peralatan kerja paip

19
PENGENALAN Pengajian kerja paip domestik merupakan salah satu mata pelajaran vokasional yang akan diperkenalkan disekolah sebagai salah satu aliran baru dalam sesi pengajian sekolah harian biasa pada tahun 2005. Mata pelajaran ini secara umumnya diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang sistem perpaipan domestik dan kerja-kerja yang bersangkutan dengan sistem ini yang lebih menjurus kepada aspek kemahiran asas dan amali. Salah satu komponen mata pelajaran yang perlu difahami dan dikuasai dalam bidang ini ialah mengetahui dan mengenali pelbagai jenis dan fungsi peralatan serta kelengkapan utama bagi kerja-kerja paip asas. Kerja kursus ini disediakan sebagai panduan dan pengenalan kepada alatan tersebut yang disertakan bersama gambar bagi memberikan lebih pemahaman serta penerangan mengenai alatan tersebut. Kerja kursus ini juga disediakan sebagai salah nota bantuan bagi kemudahan guru dan pelajar yang sedikit sebanyak diharap dapat dijadikan panduan kepada bakal guru dan pelajar.

Upload: mohd-riduwan

Post on 05-Aug-2015

5.297 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERALATAN KERJA PAIP

PENGENALAN

Pengajian kerja paip domestik merupakan salah satu mata pelajaran

vokasional yang akan diperkenalkan disekolah sebagai salah satu aliran baru

dalam sesi pengajian sekolah harian biasa pada tahun 2005. Mata pelajaran

ini secara umumnya diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal

kepada pelajar tentang sistem perpaipan domestik dan kerja-kerja yang

bersangkutan dengan sistem ini yang lebih menjurus kepada aspek

kemahiran asas dan amali.

Salah satu komponen mata pelajaran yang perlu difahami dan dikuasai

dalam bidang ini ialah mengetahui dan mengenali pelbagai jenis dan fungsi

peralatan serta kelengkapan utama bagi kerja-kerja paip asas. Kerja kursus

ini disediakan sebagai panduan dan pengenalan kepada alatan tersebut yang

disertakan bersama gambar bagi memberikan lebih pemahaman serta

penerangan mengenai alatan tersebut. Kerja kursus ini juga disediakan

sebagai salah nota bantuan bagi kemudahan guru dan pelajar yang sedikit

sebanyak diharap dapat dijadikan panduan kepada bakal guru dan pelajar.

Page 2: PERALATAN KERJA PAIP

KERJA PAIP ASAS

ALATAN TANGAN KERJA PAIP ASAS

PITA UKUR

Pita ukur terdiri daripada perumah dan pembilah. Pita ukur digunakan

untuk membuat kerja-kerja mengukur sebelum sesuatu paip itu dipotong.

Pita pengukur yang biasa digunakan diperbuat daripada jenis kain atau

jenis zink. Ia mempunyai dua bentuk senggatan metrik. Saiz pita pengukur

yang biasa digunakan ialah 1 meter, 3 meter dan juga 6 meter. Pita pengukur

hendaklah dijaga kebersihanya daripada habuk, debu atau pasir. Tujuanya

adalah mengelakkan angka-angka pada pita pengukur itu tanggal dan kerja-

kerja pengukuran akan terjejas.

Page 3: PERALATAN KERJA PAIP

KIKIR

Kikir digunakan untuk mengikis dan menggegas benda kerja. Berus

kikir digunakan untuk membersihkan gigi-gigi kikir yang telah tersumbat

dengan serbuk logam. Kikir tidak boleh dikenakan minyak atau diletakkan

tindih-menindih antara satu dengan yang lain. Dua jenis kikir yang biasa

digunakan dalam kerja paip iaitu kikir bulat ( kikir ekor tikus ) dan kikir rata.

KIKIR BULAT ( KIKIR EKOR TIKUS )

Kikir bulat berfungsi untuk

membuang gerigis dan tepi tajam

pada lubang paip besi bergalvani yang

baru dipotong samada dengan gergaji

besi atau pemotong paip beroda.

Hulu kikir biasanya diperbuat daripada kayu keras atau plastik. Saiz

kikir ditentukan oleh jarak diantara hujung dengan pangkal. Saiz panjang kikir

yang biasa ialah 100mm hingga 300mm

Kikir bulat hendaklah sentiasa dijaga kebersihanya. Pastikan kikir bulat

dibersihkan selepas digunakan iaitu dengan memberusnya dengan

menggunakan berus dawai atau berus kikir. Simpan kikir di tempat khas

selepas digunakan.

Page 4: PERALATAN KERJA PAIP

KIKIR RATA

Kikir rata digunakan untuk membuat kerja-kerja menggegas logam. Di

dalam kerja perpaipan, ia digunakan untuk membuang gerigis dan tepi tajam

pada bahagian luar paip yang sudah dipotong.

Kikir rata diperbuat daripada keluli yang mempunyai permukaan yang

rata dan hulunya pula kebiasanya diperbuat daripada kayu. Saiz yang biasa

digunakan dalam kerja perpaipan ialah diantara 100mm hingga 350mm. Saiz

kikir rata ditentukan oleh jarak antara hujung dengan pangkal.

Page 5: PERALATAN KERJA PAIP

SEPANA BOLEH LARAS

Sepana boleh laras mempunyai dua rahang iaitu satu rahang tetap dan

satu rahang lagi boleh dilaras dengan memusing pelarasnya. Saiz sepanar

boleh laras ditentukan oleh panjang keseluruhanya.

Kegunaan sepanar boleh laras dalam kerja paip ialah :

i. Mengetat dan melonggarkan bolt atau nat

ii. Mengetat dan melonggarkan kepala paip

Cara menggunakan sepanar boleh laras dengan betul ialah dengan

rahang tetap berada di sebelah atas manakala rahang boleh laras di sebelah

bawah. Sepanar boleh laras dipusing menghala ke arah hujung boleh laras

dan menghala ke arah pengguna.

Page 6: PERALATAN KERJA PAIP

SEPANAR HUJUNG TERBUKA

Sepanar hujung terbuka mempunyai dua rahang yang tetap. Saiznya

ditentukan oleh jarak antara dua rahangnya dan dikira dalam unit mm.

Kegunaan sepanar hujung terbuka dalam kerja paip ialah :

i. Mengetat dan melonggarkan bolt dan nat

ii. Menanggalkan dan mengikatkan kelengkapan di tempat yang lapang

Cara menggunakan sepanar hujung terbuka pula ialah ;

i. Memastikan spanar hujung terbuka yang digunakan betul saiznya iaitu

muat dengan nat

ii. Sepanar hujung terbuka hendaklah ditarik ke arah pengguna

iii. Sepanar hujung terbuka tidak sesuai digunakan sebagai penukul

kerana boleh membuatkan rahangya patah

Page 7: PERALATAN KERJA PAIP

PERENGKUH PAIP

Perengkuh Paip adalah alat yang paling utama dalam kerja paip. Ia

digunakan untuk kerja paip yang batang paipnya jenis besi galvani (G.I). Saiz

perengkuh paip ditentukan oleh panjang keseluruhanya. Perengkuh paip

mempunyai dua rahang bergerigi dan satu daripadanya boleh dilaraskan

dengan nat pelaras. Kegunaan perengkuh paip dalam kerja paip ialah :

i. Mencengkam dan memutar batang paip ketika membuat kerja-kerja

penyambungan dan pemasangan paip

ii. Memegang objek-objek logam yang berbentuk bulat

Namun begitu perangkuh paip tidak sesuai digunakan untuk mengetatkan

atau melonggarkan bolt dan nat. Ini kerana ia boleh menyebabkan bolt atau

nat itu haus. Ia juga tidak sesuai digunakan untuk memegang peralatan

perpaipan jenis PVC.

Page 8: PERALATAN KERJA PAIP

PLAYAR

Playar merupakan alatan tangan yang digunakan untuk mencengkam

dan memegang. Ia dikenali mengikut jenis, saiz dan kegunaannya. Playar

tidak boleh sama sekali digunakan untuk menggantikan perengkuh paip dan

membuka bolt kerana cengkamannya tidak kuat dan dikhuatiri akan

merosakkan bahan tersebut.

PLAYAR GABUNG

Playar gabung mempunyai dua pemegang dan rahang cekup. Saiz

playar gabung juga ditentukan oleh panjang keseluruhannya. Kegunaan

playar gabung dalam kerja paip ialah :

i. Memegang dan mencengkam benda kerja yang bulat, leper dan kecil

ii. Memotong dawai halus

iii. Digunakan apabila mengikat dengan dawai

Cara menggunakan playar gabung dengan betul ialah :

i. Playar tidak seharusnya digunakan untuk mengetatkan bolt atau nat

ii. Playar gabung tidak boleh digunakan sebagai penukul

Page 9: PERALATAN KERJA PAIP

PLAYAR MUNCUNG TIRUS

Playar muncung tirus merupakan alat tangan untuk kerja-kerja

memegang dan mencengkam. Playar muncung tirus juga digunakan untuk

kerja yang sukar pada ruangan yang sempit contohnya semasa kerja

mengeluarkan pelompat dari sesendal dalam kerja baik pulih pili.

PLAYAR CENGKAM RAGUM

Playar ini biasanya digunakan untuk mencengkam batang besi paip

galvani kerana ia kuat mencengkam dan kukuh. Playar ini mempunyai rahang

yang bergigi dan boleh dilaraskan mengikut saiz yang dikehendaki.

Page 10: PERALATAN KERJA PAIP

PLAYAR CENGKAM SERIBU

Playar cengkam ragum pula biasanya digunakan untuk membuka paip

simbah dibawah tangki. Rahang atas dan bawahnya boleh dilaraskan. Ia

digunakan untuk membuka bahagian tersebut kerana cengkamannya besar

dan agak kukuh tetapi tidak sekuat cengkaman playar gabung. Bahagian

cengkamannya boleh mengurangkan kerosakan pada kelengkapan

perpaipan.

Page 11: PERALATAN KERJA PAIP

PEMUTAR SKRU

Pemutar skru digunakan untuk memasang dan mengetatkan skru. Saiz

pemutar skru ditentukan oleh panjang batang pemutar skru. Gunakan

pemutar skru yang bermata sesuai dengan skru bagi mengelakkan

kerosakan.

PEMUTAR SKRU MATA RATA

Pemutar skru mata rata digunakan untuk mengetatkan dan

melonggarkan skru kepala berlurah ( skru biasa ). Pemutar skru mata rata

juga dikenali sebagai pemutar skru biasa. Bahagian-bahagian utama pemutar

skru mata rata ialah mata rata, batang dan hulu.

Page 12: PERALATAN KERJA PAIP

PEMUTAR SKRU MATA PHILIPS

Pemutar skru philip juga digunakan untuk membuka dan melonggarkan

skru. Perbezaan antara kedua-dua pemutar skru hanyalah pada matanya

yang bersilang.

Langkah –Langkah Keselamatan Menggunakan Pemutar Skru ;

i. Jangan ketuk pemutar skru dengan tukul besi

ii. Gunakan pemutar skru yang sesuai saiznya dengan alur skru

iii. Sabun atau lilin boleh digunakan untuk memudahkan skru

Page 13: PERALATAN KERJA PAIP

GERGAJI BESI

Gergaji besi digunakan untuk memotong logam. Walau bagaimanapun,

ia boleh dianggap pemotong serbaguna kerana ia juga boleh digunakan untuk

memotong paip pvc selain paip besi bergalvani. Ia terdiri dari 2 bahagian yang

penting iaitu bingkai yang memegang mata gergaji dan mata gergaji.

Saiz panjang mata gergaji besi biasanya ialah 250 mm Ø dan 300 mm

Ø. Lebar mata pula biasanya 13 mm dan tebalnya ialah 0.65 mm. Ia

mempunyai jumlah gigi yang berlainan bergantung kepada jenis bahan yang

ingin dipotong. Terdapat 2 jenis gergaji besi iaitu gergaji besi berbingkai tetap

dan gergaji besi bingkai boleh laras.

Page 14: PERALATAN KERJA PAIP

PELOCOK

Pelocok digunakan untuk mengepam keluar kotoran yang terdapat

pada perangkap sink, besen cuci tangan dan mangkuk tandas. Pelocok

mempunyai satu hulu dan satu diafragma. Diafragma ini biasanya dibuat dari

getah dan berbentuk bulat. Cara menggunakan pelocok pada sinki ialah

dengan menadah air dalam sinki hingga separa penuh kemudianya diafragma

diletakkan pada permukaan air keluar sinki dan diafragma dipam dengan

menekan hulu.

Pelocok beroperasi menggunakan prinsip tekanan. Pada masa

sekarang, terdapat alat yang mempunyai fungsi yang sama dengan pelocok

yang hanya menggunakan kaedah pam. Alat ini masih belum digunakan

secara meluas.

Page 15: PERALATAN KERJA PAIP

PEMOTONG PAIP BERODA

Pemotong paip beroda digunakan untuk memotong besi paip

bergalvani, paip plastik dan objek-objek yang bulat dengan tepat dan cepat. Ia

mempunyai lima bahagian utama iaitu satu mata pemotong, dua roda pandu

atau penggolek, skru pelaras, bingkai dan pemegang yang juga dikenali

sebagai tangkai pemulas.

Matanya boleh ditukar jika telah haus. Ia juga boleh ditukar jika bahan

yang ingin dipotong memerlukan mata pemotong yang lebih sesuai contohnya

penggunaan mata yang berbeza diperlukan bagi pemotongan paip besi

tuang, paip palstik dan kuprum atau paip besi bergalvani.

Page 16: PERALATAN KERJA PAIP

ALAT PEMBENANG LUAR

Alat ini digunakan untuk membenang luar paip besi bergalvani. Ia

terdiri daripada mata pembenang (die) dan pasung (die stock). Mata berfungsi

untuk membuat benang pada paip dengan tepat untuk setiap saiz paip yang

lazim.

Saiz mata pembenang adalah dari 3 mm ke 102 mm. Semasa proses

membenang dijalankan, minyak pelincir diperlukan bagi mengurangkan

geseran untuk mengurangkan kepanasan mata dan memudahkan kerja

membenang dibuat. Pasung pula berfungsi untuk memusingkan mata

pembenang. Pasung jenis berengkol dan gear sala biasa digunakan kerana ia

memerlukan berat badan untuk memusingkan pembenang.

Page 17: PERALATAN KERJA PAIP

KALENG / PEMANCUT MINYAK

Berfungsi untuk memancutkan minyak kebahagian-bahagian yang

bergerak, berputar dan bergeser supaya kerja dapat dibuat dengan lancar

dan tidak merosakkan alat. Contoh terdekat ia digunakan ialah semasa kerja

membenang dan memotong paip besi bergalvani dibuat.

Pemancut terdiri daripada dua bahagian yang penting iaitu takungan

dan pemancut. Saiz takungan yang biasa digunakan ialah antara 250 ml dan

500 ml.

Page 18: PERALATAN KERJA PAIP

BERUS

Berus digunakan sama ada untuk menyapu bahan perpaipan semasa

kerja penyelenggaraan dan pemasangan ataupun untuk membersihkan

bahagian-bahagian tertentu paip selepas pemotongan atau ulir dibuat.

Terdapat beberapa jenis berus yang digunakan dalam saiz-saiz tertentu

seperti berus kikir atau berus dawai dan berus cat.

BERUS KIKIR / BESI

Berus kikir mempunyai hujung yang kasar, keras dan tajam. Ia

digunakan untuk mengeluarkan gerigis-gerigis yang biasanya terdapat pada

kikir selepas digunakan.

Ia juga boleh digunakan untuk membersih mata gergaji dan alat-alat

yang terlekat sisa selepas digunakan.

Page 19: PERALATAN KERJA PAIP

BERUS CAT

Fungsi utamanya ialah untuk mengecat tetapi ia boleh digunakan untuk

pelbnagai tujuan didalam kerja perpaipan. Kegunaan utamanya ialah untuk

membersih bahagian celahan alat dan kelengkapan sepertui mengeluarkan

gerigis pada celahan alat semasa membenang.