projek seni (presentation

27
PROJEK SENI VISUAL JENIS-JENIS PROJEK SENI VISUAL PENGENALAN TATACARA PENGANJURAN PROJEK SENI PREPARED BY FELIX JOSEPH LIWASA PGSR PSV

Upload: boss

Post on 19-Jun-2015

5.544 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 1. PROJEK SENI VISUALPENGENALANTATACARA PENGANJURAN PROJEKSENI JENIS-JENIS PROJEK SENI VISUAL

2. PROJEK SENI VISUALPENGENALANProjek Seni Visual merupakan satu aktivitiyang biasanya di jalankan di luar bilik darjah.Ia melibatkan semua pelajar untukmenjalankan suatu kajian tentang sesuatu perkara atau melaksanakan pelbagai jenisaktiviti untuk memperkembangkan kemahiranmereka di dalam pengaplikasian unsur-unsurseni serta prinsip rekaan dalam menghasilkan sesebuah karya seni. 3. Tatacara Penganjuran PROJEK SENI VISUAL (Lawatan)PerancanganSemulaPerancangan MengumpulMesyuarat penetapan lokasi, Penyediaan Maklumat(Pembentukan tarikh, jenis projek Kertas kerja AJK) seni, objektif, rancangProjek aktiviti dan bajetMesyuarat PenetapanKelulusan Pemakluman(pembahagian Jadual KerjaProjek & BajetprojekTugas kepada AJK Lulus / TidakPerlaksanaan Pelaporan danTindakan susulanPendokumentasian ProjekPost mortem (Penambahbaikan) Laporan Projek 4. Pengurusan PROJEK SENI VISUAL (Lawatan)4 5. JENIS-JENIS PROJEK SENI LAWATAN SEMINAR, BENGKEL & KURSUS SENI PAMERAN SENI PERTANDINGAN SENI KEMBARA VISUAL PESTA SENI KANAK-KANAK MINGGU SENI VISUAL 5 6. LAWATANLawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelasyang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatutempat, kawasan, bangunan atau apa-apa yangmemberi ilmu pengetahuan. Aktiviti ini menjadi satuaktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh pelajarkerana mereka berpeluang untuk meneroka kawasanatau perkara baru.6 7. KELEBIHAN LAWATAN Hubungan pelajar dengan guru akan menjadi lebih intim. Pelajar mempelajari konsep mengurus sesuatu aktivitidengan lebih efektif. Pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yangmenyeronokkan. Pengurusan aktiviti dapat dirancang dengan lebih teraturdan sistematik melalui penerapan sikap bekerjasama. Mengatasi masalah kebosanan dan menarik minat pelajaruntuk belajar Pendidikan Seni Visual. Memupuk semangat keyakinan diri, setia kawan, disiplin diridan patriotisme. Mendedahkan pelajar tentang alam semulajadi, kebudayaandan membuat apresiasi. Mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan mindadalam seni. Pelajar akan dapat mengisi masa lapang dengan aktivitiberfaedah.7 8. KELEMAHAN LAWATAN Memerlukan tenaga kerja yang ramai Jangka masa yang lama diperlukan untuk merancang danmelaksanakan program. Peserta perlu membuat penelitian setiap aktiviti yangdirancangkan. Memerlukan perancangan masa yang sistematik agarperjalanan aktiviti semasa lawatan dapat dimanfaatkansepenuhnya. Memerlukan kos yang tinggi. Memerlukan persefahaman yang utuh antara semua pesertaagar lawatan berjalan dengan lancar dan selamat. 8 9. Seminar, BENGKEL DAN KURSUS SENISeminar, bengkel dan kursus eni boleh diertikansebagai satubentuk pengajaranakademik(perbahasan masalah secara ilmiah). Iadilaksanakan di peringkat sekolah, universitimahupun sebuah organisasi oleh golonganprofesional. Ia biasanya berfokuskan kepada suatutopik dan peserta yang hadir akan melibatkan dirisecara aktif. Seminar dilaksanakan dalam bentukdialog, persembahan hasil kajian,dalam bentukformal, sesi debat atau sesi perkongsian ilmu danpengalaman. 10. Kelebihan seminar, Bengkel dan kursus seni Pelajar akan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang seni. Pelajar akan dapat berkongsi pengalaman bersama-samadengan peserta lain. Meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam aktivitimerancang dan menjalankan seminar. Mampu mengatasi masalah kognitif (Knowing, Learning &Understand). Sesi komen atau diskusi memberi lebih banyak peluangmenguji dan bertanya soalan sesama peserta untukmemahami lebih lanjut tentang sesuatu prinsip atau teknik. 11. Kelemahan seminar, bengkel dan kursus seni Topik yang akan disampaikan atau dibincangkan oleg ahlipanel perlu bersesuaian dengan audien agar tidakmembosankan. Memerlukan perancangan yang rapi dan sistematik sertakerjasama yang utuh dari semua ahli jawatankuasapenganjur. Memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan penempahandewan, peralatan seminar, jamuan, publisiti dan sumbangankepada panel profesional. Panel profesional yang ingin dijemput perlu dimaklumkanawal kerana jadual seminar akan berubah sekiranya jadualpara panel bercanggah. Memerlukan masa yang lama dalam merancang seminar. Kurang publisiti menyebabkan tiada penyertaan. 12. Pameran seniPengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajiankarya seni rupa untuk dikomunikasikan sehinggadapat diapresiasi oleh masyarakat luas. Jenis-jenispameran adalah seperti Pameran Tetap (PermanentExhibition),Pameran Temporer(TemporaryExhibition) dan Pameran Keliling (TravelingExhibition).Pameran yang diselenggarakanumumnya menampilkan karya seni rupa moden dankontemporer (lukisan, patung, grafik, kriya, desain,photografi, arsitektur, dll) dari Malaysia dan seluruhnegara. 13. Kelebihan pameran seni Mesej komunikasi lebih mudah diterimadan difahami melaluipengamatan terhadap hasil karya yang dipamerkan. Pelajar akan dapat menjalankan apresiasi seni danmenghargai para pengkarya serta tokoh-tokoh seni tahahairdan dunia. Pelajar dapat menimba ilmu dan meningkatkan kreativitimereka. Suatu pengalaman pembelajaran yang dapat mencetuskanidea baru. Pelajar dapat memahami secara mendalam tentang unsurseni dan prinsip rekaan. Pameran yang melibatkan demonstrasi pembuatan sesuatuhasil karya dapat diperhatikan oleh orang ramai. Menarik minat pelajar untuk menghasilkan sesuatu karya. 14. Kelemahan pameran seni Memerlukan pelajar menetapkan tema yang sesuai untukpameran agar dapat menarik lebih ramai pengunjung untukdatang. Ruang letak atau ruang pameran memerlukan lokasi yangluas dan selesa. Penetapan lokasi perlu sesuai. Memerlukan kos yang tinggi. Memerlukan perancangan yang sistematik agar pengunjungyang datang dapat mengamati pameran secara berkesan. Pemilihan hasil karya pameran perlu tepat dan berkualititinggi. Memerlukan penterjemah seni yang bijak menilai seni untukmenerangkan suatu hasil karya yang dipamerkan. Publisiti secara besar-besaran perlu dilaksanakan bagimempromosi pameran yang ingin diadakan. 15. pertandingan seniPengertianpertandinganadalahsuatuperlawanan atau peraduan untuk mencapaisesuatu kejayaan. Seni pula membawa maksudkarya yang dicipta dari dengan bakat. Oleh ituPertandingan seni merupakan suatu peraduanmencipta karya dari bakat yang ada padaseseorang individu. 16. KeLEBIHAN PERTANDINGAN SENI Dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni. Menarik minat pelajar untuk belajar dan mendalamipengetahuan dalam mata pelajaran seni visual. Dapat memahirkan pelajar dalam teknik dan kaedahpenciptaan sesuatu karya. Pelajar akan dapat menghargai seni dan menjalankanapresiasi. Pelajar dapat mengisi masa lapang dengan menjalankanaktiviti yang berfaedah. Meningkatkan fahaman pelajar tentang unsur seni danprinsip rekaan. Memberi peluang kepada semua pelajar untuk menzahirkanidea dalam bentuk penghasilan karya seni. Pelajar dapat belajar untuk menyampaikan mesej melaluikarya yang dihasilkan. 17. KeLemahan PERTANDINGAN SENI Penganjur perlu membuat penelitian awal dan kajian awalberkenaan minat peserta. Kurang penilai/pengadilyang berkemahiran danberpengalaman dalam menilai hasil karya seni peserta. (jikadijalankan di peringkat sekolah) Masa yang terhad. Kurang penglibatan peserta sekiranya kurang publisiti. 18. KEMBARA VISUALKembara Seni bertujuan untuk melaksanakan eksplorasi daneksperimentasi untuk meningkatkan pengalaman estetik. Parapelajar akan dapat mengggunakan pelbagai media, alat, bahandan teknik untuk menterjemahkan pengalaman persepsi danpengalaman estetik dalam bentuk visual. 19. Kelebihan KEMBARA VISUAL Pelajar dapat melihat secara realiti objek-objek dan bahan alamsemulajadi dengan jelas dan kajian lebih terperinci berbandingvisual secara maya, kaca TV atau skrin komputer. Pendidikan dan pengalaman langsung diperolehi dan ia banyakmembantu kekusutan ilmu di bilik darjah Melatih pelajar untuk menghayati dan menghargai alam sekitarwarisan sepanjang zaman. Pelajar akan dapat mentafsirkan alam semualajadi yang dilihatmenerusi penghasilan beberapa karya Seni Visual sepertilukisan, catan, arca dan sebagainya. Keseronokan dalam pembelajaran. 20. Kelemahan KEMBARA VISUAL Memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Para pelajar sukar dikawal kerana terlalu teruja dan seronok. Memerlukan bantuan rakan sekerja untuk turut serta sebagaiguru pengiring namun tugas guru sangat banyak danadakalanya guru-guru tidak dapat turut serta. Kembara visual memerlukan pemilihan lokasi yang sesuaidan strategik. 21. Pesta seni kanak-kanak(pskk)Pesta Seni Kanak-Kanak dijalankan adalah bertujuan untukmencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalamseni visual tetapi secara tidak langsung mewujudkan satulagi aktiviti para pelajar sekolah di mana para pengunjungdapat menyaksikan pameran pelbagai hasil karya seni visualpelukis. 22. Kelebihan pskk Para pelajar dapat mencungkil bakat dalam bidang senivisual. Pameran hasil karya seni visual dapat dijalankan secarabesar-besaran. Pelajar dan guru akan mengetahui cara pengurusan pestaseni kanak-kanak secara menyeluruh. Melibatkan masyarakat setempat. Keyakinan diri serta apresiasi seni dapat ditingkatkan. 23. Kelemahan pskk Memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Tanpa kerjasama yang baik di kalangan guru-guru dan parapelajar mengakibatkan pesta kanak-kanak tidak dapatdijalankan dengan lancar. Memerlukan masa untuk memilih hasil karya yang terbaikyang dihasilkan oleh para pelajar. Kurang guru berpengalaman untuk menilai hasil karya. Tugas guru semakin banyak dan mengakibatkan kurangpembabitan guru secara menyeluruh. 24. Minggu seni VISUALMinggu Seni Visual dilaksanakan di peringkat sekolah bagimenarik minat para pelajar untuk mendalami pembelajaranseni visual di dalam bilik darjah. Pelbagai aktiviti dijalankanseperti aktiviti melukis, mewarna, membuat hasil kraf,membuat arca dan sebagainya. 25. KelEBIHAN MINGGU SENI VISUAL Aktiviti yang dirancang melibatkan semua pelajar. Menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya. Penerapan seni visual secara menyeluruh kerana semuapihak turut terlibat. Pengurusan yang terancang. Dapat melibatkan semua guru. Memartabatkan seni visual di peringkat sekolah. Tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. 26. KelEMAHAN MINGGU SENI VISUAL Masa yang terhad kerana aktiviti P & P tidak boleh diganggu. Kurang guru opsyen PSV yang mahir mengendalikan mingguseni visual. Para pelajar kurang didedahkan dengan pelbagai bidang senidan aktiviti-aktiviti seni. Komitmen kerja guru semakin bertambah. Minggu senivisual diadakan dengan seadanya. Tempat dan lokasi aktiviti terhad mengikut suasanapersekitaran sekolah. Pelajar pasif tidak berminat untuk mengikuti aktiviti seni. Kurang mendapat sokongan dari pihak pentadbiran keranamenanggap seni visual merupakan m/pelajaran elektifsemata-mata. 27. 27