projek taman mini pendidikan khas

12
KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS 1. PENGENALAN PPKI SK BUMIPUTERA,LUNDU 2013 Page 1 KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI ( PENDIDIKAN KHAS ) 2013 Disediakan oleh : JAWATANKUASA TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS PERSATUAN SOKONGAN IBU BAPA DAN GURU PPKI SK BUMIPUTERA, 94500 LUNDU, SARAWAK.

Upload: kasuma-majid

Post on 18-Jan-2016

1.859 views

Category:

Documents


143 download

DESCRIPTION

kertas kerja projek taman mini pendidikan khas. sesuai untuk kawasan sekolah yang besar dan mempunyai keluasan tanah yang selesa bagi pergerakan kanak - kanak berkeperluan khas.

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Taman Mini Pendidikan Khas

KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS

KERTAS KERJAPROJEK KECEMERLANGANKELAB PUSAT SUMBER &ASTRO UNTUK MELABELNAMA-NAMA POKOKDI TAMAN HERBA DANKAWASAN SEKOLAH2007

PROJEK TAMAN MINI (PENDIDIKAN KHAS)

1. PENGENALAN

Projek Taman Mini Pendidikan Khas ini merupakan salah satu projek khas Program

Pendidikan Khas Integrasi SK Bumiputera, Lundu untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran terutamanya bagi murid – murid kelas PPKI. Projek ini akan dijalankan

sepenuhnya oleh warga PPKI yang terdiri daripada guru – guru, Murid, ibu bapa

murid dan PPM PPKI. Pembinaan Taman Mini yang berunsurkan air dan tanaman

PPKI SK BUMIPUTERA,LUNDU 2013 Page 1

KERTAS KERJAPROJEK

TAMAN MINI( PENDIDIKAN KHAS )

2013

Disediakan oleh :JAWATANKUASA TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS

PERSATUAN SOKONGAN IBU BAPA DAN GURU PPKISK BUMIPUTERA,

94500 LUNDU, SARAWAK.

Page 2: Projek Taman Mini Pendidikan Khas

KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS

hijau dapat memberikan kesan terapi baik pada jiwa. Suasana hijau yang tercipta

dapat menawarkan suasana harmoni dan damai dapat membantu mengurangkan

tekanan, rasa gemuruh dan gugup serta dapat merehatkan minda dan fizikal.

2. MATLAMAT

Menjadikan persekitaran sekolah bermanfaat selaras dengan hasrat untuk

menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat dan

kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran kepada semua.

3. MISI

Menyediakan murid dengan pelbagai kemudahan untuk membantu mereka

mencapai pembentukan sahsiah yang cemerlang.

4. OBJEKTIF

Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :

1. Agar suasana sekolah kelihatan ceria dan bersih.

2. Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman.

3. Mengeratkan perhubungan antara insan di sekolah.

4. Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.

5. Membantu murid mengenali nama dan kegunaan pelbagai jenis tanaman.

5. MATLAMAT

Terbahagi kepada 3 iaitu : 

(i) Jangka Pendek:

- Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah.

- Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak penganjur, sekolah, Persatuan

Sokongan Ibu bapa dan guru PPKI dan sebagainya.

- Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk

PPKI SK BUMIPUTERA,LUNDU 2013 Page 2

Page 3: Projek Taman Mini Pendidikan Khas

KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS

melaksanakan projek.

(ii) Jangka Sederhana:

- Penyediaan tanaman dan proses penanaman .

- Menyediaan tiga jenis tanaman iaitu tanaman herba / boleh dimakan, tanaman

hidroponik dan tanaman bunga dalam pasu.

(iii) Jangka Panjang:

- Menjadikan taman mini pendidikan khas ini tempat idaman setiap murid.

- Mewujudkan iklim pembelajaran di sekitar taman mini.

- Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan

dan keceriaan taman mini botanikal secara khususnya dan kawasan sekolah amnya.

- Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan

taman.

6. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kami ialah untuk para murid dan guru-guru PPKI SK Bumiputera,

Lundu.

7. PELAN PELAKSANAAN PROJEK

- Penyediaan jadual kerja

- Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa.

- Pembentangan struktur projek

- Pemerhatian dan lawatan ke kawasan yang berpotensi di sekitar sekolah.

- Gotong-royong membersihkan kawasan projek.

- Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek       

PPKI SK BUMIPUTERA,LUNDU 2013 Page 3

Page 4: Projek Taman Mini Pendidikan Khas

KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS

- Mengumpulkan benih-benih dan anak pokok untuk ditanam di tanaman herba.

- Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan yang ditanam di

taman tersebut secara saintifik dan juga dalam Bahasa Inggeris serta dalam

Bahasa Malaysia.

7.1 MANUAL PELAKSANAAN PROJEK

BIL. BUTIRAN KERJA TARIKH LAKSANA

TINDAKAN CATATAN

1. Penyediaan jadual kerja menggunakan carta gantt.

Pengurus projek

2. Pembahagiaan tugas mengikut kerja dan masa

Semua AJK

3. Pembentangan struktur projek & pengumpulan alatan dan bahan

Pengurus projek

4. Penyediaan tapak Guru, Murid & Ibu bapa murid

5. Gotong – royong membersihkan tapak projek.

Guru, Murid & Ibu bapa murid

6. Penyusunan dan penanaman pokok Guru, Murid & Ibu bapa murid

7. Membina kerangka Gazebo Guru, Murid & Ibu bapa murid

8. Menyiapkan Gazebo sepenuhnya Guru, Murid & Ibu bapa murid

9. Membuat kerangka Air Terjun simenfero

Guru, Murid & Ibu bapa murid

10. Menyiapkan Air terjun simenfero Guru, Murid & Ibu bapa murid

11. Membuat kerangka kerusi dan meja simenfero

Guru, Murid & Ibu bapa murid

12. Menyiapkan kerusi dan meja simenfero

Guru, Murid & Ibu bapa murid

13. Menanam rumput Guru, Murid & Ibu bapa murid

14. Menyusun pokok bunga dalam pasu Guru, Murid & Ibu bapa murid

15. Meletakkan tapak refleksologi Guru, Murid & Ibu bapa murid

16. Memasang papan tanda dan pintu pagar

Guru, Murid & Ibu bapa murid

PPKI SK BUMIPUTERA,LUNDU 2013 Page 4

Page 5: Projek Taman Mini Pendidikan Khas

KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS

5. JAWATANKUASA PELAKSANA

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En. Annuar bin Hj Lay (Guru Besar SK Bumiputera)

Pengerusi 1 : Encik Jquarry Mut

Pengerusi 2 : Pn. Hjh. Norasidah binti Mohamad(Penolong Kanan Pendidikan Khas)

Penolong Pengerusi : Encik Eshak bin Aleng

Setiausaha : Pn. Atirisah @ Asiah Soudi ( Guru PPKI )

Penolong Setiausaha : Cik Kasuma binti Majid( Guru PPKI )

Bendahari : Puan Suriany Iskandar (Guru PPKI)

Penyelaras Program : En. Abg. Keprawi bin Abg Indie( Guru PPKI )

Ahli Jawatankuasa : Cik Norliah binti Hj Wen – PPM PPKIPn. Haryati binti Sahari – PPM PPKIPn. Susilawati binti Sahari – PPM PPKI

8. STRATEGI PERLAKSANAAN

i . Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk

ii .Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab

dan sasaran projek.

iii Kertas kerja ditulis dan perancangan yang telah disusun dilaksanakan .

iv Keberkesanan akan dinilai.

9. SENARAI PROJEK

PPKI SK BUMIPUTERA,LUNDU 2013 Page 5

Page 6: Projek Taman Mini Pendidikan Khas

KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS

Sila rujuk Lampiran A.

10. KEWANGAN

Sila rujuk Lampiran B.

9. PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di

samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk

mewujudkan Taman Mini Pendidikan Khas sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria

dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif untuk memastikan kecemerlangan

murid-murid dalam bidang akademik dan pembinaan akhlak.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disemak oleh:

…………….......………. ……………................……… …………...........................

(ASIAH @ ATIRISAH @ SOUDI)SETIAUSAHA Projek TAMAN MINI (PEND. KHAS)SK BUMIPUTERA94500 LUNDUSARAWAK

Disahkan oleh,

...........................................(EN ANNUAR B. HJ LAY)GURU BESARSK BUMIPUTERA , LUNDU, SARAWAK

(PN. HJH NORASIDAH MOHAMAD)GPK PENDIDIKAN KHASSK BUMIPUTERA94500 LUNDUSARAWAK

( EN. JQUARRY MUT) YDP Persatuan Sokongan Ibu Bapa dan Guru PPKISK BUMIPUTERA94500 LUNDUSARAWAK

PPKI SK BUMIPUTERA,LUNDU 2013 Page 6

Page 7: Projek Taman Mini Pendidikan Khas

KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS

s.k. :Fail SekolahFail Kelas PPKI

LAMPIRAN A

SENARAI PROJEK : -

1. PEMBINAAN GAZEBO (Berlantaikan Simen)

2. MEJA DAN KERUSI SIMENFERO

PPKI SK BUMIPUTERA,LUNDU 2013 Page 7

Page 8: Projek Taman Mini Pendidikan Khas

KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS

3. TANAMAN HERBA / TANAMAN BOLEH DIMAKAN

4. TANAMAN HIDROPONIK

5. TANAMAN BUNGA DALAM PASU

6. ALAS KAKI / MOZEK REFLEKSOLOGI

7. AIR TERJUN SIMENFERO

LAMPIRAN B

10. KEWANGAN

ANGGARAN KEWANGAN

BIL. BAHAN – BAHAN KUANTITI JUMLAH (RM)

1. BAHAN – BAHAN PEMBINAAN

GAZEBO & SIMENFERO :-

PPKI SK BUMIPUTERA,LUNDU 2013 Page 8

Page 9: Projek Taman Mini Pendidikan Khas

KERTAS KERJA PROJEK TAMAN MINI PENDIDIKAN KHAS

SIMEN

BLOK BATA (3”x 12” x 6”)

KAYU (2”x 2” x 12”)

KAYU (2” X 3” X 12”)

ATAP SPANDEX (10 KAKI)

TIANG HARDWOOD (4” X 4” X 8”)

PASIR

4 BAGS

140 nos

15 Batang

15 Batang

10 Keping

4 Batang

4 ton

72.00

168.00

375.00

390.00

240.00

480.00

100.00

2. MOZEK / TILE 10 Kotak 360.00

3. PASU BUNGA 10 nos 25.00

4. ANAK – ANAK POKOK 10 jenis 76.00

5. MESIN PANCUTAN AIR TERJUN 1 set 124.00

6. DAWAI 20.00

7. PINTU PAGAR 300.00

8. BAJA 20.00

9. RUMPUT

10. TAPAK REFLEKSOLOGI 11 set 110.00

11. ALATAN TANAMAN HIDROPONIK 10 set 140.00

JUMLAH 3000.00

PPKI SK BUMIPUTERA,LUNDU 2013 Page 9