prolog - fixi.com.my · kawan. setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. orang...

22
PROLOG Siapa di antara kita, Yang dulu memula sengketa, Pastinya diriku bagimu, Yang engkau anggap punca, Biarpun ketara engkau yang mulaaaaa~ BUKAN SEKALIIII – ” Pintu bilik yang berkunci terbuka, serta-merta aktiviti sing along Syamsul terbantut di tengah jalan. “Kau tak pergi malam tari-menari ke?” Samad tanya sebaik sahaja dia nampak kawannya tu tengah bertenggek di atas katil dengan memegang kayu baseball. “Sekarang tengah main lagu Ziana Zain tau.” “Tahu, aku boleh dengar dari sini. Kau balik bilik ni buat apa?” “Aku cari Jalal. Dia cakap nak pulangkan kamera aku masa dekat dewan tadi. Sampai kesudah tak jumpa dia. Tak guna anak gampang tu.” “Tadi aku nampak dia dalam bilik. Dia dapat jugak benda tu.” “Aduh. Sudah-sudah la tu, Syam. Cuma sebab benda prank bodoh itu kau skip malam tari-menari ni? Awek-awek pakai lawa-lawa, kau tau tak?” “Benda tu bukan prank bodoh, Mad. Bukan. Benda tu tanda... tanda kau orang seterusnya.”

Upload: others

Post on 18-Oct-2019

67 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

PROLOG

“Siapa di antara kita,Yang dulu memula sengketa,

Pastinya diriku bagimu,Yang engkau anggap punca,

Biarpun ketara engkau yang mulaaaaa~BUKAN SEKALIIII – ”

Pintu bilik yang berkunci terbuka, serta-merta aktiviti sing along Syamsul terbantut di tengah jalan.

“Kau tak pergi malam tari-menari ke?” Samad tanya sebaik sahaja dia nampak kawannya tu tengah bertenggek di atas katil dengan memegang kayu baseball. “Sekarang tengah main lagu Ziana Zain tau.”

“Tahu, aku boleh dengar dari sini. Kau balik bilik ni buat apa?”

“Aku cari Jalal. Dia cakap nak pulangkan kamera aku masa dekat dewan tadi. Sampai kesudah tak jumpa dia. Tak guna anak gampang tu.”

“Tadi aku nampak dia dalam bilik. Dia dapat jugak benda tu.”

“Aduh. Sudah-sudah la tu, Syam. Cuma sebab benda prank bodoh itu kau skip malam tari-menari ni? Awek-awek pakai lawa-lawa, kau tau tak?”

“Benda tu bukan prank bodoh, Mad. Bukan. Benda tu tanda... tanda kau orang seterusnya.”

Page 2: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Kampus8

“Mad, aku dah ketuk bilik Jalal. Tak berjawab.” Muncul pula seorang lagi kawan mereka, Sarhan. “Oh, Syam? Kau tak pergi tari-menari ke? Tengah lagu Ziana Zain.”

“Benda tu tengah cari orang-orang yang dia dah tanda dekat sana. Aku rasa elok aku duduk je sini. Menyorok.”

“Kau ni. Tak habis-habis lagi dengan benda tahyul tu?” Sarhan kemudian duduk di sebelah Syamsul. “Rileks la, kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi ni.”

“Kau pun dapat, Han?”“Aku pun,” Samad ikut sama mengaku.“Korang sebenarnya dapat juga? Kenapa tak bagitahu

awal-awal? Kau tau tak apa tandanya?”“Apa?”“Kau tau kan pasal benda tu? Dia akan bagi batu arang

dengan lidi dekat manusia-manusia yang jahat, sebelum dia...” Syamsul tak berani habiskan ayat tu.

“Dah kenapa kau ni cerita separuh jalan?” Samad datang dan lepuk belakang kepala kawan sebiliknya tu. “Dahlah, Sarhan, jomlah kita balik ke dewan sana. Kita pinjam kamera siapa-siapa nanti. Karang, asyik melayan budak gila ni, tak pasal-pasal aku pun ikut sama gila.”

“Jangan weih. Aku rasa korang elok duduk je sini. Kunci pintu tu.”

“Dahlah, Syam. Kau ni—”“Dah 16 orang mati, Mad. 16! Diorang semua tu dapat

apa yang kita dapat. Takut nanti, dia datang dan bunuh kita.”“Siapa?”“Krampus.”

Page 3: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Syafiq Aizat 9

“Krampus? Bukan yang bunuh kita selama ni roh si Ramli ke?” Sarhan tengok cermin sambil betulkan rambut.

“Bukan. Aku nampak dengan mata aku sendiri, Han...”“Ceh. Pii da! Nama pun serupa jenama sardin... sinilah

datang tengok. Ini Samad, ketua kolej. Takut tu bukan sebahagian daripada hidup akulah!”

Semasa Samad pusing untuk keluar, dia terlanggar satu lembaga – hitam, berbulu dan bertanduk. Matanya merah dan taringnya terjojol. Pisau diangkat tinggi dan dalam sekelip mata....

“AAARRRRRRGGGGGGGGHHHHHHHH!!!!!”.........

Sayangnya kejernihan cintaYang mencermin setia

Kau keruhkan warnanya…Kau keruhkan warnanya...Kau keruhkan warnanya....

Page 4: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

LEBIH KURANG 25 TAHUN KEMUDIAN

1

“Dan itulah dia sebabnya kenapa 25 tahun lepas universiti ni ditutup, dan hanya dibuka semula selepas lima tahun. Sekian, terima kasih.”

Semua orang dalam kelas ni tepuk tangan. Semua, kecuali dia – Prof. H, merangkap ketua program slash warden kolej.

“Ada sebarang soalan?” Sengaja aku tanya sambil pandang dia. Supaya dia tahu yang soalan tu memang aku tuju khas untuk dia. Come! Tak goyah!

“Pembentangan yang menarik...” puji orang tua tu. Well, dia tak tua mana pun, tapi percayalah, cerewet dia tu mengalahkan orang-orang tua kat kampung.

Lagipun, biasanya pujian awal-awal ni sebagai pembuka kata je. Adalah tu kejap lagi dia nak attack aku.

“Cuma...” Dah cakap dah. “...mana kamu dapat fakta-fakta ni semua?”

Aku rolling eyes. Apa punya soalan? “Research.”“Bermakna yang kamu percaya wujudnya Krampus di

sini suatu masa dulu? Di universiti ni? Macam tu?”“Sebenarnya –”“Apa soalan assignment ni, Dani?”Cakap dah, macam orang tua. “Bentangkan satu exposé

tentang sebuah peristiwa benar yang jarang diketahu–”

Page 5: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Syafiq Aizat 11

“Betul tu. Peristiwa sebenar. Kamu kena percaya dulu yang peristiwa tu benar. Tak boleh bentang kalau kamu tak percaya. Dan kalau kamu tak percaya, dia akan jadi ‘mungkin benar’. Dan ‘mungkin’ tak cukup untuk menjadikan benda tu betul-betul benar.”

Here we go. Apa yang dia cakap pun aku tak faham. Sekarang ni, tak pasal-pasal aku pun rasa macam nak percaya yang makhluk setan tu wujud.

“Nampaknya, Doktor tak bagi perhatian betul-betul masa pembentangan saya tadi...”

“Pulak?” dia bentak.“Kalau Doktor, atau sesiapa dalam kelas ni perasan,

setiap perkataan ‘Krampus’ dalam slide pembentangan saya ni, saya akan gunakan pengikat kata. Maknanya...”

“Maknanya apa?”“Maknanya, ‘Krampus’ yang saya maksudkan ni tak

semestinya makhluk Krampus tu.”Senyap sekejap. Baru tahu rasa malu, tebal muka. “Jadi,

kamu nak cakap yang–”“Yang ‘Krampus’ tu sebenarnya seorang manusia. Boleh

saya kata... pembunuh bersiri.”

“Dani, Dani, Dani, Dani... aku bangga dengan kau. Sangat-sangat bangga!” puji Dean sebaik sahaja kami bertiga letakkan punggung di atas kerusi kafe. Bukannya pujian pertama. Barang kali dah masuk yang keseratus.

“Cool kan presentation aku? Aku spend the whole cuti semester kot buat research.”

Page 6: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Kampus12

“Yang tu pun aku bangga jugak. Tapi aku lagi bangga dengan cara kau counter-attack orang tua tu tadi. Priceless, bro!”

Ceh. Mati-mati aku ingat dia puji aku betul-betul.Dean punya dendam kesumat dengan Prof. H memang

tak payah nak cakap lagi. Kalau kat Malaysia ni ada amalkan ‘the purge’, orang tua tu yang Si Dean ni bunuh dulu. Semuanya bermula sejak dia kantoi beromen dalam kelas – kantoi dengan orang tua tu sendiri tahun lepas. Tragic.

Somehow, aku berani kata, aku dan Dean memang ada connection. Antaranya, sebab kitorang kongsi rasa benci pada orang tua tu. Sebab tu aku ambil budak muka kacukan mat salleh dan Cina ni jadi orang kanan aku.

Nak buat macam mana, aku dengan orang tua tu memang dah bermusuh sejak kelas first, dua tahun lepas lagi. Kali pertama bertentang mata lagi dah dapat rasa yang kitorang takkan ngam.

Daud kemudian ambil giliran dia. “Betul tu, Dani. Kau punya presentation memang superb. Aku tak pernah dengar lagi orang present power macam kau. Aku nampak dah kau punya masa depan cerah.”

Serta-merta mood aku yang tadi ceria bertukar geram. “Ada aku mintak kau jilat bontot aku?”

Daud terdiam. Senyuman dia terus hilang.“Kau tau kan aku tak suka orang kaki jilat?”Hakikatnya, si kaki jilat ni orang kiri aku. Kiri sebab

Dean dah jadi orang kanan dan aku haruslah ada di tengah sebagai ketua.

Daud ni budak scholar. Bapak dia kenal orang atasan, so dia dapat masuk mana-mana guna ‘cable’ orang lain. Aku

Page 7: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Syafiq Aizat 13

tak kisah tu, sebab kadang-kadang aku pun main kotor guna cable ni. Cuma satu jelah aku tak suka, perangai kaki jilat bapak dia turun ke anak. Nasib baik Daud ni pesen yang senang menurut perintah, jadi aku beri dia izin untuk duduk semeja dengan aku dan Dean ke mana-mana. Lagipun, ada ke orang lain yang nak berkawan dengan dia?

“Dani! Pukul sembilan,” Dean memberi isyarat.Sepantas kilat aku pusing. Dan bila aku pusing, aku

nampak satu pancaran Nur. Nur Atiqah – awek fashionista bertudung. Sebelah dia Lara, kawan yang selalu berkepit dengan dia.

“Hello, kakak MPP.” Aku serbu dia.“Eh. Macam mana tau saya datang nak cari awak ni?”Ooo... kemain. Dekat public jual mahal. Nanti kau.

“Uish. Akhirnya dah ready ke? Bila? Malam ni?”Atiqah senyum menganjing. “Jangan nak mengada.

Saya datang ni nak bagitahu yang Doktor nak jumpa.”“Doktor? Macam mana dia tahu yang saya sakit?”Aku menanti awek ni untuk tanya aku balik aku sakit

apa, tapi sayangnya dia hanya berdiam. Yang aku dapat cuma muka meluat daripada Lara.

Eh, kau ni dah kenapa, perempuan? Tak cukup ke aku kasi satu round haritu?

“Sakit sebab jatuh hati dekat awak.” Nak taknak aku sudahkan juga pickup line aku tu.

“Hambar doh,” celah Dean. Sialan!“Alololo, kesiannya dia sakit....” Atiqah menganjing lagi.

Nasib kau cantik, Atiqah, aku maafkan. “Tau tak sakit apa yang betul-betul sakit?”

“Apa?”

Page 8: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Kampus14

“Sakit sebab Doktor yang nak jumpa ni Doktor Maimun. Dia suruh saya panggil awak masuk office dia, right now.”

“Doktor Maimun? I smell trouble,” celah Daud.Nak taknak, kena la aku setuju dengan statement budak

berupa guni jadian tu. Doktor Maimun tu Ketua Hal Ehwal Pelajar kot. Pertama kali dan terakhir kali aku jumpa dia pun masa hujung sem lepas, pasal satu kes polis. Dia nak apa lagi dari aku?

Page 9: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

2

“Jujur ya, saya benci bila dapat complaint; apetah lagi complaint pasal kamu, Dani.” Itu apa yang keluar dari seorang wanita awal 50-an yang berpersonaliti ala mak datin bernama Maimun bila aku datang menghadap dia. Malangnya, dia bukan berstatus datin pun. Status janda ada la. Dengar cerita dah dekat sepuluh tahun menjanda. Orang kata dia sendiri bunuh laki dia dulu sebab kantoi curang.

“Boleh kata dalam sepuluh aduan yang saya dapat, sembilan pasal kamu,” sambung dia.

Aku tak tahu macam mana dia boleh stay tenang sambil cakap ayat tu.

“Macam mana dengan kerja part-time tangkap hantu, Datin Maimun?”

“First of all, saya tak tangkap hantu. Saya tangkap setan. Setan macam kamu. Kamu sedar tak kebanyakan yang keluar dari mulut kamu tu ayat-ayat yang menyakitkan hati orang. Dan, berani saya tambah yang kamu cakap macam manusia tak normal.”

“So kali ni bukan kes polis lagi?” Aku malas nak bertikam lidah dengan dia. Buang masa.

“Sayangnya, tak. Ini pasal complaint daripada Prof. H.”Orang tua lagi? Makin melampau orang tua tu. “Pasal

apa? Pasal pembentangan saya tadi ke? Kan saya dah cakap yang saya dah buat research dan saya percaya yang Krampus tu bukannya Krampus hantu tu, tapi pembunuh.”

Page 10: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Kampus16

“Krampus? Krampus apa ni?”Aku terus sebek. Nampaknya, bukan sebab kes dalam

kelas tadi. Tak pasal-pasal terasa tebal muka ni. “Ta… takde apa. So... complaint pasal apa ya?”

Doktor Maimun berkerut kening sekejap sebelum dia jawab, “Pasal kamu menang election sebagai ketua kolej.”

Aku rolling eyes. “Seriously? Saya menang pilihan raya tu fair and square kot. Takde rasuah, takde blackout dan saya tak bangkitkan sentimen perkauman sebelum mengundi. Rasanya dia patut mind his own business dan start fikirkan masa depan dia. Cari bini, contohnya.”

“Kami semua tahu perangai kamu, Dani. Kolej lelaki tu dah cukup neraka. Dengan adanya kamu sebagai ketua baru, serta-merta kolej tu daripada Hawiyah boleh terus bertukar Jahanam.”

“Well, kasitau kat warden tu, kalau rasa tak tahan duduk neraka, jangan buat dosa. Mengadu domba pun tak guna. Sebab, cuma Allah sahaja boleh selamatkan dia.”

“Dani.”“So? Nak rombak semula pemilihan AJK atasan kolej

ke?”“Saya malas nak buat macam tu. Terlalu banyak kertas

kerja. Jadi…” Dia hulurkan sekeping kad kepada aku.Aku ambil dan baca – SITI HUMAIRAH, KAUNSELOR.“Sejak bila kita ada kaunselor?”“Sejak awal semester ni.”“Tahniah. Jadi? Apa saya kena buat dengan kad ni? Kasi

kat Prof. H?”“Tak.” Di sebalik wajah tenang, aku dapat rasa yang

urat-urat di kepalanya menegang. “Saya akan benarkan

Page 11: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Syafiq Aizat 17

kamu stay sebagai ketua kampus. Asalkan kamu jumpa kaunselor setiap Jumaat after class.”

“What if kalau saya tak pergi.”“Jangan lupa, kes polis tahun lepas tu still fresh. Saya

boleh minta supaya siasatan dijalankan semula.”Dia nak main ugut-ugut ke? “I’m flattered. But since

Doktor nak tahu, kes tu dah selesai and diorang dah settle luar mahkamah. Saya dah tak terlibat.”

“Kamu tak perlu ‘terlibat’. Dari rekod yang ada nanti sudah cukup untuk saya create alasan untuk kamu kena buang universiti.”

“In case Doktor lupa... mak saya penyumbang dana terbesar universiti ni.”

Dia smirk. “Jangan main personal, Dani. Fikirkan reputasi mak kamu bila dia tahu apa yang kamu mungkin buat semester lepas.”

Aku terus bangun dari kerusi. “Fine. Doktor menang. Saya pergi jumpa kaunselor. Congrats.”

Aku berjalan ke arah pintu. Sebelum keluar, Doktor Maimun seru nama aku, “Dani, kejap.”

Aku toleh.“Macam mana kamu boleh tahu pasal benda tu?”Aku toleh semula ke arah dia. “Benda apa?”“Krampus tu?”Tiba-tiba aku rasa lain macam. Datin Maimun baru

sahaja mengesahkan kesahihan pembentangan aku tadi. Somehow aku rasa dia sengaja buat macam tu. Tapi untuk apa?

Aku jawab dengan jawapan yang sama tiap kali dapat soalan yang lebih kurang sama, “Research,” dan aku keluar.

Page 12: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Kampus18

Seperti biasa, lepas ketua kolej dipilih, dia akan buat dinner tanda terima kasih kepada penyokong-penyokong dia. Dan dinner ni merupakan antara dinner yang sangat penting kepada warga kolej lelaki sekalian. Sebab malam ni ketua kolej dan AJK atasan akan pilih beberapa orang untuk jadi AJK bawahan diorang.

Jadi kenapa diorang semua nak sangat dipilih?Sebab semua AJK atasan dan AJK bawahan akan tinggal

di bangunan Blok A.Blok A tak sama dengan blok-blok yang lain. Bilik

mewah, dua orang satu bilik, tak perlu kongsi bilik air dengan budak-budak lain, katil besar, ada TV, ada swimming pool, dapat parking sendiri, dan dekat dengan kafe universiti. Yang paling penting, tak ada siapa yang busybody so kau boleh bawa masuk perempuan. Terima kasih kepada alumni universiti, terutamanya mak aku yang sponsor Blok A.

Malangnya, bilik dekat Blok A cuma ada enam dan AJK atasan dah ada lima orang. Tinggal lagi tiga bilik kosong – bermakna enam orang sahaja lagi yang akan terpilih.

“Dani, malam ni boleh cepat sikit tak?” tanya Dean.“Kenapa? Malam ni kau ada projek lagi ke?”“Ada. Bilik 401, bro.”Aku tak faham kenapa Dean suka sangat buat benda

tu dalam kelas. Padahal bilik dia selesa kot. Atau mungkin sebab dia tinggal sebilik dengan Daud? Boleh jadi. Takkanlah nak berkongsi dengan guni tu? Hilang selera terus.

“Fine. Lagipun katering kolej malam ni tak sedap.”

Page 13: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Syafiq Aizat 19

Aku yakin AJK yang lain dah ada pilihan masing-masing – setiap seorang aku izinkan ambil seorang untuk dijadikan minion a.k.a. AJK bawahan. Aku boleh pilih dua sebab aku ketua. Tapi itulah, aku tak tahu nak pilih siapa lagi. Aku kenal beberapa muka yang sejak beberapa hari lepas lagi dah datang jilat kaki aku dengan harapan dapat terpilih. Itu antara benda yang seronok bila melayan golongan-golongan bawahan ni – diorang sanggup buat apa sahaja untuk naik. Walau dengan cara mengaibkan diri. Tapi sayangnya, aku tak suka kaki jilat yang obvious.

Aku nampak Daud tengah acah-acah supreme, suruh budak junior picit belakang dia. Ini contoh orang yang tak pernah ada apa-apa tiba-tiba dapat kuasa. Terus besar kepala.

Dalam mata aku tengah melilau mencari mangsa, Wan datang menghadap dengan muka ketakutan.

“Dani weih. Sini jap.”Dah kenapa pulak ni?Aku pun ikut budak rambut perang tu ke satu sudut.

Wan merupakan salah seorang daripada lima AJK atasan. Aku harap apa yang dia nak tunjuk dekat aku ni benda yang ada kaitan dengan pembangunan ummah AJK la.

“Cer kau tengok.” Dia tunjuk ke arah seorang budak junior yang tengah pegang kamera DSLR – dia tengah view gambar yang diambil. Takyah cakaplah, muka dia pun sama panik dengan muka Wan.

“Bak sini!” Aku rampas kamera dari budak tu.Bila tengok gambar tu, mula-mula aku tak rasa apa-apa.

Gambar aku masa aku baru masuk dewan ni tadi. Tapi bila

Page 14: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Kampus20

aku tengok betul-betul, aku pun jadi panik. “Ni gambar tadi ke ni?” Aku tahu jawapannya, cuma aku tanya lagi untuk kepastian.

Wan mencelah, “Tu benda tu, kan? Aku tak salah teka, kan?”

Wan tak salah teka. Betul, dalam gambar tu ada satu kelibat dekat luar tingkap – Satu lembaga hitam dan bertanduk. Matanya merah dan taringnya terjojol.

Krampus.

Page 15: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

3

“So apa jadi lepas tu?” tanya Atiqah. Kali ni, dia seorang, tak bawa si Lara penyibuk tu.

“Lepas tu, orang lain pun kerumun and beberapa orang start menjerit. Kecoh satu dewan.”

“Gambar tu confirm real ke?”Soalan yang bagus daripada awek cantik manis molek

putih gebu ni. Tapi sayangnya, aku dah persoalkan benda tu semalam. Kebarangkalian untuk gambar tu fake adalah sangat tipis. Lebih kepada mustahil. Sebab gambar tu diambil beberapa puluh minit sebelum dia ‘perasan’ ada benda tu dekat luar tingkap. Tapi masalahnya, aku pun tak perasan benda tu ada dekat situ time aku masuk tu. Betul-betul dekat belakang aku kot.

“Jangan-jangan just bayang-bayang pokok kot?”Aku senyap sekejap bila waiter hantarkan air. Bila dia

dah jauh baru aku jawab, “Macam tak. Sebab figure tu jelas kot. DSLR, kan? Nampak jelas even kita zoom.”

“So.” Atiqah cicip minumannya sebelum sambung. “Apakah tindakan seterusnya, Encik Ketua Kolej? Since benda tu nampak dekat dewan kampus kot. And dewan tu betul-betul dekat sebelah Blok A.”

“Kalau saya mintak tolong Cik Puan MPP, boleh?”“Eh, jangan mengada.”

Page 16: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Kampus22

Sepatutnya aku tak kisah pun pasal ada lembaga Krampus tu sangat. Kemungkinan ada orang pakai cosplay untuk event apa-apa. Lagipun, aku tak takut hantu. Tapi yang merisaukan aku, kenapa Krampus – tidak kiralah benda tu betul-betul atau sekadar cosplay – muncul dalam hari yang sama aku bentang pasal misteri ‘Krampus’ 25 tahun lepas?

Sedih sebab harini dapat dating dengan Atiqah sekejap je. Aku kena balik kolej awal untuk bersiap, sebab malam ni, minions yang kitorang pilih semalam akan pindah masuk Blok A. Jadi selaku penduduk asal kenalah aku bentangkan fatwa-fatwa yang perlu dipatuhi di bangunan ni. Sebenarnya, AJK atasan yang lain baru pindah masuk seminggu lepas. Aku pula memang dah stay di block ni sejak tahun lepas sebab aku jadi AJK bawahan empat sem lepas berturut-turut. Yes, aku pun dulu minion juga, tapi before berada dekat atas, kita kenalah ada dekat bawah dulu. Dan aku dipilih sebab AJK suka aku, bukannya aku menjilat siapa-siapa.

Harapan aku satu je, semoga enam orang minions kali ni tak ada yang buat masalah dekat aku.

Sebelum aku naik tangga ke tingkat atas, aku nampak Prof. H tercegat di tempat parking, betul-betul sebelah kereta Pajero dia. Mata aku dan mata dia bertentang. Aku dapat rasa yang dia tengah membuak-buak marah dengan aku. Malangnya, kuasa warden dia cuma setakat pintu depan blok ni je. Dalam blok ni, aku yang berkuasa. Aku nak tengok dia berani ke tak masuk dalam tempat aku.

Page 17: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Syafiq Aizat 23

Dalam leka bertembung mata dengan orang tua tu, phone aku bunyi.

“Ha? Benda?” aku jawab panggilan Daud.“Woih, kau kat mana? Bila kau balik?”“Busybody la kau ni. Aku dah kat Blok A ni.”“Weih, tak lawak weih buat macam ni. Tak lawak.”Dah kenapa dengan mamat guni ni? Dah nak mati ke?

“Lawak apa gila?”“Kau–”Aku terus matikan panggilan dan bergegas ke bilik

mamat serupa guni tu. Aku rempuh pintu. “Apahal?”Daud punya muka memang tengah cuak habis. Pucat

betul. Masalah apa pula ni? Tapi kenapa Dean ni macam lahanat ketawa tak tentu pasal bila nampak aku masuk.

“Bijak kau, Dani. Prank kau dah semakin power sekarang,” puji Dean tiba-tiba.

Aku ternganga. Prank? Prank celah Bedah apa ni? Aku termasuk mana-mana wormhole ke dimensi lain ke?

“Kau ni apasal?!” aku tengking Daud yang masih merengek.“Tu!” Dia tunjuk ke arah locker dia.Aku buka dengan sekuat hati. Dan apa yang ada dekat

dalam dia – “What the hell?”Dean ketawa. Dia masih ingat prank ni aku yang buat.“Bila ada benda ni?”“Pergh, lakonan dia!” Dean sambung gelak. Tapi bila

dia nampak reaksi aku tak berubah, terus muka happy dia hilang. “Oh, shit. Takkanlah?”

“Bila?” aku tanya lagi sekali.“Balik-balik je tadi dah ada dekat dalam tu,” jawab

Daud.

Page 18: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Kampus24

Kalau ini betul satu prank, mastermind dia memang power. Sebab aku pun dah mula seram sejuk.

Dalam locker Daud sekarang penuh dengan batu-batu arang dan lidi-lidi halus seperti penyapu lidi yang dah terburai.

Page 19: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

4

Tepat jam lapan malam, aku turun ke lobi Blok A. Sehabis baik cuba kelihatan cool dan tenang, meskipun hakikat sebenarnya aku tengah tak keruan – dengan gambar kelibat tu semalam dan benda yang ada dalam locker Daud beberapa jam yang lepas.

Tapi still, tak tahu siapa punya dalang dan apa dia punya motif, so masih terlalu awal untuk aku buat kesimpulan melulu. Macam mana kalau benda ni sebenarnya cuma usaha orang nak sabotaj aku?

Maknanya, aku tak boleh goyah. Aku pun dah bagitahu Dean dan Daud untuk jangan

bagitahu siapa-siapa pasal benda tadi tu. Juga, jangan tunjuk sebarang rasa takut. Sebab mungkin itu apa yang dalang tu nak. Dan kitorang tak akan bagi dia menang.

Sampai sahaja di lobi, semua AJK yang lain dah ada. Turut hadir sama, ahli baru a.k.a minions. Semua ada, kecuali Wan.

“Mana budak rambut karat tu?”“Dia cakap dia maybe turun lambat sikit. Tadi dia tengah

bergayut,” jawab Rayan, roomate Wan.Bergayut? Kurang ajar betul perangai. Aku pun boleh

turun on time, dia pula sambil lewa nak turun lewat? Dia ingat dia tu siapa? Nak kena budak tu.

Page 20: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Kampus26

“Kau panggil dia turun sekarang.” Aku cuba kawal intonasi suara aku untuk tak kedengaran macam aku tengah bengang. Tapi nampak gayanya macam usaha aku tu kurang berjaya.

Rayan terus bergegas naik.“Selamat datang, lahanat-lahanat sekalian. Tahniah

sebab terpilih untuk stay dekat Blok A!”Beberapa orang tepuk tangan. Sebahagian lagi sekadar

senyum.Aku perhati sorang-sorang. Semalam dah kenal sikit-

sikit. Adi, a.k.a photographer. Dia yang tangkap gambar

kelibat tu semalam. Ada DSLR dan suka ‘capture the moment’ kononnya. Orang macam ni perlu supaya kitorang ada gambar yang high resolution dan jelas untuk social media.

Ery, fashonista. Parents dia owner butik baju online yang berpusat di Shah Alam. Kenapa aku pilih dia? Well, aku tak pilih dia. Rayan yang pilih budak ni sebab dia die-hard fan butik tu. To be honest, aku tak suka pun style budak ni, acah-acah hipster, K-pop. Dah Melayu tu Melayu jelah. Sedar warna kulit, please. Tapi takpe, aku luluskan permintaan Rayan sebab aku seorang ketua berjiwa rakyat.

Next is Haziq, budak debat wakil universiti. Tinggi orangnya.

Yang akan duduk sebilik dengan Haziq pula Azman. Budak debat juga tapi sekadar simpanan. Somehow ada dua orang budak debat yang major law sebumbung ni agak seram. Maksud aku, tengoklah sekarang ni ramai orang berani menentang kuasa pemerintah. Macam mana kalau

Page 21: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Syafiq Aizat 27

budak dua ni menentang rejim pemerintahan aku? Tapi tak apa, aku dapat rasakan yang kehadiran diorang berdua ni ada hikmahnya.

Torry, atau gelaran penuhnya predatory gay. Gelaran tu aku yang bagi. Aku tak tau nama penuh mamat/minah ni apa, tapi aku syak dia ni anak ikan Wan – sebab Wan yang pilih dia. Aku try untuk tak homophobic, cuma aku harap dia tak amalkan sikap pemangsa dia dekat sini.

Dan last sekali Mut, tukang cuci baju. Dia macam Daud, kaki kipas dan sanggup jadi kuli. So Dean suggest aku ambil dia untuk jadi budak yang hantar baju kitorang pergi dobi. OK la tu hantar dobi, bukannya basuh sendiri. Masa yang sama, dia kaki technology. Semalam dia yang tolong handle PA system. So lepas ni kalau ada apa-apa event, mudah.

“Selamat datang ke Rumah Kebajikan Dani. Korang semua akan hidup macam anak raja. Make sure korang tak kencing dalam pool, dan hormat privacy each other. Di bawah satu bumbung ni, kita akan kongsi satu benda hitam bersama–”

“Dosa?” Azman mencelah.“–Rahsia,” aku betulkan. “Dan rahsia adalah satu unsur

yang mengikat kita semua sebagai brothers.”Aku kemudian beri isyarat kepada Daud untuk serahkan

kunci bilik.“Dan ingat,” aku sambung. “Amalkan sikap MYOB

hampir setiap masa.”“ARRRRGGGHHHHHHHHHH!!” – Semua orang

dekat lobi ni terkejut bila tiba-tiba dengar suara jantan menjerit dari tingkat atas.

Tu suara Rayan.

Page 22: PROLOG - fixi.com.my · kawan. Setakat batu arang dengan lidi tu kat mana-mana boleh cari. Orang prank je tu. Aku pun ada dapat juga. Tak ada apapun jadi dekat aku. Hidup je lagi

Kampus28

Aku dulu yang berlari panjat tangga, dan budak-budak lain follow dari belakang.

Bila aku sampai je, aku nampak Rayan dah terduduk depan pintu, menangis.

“Kenapa kau? Ada tikus lagi?!” Aku terus jenguk dalam bilik dan… “WOII!!”

Semua orang ikut sama jenguk – dan ikut sama menjerit.Dalam bilik tu sekarang ada Wan tengah terkulai sambil

badannya bersandar pada dinding, berlumuran darah.