prosedur penggunaan peralatan elektronik · pdf filedilarang menggunakan kabel sambungan...

Download PROSEDUR PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRONIK · PDF fileDilarang menggunakan kabel sambungan elektrik peralatan yang telah ... 16.1 Berlaku pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan

If you can't read please download the document

Upload: tranlien

Post on 06-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • PROSEDUR PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRONIK

    1. Pengguna tidak berhak mengganggu dengan apa cara sekalipun peralatan elektronik / ICT yang bukan berada di bawah kawalannya. Ini termasuk mengguna atau mengambil tanpa kebenaran, mencerohoh dan mencuri peralatan atau komponen-komponennya.

    2. Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera kepada pihak PKG jika kesiranya peralatan tersebut rosak atau tidak berfungsi untuk tujuan pembaikan dan selenggaraan.

    3. Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera kepada pihak bertanggungjawab sekiranya perkakasan ICT di bawah kawalannya didapati hilang atau dicuri mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak PKG.

    4. Dilarang meninggalkan peralatan dalam keadaan terpasang / terdedah tanpa pengawasan.

    5. Dilarang menggunakan kabel sambungan elektrik peralatan yang telah rosak atau bermasalah.

    PROSEDUR PINJAMAN PERALATAN ELEKTRONIK

    1. Semua pinjaman peralatan hendaklah mengikut prosedur pijaman peralatan yang telah ditetapkan oleh pihak PKG.

    2. Permohonan pinjaman hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh diperlukan.

    3. Waktu pinjaman dan pemulangan ialah dari pukul 8.00 pagi 5 petang pada hari bekerja.

    4. Had tempoh pinjaman peralatan adalah selama 3 hari waktu bekerja. 5. Peminjam boleh melanjutkan tempoh peminjaman sekiranya tiada permohonan

    lain pada waktu yang berkenaan. 6. Peminjaman perlu disertakan dengan surat makluman dari Ketua Jabatan. 7. Pihak yang memberi pinjam peralatan perlu merekodkan pinjaman berkenaan di

    dalam buku rekod Kew PA 6. 8. Peminjaman adalah berdasarkan ketersediaan peralatan yang hendak dipinjam. 9. Peminjam hendaklah melaporkan dengan segera jika sekiranya berlaku kerosakan

    atau kehilangan peralatan yang dipinjam kepada pihak PKG. 10. Pinjaman peralatan yang perlu dibawa keluar perlu mengisi borang khas (BPPA20) 11. Semasa dalam tempoh peminjaman, pihak peminjam adalah bertanggungjawab ke

    atas keselamatan peralatan. Sebarang kehilangan peralatan yang dipinjam akan diuruskan melalui JK Pelarasan Kehilangan Harta BTPN Selangor dengan mengemukakan laporan Polis.

    12. Peminjam dilarang sama sekali mengubahsuai peralatan atau komponennya dengan apa cara sekalipun.

    13. Peminjam perlu memulangkan peralatan yang dipinjam pada tarikh yang telah dinyatakan. Pihak PKG berhak mengambil tindakan jika peralatan lewat dipulangkan.

    14. Peminjam dilarang meminjamkan peralatan kepada pihak lain. 15. Peralatan yang dipulangkan mestilah berada dalam keadaan baik, berfungsi dan di

    dalam set yang mencukupi. 16. Pihak PKG berhak untuk menarik balik pinjaman pada bila-bila masa sekiranya:

    16.1 Berlaku pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan 16.2 Ada keperluan mendesah di PKG.