taman ilmu kota pendidikan - · pdf filebertaraf antarabangsa dan stadium mini. ... pembinaan...

1
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI Gambar SHAIFUDDIN MOHD. NOR BESUT Taman Ilmu yang termasuk dalam projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai timur (ECER) dan dirancang sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf antarabangsa dijangka siap sepenuhnya tahun depan. Ia merupakan salah satu langkah ke hada- pan oleh kerajaan negeri dalam memenuhi visinya mengetengahkan Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu. Projek di mukim Tembila itu dianggap mampu menjana kepesatan perkembangan ekonomi yang memberi limpahan manfaat besar terutama kepada kawasan sempadan dua negeri itu. Taman Ilmu melibatkan kawasan seluas 280 hektar yang menelan kos awal sebanyak RM250 juta itu daripada lebih RM400 juta merupakan projek perkongsian kemudahan pendidikan asas yang mampu menampung perjalanan enam buah institut pengajian tinggi (IPT). Ia menggunakan konsep secara guna sama iaitu kemudahan-kemudahan yang ada akan dikongsi dengan institusi pendidikan yang ada di sekitarnya termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang bakal dibina bersebelahan dengan taman pendidikan berkenaan. Berdasarkan pelan pembangunan projek tersebut, Taman Ilmu mampu menempatkan kira-kira 35,000 pelajar selain puluhan ribu kakitangan serta peduduk setempat kalangan sektor awam dan swasta. Sebuah bandar baru turut dirancang, difa- hamkan dengan anggaran kos RM1 billion oleh pemaju bagi membangunkan kawasan perumahan dan komersial kelak. Taman Ilmu dibahagikan kepada beberapa fasa dengan pecahan parcel A menempatkan beberapa bahagian utama termasuk sebuah masjid terbesar di negeri itu bernilai RM46 juta yang mampu memuatkan 7,500 jemaah pada satu-satu masa. Parcel B pula menempatkan sebuah per- pustakaan setinggi lima tingkat dengan kelua- san 5,488 meter persegi dan mampu me- muatkan 5,320 pelajar pada satu-satu masa selain dihiasi dengan menara setinggi 14 ting- kat dan di kelilingi deretan kolam dengan kos keseluruhan RM50 juta. Parcel C merupakan sebuah kompleks sukan yang dilengkapi dengan tiga bangunan utama iaitu dewan serbaguna yang menempatkan empat gelanggang badminton, dewan squash yang mempunyai empat gelanggang squash bertaraf antarabangsa dan stadium mini. Kompleks sukan yang dibina di atas tanah seluas 113.6 hektar itu turut dilengkapi de- ngan dua padang bola, dua padang hoki, dua gelanggang bola keranjang, dua gelanggang takraw dan sebuah padang ragbi dengan kos keseluruhan RM30 juta. Parcel D yang merupakan pusat pelajar menempatkan sembilan blok iaitu dewan serbaguna, pusat komunikasi, bank, pusat internet, ruang perniagaan, bilik studio, pusat kesihatan pelajar, pusat perwakilan pelajar dan agensi pelancongan dengan kos keseluru- han RM27 juta. Parcel F pula menempatkan dewan kon- vokesyen di atas tanah seluas 6.5 hektar yang mampu memuatkan 7,600 pelajar pada satu- satu masa dengan kos pembinaan bernilai RM32 juta. Parcel H yang melibatkan kos RM23 juta yang dibina pada keluasan 6.4 hektar me- nempatkan dua blok bangunan merangkumi pengurusan dan kemudahan, pengurusan IT dan komunikasi, pengurusan penyelidikan serta pejabat ahli lembaga pengarah. Parcel H6 pula merupakan kediaman pela- jar dengan dilengkapi apartmen setinggi empat tingkat dan calet tiga tingkat yang mampu memuatkan pelajar seramai 1,424 orang pada satu-satu masa melibatkan kos keseluruhan RM36 juta. Pengurus Pembinaan Taman Ilmu, Azman Ismail berkata, pembinaan tujuh parcel mer- angkumi bangunan perkongsian iaitu masjid, perpustakaan, kompleks sukan, pusat pelajar, dewan konvokesyen, bangunan pentadbiran dan kediaman pelajar akan mula beroperasi tidak lama lagi. Katanya, walaupun hampir kesemua parcel yang terlibat lewat disiapkan daripada tarikh yang telah ditetapkan namun projek itu bakal beroperasi sepenuhnya apabila kemu- dahan-kemudahan tersebut siap. “Sepatutnya pembinaan taman pendidikan itu telah mencapai 93 peratus siap pada masa ini namun sehingga kini ia baru mencapai 85 peratus sahaja ekoran segelintir kontraktor yang mengalami masalah kewangan selain faktor cuaca yang tidak menentu. “Bagaimanapun, kita bekerja keras untuk menyiapkan Taman Ilmu dan dijangka siap dan beroperasi tahun depan ini,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan sesi bertemu media di Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Taman Ilmu dekat sini baru- baru ini. Mengulas lanjut, Azman berkata, ketujuh- tujuh parcel berkenaan telah pun melebihi 75 peratus siap sebelum ia bakal dikelilingi dengan enam buah universiti, setiap satu dalam kawasan seluas seluas 28 hektar. Bagaimanapun ujarnya, sehingga kini kera- jaan negeri masih belum memutuskan uni- versiti mana yang bakal membuka kampusn- ya di situ. “Kita menyerahkan pilihan IPT mana yang bakal didirikan di sini kepada kerajaan negeri namun apa yang penting taman pendidikan ini bakal beroperasi tidak lama lagi dengan kemudahan infrastruktur yang terbaik,’’ ujarnya. Taman berkenaan ternyata mampu meny- erlahkan daya tarikan kuat dan keunikan yang membezakannya dengan pusat pen- didikan yang sedia ada di negara ini. Terletak di kawasan pinggir pantai dalam suasana tenang dan nyaman dengan reka bentuk bangunan gabungan seni bina Melayu tradisional dan Islam ia juga mem- beri impak besar menjadikan kawasan itu juga sebagai pusat pelancongan pendidikan. Taman Ilmu dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika pelancaran projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah inisiatif kerajaan nege- ri untuk menyediakan pusat ilmu antara- bangsa berkonsepkan kota pendidikan. Kawasan ini bakal di kelilingi pusat perang- ingan ala kampung, hotel bertaraf lima bin- tang, taman rekreasi pantai dan bandar ping- gir laut seakan konsep universiti terkemuka dan terbaik di dunia, Cambridge dan Oxford di Britain. KHAMIS 10 MAC 2011 UTUSAN MALAYSIA MUKA 29 TATiUC lebar sayap di persada antarabangsa KEMAMAN – Kolej Universiti TATi (TATiUC), institusi pengajian tinggi swasta milik penuh kerajaan negeri yang sudah mencecah usia 18 tahun kini bertapak ku- kuh dan mencipta nama dengan kedudu- kannya tersendiri dalam dunia pendidikan. Institusi yang dahulu dikenali sebagai Terengganu Advanced Technical Institute diwujudkan dengan misi untuk melahirkan teknokrat berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan terkini dan berkete- rampilan dalam pelbagai bidang industri. Program-program di TATiUC berintensif- kan praktikal (70%) dan teori (30%) dalam bidang Teknologi Pembuatan, Teknologi Elektrikal dan Automasi, Teknologi Kimia dan Teknologi Komputer & Media. Ia menjurus kepada penyediaan kepaka- ran dalam bidang Tool & Die Making , Tool & Die Design, CNC Machining, Mecha- tronics, Robotics, Elektronik & Instru- mentasi, Polimer dan Jaringan Komputer (CISCO). TATiUC yang terletak di Telok Kalong di sini, berusaha untuk muncul sebagai salah satu peneraju dalam lapangannya bukan sahaja dalam negara malah sebagai pemain ternama di peringkat antarabangasa. Kemudahan pembelajaran yang lengkap dan berteknologi tinggi juga merupakan antara elemen penting men- jadikan TATiUC sebagai sebuah kolej universiti yang ternama. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah memperakui kemudahan pembelajaran di TATiUC adalah lengkap, malah kemudahan-kemudahan yang yang disediakan adalah setan- ding, malah lebih baik daripada IPTA dan IPTS lain. Selain MQA, pihak industri juga telah memberi komen yang positif terhadap peralatan mak- mal, mesin dan kemudahan ter- kini yang dimiliki oleh TATiUC kerana ia membantu para pela- jar belajar dengan lebih berkesan. Salah satu langkah besar tahun ini ialah dengan rancangan menawarkan kursus berkaitan lokomotif yang pertama seumpa- manya di rantau ini dan akan mula meneri- ma lebih ramai kemasukan pelajar dari beberapa buah negara. Pada masa yang sama ia turut merancang membuka dua cawangannya iaitu di Miri, Sarawak dan Kuala Lumpur pada penghu- jung tahun ini yang akan menjalankan kur- sus di peringkat sijil dan diploma dalam bi- dang teknologi pemesenan, minyak dan gas. Rektor TATiUC, Dr. Mohd. Rozailan Ma- mat memberitahu, ia sebahagian daripada perkembangan yang semakin meletakkan TATiUC sebagai ‘pemain antarabangsa’ dalam arena pendidikan ketika ia menyasarkan untuk menjadi sebuah universiti penuh menje- lang 2015. Beliau menarik perhatian, sejajar dengan pengenalan kur- sus baru itu, sebagai persediaan, beberapa kemudahan asas akan disiapkan termasuk pembinaan sebuah landasan tren percu- baan sepanjang 1.5 kilometer di dalam kawasan kolej. Dengan kerjasama pengeluar trem, M-Rails International Sdn. Bhd. (M-Rails), TATiUC bakal menjadi pusat rujukan, latihan dan kepakaran keju- ruteraan berkaitan teknologi dan industri itu di samping membekalkan tenaga kerja berkemahiran. “Kita akan pastikan TATiUC akan dapat merealisasikan hasrat tersebut dan yakin dapat menyediakan kemudahan kursus lokomotif serta kelengkapan yang terbaik di rantau ini,” katanya di sini baru-baru ini. TATiUC yang mempunyai kepakaran da- lam bidang minyak dan gas telah menanda- tangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Ujian Tanpa Musnah (IINDT) Indonesia bagi membolehkannya menawarkan kepakaran kepada rakyat nega- ra itu dalam bidang ujian tanpa musnah (NDT). Perkhidmatan profesional TATiUC yang diwakili oleh anak syarikat- nya, Ruane-TATI Sdn. Bhd. (RTSB) telah menawarkan perkhidmatan profesional bagi melahirkan 140 orang tenaga mahir dalam bidang yang akan memenuhi per- mintaan industri. Katanya, RTSB yang memiliki pengala- man luas melatih kepakaran sumber ma- nusia dalam bidang itu sudah dikenali umum di dalam dan di luar negara sebagai pusat yang melahirkan pakar-pakar NDT. Hasil daripada MoU ini RTSB akan memastikan latihan dan peperiksaan berja- lan dengan lancar di IINDT dengan meng- hantar tenaga pengajar dan pemeriksa yang bertauliah. Ia turut mendapat pengiktirafan daripada British Institute of Non-Destructive Testing (BINDT) manakala pihak IINDT pula akan melakukan kerja-kerja pemasaran dan menyediakan semua kelas, peralatan dan kebajikan para pelajar. IINDT memilih TATiUC berdasarkan kepada kemampuan RTSB untuk melatih tenaga kerjanya setaraf dengan Sijil Profe- sional Tahap Tinggi yang diiktiraf oleh kebanyakan negara di dunia. Sehingga kini, katanya, RTSB telah melatih 40 orang pekerja mahir di IINDT dan selebihnya sehingga hujung tahun itu yang bakal berkhidmat di sektor minyak dan gas, pembinaan serta automotif. Dalam perkembangan yang lain, TATiUC turut dipilih oleh kerajaan Timor Leste untuk menjadi pusat latihan bagi rakyatnya mengikuti kursus jangka pendek dalam pel- bagai bidang kejuruteraan. Sebelum ini TATiUC telah melatih sera- mai 20 orang rakyat negara itu dalam bi- dang kejuruteraan minyak dan gas serta kejuruteraan automatif. Ia hasil daripada MoU yang ditandatanga- ni antara TATiUC dengan Skilltech Educa- tion (M) Sdn. Bhd. syarikat yang dilantik secara oleh kerajaan Timor Leste untuk me- latih para pelajar dan pekerjanya. “Sebagai sebuah kolej universiti yang ber- teraskan kemahiran, TATiUC perlu menga- dakan lebih banyak kerjasama dengan mana-mana syarikat antarabangsa dalam usaha untuk mempromosikan program akademik dan kepakarannya kepada dunia luar. “Melalui cara ini, ia dapat menarik minat pelajar-pelajar asing untuk datang melan- jutkan pelajaran di TATiUC,” ujarnya. Dalam usaha memperkasakan program- program akademik dan penyelidikan, TATiUC turut menjalinkan kerjasama den- gan Universiti Kookmin, Korea Selatan. Universiti Kokmin telah bersetuju untuk menerima pelajar undergraduate dari Te- rengganu mengikut kuota yang telah dica- dangkan seramai 10 pelajar setahun dalam bidang teknologi nano dan automotif. Selain itu juga, kerjasama dalam bidang automotif akan turut diperluaskan meman- dangkan universiti tersebut menjalankan kerjasama serta mendapat dana penyelid- ikan daripada gergasi industri itu di Korea iaitu Hyundai dan Kia Motor. Susulan daripada MoU yang telah ditan- datangani dengan Universiti Mie Jepun pula, buat permulaan dua orang pensyarah TATiUC telah dihantar untuk menjalankan penyelidikan di universiti tersebut. Seterusnya, bermula tahun ini, dua orang pensyarah TATIUC akan melanjutkan pela- jaran ke peringkat PhD dengan pembiayaan pelajaran ditanggung sepenuhnya oleh uni- versiti tersebut. “Kemudahan pembelajaran yang lengkap dan terkini, penyediaan tenaga pakar yang mencukupi, sistem pembelajaran yang ber- teraskan kemahiran serta pembangunan dalam bidang penyelidikan sentiasa menja- di fokus utama TATiUC,” ujarnya. MOHD. ROZAILAN MAMAT PEMANDANGAN bangunan perpustakaan yang telah siap dibina dalam Kompleks Taman Ilmu di mukim Tembila, Besut. Taman Ilmu merupakan salah satu langkah ke hadapan oleh kerajaan negeri dalam memenuhi visinya mengetengahkan Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu SALAH satu sudut pemandangan wakaf menghiasi Taman Ilmu di mukim Tembila, Besut. PENGARAH Urusan M’rail, Datuk Jaya Kumar (dua dari kiri) meninjau hasil kerja pelajar semasa melawat TATiUC di Kemaman, baru-baru ini. PELAJAR TATiUC menggunakan mesin terkini bagi latihan secara praktikal. Taman Ilmu Kota Pendidik an

Upload: tranthu

Post on 16-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taman Ilmu Kota Pendidikan - · PDF filebertaraf antarabangsa dan stadium mini. ... pembinaan tujuh parcel mer-angkumi bangunan perkongsian iaitu masjid, perpustakaan, kompleks sukan,

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUIGambar SHAIFUDDIN MOHD. NOR

BESUT – Taman Ilmu yang termasuk dalam projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai timur (ECER) dan dirancang sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf antarabangsa dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Ia merupakan salah satu langkah ke hada-pan oleh kerajaan negeri dalam memenuhi visinya mengetengahkan Tereng ganu sebagai negeri Anjung Ilmu.

Projek di mukim Tembila itu dianggap mampu menjana kepesatan perkembangan ekonomi yang memberi limpahan manfaat besar terutama kepada kawasan sempadan dua negeri itu.

Taman Ilmu melibatkan kawasan seluas 280 hektar yang menelan kos awal sebanyak RM250 juta itu daripada lebih RM400 juta merupakan projek perkongsian kemudahan pendidikan asas yang mampu menampung perjalanan enam buah institut pengajian tinggi (IPT).

Ia menggunakan konsep secara guna sama iaitu kemudahan-kemudahan yang ada akan dikongsi dengan institusi pendidikan yang ada di sekitarnya termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang bakal dibina bersebelahan dengan taman pendidikan berkenaan.

Berdasarkan pelan pembangunan projek tersebut, Taman Ilmu mampu menempatkan kira-kira 35,000 pelajar selain puluhan ribu

kakitangan serta peduduk setempat kalangan sektor awam dan swasta.

Sebuah bandar baru turut dirancang, difa-hamkan dengan anggaran kos RM1 billion oleh pemaju bagi membangunkan kawasan perumahan dan komersial kelak.

Taman Ilmu dibahagikan kepada beberapa fasa dengan pecahan parcel A menempatkan beberapa bahagian utama termasuk sebuah masjid terbesar di negeri itu bernilai RM46 juta yang mampu memuatkan 7,500 jemaah pada satu-satu masa.

Parcel B pula menempatkan sebuah per-pustakaan setinggi lima tingkat dengan kelua-san 5,488 meter persegi dan mampu me -muatkan 5,320 pelajar pada satu-satu masa selain dihiasi dengan menara setinggi 14 ting-kat dan di kelilingi deretan kolam dengan kos keseluruhan RM50 juta.

Parcel C merupakan sebuah kompleks su kan yang dilengkapi dengan tiga bangunan uta ma iaitu dewan serbaguna yang me nem pat kan empat gelanggang badminton, dewan squash yang mempunyai empat gelanggang squash bertaraf antarabangsa dan stadium mini.

Kompleks sukan yang dibina di atas tanah seluas 113.6 hektar itu turut dilengkapi de -ngan dua padang bola, dua padang hoki, dua gelanggang bola keranjang, dua gelanggang takraw dan sebuah padang ragbi dengan kos keseluruhan RM30 juta.

Parcel D yang merupakan pusat pelajar menempatkan sembilan blok iaitu dewan serbaguna, pusat komunikasi, bank, pusat

internet, ruang perniagaan, bilik studio, pusat kesihatan pelajar, pusat perwakilan pelajar dan agensi pelancongan dengan kos keseluru-han RM27 juta.

Parcel F pula menempatkan dewan kon-vokesyen di atas tanah seluas 6.5 hektar yang

mampu memuatkan 7,600 pelajar pada satu-satu masa dengan kos pembinaan bernilai RM32 juta.

Parcel H yang melibatkan kos RM23 juta yang dibina pada keluasan 6.4 hektar me -nempatkan dua blok bangunan merangkumi pengurusan dan kemudahan, pengurusan IT dan komunikasi, pengurusan penyelidikan serta pejabat ahli lembaga pengarah.

Parcel H6 pula merupakan kediaman pela-jar dengan dilengkapi apartmen setinggi empat tingkat dan calet tiga tingkat yang mampu memuatkan pelajar seramai 1,424 orang pada satu-satu masa melibatkan kos keseluruhan RM36 juta.

Pengurus Pembinaan Taman Ilmu, Azman Ismail berkata, pembinaan tujuh parcel mer-angkumi bangunan perkongsian iaitu masjid, perpustakaan, kompleks sukan, pusat pelajar, dewan konvokesyen, bangunan pentadbiran dan kediaman pelajar akan mula beroperasi tidak lama lagi.

Katanya, walaupun hampir kesemua parcel yang terlibat lewat disiapkan daripada tarikh yang telah ditetapkan namun projek itu bakal beroperasi sepenuhnya apabila kemu-dahan-kemudahan tersebut siap.

“Sepatutnya pembinaan taman pendidikan itu telah mencapai 93 peratus siap pada masa ini namun sehingga kini ia baru mencapai 85 peratus sahaja ekoran segelintir kontraktor yang mengalami masalah kewangan selain faktor cuaca yang tidak menentu.

“Bagaimanapun, kita bekerja keras untuk menyiapkan Taman Ilmu dan dijangka siap dan beroperasi tahun depan ini,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan sesi bertemu media di Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Taman Ilmu dekat sini baru-

baru ini.Mengulas lanjut, Azman berkata, ketujuh-

tujuh parcel berkenaan telah pun melebihi 75 peratus siap sebelum ia bakal dikelilingi dengan enam buah universiti, setiap satu dalam kawasan seluas seluas 28 hektar.

Bagaimanapun ujarnya, sehingga kini kera-jaan negeri masih belum memutuskan uni-versiti mana yang bakal membuka kampusn-ya di situ.

“Kita menyerahkan pilihan IPT mana yang bakal didirikan di sini kepada kerajaan negeri namun apa yang penting taman pendidikan ini bakal beroperasi tidak lama lagi dengan kemudahan infrastruktur yang terbaik,’’ ujarnya.

Taman berkenaan ternyata mampu meny-erlahkan daya tarikan kuat dan keunikan yang membezakannya dengan pusat pen-didikan yang sedia ada di negara ini.

Terletak di kawasan pinggir pantai dalam su asana tenang dan nyaman dengan reka bentuk bangunan gabungan seni bina Melayu tradisional dan Islam ia juga mem-beri impak besar menjadikan kawasan itu juga sebagai pusat pelancongan pendidikan.

Taman Ilmu dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika pelancaran projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah inisiatif kerajaan nege-ri untuk menyediakan pusat ilmu antara-bangsa berkonsepkan kota pendidikan.

Kawasan ini bakal di kelilingi pusat perang-ingan ala kampung, hotel bertaraf lima bin-tang, taman rekreasi pantai dan bandar ping-gir laut seakan konsep universiti terkemuka dan terbaik di dunia, Cambridge dan Oxford di Britain.

KHAMIS 10 MAC 2011 UTUSAN MALAYSIA • MUKA 29

TATiUC lebar sayap di persada antarabangsaKEMAMAN – Kolej Universiti TATi (TATiUC), institusi pengajian tinggi swasta milik penuh kerajaan negeri yang sudah men cecah usia 18 tahun kini bertapak ku -kuh dan mencipta nama dengan kedudu-kannya tersendiri dalam dunia pendidikan.

Institusi yang dahulu dikenali sebagai Terengganu Advanced Technical Institute diwujudkan dengan misi untuk melahirkan teknokrat berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan terkini dan berkete-rampilan dalam pelbagai bidang industri.

Program-program di TATiUC berintensif-kan praktikal (70%) dan teori (30%) dalam bidang Teknologi Pembuatan, Teknologi Elek trikal dan Automasi, Teknologi Kimia dan Teknologi Komputer & Media.

Ia menjurus kepada penyediaan kepaka-ran dalam bidang Tool & Die Making , Tool & Die Design, CNC Machining, Me cha -tronics, Robotics, Elektronik & In stru -mentasi, Polimer dan Jaringan Komputer (CISCO).

TATiUC yang terletak di Telok Kalong di sini, berusaha untuk muncul sebagai salah satu peneraju dalam lapangannya bukan sahaja dalam negara malah sebagai pemain ternama di peringkat antarabangasa.

Kemudahan pembelajaran yang lengkap dan berteknologi tinggi juga merupakan antara elemen penting men-jadikan TATiUC sebagai sebuah kolej universiti yang ternama.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah memperakui kemudahan pembelajaran di TATiUC adalah lengkap, malah kemudahan-kemudahan yang yang disediakan adalah setan-ding, malah lebih baik daripada IPTA dan IPTS lain.

Selain MQA, pihak industri juga telah memberi komen yang positif terhadap peralatan mak-mal, mesin dan kemudahan ter-kini yang dimiliki oleh TATiUC kerana ia membantu para pela-jar belajar dengan lebih berkesan.

Salah satu langkah besar tahun ini ialah dengan rancangan menawarkan kursus berkaitan lokomotif yang pertama seumpa-manya di rantau ini dan akan mula meneri-ma lebih ramai kemasukan pelajar dari beberapa buah negara.

Pada masa yang sama ia turut merancang membuka dua cawangannya iaitu di Miri, Sarawak dan Kuala Lumpur pada penghu-jung tahun ini yang akan menjalankan kur-sus di peringkat sijil dan diploma dalam bi -

dang teknologi pemesenan, minyak dan gas.Rektor TATiUC, Dr. Mohd. Rozailan Ma -

mat memberitahu, ia sebahagian daripada perkembangan yang semakin me le takkan TATiUC sebagai ‘pemain antarabangsa’ dalam arena pendidikan ketika ia menyasarkan untuk menjadi sebuah universiti penuh menje-lang 2015.

Beliau menarik perhatian, sejajar dengan pengenalan kur-sus baru itu, sebagai persediaan, beberapa kemudahan asas akan disiapkan termasuk pembinaan sebuah landasan tren percu-baan sepanjang 1.5 kilometer di dalam kawasan kolej.

Dengan kerjasama pengeluar trem, M-Rails International

Sdn. Bhd. (M-Rails), TATiUC ba kal menjadi pusat rujukan, latihan dan kepakaran keju-ruteraan berkaitan teknologi dan industri itu di samping membekalkan tenaga kerja berkemahiran.

“Kita akan pastikan TATiUC akan dapat merealisasikan hasrat tersebut dan yakin dapat menyediakan kemudahan kursus lokomotif serta kelengkapan yang terbaik di rantau ini,” katanya di sini baru-baru ini.

TATiUC yang mempunyai kepakaran da -lam bidang minyak dan gas telah me nan da-

ta ngani memorandum persefahaman (MoU) de ngan Institut Ujian Tanpa Musnah (IINDT) Indonesia bagi membolehkannya me nawarkan kepakaran kepada rakyat nega-ra itu dalam bidang ujian tanpa musnah (NDT).

Perkhidmatan profesional

TATiUC yang diwakili oleh anak syarikat-nya, Ruane-TATI Sdn. Bhd. (RTSB) telah menawarkan perkhidmatan profesional bagi melahirkan 140 orang tenaga mahir dalam bidang yang akan memenuhi per-mintaan industri.

Katanya, RTSB yang memiliki pengala-man luas melatih kepakaran sumber ma -nusia dalam bidang itu sudah dikenali umum di dalam dan di luar negara sebagai pusat yang melahirkan pakar-pakar NDT.

Hasil daripada MoU ini RTSB akan memastikan latihan dan peperiksaan berja-lan dengan lancar di IINDT dengan meng-hantar tenaga pengajar dan pemeriksa yang bertauliah.

Ia turut mendapat pengiktirafan daripada British Institute of Non-Destructive Testing (BINDT) manakala pihak IINDT pula akan melakukan kerja-kerja pemasaran dan menyediakan semua kelas, peralatan dan kebajikan para pelajar.

IINDT memilih TATiUC berdasarkan

kepada kemampuan RTSB untuk melatih te naga kerjanya setaraf dengan Sijil Pro fe -sional Tahap Tinggi yang diiktiraf oleh kebanyakan negara di dunia.

Sehingga kini, katanya, RTSB telah melatih 40 orang pekerja mahir di IINDT dan selebihnya sehingga hujung tahun itu yang bakal berkhidmat di sektor minyak dan gas, pembinaan serta automotif.

Dalam perkembangan yang lain, TATiUC turut dipilih oleh kerajaan Timor Leste untuk menjadi pusat latihan bagi rakyatnya mengikuti kursus jangka pendek dalam pel-bagai bidang kejuruteraan.

Sebelum ini TATiUC telah melatih sera-mai 20 orang rakyat negara itu dalam bi -dang kejuruteraan minyak dan gas serta kejuruteraan automatif.

Ia hasil daripada MoU yang ditandatanga-ni antara TATiUC dengan Skilltech Edu ca -tion (M) Sdn. Bhd. syarikat yang dilantik secara oleh kerajaan Timor Leste untuk me -latih para pelajar dan pekerjanya.

“Sebagai sebuah kolej universiti yang ber-te raskan kemahiran, TATiUC perlu menga-dakan lebih banyak kerjasama dengan mana-mana syarikat antarabangsa dalam usaha untuk mempromosikan program akademik dan kepakarannya kepada dunia luar.

“Melalui cara ini, ia dapat menarik minat pelajar-pelajar asing untuk datang melan-

jutkan pelajaran di TATiUC,” ujarnya.Dalam usaha memperkasakan program-

program akademik dan penyelidikan, TATiUC turut menjalinkan kerjasama den-gan Universiti Kookmin, Korea Selatan.

Universiti Kokmin telah bersetuju untuk me nerima pelajar undergraduate dari Te -reng ganu mengikut kuota yang telah dica-dangkan seramai 10 pelajar setahun dalam bidang teknologi nano dan automotif.

Selain itu juga, kerjasama dalam bidang automotif akan turut diperluaskan meman-dangkan universiti tersebut menjalankan kerjasama serta mendapat dana penyelid-ikan daripada gergasi industri itu di Korea iaitu Hyundai dan Kia Motor.

Susulan daripada MoU yang telah ditan-datangani dengan Universiti Mie Jepun pula, buat permulaan dua orang pensyarah TATiUC telah dihantar untuk menjalankan penyelidikan di universiti tersebut.

Seterusnya, bermula tahun ini, dua orang pensyarah TATIUC akan melanjutkan pela-jaran ke peringkat PhD dengan pembiayaan pelajaran ditanggung sepenuhnya oleh uni-versiti tersebut.

“Kemudahan pembelajaran yang lengkap dan terkini, penyediaan tenaga pakar yang mencukupi, sistem pembelajaran yang ber-te raskan kemahiran serta pembangunan dalam bidang penyelidikan sentiasa menja-di fokus utama TATiUC,” ujarnya.

MOHD. ROZAILAN MAMAT

kira-kira 35,000 pelajar selain puluhan ribu

PEMANDANGAN bangunan perpustakaan yang telah siap dibina dalam Kompleks Taman Ilmu di mukim Tembila, Besut.

Taman Ilmu merupakan salah satu langkah ke hadapan oleh kerajaan negeri dalam memenuhi visinya mengetengahkan Tereng ganu sebagai negeri Anjung Ilmu‘

SALAH satu sudut pemandangan wakaf menghiasi Taman Ilmu di mukim Tembila, Besut.

PENGARAH Urusan M’rail, Datuk Jaya Kumar (dua dari kiri) meninjau hasil kerja pelajar semasa melawat TATiUC di Kemaman, baru-baru ini.

PELAJAR TATiUC menggunakan mesin terkini bagi latihan secara praktikal.

Taman Ilmu Kota Pendidikan