaitu En Muhaiyuddin b Haji Mohamed Azizi. Ruang lingkup tugasan

individu ini adalah berkaitan Rancangan Pengajaran Harian untuk murid tahap 2.

Pada mula mendapat tugasan ini adalah merasakan tugasan ini adalah satu

tugasan yang mudah dan dapat mencambahkan pemikiran saya ketika menyiapkan

tugasan ini. Walau bagaimanapun, ada juga kekangan masa yang saya hadapi

semasa proses menyiapkan tugasan ini kerana saya perlu menyiapkan tugasan lain

juga dalam masa yang sama. Pada awalnya juga, agak sukar juga bagi saya untuk

mencari bahan yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar seperti video, keratan

akhbar sebagainya. Saya juga menghadapi kesulitan semasa mambuat tapak

pembelajaran. Oleh itu, saya bersama beberapa rakan telah membuat perbincangan

untuk menyiapkan tugasan ini dan mendapatkan maklumat seperti yang dikehendaki.

Perbincangan juga dilakukan bersama pensyarah pembimbing yang tidak lokek

untuk berkongsi ilmu. Segala kekeliruan dapat diatasi apabila pensyarah pembimbing

telah menghuraikan sedikit sebanyak mengenai tapak pembelajaran serta cara yang

betul untuk membuat RPH yang baik. Semasa menjalankan tugasan ini, saya berasa

gembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar membuat laman web

sendiri. Hal ini disebabkan saya kurang mahir dalam menggunakan ICT. Tapak

pembelajaran yang dibina ini amat membantu saya kelak untuk dijadikan panduan

semasa mengajar murid-murid tahun lima di kelas saya. Saya sedar, dengan tugasan

sebegini dapat melatih diri saya untuk membuat RPH dengan baik di samping dapat

meluaskan pengetahuan dalam bidang ICT terutama sekali dalam penggunanaannya

BMM3105 2012

18

untuk mencari bahan bantu mengajar agar pengajaran dapat dipelbagaikan dan lebih

menarik.

Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya dapat memperkukuhkan lagi ilmu

mengenai penyediaan bahan bantu mengajar tanpa perlu bersusah payah membuat,

membawa dan menyimpannya di tempat tertentu. Hanya di hujung jari sahaja semua

maklumat boleh disampaikan kepada pelajar. Di samping itu, saya dapat

meningkatkan daya kreativiti untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang baik

dan menarik dengan menggunakan komputer.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah pembimbing yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar dari

mula sehingga saya berjaya melaksanakan tugasan ini kepada saya Encik

Muhaiyuddin b Haji Mohamed Azizi. Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang banyak

membantu secara lansung dan tidak langsung. Terima kasih yang tidak terhingga

diucapkan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Oleh yang

demikian, saya berharap tugasan ini diterima dan akan memberi manfaat serta

memberi sebanyak mungkin kebaikan kepada saya dan rakan seperjuangan.

Sekian, terima kasih.