proposal prs ( semak semula)

11
KERTAS KERJA PROGRAM “Operasi Sayangi Remaja Kuala Lumpur” Tarikh : 30 OGOS 2014 Hari : Sabtu Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Anjuran : 1. Kelab Pembimbing Rakan Siswa, Kolej Islam As Sofa. 2. Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Kuala Lumpur.

Upload: muhamad-hafiz-ibn-azman

Post on 25-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Rakan Sebaya contoh kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Prs ( Semak Semula)

KERTAS KERJA PROGRAM

“Operasi Sayangi Remaja Kuala Lumpur”

Tarikh :

30 OGOS 2014

Hari :

Sabtu

Tempat :

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Anjuran :

1. Kelab Pembimbing Rakan Siswa, Kolej Islam As Sofa.2. Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Kuala Lumpur.3. Pertubuhan Amal Firdaus.4. Masjid Jamek Kuala Lumpur.5. Yayasan IHTIMAM.6. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ).

1.0PENDAHULUAN

Page 2: Proposal Prs ( Semak Semula)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala

pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kehadhrat Allah Azza wa Jalla.

Selawat serta salam ke atas Kekasih serta penghulu anak Adam, Rasulullah

S.A.W, para ahli al bait serta seluruh Sahabat dan para ulama’ pewaris Anbiya’

semoga Allah meredhai mereka.

Kami dari Kelab Pembimbing Rakan Siswa Kolej Islam As Sofa ingin

mengadakan program bersama beberapa buah NGO yang berunsur motivasi

dakwah, serta kesedaran sosial yang akan dijalankan pada malam sambutan

ulangtahun Kemerdekaan kali ke 57 yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala

Lumpur. Tujuan kami menyertai program ini didasari rasa kesedaran dan

keinsafan akan tanggungjawab dakwah menyelamatkan golongan remaja yang

terjebak di dalam lembah maksiat serta gejala sosial agar mereka tidak terus

hanyut dan lemas dalam lautan yang akan menempah kemurkaan Allah Taala.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyahut seruan Allah Taala dan

Rasul di dalam Al Quran dan Sunnah yang menuntut setiap individu Islam agar

saling menasihati antara satu sama lain dan inilah dalil kasih seseorang Muslim

terhadap saudaranya yang lain iaitu menyambut tangan serta menyelamatkan

saudaranya yang kian jauh hanyut dibawa arus agar mereka tidak tenggelam

dan lemas di dalam gelora hasutan hawa nafsu serta syaitan. Tema yang kami

ketengahkan untuk program ini seiring dengan tema yang dibawa oleh pihak

penganjur iaitu “OPERASI SAYANGI REMAJA”.

Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran

merancang, mengurus dan melaksanakan program Operasi Sayangi Remaja.

Kami juga optimis dengan terlaksananya program ini dapat melahirkan seorang

individu yang senantiasa prihatin dan peka terhadap gejala sosial yang berlaku di

Page 3: Proposal Prs ( Semak Semula)

sekelilingnya. Di samping itu, semoga dengan terlaksananya program ini akan

membentuk seorang insan yang mempunyai jati diri dan pendirian yang kuat,

serta mampu menjadi seorang contoh ikutan dan tauladan kepada rakan-rakan.

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang

terlibat dalam memastikan program ini berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Dan didoakan semoga ALLAH Taala mempermudahkan perjalanan program ini

dan menjauhkan kita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Tujuan program ini diadakan ialah :

2.0Objektif.

Page 4: Proposal Prs ( Semak Semula)

Memenuhi tuntutan pemarkahan dan syarat bagi subjek kokurikulum Pembimbing Rakan Siswa.

Dapat meningkat keyakinan dan kemahiran diri peserta dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan mad’u.

Membantu mengurangkan kadar aktiviti gejala sosial serta kegiatan maksiat di kalangan remaja terutamanya pada malam sambutan ulangtahun kemerdekaan negara.

Memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang akibat atau kesan daripada perbuatan yang dilakukan terhadap kehidupan dan masa hadapan mereka.

Memupuk nilai rasa tanggungjawab dan prihatin di dalam diri setiap individu dalam menyampaikan mesej dakwah amar makruf nahi mungkar.

Menyemai perasaan kasih sayang serta rasa ambil berat untuk menyelamatkan saudara Muslim yang lain dari terus hanyut dan lemas dalam gejala sosial dan maksiat.

3.1 Tarikh : 30 OGOS 2014

3.0MAKLUMAT PROGRAM

Page 5: Proposal Prs ( Semak Semula)

3.2 Hari : Sabtu

3.3 Masa : 8malam sehingga 3pagi

3.4 Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

4.1 Para remaja, pasangan Kekasih serta kumpulan-kumpulan yang berkeliaran dan melakukan aktiviti yang melanggar etika moral serta syariat Islam.

PENASIHAT :

4.0SASARAN PESERTA

5.0AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Page 6: Proposal Prs ( Semak Semula)

CIK NURUL JANNAH BT ABDUL RAZAK

PENGARAH :

MUHAMMAD MUDZAFFAR BIN MOHAMED AMINUDEEN

( O17 – 4000883 )

TIMBALAN PENGARAH :

ANWAR SHAHFUAN IZAM BIN MOHD PILOS

SETIAUSAHA :

MUHAMAD HAFIZ BIN AZMAN

( 013-5953845 )

BENDAHARI :

AHMAD SYAFIQ BIN SARBINI

( 014-8906977)

AHLI JAWATANKUASA :

UNIT KOORDINATOR :

OMMAR IZZI HANAFI BIN ABD SHUKOR

(017-2988469)

MUHAMMAD ZUBAIR BIN DZULKAFLI

( 017-7571330)

UNIT PENDAFTARAN :

MUHAMMAD SYAMIL BIN PAUZI

(011-19724002)

MUHAMMAD NAIF ZUHDI BIN MUZAFAR

Page 7: Proposal Prs ( Semak Semula)

(013_9369640)

UNIT PENGANGKUTAN :

AHMAD THOLHAH BIN HASSAN

(017-2063412)

MUHAMMAD ISRAFFIL BIN JASNI

(013-6599087)

UNIT MAKANAN :

HAMZI HUSAINI BIN FAIDZIL

(016-3629289)

MUHAMMAD ZARUL AZHAM BIN ISHAK

(019-3649270)

MASA AKTIVITI6.00 petang Bertolak ke Masjid Jamek.

8.OO malam Taklimat program.

8.30 malam Program “Ops Sayangi Remaja Kuala Lumpur.”

1.00 pagi Program tamat dan berkumpul semula di Masjid Jamek.1.30 pagi Jamuan ringan dan perbincangan ringkas bersama ahli kelab.

2.00 pagi Bertolak pulang ke kolej

3.00 pagi Berkumpul di hadapan kolej untuk pemeriksaan bilangan pelajar dan

bersurai.

7.1 Anggaran perbelanjaan kos adalah seperti berikut :

Perkara Harga seunit JumlahMakanan Seorang 12 X RM10 12X10=RM120

Pengangkutan Seorang 12 X RM10 12X10=RM120Jumlah Penuh RM240

6.0TENTATIF PROGRAM

7.0Anggaran Kos.

Page 8: Proposal Prs ( Semak Semula)

8.1 Dengan terlaksananya PROGRAM OPERASI SAYANGI REMAJA KUALA LUMPUR ini, kami

berharap agar dapat sedikit sebanyak mempelajari dan menimba pengalaman berhadapan

sendiri dengan remaja-remaja yang mengalami masalah dan terlibat di dalam kancah gejala

sosial. Secara tidak langsung dapat memberikan input baharu kepada ahli kelab berkenaan

bagaimana cara dan kaedah untuk menghadapi dan mengendalikan remaja seperti ini

Sekian, terima kasih.

8.0 PENUTUP

Page 9: Proposal Prs ( Semak Semula)

Disediakan oleh :

________________________(Muhamad Hafiz Bin Azman)

Setiausaha Kelab Pembimbing Rakan Siswa,Kolej Islam As Sofa.

Disemak oleh :

Cik Nurul Jannah Bt Abdul Razak

Guru Penasihat,

Kelas Kokurikulum Pembimbing Rakan Siswa.

Disahkan oleh :

Ustazah Amienah Bt Ridzwan @ Ridz

Pengarah,

Hal Ehwal Mahasiswa Kolej Islam As Sofa.